parliamentary debates · timbalan menteri pendidikan [datuk dr, fong chan onn]: tuan yang...

143
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Parliament Eighth PENGGAL KETIGA Third Session Jilid III Bil. 46 Hari Selasa 16hb November, 1993 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1994 (Ruangan 41) USUL: Anggaran Pembangunan 1994 (Ruangan 41)

Upload: others

Post on 04-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANParliament Eighth

PENGGAL KETIGAThird Session

Jilid III Bil. 46 Hari Selasa 16hb November, 1993

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1994 (Ruangan 41)

USUL:

Anggaran Pembangunan 1994 (Ruangan 41)

Page 2: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 1 -

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 16hb November, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua menpengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

IJAZAH KEDOKTORAH UNIVERSITI TAIWAN - PENGIKTIRAFAN

1. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) memandangkan penuntut-penuntut negara kita tidaklagi diberikan peluang untuk mengikuti kursusperubatan dan kedoktoran di India akibatperintah larangan Mahkamah India baru-baru ini,adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk meng-iktirafkan ijazah kedoktoran universiti dariTaiwan; dan

(b) jika ya, bilakah pengiktirafan ini dikuatkuasa-kan dan berapa universiti dari Taiwan telahdiiktirafkan dan apakah syarat-syarat yang akandikenakan ke atas graduan perubatan dari Taiwansebelum sijil amalan dikeluarkan; dan

(c) jika tidak, apa sebab-sebabnya.

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan

Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan

Mahkamah India terhadap kemasukan penuntut-penuntut perubatan dari

luar negara, termasuk Malaysia, ke negara tersebut tidak ada kaitan

dengan isu pengiktirafan ijazah kedoktoran dari negara~negara lain,

termasuk Taiwan.

Kini pihak Majlis Perubatan Malaysia telah memberi status

sebagai 'approved colleges' kepada 7 fakulti atau kolej perubatan

dari Taiwan. Graduan-graduan dari kolej-kolej tersebut selepas

Page 3: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 2 -

mereka memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Perubatan

Malaysia boleh, dengan izin, practice medicine di Malaysia.

Selanjutnya, Kerajaan telah membuat keputusan supaya kajian dijalan-

kan untuk mengkaji kemungkinan memperluaskan proses pengiktirafan

tersebut.

Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Sekarang ini terdapat 2 buah lagi kolej swasta, salah satunya

dinamakan International Medical College (IMC). Adakah kedua-dua

kolej swasta ini bukan sahaja menjalankan kursus MBBS, tetapi juga

seperti kursus specialist yang bersamaan dengan MRCP ataupun MRCS?

Yang kedua, berapakah bilangan penuntut tempatan yang diberikan

tempat dalam kedua-dua kolej swasta ini? Adakah penuntut-penuntut

asing juga diberikan tempat untuk mengikuti kursus kedoktoran di

sini?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua kolej

yang diberi izin oleh Kementerian Pendidikan melaksanakan program

ijazah perubatan melalui twinning programme, sepertimana yang telah

saya memberitahu Dewan yang mulia ini ialah International Medical

College (IMC) dan Asean Medical College, kedua-dua kolej itu diberi

kebenaran untuk menjalankan program bagi calon-calon mengikuti MBBS

sahaja. Pada masa kini belum ada cadangan untuk melaksanakan

program-program 'post-graduate'.

IMC bercadang dan telah mengambil 80 calon untuk mengikuti

kursus tersebut pada tahun ini. Pada masa sekarang Asean Medical

College itu belum bermula proses pengambilan calon-calon.

Page 4: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 3 -

Tuan Chian Heng Kai: Soalan tarabahan, Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan pengiktirafan ijazah perubatan dari Universiti

Taiwan, bolehkah Timbalan Menteri memberitahu Dewan ini apakah

keadaan terbaru? Adakah Kerajaan telah menghantar satu rombongan

pergi ke Taiwan untuk mengkaji perkara ini? Apakah pendirian

Kementerian Pendidikan terhadap perkara ini?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana

yang saya telah terangkan tadi bahawa Kabinet telah bercadang untuk

menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji soal kemungkinan

memperluaskan proses pengiktirafan dan Kementerian Pendidikan akan

mengikuti cadangan Jawatankuasa Khas tersebut.

Tuan Chian Heng Kai: Saya bertanya sama ada rombongan kita

telah pergi ke Taiwan atau tidak? Itu pertanyaan saya. Sudahkah

pergi atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang

Berhormat.

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa

Khas tersebut telah dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya

untuk mempercepatkan proses tersebut.

Page 5: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 4 -

DBKL - MASALAH SETINGGAN MENJELANG TAHUN 2000

2. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menteri menyata-kan:-

(a) apakah langkah-langkah yang telah ditetapkanoleh DBKL untuk menentukan Kuala Lumpur bebasdari setinggan pada tahun 2000;

(b) adakah DBKL telah mengenalpasti bilangan kilang-hilang haram dan apakah tindakan-tindakan untukmengatasinya; dan

(c) adakah Kerajaan telah menjangka kesan negatifdan positif untuk dasar penghapusan setinggandari kaca mata politik, ekonomi dan sosialnyapada tahun 2000 sedangkan pembangunan perumahantidak setimpal dengan permintaan rakyat ter-utamanya mereka yang miskin yang tinggal dikawasan-kawasan setinggan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato1 Drs

Suleiman bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dan akan mengambil

langkah-langkah positif untuk memastikan Kuala Lumpur

bebas daripada setinggan di satu hari nanti. Di antara

langkah-langkah tersebut ialah:-

(i) mendapatkan maklumat semasa mengenai jumlah

penduduk setinggan, taburan kawasan, jumlah

unit dan taraf sosio-ekonomi melalui

bancian semula setinggan 1992;

(ii) mengenalpasti kawasan-kawasan setinggan

yang menduduki tanah-tanah Kerajaan;

Page 6: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 5 -

(ill) mengenalpasti tapak-tapak yang berpotensi

untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan

semula setinggan. Buat masa ini Pelan-

pelan Tindakan bagi kawasan-kawasan yang

dipilih telah pun disediakan;

(iv) setelah tapak diperolehi, DBKL akan membuat

permohonan kepada Kerajaan untuk mendapat-

kan peruntukan bagi memajukan tapak

tersebut; dan

(v) membuat kertas kerja mencadangkan cara-cara

yang baik untuk melaksanakan projek-projek

tersebut di atas, termasuk mencari tapak

alternatif untuk memindahkan setinggan

terlibat dan menempatkan mereka semula

apabila projek tersebut siap.

Page 7: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 6 -

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengenalpasti bilangan

kilang-kilang haram di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam

bancian terakhir sebanyak 50% daripada jumlah 5,000 kilang di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah kilang haram.

Setelah membuat penilaian, beberapa tindakan dan program telah

disediakan bagi mengurangkan jumlah kilang-kilang haram ini. Di

antara tindakan dan program tersebut ialah:-

(a) menyediakan strategi dan program pelaksanaan bagi jangka

masa 10 tahun;

(b) mengenalpasti tapak-tapak yang sesuai untuk pembangunan

kawasan industri terutama sekali industri jenis kecil dan

sederhana;

(c) menyediakan pelan-pelan cadangan;

(d) memohon peruntukan kewangan daripada Kerajaan Pusat; dan

(e) membuat permohonan untuk mendapatkan tanah-tanah Kerajaan

bagi tujuan penempatan kilang-kilang yang sesuai.

Belanjawan untuk tahun 1994 telah memberi sokongan dari segi

ekonomi untuk meluaskan lagi pembangunan rumah kos rendah dengan

mengadakan berbagai insentif yang menarik bagi pemaju yang ingin

membangunkan rumah jenis kos rendah.

Dengan langkah-langkah di atas, adalah diharapkan kesan yang

positif akan diperolehi dalam usaha kita menghapuskan kawasan

setinggan di Kuala Lumpur.

Page 8: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 7 -

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Tentang rumah kos rendah, kalau kita

lihat di Kuala Lumpur oleh kerana harga tanahnya agak tinggi,kadang-

kala banyak pemaju-pemaju perumahan tidak berminat untuk membangun-

kan rumah kos rendah. Oleh kerana inilah kaedahnya adakah Kerajaan

bercadang mengenakan syarat supaya semua pembangunan (development)

di Kuala Lumpur diadakan rumah kos rendah ataupun sekurang-kurangnya

sebagai satu tanggungjawab sosial membuat satu sumbangan untuk rumah

kos rendah ini?

Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, adalah

benar bahawa sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun pihak-

pihak swasta menghadapi (masalah dari segi membangun flat-flat kos

rendah. Ini di segi kos pembangunan. Ini adalah kerana dengan

kekurangan tanah di Wilayah Persekutuan, memikirkan bahawa nilai

tanah adalah tinggi kerana terbatasnya atau kekurangan tanah

Kerajaan, oleh kerana itu kos seunit pembangunan rumah kos rendah

adalah melebihi RM25.000. Kos ini telah meningkat antara RM35,000

seunit dan RM44.000 seunit. Bagaimanapun, dasar yang telah ditetap-

kan oleh Kerajaan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adanya mixed

development di mana cross subsidy berlaku antara perumahan kos

tinggi dan sederhana yang membantu bagi kos rendah hingga memboleh-

kan jualan seunit rumah kos rendah walaupun kosnya tinggi seperti

saya sebut tadi, tetapi dengan, harga RM25.000. Bagi setiap

pembangunan, syarat yang dikenakan oleh Kerajaan kepada pihak pemaju

hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 302 rumah kos rendah di

dalam pembangunan tersebut.

Page 9: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 8 -

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, walaupun alasan

bahawa masalah tanah adalah satu masalah utama dalam mendirikan

rumah kos rendah di kawasan bandar khususnya di dalam kawasan DBKL,

saya ingin tahu adakah Kerajaan bercadang untuk membina rumah-rumah

pangsa kos rendah di atas tanah-tanah Kerajaan yang didapati di

seluruh kawasan DBKL yang boleh meliputi beratus-ratus ekar yang

mana sekarang terletak rumah-rumah Kerajaan? Jika sekiranya langkah

ini dibuat, saya percaya bukan sahaja masalah setinggan dapat

diatasi bahkan ia akan memberi peluang kepada kakitangan Kerajaan

sendiri untuk tinggal di rumah-rumah yang saya maksudkan itu.

Yang kedua, saya ingin tahu adakah Kerajaan pernah menawar

tanah-tanah Kerajaan di mana ada rumah-rumah Kerajaan sekarang di

kawasan DBKL kepada mana-mana pemimpin politik dalam Barisan

Nasional?

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagi

jawapan kedua tidak pernah dan tidak ada.

Bagi jawapan yang pertama, menerusi pembangunan semula kawasan

setinggan (resettlement of squartters scheme), Kerajaan menerusi

Pelan Struktur Kuala Lumpur, purata tahunan keperluan perumahan

adalah sebanyak 15,000 dan kita jangka akan dapat dibina 2,800 unit

menerusi pinjaman yang akan dibuat kepada Kerajaan Pusat.

Page 10: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 9 -

PELAJAR - FENOMENA KURANG MINAT DAN MOTIVASI

3. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta MenteriPendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa satu fenomena yangwujud di kalangan pelajar-pelajar yang mana mereka kurang berminatdalam pelajaran dan kurang motivasi; apakah langkah KementerianPendidikan bagi mengatasi fenomena yang negatif ini.

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, fenomena kurang

minat dan motivasi ini memang wujud di kalangan setengah-setengah

pelajar. Antara langkah yang telah dan sedang dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah pelajar tidak

bersemangat untuk belajar ialah:

(i) mengadakan kursus motivasi di semua peringkat

Pengetua/Guru Besar, guru-guru, murid-murid dan

ibu bapa;

(ii) menjalankan Kursus Perkhidmatan Komuniti yang

bertujuan untuk memberi kesedaran betapa

pentingnya pendidikan;

(iii) mengadakan Kursus Perkhidmatan kepada guru-guru

dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah;

(iv) mengadakan Kursus Kecemerlangan Akademik untuk

pelajar-pelajar dengan kerjasama agensi-agensi

swasta seperti akhbar, institusi pendidikan

tinggi dan badan-badan pelajar.

Page 11: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 10 -

Selanjutnya antara program-program yang dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan kepada para pelajar khasnya ialah kempen-

kempen kesedaran, kelas-kelas tambahan, kelas-kelas pemulihan, Kem

Jaya Diri, Kursus Kepimpinan dan Motivasi, Kursus Bina Insan,

perhubungan sekolah, ceramah-ceramah motivasi dari masa ke semasa,

poster-poster mempertingkatkan pembentukan personaliti serta sikap

positif pelajar. Dalam Program Pembangunan Iklim Sekolah dipaparkan

kata-kata hikmat dan petikan-petikan kata yang mempunyai impact

psikologi terhadap pembetukan sahsiab pelajar.

Datin Ling Chooi Sieng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Adakah benar salah satu sebab yang menyebabkan pelajar kurang ber-

minat dalam pelajaran mereka ialah kerana sikap kurang minat dari-

pada ibu bapa mereka. Berhubung dengan ini sejauh manakah Projek

Langkawi yang dijalankan oleh MCA membantu untuk mengatasi masalah

ini? '

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di~Pertua, beberapa kajian

yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa

faktor-faktor utama yang menarik minat di kalangan pelajar ialah:-

(i) latar belakang sosio-ekonomi;

(ii) sokongan yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak

mereka.

Dengan ini Projek Langkawi yang dilaksanakan oleh MCA telah

mempertingkatkan minat di kalangan ibu bapa betapa pentingnya untuk

memberi sokongan yang lebih bermakna kepada anak-anak mereka untuk

mempertingkatkan pelajaran.

Page 12: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 11 -

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Sebelum itu, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian

kerana telah membuat program-program motivasi kepada guru-guru dan

- anak-anak kerana untuk mengajar anak-anak membaca, kita mesti

membaca dahulu, begitu juga guru-guru. Soalan saya ialah adakah

benar yang guru-guru mengajar di sekolah itu overworked dengan

beberapa projek dan matapelajaran yang mungkin mereka sendiri tidak

terdidik dalam persoalan itu, juga di'Mump" kepada mereka untuk

mengajar anak-anak murid di sekolah. Dengan itu, kurang masa untuk

memotivasikan anak-anak murid di sekolab.

Yang kedua, benarkah murid-murid sekolah di"overworked" dengan

bermacam-macam perkara seperti pelajaran-pelajaran yang berlebihan,

extra-curricular activities yang berlebihan dan bermacam-macam

perkara yang berlainan lagi sehingga perasaan hendak belajar itu

mendatangkan kebosanan?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun kita

akui bahawa tanggungjawab dan beban guru-guru telah ditingkatkan

dalam program-program baru yang dilaksanakan oleh Kementerian

Pendidikan, di sini kita rasa bahava guru-guru kita masih mempunyai

dedikasi dan komitmen yang penuh untuk membolehkan mereka melaksana-

kan tugas- tugas mereka iaitu mempertingkatkan motivasi pelajar-

pelajar. Di sini kita rasa dukacita kerana kita takut sebilangan

besar pelajar-pelajar kita akan dipengaruhi oleh taktik-taktik dan

propaganda-propaganda negatif ahli-ahli DAP yang selalunya

menjalankan propaganda-propaganda negatif khususnya terhadap ibu

bapa kita. [Ketawa]

Page 13: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16.11.93 - 12 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Gooi Hock Seng.

[Soalan No. 4 - Y.B. Tuan Gooi Hock Seng tidak badir]

ROYAL MULU RESORT - KAJIAN EIA

5. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Sains, Teknologi danAlam Sekitar menyatakan:-

(a) sama ada Royal Mulu Resort telah menjalankanKajian EIA untuk Hotel Resort tersebut dekatTainan Negara Mulu, Sg. Melinau, Bar am,Sarawak mengikut seksyen 34A Akta KualitiAlam Sekeliling 1974; dan

(b) jika ya, bila kajian tersebut dijalankan olehsyarikat berkenaan dan dilulus oleh JabatanAlam Sekitar. Jika tidak, apakah tindakanyang telah, sedang dan akan diambil olehJabatan Alam Sekitar terhadap pihak yangberkenaan kerana melanggar Akta tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Datuk Law Hieng

Ding]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

projek Royal Mulu Resort yang dimaksudkan itu tidak tertakluk kepada

Perintah EIA. Oleh yang demikian, soalan (b) tidak berbangkit.

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Kenapakah ia tidak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kerana

memang Perintah EIA boleh menentukan had dari segi saiz tanah yang

terlibat, dari segi dimensi pelaburan. Maksud saya, jika ia bukan

di bawah Perintah EIA, ia perlu di bawah Perintah EIA dan Perintah

Page 14: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 13 -

EIA perlulah dipinda untuk menjaga masa1ah eco-tourism di mana

pelancongan sudah mencemarkan alam sekitar untuk penduduk-penduduk

tempatan khasnya bangsa Pcrawang di tempat tersebut.

Soalan kedua, Tuan Yang di-Pertua, ini masalah lama sebab

pembangunan tanah itu sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa

Kerajaan Negeri Sarawak. Di samping itu juga, pibak pemaju Royal

Mulu Resort adalah abang/adik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu

abang/adik kepada boss Yang Berhormat Menteri sendiri. Soalan saya,

bagaimana Yang Berhormat boleh menjejaskan kepentingan perniagaan

abang/adik kepada Ketua Menteri, iaitu bossnya? Adakah itu satu

tanda bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak ada

cukup political will, tidak cukup political muscle untuk menyelesai-

kan masalah pencemaran alam sekitar?

Datuk Law Hieng Ding: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan

tambahan dari Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching telah

terkeluar dari soalan pokok. Saya minta notislah. [Ketawa]

SSB NISBAH PEGAWAI DI DALAH PERKHIDMATANTADBIR/PENDIDIKAH/PBOFESIOHAL

6. Puan Lim Lay Boon minta Perdana Menteri menyatakan apakahnisbah di dalam Kumpulan A di antara pegawai Tingkatan Biasa,Tingkatan Kanan (Senior Timescale) dan Tingkatan Tertinggi di dalamperkhidmatan berikut:

(i) Perkhidmatan Tadbir (P.T.D.);

(ii) Perkhidmatan Pendidikan; dan

(iii) Perkhidmatan Profesional lain sepertipertanian, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman

bin Abdul]: Tuan Yang di-Pertua, di bawah Sistem Saraan Baru, konsep

Kumpulan A, B, C, D, Tingkatan Biasa dan Tingkatan Kanan tidak lagi

Page 15: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 14 -

digunakan. Pada masa ini, struktur perkhidmatan awam adalah terdiri

daripada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Sokongan, Kumpulan Pengurusan

dan Ikhtisas dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA)/Gred Kbas.

Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas mempunyai tiga gred iaitu Gred

3 (gred yang terendah), Gred 2 dan Gred 1, manakala JUSA/Gred Khas

adalah terdiri daripada Tingkatan Tertinggi C dan ke atas.

Nisbah jawatan antara gred-gred tersebut hagi Perkhidmatan

Tadbir dan Diplomatik, Perkhidmatan Pendidikan dan perkhidmatan-

perkhidmatan profesional lain adalah seperti berikut:-

(i) Nisbah bagi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.57

Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.17

Nisbah antara Gred 2 dan JUSA = 1 : 0.55

(ii) Nisbah bagi Perkhidmatan Pendidikan

Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.02

Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.03

Nisbah antara Gred 2 dan JUSA = 1 : 0.48

(iii) Nisbah bagi Perkhidmatan Pegawai Perubatan

Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.11

Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 =1 : 0.22

Nisbah antara Gred 1 dan JUSA/G.Khas = 1 : 0.23

Page 16: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 15 -

(iv) Nisbah bagi Perkhidmatan Jurutera

Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.23

Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.05

Nisbah antara Gred 2 dan JUSA/G.Khas - 1 : 0.29

(v) Nisbah bagi Perkhidmatan Pegawai Pertanian

Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.17

Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.10

Nisbah antara Gred 2 dan JUSA = 1 : 0.29

Tuan Haji Sultri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya merujuk kepada jawatan dalam perkara pertama. Dalam

sidang Parlimen yang lepas, saya telah bertanya kepada Setiausaha

Parlimen berhubung dengan penyerapan pegawai P.T.A. kepada pegawai

P.T.D. dan pada masa itu, Setiausaha Parlimen memberi jawapan bahawa

perkara itu sedang dipertimbangkan. . Saya ingin tahu apakah

perkembangannya sekarang? Apakah kedudukan pegawai P.T.A. dengan

P.T.D. telah diserapkan kesemuanya? Kalau proses itu telah

berjalan, apakah kesemua pegawai-pegawai P.T.A. itu telah menerima-

nya dan kalau tidak, apakah masalah-masalah yang dihadapi?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan

ini tidak ada kaitan, tetapi sukalah saya menyatakan bahawa

penyerapan P.T.A kepada P.T.D. telah pun berjalan dan ramai pegawai-

pegawai P.T.A. telah pun diserapkan masuk ke dalam Perkhidmatan

Tadbir dan Diplomatik yang setuju menerima conversion. Hanya

Page 17: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 16 -

sejumlah kecil, saya tidak dapat memberikan angka yang sebenar,

tetapi kumpulan yang paling senior di dalam Kumpulan P.T.A. yang

tidak menerima conversion ini dan mereka telah merujukkan kes mereka

kepada Tribunal Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya

ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana telah dapat

mengecilkan jurang di antara Perkhidmatan Tadbir dengan Perkhidmatan

Profesional, tetapi jurangnya masih lagi ada iaitu kalau ditengok

nisbah Perkhidmatan Tadbir ialah 1:0.57 di dalam Perkhidmatan Gred 3

dan Gred 2, kalau saya tidak salah, dibandingkan dengan Perkhidmatan

Perubatan, Kejuruteraan, Pertanian - 1:0.2.

Jadi, apakah dengan adanya sistem baru ini masih lagi wujud

jurang itu? Apakah disebabkan oleh faktor structural atau sengaja

kita wujudkan jurang yang lebih kerana orang-orang yang berkelulusan

profesional menghabiskan lebih masa di universiti iaitu empat atau

lima tahun baru dapat keluar, tetapi kalau dilihat dari segi

struktur insentif di dalam Perkhidmatan Awam tidak ada?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan

satu perubahan yang berlaku. Memang benar bahawa dalam Perkhidmatan

Tadbir dan Diplomatik 1:0.57 masih berlaku tetapi kalau dibandingkan

dengan Perkhidmatan Pertanian dan Jurutera, ia menjadi lebih kecil

iaitu 1:0.05, misalnya. Ini adalah bentuk struktur jawatan itu yang

masih lagi wujud dan saya yakin bahawa ianya akan bertambah kecil

dan mungkin akan hilang pada satu ketika yang tertentu.

Page 18: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 17 -

Tuan Baji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Suatu ketika dahulu, ada pegawai-pegawai yang berada

dalam Tingkatan Kanan merungut kerana masa yang diambil untuk

berpindah ke jawatan Tertinggi "G", mengambil masa yang agak lama,

bahkan sebahagian daripada mereka kekal dalam javatan tersebut.

Sejauh manakah selepas gaji baru ini, kaedah-kaedah tersebut telah

diperbaiki?

Soalan yang kedua ialah, saya ada mendapat rungutan daripada

guru-guru yang kononnya terapat guru-guru besar akan diambilalih oleh

Pegawai- pegavai Tadbir, bukan lagi mereka daripada bidang

perguruan. Adakah cadangan-cadangan ini akan dilaksanakan oleh

pihak Kerajaan?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, walaupun sekali

lagi bahawa soalan ini terkeluar daripada konteks asalnya, tetapi

sukalah saya hendak menyatakan juga bahawa tidaklah benar dakwaan

bahawa pegawai-pegawai dalam Tingkatan Kanan yang hendak meningkat

kepada kumpulan Tertinggi "G", boleh dikatakan hitung panjang lima

tahun atau enam tahun perkhidmatan seseorang itu yang di dalam

perkhidmatan sekarang telah pun dinaikkan pangkat.

Sekarang ini, saya hendak menyatakan bahawa dalam SSB yang baru

bahawa penilaian yang dijalankan dengan secara terperinci, seperti

mana yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara boleh mengkaji dan

menilai prestasi pegawai-pegawai Kerajaan untuk dinaikkan pangkat.

Saya yakin bahawa ini akan dapat dijalankan dengan lebih cemerlang

bagi memuaskan hati para pegawai kita yang telah pun menunjukkan

sikap yang baik kepada Kerajaan.

Page 19: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 18 -

Yang keduanya, saya hendak menyatakan bahawa keadaan penempatan

itu masih kekal bahawa Pegawai Tadbir akan terus mentadbir di

Jabatan-jabatan Kerajaan dan pihak perguruan akan terus memegang

jawatan sebagai guru besar ataupun penolong kanan di sekolah-

sekolah.

ILMU HITAM - JUMLAH KES DAN ADUAN JENAYAH

7. Dato' Haji Mohd. Sharif bin Jajamg minta Menteri Dalam Negerimenyatakan jumlah kes dan aduan serta tindakan yang telah diambilbagi amalan jenayah ilmu hitam dan:-

(a) apakah Kerajaan berhasrat untuk meluluskan usulamalan ilmu hitam sebagai suatu jenayah yang akandiberikan hukuman yang setimpal; dan

(b) apakah Kementerian sudah menyediakan suatu garispanduan bagi mengurangkan gejala bersubahat denganpengamal ilmu hitam dan hukuman-hukuman yang akandikenakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada kes dan aduan

serta tindakan yang telah diambil bagi amalan ilmu hitam.

(a) Kerajaan belum berhasrat untuk meluluskan amalan

ilmu hitam sebagai satu jenayah yang akan diberikan

hukuman yang setimpal.

(b) Memandangkan amalan ilmu hitam masih belum

ditakrifkan sebagai satu perbuatan jenayah, maka

belum ada garis panduan yang khusus bagi mengurang-

kan gejala bersubahat dengan pengamal ilmu hitam.

Walau bagaimanapun, pihak Polis dari masa ke semasa

Page 20: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 19 -

sentiasa mengambil tindakan di bawah undang-undang

yang sedia ada jika terdapat mana-mana pengamal

atau pengikut-pengikutnya melakukan apa-apa

perbuatan yang dapat dikategorikan sebagai

perbuatan jenayah.

Tuan Abdul Malek Munip: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan

mengenai ilmu hitam ini. Saya hendak tahu apa maksud 'ilmu hitam'

ini? Saya tak faham apa maknanya. Adakah ia melibatkan 5 emu a

masyarakat di tanah air kita, atau hanya satu masyarakat sahaja?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, ilmu hitam ini, seperti

saya telah jelaskan, tidak ada satu takrif yang tepat. Kalau

mengikut dalam bahasa Indonesia, ia dipanggil 'suntek', kalau tidak

silap saya. la ada banyak - macam-macam perkataan boleh digunakan

seperti 'kata pedoman', 'kata sihir', 'teluh', 'tenung' dan semua-

nya. Untuk masyarakat Cina pun ada - ia dalam cara yang lain.

Jadi, ini adalah satu perkara yang sangat kompleks dan susah untuk

kita adakan satu standard yang sama.

Oleh yang demikian, buat masa ini Kerajaan masih belum sedia

untuk membuat apa-apa undang-undang, tetapi sekiranya sesuatu ilmu

hitam itu telah digunakan untuk menipu, untuk membunuh atau untuk

melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang,' maka undang-

undang sedia ada sekarang akan digunakan untuk bertindak.

Dato' Haji Mohanmad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Sungguhpun Yang Berhormat Setiausaha

Parlimen menyatakan tadi, ilmu hitam ini tidak ditakrifkan sebagai

satu jenayah, tetapi Yang Berhormat juga menyebut bahawa ada kes-kes

yang mana pihak penjenayah menggunakan ilmu hitam untuk menipu,

Page 21: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 20 -

membunuh dan sebagainya. Jadi, adakah kes-kes ini dilaporkan kcpada

pihak yang berkuasa bahawa ilmu hitam ini digunakan yang sebenar-

nya? Bukan sahaja sebagai satu andaian, tetapi dilakukan -

kenyataannya ada dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak

Kerajaan berdasarkan perkara- perkara dan laporan-laporan tersebut?

Soalan yang kedua, banyak juga dihebohkan berkenaan dengan kes

pembunuhan di Batu Talam, yang mana dikatakan Mona Fandey mengguna-

kan ilmu hitam. Adakah tuduhan-tuduhan ini benar dan sejauh manakah

ilmu hitam ini digunakan di dalam pembunuhan tersebut?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya telah jawab tadi,

iaitu tidak ada aduan atau laporan yang rasmi mengenai ilmu hitam

ini, kecuali ada kes-kes yang melibatkan jenayah sahaja, laporan

telah dibuat secara rasmi. Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa

rekod yang kita mengatakan apa tindakan sudah diambil terhadap ilmu

hitam.

Bagi kes Mona Fandey, perkara ini sudah sampai di dalam

bidang kuasa Mahkamah. Maka, tidak wajarlah saya membuat apa-apa

ulasan.

PAJAKAN TANAH AWAM KEPADA DSAWAHAN SWASTA

8. Puam Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak minta Perdana Menterimenyatakan tidakkah timbul 'conflict of interest' apabila Kerajaanmemajak tanah awam kepada usahawan swasta seperti pengusaha-pengusaha KLGCC dan Bukit Kiara International Equestrian and CountryClub dan mereka membalas budi Kerajaan dengan cara memberi keahliankelab secara percuma kepada Menteri-menteri atau membenarkanMenteri-menteri menggunakan kemudahan-kemudahan kelab-kelab itusecara percuma atau preferential (istimeva).

Page 22: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 21 -

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Drs

Suleiua bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, tujuan Kerajaan memajak-

kan tanah kepada pihak swasta ialah supaya tanah-tanah tersebut

dapat dibangunkan tanpa Kerajaan perlu mengeluarkan wang. Pewujudan

sebuah padang golf bertaraf antarabangsa akan dapat membantu

menambah satu lagi daya tarikan kepada pelancong atau pengunjung-

pengunjung, khasnya pelancong-pelancong asing yang datang ke banda-

raya Kuala Lumpur. Manakala pewujudan sebuah pusat menunggang kuda

dan rekreasi pula akan dapat membantu Kerajaan memperkenal dan

memajukan sukan berkuda di negara ini.

Kandungan perjanjian bagi projek di atas adalah mengandungi

obligasi kedua-dua pihak yang telah dipersetujui. Di dalam

perjanjian bagi kedua-dua projek di atas, tidak ada dinyatakan

bahawa syarikat dikehendaki memberi keistimewaan kepada Menteri-

menteri.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya

sama ada Menteri-menteri atau Timbalan Menteri atau Setiausaha

Parlimen telah diberikan keahlian kelab tersebut iaitu KLGCC dan

Bukit Kiara International Equestrian and Country Club secara

percuma? Kalau ya, bolehkah beliau memberitahu bilangan atau jumlah

mereka yang diberikan keahlian kelab secara percuma itu? Kalau

tidak percuma, adakah mereka mendapat diskaun untuk menjadi member

atau ahli kelab-kelab tersebut. Kalau tidak, apakah keistimewaan

yang diberikan kepada para Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha

Parlimen?

Page 23: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 22 -

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, seperti

nyatakan tadi bahawa baik di dalam perjanjian ataupun di luar

perjanjian, tidak ada keistimewaan dalam bentuk apa pun kepada

Menteri mahupun Timbalah Menteri

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,

persoalan tanah di Bukit Kiara ini teiah beberapa kali kita bangkit-

kan di dalam Parlimen ini, terutamanya dari segi pemberian

leasenya. Saya hendak tahu berapakah jumlah premium yang dibayar

oleh syarikat berkenaan kepada pihak Kerajaan?

Yang kedua, apakah justifikasi yang dibuat oleh Kerajaan

sehingga boleh mengubah daripada status 'Makam Negara' ketika tanah

ini diambil dahulu kepada status pembangunan sebuah kelab selepas

daripada itu? Apakah keuntungan-keuntungan yang diperolehi oleh

Kerajaan daripada pemberian kawasan ini kepada syarikat berkenaan

dan mengapa syarikat asing yang dipilih untuk memajukan kawasan ini?

Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pada awal

saya sebut bahawa dengan wujudnya padang golf bertaraf antarabangsa,

tentulah akan meningkatkan keuntungan kerana adanya pengunjung atau

pelancong antarabangsa datang ke Kuala Lumpur. Inilah daya penarik

yang utama.

Soal syarikat asing yang diberi dalam perjanjian tersebut,

soalan ini telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

pada 25 Oktober 1993 yang lalu dan saya tidak bercadang untuk

memberi jawapan tambahan.

Page 24: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 23 -

JENAYAH KOLAR PUTIH - PAMPASAN KEPADA MANGSA

9. Tuan R. Karpal Singh minta Mentcri Undang-undang menyatakankepada Dewan sama ada pihak Kerajaan bercadang memperkenalkanundang-undang baru yang memerlukan penjenayah kolar putih membayarpampasan kepada mangsa mereka.

Setiausaha Parlimen di Jabatam Perdana Menteri [Tuan Douglas

Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya, Kerajaan

memang tidak bersetuju untuk memperkenalkan undang-undang baru

sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Page 25: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 24 -

KEMPEN HUTAN TROPIKA - USAHA MEMERANGI

10. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan:

(a) bagaimanakah kedudukan terakhir terhadap kempen yangdilancarkan oleh Kerajaan kita terhadap kumpulan anti-kayutropika di negara-negara maju; dan

(b) apakah langkah tertentu yang diambil oleh KerajaanPersekutuan untuk membantu Kerajaan Negeri Sarawak bagimenentang kumpulan anti-kayu tropika.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Haji Tengku Mahmud bin

Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha

memerangi kempen hutan tropika adalah satu usaha

yang berterusan, selagi ada pihak yang menjalan-

kan kempen yang boleh menjejaskan kepentingan

sektor dan Industri hutan tropika. Usaha

memerangi kempen ini telah diambil oleh Kerajaan

sejak beberapa tahun yang lalu, dan dari masa ke

semasa Kerajaan sentiasa memperkemaskan strategi

untuk meningkatkan keberkesanan usaha memerangi

kempen ini.

Page 26: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 25 -

Dalam hal ini, suka saya memaklumkan bahawa

Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas

untuk memerangi kempen hutan tropika pada akhir

tahun lalu untuk menyediakan haluan dan dasar

yang menyeluruh, atau overall policy direction,

dengan izin, serta menyelaras, segala usaha

Kerajaan memerangi kempen hutan tropika dan isu-

isu berkaitan dengannya.

Sekiranya dilihat secara keseluruhan bolehlah

dikatakan bahawa usaha kita memerangi kempen

hutan tropika ini telah mulai menampakkan kesan

yan positif. Kita dapati sekarang semakin banyak

pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan telah mula

menerima dan setengahnya menyokong pandangan kita

bahawa masalah alam sekitar perlu ditangani

secara lebih adil dan seimbang dan tidak hanya

tertumpu pada isu hutan tropika. Kumpulan-

kumpulan pendesak alam sekitar juga telah mulai

mempersoalkan Kerajaan-kerajaan di Barat mengenai

pengurangan hutan-hutan temperate mereka.

Peralihan persepsi mereka terhadap isu alam

sekitar dan hutan tropika menunjukkan bahawa

usaha kita selama ini adalah berkesan.

Page 27: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 26 -

(b) Kempen hutan tropika yang dijalankan oleh

Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan

pendesak-pendesak alam sekitar adalah suatu isu

yang melibatkan imej negara ini dan bukan hanya

melibatkan negeri Sarawak sahaja. Oleh itu,

tindakan memerangi kempen ini adalah merupakan

satu tanggungjawab negara dan bukannya negeri-

negeri tertentu sahaja, walaupun tuduhan-tuduhan

yang dibuat banyak membuat rujukan kepada

Sarawak. Adalah tidak adil bagi Kerajaan Pusat

untuk membiarkan Kerajaan Sarawak menghadapi

kempen ini secara bersendirian memandangkan

Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia. Dalam

hal ini, kesemua pihak yang terlibat termasuk

Sarawak telah saling bantu- membantu antara satu

sama lain dalam memerangi kempen tersebut.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Yang pertama, adakah Kerajaan sedar bahawa penggunaan

kayu tropika secara menyeluruh untuk furniture, contohnya 10 tahun

yang lalu di Eropah, adalah lebih kurang 70%. Tetapi sekarang

oleh kerana kempen anti-kayu tropika ddan boikot oleh kumpulan

tersebut, peratus penggunaan kayu tropika sudah turun sampai ke-

30%. Kalau ini benar, apakah langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan untuk memastikan itu?

Page 28: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 27 -

Soalan kedua, adakah benar kumpulan anti-kayu tropika mengutip

banyak wang di atas nama pencinta alam sekitar dan digunakan untuk

kepentingan diri sendiri?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang

di-Pertua, walaupun kempen anti-kayu tropika itu diteruskan dan

akhir-akhir ini agak lemah, tetapi sebenarnya bukan disebabkan

kempen tersebut menyebabkan peratusan eksport barangan yang

menggunakan kayu tropika ini menurun sebagaimana. dakwaan Yang

Berhormat - dari 70% kepada 30%. Sebenarnya ialah permintaan

eksport kayu getah lebih besar daripada kayu tropika. Kayu tropika

yang diminta ini ialah merupakan perabot-perabot yang terdiri dari-

pada perabot luar rumah sahaja. Perabot yang menggunakan kayu

tropika untuk penggunaan kolam renang, kawasan taman ataupun di luar

daripada kawasan rumah.

Yang kedua, mengenai kumpulan anti-kayu tropika menggunakan

kutipan-kutipan untuk kegunaan sendiri, sehingga ini Kementerian

saya belum menerima apa-apa dakwaan atau report dari mana-mana

pihak.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Sebagaimana kita tahu dahulu, Kerajaan Austria telah

membuat satu undang-undang eco-labelling dan undang-undang ini telah

ditarik batik. Fada mas a sekarang, mereka akan menggubal satu

undang-undang. lagi yang berlainan daripada undang-undang asal.

Fihak Germany juga akan mengikut langkah yang sama. Sejauh manakah

pihak Kementerian membuat monitoring? Apakah corak dan perbezaan

undang-undang yang akan digubal oleh pihak Austria dan Germany ini?

Page 29: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 28 -

Yang kedua, mengikut pandangan sebahagian daripada diplomat-

diplomat kita, menahan kita daripada menebang dan menggunakan kayu

tropika adalah pandangan global dan pandangan nasional ialah kita

akan menggunakan natural resources kita untuk kebaikan negara.

Sejauh manakah pihak Kementerian telah menekankan supaya diplomat"

diplomat kita di luar negara tidak sangat mengikut pandangan global

tetapi melihat kepentingan nasional itu sendiri?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mans or: Tuan Yang

di-Pertua, sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat, pada

masa ini kita belum menerima apa-apa lagi keputusan oleh kedua-dua

negara yang disebutkan itu. Namun demikian, kita sedang mengikuti

perkembangan apa bila adanya kesan-kesan untuk menggubal peraturan-

peraturan atau undang-undang yang baru. Sebelum undang-undang itu

digubal, maka tindakan tidak dapat lagi diambi1.

Mengenai pandangan diplomat-diplomat kita tentang menebang

iaitu merupakan satu dasar global ataupun yang dikatakan dasar

kebangsaan, saya dapat memberi jaminan bahawa Kementerian saya telah

pun memberi taklimat panjang lebar kepada semua diplomat kita di

seluruh dunia pada awal tahun ini dan mereka memahami bahawa sikap

kita menebang kayu-kayu tropika ini adalah untuk kepentingan negara

kita bagi pengwujudan industri hiliran dan ini yang sedang diper-

juangkan oleh diplomat-diplomat kita di seluruh dunia. Insya Allah,

saya rasa dengan ini kita akan dapat mengurangkan tekanan dari

negara-negara temperate dan juga negara-negara yang lain. Terima

kasih.

Page 30: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 29 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim.

[Soalan No. 11 - Y.B. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim tidak

hadir]

KES KECURIAN KERETA - LANGKAH MEMBANTERAS

12. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapakah kes laporan Polis mengenai kehilangan keretatelah diterima oleh Polis;

(b) berapakah kes di antaranya telah dapat diselesaikan; dan

(c) apakah operasi/langkah yang dijalankan untuk membanteraspencurian kereta dan sejauh manakah kejayaan Kerajaandalam operasi/langkah demikian.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Jumlah kereta yang dilaporkan hilang bagi tempoh Januari

1991 hingga Ogos 1993 ialah sebanyak 7,185 kes.

(b) Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,064 kes telah dapat

diselesaikan.

(c) Di antara langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak Polis

Page 31: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 30 -

bagi membanteras kegiatan ini adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan operasi-operasi pencegahan dari

masa ke semasa untuk mengesan kenderaan-

kenderaan curi;

(ii) mengadakan perbincangan dengan Jabatan-

jabatan yang berkaitan seperti Jabatan

Pengangkutan Jalan dan Jabatan Kastam dalam

melaksanakan tindakan bersepadu yang lebih

berkesan;

(iii) memaklumkan serta menasihat orang ramai,

khususnya pemilik-pemilik kenderaan mengenai

modus operandi pencuri-pencuri kenderaan

serta langkah-langkah pencegahan yang perlu

diambil oleh orang ramai. Langkah-langkah

pencegahan ini dilaksanakan melalui media

massa, kempen-kempen pencegahan dan

rancangan RTM "Polls dan Anda"; dan

(iv) mendapatkan kerjasama dan mengadakan

pertukaran maklumat antara PDRM dan negara-

negara luar melalui "Interpol" terutamanya

yang melibatkan sindiket-sidiket antara-

bangsa.

Sejak Januari 1991 hingga Ogoa 1993, pihak Polis telah

berjaya menumpaskan 56 sindiket mencuri kenderaan

melibatkan seramai 275 orang ditangkap dan 305 buah

kenderaan dirampas.

Page 32: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 31 -

Tuan Haji Ishak bin Arahad: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Satu ketika dahulu kita telah mendapat maklumat tentang

kereta-kereta mewah yang dibawa masuk ke Malaysia terdapat kereta-

kereta yang dicuri di luar negeri yang mempunyai hubungan dengan

pengimport tempatan. Saya ingin mendapat maklumat berhubung dengan

masalah tersebut. Bolehkah kita mendapat sedikit maklumat sejauh-

manakah kes-kes yang telah dikesan oleh Kerajaan dan telah dapat

diselesaikan dan langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan bagi

menyelesaikan masa1ah kecurian yang telah ditimbulkan?

Soalan yang kedua ialah kes-kes curi kereta dalam negeri

mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal-pembekal alat ganti

yang ada di negara kita kerana sebahagian daripada kereta-kereta

yang dicuri ini telah diambil untuk digunakan alat ganti yang dijual

balik kepada orang ramai. Apakah pihak Kementerian mempunyai

cadangan-cadangan tertentu untuk dikemukakan bagi menetapkan satu

garis panduan yang boleh diikut oleh pengedar-pengedar atau penjual-

penjual alat ganti kereta di negara kita?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan

tambahan ini boleh dicantumkan dan seperti yang telah saya sebut di

dalam jawapan saya tadi, pihak Kerajaan iaitu jabatan-jabatan selain

daripada Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam telah mengada-

kan langkah-langkah bersepadu. Salah satu cara ialah pada masa

seseorang membaharui. cukai jalan sesebuah kereta, kereta itu kalau

Page 33: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 32 -

ditukar milik atau apa, mesti diperiksa enjin dan juga chasis enjin,

kerana itu susah untuk ditukar dengan sewenang-wenangnya. Selain

daripada itu, pihak Polis juga mengadakan usaha untuk tukar maklumat

kalau sekiranya ada apa-apa maklumat (information) yang diberi oleh

orang ramai, mereka akan berhati-hati mengambil perhatian tentang

pembekal-perabekal alat ganti ataupun pengimport-pengimport. Jadi,

Kastam, Polis dan JPJ adalah penguatkuasa utama untuk menyelesaikan

masalah ini. Ini terpulang pula kepada sama ada kerjasama secukup-

nya diberi atau tidak daripada orang ramai yang berkenaan.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, adakah pihak

Polis mengiklankan kepada orang ramai supaya mengesan kereta yang

diambil balik memandangkan nombor enjin dan chasis telah ditukar?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi perkara

yang salah kalau seseorang pengguna kereta itu menggunakan kereta

yang mempunyai nombor chasis/enjinnya berlainan dengan kad milik.

Kalau mereka tahu dan masih menggunakannya, tentulah akan dikenakan

tindakan sama ada dari segi undang-undang ataupun siasatan daripada

pihak Polis. Mereka akan dikenakan soal siasat. Jadi, sesiapa

orang ramai yang tahu sekiranya dia ada ragu-ragu tentang kenderaan-

nya terutamanya nombor enjinnya, perlulah mereka menghubungi pihak

Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memastikan mereka tidak

akan mempunyai masalah pada masa nanti.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Datuk Maidom P. Pansai.

[Soalan No. 13 - Y.B. Datuk Maidom P. Pansai tidak nadir]

Page 34: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 33 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Sim Kwang Yang.

[Soalan Ho. 14 - T.B. Tuan Sim Kwang Tang tidak badir]

KORIDOR BAKU PERINDUSTRIAN PANTAI TIMOR - GALAKAN

15. Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjifi minta MenteriPerdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:-

(a) sama ada Kementerian sudah bersedia untuk melancarkan"new corridor" di Pantai Timur Semenanjung; dan

(b) kalau sudah bilakah ianya akan dilancarkan dan apakahindustri-industri yang diutamakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, selaras

dengan usaha Kerajaan untuk menyebarkan industri-industri ke kawasan

kurang maju, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah mengenalpasti

beberapa koridor perindustrian termasuk koridor Pantai Timur

merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Tenggara

negeri Johor. Beberapa kawasan perindustrin telah dan sedang

dilaksanakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri berkenaan melalui

perbadanan-perbadanan Kerajaan Negeri masing-masing dan juga projek-

projek kawasan perindustrian melalui Malaysian Industrial Estates

Sdn. Bhd. (MIEL) dan kawasan-kawasan perindustrian yang dimajukan

oleh sektor swasta. Jenis-jenis industri ditumpukan di koridor

Pantai Timur ini adalah industri-industri yang berintensif buruh dan

industri-industri yang berasaskan sumber setempat.

Page 35: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 34 -

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha menggalakkan

penubuhan industri baru di corridor Pantai Timur, Yang Berhormat

Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 1994 di Dewan yang

mulia ini telah mengumumkan insentif khas bagi projek-projek yang

ditempatkan di kawasan berkenaan yang akan layak mendapat

keistimewaan membayar cukai pendapatan pada kadar 5% berbanding

dengan 102 jika ditempatkan di tempat lain. Ada1ah diharapkan

insentif ini akan dapat mengimbangi pembangunan di negeri-negeri

Pantai Timur Semenanjung.

Tuan Yang di-pertua, Kerajaan memang sedar bahawa keputusan

sesebuah syarikat untuk menempatkan projek-projek perkilangannya

masih berasaskan faktor pasaran. Namun demikian, Kerajaan sentiasa

berusaha untuk mengatasi masalah ini terutama berkaitan dengan

penyediaan infrastruktur untuk mendorong industri melabur ke

kawasan-kawasan berkenaan.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat Datuk ada

memaklumkan bahawa negeri-negeri yang ditakrifkan sebagai "new

corridor" di Pantai Timur ialah Terengganu, Kelantan, Pahang dan

Johor. Namun demikian, kita semua sedia maklum negeri yang khusus

dicategorisekan sebagai di bawah "new corridor" hanyalah Kelantan

dan Terengganu, itu khusus semua sekali. Tetapi bagi negeri Pahang

dan Johor, dalam Belanjawan baru-baru ini mengatakan hanya

sebahagian sahaja. Persoalan saya, apakah kriteria yang akan

digunakan untuk menentukan bahagian-bahagian tertentu di negeri

Page 36: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 35 -

Pahang dan Johor ini diletakkan di bawah "new corridor".

Kebimbangan saya ialah kalau digunakan takrifan jarak jauh daripada

Kuala Lumpur sahaja, berkemungkinan kawasan-kawasan yang tidak

terletak tidak begitu tepat, yang mungkin memerlukan pembangunan dan

bantuan. Itu soalan yang pertama.

Soalan yang kedua, tadi Yang Berhormat Datuk ada memaklumkan

bahawa Kerajaan akan menumpukan pembangunan infrastruktur. Tetapi

nampak gayanya usaha ataupun bantuan ini am at diperlukan sekarang.

Baru-baru ini dalam akhbar kita dengar beberapa jalan di Lipis telah

menghadapi masa1ah yang besar oleh kerana landslide, denga izin, ada

jalan-jalan yang masih belum boleh digunakan. Persoalan saya, ada-

kah Kerajaan akan mempercepatkan bantuan untuk membaiki infrastruk-

tur ini?

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, untuk meng-

iktirafkan satu kawasan sebagai satu koridor yang memerlukan

insentif-insentif yang boleh diberikan oleh Kerajaan, kita memang

mengkaji dengan mendalam kedudukan kawasan-kawasan itu berkaitan

dengan penduduk-penduduk dan juga infrastruktur yang sedang diadakan

di dalam kawasan itu. Kita berpendapat bahawa kawasan Pantai Timur

yang telah saya katakan tadi ialah kawasan-kawasan yang perlu

ditakrifkan sebagai kawasan yang memerlukan insentif-insentif yang

tersebut.

Untuk menjawab soalan kedua, pemberian infrastruktur-

infrastruktur bukanlah kuasa Kementerian saya. Saya rasa ini adalah

kuasa Kementerian lain dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri berkenaan.

Page 37: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 36 -

Saya rasa mereka menyedari masalah-masalah yang telah pun dikatakan

oleh Yang Berhormat ini dan mereka akan mengambil tindakan yang

sewajarnya.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Di dalam menentukan koridor baru perindustrian di Pantai

Timur ini termasuklah negeri Kelantan. Oleh kerana suatu perindus-

trian memerlukan kawasan yang akan dijadikan estet perindustrian,

saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apakah

reaksi dan kerjasama atau apakah sumbangan yang telah pun dibayang-

kan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di dalam usaha Kerajaan

Persekutuan ingin menubuhkan kawasan-kawasan perindustrian khususnya

di negeri Relantan. Adakah pihak Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah

yang memerintah Kelantan memberi sumbangan yang positif terhadap

usaha Kerajaan menubuhkan kawasan perindustrian di negeri Kelantan?

Page 38: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16.11.93 - 37 -

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedar

hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membangunkan negeri Kelantan

sebagai sebuah negeri perindustrian dengan mengadakan beberapa jenis

industri-industri. Perkara ini telah dijelaskan, tetapi kerjasama

dan juga sumbangan untuk membangunkan negeri Kelantan sebagai

sebuah negeri yang maju di bidang perindustrian belum begitu

jelas, dan kita tidak nampak Kerajaan mengambil tindakan-tindakan

yang sepatutnya untuk membangunkan infrastruktur dan sebagainya di

dalam kawasan-kawasan yang telah pun ditetapkan sebagai kawasan

industri di negeri Kelantan ini. Dengan ini saya ingin mengatakan,

walaupun Kerajaan ada hasrat tetapi tidak ada tindakan.

AIDS DAN HIV - JUMLAH PENGIDAP/PEMBAWA

16. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob minta Menteri Kesihatanmenyatakan:

(a) berapakah jumlah pengidap AIDS dan pembawa kuman HIVmengikut negeri-negeri dalam tahun 1990, 1991 dan 1992bagi tiap-tiap negeri di Malaysia secara berasingan;

(b) berapakah jumlah anak luar nikah yang dilahirkan dihospital-hospital seluruh negara dalam tempoh 1990, 1991dan 1992; dan

(c) berapakah jumlah kes membuang anak di negeri-negeriSemenanjung Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Page 39: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16.11.93 - 38 -

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin

Ariffin]: Tuan Yang di-pertua, jawapan (a) ini terlalu panjang,

maka saya meminta izin supaya memberi jawapan ini secara bertulis

'direct' kepada Yang Berhormat.

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baik.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Untuk soalan (b) dan (c),

Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data-data yang dipinta.

LABUAN SEBAGAI PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR - KEMAJUAN DAN GALAKAN

17. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Kewangan menyatakan sejauhmana kemajuan dari segi galakan yang telah dilakukan bagi menjadikanLabuan Pusat Luar Pesisir negara:

(a) sejauh ini berapakah syarikat-syarikat kewangan yang telahmembuat kepastian untuk beroperasi di Labuan; dan

(b) apakah bentuk-bentuk promosi dan galakan yang telah danakan disediakan bagi mengingkat dan mempercepatkan prosesmenjadikan Labuan Pusat Kewangan Luar Pesisir yang kuatdi rantau ini.

Timbalan Menteri Kewangaa [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan Yang

di-Pertua,

(a) Setakat 30hb September, 1993, sejumlah 22 syarikat

kewangan telah ditubuhkan di Labuan iaitu terdiri

daripada 18 buah bank, 2 syarikat insuran, 1

syarikat reinsuran dan 1 pengurus dana.

(b) Kerajaan mengadakan beberapa acara promosi ke atas

Page 40: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR 16.11.93 - 39 -

Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antara-

bangsa, di antaranya termasuklah mengadakan seminar

di Hong Kong pad a 24hb Mei, 1991, di Jepun dan

Taiwan di antara 28hb November hingga 2hb Disember

1991, di Amerika Syarikat di antara llhb-15hb

September 1992, di Nagoya, Jepun antara 19hb

hingga 23hb Oktober 1992 dan di Eropah di antara

6hb hingga 14hb Februari, 1993.

Promosi juga telah dibuat melalui media-massa

dengan menjemput wartawan luar negeri untuk

membuat liputan mengenai Labuan sebagai Pusat

Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa. Bagi tahun

1993 sejumlah 12 orang wartawan telah diatur

untuk mengunjungi Labuan bagi tujuan ini.

Pengiklanan juga dibuat dalam penerbitan antara-

bangsa seperti Asia Wall Street Journal, Offshore

Financial Review, Offshore Investment (London) and

Wall Street Journal (Europe).

Selain daripada itu, Lembaga Pembangunan Labuan

akan menganjurkan beberapa seminar di dalam negeri

dan juga menyertai dalam seminar antarabangsa untuk

meneruskan usaha promosi Labuan sebagai Pusat

Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa. Lembaga

Pembangunan Labuan juga akan mengadakan sesi

penerangan dan mengaturkan lawatan untuk bakal

pelabur asing yang datang ke Kuala Lumpur dan

Labuan.

Page 41: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR 16.11.93 - 40 -

Galakan utama yang disediakan kepada syarikat-

syarikat luar pesisir ialah pembayaran cukai

yang amat rendah di man a syarikat hanya

membayar cukai pada kadar 3% daripada

keuntungan bersih ataupun membayar RM20,000

sahaja sama ada kepada Jabatan Basil Dalam

Negeri atau pun Pendaftar Syarikat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk

pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab-Mulut telah tamat.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab-Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Pertanyaan Ho. 4, 11, 13, 14 dan No. 18 hingga 33 akan

dimasukkan dalam naskhah bercetak kelak].

Page 42: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16. 11.-93 - 41 -.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1994

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1994

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Rang Undang-undang

Perbekalan 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul

yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlahwang sebanyak tidak lebih daripada RM13,850,004,080(Ringgit Malaysia tiga belas bilion, lapan ratus limapuluh juta, empat ribu dan lapan puluh) dibelanjakandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1994 danbagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaanpembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunanatau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 1994 yangdibentangkan sebagai Kertas Perintah 31 Tahun 1993, adalahdiuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu diruangan lapan dan sembilan senarai tersebut".[15hb November, 1993]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Jabatan Perdana

Menteri diminta jawab.

3.37 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Abang Abu Bakar bin

Datu Bandar Abang Haji Mustapha]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih

Page 43: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR 16.11.93 - 42 -

dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan

Belanjawan 1994 selama 9 hari yang lalu. Beberapa Ahli-ahli Yang

Berhormat telah memberi pandangan, cadangan dan juga teguran

terhadap beberapa perkara di bavah tanggungjawab Jabatan Perdana

Menteri.

Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa tugas

dan bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri adalah terlalu luas. Walau

bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi

penjelasan serta jawapan ke atas perkara-perkara yang telah

dibangkitkan itu. Kepada setengah-setengah perkara yang tidak

sempat dijawab yang dibangkitkan semasa menggulung perbahasan ini

akan diambil perhatian oleh Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab persoalan-persoalan

yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu

saya ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya

tidak akan memberi jalan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk

meminta penjelasan. Ini adalah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat

telah pun diberi peluang untuk bercakap sebelum ini tanpa gangguan

daripada saya. Dalam pada itu, perkara-perkara yang akan saya

jelaskan juga akan mengambil mas a yang lama, hampir satu jam dan

saya khuatir masa untuk rakan-rakan saya menjawab tidak mencukupi.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan dan terhad, saya harap Ahli-ahli

Page 44: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR 16.11.93 - 43 -

Yang Berhormat tidak akan menganggu saya bagi membolehkan saya

menjelaskan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong ada

membangkitkan mengenai program penswastaan yang dilaksanakan oleh

Kerajaan. Sukalah saya jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini

bahawa pelaksanaan program pensvastaan sehingga kini telah berjalan

dengan jayanya dan tidak banyak masalah yang dihadapi dalam pelak-

sanaannya. Boleh dikatakan semua projek yang diswastakan telah

berjaya mencapai matlamat penswastaan khususnya dalam mengurangkan

beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan di samping meningkatkan

produktiviti. Sungguhpun begitu, memang terdapat isu-isu kecil

mengenai penswastaan tetapi ianya dapat diselesaikan melalui

rundingan-rundingan di antara Kerajaan dengan syarikat-syarikat

yang berkenaan. Oleh itu, adalah tepat bagi Laporan Ekonomi Tahunan

1993/1994 hanya menyentuh tentang kejayaan-kejayaan pelaksanaan

program itu.

Pelaksanaan program penswastaan adalah berpandukan kepada Pelan

Induk Penswastaan yang menggariskan dengan terperinci prosedur

tertentu yang perlu dipatuhi. Proses ini melibatkan dua pendekatan

iaitu pendekatan yang didayausahakan oleh Kerajaan dan sektor

swasta. Bagi projek yang didayausahakan oleh Kerajaan ianya

adalah berdasrakan kepada proses tender bersaing, manakala projek

yang didayausahakan oleh sektor swasta pula berdasrkan kepada

Page 45: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DDR 16.11.93 - 44 -

pendekatan di mana yang dahulu didahulukan dengan syarat mempunyai

kemampuan melaksanakan projek dari segi kewangan dan teknikal.

Berhubung dengan penswastaan Jambatan Pulau Pinang, prosedur

yang telah dipakai ialah penswastaan yang didayausahakan oleh sektor

swasta, Syarikat yang telah diberikan konsesi ini merupakan

syarikat pertama yang mengemukakan cadangan penswastaan untuk

projek ini. Kerajaan telah mendapati cadangan ini adalah memenuhi

syarat dan dengan itu rundingan telah diadakan dengan syarikat

tersebut. Antara syarat-syarat utama Perjanjian Konsesi ini adalah

seperti berikut:

(i) perjanjian ini ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia

dengan Syarikat Mekar Idaman Sdn. Bhd.;

(ii) perjanjian ini memberi hak kepada syarikat konsesi

menjalankan operasi, mengurus dan menyelenggarakan

Jambatan Pulau Pinang selama satu tempoh bermula dari 1hb

Oktober 1993 dan akan tamat pada 31hb Mei 2018.

(iii) Syarikat akan membuat bayaran konsesi sebanyak RM550 juta

secara tunai, dengan izin, 'upfront' tidak lewat daripada

6 bulan daripada perjanjian ini ditandatangani;

Page 46: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 45 -

(iv) syarikat dibenarkan memungut tol bagi kenderaan yang

menggunakan Jambatan ini dan basil pungutan tersebut

menjadi milik syarikat sepanjang tempoh konsesi berkenaan;

(v) syarikat akan mengurus, membangun dan menyelenggar

kemudahan sokongan serta akan memungut kutipan daripada

penggunaan kemudahan tersebut;

(vi) syarikat konsesi juga akan bertanggungjawab untuk menaik-

kan taraf jambatan dan semua perbelanjaan modal untuk

tujuan tersebut akan ditanggung oleh pihak syarikat

konsesi; dan

(vii) perkongsian hasil juga diperuntukkan di mana ianya akan

dibuat sekiranya kadar tol sebenar melebihi 10% daripada

unjuran lalu-lintas yang dibuat oleh syarikat konsesi.

Kadar perkongsian yang dipersetujui ialah sebanyak 50:50

untuk Kerajaan dan Syarikat Konsesi.

Mengenai projek-projek yang diswastakan kepada UEM pula,

sehingga kini projek-projek yang terlibat ialah Lebuhraya Utara

Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua ke Singapura. Di

samping itu, beberapa projek sedang dirundingkan dengan UEM iaitu

Makmal Ubat dan Stor dan Kompleks Sukan di Bukit Jalil. UEM juga

telah mengemukakan cadangan untuk penswastaan Lebuhraya Pantai

Timur.

Page 47: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 46 -

Berhubung dengan kontrak Stesyen Televisyen Kedua Swasta atau

TV4 pula, pemilihan penender-penender telah dibuat berdasarkan

kepada prosedur penswastaan biasa. Tawaran-tawaran bagi tender ini

telah dikaji melalui tiga Jawatankuasa di peringkat pegawai seperti

berikut:-

(a) penilaian teknikal oleh jawatankuasa yang dipengerusikan

oleh Kementerian Penerangan;

(b) penilaian kewangan yang dipengerusikan oleh Kementerian

Kewangan; dan

(c) penilaian keseluruhan oleh Jawatankuasa Penswastaan yang

dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi.

Jawatankuasa-Jawatankuasa itu telah membuat perakuan masing-

mas ing dan mendapati bahawa tawaran yang dibuat oleh syarikat Metro-

politan TV Sdn. Bhd, adalah merupakan tawaran yang terbaik. Dengan

itu tuduhan Ahli Yang Berhormat dari Tanjong bahawa tender terbuka

untuk kontrak stesyen televisyen swasta dibuat hanya untuk tujuan

formality sahaja adalah tidak berasas sama sekali.

Walau bagaimanapun, bagi membolehkan pihak-pihak lain mengambil

bahagian dalam penswastaan ini, Jawatankuasa Penswastaan telah

memperakukan supaya sebuah konsortium dibentuk untuk mengendalikan

penswastaan ini. Konsortium ini akan diketuai oleh syarikat Metro-

politan TV Sdn. Bhd, dan beberapa penender lain akan dipilih untuk

menyertai konsortium ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan Ahli Yang Berhormat

dari Bukit Bintang bahawa perbelanjaan Kerajaan terus meningkat

setelah agensi-agensi Kerajaan diswastakan adalah tidak benar.

Penswastaan telah dapat mengurangkan beban kewangan Kerajaan dengan

Page 48: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 47 -

tiga cara:

(i) dengan penjualan kepentingan Kerajaan dalam syarikat yang

diswastakan. Kerajaan telah dapat menjimatkan perbe-

lanjaan mengurus dan pembangunan bagi projek-projek

berkenaan. Langkah ini juga telah dapat mengurangkan

pinjaman Kerajaan bagi membiayai projek tersebut. Dengan

cara ini juga Kerajaan telah memperolehi hasil pendapatan

daripada penjualan kepentingan Kerajaan dalam syarikat

yang diswastakan. Sehingga kini penjualan entiti Kerajaan

yang diswastakan telah menghasilkan pendapatan lebih RM6.7

bilion;

(ii) Kerajaan mendapat hasil tahunan daripada bayaran pajakan

dan cukai korporat syarikat-syarikat yang telah diswasta-

kan; dan

(iii) pinjaman-pinjaman Kerajaan telah diambilalih oleh syarikat

yang telah diswastakan dan dengan itu pinjaman Kerajaan

telah dapat dikurangkan.

Dari segi penjimatan perbelanjaan Kerajaan, penswastaan projek-

projek besar seperti Perkhidmatan Pos telah dapat menjimatkan RM200

juta ke atas perbelanjaan tahunan. Dari segi perbelanjaan peng-

urusan bagi projek-projek yang telah diswastakan pada keseluruhan-

nya, Kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM3.8 bilion manakala bagi

perbelanjaan pembangunan pula penjimatan yang dibuat ialah lebih

kurang RM13 bilion. Perbelanjaan bagi infrastruktur telah

berkurangan sebanyak 50% iaitu dari RM12.9 bilion dalam Rancangan

Malaysia Keempat kepada RM6.8 bilion dalam Rancangan Malaysia

Kelima.

Page 49: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 48 -

Di samping, itu pengecilan saiz Perkhidmatan Awam amat ketara

dengan penswastaan entiti yang besar seperti Jabatan Telekom yang

mempunyai sejumlah 29,000 kakitangan dengan purata perbelanjaan

mengurus sebanyak RM831 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak

RM1,371 juta sebelum ia diperbadankan. Dengan penswastaan projek-

projek seperti ini, Kerajaan telah dapat bukan sahaja mengurangkan

beban kewangannya, malah meringankan tanggungjawabnya dari segi

pengurusan kakitangan, penguasaan ddan penyelarasan pelaksanaan

projek di samping mendapat hasil melalui cukai dan hasil jualan

ekuitinya dalam syarikat.

Melalui pelaksanaan dasar penswastaan juga, rakyat telah

mendapat perkhidmatan yang lebih baik yang boleh dikatakan setanding

dengan negara-negara maju. Di samping itu, rakyat juga telah

diperkenalkan dengan perkhidmatan baru misalnya perkhidmatan tele-

marketing, telecaj, perkhidmatan telefon bergerak, digital network

dan sebagainya yang telah disediakan oleh syarikat Telekom. Di

samping itu, perkhidmatan yang diberikan adalah lebih cekap, misal-

nya tempoh menunggu pemasangan telefon telah berkurangan daripada 6

bulan kepada 3 bulan setelah Jabatan Telekom diswastakan. Dengan

adanya peningkatan dalam perkhidmatan-perkhidmatan ini, rakyat telah

diberi penjelasan dan faham bahawa mereka diperlukan membayar

perkhidmatan ini pada kos yang sebenar. Ini berbanding dengan

keadaan sebelum penswastaan di mana Kerajaan telah memberi subsidi

ke atas perkhidmatan-perkhidmatan yang pada masa itu disediakan oleh

Kerajaan sendiri.

Page 50: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 49 -

Syarikat—syarikat yang terlibat dcngan projek-projek penswas-

taan mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit untuk membina lebuh-

raya/jalan raya tanpa melibatkan kewangan Kerajaan. Dengan itu ada-

lah wajar bagi syarikat-syarikat ini mendapatkan semula pelaburan

yang telah dibuat melalui pengutipan tol dan bayaran ke atas

perkhidmatan yang diberikan. Wajar dimaklumkan bahawa dengan

menswastakan projek-projek lebuhraya misalnya, lebih banyak lebuh-

raya telah dapat dibina dalam jangka masa yang lebih singkat,

berbanding dengan sekiranya Kerajaan membina lebuhraya berkenaan

dengan peruntukannya sendiri. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan

dijangka akan disiapkan 14 bulan lebih awal daripada jadual yang

dirancangkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Projek Segitiga, khususnya Projek

Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand yang disentuh

oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, Kerajaan telah mengesyorkan

kepada Kerajaan Indonesia dan Thailand untuk memajukan projek

tersebut memandangkan kepada potensinya begitu luas dan boleh

memanfaatkan ketiga-tiga negara. Selain dari itu, ia juga dapat

meningkatkan hubungan dan kerjasama ekonomi serta dagangan dengan

negara-negara jiran tersebut.

Projek ini telah mendapat persetujuan Kerajaan Indonesia dan

Thailand di mesyuarat tigahala yang diadakan di Langkawi pada 20hb

Julai, 1993. Memandangkan pihak Indonesia telah melantik Menteri

Koordinator Bidang Industri dan Perdagangan dan pihak Thailand pula

melantik Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan projek

tersebut, maka adalah perlu penyelaras projek ini bagi pihak

Malaysia juga diberi taraf Menteri. Ini akan membolehkan kita

mengadakan rundingan dengan berkesan di bidang strategi dan

Page 51: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 50 -

program tindakan untuk memajukan projek tersebut, di saraping

menjamin kepentingan kita jika diberi keutamaan. Oleh yang

demikian, Yang Amat Berbahagia Tun Daim Zainuddin telah diberi taraf

Menteri. Perlantikannya bermula daripada 1hb Januari, 1992. Di

antara tanggungjawab yang diberikan kepada beliau ialah:

(i) merundingkan dengan Kerajaan Indonesia dan

Thailand mengenai perancangan dan pelaksanaan

program serta projek-projek kerjasama yang boleh

memanfaatkan ketiga-tiga negara, khususnya

Malaysia; dan

(ii) merancang strategi pembangunan projek ini untuk

memastikan kepentingan negara diberi tumpuan

khusus.

Oleh kerana satu perancangan yang rapi dan tersusun adalah perlu

dalam melaksanakan program dan projek kerjasama di bawah projek ini,

ia memerlukan penyelarasan antara agensi Kerajaan dan sektor swasta

secara kemas dan berkesan. Dengan itu, Kerajaan telah memberikan

tugas urusetia projek itu kepada Unit Perancang Ekonomi. Dalam

melaksanakan projek ini, UPE berurusan terus dengan Yang Amat

Berbahagia Tun Daim dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Page 52: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 51 -

Suka dijelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berbahagia

Tun Daim tidak terlibat dengan lain-lain fungsi dan tugas UPE, ter-

masuk tugas-tugas yang meliputi program penswastaan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar ada

membangkitkan mengenai industri hiliran. di bidang petroleum. Bagi

menjawab soalan ini, sukalah dijelaskan bahawa selaras dengan

strategi untuk meningkatkan nilai ditambah sumber-sumber petroleum,

Kerajaan terus menumpukan perhatian kepada pembangunan sektor

biliran industri petroleum. Selain daripada meningkatkan nilai di-

tambah gas asli, pembangunannya akan memberi sumbangan yang besar ke

arah memperluaskan asas perindustrian. Tambahan pula, oleh kerana

sebahagian daripada keluaran ini adalah untuk pasaran eksport,

industri ini akan memberi peluang dagangan yang lebih luas untuk

menembusi dan mempelbagaikan pagaran-pasaran antarabangsa yang baru.

Antara projek-projek hiliran petroleum yang telah dan sedang

dimajukan ialah seperti berikut:-

(i) Projek penapisan minyak jenis ringan di Melaka

yang akan mula beroperasi pada tahun 1994;

(ii) Projek Propilena, Methyl Tertiary Butyl Ether

(MTBE) dan Polipropilena di Kuantan telah pun

beroperasi;.

(iii) Projek Ethilena/Poliethilena di Kertih,

Terengganu dijangka memulakan pengeluaran pada

1995;

Page 53: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 52 -

(iv) Di Sarawak, Projek Sintesis Sulingan Per-

tengahan (MDS) akan menghasilkan keluaran

petroleum seperti minyak tanah, nafta, disel

serta lilin. Di samp ing itu, pembesaran loji

LNG akan dilaksanakan di Bintulu;

(v) Projek Methanol dan Hot Briquet ted Iron di

Sabah telah pun beroperasi;

(vi) Projek Penyaluran Gas Semenanjung (PGU) yang

menyalurkan gas dari Terengganu hingga ke

pantai barat Semenanjung Malaysia untuk mem-

bolehkan penjanaan elektrik melalui penggunaan

gas dan sehingga ini 5 stesen janakuasa

elektrik sedang menggunakan gas; dan

(vii) Projek penggunaan gas di sektor pengangkutan

' juga sedang berjalan dan sebagai insentif,

Kerajaan telah menetapkan harga gas untuk

kenderaan di tahap separuh dari harga petrol

premium.

Kerajaan juga menggalakkan penyelidikan dalam sektor petrokimia

melalui mekanisma Intensification of Research in Priority Areas

(IRPA) dan dengan kerjasama pihak PETRONAS Research and Scientific

Services Sdn. Bhd.

Page 54: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 53 -

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat

dari Sibu yang merabangkitkan mengenai Sistem Komputer di Jabatan-

jabatan Kerajaan, suka saya jelaskan bahawa pihak Kerajaan sememang-

nya memberi tumpuan yang tinggi kepada pelaksanaan pengkomputeran di

Jabatan-jabatan Kerajaan, lebih-lebih lagi dengan usaha Kerajaan

sekarang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti Perkhidmatan

Awam. Dalam tempoh 5 tahun yang lepas (1988-1993), pihak Kerajaan

telah meluluskan sebanyak 320 permohonan projek pengkomputeran

dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM750 juta. Pada masa

sekarang, adalah dianggarkan bahava terdapat sebanyak 400 komputer

kerangka utama dan mini serta kira-kira 30,000 PC di Jabatan-jabatan

Kerajaan. Menyedari bahawa penggunaan teknologi maklumat akan dapat

memberi sumbangan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti

Perkhidmatan Awam, satu program pengkomputeran buat pertama kalinya

telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam dengan fokus kepada

bidang-bidang berikut:-

(a) pembangunan pangkalan data;

(b) penubuhan rangkaian telekomunikasi per-

khidmatan awam;

(c) pembangunan standard-standard;

(d) peningkatan kesedaran (computer awareness);

(e) pembangunan sumber manusia; dan

(f) peningkatan keselamatan komputer.

Mengenai penubuhan pangkalan-pangkalan data atau, dengan izin,

data bases, beberapa agensi seperti SIRIM, PORIM, Dewan Bahasa dan

Pustaka dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah pun

Page 55: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -54-

menubuhkan pangkalan data di agensi masing-masing bagi memperting-

katkan usaha pengumpulan dan penyebaran maklumat di bawah tanggung-

jawab masing-masing. Di antara maklumat tersebut ialah paten,sains

dan teknologi dan hasil-hasil penyelidikan kelapa sawit. Usaha yang

terbaru di bidang perkomputeran ialah untuk menubuhkan satu Civil

Service Link (CSL) yang akan berfungsi untuk menawarkan maklumat-

maklumat Kerajaan kepada ahli-ahli perniagaan, akademik dan juga

orang ramai. Dengan penubuhan CSL ini, agensi-agensi Kerajaan akan

dikehendaki membangunkan pangkalan-pangkalan data mereka supaya

maklumat dari pangkalan-pangkalan data tersebut dapat disalurkan

kepada CSL.

Dari segi meningkatkan perhubungan antara agensi-agensi

Kerajaan di segi perkongsian maklumat pula, pihak Kerajaan juga

sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan satu rangkaian teleko-

munikasi bersepadu Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar bahawa di zaman yang serba

maju ini, orang awara sentiasa mengejar masa untuk mengerjakan

berbagai aktiviti rasmi masing-masing, oleh itu Kerajaan telah mula

mengenalkan Public Services Network (PSN) bagi membolehkan orang

awam berurusan mengenai berbagai aktiviti dengan Kerajaan di satu

tempat sahaja.

Projek ini telah pun dilaksanakan secara perintis di 4 pejabat

pos mulai bulan Ogos 1993 iaitu di Pejabat Pos Bandar Tun Razak,

Pejabat Pos Kuala Selangor, Pejabat Pos Taman Tun Dr. Ismail dan

Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Page 56: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -55-

Projek PSN ini memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan

pihak Kerajaan oleh kerana beberapa perkhidmatan Kerajaan ditawarkan

di pejabat pos. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan secara

perintis ini ialah pembaharuan lesen memandu dan pembaharuan lesen

perniagaan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang akan ditawarkan

ialah pembaharuan lesen kenderaan bermotor dan pembayaran kompaun

polis yang dijangka dapat disediakan pada tahun hadapan.

Sebagaimana yang disebutkan, pelaksanaan PSN sekarang ialah

secara perintis di 4 pejabat pos dan pelaksanaan ke seluruh negara

akan bermula mulai awal tahun 1994. Oleh yang demikian, walaupun

pihak Kerajaan masih belum mempunyai sebuah pelan pengkomputeran

nasional secara total, beberapa usaha telah dijalankan sepertimana

saya sebutkan tadi, dengan tujuan untuk membangunkan satu infra-

struktur teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu juga ada

menyentuh mengenai pengambilan kakitangan awam oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam, Malaysia. Nampaknya Ahli Yang Berhormat dari

Sibu telah salah faham mengenai peranan Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam, Malaysia dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah badan bebas yang ditubuh-

kan di bawah Perkara 139(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua Ahli

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong di bawah Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan. Ahli-ahli

Page 57: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -56-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah terdiri daripada bekas pegawai-

pegawai kanan Kerajaan yang telah bersara sebagai Ketua-ketua Setia-

usaha Kementerian, Ketua Jabatan, Setiausaha Kerajaan Negeri, bekas

duta, kalangan ahli profesional dan juga orang-orang yang terkenal

di kalangan sektor swasta.

Oleh itu, kepakaran mereka di dalam melaksanakan fungsi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidaklah perlu dipertikaikan. Kesemua

Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menjalankan temuduga melalui

Lembaga Temuduga yang ditubuhkan. Ketua Jabatan yang dijemput meng-

hadiri temuduga bukanlah Ahli Lembaga Temuduga Suruhanjaya Perkhid-

matan Awam, tetapi hanya wakil jabatan yang diminta membantu Ahli

Lembaga Temuduga sahaja dan Ketua Jabatan tidak mempunyai apa-apa

pengaruh terhadap Ahli Lembaga Temuduga.

[Timbalan Yang di-pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tempoh pengambilan pegawal baru dibuat oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam bergantung kepada jenis-jenis jawatan di dalam

Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Sokongan. Bagi pengambilan

jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional seperti doktor,

tempoh pengambilan dibuat dalam masa 1 minggu hingga 5 minggu sahaja

bergantung kepada jumlah calon oleh kerana pengambilan mereka dibuat

secara berterusan, tidak melibatkan iklan di akhbar. Sebaliknya,

bagi jawatan di dalam Kumpulan Sokongan yang mempunyai kekosongan

yang banyak dan menarik berpuluh ribu calon setelah diiklan, tempoh

yang diambil adalah antara 8 hingga 17 minggu meliputi tempoh iklan,

pendaftaran, tapisan, temuduga dan tawaran.

Kerajaan memang sedar mengenai kekurangan doktor dan jururawat

pada masa sekarang dan ini berlaku bukanlah disebabkan kelewatan

urusan pengambilan, tetapi oleh kerana keperluan doktor sentiasa

melebihi daripada calon-calon doktor yang berkelayakan di dalam

negara pada masa sekarang.

Page 58: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 57 -

Masalah ini bukanlah boleh diatasi dengan cara menubuhkan Suruhan-

jaya Perubatan yang baru tetapi melalui langkah-langkah yang sedang

dan akan dijalankan oleh Kerajaan dengan cara menambah pengeluaran

doktor-doktor daripada universitiruniversiti tempatan dan juga

melalui pengambilan doktor secara kontrak dari seberang laut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat dari

Padang Terap supaya umur persaraan bagi profesor-profesor dipanjang-

kan memandangkan mereka ini masih lagi dapat menyumbangkan buah

fikiran dan ilmu walaupun umur mereka telah mencapai 55 tahun, suka-

cita saya maklumkan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memanjang-

kan umur persaraan profesor-profcsor dan juga kakitangan Kerajaan

yang lain setelah mencapai umur 55 tahun, Walau bagaimanapun,

profesor-profesor dan kakitangan Kerajaan yang lain yang telab

bersara boleh dilantik semula secara kontrak jika perkhidmatan

mereka masih diperlukan oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat

dari Parit Sulong supaya bilangan kakitangan di Kementerian Belia

dan Sukan di peringkat bawahan atau akar umbi tidak sepatutnya

dikurangkan malah ditambah lagi memandangkan tugas-tugas dan peranan

penting mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam memang sedar tentang

kekurangan bilangan kakitangan di peringkat bawahan atau akar umbi

yang dihadapi oleh Kementerian Belia dan Sukan. Justeru itu, dalam

Page 59: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 58 -

urusan penyusunan semula Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan

Perkhidmatan Awam telah mengkaji dengan teliti dan telah memberi

pertimbangan sewajarnya berasaskan kepada keperluan Kementerian

berkenaan. Perkara ini akan dimaklumkan apabila diputuskan oleh

Kerajaan.

Ahli Yang Berhormat dari Bandau, Tanjong Aru dan Gaya ada

menyentuh mengenai persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan-

raya. Adalah tidak adil bagi Ahli-ahli Yang Berhormat membuat

dakwaan sedemikian kerana urusan persempadanan semula bahagian-

bahagian pilihanraya masih sedang berjalan. Ketika urusan persem-

padanan ini diadakan, orang ramai termasuk Ahli Yang Berhormat

sendiri boleh membuat representasi terhadap syor-syor persempadanan

ketika ianya dipamerkan.

Berdasarkan kepada ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat itu, saya

yakin representasi yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin dalam

kawasan Ahli Yang Berhormat itu akan dipertimbangkan berikutan

dengan siasatan tempatan yang telah diadakan oleh pihak Suruhanjaya

Pilihanraya. Seperkara lagi, ingin saya memaklumkan bahawa laporan

akhir persempadanan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada satu

ketika yang akan ditetapkan kelak, dan inilah forum yang sebaik-

baiknya untuk membincangkan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai menjawab persoalan yang dibangkit-

kan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjung Aru dan Kota Kinabalu

Page 60: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 59 -

mengenai terdapatnya ramai pendatang-pendatang tanpa izin yang telah

didaftarkan sebagai pemilih, sukalah saya menjelaskan bahawa tiap-

tiap tahun SPP menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar

pemilih. Ketika urusan ini berjalan, orang ramai yang layak

mengundi telah diberi peluang untuk mendaftar sebagai pemilih.

Bagi negeri Sabah khasnya, SPR akan menyemak butir-butir

pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih dengan Jabatan

Pendaftaran Negara untuk menentukan sama ada seseorang itu pemegang

kad pengenalan yang sab ataupun tidak. Jika rekod pemohon itu tidak

ada di Jabatan Pendaftaran Negara, permohonan itu akan ditolak.

Mengenai dakwaan Ahli Yang Berhormat kononnya di bahagian

pilihanraya N.15 Sugut terdapat seramai 800 pemilih yang tidak

dikenali, ingin saya menjelaskan bahawa pemilih-pemilih itu tidak

semestinya terdiri dari bukan warganegara setempat. Apa yang .

berlaku ialah pemilih-pemilih itu pada tarikh kelayakan pernah

bermastautin di bahagian pilihanraya yang berkenaan dan kemudiannya,

telah berpindah ke tempat lain. Dalam keadaan begini, nama pemilih-

pemilih tersebut perlu dikekalkan di bahagian pilihanraya di mana

mereka mendaftar dan nama mereka tidak boleh dipotong kecuali mereka

memohon untuk bertukar alamat.

Di samping itu, saya juga ingin menarik perhatian Ahli Yang

Berhormat bahawa dalam proses menjalankan urusan pendaftaran

pemilih, rang daftar pemilih akan dipamerkan kepada orang ramai dan

orang ramai berhak untuk membuat bantahan jika mereka mendapati ada

Page 61: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

TR.16.11,93 - 60 -

di antara orang—orang yang memohon tidak layak untuk didaftarkan

sebagai pemilih di satu-satu bahagian pilihanraya.

Sehubungan dengan ini, sukalah saya menjelaskan bahawa

penyaluran peruntukan pembangunan tidak semestinya dibuat mengikut

kawasan Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen. Sebelum sesuatu

projek dijalankan, beberapa faktor akan diambilkira yang antara

lainnya ialah memberi keutamaan kepada keperluan penduduk-penduduk

setempat. Oleh itu rancangan pembangunan dijalankan mengikut

kepentingan dan keperluan penduduk-penduduk kawasan yang memerlukan-

nya. Dalam hal ini, proses pengubahsuaian kawasan pilihanraya di

negeri Sabah tidak menjejaskan usaha-usaha yang meningkatkan

pelaksanaan projek-projek pembangunan terutama di kawasan-kawasan

yang mendesak khususnya kawasan-kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong dan Kota

Melaka telah menyoal mengenai kewibawaan Biro Pengaduan Awam (BPA)

dan Badan Pencegah Rasuah (BPE) dan mencadangkan supaya Ombudsman

diwujudkan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, BPA yang

telah diwujudkan sejak tahun 1971 lagi, berperanan sebagai salah

satu dari response awam terhadap perjalanan pentadbiran awam.

Walaupun begitu, Kerajaan telah bersetuju menyusun semula

struktur dan peranan serta tanggungjawab BPA melalui Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 Tahun 1992 yang berkuat-

kuasa mulai 31 Julai 1992. Di bawah peraturan yang baru ini, BPA

tidak disekat dari menyiasat sebarang aduan yang diterima dari

Page 62: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 61 -

orang awam asalkan ianya termasuk dalam bidang kuasanya sebagaimana

yang dihuraikan di bawah takrif pengaduan awam di dalam Pekeliling

4/1992 yang berbunyi:

(i) 'Pengaduan Awam' ialah pengaduan-pengaduan

orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka

terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan

termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan

institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan

membekalkan keperluan-keperluan awam, dengan

izin, public utilities yang dirasai tidak adil,

tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang

sedia ada termasuklah salahlaku, penyelewengan,

salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

(ii) Pengaduan-pengaduan awam meliputi semua aspek

pentadbiran Kerajaan kecuali perkara-perkara

yang berkaitan dengan dasar Kerajaan yang telah

ditetapkan dan perkara-perkara yang berada di

bawah bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah, Biro

Bantuan Guaman, Jawatankuasa Kabinet Mengenai

Pengurusan Kerajaan dan Jawatankuasa Kira-Kira

Wang Negara.

Mengikut sistem yang ada sekarang ini, telah diwujudkan satu

Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua

Page 63: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 62 -

Setiausaha Negara dan dianggotai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Timbalan Ketua Setia-

usaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Unit

Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang mempunyai bidang kuasa

antara lainnya; menimbang dan membuat keputusan mengenai laporan

atau kes yang dikemukakan oleh BPA mengenai pengaduan awam dan

mengarahkan Ketua Agensi Kerajaan yang berkenaan supaya hadir dalam

Mesyuarat Jawatankuasa untuk mcmberi penjelasan mengenai sesuatu

aduan atau kes.

Walaupun Biro tidak mempunyai kuasa legislative, namun basil

siasatan yang dijalankan oleh BPA akan dikemukakan kepada Jawatan-

kuasa Tetap Pengaduan Awam untuk keputusan. Ini bermakna sesuatu

kes yang diadukan terutama yang tidak dapat diselesaikan di pihak

agensi berkenaan, ianya ditimbang serta diputuskan oleh satu

Jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai-pegawai terkanan dalam

Perkhidmatan Awam dan tidak oleh pegawai-pegawai rendah di BPA

sebagaimana yang dianggap oleh Ahli Yang Berhormat.

Page 64: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DB.16.11.93 - 63 -

Dengan kelulusan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam, Biro boleh

menyiasat secara dekat dengan mendapatkan serta melibat fail-fail

yang berkenaan, menemubual pegawai-pegawai yang terlibat dalam

usaha untuk menyelesaikan aduan yang diterima. Jawatankuasa Tetap

Pengaduan Awam juga boleh memanggil Ketua-ketua Jabatan untuk

memberi penjelasan di atas aduan-aduan yang diterima terhadap agensi

berkenaan. Kerajaan berpuas hati dengan sistem yang wujud kerana

Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam adalah merupakah satu badan yang

berkuasa dan dapat menyelesai masa1ah yang diadukan, mengesyor

supaya diambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang cuai serta

meminda peraturan atau sistem yang pincang basil dari siasatan yang

dijalankan oleh BPA. Ini adalah didapati berkesan dan sesuai bagi

negara kita.

Oleh yang demikian, Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan

Ombudsman sebagaimana yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat

berkenaan. Ini adalah kerana institusi-institusi yang telah

diswastakan itu adalah tertakluk juga kepada sistem respons awam

yang telah diadakan ini.

Sebenarnya, falsafah "Ombudsman" dan konsepnya telah dilaksana-

kan di negara ini sejak tiga dekad yang lalu. Peranan dan fungsi

yang dipertanggungjawabkan kepada Ombudsman itu sebenarnya telah dan

sedang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia, cuma tidak memakai nama

"Ombudsman", tetapi menggunakan nama BPP, BPA atau Biro Pengaduan

Awam dan MAMPU,

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan-dakwaan daripada beberapa Ahli

Yang Berhormat mengenai kewibawaan BPR yang terjejas kerana ia

Page 65: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 64 -

diperalatkan oleh pemerintah adalah tidak benar sama sekali dan

hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan mengenai undang-undang.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) adalah sebuah agensi yang diberi

tanggungjawab utama untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa orang-

orang yang didapati terlibat dengan jenayah rasuah mengikut peruntu-

kan undang-undang yang ditetapkan di samping menjalankan program-

program berbentuk pendidikan nilai-nilai murni.

BPR diberi sepenuh kebebasan untuk menyiasat sesiapa sahaja

tanpa mengira kedudukan, darjat dan jawatan seseorang itu dan tidak

perlu merujuk kepada Kerajaan atau mana-mana pihak sebelum sesuatu

siasatan dijalankan. Saya jamin babava pihak Kerajaan tidak pernah

dan tidak akan sekali-kali memperalatkan BPR kerana Kerajaan meng-

hormati serta menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap BPR yang

sentiasa bertindak tegas, adil, amanah dan berkecuali tanpa sebarang

prasangka.

Yang saya perhatikan, pihak DAPlah yang sering menggunakan BPR

sebagai alat untuk tujuan politiknya ekoran dari emosi dan sentimen

peribadinya terhadap pihak-pihak tertentu, Nampaknya, Ahli-ahli

Yang Berhormat dari parti Pembangkang, terutamanya dari parti DAP

yang telah membuat report kepada BPR membuktikan hakikat sebenarnya

bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan masih lagi mempunyai

keyakinan terhadap kredibiliti dan kewibawaan BPR untuk bertindak

mencegah rasuah. Sebaliknya, jika tidak ada kepercayaan, sudah

tentunya Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan tidak akan membuat apa-

apa aduan kepada BPR.

Berhubung dengan tindakan pendakwaan, Badan ini perlu terlebih

dahulu mendapat keizinan untuk mendakwa atau "consent to prosecute"

Page 66: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 65 -

dengan izin, daripada Peguam Negara sebelum sesuatu kes itu dituduh

di mahkamah. Ini bukan kehendak sesiapa, tetapi adalah kehendak

Perlembagaan Negara.

Ekoran dari tindakan parti-parti Pembangkang yang suka

mengheboh-hebohkan serta menggembar-gemburkan kes-kes rasuah dalam

Parlimen, menyebabkan siasatan BPR terjejas. Ini adalah kerana

dokumen-dokumen penting akan dimusnahkan oleh pihak-pihak yang

berkepentingan bila mana mengetahui kes berkaitan terbongkar atau

pihak tertuduh akan cuba mempengaruhi dan berpakat dengan saksi-

saksi supaya memberi percakapan yang memihak kepada tertuduh.

Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat dari parti Pembangkang

berniat suci untuk mencegah rasuah, Ahli-ahli Yang Berhormat

berkenaan sepatutnya terus melaporkan apa sahaja kes rasuah yang

diketahui kepada BPK dan menjadi saksi di mahkamah. Sebenarnya,

keberkesanan usaha-usaha mencegah rasuah bukan sahaja bergantung

kepada peruntukan undang-undang dan kecekapan pegawai-pegawai BPR,

tetapi juga bergantung besar kepada kerjasama orang ramai, khususnya

menjadi saksi di mahkamah. Adakah Ahli-ahli Pembangkang bersedia

untuk menjadi saksi di mahkamah, dan bukannya membuat laungan kosong

di dalam Dewan yang mulia ini?

Kerajaan sedar bahawa pihak Pembangkang sebcnarnya sudah

kehabisan modal, maka mereka terpaksa juga menggunakan modal lapuk,

iaitu rasuah. Kalau tidak ada lagi modal politik, saya nasihatkan

supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dari parti Pembangkang lebih baik

duduk diam-diam sahaja dan jangan membuat bising seperti 'tin

kosong'. Kerajaan Juga sedar bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat dari

parti Pembangkang kerap menggunakan isu rasuah, sebenarnya bukan

Page 67: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 66 -

berjuang menentang rasuah, tetapi berniat untuk mewujudkan persepsi

serong, kononnya rasuah telah berleluasa di negara ini dalam usaha

mereka menagih simpati rakyat supaya menentang pemerintah.

Tuan Yang di-Pertua, BPR telab pun mengumumkan keputusan

siasatannya terhadap peruntukan 10 juta saham STMB (Telekom). Oleh

yang demikian, pibak Kerajaan tidak perlu mengulangi lagi butiran-

butiran lanjut mengenai hasil siasatan berkenaan. Sebagai seorang

peguam yang pakar seperti Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, sudah

tentu Ahli Yang Berhormat berkenaan sedar bahawa pibak berkuasa

berkenaan perlu ada cukup bukti, dengan izin, beyond reasonable

doubts, sebelum seseorang itu ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Ini adalab kehendak undang-undang di negara ini dan mahkamah tidak

boleh menghukum seseorang itu kalau ada keraguan walau sebesar zarah

sekalipun. Ahli Yang Berhormat juga sepatutnya tabu bahawa dengan

hanya menimbulkan sedikit keraguan, sesebuah kes itu akan dibuang.

BPR telah membuka semula siasatan terhadap kes berkenaan kerana

mendapat maklumat-maklumat baru dan pibak berkuasa berkenaan

berharap supaya tidak ada pihak yang cuba menjejaskan siasatannya

dengan memukul canang di dalam Dewan yang mulia ini, Dalam hal ini,

suka juga saya menasihatkan Ahli Yang Berhormat dari Tanjong yang

nampaknya mempunyai banyak maklumat dan begitu mengetahui kes

tersebut supaya melaporkannya kepada BPR dan membuktikan resit-resit

yang dikatakan palsu itu. Di sini bukanlah tempatnya untuk membuat

dakwaan dengan sewenang-wenangnya.

Tidak ada sebuah agensi atau organisasi penguatkuasa di dunia

ini yang diberi kuasa mutlak untuk melaksanakan objektif dan fungsi-

Page 68: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 67 -

nya. BPR sememangnya sebuah badan yang bebas untuk menyiasat

sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes rasuah seperti mana yang

saya nyatakan tadi. Kerajaan dan rakyat setakat ini amat berpuas

hati dengan prestasi dan kredibiliti BPR. Oleh yang demikian,

Kerajaan tidak bercadang untuk memindahkan PPR ke mana-mana bahagian

lain. Tambahan lagi, disebabkan oleh kecekapan dan keberkesanan

usaha-usaha BPP, kegiatan rasuah tidak menjadi satu budaya hidup

rakyat di negara ini. Tni adalah satu pencapaian cemerlang BPR yang

patut diberi kebormatan dan bukan cacian.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Padas telah

menyuarakan harapannya agar BPR tidak memilih kasih dengan hanya

mengambil tindakan terbadap ikan-ikan kecil ataupun mengambil tinda-

kan ke atas pihak Pembangkang sahaja dan tidak berani mengambil

tindakan yang melibatkan para pemimpin Barisan Nasional. Ahli Yang

Berhormat berkenaan juga berharap agar BPR berlaku adil, sekiranya

tidak, maka kewibawaan dan nama baik BPR sebagai badan bebas akan

tercemar.

Badan Pencegah Rasuah Malaysia atau BPR telah diwujudkan di

bawah Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan diberi tanggungjawab untuk

mencegah segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa

yang ditegah oleh undang-undang. Sebagai sebuah badan penguatkuasa,

setiap tindak- tanduk BPR adalah mengikut bidang tugas dan bidang-

kuasa sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang diperun-

tukkan kepadanya. Walaupun Badan ini diletakkan di bawah pentad-

biran Jabatan Perdana Menteri, tetapi ianya hanya melibatkan urusan

kewangan dan pengambilan kakitangan sahaja. Segala urusan harian

Page 69: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 68 -

dan operasinya ditentukan sendiri oleh pihak pengurusan BPR tanpa

perlu merujuk terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Oleh hal yang

demikian, Ahli Yang Berhormat berkenaan tidak perlu merasa bimbang

kerana BPR akan sentiasa bertindak dengan adil, berkecuali,

impartial, dengan izin, dan tanpa prasangka serta tanpa mengira

kedudukan, darjat atau jawatan seseorang itu sekiranya memperolehi

cukup bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Hasil siasatan BPR berkaitan kes MAIKA Holdings telah pun

diumumkan dan saya tidak bercadang untuk mengulangi pengumuman itu

di dalam Dewan ini. BPR telah bertindak adil, tegas dan amanah di

dalam hal ini. Kita seharusnya menghormati keluhuran dan keadilan

undang-undang yang mana kit a tidak boleh menghukum seseorang itu

dengan sewenang-wenangnya jika tidak ada cukup bukti. Pihak

Pembangkang, terutamanya Ahli-ahli dari DAP yang sengaja tidak mahu

menerima hakikat ini jelas mencerminkan bahawa merekalah yang

sebenarnya tidak demokratik dan berprinsipkan diktator.

Page 70: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 69 -

Sekiranya parti Pembangkang berkuasa, maka sudah tentulah ramai

rakyat yang tidak bersalah akan dihukumnya kerana mengamalkan dasar

dan pendirian yang sentiasa dipengaruhi oleh emosi, sentimen politik

dan prasangka buruk.

Jika sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat dari DAP, khususnya

dari Kota Melaka benar-benar jujur untuk berjuang menentang rasuah,

maka Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sepatutnya terus membuat

laporan rasmi tentang kes Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor

dan menjadi saksi BPF. Dewan yang Mulia ini bukannya medan untuk

menunjukkan keperwiraan parti Pembangkang dalam memerangi rasuah dan

bukan juga tempat menabur tuduhan tanpa asas. Berkaitan dakwaan kes

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, ianya masih lagi di dalam

tindakan pihak BPF.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kedudukan kewangan DBKL yang

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, ingin saya

maklumkan babawa kedudukan kewangan DBKL sekarang adalah lebih baik

dari tahun-tahun yang lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

daripada Tanjong, Belanjawan Mengurus DBKL bagi tahun 1994 dijangka

akan mengalami lebiban (surplus) sebanyak RM 44 juta. Sebenarnya

teguran-teguran yang telah ditimbulkan pada Mesyuarat Parlimen bulan

Julai lalu mengenai DBKL, telah pun diberi perhatian dan diambil

tindakan, termasuklah mengemaskinikan peraturan kewangan yang

diamalkan oleh DBKL. Kawalan-kawalan ketat telah pun dibuat

Page 71: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 70 -

dalam menguruskan kewangan pentadbiran DBKL. Tindakan tegas ke atas

kakitangan yang menyeleweng, menggelap dan tidak mempunyai sifat-

sifat amanah telah diambil mengikut peraturan yang ada pada ketika

ini.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat daripada Seputeh mengenai masalah pencemaran alam sekitar

yang berkaitan dengan aktiviti pembakaran di tapak pelupusan sampah,

sukacita saya memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memang

menyedari masalah tersebut. Dalam hubungan ini, Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur sedang membuat perancangan bagi melaksanakan sistem

pelupusan sampah yang moden melalui program penswastaan. Jika ini

dilaksanakan, tapak pelupusan sampah yang ada akan ditutup.

Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga berusaha

mencari tapak pembuangan sampah di tempat-tempat lain, walaupun

tapak baru telah dikenalpasti di Jinjang Utara. Bagi kawasan-

kawasan di tapak pelupusan baru, langkah-langkah kawalan alam

sekitar pasti akan diambil sebelum tapak tersebut digunakan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang

Berhormat dari Bandau mengenai wujudnya jurang ketidakseimbangan di

antara negeri apabila melihat perbezaan KDNK per kapita di kalangan

negeri-negeri, sukacita dijelaskan bahawa keadaan ketidakseimbangan

ini bukan sahaja wujud di negara-negara sedang membangun seperti di

Page 72: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 71 -

Malaysia, malah turut dialami oleh negara-negara yang lebih maju.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, ketidakseimbangan

begini tidak dapat dielakkan, khususnya di peringkat awal

pcmbangunan kerana dengan sumber-sumber yang terhad, pertumbuhan

perlu diutamakan terlebih dahulu kerana tanpa pertumbuhan, matlamat

pengagihan dan keseimbangan antara kaum dan wilayah tidak akan dapat

dicapai. Ini adalah penting kerana Kerajaan tidak akan mengambil

kepentingan dan hak sesuatu kaum dan wilayah yang sedia ada untuk

diagihkan kepada kaum dan wilayah yang lain.

Kenyataan Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa negeri

yang maju bertambah maju dan negeri yang kurang maju bertambah

kurang maju adalah kurang tepat. Rangka Rancangan Jangka Panjang

Pertama, 1971-1990 jelas menunjukkan bahawa KDNK per kapita,

pendapatan isirumah, dan petunjuk-petunjuk sosio-ekonomi untuk semua

negeri termasuk negeri-negeri kurang maju, telah menunjukkan pening-

katan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, adalah tidak dapat

dielakkan KDNK per kapita bagi negeri-negeri yang memiliki asas

pembuatan dan perkhidmatan yang lebih baik mengalami perkembangan

yang lebih pesat. Ini adalah kerana sektor swasta yang merupakan

jentera utama pertumbuhan negara terus berminat melabur di kawasan

dan negeri-negeri -tertentu, khususnya Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Menyedari pentingnya sektor pembuatan dan perkhidmatan dalam

meningkatkan pertumbuhan dan mengubah struktur ekonomi sesebuah

negeri, maka Kerajaan telah memberi penekanan kepada usaha

Page 73: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DF.16.11.93 - 72 -

mempelbagaikan asas ekonomi negeri-negeri yang kurang maju. Untuk

itu, strategi pembangunan yang berikut sedang diberi tumpuan

antaranya:

(i) memperbaiki dan meningkatkan kemudahan infrastruktur

fizikal dan sosial di negeri-negeri kurang maju untuk

membolehkan beberapa lokasi di negeri-negeri tersebut

menjadi lebih mampu bersaing dan dapat menarik minat

pelaburan swasta, Di antara strategi yang dibuat ialah

pengwujudan koridor baru di Pantai Timur Semenanjung serta

di kawasan pertumbuhan utama di Kota Kinabalu dan Kuching

dengan penyediaan berbagai infrastruktur yang diperlukan.

Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang lebih baik

juga disediakan ke arah menggalakkan pembangunan

pelancongan dan pertanian di ngeri-negeri kurang maju;

(ii) mengubahsuai Skim Galakan Pelaburan yang sedia ada untuk

menarik lebih banyak pelaburan ke koridor Pantai Timur,

Sabah dan Sarawak. Syarikat-syarikat yang menikmati taraf

perintis dan galakan cukai pelaburan akan dikenakan cukai

pendapatan hanya 5% jika syarikat-syarikat berkenaan

menempatkan kilang di negeri yang tersebut tadi,

berbanding dengan 10% jika melabur di tempat lain; dan

(iii) meningkatkan kerjasama serantau dengan negara-negara jiran

menerusi Konsep Segitiga Pertumbuhan di utara, selatan dan

Page 74: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 73 -

timur. Pelaksanaan projek-projek kerjasama di

kawasan-kawasan berkenaan dijangka akan dapat

membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di

negeri-negeri yang berkaitan.

Kesan daripada pelaksanaan strategi dan program yang tersebut

hanya akan dapat dilihat dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Oleh yang demikian, ketidakseimbangan di kalangan negeri untuk

jangka masa pendek dijangka akan terus wujud.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah kemiskinan yang

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar dan

Padas, Kerajaan menyedari dan prihatin akan masalah kemiskinan yang

dialami oleh semua kaum etnik di negara ini. Dalam hubungan ini,

Kerajaan sedang memberikan penekanan bagi mengurangkan kemiskinan

bagi golongan termiskin dari 143,100 Ketua Isirumah (Tahun 1990)

kepada 88,800 Ketua Isirumah (Tahun 1995) dan seterusnya kepada

41,200 Ketua Isirumah pada tahun 2000. Walaupun keadaan kemiskinan

secara keseluruhannya telah bertambah baik, usaha-usaha pembasmian

kemiskinan akan lebih tertumpu kepada golongan termsiskin di

samping terus memperbaiki keadaan isirumah yang kurang bernasib baik

dengan melaksanakan program-program khas, termasuk bantuan secara

langsung bagi mereka mendapat keperluan asas kehidupan harian.

Kajian terbaru Kerajaan telah menunjukkan bahawa kadar

kemiskinan telah menurun dan jurang antara bandar dan luar bandar

telah berkurangan dan dijangkakan akan terus berkurangan sehingga

Page 75: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 74 -

akhir Rancangan Malaysia Keenam, Hasrat Kerajaan berkaitan soal

kemiskinan telah diberi penekanan dalam Rangka Rancangan Jangka

Panjang Kedua (RRJP2) yang antara lain bertujuan untuk:

(1) membasmi kemiskinan yang akan memberi lebih

tumpuan terhadap golongan termiskin tanpa

mengira kaum dengan meningkatkan pendapatan

dan memperbaiki liputan perkhidmatan sosial

yang asas di kalangan mereka; dan

(2) memberi perhatian lebih kepada masalah

kemiskinan relatif iaitu mengurangkan jurang

perbezaan pendapatan golongan kaya dan miskin,

dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada

mereka yang berpendapatan rendah, terutama di

kawasan mundur dan negeri kurang maju.

Page 76: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 75 -

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang akan meneruskan

pencapaian DEB dalam mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan

penyusunan masyarakat ke arah memperbaiki ketidakseimbangan sosial

dan ekonomi. Matlamat DPN adalah membina sebuah negara yang bersatu

padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman

dan makmur. Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang lebih

berkesan sedang diambil untuk mengurangkan kemiskinan tanpa mengira

kaum dan mengambilkira keperluan semua golongan masyarakat baik di

luar bandar walaupun di bandar.

Kerajaan akan terus memperbaiki keadaan golongan termiskin

melalui program-program khas termasuk bantuan secara langsung.

Secara umumnya, terdapat 44 jenis program atau projek di bawah pakej

Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah dan akan

terus diberikan kepada golongan tersebut di seluruh negara. Antara

lain bantuan projek-projek ini meliputi pertanian jangka pendek,

ternakan, latihan kemahiran, bantuan perniagaan, pengembangan dan

bimbingan pertanian yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan

keluarga termiskin. Di samping itu, projek-projek untuk memenuhi

keperluan asas berbentuk kebajikan seperti pembinaan/pemulihan

rumah, bekalan air bersih, bantuan untuk orang tua dan orang cacat

bagi memperbaiki mutu kehidupan rakyat juga diadakan.

Usaha-usaha yang dilaksanakan adalah bagi mengatasi kemiskinan

di seluruh negara. Kerajaan sedar bahawa negeri-negeri Sabah dan

Page 77: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 -76 -

Sarawak mempunyai tahap pembangunan, sekitaran dan sosio-budaya yang

berbeza sedikit dari Semenanjung Malaysia. Faktor-faktor ini

diambilkira untuk menyediakan pakej khas PPRT untuk Sabah dan

Sarawak. Sebagai langkah permulaan ke arah itu, Kerajaan sedang

menyediakan Daftar Rakyat Termiskin dan mengumpul maklumat keluarga

bagi kedua-dua negeri tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak

menunggu siapnya proses penyediaan Daftar ini dan telah mula melak-

sanakan program PPPT ini di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan sememangnya sedar bahawa usaha-usaha untuk memper-

kukuhkan lagi pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan ada-

lah penting dan dengan itu langkah-langkah scdang diambil bagi

memantapkan lagi jentera perancangan, pelaksanaan dan pengesanan

program-program tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat

dari Sibu mengenai Perbadanan Usahawan Nasional Bbd. (PUNB), sukalah

dijelaskan bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. yang ditubuhkan

-. pada 17hb. September 1991 adalah di antara agensi-agensi yang

. melaksanakan program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumi-

putera (MPPB). Agensi-agensi lain yang memainkan peranan membangun-

kan MPPB termasuklah Majlis Amanah Rakyat (MARA), PERNAS, Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad

yang bergiat di seluruh negara tanpa mengambilkira lokasi sama ada

di luar atau di sekitar kawasan Lembah Kelang. Pelaksanaan program

MPPB adalah sejajar dengan Dasar Pembangunan Nasional yang

Page 78: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 77 -

menekankan kepada kualiti dengan pemilihan kumpulan sasaran yang

selektif sebagai dasar yang diteruskan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Antara program-program MPPB yang dilaksanakan di bawah DPN

ialah program pembangunan vendor, sub-contract exchange, dengan

izin, francais, modal teroka dan sebagainya. Dalam pada itu,

Kerajaan telah mengenalpasti sektor dan sektor kecil ekonomi yang

strategik seperti sektor-sektor pembuatan, pembinaan dan perkhid-

matan untuk diceburi oleh usahawan bumiputera. Dalam tahun-tahun

pertama penubuhannya, PUNB menumpukan kegiatannya di dalam sektor

pembuatan dahulu. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kejayaan

program MPPB diukur melalui program yang dilaksanakan oleh PUNB

sahaja memandangkan banyak lagi agensi-agensi lain yang juga

melaksanakan strategi-strategi bagi mencapai objektif penubuhan

MPPB. Pelaksanaan strategi dan projek-projek oleh agensi-agensi ini

tidak terhad kepada sesuatu kawasan atau negeri sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah meneliti ucapan daripada

Ahli Yang Berhormat dari Pagoh yang mana telah menyentuh tentang

urusan haji, khususnva pengendalian jemaah haji secara swasta. Saya

amat berbangga dengan Ahli Yang Berhormat ini kerana beliau prihatin

dengan perjalanan syarikat swasta mengendalikan jemaah haji di

negara ini. Saya percaya tujuan masalah ini dibangkitkan adalah

kerana Ahli Yang Berhormat ingin melihat jemaah haji kita dapat

menunaikan haji dengan sempurna.

Bagi memperkemaskan perkhidmatan syarikat-syarikat swasta

kepada jemaah haji, Ahli Yang Berhormat dari Pagoh telah menyarankan

Page 79: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 78 -

supaya Tabung Haji memberi bimbingan kepada penganjur-penganjur

syarikat berkenaan. Sememangnya sejak dari tahun 1985 Tabung Haji

telah memberi galakan dan bimbingan kepada penganjur-penganjur dan

petugas-petugas syarikat yang telah memohon mengendalikan jemaah

haji secara swasta pada ketika itu yang bermula dengan dua buah

syarikat. Sehingga tahun 1992 bilangan syarikat yang telah dilulus-

kan mengendalikan jemaah haji telah meningkat kepada 35 buah. Ini

menunjukkan Tabung Haji telah begitu liberal dalam menerima peranan

syarikat-syarikat swasta dalam mengendalikan jemaah haji.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1992 Tabung Haji telah mengenal-

pasti beberapa buah syarikat yang telah tidak menunjukkan prestasi

yang baik dalam pengendalian jemaah haji mereka, sama ada di

Malaysia atau di Tanah Suci. Dengan demikian, hanya 25 buah

syarikat sahaja ditawarkan untuk mengendalikan jemaah haji pada

tahun berikutnya iaitu tahun 1993. Namun hanya 21 buah syarikat

sahaja yang sanggup meneruskan perkhidmatan mereka, manakala 4 buah

syarikat telah menarik diri di saat-saat akhir.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Tabung Haji mempunyai komitmen

menerima penglibatan pihak swasta dalam pengendalian jemaah haji,

namun ia tidak sanggup mengabaikan tugas utama penubuhannya iaitu

memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji.

Berasaskan kepada mandat inilah Tabung Haji terpaksa menggugurkan

beberapa buah syarikat dari senarai kerana mereka telah tidak

menunjukkan prestasi yang baik kerana memberi perkhidmatan yang

Page 80: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 79 -

buruk kepada jemaah haji di bawah jagaannya, di samping melanggar

peraturan-peraturan pihak berkuasa Arab Saudi.

Maka itu, dalam musim haji yang akan datang, Tabung Haji

terpaksa menggunakan kriteria-kriteria tambahan serta mengenakan

syarat-syarat yang lebih ketat. Di samping itu, syarikat-syarikat

yang tidak menimbulkan masalah serta memberi perkhidmatan yang baik

sahaja yang diberi kebenaran meneruskan pengendalian jemaah haji.

Dengan demikian, hanya 19 buah syarikat sahaja dipilih untuk

mengendalikan jemaah haji.

Dalam pada itu, Tabung Haji sentiasa berusaha untuk membantu

syarikat-syarikat swasta ini memperbaiki prestasi masing-masing

dan mengadakan perbincangan dengan penganjur-penganjur syarikat,

sama ada di Malaysia atau di Tanah Suci. Tabung Haji juga itlah

memberi taklimat kbas dan bengkel untuk mengatasi masalah yang

berbangkit, Di samping itu, mulai tahun 1992 Tabung Haji telah

mengadakan kursus kepada penganjur-penganjur syarikat dan petugas-

petugas mereka untuk meningkatkan tahap keupayaan perkhidmatan

mereka, di samping mendedahkan perkara-perkara baru mengenai

peraturan dan undang-undang yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab

Saudi.

Ahli Yang Berhormat dari Pagoh juga telah menuduh bahawa Tabung

Haji telah tidak berlaku adil dalam pembahagian jemaah haji kepada

syarikat swasta. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyangkal

tuduhan ini. Tabung Haji bukan sahaja telah berlaku adil tetapi

juga telah mengambil berat dalam masalah ini. Contohnya,

Page 81: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DF.16.11.93 - 80 -

beribu-ribu keping poster senarai syarikat-syarikat swasta yang

diluluskan oleh Tabung Haji ditampalkan di tempat-tempat awam

seperti masjid, surau dan balai raya. Di samping itu, kenyataan

dalam akhbar-akhbar tempatan dan media massa telah dibuat tentang

nama-nama syarikat yang boleh dipilih oleh bakal-bakal haji. Usaha

ini adalah bertujuan untuk membantu jemaah haji membuat pilihan di

samping menolong syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan bakal haji

untuk mengikuti syarikat mereka.

Dalam hal ini, Tabung Haji tidak membezakan di antara syarikat

yang baru atau yang lama beroperasi. Begitu juga Tabung Haji tidak

membezakan di antara syarikat yang menjadi ahli BUMITFA atau tidak.

Di dalam menentukan bilangan maksimum yang boleh dikendalikan oleh

sesebuah syarikat, hanya prestasi dan keupayaan serta kemampuan

syarikat memberi perkhidmatan yang baik kepada jemaah haji diambil

kira. Di samping itu, kebolehan sesebuah syarikat menarik bakal-

bakal haji juga menentukan bilangan jemaah haji yang diperolehi oleh

syarikat berkenaan di dalam lingkungan maksimum yang dibenarkan.

Berkenaan dengan cadangan supaya Tabung Haji menyerahkan

keseluruhan pengendalian haji kepada syarikat pelancongan bumiputera

sementara Tabung Haji hanya memberi bimbingan sahaja, saya ingin

menegaskan bahawa setakat ini syarikat-syarikat yang pernah

mengendalikan jemaah haji belum lagi membuktikan bahawa mereka

berkemampuan untuk menjalankan tugas-tugas yang begitu mencabar dan

penuh bertanggungjawab ini.

Page 82: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 81 -

Dalam keadaan syarikat-syarikat swasta dihadkan kepada

mengendalikan bilangan jemaah haji yang lebih kurang 6,000 orang,

terdapat kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urusan pengendalian

haji oleh syarikat-syarikat ini. Dengan demikian, saya tidak nampak

bagaimana dalam masa yang singkat ini tanggungjawab mengendalikan

jemaah haji Malaysia lebih kurang 30,000 orang dapat diserahkan

sepenuhnya kepada syarikat-syarikat pelancongan bumiputera.

Walau bagaimanapun, Kerajaan akan menimbang untuk menambahkan

bilangan jemaah haji yang dapat diuruskan oleh syarikat-syarikat

swasta apabila tiba masanya kelak iaitu apabila syarikat-syarikat

ini dapat membuktikan keupayaan masing-masing. Had penyertaan

swasta dalam pengendalian haji, bergantung kepada keupayaan dan

kemampuan syarikat-syarikat tersebut memberi perkhidmatan yang

memuaskan kepada jemaah haji serta mematuhi peraturan-peraturan

pihak Berkuasa Arab Saudi.

Ahli Yang Berhormat tersebut juga ada menyebutkan tentang

Tabung Haji masih menerima pendaftaran haji walaupun bilangan yang

mendaftar telah melebihi kuota yang dikenakan kepada Malaysia, iaitu

19,000 orang sahaja. Saya suka menerangkan, bahawa oleh kerana

bilangan jemaah haji yang dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi masih

boleh dirundingkan, maka itulah sebabnya Tabung Haji masih

Page 83: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 82 -

menerima pendaftaran walaupun bilangannya telah melebihi 19,000

orang. Ini bererti, Kerajaan tidak mudah menyerah kalah sebelum

berikhtiar sehingga ke saat-saat akhir.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan akan terus

berusaha dan mencuba setiap tahun untuk mendapatkan persetujuan

Kerajaan Arab Saudi melonggarkan kuota dan membolehkan semua umat

Islam yang mendaftar menunaikan fardhu haji.

Cadangan Ahli Yang Berhormat dari Pagoh untuk menghentikan

pendaftaran apabila bilangan 19,000 tercapai, pada hetnat saya

adalab tidak munasabah dan seolah-olah bendak mencari jalan yang

mudab dalam menyelesaikan masalah negara tanpa memberi perhatian

sewajarnya kepada kepentingan rakyat.

Menyentuh tentang syarat yang dikenakan bagi semua bakal haji

membayar balik Wang Naik Haji sepenuhnya semasa mendaftar, ianya

adalah tidak bertentangan dengan Akta Tabung Haji seperti tuduhan

Ahli Yang Berhormat dari Pagoh itu. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat berkenaan, mengikut tatacara simpanan di Tabung Haji,

seseorang pendeposit boleh menyimpan wang secara berdikit-dikit di

mana-mana pejabat Tabung Haji di seluruh negara atas tujuan menunai-

kan fardhu haji atau tujuan-tujuan lain. Apabila pendeposit

berkenaan ingin menunaikan fardhu haji, beliau dikehendaki

mencukupkan Wang Naik Haji pada tarikb yang ditetapkan.

Ahli Yang Berhormat juga telah menyarankan supaya Tabung Haji

jangan menjadi agen kepada syeikh-syeikh haji Arab Saudi. Mungkin

Page 84: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 83 -

apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut sebenarnya

ialah Tabung Haji ada menyelaraskan pakej haji yang dianjurkan

oleh warganegara Arab Saudi yang telah mendapat kebenaran dan

kelulusan dari pihak Berkuasa Arab Saudi. Peranan Tabung Haji dalam

urusan ini amat terhad iaitu hanya sebagai penyelaras sahaja dan

semasa operasi di Tanah Suci, Tabung Haji bertindak sebagai

pengawas kepada penganjur-penganjur tersebut sama seperti pengawasan

ke atas syarikat-syarikat swasta dari Malaysia. Soal Tabung Haji

menjadi agen kepada syeikh-syeikh haji Arab Saudi tidak timbul dan

tidak pernah berlaku.

Kesimpulannya, Tabung Haji sentiasa memberi perhatian dan

bimbingan kepada syarikat-syarikat swasta untuk melibatkan diri

dalam pengendalian haji. Walau bagaimanapun, had penglibatan mereka

adalah bergantung kepada keupayaan mereka untuk memberi perkhid-

matan yang memuaskan kepada jemaah haji tertakluk kepada undang-

undang dan peraturan di Malaysia dan di Tanah Suci. Tabung Haji

tidak akan melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh

Kerajaan kepadanya kepada pihak-pihak yang tidak berkebolehan dan

berkemampuan memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada tetamu-

tetamu Allah. Yang paling penting bagi Tabung Haji dan Kerajaan

ialah kepentingan jemaah haji dari segi perlindungan, pengawalan

dan kebajikan mereka. Dalam menentukan hal ini, Kerajaan tidak

akan, dengan izin, 'settle for second-best'.

Page 85: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.6.11.93 - 84 -

Mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat dari Kota Sctar bahawa mungkin ada pihak-pihak tertentu

berhasrat untuk memburukkan agama Islam melalui akhbar-akhbar

tempatan seperti 'The Star' dengan menyiarkan iklan atau notis-

notis yang memberitahu bahawa kononnya ada orang Islam yang

mengisytiharkan menukar agama.

Sukalah dijelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini

belum ada bukti diperolehi oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)

bahawa ada pihak-pihak tertentu yang merancang untuk memburukkan

agama Islam dalam akhbar tempatan, khususnya akhbar 'The Star'.

BAHEIS berpendapat bahawa tindakan mengisytihar murtad melalui

akhabar adalah satu perbuatan yang sensitif. Bagaimanapun dalam

perhatian BAHEIS, perbuatan menyiarkan pengisytiharan murtad di

dalam akbbar tidak disiarkan lagi sejak lebih kurang 2 tahun yang

lepas.

Berhubung dengan ajaran sesat di negara ini, BAHEIS sentiasa

berusaha untuk membanteras ajaran-ajaran sesat dengan mengambil

langkah-langkah seperti berikut:

(a) memberikan penjelasan secara terperinci kepada orang

ramai mengenai ancaman dan bahaya pergerakan ajaran sesat

melalui ceramah, menyebarkan buku-buku dan risalah, bacaan

khutbah Jumaat dan kempen kesedaran secara geraksaraf dan

perangsaraf;

(b) menguatkuasakan dan mengambil tindakan undang-undang

melalui Kanun Keseksaan dan Enakmen Jabatan Agama Islam

Negeri-negeri;

Page 86: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 85 -

(c) mengharam dan menggantungkan bahan-bahan dan permit

penerbitan yang boleh memudharatkan akidah umat Islam di

negara ini;

(d) sentiasa mengawal secara ketat kepada Ketua Kumpulan/

Gerakan ajaran sesat dari dalam dan luar negeri. Dengan

demikian, mereka tidak akan dapat bergerak bebas untuk

menyebarkan fahaman ajaran sesat mereka kepada orang

ramai;

(e) melalui kaunseling dan pemulihan kepada pengikut-pengikut

yang telah terjebak dengan ajaran sesat; dan

(f) menubuhkan Panel Kajian Akidah sebagai Badan Perunding

bagi tindakan yang sewajarnya kepada kumpulan ajaran

sesat.

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar kenyataan Ahli Yang

Berhormat dari Marang yang menyatakan bahawa Kerajaan banya memilih

mana-mana ajaran Islam yang difikirkan dapat memberikan pulangan

kewangan dan sokongan politik ketika ia melaksanakan Dasar Penerapan

Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Rancangan - Penerapan Nilai-

nilai Islam adalah salah satu program dalam agenda besar, dengan

izin, grand planning untuk membentuk satu identiti bangsa Malaysia.

Satu bangsa yang ingin maju perlu membentuk bangsa tersebut. Bagi

rakyat Malaysia, ciri ini lebih bermakna kerana Malaysia ingin maju

dalam acuannya sendiri.

Page 87: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 86 -

Dalam pembentukan identiti ini, cabaran paling besar bagi

rakyat ialah kepelbagaian agama dan kaum yang wujud di negara ini.

Kepelbagaian agama dan kaum membawa implikasi wujudnya kepelbagaian

budaya dan cara hidup. Oleh yang demikian, untuk menyatukan

kepelbagaian ini maka perlu kepada nilai-nilai yang boleh diterima

umum. Untuk memenuhi kehendak tadi, maka nilai-nilai murni dalam

Islam berbentuk universal telah dipilih. Pada peringkat awalnya

hanya sebelas nilai-nilai murni telah ditonjolkan. Namun demikian,

tidaklah ia terhenti setakat ini sahaja. Sebelas nilai-nilai

tersebut adalah seperti amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi,

sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia

dan bersyukur.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya sekali lagi ingin

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, cadangan dan

teguran berhubung dengan bidang tugas Jabatan Perdana Menteri.

Kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai Jabatan

Perdana Menteri yang tidak sempat saya jawab, Jabatan ini akan

mengambil perhatian ke atasnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Kementerian Dalam Negeri.

4.48 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri

Dalam Negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Page 88: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 87 -

Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara yang menyentuh

Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah

menyentuh tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960 telah diwujudkan untuk menggantikan

Ordinan Darurat 1948. Akta tersebut adalah untuk membendung segala

bentuk ancaman yang boleh menyebabkan gangguan kepada keselamatan

dan kestabilan negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan

ekonomi.

Page 89: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 88 -

Penahanan Dr. Jeffrey Kitingan di bawah Akta Keselamatan Dalam

Negeri adalah atas sebab-sebab keselamatan. Dr, Jeffrey Kitingan

dan empat orang lain yang ditahan adalah kerana tindak-tanduk mereka

yang mengancam keselamatan negara, iaitu terlibat dengan kegiatan

pemisahan Sabah dari Malaysia. Beliau akan dibebaskan apabila

apabila Kerajaan berpuashati bahawa mereka tidak lagi merupakan

ancaman terhadap keselamatan negara. Akta Keselamatan Dalam Negeri

ini tidak menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan pendapat

mereka melalui cara yang teratur dan mengikut undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sedar jika berlaku

peningkatan jenayah seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhomat

dari Marang. Sehubungan dengan itu Polis DiRaja Malaysia sentiasa

mengkaji, memberi perhatian dan bertindak tegas terhadap jenayah

yang berlaku. Kerajaan, terutamanya Polis DiRaja Malaysia tidak

berdiam diri dan memandang ringan terhadap peningkatan jenayah yang

berlaku.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, untuk memerangi dan memban-

teras jenayah, pihak Polis perlu mendapat kerjasama yang cukup dari

seluruh lapisan masyarakat. Justeru itu, pasukan Polis sentiasa

bergerak ke arah berbagai usaha bagi menangani segala bentuk

kegiatan jenayah. Beberapa program telah dilaksanakan dengan

melibatkan masyarakat di dalam mengatasi dan menyelesaikan kejadian-

kejadian jenayah. Di antaranya ialah:

Page 90: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 89 -

(a) Skim pengawasan kejiranan. Skim ini memerlukan kerjasama

dan kepekaan masyarakat setempat mengawasi segala bentuk

aktiviti-aktiviti kejenayahan yang mungkin akan berlaku di

sesuatu tempat dan kawasan dan menyalurkan maklumat-

maklumat tersebut kepada pihak bertanggungjawab.

(b) Mewujudkan lebih banyak lagi projek Sistem Salleh bagi

tujuan pencegahan jenayah memandang kepada kepesatan

pembangunan negara ini, di mana terdapat banyak projek

pembinaan perumahan yang kian tumbuh di merata-rata

kawasan. Sistem ini adalah dianggap yang sangat sesuai

dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak di antara polis

dan masyarakat umum.

(c) Kempen-kempen kesedaran untuk mendidik masyarakat

berhubung dengan keselamatan diri dan harta-benda. Kempen

ini dilakukan secara direct approach, dengan izin, dengan

menggunakan media cetak, TV dan radio. Kempen seumpama

ini juga telah disampaikan kepada murid-murid di peringkat

sekolah rendah dan menengah tentang kesedaran keselamatan

diri dan harta-benda. Pendekatan kepada Undang-undang

negara serta menyemaikan kesedaran untuk menjauhi

perbuatan jenayah adalah merupakan tajuk utama di dalam

penyampaian kempen ini. Seorang pegawai polis telah

ditetapkan sebagai Pegawai Perhubungan di setiap sekolah

bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh sekolah-

sekolah seperti masalah juvana, penyalahgunaan dadah dan

sebagainya;

Page 91: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 90 -

(d) Mengenalpasti peluang-peluang yang terdedah dan berpotensi

menjadi sasaran jenayah dan menyusun langkah-langkah

pencegahan seperti operasi serbuan dan lain-lain.

(e) Kempen penggunaan alat-alat keselaraatan atau 'security

device'.

(f) Meningkatkan rondaan jenayah.

(g) Konsep menanda harta-benda atau "property indentification

programme'.

Penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia adalah juga untuk

memberikan sumbangan ke arah meningkatkan lagi keberkesanan

tindakan-tindakan pencegahan jenayah di samping membuat kajian,

tinjauan dan lain-lain program bersepadu. Ianya juga memperting-

katkan lagi kesedaran dan penglibatan orang ramai di dalam usaha-

usaha pencegahan jenayah seiring dengan pihak Kerajaan dan pertu- .

buhan swasta yang berminat atau terlibat di dalam pencegahan jenayah

dan sistem keadilan jenayah.

Dakwaan Ahli Yang Berhormat dari Marang bahawa Kerajaan

menerima dan membenarkan kemasukan pekerja-pekerja asing tanpa

mengira asal-usul atau latarbelakang mereka, adalah tidak benar sama

sekali.

Sebagai tindakan untuk mengawal kehadiran pekerja-pekerja asing

ke negara ini tanpa menjejas pembangunan ekonomi negara, Kerajaan

telah melaksanakan operasi pendaftaran Pekerja Asing Tanpa Izin

(PATI) mulai 1hb Januari, 1992 hingga 30hb Jun, 1992. Dalam tempoh

tersebut, seramai 444,213 pekerja asing telah didaftarkan di Jabatan

Imigresen Malaysia. Tujuan operasi pendaftaran ini ialah untuk

Page 92: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 91 -

mengenalpastikan kewarganegaraan pekerja-pekerja asing, sektor-

sektor pekerjaan yang terlibat dan majikan yang menggaji pekerja-

pekerja berkenaan, Selepas itu, hanya pekerja-pekerja yang dapat

mengemukaakan dokumen perjalanan dan disahkan sihat oleh Pegawai

Perubatan di negara ini akan dapat ditimbang untuk dikeluarkan

dengan Pas Lawatan Kerja Sementara untuk bekerja di negara ini.

Mereka yang tidak layak atau tidak memenuhi syarat untuk dibenarkan

bekerja akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Selepas 30hb

Jun, 1992, Kerajaan telah melancarkan operasi secara besar-besaran

untuk menangkap PATI yang tidak mempunyai permit kerja untuk diusir

atau diambil oleh majikan-majikan mengikut prosedur- prosedur yang

ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah membina 10 depoh

Imigresen untuk tujuan menahan PATI yang ditangkap.

Bagi mengawal kemasukan buruh asing ke negara ini secara tidak

teratur, Kerajaan telah meningkatkan kawalan-kawalan di tempat-

tempat yang dipercayai dijadikan pintu masuk atau tempat pendaratan

seperti di kawasan sempadan dan juga di kawasan persisiran pantai.

Pertimbangan untuk membenar pekerja-pekerja asing dibawa masuk ke

negara ini dibuat dengan teliti. Pada masa ini Kerajaan membenarkan

majikan menggaji pekerja-pekerja asing dalam ketegori separa-mahir

dan mahir untuk sektor pembuatan hanya setelah dipastikan usaha-

usaha mereka untuk mendapatkan pekerja tempatan tidak berhasil.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bandau meragukan

gerakan Pendaftaran Bergerak oleh Jabatan Pendaftaran Negara negeri

Page 93: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.1U93 - 92 -

Sabah yang dijalankan di Daerah Kota Marudu. Untuk maklumat Ahli

Yang Berhormat, tujuan utama perkhidmatan Pendaftaran Bergerak di

pendalaman Sabah diadakan adalah untuk mengatasi masalah ketiadaan

dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan Baru. Sebagaimana Yang

Berhormat sedia maklum, bahawa di antara sebab utama masalah ini

berlaku adalah kerana penduduk di pendalaman tidak mengambil berat

untuk mendaftarkan kelahiran dan menukarkan Kad Pengenalan Baru. Di

samping itu masalah perhubungan juga menjadi satu faktor. Pihak

Kementerian telah bersetuju supaya Jabatan Pendaftaran Negara negeri

Sabah mengadakan operasi bergerak di kawasan pendalaman.

Untuk menjadikan operasi ini lebih berkesan, pihak Jabatan

Pendaftaran Negara mengenalpasti beberapa strategi seperti pemilihan

tempat operasi, mendapatkan bantuan orang-orang tempatan seperti

guru-guru dan ketua masyarakat atau kampung bekerja walaupun di luar

waktu pejabat dan tidak menghadkan bilangan penerimaan permohonan.

Strategi ini disusun sedemikian adalah semata-mata bertujuan untuk

mendaftarkan seberapa ramai penduduk pendalaman yang berkelayakan

untuk mendapatkan dokumen pengenalan.

Bagi Kota Marudu, operasi dijalankan selama dua minggu iaitu

daripada 28hb Jun hingga 12hb Julai, 1993 yang dimulai di Sekolah

Kebangsaan Taritipan, sebagai pusat pertama di mana mendapat

sambutan yang amat memuaskan. Pusat-pusat lain ialah Sekolah

Kebangsaan Samparita, Kampong Sonsogon Magandai, Tagibang, Tandek,

Ranau dan Popok Laut. Dalam operasi ini, sebanyak 2,229 Kad

Pengenalan dan 562 permohonan daftar lewat Sijil Kelahiran telah

diterima. Selain daripada itu, terdapat juga cubaan oleh pemegang

Page 94: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 93 -

Kad pengenalan plastik palsu untuk menukarkan kepada Kad Pengenalan

Baru tetapi dapat dikesan oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran

Negara. Di Taritipan, sebanyak 4 keping Kad Pengenalan palsu telah

dirampas.

Oleh yang demikian, dakwaan Yang Berhormat adalah tidak tepat.

Malah Jabatan Pedaftaran Negara negeri Sabah sentiasa berwaspada

supaya penyelewengan pengeluaran dokumen tidak berlaku dan dapat

dibanteras. Dengan operasi bergerak ini masalah ketiadaan dokumen

yang dihadapi oleh penduduk Sabah akan dapat diatasi.

Yang Berhormat dari Santubung dan Yang Berhormat dari Padas

telah telah menimbulkan masalah penagihan najis dadah. Kerajaan

telahpun menjalankan beberapa kajian tentang permasalahan yang

dibangkitkan. Kajian tersebut baik secara langsung atau tidak

langsung, telah mengenalpasti beberapa faktor yang mendorong

seseorang itu menjadi penagih dadah. Faktor-faktor yang dimaksudkan

termasuklah:

(a) Pengaruh rakan sebaya

(b) Keseronokan

(c) Perasaan ingin tahu

(d) Rumahtangga porak-puranda

(e) Perubatan

(f) Tertipu

(g) Sakit jiwa

(h) Seksual

Page 95: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 94 -

(i) Lain-lain faktor seperti persekitaran, cara

hidup, desakan hidup dan seumpamanya.

Setelah mengenalpasti akan punca pemasalahan Kerajaan telah

membantu bekas-bekas penagih dadah yang bebas dari Pusat Serenti

membentuk dan menubuhkan Persatuan Bekas Penagih Dadah yang

dinamakan PENGASIH.

Page 96: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 95 -

Melalui kegiatan PENGASIH dan pendekatan rakan sebaya yang

telah meninggalkan dadah, diharapkan dapat mempengaruhi, membujuk

dan melahirkan kesedaran di kalangan penagih-penagih dadah supaya

meninggalkan ketagihan itu.

Selain daripada itu, penekanan kepada pendekatan agama dan

rohaniah juga dijalankan di Pusat-pusat Serenti. Selain daripada

penempatan pegawai agama ditiap-tiap pusat, pelatih ataupun penagih

dadah juga didedahkan dengan penceramah dari luar pusat, Pada masa

ini sebuah Pusat Jagaan Latihan (PJL) telah dijadikan PJL Agama,

iaitu Pusat Jagaan Lanjutan Chatin, Mentakab, Pahang. Dengan usaha

ini kita harapkan segala ajaran, amalan dan penghayatan agama

tersebut akan menjadi perisai kepada mereka yang terus meninggalkan

dadah apabila bebas dari pusat nanti. Penekanan kepada diri penagih

dadah itu sendiri pun diutamakan supaya kesedaran dan keinsafan

untuk meninggalkan dadah itu lahir dari diri penagih itu sendiri.

Untuk itu, pendekatan kaunseling dipergunakan di samping pendidikan

moral dan sivik serta ketatanegaraan. Selain dari itu, kerjasama

serta keperihatinan masyarakat terhadap masalah ini sangatlah

diinginkan agar masalah ini ditangani bersama.

Program merawat pulih penagih dadah di Pusat-pusat Serenti,

adalah dianggap berkesan dan menggalakkan,

Berhubung dengan masalah penghiduan gam di kalangan murid

sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Santubong,

adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah pun merumuskan satu program

pencegahan bersepadu yang melibatkan beberapa agensi Kerajaan, di

antaranya Kementerian Dalam Negeri, Pasukan Petugas Anti-Dadah

(JPM), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Berhubung

Page 97: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 96 -

dengan perkara ini, pihak Polis dan sekolah juga bergiat cergas

dalam mengambil langkah pencegahan. Murid sekolah yang didapati

menghidu gam dirujukkan kepada pihak sekolah untuk tindakan sewajar-

nya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pandangan yang diutarakan

oleh Yang Berhormat dari Tawau, Kinabalu dan Tanjong Aru, Kerajaan

memang perihatin terhadap kemasukan rakyat asing di Negeri Sabah

yang menimbulkan masalah sosial seperti jenayah dan pemalsuan

dokumen pengenalan ....

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, minta jalan.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, kita

menyanjung tinggi tindakan Kerajaan dan penglibatan secara khusus

Jabatan-jabatan Kerajaan yang tertentu dalam mengendalikan penagih-

penagih dadah kepada masyarakat. Tetapi, banyak juga kita mendengar

yang penerimaan masyarakat itu sendiri kepada penagih dadah adalah

tidak begitu memuaskan. Dengan sendirinya penagih dadah ini merasa

tertekan dan frustrated dan sebagainya dan kembali semula dalam

penagihan dadah. Walaupun ada latihan moral dan agama juga ditekan-

kan, tetapi ini tidak seterusnya mendatangkan kesan.

Jadi, pertanyaan saya, adakah pihak Kementerian bercadang untuk

membuat satu syor ataupun recommendation kepada pihak Kerajaan

negeri-negeri yang tertentu supaya mengagihkan sebidang tanah dan

mengadakan satu usaha pertanian diberi khas kepada pihak penagih

Page 98: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 97 -

dadah yang sudah tidak lagi menagih dan diberi satu pekerjaan yang

khusus dan disupervisekan di tempat-tempat mana mereka mengusahakan

tempat berladang. Oleh kerana banyak masalah yang mana latihan yang

telah diterima oleh mereka di pusat-pusat tertentu, bila keluar

nanti, penerimaan kurang dan penekanan sudah berkurangan daripada

pihak Kerajaan hingga mereka balik menagih semula.

Kalau boleh ditempatkan di satu tempat macam di FELDA atau

sebagainya, tetapi program ini adalah khusus untuk mereka. Adakah

Kerajaan bercadang untuk berbuat demikian? Terima kasih,

Tuan Ong Ka Ting: Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang

Berhormat dari Batang Lupar. Memang selama ini Kerajaan dan juga

bersama-sama dengan badan-badan seperti PEMADAM dan sebagainya telah

bertungkus-lumus mencari jalan bagaimana membantu bekas-bekas

penagih dadah ini untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Selain

daripada melalui kempen-kempen menukar sikap masyarakat, saya rasa

dari segi kegiatan ekonomi yang mereka mengusahakan, memang Kerajaan

khasnya Kementerian Dalam Negeri membantu.

Dan cadangan Ahli Yang Berhormat supaya mendapatkan tanah untuk

mereka mengadakan kegiatan pertanian dan sebagainya, itu adalah satu

cadangan yang baik dan saya rasa Kerajaan akan sanggup sentiasa

mengkaji dan mempertimbangkan cadangan itu.

Oleh sebab yang demikian, agensi-agensi yang bertanggungjawab

seperti Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Pendaftaran

Negara, Imigresen dan pihak Polis telah dan sedang memperhebatkan

usaha bersepadu untuk menangkap dan mengusir pendatang-pendatang

tanpa izin serta membanteras masalah jenayah dan pemalsuan dokumen

daripada berleluasa di Sabah.

Page 99: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

.DB.16,11.93 - 98 -

Mengenai perlakuan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai di Jabatan

Pendaftaran Negara Daerah Tawau, pihak Polis telah menahan dua orang

pegawai dan tindakan undang-undang sedang diambil dan mereka akan

dihukum jika disabitkan kesalahan. Dari segi undang-undang,

dokumen-dokumen yang dikeluarkan itu adalah tidak sah dan tindakan

pembatalan terhadap dokumen-dokumen tersebut sedang diambil. Untuk

mengemaskinikan semula pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara Daerah

Tawau, seorang pegawai baru telah ditempatkan di pejabat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat dari Tawau, Yang Berbormat dari Serian dan Yang

Berhormat dari Kinabalu, adalah tidak dinafikan memang terdapat

kegiatan jenayah yang dilakukan oleh lanun dan perompak di perairan

Sabah dan Sarawak. Kegiatan mereka itu mengancam nelayan-nelayan

untuk mencari rezeki. Masalah kejadian jenayah dan aktiviti rompa-

kan di laut di perairan Sabah atau Sarawak memang diberi perhatian

dan tindakan tegas oleh pihak Polis Di Baja Malaysia.

Mengenai kes yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan

Ahli Yang Berhormat, siasatan terhadap kes ini telah pun selesai

dijalankan dan kini menunggu arahan lanjut dari Peguam Kanan

Persekutuan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar

telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan

anggota Polis DiRaja Malaysia. Pada masa ini tidak ada skim khas

bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota Polis untuk tujuan mereka

menceburi bidang-bidang lain selepas bersara.

Page 100: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 99 -

Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam ada menganjurkan

kursus-kursus keusahawanan/perniagaan bagi pegawai-pegawai Kerajaan

yang ingin memilih untuk bersara daripada perkhidmatan awam untuk

menceburi perniagaan dalam bidang-bidang tertentu. Pegawai Kanan

dan anggota Polis DiRaja Malaysia juga diberi peluang untuk meng-

ikuti program ini.

Polls DiRaja Malaysia akan mengkaji dari segi kesesuaian untuk

mewujudkan satu skim latihan khas kepada pegawai-pegawai dan anggota

Polis DiRaja Malaysia yang akan bersara bagi menyediakan mereka

untuk mencebur diri ke dalam bidang-bidang tertentu selepas

persaraan mereka.

Polis DiRaja Malaysia di dalam menjalankan tugas harian

sentiasa peka terhadap perhubungan antara Polis dengan masyarakat.

Latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai dan anggota-

anggota sentiasa berorientasikan perhubungan orang awam dan Polis.

Latihan-latihan ini diadakan semenjak seseorang pegawai atau anggota

itu menjalankan kursus asas di Pusat-pusat Latihan Polis. Sementara

itu, bagi pendekatan mewujudkan interaksi antara Polis dengan

masyarakat, Polis DiRaja Malaysia telah mewujudkan sistem-sistem

kepolisan bagi tujuan ini, sebagai contoh:-

(a) Sistem Salleh;

(b) Konstabel Masyarakat (KONMAS); dan

(c) Pondok Polis.

Page 101: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 100 -

Sistem-sistem ini bertujuan bagi memudahkan masyarakat

menyampaikan maklumat kepada pihak Polis. Selain dari itu, Polis Di

Raja Malaysia juga telah berusaha untuk menjalankan projek-projek

amal seperti:

(a) Perhubungan rapat dengan badan-badan amal

seperti Lions Club, Rotary dan lain-lain;

(b) Mewujudkan peti-peti cadangan di tempat-tempat

strategik;

(c) Mewujudkan talian terus ke Bilik-bilik Gerakan

Polis; dan

(d) Mengiktiraf sumbangan awam di dalam kegiatan

membanteras jenayah dengan memberi Surat-surat

Penghargaan kepada individu-individu yang ter-

libat di dalam memberi bantuan mencegah

jenayah.

Polis DiRaja Malaysia juga mewujudkan Sukarelawan Polis dan

Kadet Polis bagi meningkatkan kepekaan orang awam terhadap tugas-

tugas kepolisan serta mengeratkan lagi perhubungan rapat antara

Polis dengan masyarakat.

Bagi memantapkan lagi kegiatan seperti di atas, pada 29

September 1993, Polis DiRaja Malaysia telah melancarkan satu sistem

perhubungan bersepadu di mana kemudahan disediakan kepada orang awam

untuk menyampaikan maklumat-maklumat kepada pihak Polis dengan cara

paling mudah dan segera.

Page 102: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 101 -

Menyentuh seterusnya perkara yang dibangkitkan, pasukan Polis

DiRaja Malaysia telah pun mengadakan kemudahan skim insurans

kemalangan atau kematian berkelompok untuk anggota-anggota dan

kakitangan yang berkhidmat dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia di

mana Koperasi Polis bertindak sebagai wakil kepada ahli-ahlinya.

Syarikat insurans yang terlibat dalam skim ini ialah:-

(a) Nusantara Worldwide Insurance Malaysian Sdn. Bhd.;

(b) American-Malaysian Life Assurance Sdn. Bhd.

Terdapat banyak faedah dari skim insurans kemalangan atau kematian

berkelompok ini.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh pandangan dari Yang Berhormat

dari Gaya, adalah diakui bahawa jenayah di bandar-bandar di Sabah

banyak dilakukan oleh penduduk asing. Statistik jenayah di Sabah

menunjukkan jenayah intake bagi 1992 ialah 2,137 kes dan sehingga 16

Oktober 1993 ialah 2,892 kes iaitu peningkatan jenayah sebanyak 755

kes.

Dalam tahun 1992, Polis Kontinjen Sabah telah berjaya menembak

mati seramai 21 perompak bersenjata terdiri daripada 19 Filipina dan

2 Indonesia. Bagi tahun 1993, seramai 20 orang perompak bersenjata

ditembak mati terdiri daripada 17 rakyat Filipina dan 3 rakyat

Indonesia. Pihak Polis juga telah berjaya menyelesaikan 75% dari

keseluruhan kes samun bersenjata pada tahun 1993. Dalam tahun 1993

juga, Polis. Kontinjen Sabah telah berjaya menangkap 57 orang

perompak.

Page 103: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 102 -.

Mereka terdiri daripada 22 lelaki dari rakyat Filipina dan 18 lelaki

rakyat Indonesia, 2 orang perempuan rakyat Indonesia dan 15 lelaki

rakyat tempatan. Dengan ringkasnya, Polis DiRaja Malaysia telah

menjalankan tugas dengan baik dan keadaan keselamatan di Sabah ada-

lah terkawal.

Saya telah memberi penjelasan ke atas beberapa pandangan dan

teguran yang telah dibangkitkan dan bagi pandangan dan teguran Ahli-

ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab di Dewan ini, saya

memberi jaminan ianya akan diberi perbatian sewajarnya oleh

Kementerian Dalam Negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

5.13 ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Mohd. Yasin bin

Kamari]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan

-ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian dan membangkitkan perkara-perkara di bawah bidang

kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam perbahasan atas

dasar-dasar am Belanjawan 1994 yang telah dibentangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan pada 29 Oktober 1993 yang lalu.

Saya suka memberi penjelasan ke atas perkara-perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai

Program Pembangunan Luar Bandar termasuk bekalan elektrik, jalan

luar bandar dan projek-projek infrastruktur yang lain.

Page 104: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DP.16.11.93 - 103 - .

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun 1994, Kementerian Pembangunan

Luar Bandar telah diperuntukkan wang sebanyak RM103.5 juta untuk

bekalan elektrik luar bandar, RM13.9 juta tidak termasuk pinjaman

untuk bekalan air luar bandar, RM202 juta bagi jalan-jalan kampung

luar bandar dan keselamatan, RM18.7 juta bagi pemodenan kampung-

kampung luar bandar, RM21.6 juta bagi program pemulihan rumah, RM27

juta bagi pembangunan perusahaan luar bandar dan akhirnya, RM13.6

juta bagi program peningkatan ekonomi kampung.

Ahli Yang Berhormat dari Jerai mencadangkan supaya peruntukan

bekalan air luar bandar diberi secara geran 100% kepada Kerajaan

Negeri dan bukan 20% geran dan 80% pinjaman. Yang Berhormat kurang

berpuas hati dengan peruntukan bekalan elektrik dan meminta supaya

peruntukan yang ada ditambah supaya dapat memberi faedah yang lebih

besar kepada penduduk luar bandar khasnya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan

Luar Bandar bersedia mengambil maklum mengenai perkara yang

diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Jerai, Mengenai dasar

pembiayaan bekalan air luar bandar secara geran dan pinjaman yang

dilaksanakan sekarang, bekalan air ada1ah di bawah bidang kuasa

negeri. Hasilnya juga dikutip oleh Kerajaan Negeri. Lagi pun

pinjaman ini adalah tanpa faedah, Kementerian saya memang menyedari

akan kesulitan-kesulitan dan beberapa masalah yang dihadapi oleh

negeri-negeri mengenai perkara ini, Penelitian sewajarnya sedang

diambil untuk mengatasi perkara ini.

Page 105: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 104 -

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Jerai juga, bahawa

peruntukan bekalan elektrik luar bandar bagi Sabah, Sarawak dan

Semenanjung Malaysia yang disediakan bagi setiap tahun adalah

mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Serian juga

membangkitkan mengenai pengagihan peruntukan 1994 bagi kawasan luar

bandar di seluruh negara termasuk di Sarawak. Beliau menjelaskan

bahawa kawasannya adalah satu—satunya kawasan yang benar-benar lapar

serta dahaga kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan,

bekalan air dan bekalan elektrik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian saya mengambil

perhatian yang sama beratnya bagi semua kawasan luar bandar di

seluruh negara. Tidak ada bahagian-bahagian atau kawasan-kawasan

Parlimen yang diberi perhatian utama, di samping itu, menidakkan

kawasan yang lain dalam meluluskan apa-apa projek luar bandar.

Semua bahagian atau kawasan Parlimen adalah penting berdasarkan

kepentingan penduduk-penduduknya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Jambongan juga

membangkitkan mengenai peruntukan bagi memberi penumpuan kepada

peningkatan dan keselesaan hidup rakyat yang berpendapatan rendah

dan kurang bernasib baik di negara kita ini. Sekali lagi, saya

tegaskan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan terus

berusaha untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan awam di

kawasan-kawasan luar bandar sesuai dengan wawasan Kementerian ini

Page 106: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 105 -

untuk mewujudkan luar bandar yang menarik dan menguntungkan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tumpat semasa

membahaskan Belanjawan 1994 telah membangkitkan mengenai tiga Wakil

Kerajaan Negeri Kelantan di dalam Lembaga KESEDAR yang didakwa

sehingga setakat ini belum dilantik lagi. Soalan mengenai perkara

ini telah dijawab oleh Kementerian saya pada 18 Mei 1993, 2 Ogos

1993 dan 15 November 1993. Oleh itu, saya tidak bercadang untuk

membuat apa-apa ulasan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya ke atas

perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang

menyentuh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Suka juga saya

tegaskan di sini bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan

terus berusaha mencapai objektifnya untuk meningkatkan taraf sosio-

ekonomi penduduk luar bandar di negara ini. Bagi perkara-perkara

lain yang tidak sempat dijawab, Kementerian saya akan mengambil

perhatian yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan.

5.18 ptg.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Dr. Ting Chew

Peh]: Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia

maklum, Dewan ini tempat kita membincangkan isu-isu negara secara

serius. Tempat ini juga tempat kita menyuarakan hasrat, cita-cita

Page 107: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DF.16.11.93 - 106 -

serta masalah-masalah rakyat jelata. Ini bukan tempat kita

berjenaka, bersandiwara, hina-menghina, membalas dendam atau mencari

publisiti murah. Maka, atas kesedaran inilah saya akan dianggap

gagal dalam menjalankan tugas saya sekiranya saya tidak membuat

scdikit teguran terhadap tindak-tanduk Wakil Kota Melaka di Dewan

,ini pada 9 November lalu,

Saya tidak berani mengulang ucapan atau bahasa yang digunakan

oleh Wakil Kota Melaka. Semasa mendengar, saya pun merasa malu.

Kalau di pulau Jawa, orang-orang Jawa akan mengatakan orang-orang

seperti Wakil Kota Mclaka itu "belum Jawa" lagi. Kalau di negara

kita, kita mengatakan orang yang berkelakuan demikian belum cukup

asuhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri amat terperanjat kerana

seorang Wakil Rakyat sanggup berlagak begitu rendah martabatnya

sehingga perlu menggunakan bahasa yang hina serta melemparkan

serangan secara peribadi.

Page 108: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 107 -

Tuan Yang di-Pertua, menonjolkan sikap yang angkuh, menggunakan

bahasa yang kasar, membuat tuduhan yang tidak berasas dan melempar

serangan secara peribadi, semua ini adalah tindak-tinduk negatif dan

tidak patut ada pada seseorang Wakil Rakyat yang bertanggungjawab.

Barang sesiapa yang memiliki sifat-sifat tersebut, ternyata sudah

bankrap dari segi idea atau buah fikiran. Ternyata Yang Berhoramat

dari Kota Melaka memiliki kesemua sifat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, di samping berasa kesal, saya teringat

kepada tindak-tanduk Yang Berhormat dari Tanjong di Dewan ini.

Tindak-tanduk kedua-dua Ahli Yang Berhormat itu banyak persamaan-

nya. Tepat sekali pepatah Melayu yang berbunyi, "bapa borek, anak-

nya rintik", "rebung tidak jauh dari rumpun". [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya tindak-tanduk Yang Berhormat

dari Kota Melaka tidak sukar kita fahami. Walau dari apa sudut pun,

motifnya agak jelas dan tidak akan lari daripada beberapa

kemungkinan seperti berikut:

(i) Ia ingin mencari publisiti murah. Ini memang satu

taktik yang sering digunakan oleh wakil-wakil DAP,

tidak kira sama ada sesuatu perkara itu baik atau

tidak, asalkan ia ada nilai publisiti, ia akan

dijadikan bahan publisiti demi kepentingan politik

mereka.

(ii) Ketandusan modal politik. Oleh kerana kita kini

amat maju dalam berbagai bidang, kemajuan itu hasil

daripada dasar Barisan Nasional serta usaha gigih

Page 109: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 108 -

rakyat berbilang kaum. DAP tiada sumbangan.

Pemimpin-pemimpinnya tidak senang, malah iri hati

terhadap kemajuan itu. Oleh kerana kestabilan

politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan

sosial, tiada lagi isu yang dapat DAP permainkan.

Sebab itulah mereka mencari isu remeh-temeh

sehingga membuat personal attack.

(iii) Mereka cemburu terhadap sikap pemimpin-pemimpin MCA

yang positif dan membina, dan seterusnya kejayaan

MCA dalam projek Kolej Tunku Abdul Rahman dan

Projek Langkawi. Pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya

bersyukur dan terhutang budi kepada MCA kerana

ramai anak pemimpin-pemimpin dan penyokong-

penyokong DAP juga mcndapat manfaat daripada kedua-

dua projek itu. Saya bcrharap, pemimpin-pemimpin

DAP dapat mengikis sikap yang negatif dan

kecenderungan untuk menghancurkan sesuatu yang baik

itu. Cara yang lebih wajar ialah membina, bukan

menghancurkan. Saya mencadangkan supaya DAP juga

berusaha menganjurkan penubuhan sebuah maktab untuk

menandingi Kolej Tunku Abdul Rahman. Ini sumbangan

yang lebih bermakna daripada bersikap negatif dan

mengkritik sahaja. [Tepuk]

(iv) Latar belakang pendidikan dan asuhan yang tidak

seimbang. Ini suatu perkara yang sensitif. Saya

berharap pemimpin-pemimpin DAP tidak berkecil hati

Page 110: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 109 -

apabila ditegur. Rakyat Malaysia diasuh dan

berbangga dengan nilai-nilai murni seperti sopan-

santun, hormat-menghormati, bertimbang-rasa,

kejujuran, amanah dan sebagainya. Nampaknya Yang

Berhormat dari Kota Melaka tidak mengendahkan semua

ini. Bahasa yang digunakan, bahasa kesat, sikapnya

angkuh, langsung tidak berbudi-bahasa. Saya berasa

amat kesal, seperti kata pepatah Melayu, "Bahasa

menunjukkan bangsa". Maklumlah, apakah asal

keturunannya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi, Dewan ini

ialah tempat kita membincangkan isu-isu yang menyentuh kepentingan

negara, bukan tempat bersandiwara. Hak kebebasan bercakap tidak

berertiseseorang Wakil Rakyat boleh menyinggung perasaan orang lain

dengan melempar serangan secara peribadi dan berbagai tuduhan tanpa

berasas. Ini suatu perbuatan yang merbahaya dan tidak sepatutnya

berlaku. Kita sama-sama bertanggungjawab menjaga imej baik Dewan

ini. Kita perlu memastikan taraf perbahasan dikekal, malah diper-

tingkatkan di Dewan ini. Bila berbahas, kita perlu berhati- hati

dan pintar dalam penggunaan bahasa dan pemilihan kata-kata kita.

Belajarlah dari orang-orang seperti Yang Berhormat dari Padang

Terap ataupun bekas pemimpin DAP, Yang Berhormat Tuan Lee Lam Thye

apabila mereka berbahas, begitu rasional, begitu waras, lemah-

lembut dan menghormati orang-orang lain. Itulah caranya. Janganlah

berhujah seperti orang tidak bersekolah. Jangan pula menyalahguna-

Page 111: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 110 -

kan kebebasan bercakap. Bak kata pepatah Melayu, "Cakap siang

pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya berharap Yang Berhormat

dari Kota Melaka jangan terlalu asyik membangkitkan perkara-perkara

peribadi yang tidak langsung kait-mengait dengan tajuk

perbincangan. Janganlah menggunakan kata-kata yang kesat, Yang

Berhormat dari Kota Melaka memahami apa yang saya maksudkan.

Perbuatan demikian "amat tidak sihat, malah mengaibkan ataupun

memalukan, bukan sahaja ibubapa dan keluarganya, malah manusia

sebagai makhluk yang berakal. [Tepuk]

Perbuatan Yang Berhormat dari Kota Melaka menunjukkan betapa

kotor, negatif dan rendah taraf budaya politik DAP, Ini satu trend

yang perlu dibendung dan disekat. Saya berharap Yang Berhormat dari

Kota Melaka jaga baik-baik, takut nanti perbuatannya 'back fire',

dengan izin. Kata orang-orang Barat, "Sebelum kita melontar batu,

pastikanlah kita bukan tinggal dalam rumah kaca". [Tepuk]

Demikianlah komen saya untuk tatapan Yang Berhormat dari Kota

Melaka dan juga pemimpin-pemimpin DAP. Semua ini dibuat 'in good

faith', dengan izin, demi menjaga imej Dewan Rakyat dan maruah Wakil

Rakyat. Harap tidak berasa kecil hati. Yang sudah sesat, harap

kembali ke pangkal jalan.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima

kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat

ke atas bidangkuasa Kementerian ini. Beberapa orang Ahli Yang

Berhormat termasuk Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, Sibu, Hulu

Page 112: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 111 -

Selangor, Pasir Mas, Arau, Tanjong Aru, Kota Melaka dan Telok Intan

telah membangkitkan masalah pembangunan perumahan kos rendah di

negara kita terutamanya peruntukan sebanyak RM1.4 bilion dalam

Belanjawan 1994.

Peruntukan peruraahan sebanyak RM1.4 bilion membuktikan usaha

Kerajaan yang berterusan untuk membantu menyediakan kemudahan

perumahan kos rendah untuk golongan kurang berada di negara ini.

Memang terdapat rintangan terhadap pencapaian sepenuhnya matlamat

pembinaan rumah kos rendah, khususnya untuk memperolehi tanah tapak

yang sesuai dan harga tawaran yang berpatutan. Kerjasama dengan

Kerajaan Negeri akan terus dipertingkatkan, terutamanya dalam

mengenalpasti tanah yang sesuai untuk penempatan rumah kos rendah.

Walaupun peruntukan sebanyak RM1.4 bilion ini akan memberi

penumpuan awal terhadap kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor

Bharu, ini tidak bererti bahawa negeri-negeri lain akan diabaikan.

Masalah ketiga-tiga kawasan berkenaan adalah yang paling kritikal

ketika ini dan seharusnya diutamakan. Namun demikian, perabinaan di

negara-negara lain juga akan diteruskan serentak. Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil perhatian akan pandangan

dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memastikan kejayaan

program yang baru dilancarkan. Kementerian akan terus mengadakan

perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri dan

pemaju-pemaju perumahan dari masa .ke semasa untuk memastikan

matlamat tersebut tercapai.

Page 113: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 112 -

Ahli-ahli Yang Berhormat dari Hulu Selangor, Arau dan Lumut

telah menyentuh penubuhan Lembaga Perumahan Negara. Kementerian

sedang dalam proses untuk menyediakan Rang Undang-undang bagi

Lembaga tersebut. Penubuhan Lembaga ini merupakan satu mekanisma

untuk memastikan perumahan kos rendah di negara kita mencapai

matlamat dan sasarannya. Terdapat juga saranan supaya Lembaga

Perumahan Negara akan ditubuhkan mencontohi Lembaga Perumahan

Singapura. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian

akan mengambil kira semua aspek di dalam penubuhan Lembaga Perumahan

Negara ini.

Ahli Yang Berhormat dari Lumut telah meminta Kementerian

mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan mempercepatkan proses kelulusan

untuk permohonan ubahsuai rumah. Beberapa Pihak Berkuasa Tempatan

telah mempunyai garis panduan bagi memudah dan mempercepatkan proses

pemberian kelulusan kepada kerja-kerja tambahan berkaitan. Kemente-

rian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menyeragamkan garis

panduan itu untuk digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang lain.

Ahli Yang Berhormat yang sama juga telah meminta Kementerian memberi

arahan kepada Pihak Berkuasa Terapatan supaya memberi kelulusan

permohonan rancangan dalara tempoh yang tertentu. Sekiranya ditolak,

perlu dinyatakan sebab-sebab dan syarat-syarat untuk mendapat

kelulusan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam keadaan biasa

di mana permohonan adalah lengkap, kelulusan boleh diberi dalam masa

sebulan. Masaiahnya, banyak permohonan tidak lengkap dan ini

menyebabkan kelewatan.

Page 114: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 113 -

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan saranan Ahli Yang

Berhormat dari Lumut untuk menyediakan 20 jenis pelan agar pemaju-

pemaju perumahan dapat merabuat pilihan dan memastikan kelulusan yang

lebih cepat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang

berusaha dengan Persatuan Pemaju Pcrumahan dan badan profesional

yang lain untuk mewujudkan pelan-pelan sedemikian.

Mengenai geran tahunan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat dari Pengkalan Chepa, ingin saya menyatakan bahawa kesemua

Pihak Berkuasa Tempatan di Kelantan telah pun diperakukan oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapat geran

tahunan bagi tahun 1993.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kebakaran yang disentuh oleh Ahli

Yang Berhormat dari Lumut, sekiranya bangunan-bangunan tinggi

mematuhi syarat-syarat dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam

1984, kebakaran seperti "Towering Inferno" tidak akan berlaku kepada

bangunan-bangunan di Malaysia. Di samping itu, Jabatan Perkhidmatan

Bomba Malaysia telah dan sedang mengadakan pelan rancangan pra-

kebakaran bagi bangunan-bangunan tinggi di seluruh negara bagi

mengelakkan kejadian kebakaran seperti kebakaran "Towering Inferno".

Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang telah mencadangkan

supaya lebih banyak lagi projek perumahan yang terbengkalai dapat

dipulihkan. Sukacita saya maklumkan di sini iaitu daripada 428

projek perumahan yang dikesan terbengkali semenjak tahun 1983 hingga

Page 115: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 114 -

Jun 1993, sebanyak 330 projek telah pun dapat dipulihkan. Hanya 98

projek lagi masih belum dipulihkan. Langkah-langkah untuk memulih

dan mencegah terbengkalainya sesuatu projek sentiasa diambil oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang

juga telah menyentuh mengenai perkhidmacan Jabatan Perkhidmatan

Bomba Malaysia dan beliau mencadangkan kemudahan perkhidmatan bomba

dipertingkatkan. Beliau juga mencadangkan pemeriksaan terhadap

pili-pili bomba dibuat supaya sentiasa di dalam keadaan yang baik.

Cadangan peningkatan kemudahan perkhidmatan bomba adalah dialu-

alukan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya bergantung kepada

kedudukan kewangan Kerajaan. Mengenai pemeriksaan pili-pili bomba,

memang menjadi tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia menjalankan

kerja-kerja pemeriksaan dari masa ke semasa.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah memberi pandangan serta cadangan berkaitan

dengan bidang tugas Kementerian ini. Segala pandangan dan cadangan

yang telah diberikan akan diambil maklum dan diberi perhatian bagi

mempertingkatkan lagi prestasi Kementerian ini. Sekian, terima

kasih.

Page 116: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 115 -

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom

dan Pos.

5.37 ptg.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy Vellu]:

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah

menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Tenaga,

Telekom dan Pos. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan-cadangan yang bernas

dan konstruktif, dan saya akan menjawab sejauh mana yang boleh

perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat

tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Santubong telah

menyeru kepada Kerajaan supaya berhati-hati dan meneliti secara

terperinci tindakan Kerajaan untuk memperkenalkan penswastaan dalam

sektor penjanaan elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

tujuan Kerajaan memperkenalkan pengeluar-pengeluar bebas dalam

sektor penjanaan ialah untuk menggalakkan persaingan yang sihat

dalam sektor tersebut bagi meningkatkan kecekapan. Di samping itu,

pelaburan swasta dalam bidang ini dipertingkatkan dan perbelanjaan

modal TNB dapat dikurangkan.

Kerajaan kita ialah Kerajaan yang bertanggungjawab dan

tindakan-tindakannya dibuat setelah dirancang secara terperinci.

Pada keseluruhannya, pembekalan elektrik yang melibatkan pengeluar-

pengeluar bebas tidak akan membebankan pengguna-pengguna kerana

harga elektrik yang dibekalkan oleh mereka adalah ditetapkan

Page 117: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 116 -

oleh Jabatan Bekalan Elektrik Malaysia iaitu badan yang ditubuhkan

melalui Akta Bekalan Elektrik 1990 untuk mengawalselia industri

bekalan elektrik bagi kepentingan pengguna. Jabatan ini akan

menetapkan harga elektrik mengikut formula yang dipersetuju oleh

Kerajaan. Formula ini akan mengambilkira kos model dan operasi

pengeluar-pengeluar bcbas serta risiko-risiko yang perlu ditanggung

oleh mereka.

membangkitkan beberapa pcrkara mengenai pemberian kontrak oleh TNB,

Bagi kontrak turbin Fasa III di Pelabuhan Kelang, penender-penender

berikut:

(i) Ishikawa, Japan;

(ii) SKEC/KHIC, Korea;

(iii) Mitsui & Co;

(iv) Transfield Project (Malaysia)/Nichinen/Penang Shipping

Co.;

(v) BHEL;

(vi) Sumitomo/Ansaldo;

(vii) Babcock Wilcox/Marubeni/MMC; dan

(viii) Itochu Co.

telah mengemukakan tender masing-masing. Tender-tender ini telah

ditutup pada 1hb Mei, 1993. Pihak TNB sedang menjalankan penilaian

teknikal ke atas tender-tender tersebut dan belum lagi membuat apa-

apa keputusan dan belum disenarai-pendekkan. Sepertimana untuk

tender boiler, tender turbin juga dalam peringkat penilaian teknikal

dan belum disenarai-pendekkan.

Page 118: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -117-

Oleh kerana proses tender ini belum selesai, maka tohmahan Ahli

Yang Berhormat dari Tanjong yang membayangkan pihak TNB telah

memilih syarikat Mitsubishi, NEI dan Ansaldo adalah tidak tepat

kerana proses penilaian teknikal belum lagi diselesaikan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya suka menegaskan

bahawa tiada mana-mana syarikat pun telah diberi keistimewaan di

dalam pemberian mana-mana tender TNB, dahulu, mahupun sekarang

ataupun pada masa-masa yang akan datang.

Saya sungguh berdukacita kerana Ahli Yang Berhormat dari

Tanjong telah membangkitkan dalam Dewan satu perkara yang belum

diputuskan lagi dan tindakan ini boleh menjejaskan keputusan yang

akan dibuat oleh TNB nanti. Sesungguhnya aspek-aspek tender ini

merupakan perkara sulit. Ahli Yang Berhormat membangkitkan satu

isu yang pada masa ini sedang dalam pertimbangan Lembaga Tender

TNB. Sebarang kenyataan dan maklumat mengenai keputusan ini belum

lagi dikeluarkan dan dianggap rahsia. Oleh itu, saya rasa adalah

tidak elok menggunakan maklumat daripada sumber-sumber yang tidak

sah untuk menyoal kewibawaan Lembaga Tender dan ini akan

menggagalkan sistem tender.

Berkenaan dengan tuduhan Ahli Yang Berhormat dari Tanjong iaitu

pendedahan beliau di Parliraen menjimatkan Kerajaan RM400 juta ke

atas penukaran .......

Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat hendak minta penjelasan?

Page 119: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -118-

Tuan Lim Kit Siang: Ya. Menyentuh perkara yang lain mengenai

tender seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah untuk

Kapar III, bolehkah satu jaminan diberi bahawa proses ini akan

diuruskan dengan adil dan bahawa pinjaman Jepun iaitu OCEF adalah

atas asas "untied",, dengan sebenarnya tidak ada strings attached dan

bahawa ia tidak akan dibenarkan untuk mempengaruhi

keputusan-keputusan akhir mengenai pemberian tender-tender untuk

memberi unfair advantage, dengan izin, kepada semua tawaran

penawar—penawar daripada syarikat-syarikat Jepun untuk satu projek

yang begitu raksasa?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya suka

menjelaskan kepada Ketua Pembangkang dan juga Ahli dari Tanjong,

Kerajaan tidak mengadakan apa-apa ikatan dengan sesiapa pun untuk

memberi tender khasnya kepada Jepun. Tender-tender ini akan diberi

atas keutamaan harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat itu.

Saya boleh jelaskan atas perkara ini.

Sepatutnya tender-tender yang dikemukakan oleh ABB dan NEI

untuk Loji Janakuasa Kitar Padu telah dikemukakan kepada TNB.

Proses tender ini adalah dijalankan secara rundingan pada ketika itu

bagi menghadapi kekurangan bekalan tenaga yang genting dan juga

memenuhi permintaan yang meningkat. Di samping itu, pihak TNB

memikirkan bahawa adalah lebih baik bagi pembekal asal menawarkan

operasi Kitar Padu supaya mereka bertanggungjawab atas sebarang

kemungkinan yang akan berlaku. Pihak TNB juga telah menetapkan

bahawa ianya memerlukan secara segera Janakuasa "open cycle" untuk

memenuhi permintaan bekalan yang meruncing. Dengan demikian, projek

Page 120: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -119-

Kitar Padu telah digugurkan. Oleh itu, tender ABB/NEI telah ditolak

dengan tujuan supaya tender terbuka baru dipanggil kemudiannya.

Pihak TNB telah pun memanggil tender baru ini. Berdasar kepada

hakikat ini, tuduhan Ahli Yang Berhormat adalah tidak tepat.

Mengenai dakwaan bahawa pihak juruperunding bagi projek

janakuasa Fasa III Kapar sengaja melewatkan projek adalah tidak

benar kerana projek tersebut pada keseluruhannya tidak lewat.

Kedua-dua tender untuk projek tersebut adalah mengikut jadual

pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kenyataan Ahli Yang

Berhormat dari Petaling Jaya yang menyatakan bahawa dalam dairi LLN

pada tahun 1992, sepatutnya pada tahun 1992 tidak ada LLN lagi, ada

TNB sahaja. Ada dinyatakan kapasiti yang dijangkakan adalah 7,000

megawatt. Saya telah menyemak dairi yang berkenaan tetapi tidak

terdapat angka 7,000 megawatt. Mengikut dairi TNB 1992, keupayaan

penjanaan terpasang setakat 31hb Ogos 1992 berjumlah 5,689.9

megawatt dan permintaan maksimum pada 4.8.92 ialah 4,498 megawatt.

Saya hairan, dari sumber manakah sebenarnya angka yang dinyatakan

itu diperolehi atau pakar manakah yang menasihatkan Ahli Yang

Berhormat tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya, sukacita

saya memberi penjelasan bersabit dengan sistem kendalian penjanaan

kuasa dalam negara. Sebenarnya dalam sistem yang ada sekarang

memang perlu terdapat keupayaan terpasang yang melebihi permintaan

maksimum dan dari segi perancangan pun, kita telah

Page 121: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -120-

menetapkan keupayaan terpasang melebihi permintaan maksimum sebanyak

35%. Rizab 35% ini diperlukan untuk menampungi kerja-kerja

penyelenggaraan, kerosakan dan permintaan luar jangka.

Mengenai turbin ABB pula, sebenarnya TNB telah memperolehi 8

turbin daripada ABB untuk dipasang di stesen-stesen janaelektrik di

Paka, Kapar dan Pasir Gudang dan bukannya 7 turbin. Pada ketika ini

semua 8 turbin berjalan dengan baik. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, semua 4 turbin berkeupayaan 135 megawatt boleh menjana

135 megawatt tiap-tiap satu dan 4 turbin lain berkeupayaan 87

megawatt boleh menjana 87 megawatt tiap-tiap satu. Semua

turbin-turbin ini berjalan dengan baik dan sedang membantu TNB ,bagi

memenuhi keperluan bekalan semasa.

Berhubung dengan projek baikpulih janakuasa yang dikendalikan

oleh BHEL, dakwaan Ahli Yang Berhormat tidak berasas. Sebenarnya,

sebanyak 12 unit janakuasa telah diprogramkan untuk dibaikpulih oleh

Syarikat BHEL dan bukannya 11 sepertimana yang dinyatakan oleh Ahli

Yang Berhormat berkenaan. Setakat ini, 6 buah janakuasa tersebut

telah pun siap dibaikpulih dan sudah beroperasi penuh dan sebanyak 6

lagi dalam jadual baikpulih oleh syarikat yang sama. Oleh yang

demikian, kenyataan Yang Berhormat daripada Petaling Jaya bahawa

kontrak BHEL itu telah ditamatkan adalah tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan Ahli Yang Berhormat dari Petaling

Jaya berkenaan dengan harga tender dan laporan yang dikemukakan oleh

pejabat Audit British dan juga komen yang mengatakan bahawa lebih

£100 juta akan dibayar oleh pengguna Malaysia bagi tempoh 35 tahun

Page 122: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -121-

dan mengatakan mengapa Pengerusi TNB tidak menjawab pertuduhan ini,

sangatlah tidak munasabah. Pejabat Audit British telah menjalankan

pengauditan dan kita tidak mempunyai kuasa ke atas mereka untuk

mendapatkan hasil pengauditan tersebut. Pertuduhan yang dibuat itu

adalah budibicara mereka sendiri dan tidak ada kaitan langsung

dengan Kerajaan.

Yang penting bagi kita ialah Kerajaan telah menandatangani

kontrak dengan Kerjaya Balfour Beatty berjumlah RM1.3 bilion untuk

menyiapkan satu projek yang sophisticated, dengan izin, dan untuk

itu kita mendapat pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dalam

sejarah iaitu 0.83% yang memberi faedah kepada Malaysia berbanding

dengan kadar faedah pasaran dari semua institusi-institusi kewangan

yang lain di seluruh dunia berjumlah 6% hingga 12% yang

mengakibatkan kos faedah kepada pengguna-pengguna Malaysia kira-kira

RM400 juta yang merupakan penjimatan kepada pembayar cukai Malaysia.

Page 123: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 122 -

Semenjak TNB diswastakan, Kerajaan tidak berhasrat untuk

menaikkan tarif, sebaliknya TNB telah memeterikan diskaun 10% kepada

pekilang-pekilang dan hotel-hotel dan semasa berlaku kekurangan

tenaga, TNB telah menggalakkan penjanaan sendiri dengan insentif 9

sen seunit. Ini menunjukkan hasrat murni Kerajaan yang sentiasa

mementingkan kesejahteraan pengguna.

Permintaan Ahli Yang Berhormat yang meminta saya menjamin

supaya tarif tidak dinaikkan di masa hadapan adalah merupakan per-

mintaan yang kebudak-budakan. Begitu juga kenyataan beliau iaitu

apabila bekalan elektrik putus, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

perlu meletakkan jawatan, maka ini akan menyebabkan tiada Menteri

dan tidak ada Kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada

rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tuduhan Ahli Yang

Berhormat yang saya mengarahkan LLN pada satu ketika memberikan

dokumen sulit berhubung dengan kewangan dan kedudukan (status) LLN

kepada Peninsula Power merupakan satu lagi kenyataan yang bercelaru

iaitu confused, dengan izin. Peninsula Power telah menawarkan untuk

menyediakan laporan mengenai penswastaan LLN dan menanggung kos

yang terlibat. Perkara ini telah dipersetujui oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan pada masa itu dan Kerajaan tidak perlu membayar

perkhidmatan ini. Peninsula Power telah menanggung kos yang

terlibat sebanyak PM13 juta.

Page 124: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR 16.11.93 - 123 -

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tuduhan Ahli Yang

Berhormat bahawa MINCO adalah juruperunding tempatan untuk Projek

Pergau yang memiliki Peninsula Power melalui Trafalgar House, satu

kumpulan yang mana Ahli Yang Berhormat menuduh bahawa saya

sentiasa melawat mereka apabila saya berada di London. Berhubung

dengan perkara ini, saya berpendapat sesuatu yang tidak betul

dengan Ahli Yang Berhormat dan saya menasihatkan supaya beliau

mendapat pemeriksaan doktor, kerana setiap kali Ahli Yang Berhormat

berkenaan bercakap, fikirannya agak bercelaru. Beliau sentiasa

confused, dengan izin, dan tidak dapat membezakan di antara

Peninsula Power dan Trafalgar House, Walau bagaimanapun, bukan

saya di sini bertujuan untuk memberikan maklumat itu kepada Ahli

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat juga menyatakan bahawa

saya selalu ditemani oleh Encik Gnanendran daripada MINCO dan Tan

Sri Arumugam. Saya rasa, saya tidak perlu mendapat kebenaran dari-

pada Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya untuk memilih teman-

teman atau sahabat-sahabat saya. Ini merupakan hak asasi saya

seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia.

[Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat.....

Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada yang bangun.

Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan. Adakah benar bahawa Tan Sri

Arumugam ialah agen tempatan untuk Trafalgar House?

Page 125: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16.11.93 - 124 -

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi

agenkah atau tidak, itu adalah hak dia, bukan hak saya. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa adalah wajar saya

memberi gambaran yang akhir berhubung dengan perwatakan Ahli Yang

Berhormat dari Petaling Jaya ini, bagi menunjukkan betapa buruknya

sikap beliau dan betapa 'confused'nya beliau, dengan izin, serta

bagaimana beliau boleh menyalah-maklumkan (mislead) Dewan yang

mulia ini apabila beliau diberi peluang bercakap, sebinggakan beliau

sanggup menjatuhkan maruah orang lain dengan membawa perkara-

perkara peribadi perseorangan lain ke Parlimen dengan tujuan

mendapatkan publisiti murah.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam ucapannya, Ahli Yang Berhormat

dari Petaling Jaya itu telah menyatakan yang anak perempuan Encik

Schiefman akan mengahwini anak lelaki kedua Encik Gnanendra.

Tuduhan ini adalah tidak tepat. Apa yang sebenarnya, ialah bahawa

anak lelaki kedua Encik Gnanendra sudahpun mendirikan rumahtangga

tiga bulan yang lampau, tetapi bukan dengan anak perempuan Encik

Schiefman. Beliau sebenarnya telah mengahwini anak perempuan Dr.

Amarasinghe dari New York. Dr. Amarasinghe bekerja di Bahagian

Perundangan Bank Dunia. Anak perempuan Dr. Amarasinghe dan anak

lelaki Encik Gnanendra sudah berkenalan selama 8 tahun semasa

mereka menuntut bersama di Cambridge University. Saya tidak dapat

melihat kenapa mereka tidak boleh berkahwin? [Ketawa] Adakah

mahu kebenaran daripada Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya?

Page 126: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16.11.93 - 125 -

Berkahwin pun minta kebenaran, duduk bersamapun minta kebenaran!

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Encik Scheifman telah pun bersara dari

Bank Dunia dan sekarang bekerja sebagai juruperunding sambilan

untuk projek-projek khas.

Bagi menuduh beliau mengadakan 'Grander Alliance', dengan

izin, serta mencerobohi dokumen-dokumen Bank Dunia, dan memper-

olehi ganjaran (gratification) ialah merupakan satu penyataan yang

tidak berperikemanusiaan oleh Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya

itu. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, it is very inhuman to say

that - very inhuman.

Nasihat saya kepada Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya

ialah apabila beliau ingin berucap di Dewan yang mulia ini pada

masa-masa akan datang, eloklah beliau menyemak fakta-fakta dahulu.

Sepertimana yang saya telah terangkan di dalam Dewan yang

mulia ini pada 4.11.1993 kepada beberapa orang Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai persoalan bersabit dengan pelaksanaan dasar

memperkenalkan Independent Power Producer (IPP) dalam sektor

elektrik, Kementerian saya hanya bertanggungjawab dalam aspek

pengeluaran lesen dan penguatkuasaan syarat-syarat lesen sahaja

seperti yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik 1990.

Berhubung dengan kesan memperkenalkan IPP terhadap tarif kepada

pengguna-pengguna elektrik, suka saya memberi jaminan bahawa tarif

TNB adalah dikawal oleh Kementerian saya melalui formula-formula

yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Lain-lain aspek adalah

Page 127: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR. 16.11.93 - 126 -

diselenggarakan oleh badan-badan lain Kerajaan yang dipertanggung-

jawabkan melaksanakan penswastaan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Projek Bakun yang dibangkitkan

oleh Ahli Yang Berhormat dari Sibu, sukacita saya menerangkan di

sini bahawa Projek Bakun apabila dilaksanakan akan dapat menjana

sebanyak 2,400 megawatt tenaga elektrik untuk kegunaan negeri

Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Berasaskan pengalaman di

negara-negara lain, penghantaran bekalan elektrik melalui talian

dasar laut adalah selamat dan dalam hal ini penduduk-penduduk di

sepanjang Lembah Sungai Rajang tidak perlu khuatiri mengenai

sebarang babaya.

Kerajaan akan melantik pakarunding yang baik dan berpenga-

laman untuk menjalankan kajian kesan ke atas alam sekitar dengan

teliti seperti dikehendaki oleh "Environmental Quality Act, 1974".

Ini adalab untuk memastikan supaya sebarang kesan kepada alam

sekitar dapat diminimakan.

Faedab Projek Bakun akan dinikmati oleh semua penduduk negeri

Sarawak, terutamanya penduduk Lembab Rajang khususnya. Bandar-

bandar seperti Sibu, Miri dan Bintulu akan menikmati pembangunan

yang pesat dengan pertambahan perniagaan dan lain-lain aktiviti

komersil berikutan pelaksanaan Projek Bakun di Lembah Rajang.

Selain daripada penjanaan kuasa elektrik, kawasan tadahan boleh

digunakan untuk bermacam-macam aktiviti yang boleh membangunkan

ekonomi di kawasan tersebut seperti pelancongan, perikanan dan

pertanian. Aktiviti ini akan membuka kawasan pendalaman untuk

memberi peluang yang lebih kepada penduduknya dan meningkatkan

taraf sosio-ekonomi mereka.

Page 128: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 127 -

Pelaksanaan projek ini akan menarik Industri-industri berkaitan

seperti pengeluaran kabel, alat-alat bekalan elektrik, barang-barang

pembinaan dan perkhidmatan yang akan mempertingkatkan tahap ekonomi

negeri Sarawak. Dengan bekalan tenaga elektrik pada kadar yang

rendah, negeri Sarawak mungkin boleh menjadi lebih menarik untuk

pertumbuhan industri terutama industri tenaga intensif.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Marang telah

membangkitkan isu mengenai Antenna Parabola atau alat TVRO.

Kerajaan memang masih mengekalkan dasar untuk mengizinkan kegunaan

alat TVRO ini kepada golongan-golongan tertentu, iaitu orang-orang

kenamaan seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

Sultan-sultan dan Tuan-tuan Yang Terutama Negeri, Kedutaan-kedutaan

Asing secara timbal-balik, kilang-kilang pengeluar dan pembuat

alat-alat sedemikian dan hotel-hotel tertentu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, alat TVRO ini tidak dapat

menerima apa sahaja siaran-siaran televisyen yang dipancarkan

melalui semua satelit yang berada di angkasa lepas. Alat TVRO hanya

dapat menerima isyarat dari satelit-satelit di mana 'foot print'nya,

dengan izin, meliputi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas telah

menyentuh tentang perkhidmatan pondok telefon luar bandar di

kawasannya. Dari maklumat yang ada, terdapat 41 buah kampung di

kawasan Parlimen Pasir Mas. Sehingga akhir tahun 1992, sebanyak 11

buah kampung telahpun dipasang dengan telefon awam di bawah kelolaan

Telekom Malaysia. Empat buah kampung lagi telah disediakan

Page 129: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 128 -

kemudahan telefon awam pada tahun ini, iaitu Kampong Banggol Setol;

Kampong Sungai Keladi; Kampong Kubang Benud; dan Kampong Jenut

Timur. Oleh kerana penyediaan telefon awam memakan belanja yang

besar, pelaksanaan rancangan telefon awam luar bandar perlu dibuat

secara berperingkat-peringkat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 4 buah kampung

lagi akan menerima kemudahan ini dalam tahun 1994, iaitu kampung-

kampung berikut: Kampong Serdang; Kampong Hutan Pasir; Kampong

Kunang Palas; dan Kampong Kenok. Rancangan ini akan diteruskan di

tahun hadapan sehingga semua kampung mendapat kemudahan telefon

awam. Dalam hubungan ini, sebagaimana saya telah umumkan sebelum

ini, adalah menjadi dasar dan hasrat Kementerian untuk menyediakan

kemudahan telefon awam luar bandar, di semua kampung di seluruh

negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu telah

membangkitkan isu bayaran penyambungan semula telefon sebanyak RM50.

Saya telahpun menjawab pertanyaan berkenaan baru-baru ini, dan saya

ingin memaklumkan bahawa tempoh masa tiga minggu untuk menjelaskan

bil telefon adalah sesuai untuk pelanggan. Saya tidak bercadang

untuk membuat sebarang perubahan kepada cara pemotongan dan tempoh

pembayaran bil ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai liputan kawasan perkhidmatan

sistem selular, buat masa sekarang hanya merangkumi kawasan bandar

utama seperti Kuching, Lundu, Bau, Serian, Sri Aman, Sarikei,

Bintangor, Sibu, Dalat, Tatar, Bintulu, Marudi dan Kuala Baram.

Pengusaha-pengusaha selular ini merancang untuk memperluaskan lagi

Page 130: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 129 -

kawasan liputan ke seluruh kawasan lain di Sarawak walaupun langkah

ini mengakibatkan perbelanjaan modal yang besar. Walau bagai-

manapun, syarikat berkenaan memastikan bahawa para pengguna sistem

selular ini diberitahu mengenai kawasan-kawasan lingkungan

perkhidmatan tersebut di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan

cadangan-cadangan dan teguran-teguran yang membina dan juga yang

marah kepada saya, [Ketawa] mengenai bidang tugas di bawah

Kementerian saya. Sekiranya terdapat isu-isu yang dibangkitkan yang

tidak disentuh di sini, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian

saya akan mengambil ingatan dan tindakan yang serius dan sewajar-

nya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Sains, teknologi

dan Alam Sekitar.

6.05 ptg.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Datuk Law Hieng

Ding]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang turut serta

membahaskan dasar-dasar am Belanjawan 1993, khususnya perkara-

perkara yang berkaitan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam

Sekitar.

Segala pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai

pembangunan sains dan teknologi serta pemeliharaan alam sekitar

adalah sangat berfaedah dan akan membantu perancangan dan

pelaksanaan tugas-tugas Kementerian Sains, Teknologi dan Alam

Page 131: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 130 -

Sekitar dengan lebih licin, teratur dan berkesan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan

terhadap perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat sewaktu membahaskan dasar-dasar Belanjawan 1994 di Dewan

yang mulia ini.

Ahli Yang Berhormat dari Kepong mencadangkan supaya ditubuhkan

Pejabat Cawangan Alam Sekitar di Pulau Langkawi bagi mengawal

pencemaran di kawasan persekitaran pulau tersebut. Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, pada masa ini semua aktiviti kawalan alam

sekitar di Pulau Langkawi adalah dijalankan oleh Jabatan Alam

Sekitar bagi negeri-negeri Kedah dan Perlis. Memandangkan

pembangunan yang sangat pesat di Pulau Langkawi, cadangan Yang

Berhormat di atas adalah baik dan akan diberikan perhatian yang

sewajarnya oleh Kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas dan Arau yang

mencadangkan supaya menambah bilangan pegawai yang akan menguat-

kuasakan Undang-undang Alam Sekitar bagi mengatasi masalah

pencemaran. Ini merupakan cadangan yang sangat menggalakkan.

Begitulah juga harapan Kementerian saya. Saya ingin memaklumkan

kepada Dewan yang mulia ini bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

sedang dalam proses mengisi jawatan-jawatan kosong di Jabatan Alam

Sekitar dengan pegawai-pegawai yang berkelayakan. Begitu juga

Jabatan Alam Sekitar sedang dalam proses memohon jawatan-jawatan

tambahan bagi membolehkan Jabatan ini menjalankan tugas-tugasnya

dengan lebih berkesan. Kementerian juga sedang mengambil tindakan

Page 132: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 131 -

untuk menurunkan kuasa kepada agensi-agensi lain termasuk Penguasa

Kerajaan Tempatan bagi menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan ini.

Namun begitu, dalam keadaan sekarang adalah didapati agak sukar

untuk mendapatkan pegawai-pegawai yang benar-benar berkelayakan dan

berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja di atas. Apa yang

penting sekarang ialah kita perlu terus berusaha menanamkan sikap

bertanggungjawab dan memupuk disiplin yang tinggi di kalangan semua

peringkat masyarakat. Kita juga perlu meningkatkan kesedaran di

kalangan pengusaha-pengusaha kilang supaya dapat mengurangkan

pencemaran dan mematuhi undang-undang dan peraturan tanpa

penguatkuasaan dan kawalan yang ketat oleh pihak Kerajaan. Dengan

demikian, persoalan bilangan Pegawai Penguatkuasaan di Jabatan Alam

Sekitar mungkin tidak akan menjadi satu perkara yang kritikal.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat dari Tawau dan Pasir Mas yang telah

menyokong cadangan Kerajaan untuk menurunkan harga petrol tanpa

plumbum sebanyak 3 sen dan pengecualian duti import ke atas alat,

dengan izin, 'catalytic converter'.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan langkah-langkah

ini diharap akan dapat meningkatkan bilangan para pengguna dan

seterusnya paras plumbum dan gas-gas yang mencemarkan akan dapat

dikurangkan. Selain daripada itu Kerajaan juga telah:

Pertama, mengambil langkah-langkah lanjut, umpamanya mengesan

industri kereta motor menggunakan enjin yang bermutu tinggi dan yang

tidak akan mencemar alam sekitar iaitu dengan menggunakan teknologi

bersih dan terkini.

Page 133: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -132-

Kedua, menggalakkan kenderaan pengangkutan awam khususnya lori-

lori, bas-bas dan teksi-teksi menggunakan Natural Gas for Vehicle

(NGV) iaitu bahanapi yang lebih bersih dengan harganya 50% lebih

murah dari petrol.

Ketiga, sebagai langkah jangka panjang mengwujudkan sistem

pengangkutan awam yang lebih cekap dan berkesan, seperti Light

Railway Transit dan Khidmat City Bus yang secara tidak langsung akan

meninggalkan kualiti udara khususnya persekitaran Lembah Kelang.

Keempat, mempertingkatkan sistem perhubungan melalui teknologi

terbaru seperti penggunaan mel elektronik, dengan izin, videophone

dan teleconferencing. Dengan ini keperluan pergerakan kenderaan

individu boleh dikurangkan.

Langkah-langkah tersebut membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa

peka dan bersedia untuk memberi perhatian ke atas keperluan orang

ramai terutamanya dalam memelihara alam sekitar supaya tidak men-

jejaskan kesihatan dan menjamin keselesaan hidup kita semua.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyokong penuh ke

atas pendapat Ahli Yang Berhormat dari Batang Sadong tentang perlu-

nya Kerajaan memberi insentif bagi menggalakkan penulis-penulis

tempatan menulis buku dalam usaha memberi gambaran sebenar serta

kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar bukan sahaja kepada

orang luar, malah kepada rakyat tempatan sendiri.

Page 134: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -133-

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri

Kewangan dalam ucapan Belanjawan baru-baru ini, telah meluluskan

beberapa insentif kepada penulis-penulis tempatan. Di samping itu,

Kerajaan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:-

(i) meningkatkan program-program pengawasan dan penguatkuasaan

undang-undang alam sekitar di negara ini;

(ii) mengeratkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan,

sektor swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGOs) untuk

mengatasi masalah pencemaran serta meningkatkan kesedaran

orang ramai terhadap alam sekitar;

(iii) meningkat dan memperluaskan program serta aktiviti

kesedaran rakyat di negara ini melalui 'Minggu Alam

Sekitar' peringkat kebangsaan, negeri-negeri dan daerah-

daerah;

(iv) melaksanakan aktiviti-aktiviti lain, umpamanya 'Sambutan

Hari Alam Sekitar Sedunia', penubuhan kelab-kelab alam

sekitar di peringkat sekolah, kem-kem latihan dan

pendedahan kepada alam semula jadi; dan

(v) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan institusi-

institusi pengajian tinggi untuk merangka mata pelajaran

mengenai alam sekitar di peringkat sekolah menengah dan

universiti.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan saya, sekali

lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang

Page 135: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -134-

Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan cadangan dalam per-

bahasan dasar-dasar am Belanjawan 1994 mengenai program dan aktiviti

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jika terdapat mana-mana perkara yang telah dibangkitkan oleh

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat disentuh dalam ucapan

saya ini, maka saya akan memastikan untuk diberi perhatian dengan

sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di—Pertua: Kementerian Kerja Raya.

6.15 ptg.

Timbalan Menteri .Kerja Raya [Datuk Peter Tiaggom anak

Kamarau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di

Dewan yang mulia ini, untuk merakamkan terima kasih kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan

mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1994 dan juga Usul Anggaran

Pembangunan 1994 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Kerja Raya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan infrastruktur, lebuh-

raya, jalan raya yang sedang dan akan dilaksanakan di seluruh

negara, saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa pembangunan infra-

struktur dan kemudahan-kemudahan awam yang menjadi teras utama

bidang tugas Kementerian Kerja Raya akan terus diberi tumpuan dan

perhatian untuk dilaksanakan.

Untuk memastikan hasrat ini tercapai, Kerajaan telah memper-

giatkan usaha untuk menyiapkan projek-projek jalan raya utama

termasuk projek-projek yang diswastakan seperti Projek Lebuhraya

Page 136: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -135-

Utara/Selatan, Lebuhraya Kulim/Butterworth, Lebuhraya Shah Alam dan

juga projek-projek lebuhraya/jalan raya di negeri Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka memaklumkan bahawa di dalam

melaksanakan projek penswastaan pembinaan lebuhraya, bukan semua kos

yang terlibat ditanggung oleh pengguna melalui tol yang dibayar oleh

mereka. Kos pengambilan balik tanah misalnya, kebanyakannya di-

tanggung oleh Kerajaan. Ini adalah semata-mata untuk memastikan

kadar tol yang dibayar adalah rendah dan munasabah serta mampu di-

bayar oleh para pengguna.

Jika sekiranya beban kos sebenar, ditanggung sepenuhnya oleh

para pengguna, kadar tol yang perlu dibayar pada masa ini bagi

Lebuhraya Utara/Selatan adalah lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang

telah menimbulkan perkara mengenai kadar kenaikan tol dari Taiping

ke Ipoh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tol bagi

kenderaan kelas 1 - kereta, kelas 2 - lori kecil dan kelas 3 - lori

besar, memanglah telah dinaikkan sebanyak 50%. Walau bagaimanapun,

kadar kenaikan 50% ini adalah berasaskan kepada kadar tol pada tahun

1988.

Bagi kenderaan kelas 1 - kereta pula, kadar kenaikan ini adalah

merupakan kali pertama ianya dinaikkan sejak tahun 1988. Suka saya

jelaskan di sini, bahawa bagi kenderaan kelas 4 - teksi dan kelas 5

- bas, kadar tol adalah merupakan 50% lebih rendah daripada kadar

kelas 1. Ini adalah kerana Kerajaan tidak mahu membebankan se-

bilangan besar rakyat dan diharap tambang teksi dan tambang bas

tidak dinaikkan.

Page 137: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 -136-

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pengguna-pengguna

jalan raya yang tidak mahu membayar tol, jalan-jalan alternatif

boleh digunakan.

Tuan Yang di—Pertua, saya ingin menyentuh mengenai penswastaan

Jabatan Bekalan Air disetiap negeri yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat dari Lumut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pen-

swastaan Jabatan Bekalan Air di Negeri Johor, masih lagi dalam

peringkat kajian. Walau bagaimanapun, Jabatan Bekalan Air Negeri

Johor akan dikorporatasikan pada 1 Januari 1994. Sementara itu pen-

swastaan beberapa projek bekalan air tertentu di negeri-negeri yang

lain pula telah pun mula dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar sangkaan Ahli Yang

Berhormat bahawa tidak ada perancangan bagi bekalan air di Negeri

Johor. Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai bekalan air dan

memperuntukkan peruntukan bagi melaksanakan projek-projek bekalan

air di semua negeri termasuklah Negeri Johor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia

Keenam, sejumlah RM216.34 juta telah diperuntukkan untuk

melaksanakan 8 projek-projek di Johor seperti berikut:-

Projek PeruntukanRM (Juta)

(1) Bekalan Air Batu Kluang . 16,0

(2) Bekalan Air Johor Bahru Fasa IB 65.37(3) Bekalan Air Johor Barat, Semberong 37.47

(4) Bekalan Air Tanjong Pengerang, Sungai Lebam 30.5(5) Bekalan Air Johor Barat, Machap 20.0(6) Bekalan Air Johor Barat, Parit Raja 20.0(7) Bekalan Air Muar 3.0

(8) Membaik-pulih dan mempertingkatkanloji-loji air dan sistem retikulasi 24.0

Jumlah 216.34

Page 138: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 137 -

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jerai

mencadangkan agar peruntukan bekalan air kepada tiap-tiap negeri

disusun balik ataupun diubahsuai agar Kerajaan memperuntukkan geran

100% untuk bekalan air ke kawasan luar bandar dan peruntukan bekalan

air ke kawasan industri, kawasan komersil dan kawasan bandar adalah

50% geran dan 50% pinjaman kepada Kerajaan Negeri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar peruntukan geran 20%

dan pinjaman 80% kepada Kerajaan Negeri telah diputuskan oleh

Kerajaan. Keputusan ini adalah berdasarkan bahawa bekalan air

adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan semua hasil

daripada penjualan air merupakan hasil Kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai keadaan pembangunan infrastruktur

di Sarawak dan Sabah yang jauh tertinggal berbanding dengan negeri-

negeri lain di Semenanjung Malaysia. Sukalah saya memaklumkan di

sini bahawa Kerajaan sememangnya memberi perhatian khusus untuk

meningkatkan pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah yang

meliputi kerja-kerja pembinaan jalan raya baru, menaikkan taraf

jalan raya sedia ada dan menyediakan peruntukan khusus untuk

penyelenggaraan jalan-jalan supaya kekal dalam keadaan baik dan

selamat untuk digunakan.

Kerajaan memang sedar rangkaian sistem infrastruktur jalan raya

dan lebuhraya yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada

pengguna-pengguna jalan raya, malahan juga amat penting kepada

Page 139: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 138 -

pembangunan ekonomi negara seperti pembangunan perindustrian,

pelancongan dan juga sektor pertanian yang mana memudahkan keluaran

hasil negara dipasarkan di bandar-bandar dan juga untuk dieksport.

Rangkaian infrastruktur yang baik secara tidak langsung memberi imej

yang baik kepada pelancong-pelancong luar negara dan juga tarikan

kepada pelabur-pelabur asing untuk terus melabur di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu ada

menimbulkan isu mengenai jumlah peruntukan untuk membina lebuhraya

dan jalan raya biasa di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, bagi tahun 1994 sebanyak RM118.4 juta telah diperuntukkan

bagi membina lebuhraya di Sarawak dan sejumlah RM29.5 juta lagi

telah diperuntukkan untuk membina jalan raya biasa. Selain dari

itu, Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk

memperbaiki lain-lain jalan besar, RM0.6 juta bagi program

penyiasatan dan penyelidikan jalan raya dan RM0.4 juta bagi program

penyelenggaraan jalan raya dan latihan kakitangan JKR.

Jumlah keseluruhan bagi projek jalan raya Sarawak bagi tahun

1994 adalah sebanyak RM156.9 juta. Jumlah ini adalah berdasarkan

kepada keperluan yang dianggarkan untuk melaksanakan projek-projek

jalan raya di Sarawak dalam tahun 1994.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu juga dan

Yang Berhormat dari Selangau menimbulkan isu mengenai pembinaan

jalan besar utama Sarawak dan Lebuhraya Pan-Borneo yang memerlukan

sebuah jambatan untuk melintasi Sungai Rajang iaitu, satu dekat

bandar Sibu dan satu lagi di Durin.

Page 140: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 139 -

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang pernah

saya jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini, pada mulanya terdapat

dua tapak cadangan bagi Jambatan Batang Rajang iaitu di Sungai

Assan, Upper Lanang dekat bandar Sibu dan satu lagi di Durin. Tapak

yang dicadangkan di Sungai Assan telah pun dipertimbangkan sebelum

ini dan didapati tidak sesuai. Oleh itu, cadangan adalah untuk

pembinaan jambatan di Durin sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di bawah Rancangan

Malaysia Keenam sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan bagi projek

pembinaan Jambatan Batang Rajang. Peruntukan ini adalah untuk

tujuan kajian kemungkinan kajiukur dan rekabentuk Jambatan Batang

Rajang di Durin. Kajian kemungkinan ini dijangka akan dimulakan

pada penghujung tahun ini dan tenpoh siapnya ialah 6 bulan.

Keputusan untuk membina jambatan tersebut akan hanya dapat

ditentukan selepas hasil kajian diperolehi. Adalah dijangkakan

pembinaan jambatan tersebut akan dipohon dalam tempoh Rancangan

Malaysia Ketujuh nanti.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batang Sadong

juga membangkitkan cadangan agar Kerajaan Persekutuan juga mengambil

bahagian dalam pembinaan jalan raya di kawasan-kawasan tepi laut di

Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan

adalah bertanggungjawab terhadap pembinaan jalan raya Persekutuan.

Mengenai pembinaan jalan raya di Sarawak, Kerajaan Persekutuan hanya

bertanggungjawab untuk membiayai projek jalan besar utama sepanjang

920 kilometer dan projek jalan Pan-Borneo sepanjang 152 kilometer.

Page 141: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 140 -

Manakala jalan-jalan yang menghubungi dengan jalan utama ini ataupun

feeder roads, dengan izin, adalah di bawah bidang kuasa dan dibiayai

oleh Kerajaan Negeri, termasuk jalan-jalan di kawasan tepi laut.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan mengambil perhatian

mengenai perkara-perkara lain berhubung dengan jalan raya di Sarawak

yang berkenaan, seperti yang dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jambongan pula

membangkitkan mengenai jalan raya di Sabah yang belura diturap

terutamanya jalan raya di daerah Beluran sejauh 20 kilometer ke

persimpangan Lebuhraya Telupid, Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM390.4 juta di

bawah Rancangan Malaysia Keenam "bagi program jalan raya dan jambatan

di negeri Sabah. Daripada jumlah ini, sebanyak RM76.6 juta telah

diperuntukkan bagi tahun 1994. Peruntukan ini adalah untuk membina

dan menaikkan taraf sebahagian jalan raya-jalan raya, termasuk

jambatan di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak

RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk program penyelenggaraan jalan

raya di Sabah.

Mengenai jalan raya yang belum diturap di daerah Beluran sejauh

20 kilometer ke persimpangan Lebuhraya Telupid, Sandakan. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, jalan raya ini adalah merupakan jalan

Negeri. Dari itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk

menurap jalan tersebut.

Page 142: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 141 -

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja penjelasan mengenai

perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai beberapa isu di bawah bidang tugas Kementerian

Kerja Raya. Kemungkinan ada perkara-perkara lain yang telah

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dijawab,

Kementerian Kerja Raya akan mengambil perhatian dan tindakan yang

sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri.

6.27 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih

dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah memberi teguran, cadangan dan pandangan

yang membina semasa membahaskan Belanjawan 1994 mengenai

perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri. Izinkan saya memberi jawapan ke atas

beberapa perkara dan isu penting yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong telah

membangkitkan mengenai, pertama, digubal SMI Master Plan; dan kedua,

kelayakan minimum Industrial Coordination Act (ICA) dipinda dari

RM2.5 juta dana pemegang saham kepada RM10 juta dengan ekuiti

tempatan sekurang-kurangnya 70%.

Page 143: PARLIAMENTARY DEBATES · Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan Mahkamah India terhadap kemasukan

DR.16.11.93 - 142 -

Untuk makluman Yang Berhormat, pelan pembangunan SMI telah pun

diluluskan oleh 'Majlis Pembangunan Negara dan program utama

pembangunan sektor SMI ini meliputi aspek-aspek berikut:

(i) pemasaran;

(ii) galakan;

(iii) penyelidikan dan pembangunan dan bantuan

teknikal;

(iv) pembangunan infrastruktur;

(v) pembangunan sumber manusia; dan

(vi) kemudahan kewangan.

Seterusnya, Kerajaan pada masa ini sedang menimbang dengan

serius untuk mewujudkan satu agensi yang bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap pembangunan IKS.

Berhubung dengan cadangan supaya Akta Penyelarasan

Perindustrian (ICA) dipinda untuk menaikkan kelayakan minimum

pengecualian pelesenan dari jumlah dana pemegang saham RM2,5 juta

kepada RM10 juta, dimaklumkan bahawa cadangan ini jika dilaksanakan

akan menimbulkan beberapa implikasi yang mungkin akan menjejaskan

pembangunan IKS tempatan di dalam jangka panjang. Dengan demikian,

Kerajaan perlu membuat kajian yang teliti dan menyeluruh sebelum

cadangan tersebut dapat dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua; Yang Berhormat, minta sambung esok.

Datuk S.S. Subramaniam: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat

ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.