papillary thyroid cancer

5
PATOFIOLOGI KANSER TIROID Kanser tiroid jenis papilari Pendedahan sinaran radiasi merupakan factor utama yang menyumbang kepada kanser tiroid jenis papilari. Orang ramai mudah didedahkan kepada sinaran radiasi secara eksternal dan internal. Sumber semula jadi radiasi mengion adalah cosmic dan radon. Pendedahan radiasi secara luaran berlaku dengan penggunaan bahan radiasi dan mendatangkan pencemaran persekitaran, pekerjaan dan perubatan. Manakala pernafasan udara dan pengambilan makanan yang dicemari oleh radiasi berpotensi menyebabkan kanser tiroid jenis papilari. FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KANSER TIROID SINARAN RADIASI PEWARISAN GENETIK UMUR JANTINA ETNIK FAKTOR HORMON TABIAT PEMAKANAN SEJARAH KESIHATAN FAKTOR MOLEKUL

Upload: dorcas-chiang

Post on 18-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Good to share.

TRANSCRIPT

FAKTOR HORMON

ETNIKJANTINATABIAT PEMAKANAN

UMUR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KANSER TIROID

SINARAN RADIASI

SEJARAH KESIHATAN PEWARISAN GENETIK

FAKTOR MOLEKUL

PATOFIOLOGI KANSER TIROID

Kanser tiroid jenis papilari Pendedahan sinaran radiasi merupakan factor utama yang menyumbang kepada kanser tiroid jenis papilari. Orang ramai mudah didedahkan kepada sinaran radiasi secara eksternal dan internal. Sumber semula jadi radiasi mengion adalah cosmic dan radon. Pendedahan radiasi secara luaran berlaku dengan penggunaan bahan radiasi dan mendatangkan pencemaran persekitaran, pekerjaan dan perubatan. Manakala pernafasan udara dan pengambilan makanan yang dicemari oleh radiasi berpotensi menyebabkan kanser tiroid jenis papilari. Sinaran-X dan sinaran gamma telah digunakan dalam bidang perubatan untuk tujuan merawat penyakit pembesaran tonsil, jerawat, kulit, adenoid, thymus, eczema, hemangiomas, penyakit kepala, toraks dan leher yang benign (Winship et al. 1970). Pencemaran radiasi dalam persekitaran telah dilaporkan akibat letupan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki, ujian percubaan nuklear pada atmosfera Nevada, Novaja Semlja dan Pulau Marshall serta kebocoran loji janakuasa nuklear di Chernobyl dan Japan. Hasilnya, risiko penduduk setempat yang terdedah kepada radiasi ini mempunyai kanser tiroid papilari adalah lebih tinggi berbanding yang tidak terdedah. Lebih awal umur penduduk terdedah kepada radiasi maka lebih tinggi potensinya mendapat kanser tiroid papilari dalam tempoh masa 10-15 tahun. Faktor molekul juga merupakan salah satu faktor yang mencetuskan perkembangan kanser tiroid papilari. Pertumbuhan sel yang sihat biasanya dikawal oleh faktor pertumbuhan (hormon pertumbuhan dan onkogen) serta faktor perencatan apoptotic dan kitar sel (gen supresor tumor). Gangguan atau ketidakseimbangan fungsi dua faktor ini akan menyebabkan pertumbuhan sel tak normal dan hilang kawalan. Secara umumnya, sinaran radiasi yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan DNA dalam sel-sel badan. Pendedahan radiasi telah dibuktikan akan mengaktifkan penyusunan semula kromosom khususnya pada gen RET (Rearranged during Transfection). Gene RET/PTC akan mengalami penyusunan songsangan paracentric pada kromosom ke-10. Seterusnya, pengfosforilaan tirosin domain TKR (Tyrosine Kinase Receptor) pada proto-onkogen RET. Apabila percantuman domain TK (Tyrosine kinase) dengan bahagian penghujung gen-gen lain yang teraktif, pengaktifan proto-onkogen RET akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan kegagalan aktiviti GTPase dan proses mitosis giat berlaku melalui aktiviti TKR. Onkogen c-MET juga mengekodkan TK yang berfungsi sebagai reseptor faktor pertumbuhan hepatosit (HGF). Pengekspresan gen MET/HGF yang berlebihan (amplifikasi dan perubahan bahagian pengawalaturan gen) berhubungkait dengan karsinoma papilari. Penghasilan reseptor HGF yang banyak akan menambahkan lagi aktiviti TKR. Penyusunan semula gen TRK (gen subfamily TK) juga berkaitan dengan permulaan kanser tiroid papilari. TRK mengekodkan protein TK pada permukaan sel yang berperanan sebagai reseptor untuk faktor pertumbuhan neuron. Proto-onkogen NTRKI menjalankan pengaktifan onkogen melalui penyusunan kromosom di mana bahagian NTRKI 5 digantikan dengan gen teraktif (kadangkala gen tropomiosin juga didapati terlibat dalam proses pengaktifan ini). Sejarah kekeluargaan seseorang juga berhubungkait dengan risikonya menghidapi kanser tiroid papilari. Onkogen RET diwarisi daripada ibu bapa kepada anak. Jadi, seseorang berpotensi tinggi mendapat kanser tiroid papilari sekiranya ibu bapa atau saudara mara mempunyai kanser tiroid papilari sebelum ini. Selain daripada itu, sejarah penyakit goiter, familial adenomatous polyposis (FAP), adenoma paratiroid dan penyakit tiroid benigna dalam keluarga seseorang juga berpotensi untuknya mendapat kanser ini. Pengambilan makanan yang mengandungi iodin juga akan mejejaskan kesihatan tiroid. Sumber iodin banyak didapati dalam makanan laut dan sayuran berdaun simpang empat. Penduduk yang mengambil makanan yang mengandungi kandungan iodin yang tinggi seperti di kawasan Iceland, Japan dan pulau-pulau Pacifik tercenderung menghidapi kanser tiroid papilari.

Kanser tiroid jenis folikel Sinaran radiasi menyebabkan mutasi titik pada onkogen Ras (family N & H ras). Ras mengekodkan monomerik kecil G protein (pengikatan GTP) seperti G-alfa-1 di mana ia menggangu signal mitosis (TSH, EGF, IGF-I) daripada reseptor. Ras juga mengikat dengan GAP (GTPase activating protein) dan seterusnya mengaktifkan aktiviti adenilate cyclase dan saluran ion kalsium. p21-ras membentuk konformasi aktif dan mengaktifkan perkembangan tumor dan protein. Kehadiran onkogen ini juga dapat dikesan dalam penyakit benigna seperti adenoma dan multinodul goiter. Ini telah mencadangkan bahawa pengaktifan ras adalah langkah permulaan kepada perkembangan penyakit malignan. Terdapat laporan yang menunjukkan kekurangan pengambilan makanan iodin dan endemic goiter juga menyebabkan kanser tiroid jenis folikel. Prevalens kehadiran onkogen ras yang positif adalah tinggi di kawasan yang berkurangan makanan iodin. Kanser tiroid jenis folikel adalah lebih berisiko dan prognosis yang kurang baik berbanding dengan jenis papilari. Pesakit yang mengalami adenoma sebelum ini juga berpotensi tinggi mendapat kanser tiroid jenis folikel pada masa akan datang (Fagin 1994).