penyata rasmi parlimen parliamentary debates ' i. · datang dan tahniah kepada ahli-ahli yang...

59
... ' f ' I. ,,.,- ·' Jilid IV Bil. 1 MALAYSIA Hari Isnin 9hb. Mei, 1994 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEEMPAT Fourth Session KAND UN GAN MENGANGKATSUMPAH: Y.B. Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad Y.B. Tuan Frankie Chong Yu Chee Y.B. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud Y.B. Puan Kalthom binti Haji Othman Y.B. Dato' Mohd. Radzi bin Manan Y.B. Tuan Ng See Tiong [Ruangan 17] PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengangkat Sumpah Di Loar Dewan: Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed Y.B. Dr. Sak Cheng Lum Y.B. Puan Rajah Che Pora binti Haji Omar Y.B. Tuan Saravanan a/I Veliaudayar [Ruangan 18] Mengalu-alukan Ahli-ahli Baro [Ruangan 18] Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong [Ruangan 18] Memperkenankan Akta-akta [Ruangan 19] Perutusan daripada Dewan Rakyat [Ruangan 20]

Upload: dinhcong

Post on 18-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

...

' f

' I.

,,.,-

·' ~

Jilid IV Bil. 1

MALAYSIA

Hari Isnin 9hb. Mei, 1994

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAP AN Eighth Parliament

PENGGAL KEEMPAT Fourth Session

KAND UN GAN

MENGANGKATSUMPAH:

Y.B. Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad Y.B. Tuan Frankie Chong Yu Chee Y.B. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud Y .B. Puan Kalthom binti Haji Othman Y.B. Dato' Mohd. Radzi bin Manan Y.B. Tuan Ng See Tiong [Ruangan 17]

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA:

Mengangkat Sumpah Di Loar Dewan: Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed Y.B. Dr. Sak Cheng Lum Y.B. Puan Rajah Che Pora binti Haji Omar Y.B. Tuan Saravanan a/I Veliaudayar [Ruangan 18]

Mengalu-alukan Ahli-ahli Baro [Ruangan 18] Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong [Ruangan 18] Memperkenankan Akta-akta [Ruangan 19] Perutusan daripada Dewan Rakyat [Ruangan 20]

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

9 MEI 1994

KANDUNGAN-(Samb.)

URUSAN MESYUARAT [Ruangan 21]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 21]

USUL-USUL:

Jalan-jalan Masuk ke Parlimen [Ruangan 56] Jawatankuasa Pemilih-Perlantikan Ahli-ahli [Ruangan 57] Ucapan Terima Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan

AzlanShah -Y .B. Puan Hajah Zaleha binti Hussin [Ruangan 58]

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERIIAD Semua Hak Terpellhara, Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini bolch diterbltkan

semula atau disimpan di dalam hentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang hentuk dengan apa jua cara elektronik mebnilcal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa

mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad. (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dllantik~

\

,..._

<

''""""'\

'

,,-..,

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

r•

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANGKEEMPAT

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' VADIVELOO AILGov1NDASAMY, D.P.M.s., s.M.s., A.M.N. (Dilantik).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, DATO' HAJJ ANNUAR BIN MUSA, s.1.M.P. (Dilantik).

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, DATO' ADAM BIN KADIR, 0.1.M.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, DATO' MusTAPA BIN MOHAMED, D.P.M.s. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR. SAK CHENG LUM (Dilantik).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

DATUK HAJJ AHMAD BIN HAJJ ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN MICHAEL BONG THIAM JooN, A.B.S., J.B.S. (Dilantik).

PuAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJJ OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN Kw AI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG CHI SIONG @ CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN Fu AH Kmw (Dilantik).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJJ DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

PuAN HAJAH HABSHAH BINTI HAJJ OSMAN (Dilantik-WilayahPersekutuan).

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

7 9 MEI 1994 8

Yang Berhormat WAN HAMID EDRUCE BIN TUANKU HAn MOHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

"

TuAN HANIPAH BIN AHMAD, P.J.K. (Perlis).

TuAN Ho CHENG w ANG (Perak).

TUAN IBRAHIM BIN DAUD, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Johor).

TUAN Isu BIN HAJJ SJPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN lTAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJJ AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TUAN JANGGU ANAK BANYANG (Sarawak).

TUAN foHAN B.O.T. GHANI @ CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PUAN KALTHOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

PuAN KALSOM BINTI y AACUB (Pahang).

PuAN KIAN Srr HAR, P.J.K., A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka).

TUAN LIMUN LAIKIM (Sabah).

DATUK HAJJ MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

DATO' MoHD. RADZI BIN MANAN, D.P.M.P., P.J.K., J.P. (Perak).

TUAN MOHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAUD (Kelantan).

TUAN K. MUNISAMY, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN NG SEE TIONG (Johor).

DATO' (IR.) NG THIAN HOCK, D.S.S.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik).

DR. NG YEN YEN (Pahang).

PUAN RAJAH RAHAIAH BINTI BAHERAN, P.J.K. (Dilantik).

TuAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PuAN RAJAH RAHMAH BINTI SALLEH (Terengganu).

1

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

i

9 9 MEI 1994 IO

Yang Berhormat PuAN RosALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN HAJJ SALLEH @ HASSAN BIN Au, P.J.K. (Terengganu).

PUAN SRI SARASA PASAMANICKAM, A.M.N., P.I.S. (Dilantik).

TuAN v. SARAVANAN AIL VELIAUDAYAR (Dilantik).

PuAN HAJAH SELEMIAH BINTI HASHIM (Dilantik).

TuAN SHAHIRUDDIN BIN AB. MOIN, P.K.T. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAJJ SHUIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATO' SooNG Srnw HooNG, s.M.s., K.M.N., D.P.M.s., J.S.M. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

DR. TOH KIN WOON (Pulau Pinang).

DATUK K. VuAYANATHAN AIL KESAVA PILLAI, o.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATIN HAJAH WAN INTAN BINTI HAJJ WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.S.

(Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HOCK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAJ1 ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

DATO' ZAINAL ABIDIN BIN JoHARI, D.S.D.K., K.M.M., P.P.N., B.K.M., P.J.K., J.P.

(Dilantik).

PuAN HAJAH ZALEHA BINTI HussIN (Dilantik).

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu
Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

13 9 MEI 1994

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha Kanan: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha Kanan: Zamani bin Haji Sulaiman.

BAHAGIAN PENY ATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Kanan: Haji Suhor bin Rusin.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Rajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENT ARA MESYUARAT

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali.

14

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu
Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

17 9MEI1994 18

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 9hb. Mei, 1994

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

MENGANGKATSUMPAH

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan:

1. Y.B. Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad.

2. Y.B. TuanFrankieChongYuChee.

3. Y.B. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud.

4. Y.B. Puan Kalthom binti Haji Othman.

5. Y.B.Dato'Mohd.RadzibinManan.

6. Y.B. Tuan Ng See Tieng.

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGANGKATSUMPAH DI LUAR DEWAN

Tuan YangDi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Majlis Mesyuarat 4 (3), saya dengan ini memberitahu Majlis ini iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah di hadapan sayamengikutkehendak J adual Keenam dalam Perlembagaan, pada 31hb. Mac, 1994:

1. Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed (Dilantik);

2. Y.B.Dr.SakChengLum(Dilantik);

3. Y.B. Puan Rajah Che Pora binti Haji Omar (Dilantik); dan

4. Y.B. Tuan Saravanan a/I Veliaudayar (Dilantik).

MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu. Saya berharap semogaAhli­ahli Yang Berhormat yang baru dilantik, dilantik semula, dipilih dan dipilih semula itu dapat memberi sumbangan mereka yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga mereka dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

TIT AH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN

A GONG

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada pagi l lhb. April, 1994, SeriPadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Ucapan DiRajadalam Parlimen. Say a telah menerimasalinan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda itu dan

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

19 9 MEI 1994 20

seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Ucapan itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi Parlimen.

MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhonnat, say a suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam penggal yang lalu seperti berikut:

1. Akta Perbekalan 1994;

2. Akta Perbekalan Tambahan (1993) (No. 2) 1993;

3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1993;

4. Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 1993;

5. Akta Cap Dagangan (Pindaan) 1993;

6. Akta Lembaga Pembangunan Langkawi (Pindaan) 1993;

7. AktaSaraanHakim(Pindaan) 1993;

8. Akta Kewangan (No. 2) 1993;

9. Akta Kastam (Pindaan) 1993;

10. Akta Eksais (Pindaan) 1993;

11. Akta Cukai J ualan (Pindaan) 1993;

12. Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 1993;

13. Akta Pengangkutan Jal an (Pindaan) 1993;

14. Akta Tribunal Perkhidmatan A warn (Pindaan) 1993;

15. Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1993;

16. Akta Perihal Dagangan (Pindaan) l993;dan

17. Akta Penggalakan Pelaburan (Pindaan) (No. 2) 1993.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima suatu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan tersebut.

Saya menjemput Setiausaha membaca perutusan itu sekarang.

(Setiausaha membacakan Perutusan)

Perutusan Daripada Dewan Rakyat Kepada Dewan Negara

"5hb. Mei, 1994.

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya.

1. Rang Undang-undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) 1993;

2. Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras 1994;

3. Rang Undang-undang Lembaga Padi dan Beras Negara, (Syarikat Pengganti) 1994;

4. Rang Undang-undang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1994; dan

5. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1993 dan 1994) 1994.

Yang ikhlas,

t.t.

YANGDI-PERTUADEWANRAKYAT."

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

21 9 MEI 1994 22

URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, say a akan mencadangkan supaya Rang Undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya dalam Mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAW APAN-JA W APAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANY AAN

PINTU MASUK SEMPADAN THAILAND-MALAYSIA­

LANJUTAN MASA

1. Tuan Hanipah bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah pihak Pertubuhan Segi Tiga Wilayah Utara (IMTGT) mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat supaya pintu keluar masuk sempadan Thailand­Malaysia dilanjutkan kepada 24 jam, hasil keputusan mesyuarat Peringkat Menteri di Haadyai pada 20 Januari, 1994. Apakah sikap Kerajaan Pusat dan persediaan fiskal dan perancangan yang khusus jika cadangan ini akan dikuatkuasakan; dan

(b) adakah semua pintu keluar masuk yang sudah ada akan terlibat dengan cadangan ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, say a mohon menjawab bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada:

(a) Dalam mesyuarat Tiga Hala Kedua (IMTGT) di Haadyai, pihak swasta dan Kerajaan Thailand telah meminta pertimbangan Kerajaan

-----

Malaysia supaya pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka 24 jam. Atas semangat kerjasama IMTGT Kerajaan Pusat telah menimbang dengan teliti permintaan ini dan telah bersetuju supaya pembukaan pinti-pintu sempadan dilanjutkan kepada 24 jam. Ini adalah matlamat jangka panjangdan oleh itu lanjutan waktu pembukaan pintu masuk terse but akan dibuat beransur-ansur. Untukmelaksanakan keputusan ini, Kernen te ri an- ke men teri an berkenaan telah diarah membuat persiapan-persiapan perlu seperti keperluan kakitangan dan sokongan logistik dan persiapan ini akan dibuat secara berperingkat­peringkat.

(b) Buat permulaan, dua pintu masuk telah dipilih iaitu Bukit Kayu Hi tam di Kedah dan Padang Besar di Perlis untuk dilanjutkan waktu, iaitu dari 6.00 pagi hingga 11.00 malam, berbanding dengan dahulu dari 6.00 pagi hingga 7 .00 malam.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan, daripada langkah­langkah yang akan diambil, apakah keuntungan yang akan dapat dirasai oleh pihak Malaysia daripada rancangan baru yang tersebut?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi kita hanya baru mengarahkan Kementerian-kementerian berkenaan membuat persediaan atau persiapan kerana lanjutan masa ini bererti memerlukan lebih ramai kakitangan dan juga sokongan logistik. Buat masa ini belum dapatlah kita hendak mengatakan keuntungan-keuntungannya tetapi seperti yang saya telah sebutkan awal-awal tadi, dengan semangat kerjasama di antara negara-negara ini iaitu negara Thailand dengan Malaysia, maka kita bersetuju melaksanakannya berperingkat-peringkat kerana kalau terus-menerus 24 jam mungkin ada kesulitan-kesulitan. Oleh itu, kita bersetuju dari 6.00 pagi hingga 11.00 malam.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

23 9 MEI 1994 24

Dato' Zainol Abidin bin Johari: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kerajaan sedar dengan pembukaan pintu keluar masuk, ini akan menjejaskan perkembangan ekonomi khususnya di Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara? Kerana segala apa yang ada di Haadyai ini nampaknya lebih menarik dan lebih murah daripada apa yang terdapat di negara Malaysia. Jadi, secara tidak langsung, bila pintu ini dibuka 24 jam, saya fikir pusat­pusat pertumbuhan ekonomi dan lain-lain akan mengalami masa depan yang gelap.

Datin Paduka Rajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya kita membuat berperingkat-peringkat. Kerana kalau berperingkat-peringkat dan ki ta dapati m ungkin iany a ada mudarat a tau ada kebaikannya, kita boleh meminda. Sebenarnya, IMTGT adalah Indonesia­Malaysia-Thailand Growth Triangle. Ini bererti bahawa ketiga-tiga negara akan mendapat manfaat ekonomi daripada perbincangan dan persetujuan ini; ini satu sebab sahaja iaitu antara Malaysia dengan Thailand. Yang lain dengan Indonesia dan sebagainya itu memang adalah perancangan kita iaitu tiga negara punya "growth triangle". Saya harap Yang Berhormattidak usahlah curiga dahulu.

PEMBATALAN KONTRAK SY ARIKAT BRITISH-NILAI

KERUGIAN

2. Tuan Michael Bong Thiam Joon minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah nilai wang yang dialami kerugian oleh Kerajaan Malaysia akibat pembatalan kontrak-kontrak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Inggeris, akibat daripada tuduhan me lulu oleh media Inggeris terhadap pemimpin Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari tahun 1980 hingga 1993, Kerajaan Malaysia telah menawarkan kontrak berjumlah kira-kira RMI0.78 ribu juta kepada syarikat-syarikat British. Pemberian besar daripada kontrak tersebut

adalah projek-projek di bawah Memorandum Persefahaman yang melibatkan kos sebanyak kira-kira RM6,92 l .1 ribu juta. Pada 25hb. Februari yang lalu, Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak memberi kontrak kepada syarikat-syarikat British disebabkan oleh kerana Kerajaan rasa kecewa dengan laporan negatif yang disiarkan oleh media massa di United Kingdom tentang Malaysia dan kepimpinannya. Kerajaan ingin menegaskan bahawa Kerajaan membuat keputusan syarikat-syarikat British tidak akan diberi peluang melalui pelaburan baru Kerajaan sahaja. Keputusan ini tidak melibatkan kontrak-kontrak yang sedang berjalan. Oleh itu, persoalan Yang Berhormat,jumlah nilai wang yang dialami berikutan daripada penamatan ataupun pembatalan kontrak-kontrak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat British tidak berbangkit.

Dr. Toh Kin Woon: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Dengan adanya "Kempen Membeli Akhir British" ini, adakah terdapatnya perubahan sikap British? Dan saya ingin tahu juga bilakah kempennya akan berhenti dan di bawah syarat-syarat apakah kempen ini akan berhenti?

Dato' Mustapa bin Mohamed: Kerajaan ingin menegaskan bahawa tidak ada kempen untuk "Buy British Last" seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Yang dilaksanakan oleh Kerajaan ialah untuk tidak memberi kontrak-kontrak baru kepada syarikat-syarikat British. Itu penjelasan yang pertama yang ingin kita berikan.

Yang keduanya, mengikut laporan­laporan akhbar dan juga kenyataan­kenyataan oleh pihak tertentu, United Kingdom dan juga negara ini nampaknya terdapat sedikit perubahan dalam bentuk laporan-laporan akhbar, media massa yang dibuat oleh United Kingdom terhadap negaradan kepimpinannya. Itu yang kedua.

Yang ketiga, biladasar ini akan berhenti, Kerajaan padamasa ini belum lagi membuat sebarang keputusan untuk perkara terse but.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

25 9 MEI 1994 26

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Kerajaan, adakah keadaan suasana pasaran saham yang tidak menentu sekarang ada kaitan dengan pembatalan kontrak-kontrak dengan pihak British?

Dato' Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan Kerajaan, tidak ada kaitan Jangsung antara keadaan pasaran saham di BSKL pada masa ini dengan tindakan Kerajaan untuk tidak memberi kontrak-kontrak baru kepada syarikat-syarikat British. Apa yang berlaku pada aw al tahun ini merupakan satu, dengan izin, "phenomenon" di mana bursa saham di beberapa buah negara maju yang Jain pun meningkat dengan ketara. Apa yang berlaku selepas itu merupakan pembetulan harga-harga pada kadar yang Jebih munasabah dan kita rasakan penurunan harga sejak kira-kira bulan Februari Jalu dalam pasaran saham tidak ada kaitan secara Jangsung dengan tindakan Kerajaan.

Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud: Soalan tambahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan? Kalau tidak, kenapa?

Dato' Mustapa bin Mohamed: Kerajaan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar­akhbar yang mencemarkan nama baik negara Malaysia dan juga kepimpinan negara kita. Ini adalah kerana Kerajaan berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak akan menguntungkan kita malah ia akan mengambil masa yang Jama dan juga akan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk meneruskan kegiatan­kegiatan mereka melemparkan fitnah yang tidak berasas terhadap negara kita dan kepimpinan negara.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Timbalan Menteri, sungguhpun Kerajaan Malaysia sudah membatalkan kontrak-kontrak

dengan Kerajaan British tetapi apa saya difahamkan bahawa Kerajaan Kelantan masih ada lagi membuat perhubungan­perhubungan masalah kontrak ini. Apakah tindakan Kerajaan Malaysia terhadap Kerajaan Negeri Kelantan?

Dato' Mustapa bin Mohamed: Memang benar mengikut laporan akhbar, Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk menawarkan satu projek penswastaan kepada sebuah syarikat British. Kerajaan Persekutuan berpendapat tindakan ini sengaja diambil untuk mengingkari keputusan Kerajaan Persekutuan dan kita percaya langkah itu sengajadiadakan untuk menunjukkan keangkuhan mereka dan kita pada masa ini belum lagi berfikir untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap langkah Kerajaan Kelantan tersebut.

DASAR PERTANIAN NEGARA MENJELANG TAHUN 2000

3. Tuan Haji Zainol bin Md. Deros minta Menteri Pertahanan menyatakan dasar-dasarpertahanannegara dari sekarang sehingga tahun 2000 dan juga nyatakan apa-apa ancaman musuh yang ingin menceroboh negara ini dari darat, laut ataupun udara.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, garis panduan besar pertahanan yang diamalkan pada masa kini adalah berteraskan konsep berdikari, kerjasama serantau dan menjalinkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala dengan negara-negara sahabat. Garis panduan ini akan dikaji dari masake semasa mengikut keperluan dan perkembangan strategik.

Pada mas a kini negara tidak menghadapi apa-apa ancaman musuh yang ingin menceroboh sama ada dari darat, laut ataupun udara. Ini adalah kerana negara sentiasa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua pihak sama ada melalui hubungan kerjasama serantau atau di peringkat antarabangsa. Sungguhpun

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

27 9 MEI 1994 28

demikian, negara tidaklah leka dalam memikul tanggungjawab pertahanan negara dan sentiasa berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanyadengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat sedar bahawa tidak dapat perseimbangan di antara perkembangan TenteraDarat, TenteraLaut dan juga Tentera Udara. Saya mengambil contoh bahawa dari segi Tentera Udara, peruntukan melalui MoU lebih daripada RM5.5 bilion telah pun diperuntukkan iaitu membeli Fl8, MiG 29 danjuga 28 Hawks. Bagi pihak Tentera Laut pula, peruntukan RM6.2 bilion telah pun diperuntukkan. Tetapi saya dapati peruntukan yang terlalu sedikit iaitu pemodenan kepada Tentera Darat amat jauh sekali ketinggalan. Jadi, adakah pihak Kementerian sedar dan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil supaya diselaraskan ketiga-tiga unit pertahanan negara ini?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pemodenan peralatan ataupun Angkatan Tentera kita adalah untuk menggantikan peralatan-peralatan kita yang telah lama, yang tidak boleh digunakan lagi ataupun yang telah usang. Jadi, oleh itu kita tidak boleh melihat dengan pembelian-pembelian yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi menunjukkan tidak adanya keseimbangan dari segi perlengkapan kita kepada tiga cawang tentera kita dalam Angkatan Tentera kerana proses penggantian barang-barang kita yang usang serta pembelian kelengkapan ini adalah satu proses yang berjalan berterusan. Jadi, kita tidak boleh mengukurnya pada ketika ini.

Kerajaan ataupun Kementerian Pertahanan mempunyai perancanganjangka pendek dan jangka panjang untuk melengkapkan keseluruhan cawang dalam ATM kita ini selengkap-lengkapnya berdasarkan kepada konsep pertahanan negara. Jadi, oleh itu adalah tidak benar seperti yang disebut oleh Yang Berhormat

bahawa perkembangan di antara ketiga­tiga cabang iaitu udara, laut dan juga darat itu tidak seimbang.

SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL KEDUA­

PELANCARAN

4. Datuk David Y eoh Eng Hock min ta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah Syarikat Penerbangan Nasional kedua akan dilancarkan dan nyatakan sebab-sebab mengapa perlunya Second National Airline ini.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Penerbangan Nasional kedua telah pun diberi lesen oleh Kerajaan untukmemulakan penerbangan. Syarikat tersebut dan Kerajaan kini sedang mengenalpastijadual jalan (route) yang akan dikendalikan olehnya. Syarikat tersebut dijangka melancarkan penerbangan sebelum penghujung tahun ini. Syarikat Penerbangan Nasional kedua pada dasarnya telah diwujudkan bagi tujuan untuk menyokong atau, dengan izin, complement, perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS) di samping menggalakkan pertumbuhan industri penerbangan awam negara, Syarikat Penerbangan Nasional kedua juga dijangka menyokong usaha­usaha Kerajaan untuk membangunkan industri pelancongan di Malaysia.

Dr. Toh Kin Woon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dengan siapnya Lebuhraya Utara/Selatan, bilangan penumpang MAS telah pun jatuh iaitu pasaran domestik untuk penerbangan a warn telah pun menurun. Tidakkah di dalam keadaan demikian kalau adanya dua syarikat penerbangan, kemungkinan besar kedua­duanyaini akan mengalami kerugian nan ti?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, apa yang dimaksudkan bukan hanya jalan-jalan domestik (routes), tetapi kita juga tahu bahawa di seluruh peringkat antarabangsa

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

>

29 9MEI1994 30

MAS tidak boleh pergi kesemua destinasi. Jadi, di mana MAS tidak dapat pergi, Penerbangan Nasional kedua boleh mengambil tempat tersebut.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Syarikat Penerbangan Nasional kedua ini akan "complement" kepada syarikat penerbangan utama kita iaitu MAS. Jadi, adak:ah Yang Berhormat bersetuju bahawa untuk mengelakkan persaingan yang tidak sihat, supaya syarikat penerbangan kedua ini hanya bertumpu kepada kawasan ASEAN ataupun "regional", manakala MAS pula menumpukan penerbangannya kepada laluan "international"?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan saya tadijugasayakatakan bahawa syarikat tersebut dengan Kerajaan kini sedang mengenalpasti routes, dengan izin, yang akan dijadualkan untuknya. Dengan ini, cadangan Yang Berhormat itu pun diambilkiralah.

KADAR KEMISKINAN DI SABAH- USAHA MENGURANGKAN

5. Tuan Limon Laikim minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) rancangan-rancangan yang di­laksanakan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah; dan

( b) berapakah peratus paras kemiskinan dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung Sarawak.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua,jawapan kepada:

(a) Usaha Kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan merupakan rancangan yang berterusan. Rancangan-rancangan yang dilaksanakan adalah dalam

bentuk rancangan yang menjurus terns kepada kumpulan sasaran seperti Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) ataupun Rancangan Pembangunan Ekonomi yang menyeluruh yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Di antara rancangan PPRT yang dilaksanakan ialah:

(i) Program Peningkatan Ekonomi Kampung;

(ii) Pinjaman Amanah Saham Bumiputera/PPRT;

(iii) Program Kemahiran;

Latihan

(iv) Iridustri Kampung;

(v) Rancangan Makanan Pemakanan; dan

Amal an dan

(vi) Program Rumah.

Pemulihan

( b) Penyelenggaraan-penyelenggaraan sekolah-sekolah, meningkatkan mutu pendidikan dan lain-lain adalahjugamerupakan usaha-usaha ke arah mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah.

INFLASI-LANGKAH MEMBENDUNG KENAIKAN

6. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sama ada usaha-usaha Kementeriannya untuk mengurangkan kadar inflasi di negara ini berjaya, dan nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengekalkan kadar inflasi di bawah 4% di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengambil berbagai langkah untuk membendung inflasi iaitu di samping

-------------------

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

31 9 MEI 1994 32

langkah-langkah utama melalui dasar kewangan dan fiskal yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain dan juga penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai lnflasi yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian adalah seperti berikut:

(i) mengawal atau mengawasi harga dan bekalan barang-barang keperluan harian dan semasa musim perayaan bagi menentukan bekalan mencukupi dan harga berpatutan, di samping mengambil tindakan segera yang wajar sekiranya timbul masalah bekalan atau harga;

(ii) menyebarkanmaklumatmengenai harga 90 barangan melalui media elektronik dan cetak untuk menggalakkan pengguna membeli-belah dengan bijak dan cermat;

(iii) pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian membuat pemeriksaan di kilang dan premis­premi s perniagaan untuk memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang sedia ada seperti tanda harga, timbang dan sukat dan lain-lain; dan

(iv) menjalankan program-program pendidikan pengguna untuk meningkatkan kesedaran kepenggunaan mengenai hak dan tanggungjawab pengguna.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dan Kementerian ini yang dinyatakan di atas telah membantu membendung kenaikan kadar inflasi. Tanpa langkah-langkah terse but besar kemungkinan kadar inflasi akan meningkat jauh lebih tinggi sepertimana berlaku di negara-negara lain yang sedang pesat membangun.

Di samping itu, Kementerian jugasedang merancang langkah-langkah lain iaitu seperti berikut:

(i) mengumpul maklumat-maklumat terperinci bagi barangan dan perkhidmatan perlu bagi mengenalpasti faktor-faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan berlakunya masalah-masalah bekalan dan harga supaya langkah-langkah tertentu dapat diambil;

(ii) mengkaji sistem dan kos pemasaran dan pengedaran barangan dalam negeri, termasuk kos-kos pengangkutan dan perkapalan dengan tujuan bagi mempertingkatkanlagikecekapan sistem pengedaran barangan;

(iii) mengkaji kos perkhidmatan­perkhidmatan lain seperti sewaan, audit dan perundangan;

(iv) melaksanakankempenanti-inflasi melalui media massa dan elektronik dengan seluas-luasnya sebaik sahaja dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Hari Pengguna Sedunia pada 19hb. Mei tahun ini; dan

(v) menggubal undang-undang yang memberi perlindungan kepada pengguna secara lebih komprehensif dan juga undang­u ndan g yang menggalakkan persaingan perdagangan secara adil dan beretika.

Tuan Yangdi-Pertua, inginsayategaskan bahawa tugas untuk menangani inflasi adalah tanggungjawab semua pihak, termasuk Kerajaan, pihak swasta dan pengguna amnya. Pengguna boleh membantu mengawal inflasi dengan membeli secara bijiksana, termasuk membuat aduan yang sewajarnya dan memulaukan atau boikot barangan yang dipastikan tidak wajar dinaikkan harga. Adalah dijangkakan bahawa dengan

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

33 9 MEI 1994 34

langkah-langkah yang dirancangkan itu dan langkah-langkah lain yang diambil oleh agensi-agensi Kerajaan berkenaan, serta juga sokongan semua pihak, terutama pengguna, kadar inflasi dapat dikekalkan di bawah 4% bagi tahun ini.

Dr. Toh Kin Woon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah mungkin dengan mengawal harga-harga bagi barang-barang perlu, ini boleh menimbulkan masalah yang satu lagi iaitu kekurangan penawaran barang-barang ini. Jika ada kemungkinan berlaku, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan yang ini tidak berlaku?

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyatakan dalam jawapan sebentar tadi iaitu salah satu langkah yang akan diambil oleh Kementerian ialah bagi mengumpulkan maklumat-maklumat terperinci bagi barangan dan perkhidmatan perlu bagi mengenalpasti faktor-faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan berlakunya masalah-masalah bekalan supaya langkah­langkah tertentu dap'1t diambil. Oleh itu, dalam langkah ini kita akan membuat jangkaan dari segi permintaan. Sekiranya didapati permintaan melebihi daripada bekalan, maka pihak-pihak yang berkenaan, terutama sekali pengimport dan pengeluar akan diminta mengambil tindakan yang sewajarnya supaya bekalan mencukupi.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Inflasi ada kaitan dengan pengguna, soalannya, sejauh manakah pertolongan yang telah diberi oleh pihak persatuan pengguna di peringkat­peringkat negeri membantu Kerajaan supaya kefahaman ini dapat dipcrturunkan kepada pengguna-pengguna?

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas soafan Ahli Yang Berhormat kerana pendidikan penggunaan adalah penting bagi mengawal inflasi di negara kita. Oleh itu, semua pihak terutama sekali persatuan-persatuan pengguna telah diminta untuk menyusun program dan

aktiviti bagi menyedarkan pengguna terhadap masalah inflasi. Pihak Kementerian setakat ini berpuas hati pada amnya di· atas kerjasama yang telah diberikan oleh persatuan-persatuan pengguna dengan mengadakan program­program dan aktiviti berkenaan, terutama sekali seminar-seminar dan ceramah, pameran dan lain-lainnya, tetapi usaha­usaha seumpama ini boleh dipertingkatkan oleh persatuan-persatuan yang berkenaan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah khasnya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana telah pun berjaya mengawal inflasi. Tadi salah satu daripada saranan Yang Berhormat Menteri untuk mengawal inflasi ataupun untuk mengawal kenaikan harga ialah untuk memboikot barang-barang yang dikeluarkan oleh pihak-pihak pengeluar. Baru-baru ini kita membaca di akhbar, iaitu harga roti telah pun dinaikkan sebanyak l 0 sen. Masalahnya kita sebagai pengguna ialah boleh dikatakan semua barga roti dinaikkan l 0 sen, jadi bagaimana caranya kita sebagai pengguna hendak memboikot bahan ini? Soalan tambahan saya ialah apakah pihak Kementerianjuga bercadang supaya roti juga dimasukkan dalam senarai barang-barang kawalan?

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, memang salah satu daripada tindakan yang boleh diambil oleh pengguna ialah dengan memulaukan atau memboikot barang-barang di mana harganya didapati meningkat naik dengan begitu tinggi tanpa apa-apa sebab dan juga sekiranya arahan dan permintaan daripada Kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak dihiraukan supaya tidak menaikkan harga barangan yang berkenaan. Jadi, apabila tindakan seumpama ini diambil, adalah diharapkan bahawa kita terpaksa makan barangan yang alternatif selain daripada roti di. masa-masa yang akan datang. Namun demikian, ingin saya menyatakan iaitu pihak 16 pembuat­pembuat roti yang bercadang ataupun tel ah

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

35 9 MEI 1994

menaikkan harga roti selama beberapa hari pada awal tahun ini, telah menurunkan semula iaitu daripada 80 sen kepada 70 sen, iaitu "standard loaf' ataupun roti yang standard. Kita akan mengkaji kemungkinan untuk menjadikan roti sebagai barangan yang mana harganya dikawal di masa-masa yang akan datang.

BANTUAN KEWANGAN KEPADARAKYAT MISKIN-JUMLAH

7. Dato' William Chek Lin K wai min ta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:

(a) jumlah rakyat miskin yang menerima bantuan kewangan setiap bulan di seluruh negara setakat ini;

(b) apakah Kerajaan bercadang untuk menambahkan bantuan kewangan ini memandangkan jumlah yang diberikan sekarang tidak begitu memadai; dan

( c) apakah Kerajaan sedar masih ramai lagi yang memerlukan bantuan ini tetapi tidak diberikan bantuan. Apakah langkah Kerajaan untuk membantu mereka ini.

Timbalan MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua, bagijawapan:

(a) Jumlah rakyat miskin yang menerima bantuan kewangan bulanan daripada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada akhir tahun 1993 adalah seramai 14 7 ,412 penerima, iaitu seperti berikut:

Bantu an penerima;

am-110,230

Bantuan orang tua-10,678 penerima;

Bantuan kanak-kanak-23,384 penerima; dan

36

Bantuan elaun pekerja cacat-3, 120 penerima.

(b) Kerajaan telah pun menambahkan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak lhb. Mac, 1994 yang lalu dengan lulusnya kenaikan kadar bantuan seperti berikut:

(i) Bantuan am dari maksimum RMl 15 kepada RM175;

(ii) Bantuan kanak-kanak dari RMl 15 kepada RM150;

(iii) Bantuan pakaian seragam sekolah dari RM30 kepada RM50;

(iv) Bantuan latihan aprentis belia dari RM65 kepada RM80;

(v) Bantuananakpeliharadari RM50 kepada RM 100; darr

(vi) Bantuan orang tua dari RMSO kepada RM70.

(c) Semua permohonan bantuan yang dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah disiasat dan mereka yang didapati layak, telah pun diberi bantuan. Sungguhpun begitu, ada kemungkinan masih ramai lagi yang memerlukan bantuan kerana kemungkinan juga mereka tidak dibawa atau dirujuk kepada pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam hal ini, ketua­ketua masyarakat dan pemimpin­pemim pin tempatan adalah digalakkan mengenalpasti dan mengemukakan mereka yang bersesuaian ke Jabatan Kebajikan untuk dipertimbangkan bantuan dan lain-lain pertolongan. Selain daripada melayani permohonan yang datang kepada mereka,

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

37 9 MEI 1994 38

Pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat juga turut memberi layanan serta mengambil tindakan yang perlu kepada orang-orang miskin atau kurang bernasib baik yang mereka temui apabila mereka membuat lawatan ke kampung­kampung atau kawasan-kawasan tugas mereka.

Dengan sumber-sumber yang terhad seperti bilangan kakitangan yang kecil serta mempunyai banyak tugas-tugas lain yang lebih mendesak, maka adalah mustahil bagi mereka untuk menjelajah ke kampung­kampung yang luas liputannya untuk mencari orang-orang yang memerlukan bantuan.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan apakah kriteria untuk menerima bantuan bulanannya?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, kriteria adalah berbeza seperti dalam enam kategori yang saya sebutkan tadi, tetapi kalau Ahli Yang Berhormatingin mendapat butir-butir, saya . boleh tulis kepada beliau.

PEJABATPOS DI KA WASAN PERUMAHAN­

MEWUJUDKAN

8. Tuan Ibrahim bin Daud minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sama ada Kementeriannya bercadang mewujudkan sebuah Pejabat Pos di kawasan-kawasan perumahan dan apakah kriteria sebuah pejabat pos boleh diwujudkan di kawasan-kawasan tersebut.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Perkhidmatan Pos telah diperbadankan pada 1 hb. Januari, 1992 dan perkhidmatan itu dijalankan oleh Syarikat Pengganti iaitu Pos Malaysia Berhad.

Sebagai Syarikat Pengganti, Pos Malaysia Berhad memang mempunyai rancangan mewujudkan Pejabat-pejabat Pos

di kawasan-kawasan perumahan selaras dengan strategi mengembangkan perniagaannya selain daripada menunaikan tanggungjawab sosialnya.

Bagi mewujudkan sesebuah Pejabat Pos di sesuatu kawasan, kriteria-kreteria berikut digunakan oleh Pos Malaysia:

(a) penduduk di sesuatu kawasan itu tidakkurangdaripada 10,000orang; dan

(b) jarak sesuatu kawasan itu dengan Pejabat Pos yang terdekat.

Jika sesuatu kawasan itu tidak mengizinkan Pos Malaysia mendiri atau menyediakan Pejabat Pos tetapi terdapat permintaan ramai untuk kemudahan itu, Pos Malaysia juga akan menimbang untuk menyediakan kemudahan alternatif seperti Pejabat Pos Mini, perlantikan wakil-wakil Pos, penyediaan kemudahan Pos Bergerak ataupun lantikan vendor bagi menjual setem di tempat-tempat berkenaan. Orang ramai boleh memohon kepadaPos Malaysia untuk mengendalikan Pejabat Pos Mini, wakil­wakil Pos Malaysia atau menjadi vendor menjual setem-setem pos.

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM­

PELAKSANAAN

9. Puan Hajah Selemiah binti Hashim minta Pei:dana Menteri menyatakan walaupun telah wujud Undang·-undang Keluarga Islam memberi perlindungan kepada kedua pihak suami isteri:

(a) sejauh manakah pelaksanaan undang-undang tersebut;

( b) kenapakah dalam mengendalikan kes-kes perceraian mengambil masa sampai bertahun-tahun lamanya; dan

( c) bolehkah di tam bah peruntukan kepada Majlis Agama Islam dan J abatan Agama Islam Negeri-negeri memandangkan tenaga pegawai-

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

39 9 MEI 1994 40

pegawai di Majlis Agama tidak mencukupi bagi mengendalikan kes-kes tersebut.

Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri (Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Suka say a jelaskan bahawa U ndang­undang Keluarga Islam telah pun diterimapakai oleh semua negeri di Malaysia. Di dalam undang-undang tersebut perlindungan diberi kepada kedua pihak, suami dan isteri. Undang-undangjugamenghendaki supaya isteri taatkan suami berdasarkan kepadaHukum Syarak, manakala hak isteri adalah dilindungi. Mereka memperolehi hak masing-masing berdasarkan Hukum Syarak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang­undang tersebut.

( b) Berhubung dengan soal perceraian, perlu dijelaskan bahawa adalah menjadi prinsip Hukum Syarak untuk menyelamatkan setiap rumahtangga orang Islam daripada bercerai. Untuk maksud ini, sebelum sepasang suami isteri dibenarkan bercerai mereka akan melalui proses kaunseling di mana pihak kaunselor akan mengadakan rundingcara serta memberi panduan dan nasihat­nasihat yang sewajarnya. Hanyajika proses kaunselor ini tidak berjaya maka pasangan yang bermasalah itu akan dirujukkan ke Mahkamah Syariah. Di peringkat Mahkamah Syariah pula, jika didapati peluang untuk berdamai masih ada maka pihak Mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai untuk mengadakan rundingan dan perbincangan dengan pasangan tersebut. Selain daripada itu pihak Mahkamah Syariah boleh juga melantik Tahkim yakni satu jawatankuasa orang tengah dari keluarga suami dan isteri untuk berusaha bersama-sama

mendamaikan pasangan tersebut. Setelah segala usaha-usahaini gaga! maka pihak mahkamah akan mempertimbang, membenarkan pasangan itu bercerai. Proses ini biasanya akan memakan masa. Perlulah diambil perhatian, walaupun Hukum Syarak membenarkan perceraian namun ianya tidaklah dilakukan sewenang­wenangnya tanpa mengikuti proses yang ditetapkan oleh undang­undang.

(c) Kerajaan bersedia mem-pertimbangkan dari semasa ke semasa penambahan kakitangan Jabatan Agama atau Majlis Agama Negeri-negeri melalui proses biasa sekiranya terdapat keperluan.

DatukHajiAhmad bin HajiAbdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia ini, seorang Islam hanya boleh beristeri seramai empatorang sahaja. Baru­baru ini seorang insan di Johortelah beristeri hingga 10 orang, bila diambil tindakan 10 orang isteri-isterinyaitu mengatakan sangat sayang kepada suaminya. Isteri-isterinya memberontak tidak mahu bercerai, kemudian 6 orang isteri-isterinya menyediakan rumah di Johoruntuk seorang suaminya itu, 4 orang isterinya lagi menyediakan rumah yang cantik di Singapura. Tetapi hukuman-hukuman yang kitakenakan begitu murah, lebih-lebih satu tindakan denda RM250. Isterinya sanggup bayar kesalahan suaminya, sebab isteri­isterinya semua mempunyai kelulusan universiti dari Singapura, gaji di Singapura $3,000 bererti RMS,000 di Malaysia, bila­bila mereka boleh tanggung suaminya.

Isterinya yang pertama ini pula sedang mencarikan lagi isteri untuk suaminya supaya menjadi 11 orang, "mengikut kehendak-kehendak Nabi Muhammad S.A.W." katanya. Fahaman ini merebak ke seluruh tanahair kita, kerana dia menggunakan ayat Quran. Ayat yang digunakannya (Membaca petikan dalam

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

41 9 MEI 1994 42

Bahasa Arab) bermaksud "berkahwinlah dengan perempuan-perempuan yang baik 2, 3 dan 4 kalau tidak adil kahwinlah satu". Jadi, dicampurkan 2+3=5+4=9+1=10. Tetapi tidak cukup, dia kata Nabi Muhammad S.A.W. mempunyai 11. Akhimya, di kalangan intelektual dalam Malaysia sekarangmahu mengikut fahaman dia.

Yang Berhormat Menteri yang berkenaan juga telah mengatakan bahawa kalangan bijak-pandai, di kawasan Kelang dan di kawasan-kawasan bandar ini ada 222 orang yang mengikut fahaman Syiah yang membenarkan beristeri boleh sampai 18 orang. Selepas 18 dia kata ayat itu mengatakan dua-dua, tiga-tiga ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalannya?

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: ...... soalannyaapakah tindakan (Ketawa) yang boleh dibuat oleh Majlis Agama Islam atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menegakkan undang-undang kita yang ada, hanya membolehkan 4 orang isteri sahaja. Dan kalau isteri itu tidak mahu diceraikan, macam mana hendak pisahkan? Dia tidak mahu ceraikan suaminya, "satu keindahan yang paling baik", dia kata. Jadi, apakah ikhtiar kita untuk menegakkan undang­undang Islam yang membenarkan suami berkahwin hanya 4 orang sahaja?

Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, say a harap tadi sampai akhir tidak ada soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Apa tindakan?

Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Sebenarnya undang-undang atau peraturan Islam sangat nyata bahawa apabila ada isteri empat, yang kelima itu tidak sah-tidak ada tindakan apa-apa. Nombor lima dan seterusnya itu ialah akad nikah yang tidak sah, maka tindakan yang akan diambil ialah di mana sahaja kita mengetahui ada perkahwinan yang tidak

sah ini, ada peraturan-peraturan dan hukuman-hukuman yang tertentu dijalankan.

AHLI WANITA-SIASATAN KESPENCABULAN

10. Puan Rajah Rahaiah bintiBaheran mintaMenteri Beliadan Sukan menyatakan bilakah Kementerian akan mengadakan satu Akta bagi melindungi atlit-atlit sukan wanita negara dari sebarang tindakan jenayah. Berapa banyakkah aduan kes mencabul atlit wanita setakat ini, apakah hak perlindungan yang mereka dapati setakat ini dan apakah tindakan yang dikenakan kepada pegawai­pegawai yang terbabit.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Dato; Ismail bin Said): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memandang berat ten tang kebajikan ahli sukan di negara kita. Oleh kerana suasana dan situasi yang menyelubungi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia pada akhir-akhir ini telah menimbulkan beberapa kontroversi terutama sekali apabila ianya melibatkan lcebajikan- atlit wanita, maka Kementerian Belia dan Sukan telah pun menubuhkan sebuahjawatankuasa untukmenyiasat sama ada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia berkeupayaan menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan atlit. Dapatan dan cadangan-cadangan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa ini akan dijadikan panduan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara ini dalam Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dan jugadalam persatuan-persatuan sukan yang lain.

Kementerian akan meneliti cadangan­cadangan yang akan dikemukakan oleh Jawatankuasa ini dan sekiranya Jawatankuasa ini mencadangkan satu Akta untuk melindungi kebajikan atlit-atlit wanita, Kementerian tidak teragak-agak melaksanakannya.

Setakat ini pihak Kementerian tidak mcndapat lain-lain aduan kes mencabul atlit wanita selain daripada atlit wanita

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

43 9 MEI 1994 44

olahraga. Oleh kerana Kementerian belum ada peruntukan atau akta yang khusus bagi melindungi atlit-atlit sukan wanita negara dari sebarang tindakan jenayah, maka mereka yang bertanggungjawab tidak dapat diambil tindakan melalui undang-undang oleh pihak Kementerian. Waiau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan sedang mengkaji cadangan untuk mewujudkan suatu akta yang dinamakan Akta Belia dan Sukan. Sekiranya perlu, maka peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu bolehlah diberi pertimbangan jika Akta Belia dan Sukan yang dimaksudkan itu diwujudkan kelak.

Kes pencabulan kehormatan atlit wanita masih lagi dalam siasatan dan terpulanglah kepada pihak Polis untuk mendakwa pegawai-pegawai yang terbabit sekiranya terdapat bukti yang kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.

MAKLUMAT KAPAL PURBA YANG KARAM DI PERAIRAN NEGARA-PENYELIDIKAN

11. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu jabatan bagi tujuan menyelidik dan menyimpan maklumat mengenai kapal purba yang karam di perairan negara; dan

(b) adakah usaha-usaha mengumpul maklumat dan mencari kapal "Flor de Lar Mar" masih diteruskan. Sekiranyamasih diteruskan, apakah perkembangannya kini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kerajaan belum bercadang menubuhkan satu jabatan bagi tujuan menyelidik dan menyimpan maklumat mengenai kapal purba yang karam di perairan negara.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat,

(a) Satu Jawatankuasa Kebangsaan Kapal Karam Bersejarah telah ditubuhkan berikutan penemuan harta karun kapal "Diana" yang dipcrcayai karam di Perairan Selat Melaka pada tahun 1817. Keahlian J awatankuasa Kebangsaan ini adalah seperti berikut:

Pengerusi: Setiausaha Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Per­b end ah a r a an Malaysia.

Ahli-ahli: Pegawai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia;

Pegawai Arkib Malaysia;

daripada Negara

Pegawai daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti;

Pegawai daripada Jab a tan Laut Semenanjung Malaysia; dan

Pegawai daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Jawatankuasaini berfungsi untuk membuat pemeriksaan dan penilaian serta pengesahan bagi semua harta karun yang dijumpai dari kapal karam di perairan negara ini. Satu peraturan atau prosedur akan digubal sebagai panduan pengendalian bagi penemuan harta karun dari kapal karam yang akan datang.

(b) Kerajaan belum lagi bercadang mencari kapal "Flor de Lar Mar". Mengenai maklumat-maklumat kapal ini, ianya telah dikumpulkan dan disimpan di Arkib Negara Malaysia.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

45 9MEI1994 46

KUTIPAN ZAKAT­PENGGUNAAN SISTEM

JABATAN BASIL DALAM NEGERI

12. Tuan Isli bin Haji Siput minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) Bagaimanakah sistem yang akan digunakan oleh J abatan Hasil Dalam Negeri untuk membantu Pusat Islam mengutip bayaran zakat terhadap rakyat Islam di negara ini untuk memastikan bahawa tiada bayaran yang bertindih berlaku dan apa cara atau kaedah untuk menentukan harta yang tidak perlu dikenakan zakat; dan

(b) Jika seseorang Islam gagal membayar zakat, apakah bentuk hukuman dan tindakan yang akan diambil.

Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Buat masa ini urusan mengutip dan mengagih zakat adalah terletak di bawah kuasa Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri atau Pusat Islam tidak mempunyai bidang kuasa dalam urusan kutipan dan agihan zakat. Waiau bagaimanapun, Pusat Islam sebagai sebuah Agensi Pusat berperanan menyelaraskan aktiviti­aktiviti hal ehwal Islam seluruh negara tennasuklah urusan zakat.

Berhubung dengan cadangan kutipan zakat oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, ianya masih lagi di peringkat kajian. Dalam cadangan tersebutJabatan Hasil Dalam Negeri akan dilantik sebagai Amil dan akan mengutip zakat melalui cukai pendapatan yang dibayar oleh pembayar cukai yang beragama Islam dengan kadar tertentu berasaskan cadangan Islam. Cadangan ini tidak akan

menyebabkan berlakunya bayaran yang bertindih kerana Jabatan Hasil Dalam Negeri akan hanya mengutip zakat dari cukai pendapatan.

( b) B uat masa ini umatlslam yang gag al membayar zakat dalam beberapa sumber zakat boleh dikenakan hukuman atau tindakan tertentu. Waiau bagaimanapun, Kerajaan sedang merangka peraturan dan undang-undang untuk mengenakan hukuman dan tindakan berasaskan Hukum Syarak kepada mereka yang enggan membayar zakat dalam semua sumber zakat.

PROGRAM PELANCONGAN­PERANAN DAN

PENGLIBATAN ORANG ASLI

13. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan bahawa akhir­akhir ini kebanyakan projek industri pelancongan semakin hampir dengan kawasan penempatan Orang Asli, malah di antaranya melibatkan kawasan Orang Asli.

(a) adakah Orang Asli akan turut dilibatkan dalam program tarikan pelancongan;

(b) jika terlibat, apakah peranan mereka; dan

(c) adakah sebarang usaha oleh Kementerian untuk melengkapkan mereka yang terlibat itu supaya peranan mereka benar-benar berpotensi menarik para pelancong dalam dan luar negeri.

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Masyarakat Orang Asli sememangnya turut dilibatkan dalam program tarikan pelancongan. UntukmaklumanAhli Yang Berhonnat, adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk memastikan masyarakat tempatan termasuk

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

47 9 MEI 1994 48

Orang Asli tu rut terlibat sama dalam projek-projek dan program­program pelancongan yang dilaksanakan di negara ini. Pakej­pakej pelancongan di tempat tertentu telah pun melibatkan Orang-orang Asli.

( b) Peranan Orang Asli dalam Program Tarikan Pelancongan adalah seperti berikut:

(i) Penglibatan langsung

secara

Orang Asli terli bat di dalam industri pelancongan sebagai "ground operator" membuat ekspedisi merentas belantara melalui perkampungan Orang Asli dan menjalankan urusan chalet seperti di Pulau Carey.

(ii) Penglibatan secara tidak langsung

Orang-orang Asli di pedalaman mengusahakan kraftangan dan ubat-ubatan tradisional secara kecil­kecilan untuk pelancong­pelancong yang berkunjung ke tempat mereka.

(c) Usaha-usaha Kerajaan untuk melengkapkan mereka yang terlibat dalam pelancongan adalah seperti berikut:

(i) membangunkanpusat-pusat pelancongan di per­kampungan Orang Asli dalam mana majoriti pengurusan yang melibatkan Orang Asli. Tempat-tempat pelancongan ini adalah seperti di Tasik Chini, Pahang; Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang; Taman Rimba Lodge, Ulu Langat, Selangor; Muzium Orang

Asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,' Gombak; dan Muzium Orang Asli, Melaka.

(ii) memberi bantuan dan kemahiran kepada Orang Asli yang terlibat di dalam industri pelancongan. Di antaranya:

(1) Kursus Pemandu Pelancong Setempat anjuran bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang melibatkan 27 Orang Asli yang telah pun diadakan pada 15hb.-30hb. Disember, 1993 yang lalu. Mereka ini akan diberi lesen memandu pelancong setempat yang sah;

(2) memberi bantuan bot dan enjin s.angkut kepada Orang Asli di Tasik Chini.

PERKHIDMATAN BOMBA­PENUBUHAN PASUKAN

PARAMEDIK

14. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengenai mutu perkhidmatan Bomba di bandar-bandar besar di Malaysia:

(a) apakah perancangan Kerajaan untuk meningkat kecekapan ahli-ahli Bomba menghadapi kebakaran bangunan-bangunan tinggi · dan

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

.,

49 9 MEI 1994 50

kawasan padat penduduk seperti di Kuala Lumpur. Adakah kelengkapan dan peralatan yang digunakan sekarang sesuai untuk kebakaran bangunan tinggi; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang mewu judkan Ahli Perubatan dalam Bomba sendiri daripada hanya bergantung kepada pihak hospital.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua,

(a) SemuaanggotaBombamempunyai latihan asas yang kukuh dalam operasi menyelamat dan operasi kebakaran. Mereka juga diberi latihan berterusan dari masa ke semasa. Kelengkapan dan peralatan Perkhidmatan Bomba yang ada adalah sesuai untuk operasi memadam, mencari dan menyelamat untuk kebakaran bangunan tinggi dan kawasan padat penduduk bagi masa kini. Pada tahun lalu dua unit tangga cakera­putar dengan ketinggian mencapai 45 meter telah dibeli dari negeri Jepun untuk meningkatkan lagi kecekapan. Jentera ini adalah yang termoden pada masa kini.

(b) Semua anggota Bomba adalah dilatih dengan teknik Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) untuk kegunaan menyelamat di peringkat awal. Bagi jangka masa panjang mungkin boleh dipertimbangkan cadangan untuk mewujudkan pasukan paramedik dalam Perkhidmatan Bomba.

BOSNIA-HERZEGOVINA­KESELAMATAN TENTERA

MALAYSIA

15. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Pertahanan menyatakan tentang keselamatan askar-askar Malaysia yang ditempatkan di Bosnia memandangkan

ketidakjujuran pihak NATO dan Amerika dengan membuat pelbagai helah mencari jalan daripada bertindak terhadap pengganas Serb sedangkan askar-askar kita berada di pintu risiko.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, keselamatan dan kesejahteraan semua Pasukan Pengaman termasuk MALBA TT di· Bosnia­Herzegovina adalah tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mempunyai rancangan tertentu bagi menghadapi segala kemungkinan.

Sehubungan dengan ini, Pasukan MALBA TT kita mempunyai rancangannya tersendiri untuk mengatasi gejala ancaman dari pihak Serb. Rancangan terse but adalah selaras dengan rancangan keselamatan perlindungan UNPROFOR.

Pasukan MALBATT di Bosnia­Herzegovina juga telah dilengkapkan dengan secukupnya untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Di antara peralatan-peralatan yang dibekalkan untuk menjamin keselamatan anggota MALBA TT ialah baju kalis peluru, helmet kalis peluru, senjata persendirian dan kereta perisai.

Di peringkat pasukan pula, usaha-usaha bias a dijalankan bagi menghadapi ancaman puak Serb seperti mempertingkatkan kedudukan pertahanan, keupayaan pengawasan dan penempatan senjata­senjata di tempat-tempat yang sesuai untuk memperkukuhkan keselamatan bekalan.

Di samping itu, perlu dimaklumkan bahawa Pasukan Pengaman UNPROFOR di Bosnia-Herzegovina juga boleh mendapat bantuan dan perlindungan daripada Pasukan NATO apabila diperlukan.

Dato' Zaino) Abidin bin J ohari: Tuan Yang di-Pertua, di atas nama diri say a sendiri dan bagi pihak warga bekas perajurit, saya ingin mengucap syabas dan tahniah kepada

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

51 9 MEI 1994 52

Yang Berhormat Menteri Pertahanan kita yangsangguprnengharungibahayadengan tidak mernpedulikan keselamatan diri sendiri melawat askar kita iaitu Pasukan MALBATI kita di Bosnia baru-baru ini. Sikap keprihatinan dan tanggungjawab beliau ini telah pun terbukti dan patut dipuji oleh seluruh rakyat negara kita.

Soalannya, sernasa lawatan tersebut apakah masalah-masalah dan rintihan­rintihan daripada askar kita di Bosnia­Herzegovina yang dapat kita salurkan bantuan?

Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan tersebutmemerlukan notis, olehkeranasaya terpaksa mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perkara yang spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita difahamkan kedudukan askar kita di Bosnia dalam keadaan yang selamat. Waiau macam manapun, kitarnasih terdengar ada tuduhan­tuduhan yang mengatakan pengiriman askar kita ke Bosnia adalah rnenolong mernbantu pihak-pihak lain untuk rnencapai matlarnat mereka. Dan kita mendapati ada tulisan­tulisan yang rnenuduh perkara yang demikian, dan satu daripada penulisan itu telah disiarkan dalam akhbar Harakah yang dikeluarkan oleh sebuah parti Pembangkang di negara kita.

Apakah pendirian pihak Kernenterian Pertahanan di atas penulisan yang membuat tuduhan yang begitu terhadap tentera kita di Bosnia?

Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tugas ataupun mandat yang diberikan kepada pasukan kita di Bosnia ini adalah bertugas sebagai pengaman dan juga pemerhati dalam misi PBB.

Jadi, oleh sebab itu, tujuan kita ke sana adalah jelas seperti yang telah disebut tadi dan oleh itu tidak tirnbul tuduhan mengatakan kita rnernbantu puak Serb

ataupun sebagainya. Tugas kita ialah untuk rnenjaga keamanan seperti yang telah diberikan mandat oleh PBB.

Jadi, tentang laporan dalam akhbar Harakah tersebut, kita telah rnenjelaskan bahawa tuduhan-tuduhan yang telah dilemparkan kepada anggota kita itu tidak benar, sebaliknya kita menjalankan tugas­tugas seperti yang telah diamanahkan oleh PBB.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga setakat ini kita telah rnenjalankan tu gas kitadengan cemerlang mengikut garis-garis panduan serta peranan-peranan yang tel ah diberikan kepada anggota kita di Bosnia-Herzegovina.

GURU-JUMLAH YANG MELETAK

JA WATAN/BERSARA

16. Tuan Ho Cheng Wang rninta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) bilangan guru di peringkat sekolah rendah yang telah meletakkan jawatan mereka untuk pekerjaan atau profesion Iain sebelum sarnpai tempoh masa bersara dalam tahun 1993;dan

(b) adakah ini mengakibatkan kekurangan guru-guru setakat ini dan tindakan diambil oleh Kementerian untuk rnengatasi masalah ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (Datuk Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, bilangan guru di peringkat sekolah rendah yang telah meletakkan jawatan untuk mendapatkan pekerjaan lain dalam tahun I 993 adalah seramai 73 orang. Oleh kerana bilangan tersebut rnerupakan bilangan yang kecil sahaja, ia tidak rnenjejaskan prestasi di sekolah.

SIDANG KEMUNCAK G-15-FAEDAH PENYERTAAN

KEPADA MALAYSIA

17. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejak dari penubuhan dan mesyuarat G-15 yang

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

~

53 9MEI1994 54

pertama di Kuala Lumpur dan berakhir di New Delhi baru-baru ini, apakah kejayaan dan faedah besar yang telah dinikmati oleh negara kita.

Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, sejak Sidang Kemuncak G-15 di Kuala Lumpur pada bulan Jun 1990, Malaysia telah menikmati beberapa faedah daripada penyertaan kita dalam kumpulan ini.

Tujuan utama kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kerjasama Selatan-Selatan melalui pengwujudan beberapa projek utama untuk kepentingan bersama. Di antara faedah-faedah yang diperolehi adalah seperti berikut:

(i) Negara kita telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan South Investment Trade and Technology Data Exchange Centre (SITTDEC), dengan izin, yang mana adalah satu mekanisme penting dan relevan bagi memajukan kerjasama Selatan-Selatan. Cadangan dengan terletaknya SITTDEC di Kuala Lumpur, ia memudahkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan pelabur dan peniaga yang benninat untuk memperluaskan skop aktiviti merekadi kalangan negara G-15 un tuk memperolehi maklumat yang dikehendaki.

(ii) Penglibatan Malaysia di dalam projek Peraturan Pembayaran Dua Hala atau dengan izin, Bilateral Payment Arrangements, untuk memberi kesan positif dan nilai perdagangan di antara Malaysia dengan beberapa negara G-15 yang telah memeterai Peraturan Pembayaran Dua Hala ini, telah meningkat dengan ketara sekali, misalnya, peningkatan nilai perdagangan dengan negara­negara tersebut adalah seperti berikut:

Negara Tahun 1987 Tahun 1992 (RM) (RM)

Mexico 37.6 juta 372.9 juta

Chile 120.9 juta 371.1 juta

Peru 5.4 juta 101.4 juta

Algeria 3.8 juta 71.6 juta

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia percaya dengan adanya Peraturan Pembayaran Dua Hala ini dan usaha-usaha untuk memperluaskan kepada Peraturan Pembayaran Pelbagai Hala, (Multilateral Payment Arrangements) akan meningkatkan lagi perdagangan dan kerjasama Selatan-Selatan di masa akan datang.

Di samping itu, penyertaan Malaysia di dalam kumpulan ini juga telah meningkatkan lagi hubungan serta kerjasama yang erat di antara Kerajaan Malaysia dengan negara-negara G-15.

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN BEKAS

PERAJURIT

18. Dato' Zainol Abidin bin Johari minta Menteri Pertahanan menyatakan tentang perkembangan dan kemajuan J awatankuasaPembangunan dan Kebajikan Bekas Perajurit di Peringkat Kebangsaan dan Negeri yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan:

(a) bilakah tarikh mesyuarat terakhir J awatankuasa Peringkat Kebangsaan dan 14 buah negeri; dan

(b) adakah Menteri atau Timbalan Menteri Pertahanan pernah melawat dan berjumpa dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Kebajikan di Negeri-negeri. Sila berikan tarikh dan nyatakan kemajuannya.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

55 9 MEI 1994 56

(a) Memandangkan keahlian Jawatankuasa Pembangunan dan Kebajikan Bekas Perajurit Peringkat Kebangsaan adalah sama dengan keahlian Jawatankuasa Tetap Rayuan Hari Pahlawan dan isu-isu yang dibincangkan juga adalah hampir sama, mesyuarat bagi kedua-dua jawatankuasa ini telah digabungkan. Mesyuarat yang terakhir bagi jawatankuasa ini adalah pada 27hb. Julai, 1993.

(b) Menteri dan Timbalan Menteri sentiasa mengambil be rat mengenai perkembangan dan kemajuan bekas perajurit dan sering membuat lawatan-lawatan ke negeri-negeri dari masa ke semasa.

BURUH ASING-MASALAH PENYELARASAN

19. Dato' Soong Siew Hoong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah beliau sedar bahawa akibat ketiadaan penyelarasan antara Kementeriannya dengan Kementerian Sumber Manusia dalam memproses dan melulus permohonan untuk buruh asing, maka banyak masalah seperti penahanan buruh asing dan pasportnya telah muncul. Apakah masalah­masalah yang dihadapi dalam ha! ini dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan warganegara asing yang ditahan di negera ini adalah disebabkan mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau memiliki pas yang telah tamat tempoh semasa diperiksa oleh agensi penguatkuasakhususnya pihak Polis dan Imigresen dan bukannya akibat dari tidak ada penyelarasan di antara pihak Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri sepertimana yang didakwa.

Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup.

( Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi PertanyaanNo. 20 hingga 45 adalah dijilid dalam buku berasingan)

USUL-USUL

JALAN-JALAN MASUK KEPARLIMEN

3.45 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, say a ingin mencadangkan:

"Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara supaya memastikan selama Penggal Dewan Negara yang bersidang sekarang, jalan-jalan dan lorong-lorongyangmelaluiataumenuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui danjangan ada apa-apa halangan menggalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan­jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan

· Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara."

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Usul atas nama Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

"Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara supaya memastikan selama penggal Dewan Negara yang

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

;>

57 9 MEI 1994 58

bersidang sekarang, jalan-jalan dan lorong-lorongyangmelalui atau menu ju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui danjangan ada apa-apa halangan menggalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan­jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada KetuaPolis Negara."

JA WATANKUASA PEMILIH­PERLANTIKAN AHLI-AHLI

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua,

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1) Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu Ahli­ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Keempat Parlimen Kelapan:

(i) Y .B. Dato' Mus ta pa bin Mohamed.

(ii) Y.B. Datuk David Yeoh Eng Hock.

(iii) Y.B. Datuk K. Vijayanathan all Kesava Pillai.

(iv) Y.B. Tuan Ding Seling.

Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Usul atas nama Yang Berhormat Menteri di J abatan Perdana Menteri hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1) Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu Ahli­ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Keempat Parlimen Kelapan:

(i) Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed.·

(ii) Y.B. Datuk David Yeoh Eng Hock.

(iii) Y.B. Datuk K. Vijayanathan all Kesava Pillai.

(iv) Y.B. Tuan Ding Seling.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADASERIPADUKA

BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN AZLAN SHAH

3.54 ptg.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara dalam Persidangan Par Ii men, memohon am pun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelapan."

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

59 9 MEI 1994 60

telah memberi ruang untuk saya mengemukakan cadangan ini di Dewan Negara yang mulia ini. Saya bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya dan dengan izin-Nya, saya dapat bersama­sama membawamencadangkan Usu! Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Titah Ucapan yang terakhir barn-barn ini.

Titah Ucapan Baginda merangkumi segala sudut pembangunan, keselamatan, keagamaan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Titah Ucapan ini benar-benar melahirkan keikhlasan Baginda. Waiau bagaimanapun, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi­tinggi junjung kasih dan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah pun menyumbangkan khidmat dan bakti Baginda kepada rakyat dan negara ini dengan pen uh dedikasi dan tanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan Baginda ini benar-benar melahirkan keikhlasan Baginda untuk melihat negara Malaysia ini menjadi sebuah negara yang maju dan berdaulat. Baginda melahirkan rasa kebanggaan terhadap ekonomi negara yang semakin kukuh dan dengan kegiatan ekonomi yang semakin berkembang, sektor perkilangan, pembinaan, perladangan semakin penting kepada ekonomi negara. Permintaan terhadap tenaga buruh, terntamanya tenaga burnh yang kurang mahir turnt meningkat.

Negara kita masih mengalami kekurangan tenaga pekerja bagi menggerakkan sektor ekonominya, terutama sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan juga pembantu rumah. Tenaga pekerja Malaysia lebih condong dan minat kepada perkara dan bidang­bidang lain. Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan terpaksa membenarkan pengambilan pekerja-pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh dan sebagainya.

Saya ingin mendapat penjelasan mengenai penubuhan suatu Jawatankuasa Pengambilan Buruh Asing pada bulan

September, 1993. Apakah peranan dan fungsinya, dan apakah Jawatankuasa ini terns efektif dan berkesan hingga sekarang. Dalam pengambilan pekerja asing ini, apakah ianya akan terns berlanjutan, kerana pengambilan buruh asing yang berterusan akan memberi kesan yang negatif sama ada dari segi ketenteraman dan juga saingan terhadap pekerja Malaysia sendiri. Yang membimbangkan, buruh-buruh asing akan memonopoli dan merampas peluang pekerjaan rakyatMalaysia. Walaupun saya sedar bahawa pengambilan ini demi kepentingan ekonomi Malaysia, tetapi dengan langkah ini tenaga rakyat Malaysia sendiri mungkin diketepikan. Setakat ini say a ingin tahu berapakah jumlah pekerja asing yang ada di Malaysia dibandingkan dengan pekerja-pekerja dari rakyat Malaysia sendiri.

Persoalan yang lebih membimbangkan ialah kemasukan mereka juga menimbulkan perbalahan dengan penduduk tempatan. Rasa tidak puas hati boleh meledak bila­bila masa sahaja. Tambahan pula sektor seperti pembinaan, perladangan dan pembuat-an semakin dikuasai oleh buruh asing yang sanggup menerima upah yang murah, dengan ini merampas peluang pekerjaan dan meningkatkan pengangguran di kalangan penduduk tempatan.

Dari segi ekonomi, walaupun, kemasukan buruh asing ini dapat membantu membangunkan sektor ekonomi tertentu dan menawarkan harga buruh yang murah untuk membangunkan negara, namun negara tetap kerngian kerana berlakunya pengaliran wang keluar dari negara ini. Justeru itu, wang yang seharusnya digunakan untuk membangun dan meningkatkan kemudahan sosial dan awam serta infrastrnktur berkurangan dan akan membantutkan usaha ke arah ini.

Tuan Yang di-Pertua, bahawa kemasukan buruh asing yang kian meningkat ke negara ini tel ah menimbulkan pelbagai masalah sosial dan ekonomi yang boleh mengancam kestabilan dan juga keselamatan negara, andainya tindakan tegas dan segara tidak dapat dilakukan dengan berkesan dan berwibawa.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

)

61 9 MEI 1994 62

Yang kedua, saya inginjuga menyentuh dalam masalah perumahan, selari dengan dasar Kerajaan untuk meningkatkanjumlah penduduk kepada 70 juta orang menjelang tahun 2000 ini, turut membabi tkan mas al ah perumahan untuk menampung keperluan rakyat yang semakin meningkat. Projek pembinaan rumah kos rendah bagi memenuhi keperluan rakyat yang kurang berkemampuan perlu diberi perhatian. Langkah ini perlu diambil untuk membolehkan kebanyakan orang memiliki rumah sendiri. Secara tidak langsung pembinaan rumah haram akan dapatdicegah dan dikurangkan. Kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan harus mengetatkan undang­undang untuk menyekat orang-orang asing membeli rumah. Sekiranya keadaan ini tidak terkawal, rakyat terpaksa menanggung segala risiko dan kesan-kesan yang negatif keranahargarumah akan melambung tinggi, sedangkan golongan yang mampu membeli rumah sendiri akan berkurangan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masalah perumahan semakin ketara, rancangan pembukaan tanah haruslah diperluaskan. Tanah-tanah yang terbiar harus dibuka dan diusahakan untuk pembinaan rumah. Dalam usaha untuk menjalankan projek perumahan secara berkesan, kerjasama dari pihak pemaju perumahan amat diperlukan. Mereka harus memainkan peranan untuk mengusahakan seberapa banyak projek perumahan dalam masa yang ditetapkan. Bagi projek yang terbengkalai, tindakan segeraharus diam bi I agar projek tersebutdapat diteruskan. Pihak yang terbabit harus berhati-hati semasa membahagikan rumah ini kerana sebarang kecuaian akan menyebabkan golongan bawahan kehilangan peluang untuk mendapatkan rumah. Oleh yang demikian, tindakan dan suatu hukuman yang berat harus dikenakan ke atas kakitangan yang terlibat dalam jenayah rasuah ketika membahagikan rumah kos rendah ini.

Bagi pemilik rumah kos rendah yang membeli rumah untuk disewakan kepada orang lain harus dikenakan tindakan undang-undang, memandangkan tindakan mereka menyalahgunakan apa yang·

diperolehi oleh mereka sendiri, yang merupakan hak. Aliran kemasukan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar juga turut membuatkan masalah perumahan. Oleh itu Kerajaan perlu juga menghadkan supaya tidak berlaku kesesakan di bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh masalah sikap remaja. Sejak kebelakangan ini rata-rata masyarakat hangat memperkatakan, mempertikai dan juga sering mempersoalkan sikap remaja yang kurang menyenangkan. Dalam erti kata, ada remaja yang mendatangkan masalah kepada diri sendiri, ibu bapa dan seterusnya negara. Mengapakah ini terus terjadi dan terus berlaku tan pa hen ti-hen ti? Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah wajar remaja disalahkan seratus peratus akibat perbuatan yang dilakukan oleh mereka? Wajarkah kita membiarkan begitu sahaja? Ternyata apabila seseorang remaja melakukan Iepak di kompleks membeli-belah, sering membuang masa ketika bukan waktu sekolah, menghisap dadah, melakukan berbagai-bagai jenayah dan Iari dari ibu bapa, apakah adil hanya merekaini dikutuk, dituduh dengan pelbagai cemuhan dan kejian, Iebih-Iebih lagi oleh segelintirmasyarakat. Apakah cara ini untuk kita berhadapan dengan remaja dan menyelesaikan masalahnya?

Remaja hari ini sebenarnya harapan generasi yang akan datang. Apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku ini adalah akibat keadaan yang ada di sekelilingnya. Untuk mengatasinya, melalui rancangan yang tersiar di TV, media mass a, terutamanya yang berbentuk hiburan hendaklah memperbanyakkan pendidikan moral, pendidikan yang membentuk kasih sayang dan sebagainya. Dunia penulisan semakin maju, pelbagai jenis akhbar dan majalah diterbitkan, terutama majalah hiburan. Biarlah ianya menyelitkan pengajaran pendidikan untuk mewujudkan generasi yang bermoral.

Dalam mengatasi masalah sikap remaja yang negatif ini, pelaksanaan sekolah penyayang adalah langkah yang utama

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

63 9 MEI 1994 64

untuk menangani peningkatan masalah remaja yang kian meningkat. Pada hari ini ban yak remaja yang hilang pedoman hidup. Hakikatnya sedikit sebanyak adalah berpunca daripada kesilapan sistem pendidikan negara yang kurang man tap dan tegas. Di samping itu, sikap guru dan ibu bapa yang hanya mementingkan keputusan peperiksaan juga memberi tekanan mental kepada para pelajar. Akibatnya, masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, seperti budaya lepak dan juga peningkatan kesjuvana.

Untuk mengatasi ini, saya sungguh merasa bangga dengan projek Kementerian Pendidikan, iaitu projek Sekolah Penyayang yang mana setiap individu dalam masyarakat dan pelajar harus bekerjasama dengan menjayakan projek ini yang berteraskan sopan-santun, disiplin diri yang tinggi serta berdedikasi. Guru juga bertanggungjawab untukmendekati pelajar yang bermasalah dan lemah dalam pelajaran. Pelajar yang bermasalah hams di ban tu, sama ada dari segi sokongan moral atau kewangan. Mereka yang pe~nah terlibat dengan jenayah jangan disisihkan atau dihina, kerana ini mempercepatkan mereka ke lembah kemungkaran. Mereka perlu kepada bimbingan, lebih-lebih lagi yang masih mentah. Bagi pelajar yang Iemah dalam pelajaran, mereka hendaklah di ban tu oleh rakan dan guru. Merekajugadigalakan menyertai aktiviti ko-kurikulum.

Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan projek Sekolah Penyayang ini. Dalam ha! ini, saya ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Pendidikan secara detail mengenai peruntukan, latihan, aktiviti dan perancangan dalam melahirkan Sekolah Penyayang, remaja bersopan, generasi yang gemilang.

Menyentuh soal Kementerian Pendidikan ini, saya amat terkilan mengenai suatu gerakan negatif yang sedang berlaku kepada pelajar-pelajar kita di Mesir seperti yang tersiar di akhbar baru-baru ini, mengenai Persatuan Melayu Republik

Arab-Mesir (PMRAM). Dilaporkan mereka ini masih giat menganjurkan dakyah yang merupakan anti-Kerajaan Malaysia dan pelajar-pelajar kita, terutama yang berada di luar Kaherah, iaitu seperti di Al-Mansurah ataupun di Iskandariah, terns menjadi sasaran pelajar-pelajarini terutamadi tahun satu dan dua. Ia terns dijadikan alat mereka untuk menanamkan sikap benci kepada Kerajaan.

Gerakan mereka ini amat merbahaya kepadakestabilan politik negara ini. Aktiviti mereka melalui ceramah, perkhemahan, kuliah dan sebagainya terns dijadikan plat­form untuk membawa penceramah­penceramah dari Pembangkang ke tempat mereka. Sayadifahamkan merekaini terlalu agresif hingga Kedutaan Malaysia sendiri tidak dapat ataupun gagal untuk menasihati mereka. Apakah kita terns membiarkan pelajar kita ini diperalatkan oleh parti-parti Pembangkang yang tidak ber­tanggungjawab. Saya bimbang, mereka ini apabila pulang ke tanahair nan ti, merekalah yang akan menjadi jaguh-jaguh yang akan memandangjijik kepada Kerajaan. Apakah harapan Kerajaan yang menggantungkan sepenuh-penuh harapan kepada mereka supaya kepulangan mereka nanti akan membawa ilmu-ilmu untuk berkhidmat kepada negara dan mereka ini juga bakal­bakal yang akan menjadi ulama dan cendekiawan Islam untuk generasi yang akan datang.

Objektif penubuhan PMRAM di Mesir ini adalah untuk kebajikan kepada rakyat Malaysia di sana, tetapi apa yang saya difahamkan, PMRAM ini sudah menjadi suatu kilang ataupun industri yang akan melahirkan kader-kader Pembangkang yang akan pulang ke negara Malaysia ini dan mereka ini akan menanamkan semangat dan bibit-bibit negatif ini pula kepada rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka mencadangkan langkah-langkah positif yang perlu diambil oleh Kerajaan. Di antara langkah-langkah yang perlu diambil;

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

65 9 MEI 1994 66

pertama ialah menghantar segera misi dan rombongan Kerajaan yang terdiri dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar Negeri, Pusat Islam dan BTN untuk membuat penyiasatan di samping memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa bahayanya penglibatan mereka dengan kumpulan Pembangkang dan pemimpin terutama pemimpin-pemimpin dari Jemaah Hezbi London yang saya difahamkan terlibat secara langsung melatih mereka menjadi kumpulan "extremist" yang boleh membawa unsur-unsur subversif kepada negara.

Perkara ini tidak boleh di pan dang remeh oleh pihak Kementerian Pendidikan, kalau kita ingin melihat pelajar-pelajaryang pergi menimba ilmu di luar negara akan pulang menjadi cendekiawan Islam yang benar­benar dihormati oleh rakyat di negara ini. Pelajar-pelajar ini bukan sahaja terlibat secara "extremist" dalam kegiatan menentang anti-Kerajaan, bukan mereka ini apabila pulang nanti boleh menggugat akidah umat Islam khususnya di dalam negara Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, perlu diatur jadual yang khusus bergilir-gilir lawatan para-para Menteri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin negara untukmemain atau menanamkan semangat patriotik dan unsur positif yang berguna kepada masa hadapan pelajar-pelajardi Mesir khususnya yang telah pun dinodai fikiran mereka oleh kumpulan PMRAM yang saya laporkan tadi. Saya difahamkan ada di kalangan pemimpin-pemimpin Kerajaan di negara ini telah pun pergi membuat lawatan ke Mesir tetapi kurang daripada pemimpin­pemimpin itu menemui pelajar-pelajar di sana. Mereka difahamkan ketandusan dariapada pertukaran pemikiran ataupun muzakarah antara pemimpin negara ini dengan mereka sendiri. Pelajar-pelajar ini merasa terbiar dan mereka disinggahi oleh golongan-golongan yang bercita-cita memang sudah ada di dalam jiwa pemimpin­pemimpin Pembangkang untuk menemui mereka dan untuk menjadikan mereka sebagai alat yang mustahak, yang paling berguna kepada parti mereka sendiri.

Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, pegawai-pegawai MSD tidak boleh berdiam diri. Mereka perlu berdamping. Perdampingan mereka dengan pelajar adalah penting untuk mengetahui selok­belok pelajar,jangan sampai ianya menjadi barah barulah ia hendak dirawat dan ia adalah terlambat. Apa yang saya bimbang dengan gerakan yang telah berlaku kepada pelajar Mesir ini, ia akan menjadi suatu perkara yang amat sukar untuk diubati. Bukan itu sahaja, mereka ini berada di Mesir dengan harapan mereka akan pulang membawa suatu kejayaan yang gemilang oleh ibu bapa mereka tetapi dengan apa yang sedang berlaku, yang telah dilibatkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, oleh orang-orang Islam Malaysia yang ada di sana boleh mengakibatkan keadaan yang lebih buruk kepada kestabilan politik negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal keislaman, kita lihat betapa prihatinnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menyentuh dan telah pun memberi suatu pandangan yang begitu baik kerana Baginda melihat masa depan yang begitu jelas kepada perkembangan Islam dalam negara ini. Kerajaan Malaysia telah lama menjalankan beberapa dasar dan rancangan untuk merealisasikan cita-cita Islam yang suci di negara ini. Keazaman dan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Malaysia untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat adalah menjadi contoh praktikal yang bolehdiikuti jika kita berusaha dan berazam untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa bangga berikutan dengan ini, tidak hairanlah Malaysia kini menjadi pusat rujukan bagi dunia Islam. Ini diperkuatkan lagi dengan Malaysia akan menjadi tuan rumah Festival Islam Sedunia selama 4 bulan bermula 17hb. Jun. Syabas saya nyatakan dan say a tegaskan di Dewan yang mulia ini kepada Pusat Islam Malaysia. Tentunya Festival yang terbesar ini dapat dijadikan medan pertemuan ulamak, pemikir dan

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

67 9 MEI 1994 68

cendekiawan Islam untuk berkumpul serta bertukar pandangan dalam usaha membangkitkan semula era kecemerlangan Islam.

Kita nampak negara Malaysia akan lahir sebuah negara yang benar-benar menggambarkan bahawa negara Malaysia adalah merupakan negara yang telah menunjukkan kecemerlangannya dalam pelaksanaan Islam di negara ini. Tentunya dengan pertemuan para-para ulamak, pemikir serta cendekiawan Islam ini akan dapat menghapuskan beberapa tuduhan daripada pihak tertentu yang mengatakan kononnya Kerajaan yang ada pada hari ini, Kerajaan yang memerintah negara kita di Malaysia ini tidak memperimbangkan antara pembangunan rohaniah dan pembangunan fizikal.

Saya difahamkan negara-negara yang terlibat untuk menghadiri Festival Islam yang terbesar ini ialah negara Turki, Sepanyol, Iran China, Maghribi, Jordan, Arab Saudi, Indonesia, Uzbekiztan, Mesir dan juga Bahrain. Sebab itulah Festival yang julung kali diadakan secara besar­besaran ini akan berlangsung di satu kawasan yang agak berbeza, di lima tempat berasingan saya difahamkan iaitu di perkarangan Masjid Negara, Kompleks Pusat Islam, Pusat Islam lama, Balai Seni LukisNegaradanjugaPlanetariumNegara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Festival Islam ini kita akan lihat seolah­olah Malaysialah yang telah memunculkan kembali empayar Islam yang pernah runtuh di zaman Kerajaan Othmaniah yang lalu. BegittUuga saya difahamkan di Balai Seni Lukis Negara akan diadakan Pameran Lukisan Sejarah Islam sejak empayar Othmaniah, koleksi individu dan Kerajaan negara Islam dan Eropah.

Apa yang menarik, selepas Festival itu nanti Balai Pameran Pusat Islam yang ditubuhkan di Bahagian Hal Ehwal Islam pada 16hb. September, 1985 akan ditukar menjadi Muzium Islam supaya aktivitinya lebih meluas, berperanan sebagai sebuah muzium khusus dalam bidang keislaman. Ini amatlah membanggakan kita sebagai seorang Islam di Malaysia kerana dalam

Festival ini nanti, sebuah pavilion negara akan didirikan selain daripada replika bangunan masjiddanjuga beberapa perkara yang ada kaitannya dengan perkembangan Islam di dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah difahamkan dan juga saya mengharapkan dengan adanya Festival ini, maka masyarakat Islam dan bukan Islam akan dapat ditarbiahkan bagi memahami ajaran Islam yang sebenarnyamelalui kebudayaan, kesenian, sejarah dan tamadunnya. Dalam masa yang sama, ia akan turut melibatkan demonstrasi kraftangan dan pameran warisan sejarah masyarakat Islam dalam dan luar negara di samping tayangan filem mengenai sejarah, kesenian dan tamadun Islam. Ini adalah menonjolkan kepada kita secara langsung bahawa Kerajaan Malaysia ini adalah sebuah Kerajaan yang benar-benar ingin melihat perkembangan Islam di negara ini bukan hanya dapat bersama-sama dirasakan dan dinikmati ol eh rakyat, umat Islam dalam negara ini tetapi oleh rakyatdan umat Islam di negara-negara yang luar daripada negara Malaysia.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu saya difahamkan juga muzium ini telah membantu untuk memperkukuhkan kedudukan agama Islam di negara ini melalui menyelidik, mengumpul, memelihara, menerbit qan mempamer khazanah-khazanah yang berkaitan dengan warisan sejarah dan tamadun Islam. Ia menjadi media dakwah dan pendidikan yang mana keistimewaan dan keunikan dan kekayaan warisan sejarah dan tamadun Islam akan dijelaskan secara fizikal di dalam muzium ini. Dan saya mengharapkan supaya objektif utama Muzium Islam ini ditubuhkan untuk menunjukkan keagungan dan juga kebenaran agama Islam yang sesuai dianuti oleh semua danjuga dijadikan ianya sebagai konsep hidup manusia sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dengan kemajuan yang telah ditunjukkan di dalam perkembangan Islam di negara ini amatlah membanggakan kita tetapi jangan

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

~

69 9MEI1994 70

lupa, dalam perkembangan kemajuan Islam yang ada di dalam negara kita ini dan dalam ghairah keagungan Islam itu masih terdapat dan saya masih tidak berpuas hati dengan berbagai-bagai gerakan yang songsang yang ada di dalam negara ini. Misalnya gerakan Al-Arqam yang terns menunjukkan taringnya di negara kita. Walaupun Al-Arqam sudah diisytiharkan sebagai sebuah badan ataupun sebuah pertubuhan dakwah Islam yang diharamkan di dalam negara ini tetapi ia terus menjalankan aktivitinya dengan berbagai­bagai perkara yang bercanggah dengan Islam sendiri.

Di antaranya saya difahamkan dalam soal poligami seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah sebentar tadi. Dalam soal poligami, Al-Arqam terang, nyatadanjelas telah memperalatkan kaum wanita untuk dijadikan ataupun untuk dipoligamikan mereka, walaupun poligami itu mengikut lunas Islam tetapi nyatadanjelas bercanggah dengan peraturan Al-Quran sendiri. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kalau Al-Quran mengatakan (Membaca ayat dari Al­Quranul Karim) maksudnya, Islam membenarkan berkahwin dua, tiga dan empat tetapi Al-Arqam telah menyatakan kahwin dua, tiga dan empat tetapi meninggalkan satu daripada kehendak Islam, (Membaca ayat dari Al-Quranul­Karim) yang bermaksud, kalau tidak melaksanakan keadilan, maka satu lebih baik darinya.

Saya difahamkan banyak pengaduan­pengaduan yang telah ditunjukkan, yang telah pun diberitahu oleh mereka yang pernah menjadi mangsa poligami oleh mereka dalam Al-Arqam. Wanita tersebut pernah datang menemui saya sendiri menyatakan betapa mereka telah diperalatkan oleh golongan ini. Pada saya apa yang telah dilakukan oleh Al-Arqam ini dalam soal-soal yang saya sebutkan tadi, nyata dan jelas ia akan berselindung di sebalik pakaian dan ju bah mereka. Mereka akan melakukan perkara-perkara walaupun itu terang, nyata dan jelas bercanggah dengan keislaman sendiri.

Sayajuga telah difahamkan bahawa Al­Arqam sendiri mengajar banyak daripada perkara-perkara yang telah pun menyongsangkan pemikiran umat Islam dari segi akidah. Saya tidak nampak mengapa Pusat Islam masih mengatakan bahawa mereka tidak mampu ataupun mereka tidak dapat menahan kegiatan aktiviti Al-Arqam ini kerana mereka bergerak di negeri-negeri di mana Enakmen Islam adalah dikawal dan di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kalau Pusat Islam merasa tidak mampu kerana kerosakan akidah umat Islam bukanlah merupakan suatu perkara yang boleh dijadikan yang remeh-temeh, kerosakan akidah umat Islam ini perlu kita mengambil perkara ini dengan sewajar. Apalah salahnya Pusat Islam menyerahkan apa yang sedang digerakkan oleh Al-Arqam pada masa kini kepada Kementerian DalamNegeri. Biarlah Kementerian Dalam Negeri yang membuat penentuan di atas gerakan-gerakan mereka.

Yang paling menyedihkan bukan soal poligami wanita dan memperalatkan wanita-wanita tetapi juga anak-anak kecil yang masih umurnyadalam setahunjagung, anak-anak yang masih putih dan bersih ini telah diwujudkan kelas-kelas Tabika dan telah diwujudkan kelas-kelas pra-sekolah dan telah pun ditanamkan dalam fikiran anak-anak ini dengan unsur-unsur negatif yang telah ada pada Al-Arqam sendiri; dan pada say a sudah sampai masa dan ketikanya Al-Arqam sendiri, patut pihak Kerajaan (Pusat Islam) sendiri menyerahkan ianya kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membuat penyelesaian kerana say a nampak seolah-olah Al-Arqam sendiri menyindir Pusat Islam. Lagi dok larang, lagi kuat, lagi banyak dibuka.

Sampai hari ini di Negeri Kelantan sudah ada Pasar Al-Arqam. Sudah ada Sekolah Rendah Al-Arqam. Sudah ada Pusat Kegiatan Al-Arqam. Ertinya makin kita larang, makin beritahu, kita menyatakan di dada-dadaakhbarbahawaAl-Arqamadalah merupakan suatu pertubuhan yang nyata dan jelas bercanggah dengan akidah Islam dan pertubuhan tersebut adalah haram.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

71 9 MEI 1994 72

Namun Kerajaan hanya menyebut "haram" tetapi tidak mampu menyekat kegiatan mereka yang terus berleluasa di seluruh negara ini. Ini akan dilihat oleh masyarakat Islam pada keseluruhannya mengenai kemampuan Pusat Islam sendiri dalam mengendalikan masalah-masalah yang dilakukan oleh Al-Arqam sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal kebebasan media massa dalam negara ini. Saya sebagai rakyat Malaysiaamat berasa banggadan bersyukur kepada Allah kerana berada di dalam sebuah negara Malaysia yang mempunyai amalan demokrasi yang memberi kebebasan kepada mediamassa. Tetapi apa yang menyedihkan dalam kebebasan yang telah diberikan, kita sebagai pembaca akhbar, kita telah dikejutkan oleh akhbar Harakah tanggal 25hb. April yang lalu. Terperanjat bilaLidah Pengarang akhbar terse but menuduh tentera kita di Bosnia membantu Barat dan Serbia melaksanakan program pembersihan etnik ke atas Bosnia-Herzegovina. Bagi pembaca yang mungkin kurang mengikut konflik Bosnia-Herzegovina dengan secara Iangsung akan mudah terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan liar terhadap Kerajaan. Lidah Pengarang Harakah boleh menimbulkan tanda tan ya di minda mereka, benarkah perkara tersebut berlaku? Di sinilah letaknya racun yang cuba disajikan oleh Harakah kepada pembaca-pembaca terutamanya di kalangan penentang Kerajaan selama ini yang semata-mata menyalahkan Kerajaan dalam semua hal.

Dalam masalah penghantaran pasukan tentera kita ke Bosnia-Herzegovina, ada pihak yang beranggapan tindakan tersebut sia-sia sahaja malah PAS sendiri pernah mendakwa Kerajaan tidak ban yak bertindak untuk membantu umat Islam di Bosnia­Herzegovina dan ketika itu kita belum menghantar tentera berkhidmat di Bosnia­Herzegovina. Sayangnya Wakil PAS tidak ada di dalam Dewan ini. Tetapi apabila Kerajaan mengambil keputusan menghantar tentera ke sana untuk berkhidmat di bawah panji-panji PBB, tentera kita dituduh pula membantu tenteraSerbdanjugaBaratdalam

penghapusan etnik di negara bekas Republik Yugoslavia itu. Tuduhan ini dibuat mungkin disebabkan kegagalan PBB menangani konflik terse but sehingga PAS mendakwa tentera-tentera kita turut sama membantu tentera Serb menzalimi rakyat Bosnia. Tuduhan yang tidak berasas ini sememangnya tidak wajar dilakukan oleh Harakah kerana ia melambangkan suatu jenis fikiran yang terlalu sempit dan tidak bermoral sama sekali.

Kata Lidah Pengarang Harakah tentera Malaysia juga pergi nampaknya untuk membantu Baral, membantu Serbia melaksanakan program pembersihan etnik ke atas Bosnia. Sa ya ingin bertanya kepada pihak PAS, bolehkan PAS membuktikan tuduhannya itu? Adakah suatu perkara yang tidak wajar membuat tuduhan seperti itu semata-mata kerana kegagalan PBB bertindak ke atas pengganas Serb? Kegagalan PBB bertindak ke atas tentera Serbia tidak bererti tentera kita turut sama menembak dan membunuh umat Islam Bosnia. Kehadiran tentera pengaman dari negara-negara lain di Bosnia termasuk Malaysiaialah untukmemelihara keamanan dan bukan untuk berperang. Apatah lagi dengan rakyat Islam negara itu sendiri. lnilah sebenarnya yang PAS tidak faham.

PAS bercakap terutama dalam Lidah Pengarang Harakahnya hanyalah untuk melepaskan geram terhadap Kerajaan. Pada anggapan saya ini adalah suatu fitnah yang besar kepada pejuang keamanan. Harakah adalah merupakan "lidah" PAS. Kalau PAS mempunyai ulama, apakah Harakah dan ulama PAS tidak menemui beberapa hadis yang akan saya kemukakan di Dewan yang muliaini. Dengan izin, Tuan Yangdi-Pertua, dalam hadis Rasulullah S.A.W. menyatakan, yang perlu dikaji oleh pemimpin Harakah oleh Pengarah Harakah, (Membaca hadis) yang bermaksud "Bukankah kebanyakan manusia akan dilontarkan ke dalam neraka menerusi batang hidungnya semata-mata kerana lidahnya", dan pada say a inilah yang akan ditemui oleh Pengarah Harakah, pemimpin PAS dalam gerakannya melancarkan fitnah terhadap tentera

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

,

~

73 9 MEI 1994 74

Malaysia yang berada di Bosnia­Herzegovina. Dan dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. telah menyatakan, (Membaca hadis) yang bermaksud:

"Tidak akan lurus iman seseorang hamba sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya".

Ertinya walau setinggi mana iman yang dikatakan oleh orang PAS, walau sebesar mana serban yang dipakai oleh orang PAS, walau selebat mana janggut yang dipakai o leh orang PAS, walau dinyatakan ia adalah mujahid Islam, walau apapun yang disyarahkan oleh orang PAS, namun PAS tetap tertakluk dan terikat di bawah hadis Rasulullah S.A.W. di atas apa yang telah dilemparkankepadaMALBATTdiBosnia­Herzegovina dalam Harakah terbitan pada 25hb. April yang lalu, bahawa iman orang PAS tidak lurus. Ini ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri, "Tidak lurus iman seseorang itu selagi tidak lurus hatinya. Tidak lurus hatinya selagi tidak lurus lidahnya ataupun tidak benar lidahnya".

Nyata dan jelas, apa yang dikatakan oleh Harakah pada 25hb. April, 1994 sudah merupakan fitnah, sudah merupakan satu ayat ke satu ayat yang nyata ianya merupakan tuduhan yang tidak berasas. Ertinya, PAS melaksanakan ini dan Harakah yang mengeluarkan kata-kata ini hanyalah untuk melepaskan perasaan dendam kesumatnya kepada Kerajaan Malaysia sendiri.

Saya hendak nyatakan apa yang sedang berlaku di Bosnia-Herzegovina ini semua dunia tahu bahawa Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya Kerajaan yang ada di dalam dunia Islam yang berani tampil membawa tentera untuk mempertahankan umat Islam di Bosnia yang tidak diberi bekalan sen jata untuk mempertahankan diri. PAS bercakap banyak tetapi PAS tidak membuktikan bagaimanacaramereka untuk mempertahankan tentera-tentera ataupun mempertahankan orang-orang Bosnia Islam yang berada di perbatasan. Tetapi

saya mengangkat tabik hormat kepada ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kerana Angkatan Belia Islam Malaysia tidak pemah bercakap atau canang seluruh negara mengatakan seolah-olah merekalah mujahid Islam. Tetapi (Angkatan Belia Islam Malaysia) (ABIM) telah pun menubuhkan satu pus at gerakan di negara Bosnia. ABIM sendiri telah menunjukkan betapa besarnya pengorbanan mereka untuk mempertahankan umat Islam yang ada di perbatasan sana yang telah terkorban hasil daripadakezaliman Serb di manaPBB tidak langsung memberi kerjasama yang baik.

Saya nyatakan ini apa yang kita sedihkan apabila Lidah Pengarang Harakah terns membuat satu fitnah yang melulu, yang tidak langsung usul periksa apakah pengorbanan yang begitu suci, yang ikhlas yang telah dikorbankan oleh tentera-tentera daripada Malaysia kita di Bosnia­Herzegovina yang sanggup meninggalkan a.nak dan isteri, hatta terkorbannya seorang tentera kita iaitu Mejar Ramli hanyalah kerana mempertahankan umat Islam di Bosnia. Ada di antara ulamak berani menyatakan bahawa gugumyaMejar Ramli di medan perang adalah seolah-olahnya gugurnya seorang syahid. Malangnya, PAS bukan mengiktirafkan Me jar Ramli sebagai syahid bahkan telah menuduh perkara­perkara yang tidak wajar disebut oleh seorang pemimpin Islam kepada seorang pejuang Islam yang mempertahankan umat Islam di Bosnia-Herzegovina.

Ibrahim Libya yang tidak pernah mempertahankan orang Islam, dia diiktirafkan sebagai syahid. Kubur di luar tulis syahid. Orangjaga kubur atas belakang tulis "syahid", sedangkan apa yang dibuat oleh Ibrahim Libya untuk mempertahankan umat Islam di negara ini dan dunia tidak ada apa-apa pun yang dilakukan, tetapi PAS mengiktirafkann ya.

Nyata dan jelas say a ingin menegaskan sekali lagi bahawa iman yang dikatakan oleh orang PAS mempunyai iman yang kuat. Rasulullah S.A.W. menegaskan iman itu tidak merupakan iman yang lurus selagi

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

75 9 MEI 1994 76

lidah Harakah itu tidak lurus. Dan di antara lagi, Rasulullah S.A.W. menyatakan, dengan izin, (Membaca hadis) yang bermaksud, "seorang hamba tidak akan capai hakikat taqwa kecuali menjaga lidahnya". Orang PAS hendak cakap taqwa sebanyak mana pun, tidakjadi taqwa kalau selagi dibiarkan Harakah itu terus membicarakan atau memfitnahkan dengan berbagai-bagai perkara kepada mereka yang dianggap musuhnya. Dan saya ingin menyatakan di sini, saya difahamkan, kononnya Harakah, telah pun memohon maaf.

Saya menegaskan di Dewan yang mulia ini, kalau dipersetujui oleh rakan-rakan say a, bahawa tiada maaf bagi mu! Tiada maaf kerana apa yang telah dilakukan oleh Harakah begitu banyakdan sekarang sudah sampai "climax" bagi Harakah menghadapi suatu masalah yang besar di dalam negara ini. Saya ingin mengingatkan PAS jangan lupa bahawa tentera-tentera kita yang sedang berkhidmat dan berbakti di bumi Bosnia adalah merupakan wira-wira negara yang sentiasa disanjungi oleh sebahagian besar rakyat negara ini, termasuk rakyat Negeri Kelantan sendiri. Dengan ini, dengan izin Allah, mereka akan pulang ke tanahair setelah selesai menjalankan tugas yang amat berat lagi mencabar itu dan waktu itu beranikah PAS khususnya pengarang Harakah menyambut mereka di lapangan terbang dan mereka mengatakan "Heh, tentera-tentera yang pulang dari Bosnia, bagaimana tugas kamu menghapuskan umat Islam di Bosnia?" Beranikah mereka berkata demikian atau hanya kata ke atas kertas Harakah sahaja?

Seperkara lagi yang perlu kita ambil ingatan ialah yang amat menusuk jantung hati kita ialah apabila Harakah mengumpamakan mereka yang diburu oleh pengganas Serb itu seperti "babi hutan". Menggunakan ungkapan "babi hutan" ini kepada umat Islam sendiri yang sedang bertugas dan juga sedang mempertahankan nyawa dan harta benda keluarga di tanahair sendiri adalah satu perkara yang menyedihkan. Babi adalah sejenis binatang yang paling hina dalam Islam dan apabila kita sanggup menghina seseorang Islam itu

dengan mengumpamakan babi hutan itu, di mana letaknya maruah kita sebagai orang Islam. Tidak adakah ungkapan atau perkataan lain yang Iebih sesuai untuk digunakan terhadap umat Islam Bosnia yang sedang diburu oleh pengganas Serbia itu. Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan syiar Islam, kita merasakan tindakan Pengarang Harakah menghina umat Islam Bosnia dengan begi tu rendah adalah satu perbuatan yang paling malang dan tidak bermoral. Saya menyarankan pemimpin PAS, terutama para ulamaknya, suara-suara yang telah mendesak pada masa sekarang ialah supaya mengharamkan pengedaran Harakah.

Saya amat bersetuju dengan beberapa suara yang telah pun disebut, bukan sahaja di Dewan yang mulia ini bahkan beberapa ramai orang yang telah saya temui menyatakan bahawa sudah sampai masa dan ketikanya Harakah disekat! Harakah diharamkan ! Say a masih tidak Iupa di dalam Dewan yang mulia ini, di tahun yang lalu, dalam Perhimpunan Agung UMNO Malaysia saya telah menyebut kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Dalam Negeri supaya penerbitan Harakah, penjualan Harakah kepadaorang ramai hendaklah diberhentikan. Kerana apa yang telah disebut oleh Harakah, di dalam Harakah sendiri, banyak daripadanya adalah tidak berasas. Tetapi sekarang sudah sampai masanya bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, pada saya untuk menahan atau mengharamkan terus Harakah ini daripada ianya dijual kepada umum. Soal mohon maaf yang telah disebut oleh Harakah kepada Menteri Dalam Negeri, ia tidaklah merupakan jalan keluar dan jalan selamat bagi mereka.

Saya ingin menegaskan di Dewan yang muliaini, kalau Kementerian Dalam Negeri masih tidak dapat Iagi ataupun terus tidak memberhentikan Harakah ini daripada terus bergerak ataupun menyibarkan penjualannya di seluruh negara ini, ini akan berlaku kita seolah-olah subahat dengan satu gerakan akhbar menaburkan fitnah dalam negara ini. Dengan izin, fitnah itu

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

77 9 MEI 1994 78

lebih dahsyat daripada membunuh. Maka pada saya, dengan penghapusan ataupun dengan pengharaman Harakah ini oleh Kementerian Dal am Negeri, Kerajaan telah melaksanakan satu tugasnya yang mana telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita semua, (Membaca ayat Al­Quran) yang bermaksud "Kamu adalah dilahirkan sebaik-baik manusia", kita disuruh buat benda yang baik dan kita disuruh melarang daripada melakukan perkara yang mungkar. Ertinya, sudah sampai masa dan ketika untuk kita melaksanakan penghapusan kemungkaran iaitu dengan cara kita ·mengharamkan Harakah dari penjualannya ke seluruh negara ini.

Say a mengharapkan dengan pandangan­pandangan dan juga cadangan-cadangan yang telah diberikan di Dewan Negara dan juga di Parlimen yang telah lalu, ianya akan praktikal, diimplementasikan oleh Kerajaan dengan seberapa segera. Kalau Kerajaan masih lagi membiarkan Harakah terns berleluasa dengan penjualannya, dengan apa yang telah disebut dengan fitnah yang telah diperkatakan di dalam akhbar-akhbar, maka secara langsung Kementerian Dalam Negeri akan disoal oleh Allah S.W.T. akan datang, mengapamereka bersubahatdengan satu gerakan yang mungkar dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang untuk memberi sokongan kepada Kerajaan di atas tindakan Kerajaan Malaysia menyekat penyertaan syarikat Britain dalam pemberian kontrak baru adalah amat baik. Kita tidak mahu lagi dituduh menerima rasuah setiap kali membuat urusan dengan syarikat Britain pada masa akan datang. Malaysia tidak mungkin bertindak mengenepikan syarikat Britain dalam pemberian kontrak barujika negara itu menepati janjinya untuk menangani masalah dengan media di Britain.

Apa yang dilakukan oleh Malaysia pernah dilakukan oleh beberapa negara lain sebelum ini. Negara China pernah

memutuskan hubungan pelaburan dengan Britain kerana marah dengan penayangan filem Mao oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC). Kerajaan Arab Saudi pernah memutuskan misi dagangan ke Britain dan Perancis semata-mata kerana menuduh negara tersebut tidak demokratik suatu ketika dahulu.

Kita percaya media asing perlu belajar menerima hakikat bahawa negara membangun seperti Malaysia mempunyai kemampuan untuk menguruskan negaranya dengan jaya. Media di British mungkin mempunyai agenda politiknya tersendiri. Tetapi Malaysia tidak menerima kecenderungan mereka melemparkan tohmahan dan tuduhan ke atas pemerintah negara membangun. Tindakan Malaysia ini dilihat sebagai menyedarkan media Britain supaya lebih bertanggungjawab dalam penulisannya.

Pemberita Barat menonjolkan kejadian di dunia berdasarkan ukuran yang digunakan untuk menilai kejadian di negara mereka. Ternyata, kebebasan akhbar di Britain tidak langsung memikirkan nilai dan maruah negara lain. Terpulanglah kepadaKerajaan Britain untukmenentukan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Malaysia pada masa akan datang. Jika keputusan Kerajaan Malaysia itu ternyata menjejaskan perniagaan Britain di negara ini, pihak-pihak tertentu di Britain perlulah segera menyelesaikan masalah ini. Malaysia tetap akan menekankan aspek saling hormat-menghormati sebagai dasar dalam hubungannya dengan negara lain, selagi negaraitu pandai menghormati negara kita.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini, rasa kesal saya sebagai rakyat Kelantan di atas sikap Kerajaan PAS sendiri yang telah pun meluluskan suatu projek penswastaan bekalan air kepada sebuah syarikat Britain. Sikap Kerajaan PAS ini menampakkan sebuah Kerajaan yang tidak langsung memikirkan kepentingan kedaulatan negara. Kerajaan Kelantan lebih

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

79 9 MEI 1994 80

menampakkan unsur-unsur kebudak­budakkan sehingga Kerajaan Kelantan mengatakan konon ia tidak menerima surat pekeliling daripada Kerajaan Pusat sendiri.

Pada saya, kalau tanya budak sekolah menengah Tingkatan Satu pun tahu apa yang sedang dilakukan oleh media massa Barat Britain ini kepada Kerajaan Malaysia kita, tidak pay ah seorang pemimpin sebuah Kerajaan. Tetapi, apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS ataupun Kerajaan Kelantan terhadap projek penswastaan bekalan air kepada sebuah syarikat Britain ini jelas menunjukkan sikap Kerajaan Kelantan sendiri yang lebih cenderung untuk membuat hubungan dengan Kerajaan Yahudi ini daripada memberi pertolongan kepada anaknya sendiri iaitulah kepada bumiputera, kepadarakyat Kelantan sendiri, iaitu Jebih suka "kera di hutan disusui, anak di pangkuan dilepaskan".

Kita nampak nyata dan jelas, kalau Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Melaka boleh memberikan kontrak bekalan air yang beratus-ratus juta kepada rakyat dalam bumi Melaka dan bumi Selangor sendiri, mengapa Kerajaan Kelantan yang melaung-laungkan bahawa ia akan membangunkan Islam ataupun membangun bersama Islam, mengapa tidak sanggup memberikan kontrak ini kepada kontraktor Kelantan yang mana kontraktor Islam ada di Kelantan, yang sesuai dengan apa yang telah mereka laungkan di masa­masa yang lalu. Malangnya, wakil dari PAS tidak ada dalam Dewan ini. Kalau wakil dari PAS ada dalam Dewan ini, dia perlu bertanya kepada saya, "adakah apa yang saya nyatakan ini berasas?".

Sebenarnya, say a merasa paling malang sekali, apabilaseorangjaguh yang dipanggil Tuan Guru tetapi malangnya, telah cuba memberi pertolongan kepada sebuah syarikat Y ahudi. Apakah ini boleh dikatakan bahawa PAS telah pun melaksanakan tugasnya untuk meningkat dan mempertinggikan ekononi umat Islam di Negeri Kelantan. Nyatadanjelas PAS telah

bercanggah dengan apa yang telah dikatakannya, Kerajaan Kelantan sendiri, iaitu Negeri Kelantan adalah merupakan negeri yang menjadi contoh pemerintah Islam kepada negeri-negeri lain. Nampak nyata dan jelas PAS tidak dapat ataupun Kelantan sendiri tidak dapat membuktikan apa yang dikatakannya dan inilah yang paling malang sekali apabila Kerajaan Kelantan telah pun bersetuju menyerahkan suatu kontrak bekalan air ini kepada syarikat Britain.

Say a hendakmenyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa saya amat kesal terhadap apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dengan apa yang telah pun dilaksanakan dengan apa yang ada pada hari ini dalam soal bekalan airdiberi kontrak kepada sebuah syarikat Britain ini. Walaupun ia mengatakan bahawa dasar Kerajaan Pusat tidak ada kaitan dengan dasar Kerajaan Kelantan tetapi secara langsung dasar Kerajaan Pusat perlu diikuti juga oleh Kerajaan negeri-negeri di seluruh negara ini untuk membuktikan patriotik ataupun membuktikan rasa kasih dan cinta kepada negara.

Inilah saya menampakkan di dalam Dewan yang mulia ini kepada kita semua adalah bahawa Kerajaan Ke Ian tan bukanlah merupakan sebuah Kerajaan yang benar­ben ar memperjuangkan Islam untuk kepentingan umat Islam tetapi ia lebih mementingkan keuntungan dan juga mementingkan kepada emosi, sentimen kebencian terhadap Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengambil masa hampir satu jam untuk membawa dan mencadangkan Usu! ini. Dengan itu, say a dengan segala sukacitanya menyatakan bahawa sekali lagi menyokong dan pohon mencadangkan Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Ho Cheng Wang.

.J

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

81 9 MEI 1994 82

4.48 ptg.

Tuan Ho Cheng Wang: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan penghormatan kepada say a bagi menyokong Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Puan Rajah Zaleha binti Russin tadi yang berbunyi "bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."

Tuan Yangdi-Pertua, semenjakmenjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1991 dan akan tamat dalam bulan ini dan sebagai peluang terakhir saya ingin memberi ucapan menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan semua pihak yang berkenaan yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyokong Usul menjunjung ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari Isnin, llhb. April, 1994, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat telah menyentuh banyak perkara penting rum mustahak yang patut menjadi renungan dan tindakan bersama oleh Kerajaan kita supaya negara kita akan terus berada dalam keadaan perkembangan kemajuan, kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan meliputi semua rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menegaskan bahawa walaupun prestasi ekonomi dunia lemah atau tidak stabil tetapi ekonomi negara kita tetap berkembang. Di samping itu, bagi tahun 1994, ekonomi negara kita akan mencapai pertumbuhan 8.2% dan pendapatan perkapita penduduk diramal meningkat daripada RM6,238 dalam tahun 1990 kepada kira-kira RM9,134 dalam tahun 1994. Ini adalah satu tahniah kepada

Kerajaan kita di bawah pimpinan Barisan Nasional dan semua pihak berkenaan dengan secara langsung atau tidak langsung berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang itu.

Tuan Yang di-Pertua, seperti dalam Titah Ucapan Seri Paduka, bahawa pertumbuhan ekonomi negara yang tinggi ini tidak akan dinikmati oleh semua rakyat kita jikalau inflasi tidak dikawal. Mengenai kadar inflasi, Kerajaan kita terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selalu merayu dan beri amaran kepada peniaga-peniaga supaya jangan menaikkan harga-harga barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan dengan sesuka hati. Saya hormat langkah­langkah positif ini yang diambil oleh Kerajaan kita untuk membendung inflasi, tetapi saya juga sedar dan rasa bahawa kadang-kadang kadar inflasi dinaikkan oleh sebab tindakan Kerajaan kita. Contohnya, penswastaan Jabatan-jabatan Kerajaan seperti Telekom dan Pejabat Pos.

Tuan Yang di-Pertua, memang betul projek-projek penswastaan yang diimplementasi, dilaksana atau dijalankan itu menjimatkan perbelanjaan Kerajaan. Tetapi bagi perseorangan atau individu, beliau mesti membayar lebih untuk mendapat perkhidmatan yang lebih baik dan memuaskan. Seperti setem untuk sampul surat tertutup, dahulu kita mesti membayar 15 sen, tetapi selepas penswastaan, kita mesti membayar 20 sen. Kita sebagai rakyat membayar lebih untuk perkhidmatan yang lebih baik. Ini say a rasa adalah satu perkara yang adil dan saksama, tetapi bagi kos atau perbelanjaan ini telah berpindah dari Kerajaan kepada rakyat ki ta. Selain dari ini, kami juga dapati di Jabatan Imigresen, borang permohonan membaharui pasport juga dikenakan bayaran. Kedua-dua contoh ini bermakna Kerajaan telah menjimatkan atau mengurangkan perbelanjaan, tetapi menambahkan perbelanjaan individu atau perseorangan. Ini juga bermakna Kerajaan telah memindahkan perbelanjaan dari Kerajaan kepada individu atau rakyat kita.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

83 9 MEI 1994 84

Walaupun begitu, Tuan Yangdi-Pertua, say a juga in gin di dalam Dewan yang mulia ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang berusaha dan memainkan peranan yang penting, berusaha kuat untuk mencegah, jikalau tidakmencegah pun, mengurangkan kenaikan kadar inflasi. Say a berharap dalam proses projek penswastaan, janganlah menambahkan tanggungan-tanggungan rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor pertanian, Seri Paduka Baginda juga menyentuh Program Perikanan Laut Dalam dan ternakan air akan diberi keutamaan. Mengenai Program Perikanan Laut Dalam, saya ingin di sini membahas dan membincang topik ini dengan lebih teliti dan mendalamnya.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan sektor pertanian, terlebih dahulu saya ingin membangkitkan masalah kekurangan pekerja atau buruh pada masa sekarang. Sektor perusahaan perikanan adalah di bawah atau dikawal oleh Akta Perikanan, 1985, satu Akta yang mempunyai bermacam-macam peraturan dan bermacam-macam syarat yang tersangat ketat dan keras. Kesannya mengakibatkan atau menyebabkan pemuda-pemudi kita tidak mahu menjadi nelayan atau bekerja sebagai seorang nelayan. Mereka beramai­ramai meninggalkan kampung mereka dan mencari rezeki atau mencari kerja atau mencari wang mereka di bandar atau tempat lain. Setengah dari mereka bekerja sebagai pekerja haram di luar negeri seperti Jepun, Taiwan dan sebagainya. Aliran atau "trend" ini, dengan izin, menyebabkan berlakunya kekurangan pekerja serta menimbulkan masalah majikan mengambil pekerja dari luar negeri. Sehingga masa ini, dalam profesion atau perusahaan perikanan, menggaji buruh asing atau pekerja asing belum diluluskan atau dibenarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab itu, saya dengan penuh harapan meminta Kementerian Sumber Manusia mengambil perhatian membuat kajian dengan teliti

supaya membenarkan majikan tempatan menggaji pekerja asing untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya menggalakkan industri perikanan laut dalam.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu, satu perkara yang saya ingin membangkitkan ialah masalah nelayan yang memegang kad pengenalan merah. Mengikut maklumat dari Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Dato' Lim Ah Lek, penduduk tetap yang memegang kad pengenalan merah boleh bekerja di tanahair kita tanpa memohon permit kerja dari Kementerian yang berkenaan. Tetapi mengikut syarat-syarat Akta Perikanan di bawah Fasal 10 (I) (c), nelayan yang mempunyai kad pengenalan merah mesti mendapat kebenaran dari pihak J abatan Perikanan atau dari Ketua Pengarah Jabatan Perikanan. Jikalau tidak, dia dianggap melanggar syarat ini. Oleh sebab itu, saya meminta Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perikanan dapat bekerjasama dan menjelaskan mana satu syarat yang kita sebagai nelayan mesti ikut.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, saya ingin membangkitkan perkara mengenai borang keluar dan masuk yang dipraktikkan oleh Jabatan Perikanan atau PejabatPerikanan. Borang keluardan masuk bermakna seseorang nelayan bila mereka hendak keluar ke laut, dia mesti mengisi borang keluar (borang biru). Jikalau dia balik dari laut, masuk pangkalan, dia mesti mengisi borang masuk. Dari tarikh lhb. Januari tahun ini, Jabatan Perikanan telah beri arahan bahawa semua bot perikanan laut dalam kategori C2 atau kategori C mesti mengisi borang keluar-masuk yang disediakan oleh Jabatan Perikanan. Borang itu memerlukan butir-butir seperti bilamasa tarikh keluar, mencatatkan nama, nombor bot dan sebagainya dan tempat yang mereka akan bekerja. Ini bermakna para nelayan itu mesti mencatatkan tempat mereka akan tangkap ikan dan sebagainya.

Mengikut maklumat yang didapati dari Jabatan Perikanan, tujuan borang ini membolehkan Jabatan Perikanan atau

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

85 9 MEI 1994 86

membolehkan Pej abat Perikanan mengetahui keadaan nelayan-nelayan yang bekerja di laut dan seterusnya senang memberi pertolongan-pertolongan yang secepat mungkin bila sahaja nelayan kita atau bot nelayan atau vesel mereka menghadapi masalah seperti enjin rosak atau nelayan kita dikejar oleh lanun laut atau dirompak oleh lanun-lanun laut itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui dan percaya bahawa prosedur ini adalah bertujuan baik untuk faedah nelayan, tetapi prosedurini meliputikerjalecehdan serius. Sehingga masa ini, say a belum lagi nampak prosedur ini membawa apa-apa keuntungan kepada nelayan kita. Di samping itu, bila nelayan mengisi borang biru untuk keluar ke laut dan mengisi borang merah bila pulang ke pangkalan, semua borang yang sudah terisi ini akan dimasukkan ke dalam satu peti khas yang ditentukan oleh Pejabat Perikanan. Tetapi kami dapati tidak ada kakitangan Jabatan Perikanan atau Pejabat Perikanan mengutip balik atau mengumpulkan borang-borang ini tiap-tiap hari. Waiau pun mereka ada kumpulkan atau mengutip balik borang-borang ini, mereka meletak di atas meja pejabat menunggu untuk susunan. Oleh sebab ini, Tuan Yang di-Pertua, bila kita bertanya pegawai yang berkenaan, dengan caramacam ini bolehkah kita mengetahui perjalanan-perjalanan nelayan kita di laut dalam masa yang singkat jika mereka menghadapi apa-apa kesukaran atau masalah. Tetapi jawapannya "tidak cukup kakitangan".

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam bulan Februari hingga bulan Mac tahun ini di Pulau Pangkor dan Hutan Melintang, ada berlaku beberapa kes rompakan-rompakan laut yang melibatkan semua sekali 6 buah bot nelayan telah dirompak oleh lanun­lanun lautdari negarajiran kita. Dariinsiden­insiden ini, bolehlah dikatakan Jabatan Perikanan langsung tidak menggunakan sepenuhnya prosedur borang-borang yang diisikan oleh nelayan laut dalam.

Di srn1 saya juga ingin meminta Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri supaya bekerjasama

menguatkan perondaan Pasukan Bot Marin kita, dan saya percaya tindakan ini akan mengurangkan atau mencegah kes rompakan seperti yang saya sebut tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menceritakan balik mengenai borang keluar-masuk dalam tahun ini. Kami telah dapati ada kes di mana 6 buah bot nelayan, oleh sebab tidak mematuhi syarat-syarat atau peraturan borang ini, mereka telah ditahan dari membaharui lesen bot mereka. Saya merasa hukuman seperti ini adalah sangat keras. Di samping itu kita semua mesti bersetuju bahawa nelayan adalah golongan yang kurang berpelajaran. Jikalau tidak, mereka pun tidak jadi seorang nelayan. Oleh sebab mengisi borang keluar­masuk adalah satu kerja yang sangat leceh dan serius serta tidak membawa apa-apa keuntungan atau faedah kepada nelayan kita, saya mencadangkan supaya Jabatan Perikanan membuat kajian yang teliti supaya prosedur ini dibatalkan atau dimansuhkan.

Selain dari ini, mengikut arahan Jabatan Perikanan mulai tahun 1991, nelayan bot laut dalam kategori bot C2 mesti mengisi buku log (log book). Buku log ini mempunyai tiga keping kertas, pertama berwarna kuning, kedua berwarna merah dan yang ketiga berwarna putih. Borang pertama bersama borang kedua kena diisi butir-butirnya dan dikembalikan kepada Jabatan Perikanan dan borang putih akan disimpan oleh nelayan sendiri. _Tujuannya ialah untuk melaporkan jumlah tangkapan atau kuantiti tangkapan atau hasil dari jumlah sekali keluar ke laut dan masuk pangkalan tiap-tiap bulan. Jikalau nelayan enggan mengembalikan atau tidak mahu menghantar balik borang ini ataupun tidak mengikut sepenuhnya arahan ini, mereka juga ditahan dari membaharui lesen bot mereka.

Di sini saya ingin mencatatkan bahawa bagi sektor perdagangan Statistics Department, dengan izin, mereka juga meminta data-data dari peniaga-peniaga kita, tetapi mereka menggunakan cara yang lebih sesuai. Janganlah olehsebab kesalahan

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

87 9 MEI 1994 88

yang kecil maka ditahan nelayan kita dari membaharui lesen-lesen bot mereka. Saya rasa hukuman seperti ini terlampau berat. Adacara yang lebih baik untuk menghukum mereka iaitu jikalau mereka enggan atau tidak mahu menghantar balik borang ini, bolehlah kita mengkompaunkan mereka. Janganlah menggunakan cara ini sehingga mereka tidak boleh membaharui lesen, sebab hukumam ini dianggap tersangat serius. Kehidupan mereka dan keluarganya akan terjejas. Apa yang lebih teruk lagi, ada setengah dari mereka meminjam wang dari Bank Pertanian dan lain-lain institusi kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu masalah yang saya ingin membangkitkan ialah masyarakat nelayan. Pada tahun 1989 Jabatan Perikanan telah memberi arahan supaya semua nelayan mesti memohon kad nelayan. Pada masa itu ramai nelayan membuat permohonan mengikut arahan itu. Selepas itu ada setengah nelayan mendapat kad nelayan tetapi ada juga nelayan yang tidak mendapat kad nelayan mereka atau langsung tidak mendapat jawapan dari pihak berkenaan. Bila ditanya mengapa tidak dapat kad jawapan, barulah diberitahu bahawa Pejabat Perikanan tidak menerima permohonan mereka atau mungkin borang permohonan mereka telah hilang. Padamasa itu Jabatan Perikanan juga tidak memberitahu kepada nelayan kita, apakah kegunaan atau tujuan kad nelayan itu?

Sehingga bulan Januari, 1994 Jabatan Perikanan melalui koperatif-koperatif nelayan tempatan mengatakan bahawa tarikh permohonan kad nelayan akan tamat atau tutup pada 28hb. Februari, 1994. Ini mengakibatkan mereka terkejut, ketakutan dan kebimbangan kerana seluruh nelayan belum dapat kad nelayan mereka.

Saya ingin bertanya pihak yang berkenaan atau Kementerian Pertanian, adakah ini satu kesalahan jikalau seorang nelayan tidak mempunyai kad nelayan dan apakah hukumannya? Adakah tanpa kad nelayan seseorang ini tidak boleh jadi nelayan atau bekerja di laut menangkap ikan dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kad nelayan tadi, pada tahun 1990, Jabatan Perikanan telah pun mengeluarkan, dengan izin, batch yang pertama, iaitu kad nelayan tempohnya dari tarikh lhb. Januari 1990, hingga 3lhb. Disember, 1990. Selepas pengeluaran kad nelayan itu, Jabatan Perikanan pun memberi notis arahan bahawa pemilik bot nelayan yang tidak mempunyai kad nelayan, tidak boleh membaharui lesen bot mereka bagi tahun 1991. Oleh sebab ramai pemilik bot tidak mempunyai kad nelayan, mereka pun melalui koperatif nelayan berbincang, berdialog dan meminta pihak yang berkenaan, dan akhirnya mereka dibenarkan membaharui lesen bot mereka tahun 1991, tetapi bagi tahun 1992 Pejabat Perikanan mahu semua pemilik bot mesti mempunyai kad nelayan.

Pada tahun 1992 peraturan yakni semua pemilik bot mesti memegang kad nelayan, diubah lagi sekali. Kini semua pekerja­pekerj a atau pekerja bot pun mesti mempunyai kad nelayan sebelum layak untuk membaharui lesen bot mereka. Ini menyebabkan ramai nelayan tidak puas hati dengan pihak berkenaan, tetapi melalui cara perbincangan dan cara bertolak ansur akhirnya masalah ini dapat diatasi. Hingga tahun 1994 bila masa membaharui lesen bot mereka, nelayan -nelayan kita lagi sekali diberitahu oleh Jabatan Perikanan bahawa pemilik bot yang tidak bekerja di laut, ini bermakna pemilik menggaji seorang "taikong" untuk kerjanya, jadi tidak perlu mempunyai kad nelayan.

Oleh sebab peraturan dan syarat-syarat perikanan yang selalu berubah dan bertukar pada hari ini maka masih ramai lagi nelayan yang belum dapat kad nelayan mereka.

Dengan kesempatan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya minta Jabatan Perikanan janganlah mengimplimentasi atau menjalankan syarat-syarat dan peraturan­peraturan secepat mungkin atau dengan sesuka hati sahaja. Lebih baik kita kaji dahulu dan berdialog dengan koperatif­koperatif nelayan kita sebelum syarat-syarat baru dikeluarkan atau diimplimentasikan.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

89 9 MEI 1994 90

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan proses permohonan menukar milik lesen bot nelayan. Pada pengetahuan dan pengalaman saya, proses ini akan mengambil masa sekurang­kurangnya 3 bulan. Jikalau kita bandingkan dengan permohonan menukar milik kenderaan atau kereta, saya rasa selewat­lewatnya dalam masa dua minggu akan siap proses ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini proses permohonan adalah meliputi pembeli dan penjual mesti mengisi satu set borang dan menjalankan satu temuduga di Pejabat Perikanan Daerah. Selepas itu Pegawai Perikanan Daerah akan membuat komen atau membuat laporan dan menghantarkan surat permohonan tersebut kepada Pejabat Perikanan Negeri. Selepas siasatan dan susulan Pej abat N egeri barulah permohonan ini dikemukakan kepada Ketua Pengarah J abatan Perikanan di Kuala Lumpur. Selepas pengesahan di lbu Pejabat Kuala Lumpur, Ibu Pejabat akan memberitahu keputusannya kepada Pejabat Negeri dan seterusnya Pejabat Negeri menjawab surat pemohon memberitahu apakah keputusan permohonan beliau.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab proses yang panjang ini, masa yang paling cepat yang diambil adalah lebih kurang 3 bulan dan jikalau proses ini lewat ia akan mengambil masa sehingga satu tahun. Oleh sebabnegarakitaakanmenujuke Wawasan 2020 yang cemerlang, bolehkah Kementerian memendek atau "simplify"kan proses ini seperti prosedur yang dipraktikkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atau dengan cara lain supaya keputusan dibuat di Pejabat Negeri sahaja untuk menjimatkan masa.

Tuan Yang di-Pertua, masalah akhir berkaitan dengan sektor perikanan adalah berkaitan dengan sempadan laut di antara negeri danjugadi antaradaerah. Contohnya, bot nelayan di Negeri Perak seperti dari Rutan Melintang, Bagan Tiang, Bagan Datoh dan sebagainya tidak boleh memasuki sempadan laut Negeri Selangor dan sebaliknya.

Contoh kedua, bot nelayan daerah Larut/ Matang tidak boleh masuk sempadan laut daerah Krian dan sebaliknya. Ini meliputi kedua-dua daerah dalam satu negeri. Contoh pertama yang saya sebutkan tadi meliputi dua negeri, dan contoh nombor dua ini meliputi dua daerah tetapi sama-sama dalam Negeri Perak.

Kes ini telah saya bangkitkan pada masa dahulu dalam Dewan yang mulia ini dan pada masa itu Timbalan Menteri Pertanian-yang hari ini beliau tiada di sini, sudah bersara-Yang BerhormatDato' S. Subramaniam. Pada masa itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab bahawa Kementerian akan menyiasat dan membuat keputusannya kelak. Tetapi sehingga hari ini belum nampak apa-apa tindakan positif atau apa-apa jawapan diambil oleh Kementerian atau apa-apa jawapan dari Jabatan Perikanan atau Kementerian Pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, masalah sempadan laut selalu membimbangkan nelayan kita sebab mereka dari masa ke semasa menghadapi tindakan seperti bot ditahan dan dikompaunkan apabila memasuki sempadan laut negeri atau daerah lain dengan tidak sengaja.

Tuan Yang di-Pertua, jikalau kita ingin memaju dan meningkatkan taraf perikanan laut dalam seperti dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya min ta Kementerian supaya mengubah sikap kepada sikap positif dan menganggap perikanan laut dalam sebagai satu perindustrian atau perusahaan yang positif, perusahaan yang menjadi satu aset negara yang bukan tanggungan negara kita. Dengan sikap positif ini, saya rasa perusahaan perikanan ini akan memainkan peranan yang penting dalam satu negara yang maju seperti di negeri Jepun, Taiwan, Eropah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membahaskan Program Penyusunan Semula Masyarakat melalui pengwujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

91 9 MEI 1994 92

bumiputera yang berdaya tahan dan berdaya saing. Berkaitan dengan program penyusunan semula masyarakat ini, Kerajaan telah berjaya dalam program ini dalam beberapa aspek terutamanya dalam perdagangan dan perindustrian besar yang terlibat atau meliputi modal atau kapital yang besar. Tetapi bagi perdagangan dan perusahaan "medium", dengan izin, atau perusahaan kecil seperti kontrak di bawah Kelas D, E dan F yang dikeluarkan oleh Kerajaan Federal, Negeri dan Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah tidak mencapai tujuannya dan masih lagi dalam keadaan yang kita panggil "Ali Baba".

Dalam sistem perniagaan "Ali Baba", peniaga bumiputera mendapat kontrak atau projek-projek ini dari Kerajaan Tempatan dan agensi Kerajaan. Selepas itu peniaga bumiputera ini subkontrakkan projek terse but kepada peniaga bukan bumiputera tanpa kebenaran pihak berkenaan. Melalui sistem "Ali Baba" ini, peniaga bumiputera memang akan mendapat keuntungan atau faedahnya dengan cara beberapa peratus komisyen daripada projek tersebut. Tetapi dari segi pentadbiran bagaimana caranya menjalankan dan melaksanakan projek, pengalaman serta menyediakan kira-kira perniagaan, peniaga bumiputera ini langsung tidak dapat belajar. Bagi peniaga bukan bumiputera mereka dapat menjalankan projek ini tetapi oleh sebab eek bayaran kontrak ditulis atas nama Account Payee peniaga bumiputera dan dihantarkan terns kepada beliau, kadang­kadang terdapat peniaga bumiputera yang tidak jujur.

Kita bersyukur, bukan semua orang seperti ini. Jikalau tidak, saya pun tidak tahu bagaimanakah dunia ini akan jadi. Oleh kerana kadang-kadang terdapat peniaga bumiputera yang tidak jujur, mengambil habuan atau bahagian yang lebih atau langsung tidak mahu memberi habuan atau bahagian yang tertentu kepada peniaga bukan bumiputera, ini bermakna peniaga bukan bumiputera akan menghadapi kerugian atas projek ini. Perkara ini akan bertambah serius jikalau projek ini

---"

melibatkan beberapa fasa. Memang peniaga-peniaga bukan bumiputera itu tidak mahu menyambung atau meneruskan fasa kedua projek ini. Ini bererti projek ini akan terganggu, lewat, lambat atau berhenti. Semua gangguan ini akan menjadi satu halangan dan kerugian kepada pembangunan dan ekonomi negara kita.

Tuan Yangdi-Pertua, sayadalamDewan yang mulia ini mencadangkan supaya kontrak bagi projek-projek di bawah Kelas D, E dan F ini diberikan kepada syarikat bumiputera dan bukan bumiputera yang benar-benar berkongsi berniaga (joint­venture) dan sama-sama mengambil bahagian dalam pentadbiran, bersama-sama membuka akaun bank atas nama syarikat dan kedua-dua pihak berkuasa menandatangani dalam syarikat ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa m1 syarikat yang benar-benar "joint-venture", dengan izin, atau berkongsi di antara bumiputera dan bukan bumiputera berlaku dalam perniagaan besar sahaja atau berlaku di paras tinggi sahaja tetapi bagi perniagaan yang kecil belum ada disempurnakan. Haraplah pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Kewangan akan mengambil perhatian dan mengkaji dengan teliti berkaitan dengan cadangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi topik Kerajaan hendak mewujudkan persekitaran kawasan kediaman yang sihat, selamat dan selesa, saya ingin menarik perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa pada masa ini terdapat banyak kenderaan berat atau Jori seperti Jori besar, Jori treler dan tanker yang sudah mencari tempat atau kawasan yang sesuai untuk perhentian kenderaan mereka. Ini adalah membuktikan perkembangan dan pembangunan negara kita dan masalah ini akan menjadi semakin serius bila negara kitajadi lebih maju.

Pemilikkenderaan beratini tiada pilihan, merekamemberhentikan kenderaan mereka di taman-taman perumahan dan kawasan kediaman. Pencerobohan kenderaan berat

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

93 9 MEI 1994 94

m1 ke kawasan kediaman bukan sahaja merosakkan landscaping kita, dengan izin, terrnasuk jalan-jalan premix, longkang, rumah j adi "rita" tetapi juga membawa ......

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhorrnat, rumah jadi apa?

Tuan Ho Cheng Wang: Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, "retak".

Tetapi juga membawa masalah bunyi bising pada waktu tengah malam bila masuk ke taman untuk berhenti dan pada masa awal pagi bila mereka keluar dari kawasan kediaman ini. Ini berrnakna bila mereka masuk ke kawasan perumahan sebab enjin Jori ini kebanyakannya terdiri dari enjin diesel yang bunyinya terlalu kuat. Lebih­le bi h lagi pemandu lori perlu menghangatkan enjin ini terlebih dahulu, jadi mengakibatkan bunyi yang sangat bising pada awal pagi.

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini jadi lebih serius jika terdapat kenderaan itu menjalankan kerja pembaikan pada waktu malam dan bunyi enjinnya yang terlalu bising mungkin menjadi satu gangguan ketenteraman kepada penduduk perumahan.

Se lain dari itu, pencerobohan kenderaan berat ke dalam kawasan kediaman juga akan membahayakan dan mengancam keselamatan kanak-kanak dan penduduk­penduduk di situ. Oleh sebab itu, saya meminta dan merayu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Pihak Berkuasa Tempatan mencari kawasan luas yang sesuai untuk perhentian kenderaan-kenderaan berat bila masa melancarkan "Program Bersih dan Indah".

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan rumah kos rendah atau rumah murah, Kerajaan akan menggalakkan pembinaan rumah kos rendah oleh pihak swasta di samping usaha-usaha Kerajaan di dalam penyediaan rumah murah untuk disewa di kawasan bandar.

Saya ingin menarik perhatian kepada pentadbiran Kerajaan berhubung dengan polisi dan tindakan yang diambil selalu

tidak sama dan langgar sendiri. Contohnya, Kerajaan merayu orang ramai janganlah membakar sampah sarap tetapi pekerja Pihak Berkuasa Tempatan membakar sampah sarap sendiri di tempat sampah. Bagi rumah kos rendah juga-Kerajaan selalu menggesa pemaju membina rumah murah tetapi tidak ada disediakan tapak kosong untuk pembinaan rumah kos rendah. Oleh kerana Kerajaan Negeri tidak mahu melancarkan projek seperti ini di kawasan saya, kami telah mencadangkan sebidang tanah kosong Kerajaan untuk projek rumah murah atau rumah kos rendah dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan pun ada menjawab surat kami bahawa projek rumah kos rendah akan dilaksanakan di tempat tersebut dalam Rancangan Malaysia Kelima. Pada hari ini kita telah melancarkan Rancangan Malaysia Keenam, nasi sudahjadi bubur­sebab tanah ini pada tahun 1984 kita membuat perrnohonan sehingga tahun 1990 tanah ini sudah pun diluluskan kepada sebuah syarikat swasta tetapi malangnya syarikat swasta ini tidak membina rumah kos rendah.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari hal ini saya juga ingin menarik perhatian Kementerian yang berkenaan bahawa pembeli projek perumahan kos rendah telah habis membayar balik semua pinjaman Kerajaan tetapi pembeli rumah belum dapat balik geran rumah mereka. Mereka telah menunggu selama lima tahun dan belum dapat geran rumah mereka selepas pertanyaan dan penjelasan di PejabatTanah Daerah. Projek rumah kos rendah dibina di atas reserve tanah Polis dan pihak Polis tidak mahu atau enggan melepaskan tanah itu kecuali tanah baru diganti balik.

Ini adalah satu kesalahan Kerajaan N egeri dan Pej abat Tanah dan say a berharap kedua-dua pihak bekerjasama dan berusaha secepat mungkin mengatasi masalah ini supaya pembeli rumah boleh dapat balik geran rumah mereka tidak lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang pendidikan Seri Paduka Baginda telah menyentuh isu pusat pendidikan antarabangsa. Yang Amat Berhormat

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

95 9 MEI 1994 96

Perdana Menteri pun telah beberapa kali menjelaskan bahawa Kerajaankitaberhasrat menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan antarabangsa memandangkan pendidikan adalah salah satu daripada industri yang wajar dibangunkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik dari Kementerian Pendidikan pelajar­pelajar dari negara kami yang sedang menerima pelajaran tinggi di luar negeri lebih kurang berjumlah 50,000 hingga 60,000 orang. Jikalau kita jangka 55,000 orang pelajar di luar negeri dan belanja lebih kurang RM40,000 seorang setahun, ini bermakna mereka akan menggunakan Iebih kurang RM2,200 juta setahun di luar negeri. Jikalau negara kita menjadi pusat pendidikan seperti dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bermakna bukan sahaja kita akan menjimatkan perbelanjaan pelajaran RM2,200 juta tetapi juga akan menarik pelajar-pelajar dari luar negeri dan seterusnya membawa mata wang asing ke negara kita akhirnya menambahkan pendapatan negara kita.

Selain dari faedah ini, dengan polisi dan program pendidikan m1, usaha memperluaskan peluang dan mempertingkatkan kualiti pendidikan akan terus diperkembangkan dan dapat terjamin. Ini akan dapat menolong negara kita dalam semua aspek termasuk membawa teknologi yang tinggi kepada semua manusia dan sebagainya pada masa negara kita menuju ke arah Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ramai lagi rakan-rakan saya akan mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah U capan ini, maka segala cadangan atau pandangan, atau kritikan saya adalah untuk kebaikan negara bukanlah untuk keruntuhan atau memburukkan sesiapa pun.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Toh Kin Woon.

5.28 ptg.

Dr. Toh Kin Woon: Terimakasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, say a bangun untuk mengambil bahagian dan seterusnya untuk menyokong Usulmengucapkan berbanyak­banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelapan yang dicadangkan dan seterusnya disokong oleh rakan-rakan say a Puan Hajah Zaleha binti Hussin dan Tuan Ho Cheng Wang masing-masing.

Tuan Yangdi-Pertua, dalam ucapan say a pada hari ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa isu yang penting. Isu yang pertama adalah berkait dengan soal plagiarisme atau palgiat di kalangan academia di beberapa buah universiti tempatan di negarakitaini. Dalam suatu kenaikan pangkat yang telah dijalankan di Universiti Malaya baru-baru ini, seorang kakitangan akademik di Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah pun dinaikkan pangkat ke pangkat Profesor walaupun be Jiau telah dituduh melakukan plagiarisme dalam salah satu dari pada tulisan akademik beliau.

Tuan Yang di-Pertua, plagiarisme merupakan suatu kesalahan yang serius dalam dunia akademik. Dan tidak ada seseorang ahli akademik yang disyaki melakukan kesalahan ini harus dinaikkan pangkat selagi dia masih belum didapati tidak salah atas tuduhan ini. Oleh yang demikian, say a merasa agak keciwa apabila saya mendengar bahawa adanya seorang ahli akademik di universiti yang paling tua yang telah dinaikkan pangkat walaupun dia telah dituduh melakukan kesalahan plagiarisme ini. Akibatnya, nama baik dan reputasi universiti ini telah pun dijejaskan. Ini merupakan suatu perkara yang sedih, lebih-lebihlagi apabilakebanyakan di antara ahli-ahli akademik di universiti ini, malah di semua universiti tempatan adalah jujur dan rajin.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

97 9MEI1994 98

Apa yang say a rasa patut dilakukan oleh universiti tersebut ialah menangguhkan dahulu kenaikan pangkat ahli akademik tersebut sebelum selesainya penyiasatan yang teliti yang hams dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang bebas, yang terdiri daripada ahli akademi yang kanan universiti ini. Hanya apabila jawatankuasa ini mendapati bahawa kakitangan tersebut memang tidak melakukan kesalahan plagiarisme ini, barulah dia dinaikkan pangkat. Dengan cara yang demikian, pihak universiti ini akan dipandang sebagai sebuah universiti yang telah mempertahankan dengan baik taraf akademiknya serta integritinya.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah apajua keadaan pun tidak hams dikompromi, apatah lagi dikorbankan. Dalam hal ini, saya merasa amat gembira mendengar bahawa Kementerian Pendidikan telah mengambil berat akan perkara ini, dan telah mengarah pihak Majlis Universiti ini mengkaji semula keseluruhan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkaitan dengan keseimbangan etnik dalam komposisi kakitangan akademik di uni versiti-universiti tempatan. Dalam tempoh tahun 60-an hingga awal 70-an, adalah benar bahawa kakitangan akademik di universiti­universiti, khasnya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, di kebanyakan Jabatan dan Fakulti adalah terdiri sebahagian besarnya daripada kaum bukan bumiputera. Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam bidang-bidang Sains, Kejuruteraan dan Perubatan dalam usaha mempertambahkan pengambilan bumiputera, dan dengan cara yang demikian, memperbetulkan ketidakseimbangan etnik.

Satu Skim Latihan Akademik Bumiputera telah pun dilancarkan oleh kedua-dua buah universiti ini. Di bawah skim ini bumiputera sahaja yang diambil sebagai Tutor dan kemudian dihantar untuk mengikuti ijazah lanjutan di universiti-

universiti yang terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Setelah menamatkan pengajian latihan ijazah, Tutor-tutor ini akan kembali ke universiti-universiti masing-masing untuk dilantik sebagai Pensyarah. Sejak skim ini dilancarkan, ramai pensyarah bumiputera telah pun dilatih dengan berjayanya. Ini amat baik sekali bagi negara secara am, dan universiti-universiti khasnya. Tetapi pada masa pengambilan, pensyarah-pensyarah bumiputera telah meningkat dalam tahun­tahun kebelakangan ini.

Bilangan kakitangan akademik bukan bumiputera telah berkurangan, lantaran daripada perletakanjawatan dan persaraan, Tempat kakitangan akademik bukan bumiputera ini tidak diisikan oleh bukan bumiputera. Akibatnya komposisi etnik kakitangan akademik di beberapa uni versiti tempatan kini berat sebelah kaum bumiputera. Dan ini adalah benar untuk semua Jabatan di Fakulti, termasuk Sains, Kejuruteraan dan Perubatan.

Untukmemperbetulkan keadaan ini, saya ingin merayu kepada Kementerian Pendidikan meminta semua universiti mengambil sikap yang liberal dan terbuka dalam pengambilan Tutor untuk Skim Latihan Ijazah Lanjutan. Tutor-tutor bumiputera harus terns diambil, dan pada masa yang sama saya berharap Tutor-tutor bukan bumiputera juga diberikan kesempatan.

Buat masa ini, Skim Ijazah Lanjutan yang dibiayai oleh pihak universiti dikhasnya hanya untuk bumiputera sahaja. Akibatnya ramai di antara siswazah­siswazah bukan bumiputera yang cerdik dan muda, iaitu mereka yang mendapat ijazah Kelas Pertama atau sekurang­kurangnya Kelas Kedua (Atas) yang ingin mempertimbangkan untuk Skim Latihan Kakitangan Universiti telah pun ditolak. Ini bukan sahaja adalah buruk untuk komposisi etnik kakitangan akademik, tetapi untuk kecemerlangan akademikjuga. Kecemerlangan akademik ini bukan dapat dipelihara dan diperkukuhkan jika merit akademik dititikberatkan.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

99 9 MEI 1994 100

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, persekitaran intelektual di universiti­universiti tempatan hanya boleh dipelihara dan dikekalkan jika kakitangan akademik datang dari berbagai-bagai kaum dengan kesemua di antara mereka memiliki kelayakan akademik yang kuat. Sebenarnya adalah baik juga bagi universiti-universiti tempatan mengambil sebahagian kecil daripada kakitangan mereka dari orang asing yang diambil untukmengajardalam Bahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua, suatu isu penting yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkait dengan semangat kakitangan akademik universiti-universiti tempatan. Saya difahamkan bahawa semangat mereka buat mas a ini amatrendah. Ramai di antara kakitangan akademik tel ah pun meletakkan jawatan dan seterusnya menceburi di sektor swasta kerana merasa kecewa dengan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan universiti-universiti yang secara bandingan adalah lebih buruk, lebih­lebih lagi setelah diperkenalkan Skim Sistem Saraan Baru.

Saya sedar bahawa adalah mustahil membayar kakitangan universiti gaji yang sama dengan rakan-rakan mereka di sektor swasta. Ini adalah benar, lebih-lebih lagi bagi kakitangan dalam bidang-bidang Kejuruteraan dan Perubatan. Walaupun demikian, kita tidak boleh melepaskan daripada hakikat bahawa universiti­universiti mengambil kakitangan mereka daripada sebuah pasaran buruh yang makin ketat dan yang makin bersaingan.

Di dalam pasaran tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam harus memperbaiki lagi tawaran universiti-universiti, jika universiti-universiti ini ingin menarik kakitangan yang berkaliber tinggi. Dan memang universiti-universiti harus berbuat demikian. Tawaran-tawaran ini bukan sahaja termasuk gaji sahaja, walaupun gaji adalah penting, tetapi harus meliputi peruntukan dan cuti untuk penyelidikan dan persidangan dan juga sabbatical. Pihak universiti hanya dapat menarik kakitangan

yang berkualiti tinggi sekiranya Jabatan Perkhidmatan Awam dapat memperbaiki lagi tawaran gaji dan juga menawarkan peruntukan yang lebih besar serta cu ti yang lebih panjang bagi kakitangan akademik untuk menjalankan penyelidikan, menghadiri persidangan dan mengambil cuti sabbatical. Peluang-peluang untuk kenaikan pangkat harus juga dipertingkatkan, walaupun standard akademik atau taraf akademik tidak hams dikompromi.

Dengan cara yang demikian, lompang antara syarat-syarat perkhidmatan di universiti-universiti dan sektor swasta dapat disempitkan, malah boleh disamakan, khasnya apabila keseluruhan package dipertimbangkan. Saya yakin bahawa apabila syarat-syarat perkhidmatan kakitangan akademik diperbaiki lagi dan apabila pengambilan makin berasaskan kepada merit akademik, mutu kakitangan yang diambil oleh pihak universiti akan diperbaiki secara besar-besaran. Ini seterusnya akan memperbaiki semangat dan taraf serta mempertingkatkan reputasi kesemua universiti tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, daripada soal universiti, saya ingin menumpukan perhatian saya kepada perkara yang satu lagi, yang amat penting juga, iaitu budaya lepak yang begitu berleluasa di kalangan belia dan remaja di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, lepak memang merupakan suatu masalah yang serius khasnya di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja antara umur 14 tahun hingga 17 tahun. Ramai di antara mereka boleh dilihat bersiar-siar sahaja di kedai kopi sebelum sesi sekolah bermula pada waktu pagi dan lebih ramai lagi boleh dilihat berkumpul di lorong-lorong, berlepak di pusat-pusat membeli-belah atau bermain permainan elektronik di arked dan di pusat-pusat hiburan selepas sesi sekolah tamat.

Kos dari segi pembuangan masa amat besar sekali. Masa ini sebenarnya boleh digunakan di perpustakaan umpamanya, di mana mereka boleh menyerapkan

- ----------------

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

101 9 MEI 1994 102

pengetahuan dan maklumat yang begitu berfaedah. Sekurang-kurangnya mereka harus memperuntukkan masa ini bagi mengambil bahagian dalam kegiatan­kegiatan sukan dan kebudayaan yang lebih sihatdan produktif yang boleh mewujudkan tubuh badan yang sihat secara fizikal atau yang dapat menanamkan di kalangan mereka sistem nilai yang lebih baik.

Apa yang lebih membimbangkan ialah hakikat bahawa ramai di antara para belia ini melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dan tidak sihat seperti menghisap rokok malah ada di antara mereka yang menghisap dadah apabila berkumpul di kesemua tempat ini. Saya merasa amat gembira mendengar bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil berat akan perkara ini. Suatu kajian yang dijalankan oleh kakitangan akadernik dari beberapa buah uni versiti tel ah pun diarahkan oleh Kementerian ini dan setahu say a kajian ini telah pun diselesaikan. Kajian ini memang perlu sekiranya akar umbi budaya lepak ini ingin dikenalpasti dan langkah-langkah untuk mengatasinya dicadangkan dan kemudiannya dilaksanakan. Say a tidak tahu apakah sebab musabab yang telah membawa kepada budaya lepak ini tetapi rumahtangga yang berpecah-belah, ketidakbolehan menghadapi tekanan kerja di sekolah dan keperluan untuk diiktiraf oleh kelompok setara, mungkin adalah di antara sebab­sebab ini.

Tuan Yang di-Pertua, ad al ah j el as bahawa serangan ke atas budaya lepak dan masalah-masalah sosial yang berekoran dari itu hams dilakukan dari pelbagai penjuru dan serangan ini memerlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru, kumpulan-kumpulan agama, pihak Polis, pihak penguatkuasa, Jabatan Pendidikan dan badan-badan belia dan sukan. Kesemua ini hams memahami akan peranan masing-masing.

Pihak yang menguatkuasakan perkara yang berkenaan harus memastikan bahawa kedai-kedai tidak boleh menjual rokok kepada mereka yang berumur kurang

daripada 18 tahun. Begitu juga undang­undang yang mengatakan bahawa pusat­pusat hiburan tidak boleh membenarkan mereka yang kurang daripada umur 18 tahun ke premis-premis mereka harus juga dikuatkuasakan dengan tegasnya. Melarang para belia daripada mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat hanya merupakan salah satu di antara langkah yang hams diambil untuk mengatasi masalah budaya lepak dan juga masalah­masalah sosial yang berkait dengannya.

Belia memiliki tenaga yang ban yak hams disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan produktif. Di sini adalah perlunya kemudahan-kemudahan bagi perjalanan kegiatan-kegiatan ini dibekalkan dengan mencukupi. Kemudahan-kemudahan ini termasuk perpustakaan awam dan kemudahan-kemudahan sukan seperti padang permainan bola sepak dan padang untuk bermain basketball, badminton dan squash di kawasan-kawasan perumahan yang mudah digunakan oleh para belia. Buat masa ini kemudahan-kemudahan ini memang ada, tetapi sering kali tempat­tempat ini hanya terdapat kondominium yang berharga tinggi atau kelab-kelab yang hanya dapat dinikmati oleh segelintir kalangan para belia sahaj a. Bagi ramai yang lain, mereka tidak mempunyai access sedemikian, sama ada kerana kemudahan­kemudahan ini tidak ada, ataupun kalau ada tidak mencukupi.

Di s1m saya ingin merayu kepada Kerajaan supaya mewajibkan pemaju­pemaju perumahan menunaikan kewajipan sosial mereka dengan membina dan membekalkan kemudahan-kemudahan ini dalam kuantiti yang mencukupi di skim­skim perumahan termasuk skim-skim perumahan kos sederhana dan rendah. Hanya dengan menyalurkan tenaga para belia yang berlebihan kepada kegiatan­kegiatan kebudayaan dan sukan yang sihat, baharulah mereka dilarang atau disekat daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial dan kegiatan-kegiatan sosial yang tidak diingini.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

103 9 MEI 1994 104

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan adalah berkait dengan orientasi keseluruhan strategi pembangunan Kerajaan kita. Dalam tempoh 6, 7 tahun yang lepas, prestasi ekonomi kita di beberapa aspek memang amat cemerlang sekali. Kita telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat, yang pada puratanya adalah kira-kira 8. l % setahun iaitu antara tahun l 987 hingga tahun 1993. Pada masa yang sama kita telah mencapai gunatenaga pen uh dan kestabilan harga.

Kita semua harus berasa bangga terhadap pencapaian-pencapaian ini, lebih-lebih lagi apabila teori ekonomi mengatakan bahawa biasanya negara-negara tidak boleh mencapai gunatenaga pen uh dan kestabilan harga pada masa yang sama dan bahawa negara-negara terpaksa memilih antara kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan gunatenaga penuh tetapi perlu menghadapi masalah inflasi atau memilih kadar inflasi yang rendah tetapi diserta dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang lembab dan pengangguran yang besar seperti yang dihadapi oleh negara-negara yang maju pada hari ini.

Hakikat bahawa kita dapat mencapai gunatenaga pen uh dan kestabilan harga pada masa yang sama adalah jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah begitu cekap sekali dalam menguruskan ekonomi Malaysia ini. Dari masa sekarang, apa yang perlu mendapat perhatian kita ialah tentang bagaimanakah kadar pertumbuhan yang pesat ini dapat dikekalkan supaya kerja-kerja dapat terus diciptakan. Di sini adalah penting institut­institut penyelidikan seperti MIER dan ISIS mengkaji tentang corak faedah berbanding negara kita yang terus berubah supaya Kerajaan dan firma-firma sektor swasta dapat membuat penyelarasan yang sesuai terhadap faedah berbanding yang semakin berubah ini.

Buat masa ini, saya setuju dengan pandangan Kerajaan bahawa upah yang rendah dan seterusnya harga barang-barang

yang rendah yang kitakeluarkan merupakan alat persaingan negara kita yang utama. Justeru, saya juga bersetuju bahawa kita tidak harus bersetuju dengan tuntutan negara-negara maju bahawa para pekerja di negara kita ini dibayar satu kadar upah minimum yang ditentukan oleh badan­badan antarabangsa. Ini adalah kerana sekiranya kita bersetuju membayar para pekerja kita dengan kadar upah minimum yang ditentukan pada peringkat antarabangsa, ini sudah tentu akan mengurangkan faedah berbanding atau, dengan izin, this will certainly erode our comparative advantage. lni tidak bererti kita tidak menumpukan perhatian ke atas kebajikan para pekerja di negara ini. Sebenarnya kebajikan para pekerja adalah menganggotai sebahagian pentingdaripada program pembangunan Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi padahematkita, kebajikan para pekerja tidak dapat dipertingkatkan dengan menyetujui kepada pembayaran suatu kadar upah minimum yang ditentukan di peringkat antarabangsa. Sebaliknya upah boleh dan harus dibenarkan meningkat melalui interaksi antara daya-daya pasaran, permintaan dan penawaran di pasaran buruh dan selaras dengan kenaikan dalam daya pengeluaran buruh.

Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya telah pun berlaku di negara kita dan harus dibenarkan terns berlaku. Pihak majikan yang enggan membayar kenaikan dalam gaji yang selaras dengan kenaikan dalam daya pengeluaran harus diberikan amaran. Se lain daripada ini, Kerajaan harus campur tangan memastikan penawaran yang memadai barang-barang yangmurah kepada para pekerja supaya membenarkan mereka terus menikmati kenaikan dalam tarafhidup yang sebenar. Salah satu daripada komponen penawaran barang-barang ini ialah perumahan kos rendah dan satu lagi ialah suatu sistem pengangkutan a warn yang cekap dan murah antara kawasan-kawasan kediaman dan pusat-pusat perindustrian dan komersil yang penting di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

105 9MEI1994 106

Tuan Yang di-Pertua, pada masa kita mencapai kactarpertumbuhan ekonomi yang tinggi dan gunatenaga penuh, kita harus juga mengkaji semula secarakritikal tentang orientasi asas keseluruhan strategi pembangunan negara kita. Saya rasa sehingga baru-baru ini, kemungkinan ada banyak projek-projek pembangunan yang agak menitikberatkan projek-projek yang mendatangkan faedah yang lebih kepada lapisan masyarakat yang lebih kaya. Projek­projek seperti kondominium yang berharga tinggi, padang-padang golf, pusat-pusat peranginan yang berskel besar, taman­taman tema dan sebagainya. Maka sudah sampai masanya bagi pembangunan kita lebih diseimbangkan.

Dalam ha! ini, saya merasa amat gembira mendengarkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional kini berusaha dengan bersungguh­sungguhny a untuk memastikan bahawa sasaran-sasaran yang telah ditetapkan untuk perumahan berkos rendah akan tercapai. Sebaik-baik sahaja kita telah mendirikan rumah berkos rendah yang mencukupi, maka sewa suatu komponen pen ting Angka Tunjuk Harga Pengguna akan dapat distabilkan.

Suatu isu lagi yang pen ting yang berkait dengan kebajikan para pekerja adalah tentang keselamatan di tempat-tempat bekerja. Jika keselamatan ini dapat dipertingkatkan atau jika kemalangan perindustrian dan bahaya pekerjaan dapat dikurangkan secara besar-besaran, maka kebajikan para pekerja di negara kita akan juga dapat dipertingkatkan secara besar­besaran. Akan tetapi, dalam hal ini prestasi kita kurang baik. Baru-baru ini kita dapati beberapa nyawa para pekerja telah pun hilang akibat rumah mereka yang didirikan di atas bekas tanah lombong di Puchong tenggelam. Ini tidak merupakan suatu peristiwa yang berasingan. Banyak kemalangan-kemalangan demikian telah pun berlaku seperti keruntuhan bangunan di tapak-tapak pembinaan, menyentuh bahan-bahan yang merbahaya dan menyedut gas-gas yang merbahaya di kilang-kilang.

Dengan kelulusan pindaan kepada Akta Kesihatan Pekerjaan pada penghujung tahun yang lepas, Kerajaan kini telah melengkapkan diri dengan suatu Rang Undang-undang yang lebih lengkap untuk menghadapkan para majikan yang tidak mematuhi piawaian minimum keselamatan perindustrian di mahkamah. Saya berharap Kerajaan tidak akan berkompromi ke atas perkara ini dan akan menguatkuasakan dengan tegasnya peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta yang tersebut di atas dan juga akan menguatkuasakan Rang Undang-undang berkait dengan piawaian perumahan pekerja yang minimum.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merayu kepada Kerajaan untuk melaksanakan dengan tegasnya satu strategi pembangunan yang lebih prihatin kepada alam sekitar. Pada masa negara kita telah mencapai pembangunan yang pesat, banyak kos-kos sosial telah pun dijanakan. Saya rasa sudah sampai masanya kita mengambil kira akan kos-kos sosial ini. Ini termasuk hakisan tanah yang serius, sedimentasi sungai-sungai, banjir, perubahan iklim, kesesakanjalan yang makin buruk khasnya di Kuala Lumpur, pencemaran udara, air, bunyi bising yang semakin serius dan kehilangan flora dan fauna yang begitu bernilai. Kiranya kesernua kos ini dijadualkan dan kemudiannya dinilaikan walaupun secara kasar dan kemudiannya dipotong daripada Keluaran Dal am Negara Kasar atau, dengan izin, Gross Domestic Product maka kita dapati bahawa kenaikan bersih dalam GDP ini mungkin kurang daripada apa yang dikemukakan oleh angka­angka rasmi.

Selain daripada ini, banyak kos yang lain telahjuga dijanakan akibat munculnya masalah-masalah alam sekitar yang saya telah sebutkan tadi. Keruntuhan bangunan­bangunan tinggi seperti tragedi Highland Towers yang telah berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini, pemusnahan tanah pertanian yang subur dan pembuangan masa semasa terperangkap dalam kesesakan jalan di Kuala Lumpur adalah di antara kos-kos

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

107 9MEI1994 108

yang lain. Malah ada di antara ini yang tel ah mengakibatkan kehilangan nyawa. Hanya padaminggu yang lepas sayamerasa begitu sedih membaca berita yang mengatakan bahawa Cameron Highlands mungkin akan dimusnahkan sekiranya 8 projek-projek pembangunan yang dicadangkan di Cameron Highlands ini dilaksanakan.

Kenaikan dalam suhu, kejatuhan dalam hujandanhikisantanahsecarabesar-besaran mungkin akan berlaku sekiranya projek­projek ini diimplementasikan. Ini seterusnya akan menjejaskan daya tarikan Cameron Highlands sebagai satu pusat peranginan atau pelancongan dan mungkin akan memusnahkan iklim sejuknya dan seterusnya kesesuaiannya sebagai satu kawasan untuk menanam bunga dan sayur­sayuran.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan say a ialah salah bagi kita menyamakan pembangunan dengan pembinaan fizikal semata-mata. Pembinaan fizikal memang perlu tetapi ini tidak harus dilakukan pada suatu skala yang boleh membawa kepada wujudnya masalah-masalah seperti apa yang saya telah senaraikan di atas tadi. Pembinaan fizikal di atas bukit-bukit, pantai-pantai di kawasan-kawasan hutan harus dilakukan pada suatu skala yang sederhana sahaja dengan pemusnahan yang minimum kepada anugerahan aset-aset asli yang begitu menarik yang harus dipelihara dalam bentuk asal sejauh mungkin.

Para pelancong datang ke negara ini bukan sahaja hendak menikmati keselesaan aset-aset yang dibuat oleh manusia sahaja walaupun penawaran aset-aset buatan manusia ini sedikit sebanyak adalah penting. Tetapi ramai di antara mereka datang hendak menghargai alam sekitar semulajadi. Oleh sebab itu saya merayu kepada pihak-pihak tertentu mengkaji secara kritikal impak setiap projek utama ke atas alam sekitar sebelum projek ini diimplementasikan. Dalam hal ini adalah perlu dan penting skop penilaian impak alam sekitar diperluaskan lagi dan kewibawaan undang­undang J abatan Alam Seki tar diperkuatkan berkait dengan penguatkuasaan Akta ini.

Kita harus memastikan bahawa adanya keseimbangan antara pembangunan fizikal di satu pihak dan keperluan mempertahankan aset-aset asli sejauh mungkin pada pihak yang satu lagi pada masa kita melaksanakan strategi pembangunan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas haluan utama Kerajaan dalam mengekalkan pertumbuhan pada kadar antara 7% hingga 8% setahun mempertahankan gunatenaga penuh dan juga menstabilkan harga pada peringkat yang rendah padakeseluruhannya adalah betul, bahawa Kerajaan telah mencapai kesemua ini pada masa yang sama harus kita semua puji. Tetapi pada masa yang sama kita juga harus memastikan bahawa terdapatnya penawaran barang­barang yang dapat mempertingkatkan kebajikan mereka yang miskin dan para pekerja seperti perumahan kos rendah, suatu sistem pengangkutan awam yang cekap dan murah, alam sekitar yang bersih dan yang telah dipertahankan dengan baik dan juga infrastruktur yang makin bertambah baik.

Hanya dengan cara yang demikian baru dapat kita mengagihkan faedah pembangunan secara saksama dan mengelakkan soalan pembangunan untuk siapa dibangkitkan oleh ramai. Hanya dengan cara yang demikian barulah suatu taraf hidup dan mutu hidup yang tinggi yang harus menjadi matlamat pembangunan negara kita dapat dicapai. Sekian sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin.

6.05 ptg.

Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyokong Usul Menjunjung Kasih Kebawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana Titah Ucapan Baginda semasamerasmikan pembukaan Parlimen baru-baru ini. Saya in gin menyentuh dua perkara dalam ucapan saya ini.

;

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

109 9MEI1994 110

Pertama, saya hendak sentuh mengenai kegiatan maksiat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Memang tidak dinafikan bahawa maksiat berlaku di setiap bandar tetapi soalannya apakah yang kita buat untuk membanteraskan kegiatan maksiat ini. Maksiat yang saya maksudkan ialah kegiatan pelancuran yang melibatkan anak­anak gadis kita yang Jari dari ibu bapa dan hilang entah ke mana. Syukur Alhamdulillah, di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang sekarang pihak yang berkuasa sedar akan gejala ini dan sedang berusaha membanteraskan pelacuran dengan melakukan serbuan-serbuan ke sarang­sarang maksiat ini. Serbuan-serbuan ini berjaya mengurangkan kegiatan pelacuran dan berjaya juga mengesan gadis-gadis belasan tahun yang telah hilang itu.

Say a ucapkan syabas kepada pihak Polis di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang kerana usaha-usaha murni mereka itu dan saya berharap mereka akan terus bertindak sedemikian walaupun ada ura-ura atau desas-desus dari pihak-pihak tertentu supaya serbuan-serbuan ini diberhentikan. Ada juga yang mahu supaya anggota­anggota Polis yang men j alankan kerj a-kerja baik ini dipindah ke tempat lain atau diganti. Saya berharap Kerajaan akan tegas dalam hal ini. Janganlah menghalang pihak Polis menjalankankerja-kerjamerekadanjangan sekali-kali ikut kehendak segelintir yang mahukan mana-mana pegawai atau anggota Polis ini diganti atau dipindahkan ke tempat Jain. Malahan sebaliknya saya berharap pihak Polis di negeri-negeri lain akan mengikut langkah Polis Kuala Lumpur dan Pulau Pinang demi menjaga maruah anak­anak muda, bangsa dan negara kita.

Perkara yang kedua yang saya hendak sentuh ialah mengenai pemberian bintang­bintang dan darjah-darjah kebesaran kepada rakyat-rakyat Malaysia sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan atau Raja-Raja Melayu di peringkat negeri. Secara umum diperhatikan bahawa penerima-penerima pingat atau bin tang ini terdiri dari pembesar-

pembesar dalam negeri, pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan, pegawai-pegawai tentera danjuga Polis, mereka dari kalangan artis, penyanyi serta mereka yang terlibat dalam sukan. Selain dari itu terdapat ramai ahli­ahli politik yang turut menerima darjah­darjah kebesaran serta bintang-bintang dan pingat-pingat. Jarang-jarang sekali mereka dari sektor swasta dipilih untuk menerima darjah kebesaran. Tetapi ini terhad, ketua­ketua korporat peringkat atasan sahaja yang selalu dianggap berjasa kerana sumbangan wang ringgit mereka kepada tabung-tabung tertentu. Sedangkan kakitangan peringkat bawahan tidak pernah dipertimbangkan. Ini tidaklah adil.

Kita selalu mengatakan semua rakyat mesti bekerja kuat. Mesti menambahkan produktiviti supayaekonomi Malaysia terns kukuh tahun demi tahun dan inflasi dikurangkan ke tahap yang paling rendah. Dalam usaha ini rakyat Malaysia menyahut seruan Kerajaan dan bertungkus-lumus mencari rezeki di bumi bertuah ini. Boleh dikatakan bahawa mereka di sektor swasta bekerja sama kuat dan sama rajin dengan rakan-rakan mereka dalam perkhidmatan Kerajaan. Malah ada yang lebih rajin dan Jebih berusaha. Tidaklah boleh dikatakan bahawa mereka di sektor swasta bekerja kuat kerana gaji mereka Jebih besar. Jika itu menjadi alasan, maka di pihak Kerajaan, cuma pegawai-pegawai tertinggi sahajalah yang patut bekerja kuat kerana mereka mendapat gaji yang besar. Nyatalah alasan itu tidak betul. Sesungguhnya rakyat Malaysia bekerja kuat di mana-mana, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta.

Oleh itu, apabila tiba masanya untuk menganugerahkan bintang atau pingat, pekerja-pekerja bawahan juga patut diberi pertimbangan. Ini tidak, yang mendapat pingat, yang mendapat bintang cuma pegawai-pegawai tertinggi sahaja. Pekerja­pekerja sepertijururawat, bidan, atendan di hospital-hospital, anggota-anggota pasukan Bomba, pekerja-pekerja Pos, Telekom, TNB, ambulans dan sebagainya jarang sekali dipertimbangkan.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

111 9 MEI 1994 112

Kita orang-orang politik bekerja keras tetapi saya tahu ada di antara mereka yang saya sebut itu bekerja jauh lebih kuat daripada orang politik tetapi tidak diiktirafkan khidmat mereka. Oleh itu, saya merayu supaya dipertimbangkan orang­orang ini dan merekadi dalam sektor swasta atau pemberian pingat atau bintang bukan atas ban yak mana wang mereka beri kepada tabung itu atau tabung ini, cukai pendapatan yang mereka bayar sebagai rakyat yang taat setia sudah cukup alasan bagi pemberian pingat atau bintang.

Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan K. Munisamy.

6.12 ptg.

Tuan K. Munisamy: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berasa bangga kerana diberi peluang untuk merakam setinggi-tinggi terima kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-IX, Sultan Azlan Shah.

Semasa pemerintahan Baginda, negara telah maju setapak lagi terutamanya dalam pertumbuhan pesat dan perubahan dalam sektor ekonomi negara. Negara makin bergerak ke arah wawasan yang telah diilhamkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita untuk menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian yang ma ju dan dihormati oleh seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara telah berkembang dengan begitu pesat sehingga sering menjadi perhatian bukan sahaja oleh negara-negara membangun bahkan diperhatikan oleh negara maju. Ini adalah kerana walaupun di negara maju sedang berlaku kelembapan pertumbuhan ekonomi, lain pula ceritanya di Malaysia yang berjaya membendung inflasi dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Sektor perindustrian telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi sejajar dengan cita-cita untuk menjadikan negara ini negara perindustrian, menjadi kenyataan. Tidaklah hairan buletin "Country Report", dengan izin, yang diterbitkan oleh Economic Intelligent Amerika Syarikat sering memperkatakan tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mengkagumkan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bertuah bukan sahaja mempunyai sebuah Kerajaan yang kukuh dan pemimpin yang berpengalaman dan berprihatin terhadap kehendak nusa dan bangsa bahkan kerana Malaysia mempunyai berbagai keistimewaan antara berbilang bangsa, kebudayaan, kepercayaan dan kedudukan yang kesemuanya hidup bersatu dan harmoni dengan tujuan untuk menggalakkan kemajuan negara dan keamanan semoga Malaysia dikurniakan dengan lebih kekayaan sumber semulajadi dan kebersihan alam sekeliling.

Tuan Yang di-Pertua, say a berharap dan berdoa semua yang baik dan sedang berlaku kepada negara ini akan terus berkekalan. Dengan harapan ini, setiap rakyat Malaysia serta pemimpinnya tidak harus lega dengan pencapaian negara setakat ini. Kita harus bekerja lebih kuat kerana semua negara ingin maju seperti kita dan kita harus bersaing untuk mendapat pelaburan asing, pasaran untuk barangan keluaran Malaysia dan mengawal inflasi. Negara kita maju dan sebab itu kita dapati banyak pendatang haram tertumpu di Malaysia kerana ingin menikmati taraf hidup yang lebih tinggi. Kalau ini terus berlaku, negara akan mengalami pengaliran wang ke negara lain, keadaan ini akan merugikan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan pesat adalah baik tetapi jika ianya tidak seimbang dengan pembangunan moral dan nilai-nilai murni masyarakat, maka negara tidak akan maju bahkan akan menghadapi bahaya. Kemusnahan yang jelas sedang berlaku di beberapa buah negara membangun. Negara kita juga tidak terlepas

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

113 9MEI1994 114

dari gejala kurang moral ini antaranya ialah mendera kanak-kanak, tidak menghormati orang tua, pembuangan bayi-bayi yang baru lahir, menipu, perasaan hasad dengki, kekurangan disiplin, pembunuhan, pencurian dan budaya materialistik. Peningkatan dalam kes-kes seumpama ini akan merugikan rakyat negara ini dalam jangka masa panjang kalau tidak dibendung dari sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pendapatan per­kapita penduduk telah meningkat pada umumnya. Waiau masih terdapat rakyat yang miskin di kawasan luar bandar dan di estet-estet tetapi mereka masih ketinggalan walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh Kerajaan. Umpamanya, banyak amanah sahan yang dikeluarkan oleh negeri­negeri dan sahan baru yang dikeluarkan di pasaran terbuka hanya boleh dibeli oleh golongan yang mempunyai wang. Rakyat mi skin tidak akan menikmati faedah ini dan hidup terus tertinggal di belakang. Adalah disyorkan pinjaman tanpa faedah diberi kepada golongan miskin untuk membeli sahan atau membuat perniagaan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Munisamy, "s-a-h-a-m", bukan "sahan".

Tuan K. Munisamy: "Saham", terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, negara sedang ma ju dan taraf hid up rakyat secara umum­nya meningkat. Ban yak kawasan pertanian dahulu berubah menjadi kawasan perindustrian ataupun perumahan. W alaupun pembinaan perumahan begitu pesat tetapi pembinaan perumahan kos rendah adalah masih tertinggal. Satu masa dahulu, Kerajaan telah mengadakan satu polisi untuk membina 800,000 rumah kos rendah tetapi yang kelihatan sekarang adalah pertumbuhan rumah kos sederhana, mew ah dan kondominium. Rakyat miskin di luar bandardan di estet-estetmasih hid up dengan kesusahan dan tanpa rumah. Kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya semua Kerajaan Negeri menyediakan rumah kos rendah yang

mencukupi kepada rakyat berpendapatan rendah adalah kena pada masanya dan harus diikuti oleh semua Kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan perindustrian sedang berlaku dengan pesatnya, ladang-ladang dan kawasan pertanian sedang bertukarmenjadi kawasan perindustrian dan akibatnya para penghuni di kawasan estet terpaksa berpindah dan ramai penghuni estet ini terpaksa tinggal sebagai setinggan. Sehubungan itu, saya mengesyorkan pihak pemaju, perindustrian ataupun majikan estet mengadakan rumah kos rendah untuk golongan pekerja yang miskin di ladang ini supaya mereka dapat bekerja di kawasan perindustrian tersebut dan mengurangkan mas al ah penganggurannya.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pendidikan negara kita, ianya telah maju dan mutunya telah meningkat. Keputusan Kerajaan untuk menambah sebuah lagi universiti di Sabah adalah tepat memandangkan meningkatnya keperluan pendidikan di peringkat "tertiary". Waiau bagaimanapun, Kerajaan harus mengawal dan mengawasi sekolah dan kolej swasta yang tumbuh begitu cepat dan tidak menepati kehendak dan matlamat pendidikan negara. Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mendedahkan kewujudan beberapa sekolah swasta yang menipu dari segi pengiklanan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan infrastruktur, negara maju setapak lagi dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, keretapi transit ringan di Kuala Lumpur dan siapnya Lebuhraya Utara­Selatan. Saya berharap pembinaan infrastruktur tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar tetapi juga di bandar­bandar kecil dan kawasan pedalaman. Dalam hal ini, keputusan Kerajaan untuk membina Empangan Hidro Elektrik Bakun di Sarawak adalah kena pada masanya kerana ia akan membangunkan kawasan pedalaman di Negeri Sarawak.

- ------------- --------

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

llS 9 MEI 1994 116

Tuan Yang di-Pertua, dari segi kesihatan, banyak kemudahan telah disediakan oleh Kerajaan dan klinik swasta juga tumbuh begitu pesat. Mungkin adalah baik kerana dengan negara maju, maka permintaan rakyat terhadap kemudahan kesihatan meningkat. W alau bagaimanapun, Kerajaan hams mengawal dan mengawasi pertumbuhan klinik-klinik swasta supaya benar-benar memberi perkhidmatan mengikut sesuatu standard, dengan izin, dengan peraturan yang telah ditentukan oleh Persatuan Perubatan Malaysia. Terdapat ramai doktor muda yang tidak mempunyai pengalaman membuka klinik dan sekarang wujud pula klinik-klinik yang sedemikian di seluruh negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pertanian, sektor ini terus mengalami pertumbuhan yang lembab dan mungkin akan mengalami masalah jika Kerajaan tidak memberi perhatian yang serius. Kebanyakan kawasan pertanian telah ditukar menjadi kawasan perindustrian dan perumahan. Tanah untuk kegunaan pertanian semakin berkurangan dan ini harus diberi perhatian wajar oleh Kerajaan. Kita tidak boleh bergantung 100% kepada negara asing untuk memenuhi keperluan dalam negeri. Suatu masadahulu kita adalah self-sufficient, dengan izin, dari segi keperluan beras tetapi sekarang kita harus mengimport. Dari segi kesempatan negaraini, harus diberi perhatian yang wajar. Petani-petani dan pekerja-pekerja di estet­estet merupakan golongan yang miskin dan perlu perhatian daripada Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap Kerajaan yang begitu peka kepada masalah penduduk di serata dunia. Kerajaan kita telah menghantarpasukan tenterakita untuk menyertai Pasukan Tentera Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bosnia, Somalia dan Vietnam. Kita juga mengutuk sebarang kekejaman dan pencabulan hak oleh sesiapa terhadap penduduk sesebuah negara.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya menyokong penuh dan mengucapkan syabas dan tahniah di atas Titah Ucapan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.

6.24 ptg.

DatukHaji MohamedNazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Say a juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah disampaikan pada awal bulan April yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi­tinggi tahniah kepada rakan saya, Dato' Mohd. Radzi bin Manan danjuga yang baru dilantik semula untuk menjadi Ahli Dewan Negara pada petang tadi. Apa yang membangga dan menyeronokkan kita ialah bahawa dalam Dewan Negara ini, kita telafi pun ditambahkan dengan dua lagi Ahli Dewan Negara yang menjadi Ahli Dewan Negara Barisan Nasional iaitu Yang Berhormat Tuan Limun Laikim. Saya tan ya kepadadia, "dia parti mana?" Diakata, "dia ahli Barisan Nasional bebas." Dia belum menjadianggotakerabatdalampartiBarisan Nasional. Seorang lagi ialah Yang Berhormat Tuan Frankie Chong Yu Chee juga Senator dari Sabah, sekarang ini menjadi ahli SAPP, sekaligus menjadi Senator Barisan Nasional. Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang telah disebut-sebutkan oleh rakan-rakan kita dalam Dewan Negara, yang pada tiap-tiap sesi menyuarakan pendapat supaya satu hari nanti kita akan menawan Sabah dan juga Kelantan, maka akhirnya, pada bulan Februari yang lepas, kita telah berjaya menawan kembali Negeri Sabah setelah 9 tahun duduk di bawah parti PBS. Kelantan kita baru kalah 4 tahun. Jadi, saya rasa, Ins ya-Allah, kalau kita bekerja bersungguh­sungguh, kita tidak perlu tunggu 9 tahun. Insya-Allah, kita akan dapat tawan Negeri Kelantan kerana jelas bahawa kita mempunyai prestasi dan rekod yang membela rakyat tanpa mengira kaum dan juga pegangan agama dan lain-Iain.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES ' I. · datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi dan pada tarikh yang dinyatakanitu

' I

• 1

r

,-

~

117 9 MEI 1994 118

Tuan Yang di-Pertua, kebetulan telah menyebut Sabah ini, say a ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden Barisan Nasional, dan juga kepada Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden UMNO dan juga Barisan Nasional di atas kejayaan yang telah dicapai, di mana mereka tel ah mengetuai kempen untuk kita menghadapi pilihanrayaNegeri Sabah pada bulan Februari yang lepas. Danjuga tahniah kepada semua Ahli Dewan Negara yang sama-sama telah bergegas pergi ke Sabah untuk kita bersungguh-sungguh mengembalikan Negeri Sabah ini kepada pentadbiran Barisan Nasional.

Saya percaya pengalaman daripada Sabah ini adalah satu kenangan yang manis dan juga pengajaran kepada kita, ahli-ahli politik dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan juga berbilang agama dan fahaman, iaitu kita harus peka dan sensitif kepada kehendak dan keperluan rakyat. Kita tidak boleh fikirkan bahawa apabila kita memerintah dan mentadbir sebuah negeri ataupun negara, kita boleh buat apa kita suka dengan mengambil kira kepentingan kita sahaja tanpa mengambil kira kepentingan rakyat jelata yang memerlukan sokongan dan bantuan Kerajaan kepada mereka.

Say a menyebutkan perkara ini kerana di waktu Yang Berhormat Dato' Pairin pada ketika itu Ketua Menteri Sabah membubar

DICETAKOLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ALORSETAR

PNMB 1998

- ~--- ---- -

Dewan Undangan Negeri Sabah, dia hanya memikirkan kepentingan kedudukan dia. Dia tidak fikirkan ten tang kepentingan orang ramai. Sebab apa saya berkata demikian kerana kebimbangan beliau bahawa kalau dia menunggu sedikit masa lagi, ini akan menyebabkan partinya terjejas, kepentingannya sebagai Presiden kepada parti PBS itu terjejas.

Maka dalam suasana dan ketika yang tidak menguntungkan orang lain untuk mengadakan pilihanraya itu, dia telah memilih kerana kepentingan diri dia untuk mengadakan pilihanraya negeri itu. Apa yang dia telah buat, dia telah mengadakan pilihanraya di waktu dan ketika orang-orang kaum Cina sedang menyambut Tahun Baru Cina. Kita tahu bahawa di waktu Tahun Baru itulah sepatutnya kalau kita sensitif dan peka kepada sebahagian masyarakat negarakita yang terdiri daripada orang Cina, maka kita harus hormat kepada mereka bahawa di waktu ketika dia menyambut hari besar dia, kita tidak sepatutnya mengadakan sesuatu yang boleh menjejaskan sambutan hari raya itu.

Timbalan Yangdi-Pertua: Baik,Datuk Haji Mohamed Nazri, saya ingat sambung besoklah ya. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang .