paparan nilai dalam sistem pemerintahan melayu...

24
1 PAPARAN NILAI DALAM SISTEM PEMERINTAHAN MELAYU MENERUSI SEJARAH MELAYU DAN TUHFAT AL-NAFIS Dr. Arba’iyah Mohd Noor Jabatan Sejarah Universiti Malaya Pengenalan Manuskrip Melayu tradisional seperti Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis banyak menyajikan kisah berbentuk penceritaan dalam ruang waktu dan lingkungan tempat-tempat tertentu. Walaupun demikian ia boleh berubah kepada suatu bentuk interpretasi falsafah apabila segala peristiwa-peristiwa lalu ditafsir secara logik dengan maksud untuk mencari hukum pengatur dan pengendali sesuatu peristiwa tersebut. Untuk tujuan tersebut isu-isu falsafah sejarah sebagai suatu hukum yang terdapat di dalam manuskrip Melayu seharusnya diteliti agar dapat dipaparkan falsafah yang tersimpan di dalamnya. Nilai Murni Asas Kejayaan Pemerintahan Aspek nilai yang merangkumi akhlak dan adab yang terdapat dalam pengajian ilmu tasawwuf telah mempengaruhi hampir keseluruhan pengarang silam 1 termasuk para sejarawan. Rata-rata sejarawan silam merupakan pengarang yang telah mempunyai atau mempelajari sekurang-kurangnya asas ajaran ini sehingga aspek akhlak, adab dan nilai merupakan antara aspek utama kelihatan dalam penulisan mereka. Aspek ini turut dikaitkan dengan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang diterajui oleh pemimpinnya. Jika dilihat melalui karya pensejarahan mereka, aspek nilai begitu ketara dipertekankan dengan tujuan supaya dijadikan pedoman oleh generasi pemerintah akan datang. Misalnya pengarang Sejarah Melayu dilihat cuba memfokuskan bagaimana dengan akhlak baik seseorang pemerintah telah dapat membawa kepada kemakmuran kerajaan Melaka. Sejarah Melayu menggambarkan sifat Sultan Muzaffar Shah yang bukan sahaja sebagai seorang sultan baik budi pekerti, bersifat pemurah, pengampun, adil lagi bijaksana, sentiasa bertanggungjawab terhadap kerajaannya tetapi juga bijaksana sehingga dikasihi oleh rakyat jelata. 2 Sikap bijaksana baginda telah digambarkan melalui penyelesaian masalah perpecahan yang timbul di antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Dalam hal tersebut, isteri baginda iaitu Tun Kudu yang merupakan anak Bendahara Seri Wak Raja dan saudara Paduka Raja telah ditalakkannya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Walaupun terpaksa berkorban menceraikan isteri yang disayanginya namun baginda percaya melalui cara tersebut sahaja permuafakatan dapat dijalinkan semula antara kedua-dua orang besar kerajaan ini. 3 Secara tidak langsung keamanan dapat dicapai apabila kedua-dua pihak mahupun penyokong mereka bersatu kembali. Sikap baik budi pekerti baginda sehingga membawa kejayaan Melaka bukan sahaja disebut oleh pengarang Sejarah Melayu malah turut juga dirakamkan oleh Tome Pires di dalam 1 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 57. 2 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm. 86. 3 Ibid., hlm. 92-93. Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: doankien

Post on 08-Apr-2019

279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

PAPARAN NILAI DALAM SISTEM PEMERINTAHAN MELAYU MENERUSI SEJARAH MELAYU DAN TUHFAT AL-NAFIS

Dr. Arba’iyah Mohd Noor

Jabatan Sejarah Universiti Malaya Pengenalan

Manuskrip Melayu tradisional seperti Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis banyak menyajikan kisah berbentuk penceritaan dalam ruang waktu dan lingkungan tempat-tempat tertentu. Walaupun demikian ia boleh berubah kepada suatu bentuk interpretasi falsafah apabila segala peristiwa-peristiwa lalu ditafsir secara logik dengan maksud untuk mencari hukum pengatur dan pengendali sesuatu peristiwa tersebut. Untuk tujuan tersebut isu-isu falsafah sejarah sebagai suatu hukum yang terdapat di dalam manuskrip Melayu seharusnya diteliti agar dapat dipaparkan falsafah yang tersimpan di dalamnya. Nilai Murni Asas Kejayaan Pemerintahan

Aspek nilai yang merangkumi akhlak dan adab yang terdapat dalam pengajian ilmu tasawwuf telah mempengaruhi hampir keseluruhan pengarang silam1

termasuk para sejarawan. Rata-rata sejarawan silam merupakan pengarang yang telah mempunyai atau mempelajari sekurang-kurangnya asas ajaran ini sehingga aspek akhlak, adab dan nilai merupakan antara aspek utama kelihatan dalam penulisan mereka. Aspek ini turut dikaitkan dengan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang diterajui oleh pemimpinnya.

Jika dilihat melalui karya pensejarahan mereka, aspek nilai begitu ketara dipertekankan dengan tujuan supaya dijadikan pedoman oleh generasi pemerintah akan datang. Misalnya pengarang Sejarah Melayu dilihat cuba memfokuskan bagaimana dengan akhlak baik seseorang pemerintah telah dapat membawa kepada kemakmuran kerajaan Melaka. Sejarah Melayu menggambarkan sifat Sultan Muzaffar Shah yang bukan sahaja sebagai seorang sultan baik budi pekerti, bersifat pemurah, pengampun, adil lagi bijaksana, sentiasa bertanggungjawab terhadap kerajaannya tetapi juga bijaksana sehingga dikasihi oleh rakyat jelata.2 Sikap bijaksana baginda telah digambarkan melalui penyelesaian masalah perpecahan yang timbul di antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Dalam hal tersebut, isteri baginda iaitu Tun Kudu yang merupakan anak Bendahara Seri Wak Raja dan saudara Paduka Raja telah ditalakkannya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Walaupun terpaksa berkorban menceraikan isteri yang disayanginya namun baginda percaya melalui cara tersebut sahaja permuafakatan dapat dijalinkan semula antara kedua-dua orang besar kerajaan ini.3

Secara tidak langsung keamanan dapat dicapai apabila kedua-dua pihak mahupun penyokong mereka bersatu kembali.

Sikap baik budi pekerti baginda sehingga membawa kejayaan Melaka bukan sahaja disebut oleh pengarang Sejarah Melayu malah turut juga dirakamkan oleh Tome Pires di dalam

1 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 57. 2 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm. 86. 3 Ibid., hlm. 92-93.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

2

Suma Orientalnya. Pires menyebut bahawa kejayaan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan terkenal adalah disebabkan oleh rajanya seperti Sultan Muzaffar Shah yang mempunyai sifat yang baik dan adil serta sentiasa mengambil berat untuk memperbaiki keadaan di Melaka.4

Gambaran sikap baginda inilah menyebabkan Melaka beroleh kejayaan sehingga terkenal di seluruh dunia. Semua kenyataan mengenai Melaka ini dianggap benar kerana beliau telah memperolehnya dengan menemuramah beberapa orang Portugis yang ditawan di Melaka pada tahun 1509, mendapat maklumat daripada para pedagang di zaman pemerintahan baginda, penduduk Melaka yang telah lanjut usia dan pernah hidup di zaman baginda di samping memperoleh atau melihat sumber-sumber bertulis selain Sejarah Melayu yang telah dikarang pada ketika itu.

Nilai yang baik turut dipraktikkan dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah yang merupakan seorang sultan yang pemurah, mencintai dan mementingkan ilmu pengetahuan serta bijaksana. Baginda tidak memutuskan sesuatu keputusan dengan sendiri sebaliknya sentiasa mendapatkan nasihat daripada Bendahara Tun Perak5 yang juga merupakan seorang Bendahara yang bijaksana6 dan paling rapat7 dengan baginda. Ini dapat dilihat apabila baginda meminta nasihat Bendahara dalam hal hubungan dengan Mengkasar dan baginda dinasihatkan agar “sebaik-baik pekerjaan tuanku, berbanyak-banyak sahabat daripada seteru”. 8

Hal yang sama turut juga dilakukan ke atas beberapa buah kerajaan seperti Majapahit, Siam dan China9 iaitu dengan menjalin hubungan muhibbah dengan kerajaan-kerajaan tersebut daripada berperang dan akhirnya telah membuahkan hasil sehingga Melaka menjadi sebuah kerajaan yang besar, kuat, makmur dan masyhur serta setanding dengan Pasai dan Haru.10

4 The Suma Oriental of Tome Pires, hlm.243.

Di samping itu, Sultan Mansur Shah juga digambarkan oleh Sejarah Melayu sebagai seorang sultan yang minat terhadap ilmu pengetahuan, bijaksana dan berpegang kuat kepada ajaran agama Islam. Minat terhadap ilmu pengetahuan digambarkan melalui sikapnya yang rajin mempelajari ilmu tasawwuf daripada Maulana Abu Bakar sehingga kitab Durr al- Manzum yang dibawa itu kemudiannya telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan. Selain itu ketekunan baginda dalam mendalami ilmu tasawwuf dapat dilihat terutamanya apabila berlaku suatu permasalahan berkaitan dengan persoalan isi syurga dan neraka. Baginda telah menitahkan Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan akan permasalahan tersebut dan baginda telah memberi ganjaran

5 Tun Perak adalah penghulu di Klang dan ketika Siam cuba menyerang Melaka, beliau telah menggerakkan pengikut dan hulubalangnya ke Melaka bagi menentangan ancaman tentera Siam. Dengan kebijaksanaan beliau menampilkan muslihat dan strategi peperangan maka Melaka telah dapat mematahkan serangan dari Siam. Tun Perak kemudiannya telah dilantik sebagai Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Shah dan terus berkhidmat dengan Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Keterangan lanjut mengenainya sila lihat Muhammad Yusoff Hashim, Tun Perak: Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa, hlm. 2-3. 6 Pada zaman tersebut terdapat tiga orang yang bijaksana dalam kerajaan-kerajaan besar. Ketiga-tiga mereka adalah Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Raja Kenayan di Pasai dan Bendahara Tun Perak di Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 93-94. 7 Hubungan yang rapat di antara Sultan dengan Bendahara Tun Perak disebut oleh seorang penulis Portugis, Tome Pires yang ketika itu berada di Melaka sebagai “…whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy, who is next to the king”. The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 264. 8 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm.100. 9 Hubungan dengan negara-negara ini boleh dilihat melalui teks ini. Ibid., hlm. 107-111, 118-127, 131-137. 10 Ibid., hlm. 106 dan 154.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

3

kepada Makhdum Mua yang telah dapat menyelesaikan persoalan tersebut.11 Keprihatinan baginda terhadap pendidikan masyarakat turut ditunjukkan apabila baginda turut menggalakkan anak Orang-orang Besar belajar ilmu tentang gajah dan kuda serta ilmu bermain segala senjata (ilmu hulubalang) dengan dibiayai oleh baginda sendiri.12

Pendidikan agama yang banyak mengajar nilai-nilai baik begitu terkesan di jiwa Sultan Mansur Shah sehingga baginda cuba mempraktikkan dalam pemerintahannya. Nilai-nilai baik ini turut juga dipertekankan oleh baginda kepada puteranya iaitu Raja Ahmad sebelum kemangkatan baginda dengan mewasiatkan supaya menjadi raja yang sentiasa bersikap adil, tidak mengambil hak rakyat, membantu kepada yang memerlukan dan bermuafakat dengan segala menteri serta orang besar-besar13

ketika menjalankan pemerintahan kerajaan.

Nilai-nilai baik turut dilihat wujud dalam diri Sultan Alauddin Riayat Shah yang dikatakan seorang raja yang suka mendekatkan diri kepada Allah, bersifat adil dan bijaksana dalam pemerintahannya. Dalam menjalankan pentadbiran kerajaan baginda dikatakan seorang yang tegas, adil dan bijaksana. Ketika Melaka mengalami hura-hara akibat kejadian kecurian yang berleluasa, baginda telah keluar bersama Hang Isap menyamar diri untuk melihat sendiri keadaan negerinya di waktu malam. Hasilnya baginda telah berjaya membunuh tiga orang pencuri.14 Dengan berbuat demikian baginda telah dapat mengetahui keadaan sebenar negerinya yang tidak dijaga dengan baik oleh Seri Maharaja sehingga kecurian berlaku dengan begitu berleluasa sekali. Melalui contoh yang ditunjukkan oleh baginda ini telah menyebabkan Seri Maharaja terpaksa menjalankan tugasnya dengan baik, taat, amanah dan semenjak dari itu keadaan negeri telah dapat dipulihkan kembali. Sepertimana Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin juga turut memberi penekanan terhadap nilai-nilai baik seseorang pemerintah seperti penyabar, pengampun dan mengikut hukum syara’ dalam pemerintahan15

kepada puteranya iaitu Raja Mamad (yang kemudiannya bergelar Sultan Mahmud Shah) sebelum kemangkatannya.

Jika dilihat melalui Tuhfat al-Nafis pula, gambaran mengenai zaman keamanan dan kemakmuran hanya dikecapi pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil selama 19 tahun.16

11 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm. 157-161.

Kelihatan Raja Ali Haji tidak menyebut langsung mengenai sebab-sebab yang membawa kemakmuran di zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil sepertimana dilakukan terhadap pemerintahan Yang Dipertuan Muda seterusnya. Cuma kriteria atau ciri-ciri kemakmuran sahaja yang digambarkan seperti ramai rakyatnya, negerinya aman, sentosa dan masyhur. Melalui ciri-ciri tersebut secara rasionalnya menunjukkan bahawa kerajaan yang adil menyebabkan rakyatnya dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di samping ramai pedagang datang berniaga dengan keadaan selesa. Sikap Sultan Abdul Jalil ini turut dirakamkan oleh Alexander Hamilton, seorang nakhoda British yang singgah di Johor pada 1703. Sultan Abdul Jalil digambarkan sebagai seorang raja yang sederhana dan adil sehingga dikasihi oleh Orang-orang Besar serta rakyatnya. Baginda kuat beribadat, jarang keluar dari istananya dan sentiasa berdampingan

12 Sultan Mansur Shah meminta anak tuan-tuan belakar ilmu mengenai gajah dengan Maharaja Dewa Sura iaitu Maharaja Inderapura yang begitu pakar dalam hal ehwal tentang gajah. Ibid. hlm. 106. 13 Ibid., Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm. 172. 14 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm. 174-175. 15 Ibid., hlm.186-187. 16 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 178.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

4

dengan alim ulama. Oleh kerana itu segala urusan berkenaan perdagangan dapat berjalan dengan baik di zaman pemerintahannya.17

Secara umumnya Raja Ali Haji boleh dianggap lebih mendahului sejarawan lain dalam memberi keterangannya terutama dari segi pernyataan terhadap hukum sejarah. Beliau menjelaskan bahawa tertegaknya kerajaan Riau bukan sahaja dengan kekuatan fizikal orang-orang Bugis di samping jumlah mereka yang ramai semata-mata, namun apa yang paling utama ialah aspek agama yang menjadi tunggak utama kepada kejayaan mereka. Ini dapat dilihat melalui paparan beliau mengenai nilai-nilai agama yang telah dipertekankan oleh Yang Dipertuan Muda Raja Ali bin Raja Jaafar dalam pemerintahannya seperti berikut:

…mendatangkan nama kerajaan yang elok dan agama yang teguh…ia sangat suka bermusyawarah beramai-ramai …ia suka mengasihi orang yang alim-alim, serta malu dan hormat kepada mereka itu,…pada masa kerajaannya berdirilah agama Islam (mendirikan Jumaat dan memerintahkan orang perempuan bertudung kepala dan menyempurnakan berbuat masjid…membuatlah pula jambatan…disuruhnya segala pegawai negeri menuntut ilmu perkara ugama dan mengaji kitab-kitab dan belajar membaiki bacaan Quran al-azim. Dan ia sendiri pun suka jua talaba al-ilm….18

Daripada petikan di atas menunjukkan bahawa YDM Raja Ali bukan sahaja cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya tetapi turut menggalakkan masyarakat termasuk golongan pembesar dan diraja mendalami ilmu agama daripada para ulama. Sebagai seorang pemerintah yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, baginda juga turut menegah dan melarang rakyatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama:

…Yang Dipertuan Muda Raja Ali inilah membuang dan melarang(kan)…berjudi dan menyabung (tiadalah boleh lagi, dan segala orang-orang Islam berjudi dan menyabung jika diketahuinya dihukumkannya...puteranya nikah kahwin pun tiada diberinya orang-orang berjudi dan menyabung). Dan jika ada orang jahat-jahat perompak-perompal dihukumnya…terkadang dibunuhnya…supaya yang lain mengambil insaf dan gerun)…bencikan orang bermain-main yang membawa kepada cabul laki-laki dengan perempuan…pada pekerjaan zinah…dan (supaya) jangan jadi cabul negeri.19

Di samping itu, baginda juga dikatakan melarang rakyatnya daripada melakukan amalan khurafat seperti “membawa serahan kepada pulau-pulau yang tujuh”20

17 Buyong Adil, Sejarah Johor, hlm. 89. Alexander Hamilton, hlm. 151-152.

sebaliknya menggalakkan mereka mengusahakan pulau-pulau tersebut seperti mengeluarkan hasil-hasil ladang, kayu-kayan

18 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 609-610. 19 Ibid., hlm. 611. 20 Ibid., hlm. 615.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

5

dan bijih timah untuk dijual kepada para peniaga Cina dan Belanda.21

Melalui usaha menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini setidak-tidaknya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya seterusnya meningkatkan lagi ekonomi mereka.

Sebagai pemimpin yang menjadi contoh dan ikutan rakyatnya, YDM Raja Ali bukan sekadar menekankan nilai-nilai agama dalam kalangan rakyatnya tetapi baginda sendiri turut mendalami ilmu agama, mencintai alim ulama, mendengar nasihat dan sering membaca kitab-kitab mengenai adab.22 Baginda yang merupakan pengikut ajaran tarikat Naqsyabandiah23

menganggap bahawa aspek agama adalah penting dan perlu dititikberatkan oleh seseorang pemimpin serta perlu diletakkan di tempat tertinggi berbanding hal-hal keduniaan. Ketinggian seseorang pemimpin itu adalah melalui ketakwaan mereka kepada Allah dan bukannya mereka yang gemar mengagung-agungkan manusia atau kepercayaan karut. Dengan semangat agama, masyarakat bersatu membentuk perpaduan dan secara tidak langsung kekuatan fizikal dan dalaman akan terbentuk. Paduan antara kekuatan agama dan kesukuan akan menjadi punca kekuatan sehingga dapat membangunkan kerajaan Riau menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan besar sehingga berjaya mengalahkan musuh-musuh yang datang. Dengan wujudnya sikap pemimpin yang baik dan bertakwa, segala kejahatan yang wujud dalam politik seperti kekejaman, ketidakadilan dan sebagainya dapat dibendung dengan mudah sesuai dengan ajaran Islam yang lebih berteraskan keadilan, kejujuran, tanggungjawab dan pembelaan terhadap agama serta rakyatnya. Jelas, Raja Ali Haji cuba memperlihat dan menganjurkan nilai yang seharusnya ada pada diri seseorang pemimpin. Penekanan mengenai aspek nilai bukan sahaja dipaparkan melalui Tuhfat al-Nafisnya tetapi juga melalui beberapa karyanya yang lain seperti Thamarat al-Muhimmah, Muqaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Muluk, Kitab Pengetahuan Bahasa, Gurindam Dua Belas dan Syair Siti Sianah.

Melalui perbincangan di atas menunjukkan para pengarang kedua-dua buah karya ini telah cuba memfokuskan tentang nilai baik seseorang pemimpin yang dikaitkan dengan kemakmuran atau kejayaan sesebuah kerajaan. Tujuan dipertekankan beberapa ciri ini adalah supaya dijadikan panduan utama oleh pemimpin dalam menerajui sesebuah kerajaan. Sesebuah negara yang baik, aman dan makmur akan tergambar melalui masyarakatnya yang baik, bersatu dan berpegang teguh kepada pemimpinnya. Sebaliknya akan berlaku sekiranya keadaan negara menjadi kacau-bilau dan sentiasa berada dalam ketidaktenteraman. Untuk tujuan tersebut seorang pemimpin kerajaan perlu membentuk nilai-nilai baik tertentu dalam menjadikan kerajaannya sebuah negara yang aman dan makmur seperti berpegang kuat kepada agama, berilmu, berwibawa, adil, bijaksana dan berakhlak mulia dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin kerajaan. Nilai-nilai ini yang saling berkait dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kesemua ini dapat dimantapkan dengan asas-asas agama iaitu melalui penerapan ilmu-ilmu yang benar mengenai agama seperti konsep ketuhanan, hari akhirat, akhlak, ilmu, kehidupan, alam dan sebagainya yang merupakan asas agama harus ditanamkan dalam diri setiap insan terutama yang bergelar pemimpin. Pemimpin yang benar-benar faham akan asas agama

21Ibid., hlm. 616-617. 22 Ibid., hlm. 611. 23 Antara amalan tarikat ini ialah melakukan solat berjemaah setiap hari secara beramai-ramai, membaca al-Quran dan mengkhatamkannya pada setiap hari Selasa dan Jumaat, mengamalkan zikir qalbi dan sebagainya. Ibid., hlm.614. Abu Hassan Sham, Syair-syair Melayu Riau, hlm. 39.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

6

inilah yang dapat membina pandangan hidup yang sempurna dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih bijaksana.

Melalui ilmu ini juga akan menyedarkan mereka erti tanggungjawab terhadap Allah,

manusia dan makhluk yang lain. Apabila mereka menyedari akan tuntutan sebagai khalifah di muka bumi ini maka secara tidak langsung mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah yang jujur dan amanah. Selain itu ilmu agama juga dapat membentuk akhlak mulia dalam kalangan pemimpin agar menjadi contoh kepada rakyatnya. Peribadi mulia akan menjadikan seseorang pemimpin itu disayangi oleh rakyatnya dan perpaduan akan dapat dibentuk dengan mudah. Selain itu hubungan muhibbah di antara pemimpin dengan rakyatnya ini akan mendapat keberkatan dan ganjaran baik daripada Allah iaitu akan dikurniakan kemakmuran serta kesejahteraan bagi kerajaan yang diperintahnya.

Ciri yang harus ada bagi seseorang pemerintah ini pernah diungkapkan oleh al-Ghazali

dalam kitab Ihya Ulumuddinnya. Baginya pemimpin perlu ada sifat kebijaksanaan (hikmah), keberanian (syaja’ah) dan kesucian diri (iffah). Kebijaksanaan (hikmah) bermaksud seseorang pemimpin itu harus berpendidikan dan berilmu kerana melalui ilmu ia dapat membandingkan antara suatu perkara yang baik dan buruk. Dasar-dasar agama dan adab sopan perlu ditanamkan bagi melahirkan suatu bangsa yang kuat, berani dan mempunyai semangat kesatuan. Manakala keberanian (syaja’ah) pula dikaitkan dengan pemimpin yang dapat mengawal ruh atau nafsunya. Apabila mereka berjaya mengawal ruh dan nafsunya serta bertakwa kepada Allah maka secara tidak langsung mereka telah dapat menyucikan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang lain. Perangai kesucian diri (iffah) akan menerbitkan sifat-sifat tertentu seperti pemurah, malu, sabar, pemaaf, toleransi, wara’ dan sebagainya. Justeru, apabila pemimpin itu telah mempunyai ketiga-tiga ciri ini maka ia akan dapat melahirkan ciri keempat iaitu keadilan (adil). Bagi mereka yang mempunyai kesempurnaan ciri-ciri ini, maka ia berhak menjadi seorang raja yang ditaati dan dicontohi oleh rakyatnya.24

Kekacauan Nilai Punca Keruntuhan

Menerusi Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis, kelihatan pengarangnya telah membahagikan faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Melayu kepada dua bahagian iaitu faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan Melaka di tangan Portugis25

24 Hal ini dibincangkan oleh al-Ghazali dalam Keajaiban Hati (satu bab daripada Ihya’ Ulumudin ), sila lihat Muhammad al-Ghazali, Keajaiban Hati, Singapura: Pustaka Nasional, 1997, hlm. 144-146.

dan kekalahan Johor-Riau di tangan Belanda adalah disebabkan oleh kekurangan senjata dan kapal perang moden di samping kurangnya taktik peperangan di kalangan orang Melayu. Manakala faktor dalamannya pula adalah berkait dengan kecelaruan nilai seperti sikap (adab dan akhlak) raja-raja atau pemimpin kerajaan di samping kurangnya ilmu pengetahuan serta kewibawaan yang akhirnya mengundang kepada kejatuhan sesebuah kerajaan. Walaupun faktor luaran dikenalpasti, namun faktor dalaman ini begitu dipertekankan oleh kedua-dua sejarawan agar dijadikan pedoman dan tatapan generasi akan datang.

25 Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kejatuhan Melaka sepertimana terdapat dalam dokumen Portugis seperti sikap belot Nina Chatu (kemudian dilantik sebagai ketua kepada semua ceti dan Kling) dan Utimutiraja (seorang pedagang Jawa yang kaya dan begitu berkuasa sehingga Sultan Mahmud gentar kepadanya). M.J. Pintado (translation), Portuguese Documents on Malacca 1509-1511, no. 10. hlm. 109 dan hlm. 335, 351, 337.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

7

Melalui Sejarah Melayu dapat dilihat bahawa pengarangnya cuba memaparkan impak atau kesan daripada kekacauan nilai iaitu setiap sikap buruk seseorang pemimpin atau raja itu akan membawa kepada malapetaka kepada kerajaannya. Misalnya Singapura telah diserang Majapahit melalui perlambangan serangan todak disebabkan oleh sikap kejam Paduka Seri Maharaja yang sanggup membunuh seorang wali Allah bernama Tuan Jana Khatib26 tanpa usul periksa terlebih dahulu 27 selain sikap kejam anaknya iaitu Raja Iskandar Shah yang sanggup menyula anak Sang Rajuna Tapa.28 Keadaan ini telah memalukan Sang Rajuna Tapa dan beliau bertekad untuk membalas dendam terhadap kekejaman Raja Iskandar yang tidak menyelidiki terlebih dahulu fitnah terhadap anakya. Disebabkan itu maka beliau sanggup bersikap belot dan meminta Majapahit menyerang Singapura. Peperangan tersebut berlarutan selama sebulan dan Singapura digambarkan begitu tenat sekali sehingga bekalan beras telah kehabisan menyebabkan mereka mengalami kekalahan di dalam peperangan tersebut.29

Begitu juga pengulangan sejarah turut berlaku ketika kesultanan Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada ketika ini penghayatan dari segi agama telah semakin kurang dan tidak dititik beratkan oleh baginda serta golongan pembesarnya. Walaupun ayahandanya, Sultan Alauddin Riayat Shah pernah mewasiatkan kepada Sultan Mahmud supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan tidak membunuh sesuka hatinya kerana akibatnya akan membawa kebinasaan kepada kerajaannya,30 namun nasihat tersebut tidak dihiraukan. Di samping itu wasiat berupa nasihat daripada Tun Perak kepada baginda sebelum kematiannya supaya jangan membuat sesuatu mengikut hawa nafsu kerana “banyak raja-raja yang besar-besar dibinasakan Allah kerajaannya” disebabkan terlalu menurut hawa nafsu syaitan,31 juga hanya tinggal sebagai wasiat sahaja. Pada masa yang sama guru agama tidak lagi dihormati malah telah dipersenda oleh sesetengah para pembesarnya. Misalnya sikap Orang Kaya Seri Rama yang sering mabuk lalu ditegur oleh Makhdum Sadar Jahan telah menyebabkan berlaku sedikit pertelingkahan antara mereka. Begitu juga Tun Mai Ulat Bulu yang ditegur ketika sedang belajar agama dengan Makhdum Sadar Jahan telah mempermainkan gurunya ini sehingga menimbulkan kemarahan oleh Makhdum sendiri.32

Disebabkan tidak menghayati dan mementingkan agama dalam kehidupannya, Sultan Mahmud dikatakan telah dikuasai oleh sikap dan akhlak buruk sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama. Misalnya baginda sanggup bersekedudukan dengan isteri Tun Biajid33 ketika suaminya pergi ke Merba, ingin bersekedudukan dengan Tun Dewi,34

26 Tuan Jana Khatib berasal dari Pasai dan mahir dalam ilmu ghaib. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm. 67.

27 Sikap tanpa usul periksa juga turut dilakukan buat kali keduanya oleh Paduka Seri Maharaja. Baginda dikatakan telah membunuh seorang budak pintar yang berjasa disebabkan rasa iri hatinya serta mendengar nasihat daripada golongan yang kurang bijaksana. Ibid., hlm. 68-69. 28 Sang Rajuna Tapa adalah Bendahari kepada Raja Iskandar Shah. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan telah diambil oleh Raja Iskandar sebagai gundiknya. Disebabkan Raja Iskandar terlalu menyayanginya, gundik-gundiknya yang lain sanggup melakukan fitnah mengatakan anak Sang Rajuna Tapa telah melakukan perbuatan jahat sehingga beliau telah dicanggai di hujung pasar. Ibid., hlm.69-70. 29 Ibid., hlm. 70. 30 Ibid., hlm. 186-187. 31 Ibid., hlm. 191. 32 Ibid., hlm.246-247. 33 Tun Biajid adalah anak Laksamana Hang Tuah. Beliau pergi ke Merba kerana Merba berada di bawah pengawasannya. Semasa beliau ke Merba, Sultan Mahmud telah menodai isterinya dan disebabkan marah dengan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

8

mengambil Tun Teja35 yang merupakan tunangan kepada Sultan Abdul Jamal di Pahang36 dan melarikan gajah kenaikan Sultan Abdul Jamal Pahang.37 Selain itu baginda juga dikatakan sanggup membunuh saudaranya iaitu Raja Zainal38 kerana iri hati dengan ketampanan wajahnya serta sikapnya yang baik hati sehingga disenangi oleh ramai wanita.39 Baginda juga secara terburu-buru telah melakukan pembunuhan ke atas keluarga Bendahara Tun Mutahir40 tanpa usul periksa disebabkan fitnah yang telah dilakukan oleh Si Kitul dan Raja Mendaliar.41

Dengan kematian Bendahara yang tidak berdosa ini telah melemahkan lagi kedudukan politik Melaka kerana Bendahara yang dilantik kemudiannya dianggap kurang berwibawa dalam menjalankan tanggungjawabnya. Sikap buruk yang telah menguasai diri dan akal Sultan Mahmud sehingga tiada siapa berani menghalang kehendaknya menyebabkan baginda dibenci oleh rakyatnya.

Sultan Mahmud Shah yang dikatakan sering bersikap angkuh42

sikap sultan tetapi tidak sanggup menderhaka kepada baginda, beliau telah mentalakkan isterinya dan berhenti daripada berkhidmat dengan sultan. Ibid., hlm. 193.

dilihat kurang berwibawa dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran. Walaupun baginda begitu berkuasa tetapi baginda lebih suka berseronok dan mementingkan darihal menambahkan kekayaan hartanya daripada mengendalikan pentadbiran kerajaan. Baginda dikatakan lebih gemar berperang dan melakukan

34 Semasa Sultan Mahmud hendak ke rumah Tun Dewi, didapati Tun Ali Sandang berada di sana. Baginda telah menitahkan Tun Isap supaya membunuh Tun Ali Sandang. Ketika Tun Isap ditangkap untuk dibunuh oleh Seri Wak Raja, Sultan Mahmud telah melepaskannya kerana baginda sebenarnya telah menitahkannya untuk pembunuhan tersebut. Ibid., hlm. 194. 35 Tun Teja Ratna Menggala adalah anak kepada Bendahara Pahang iaitu Seri Amar Bangsa Diraja. Ibid., hlm. 221. 36 Hang Nadim telah mengupah seorang wanita pelulut dengan emas dan kain baju yang banyak bagi memujuk Tun Teja agar bersetuju mengikut beliau ke Melaka untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah. Ibid., hlm. 224-231. 37 Gajah yang bernama Ai Kening telah dilarikan ke Melaka kerana Sultan Mahmud bimbang gajah tersebut akan digunakan oleh Sultan Pahang untuk melanggar Melaka. Sultan Mahmud telah menitahkan hulubalangnya untuk melarikan gajah tersebut dan Laksamana Khoja Hassan telah berjaya menyahut tugasan tersebut. Ibid., hlm.231-233. 38 Menurut Tome Pires, Raja Zainal Abidin (Raja Falim) adalah ayahanda kepada Raja Abdullah (Raja Kampar) dan merupakan seorang yang baik hati. Apabila Sultan Mahmud melihat sepupunya itu keluar berjalan dengan diiringi oleh ramai pengikutnya, maka baginda merasa irihati dan bimbang Raja Zainal akan mengambil alih kerajaan daripadanya. Oleh kerana itu maka baginda telah meracun Raja Zainal supaya baginda dapat berkuasa sepenuhnya. Manakala Sulalatus Salatin menyebut bahawa Raja Zainal telah ditikam oleh Hang Berkat atas titah perintah Sultan Mahmud Shah. Armando Cortesao, (ed.tsd.), The Suma Oriental of Tome Pires, hlm.254. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 235-236. 39 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 235-236. 40Selain Bendahara Tun Mutahir, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali iaitu suami Tun Fatimah turut dibunuh oleh Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara atas titah perintah Sultan Mahmud Shah. Ibid., hlm. 257-258. 41Si Kitul yang berhutang dengan Raja Mendaliar telah membuat fitnah dengan memberitahu Raja Mendaliar bahawa Bendahara telah berpakat dengan Nina Sura Dewana hendak membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendaliar telah mengkhabarkan hal tersebut kepada Laksamana Khoja Hassan dan berpakat untuk memberitahu kepada sultan. Tanpa usul periksa di samping dendamnya kepada Bendahara kerana tidak mempersembahkan Tun Fatimah kepada baginda sebelum dinikahkan dengan Tun Ali, Sultan Mahmud telah menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara membunuh Bendahara dan ahli keluarganya. Ibid., hlm 255-259. 42 Baginda dikatakan sering bersikap angkuh dan sombong dalam banyak kejadian sehingga Albuquerque tidak dapat bertahan dan berhasrat memulakan serangan terhadap Sultan. Orang-orang Portugis bersetuju agar baginda dihukum dan keangkuhannya diturunkan. M.J. Pintado (translation), Portuguese Documents on Malacca 1509-1511, no. 137, hlm. 325 dan no. 143, hlm. 327.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

9

kekerasan terhadap negeri-negeri seperti Pahang, Kampar dan Inderagiri berbanding raja-raja sebelumnya yang lebih gemar menjalankan hubungan diplomasi. Tidak hairanlah hal ini telah menyebabkan sesetengah mereka sanggup berpihak kepada Portugis43 untuk mendapatkan perlindungan dan sesetengahnya pula sanggup membantu Portugis menyerang Sultan Melaka itu.44 Malah Raja Abdullah iaitu Raja Kampar yang merupakan anak saudara dan menantu baginda juga sanggup bertindak menjalin hubungan persahabatan dengan Portugis sehingga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Bendahara oleh Alfonso de Albuquerque setelah kematian Nina Chatu. 45

Baginda juga dikatakan kurang pengetahuan dalam hal-ehwal pentadbiran sehingga Bendahara yang dilantiknya adalah dalam kalangan mereka yang lemah peribadi seperti Bendahara Putih dan Bendahara Tepok46 yang bersikap tidak amanah dan sentiasa boros dalam menggunakan harta kerajaan. Sejarah Melayu menggambarkan Bendahara Putih sebagai seorang yang boros dan suka membazir melalui perwatakannya yang sering menukar dan membuang dian (lilin) walaupun lilin tersebut masih panjang sejengkal. Selain itu beliau juga dikatakan sering menukar tikarnya sekiranya terdapat hanya dua tiga lubang sahaja.47 Bendahara Putih yang juga kurang berwibawa, bersikap zalim dan sentiasa bermusuh dengan para pedagang bukan Islam48

turut disebut oleh Lopes de Castanheda dalam dokumen Portugis.

43 Antara mereka yang sanggup membuat perjanjian damai bagi mendapatkan perlindungan Portugis untuk membolehkan mereka berdagang di Melaka ialah para pedagang dari Jawa, Minangkabau, Maharaja Siam, Raja Abdullah (Raja Kampar) dan beberapa negeri-negeri jiran yang lain. M. J.Pintado (translation), Portuguese Documents on Malacca 1509-1511. no. 284, hlm. 275 dan no. 288, 291, 292 hlm. 277. 44 Menurut dokumen Portugis, pedagang China dikatakan sanggup menawarkan pertolongan kepada Alfonso de Albuquerque kerana mereka mendakwa sering ditindas oleh Sultan dan barang dagangan mereka juga turut dirompak selain ingin mendapatkan perlindungan daripada Portugis. Walau bagaimanapun Albuquerque mengucapkan terima kasih di atas tawaran pertolongan tersebut dan tidak menerima tawaran tersebut kecuali beberapa perahu daripada jong untuk memudahkan tenteranya turun ke pelabuhan. Ibid., no. 23 hlm. 423. 45 Hal ini menyebabkan Sultan Mahmud bertindak menyerang Kampar kerana ingin menyekat usaha untuk melantik Raja Abdullah sebagai Bendahara. Untuk tujuan tersebut baginda telah meminta bantuan Bintan dan Lingga untuk menyerang Kampar. Pihak Portugis telah membantu Raja Abdullah dalam serangan tersebut dan Raja Abdullah berjaya dibawa ke Melaka untuk diberi jawatan tersebut. MISC 25 (9), Malacca Historical Events, chapter VII, hlm. 57-62. 46 Sifat buruk dan boros Bendahara Tepok digambarkan ketika menghadapi hidangan bersama-sama anak cucunya. Walaupun telah tua dan tidak bergigi namun beliau masih mempunyai nafsu makan yang tinggi sehingga dikatakan beliau boleh menghabiskan segantang nasi, searai susu, secupak sakar dan seekor ayam. Anak cucunya juga turut digambarkan sebagai orang-orang yang suka dengan sifat boros terutama apabila meminta garam sebanyak dua kali, mereka dikatakan telah sengaja menumpahkan dan membuang garam tersebut. Selain itu anaknya iaitu Tun Biajid Sasar juga mempunyai akhlak yang buruk iaitu suka menghabiskan wang Bendahara dengan membeli pelbagai benda, merampas harta orang lain dan memperlekehkan ayahnya sendiri. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu., hlm.260-262. 47 Ibid., hlm 191-192 dan 204. 48 Tun Perpatih Putih telah dilantik oleh Sultan Mahmud Shah sebagai bendahara Melaka bergelar Bendahara Putih setelah Bendahara Tun Perak meninggal dunia. Dokumen Portugis juga menyebut bahawa beliau adalah bapa saudara kepada Sultan Mahmud Shah. Pires menyebut bahawa Bendahara Putih dan anaknya iaitu Tun Hassan akhirnya telah dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah dengan kerisnya sepertimana dilakukan terhadap Raja Bongsu dan lain-lain lagi. Buyong Adil, The History of Malacca: During the period of the Malay Sultanate, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, hlm. 50. Portuguese Documents on Malacca 1509-1511, M.J. Pintado (translation), no. 68. hlm. 87. Lihat juga The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 254.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

10

They appointed a Sultan of their own, the one who was reigning (when the Portuguese came to Malacca), who was so powerful that he rejected the suzerainty of the monarch of Siam…The Sultan, after he found himself at peace and lord of the town, cared only to enrich himself and enjoy a good life, and entrusted the government to one of his uncles, a great tyrant and an enemy of all who were not Muslims.49

Dengan ketiadaan Bendahara yang bijaksana serta Orang Besar-besar yang kuat dan bersatu hati menyebabkan Melaka tidak mampu melawan kemaraan tentera Portugis sehingga menyebabkan Sultan Mahmud Shah dan keluarga serta para pengikutnya terpaksa mengundurkan diri ke Johor50

pada 1511. Hal ini begitu berbeza jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan sultan-sultan sebelumnya yang telah melantik Tun Perak yang bijaksana, berani dan berwibawa sehingga berjaya menjadikan Melaka sebagai kerajaan terkuat serta disegani di rantau ini.

Sikap Sultan Mahmud yang lebih mementingkan kekayaan hartanya dan tidak menjalankan pentadbiran dengan baik telah menyebabkan hal yang sama turut dilakukan oleh Orang Besar-besar di zaman pemerintahannya. Misalnya Bendahara Seri Maharaja semasa hayatnya digambarkan sebagai seorang yang paling kaya di Melaka51 dan kekayaan beliau ini dapat dilihat melalui gambaran beliau membenarkan anak cucunya bermain dengan emas. Disebabkan kekayaan ini maka beliau dikatakan bersikap sombong dan menganggap golongan hamba sebagai golongan yang rendah lagi hina.52

Kekayaan yang menjadi kemegahan dan kesombongan beliau ini juga menyebabkan banyak pihak tidak menyenanginya sehingga menyebabkan beliau difitnah dan akhirnya dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah.

Di samping itu, amalan memberi dan menerima rasuah turut berlaku dalam kalangan orang-orang besar Melaka. Amalan menerima rasuah dapat dilihat ketika para pengikut Temenggung Tun Hassan menerima rasuah daripada para peniaga di bandar.53

49 M.J. Pintado (translation), Portuguese Documents on Malacca 1509-1511, no. 65, hlm. 87.

Penerimaan rasuah dalam kalangan orang suruhan tidak hairan berlaku kerana pegawai-pegawai atasan juga turut melakukannya. Antara mereka ialah Laksamana Khoja Hassan yang sanggup menerima rasuah sepuluh kati emas, permata dan pakaian cantik daripada Raja Mendeliar semata-mata untuk turut sama melakukan fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja yang dikatakan akan

50 Sultan Mahmud Shah 1 menuju ke Batu Hampar manakala anaknya Sultan Ahmad telah berundur ke hulu Muar dan diam di Pagoh. Apabila Pagoh diserang Portugis, Sultan Ahmad dan ayahandanya telah berundur ke hulu Muar lalu ke Penarikan dan terus ke Pahang. Di Pahang mereka telah disambut baik oleh Sultan Mansur Shah dan ayahandanya Sultan Abdul Jamal. Semasa berlindung di Pahang, Sultan Mansur Shah Pahang telah dikahwinkan dengan puteri Sultan Mahmud Shah I iaitu Raja Hatijah (puterinya ni adalah hasil perkahwinan dengan isterinya yang berasal daripada Kelantan). Melalui perkahwinan Raja Hatijah dan Sultan Pahang ini mereka telah memperolehi dua orang puteri iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi. Kemudiannya Sultan Mahmud telah berpindah ke Bintan dan akhirnya mangkat di Kampar. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. hlm. 270, 277, 284-285, 287. 51 Dokumen Portugis juga menyebut bahawa Bendahara merupakan seorang yang kaya, zalim dan sering menekan para pedagang di Melaka. M.J. Pintado (translation), Portuguese Documents on Malacca 1509-1511, no. 75, hlm. 89. 52 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 253. 53 Ibid., hlm. 254.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

11

merampas takhta kerajaan daripada Sultan Mahmud Shah.54 Amalan menerima rasuah ini dipercayai berlaku disebabkan ketiadaan sistem gaji bulanan yang ditetapkan oleh pemerintah. Mereka hanya diberi hak kewilayahan dan beberapa peratus daripada cukai yang diterima daripada para pedagang asing.55

Disebabkan itu maka gejala rasuah dalam kalangan pegawai atasan semakin berleluasa sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan ganjaran harta dunia.

Disebabkan oleh keengkaran Sultan Mahmud Shah mengambil berat terhadap wasiat daripada ayahandanya dan Bendahara, bersikap mementingkan diri sendiri, angkuh, sombong dan suka berfoya-foya, tidak mengendahkan hal-ehwal para pegawainya serta tidak mahu belajar daripada sejarah silam maka telah menyebabkan kemerosotan yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Melaka. Kenyataan ini bukan sekadar digambarkan oleh pengarang Sejarah Melayu malah turut juga disebut oleh Tome Pires dan pemberi maklumat seperti para pedagang dan orang-orang yang berada di Melaka ketika itu.56

Dalam membincangkan perihal kerajaan Johor-Riau-Lingga pula, Raja Ali Haji menerusi Tuhfat al-Nafis telah mengkritik sikap Raja Haji yang dikatakan telah membuat perjanjian dengan Gabenor Belanda57 dan menerima habuan daripada kompeni Belanda sekiranya beliau dapat merampas atau menangkap atau memberitahu tentang kehadiran musuh-musuh kepada Belanda. Raja Haji dikatakan berhak menuntut bahagiannya daripada Belanda sepertimana termaktub di dalam perjanjian mereka kerana rampasan tersebut berlaku di perairan Riau.58 Malangnya perjanjian tersebut telah diingkari oleh Residen Belanda di Riau. Residen dan Gerrid Pangal tanpa memberitahu Gabenor Belanda telah mengambil kesemua hasil rampasan tersebut untuk dibahagikan dengan Kapten Perancis yang menawan kapal Inggeris di Perairan Pulau Bayan.59 Keadaan ini menyebabkan Raja Haji marah kerana tidak memperolehi bahagiannya60

54 Ibid., hlm. 256.

dan memulangkan kesemua surat perjanjian kepada Gabenor Belanda. Pada masa

55 Zainal Abidin Abdul Wahid, “Empayar Melaka Sepintas Lalu” dalam Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, disusun oleh Zainal Abidin Abdul Wahid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 25. 56 The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 253-254. 57 Gabenor Belanda di Melaka ketika ini ialah Pieter Geraldas de Bringu dan Residen bagi kepulauan Riau pula ialah Gerrid Pangal. P.J. Begbie, The Malayan Peninsula, hlm. 65. 58 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam,hlm. 399. 59 Menurut Netscher, Kapten kapal Perancis iaitu Mathurin Barbaron telah mendapat keizinan daripada gabenur Melaka untuk menyerang kapal-kapal musuh dan hasilnya dibahagi di antara Belanda dengan Perancis. Pada 16 Februari 1782 Barbaron telah meninggalkan Melaka lalu berlabuh di Teluk Riau dan menjumpai kapal British bernama Betsy dipimpin oleh Kapten Robert Geddes yang memuatkan 1154 peti candu. Barbaron tidak mengetahui apakah Raja Haji membenarkan jika kapal tersebut dirampas dari dermaga. Beliau telah berunding dengan Raja Muda melalui perantaraan seorang haji dan mereka telah dapat menawan kapal Betsy lalu membawanya ke Melaka pada 15 Mac. Tidak lama selepas itu Raja Haji menghantar surat kepada gabenur Melaka kerana menentang keras atas perampasan kapal tersebut dan menuntut bahagiannya tetapi gabenur tidak bersedia memberi bahagian Raja Haji sehingga menyebabkan Raja Haji merasa marah lalu tercetus peperangan di Teluk Ketapang yang membawa kepada kemangkatannya. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 399. P.J. Begbie, The Malayan Peninsula, hlm. 65. Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm.294-329. Vos Reinout, Gentle Janus, Merchant Prince, hlm. 137-138. 60 Menurut surat yang dihantar kepada Kapten Toger Abo dan Christian Frederick menyebut bahawa Raja Haji telah menuntut dari pihak Belanda satu perempat daripada bahagian nilai kapal Betsy yang telah ditawan oleh Kapten Perancis itu dan akan bertindak mengancam pihak Belanda sekiranya beliau tidak memperolehi bahagiannya

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

12

yang sama Raja Haji telah difitnah dan dikatakan akan menyerang Belanda di Melaka sehingga menyebabkan Belanda terpaksa menghantar kelengkapan askarnya ke Riau.61 Pada 1783, askar Belanda telah dapat menawan istana YDM dan mengawal Kuala Riau di samping tidak membenarkan mana-mana perahu pedagang62 masuk ke Riau. Hal ini telah menyebabkan Raja Haji merasa marah dan menyiapkan angkatan bagi menyerang askar Belanda di perairan Riau. Akhirnya Belanda telah mengalami kekalahan setelah kapal Malak Suar Far meletup dan ramai askarnya yang meninggal dunia.63 Angkatan Belanda telah dipanggil pulang ke Melaka64 kerana angkatan Bugis dari Selangor dan Rembau telah menyerang Melaka.65

Selain itu Raja Ali Haji juga cuba mengaitkan kepincangan sesebuah kerajaan dengan “sikap batin” manusia sama ada di kalangan pemimpin mahupun rakyatnya. Bagi beliau, disebabkan kurang menekankan aspek-aspek agama dalam kehidupan manusia maka sifat-sifat buruk akan terus menguasai diri sendiri. Misalnya “sebab batin” yang menyebabkan peperangan di antara orang Bugis dengan Melayu berlaku kerana sikap suku Melayu yang didalangi oleh Raja Kechil, Terengganu (Tun Dalam). Tun Dalam iaitu Yang Dipertuan Terengganu yang merupakan ketua bagi suku Melayu

66 dikatakan telah berpakat dengan Kapten Glass untuk mencari punca perkelahian di Kuala Riau supaya orang-orang Riau membenci pihak Belanda. Sebagai upahnya beliau telah menyerahkan seorang anak angkatnya berbangsa Cina yang telah diislamkan kepada Kapten tersebut.67

walaupun terpaksa mengadaikan nyawanya. Lihat surat tersebut dalam lampiran XXXII, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm., LXXXIX.

Tindakan Raja Kechil Terengganu ini adalah kerana tidak berpuashati terhadap Sultan Sulaiman yang terlalu memberi keistimewaan kepada suku Bugis berbanding suku Melayu atas alasan suku Bugis merupakan orang luar (bukan suku Melayu). Tuhfat al-Nafis menyebut bahawa salah faham yang telah ditimbulkan oleh Raja Kechil Terengganu ini kembali reda setelah Sultan Sulaiman menceritakan bagaimana baginda

61 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 401. Presiden bagi kehakiman Belanda iaitu Francis Lenckner telah dikirimkan dari Melaka bagi mengarahkan 17 buah kapal kecil dan 600 tentera untuk menyerang Riau. P.J. Begbie, The Malayan Peninsula, hlm. 66. 62 Antara perahu dagang yang datang berniaga di Riau ialah para pedagang British yang membeli rempah ratus dan serbuk emas. CO 273/1, Keterangan tentang polisi British terhadap Selat Melaka oleh Major James Low, bab 1. 63 Virginia Matheson Hooker, Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 406. Menurut Netscher sekiranya kapal Malak Far Suar (Malaka’s Welvaren) tidak meletup sudah pasti riau akan jatuh ke tangan Belanda. Dari kapal tersebut hanya dua orang Eropah dan tujuh orang Bumiputera yang terselamat, manakala yang lainnya meninggal dunia. Setelah itu Kapten Abo dan ahli dewan yang lain berbincang untuk menarik semula sekatan terhadap Riau dan kembali ke Melaka. Ini kerana mereka bukan sahaja telah kehilangan kapal besar di samping kerosakan kapal-kapal mereka yang lain malah tenaga askar mereka telah berkurangan kerana sakit mahupun yang gugur. Pada 24,26,27 Januari 1784 berturut-turut kapal-kapal mereka berlabuh di Melaka. Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm., 318-319. 64 CO 273/1, Keterangan tentang polisi British terhadap Selat Melaka oleh Major James Low, bab 1. 65Gabenur Melaka telah mengutus surat kepada Piter Jakub Pemberam ke Riau mengatakan Melaka telah diserang oleh Yang Dipertuan Selangor. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 407. 66 Menurut sumber Belanda, seorang pegawai Kastam Melaka iaitu Avrij Verbrugge yang dihantar ke Riau pada 1759 menyebut bahawa ketika beliau sampai ke Riau, Sultan Sulaiman berada dalam keadaan uzur manakala Bendaharanya dikatakan terlalu lemah sehingga menyebabkan Raja Kechil Terengganu mengambil alih tugas kerajaan. Beliau telah meminta pihak Belanda menghantar sebuah kapal untuk mengawasi Riau dan pelabuhannya daripada pendudukan semula suku Bugis di Riau. Raja Kechil Terengganu telah pulang ke Terengganu pada 1759 selepas menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan tandatangan daripada pihak Belanda sebagai sokongan melawan Bugis. Sultan Sulaiman mangkat sebelum misinya terlaksana diikuti pula puteranya Raja Abdul Jalil. Lewis, Dianne, “The Dutch East India Company and the Straits of Malacca 1700-1784”, hlm. 203. 67 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm. 400.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

13

terhutang budi kepada suku Bugis yang telah membantu mendapatkan semula takhta kerajaan Johor daripada tangan Raja Kechil Siak.68

Walaupun keadaan mulai reda, namun Raja Kechil Terengganu masih menyimpan sikap dengki terhadap suku Bugis dan berhasrat menyingkirkan mereka dari Riau.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah III, Raja Kechil Terengganu telah menghasut Datuk Bendahara, Temenggung dan suku Melayu lain agar membenci suku Bugis serta beberapa kali berpakat membuat fitnah supaya suku Bugis dapat dikeluarkan daripada kerajaan Johor Riau dengan pelbagai cara sekalipun.69 Untuk mencapai hasrat menyingkir Bugis dari Riau maka Raja Kechil Terengganu dikatakan telah mengirim surat kepada Gobenor di Melaka pada 5 Mac 178470 dan memberitahu Belanda bahawa Raja Haji telah membuat persiapan untuk menyerang Melaka.71 Baginda bersama Raja Indera Bongsu dan Datuk Bendahara Pahang telah berpakat dengan kompeni Belanda di Melaka, Betawi dan British di Benggal, Madras dan Silung untuk mencari kesalahan agar nama suku Bugis tercemar dan Sultan Mahmud tidak lagi berada di bawah telunjuk suku Bugis.72 Mereka juga telah meminta bantuan Belanda dan British untuk menyerang dan menghalau keluarga Raja Haji dan orang-orang Bugis dari Riau.73 Fitnah yang dilemparkan terhadap Raja Haji dan suku Bugis dan komplot mereka ini akhirnya telah menjadikan keadaan Riau bertambah hura-hara semula.74

Dengan “sebab zahir dan batin” inilah yang disebut oleh Raja Ali Haji sebagai “sebab kegeruhan negeri itu (dan sebab kerosakannya)”75 sehingga Bugis di Riau dan Selangor telah diserang oleh Belanda yang berpengkalan di Melaka yang akhirnya membawa kepada kemangkatan Raja Haji di Teluk Ketapang serta kekalahan Selangor di tangan Belanda. Peperangan tersebut bukan sahaja membawa kesan sampingan kepada penduduk setempat kerana kesukaran mendapatkan beras dan barang makanan lain disebabkan kapal-kapal pedagang sukar untuk masuk berdagang di perairan Selat Melaka,76

tetapi membawa kepada kesan yang lebih buruk lagi apabila berlaku pemecahan kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824.

68 Ibid., hlm. 268-272. 69 Buyong Adil, Sejarah Johor, hlm.109. 70 R.O Winstedt, “A History of Johore”, hlm. 73. 71 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm. 401. 72 Ibid., hlm. 390-391, 400. 73 Pada ketika ini Bugis telah diharamkan di Riau dan Belanda telah mengizinkan Sultan Mahmud III untuk menetap di Riau tetapi baginda akan berada di bawah perlindungan Belanda. Sultan Ibrahim dari Selangor telah mengundurkan diri ke Pahang dan Raja Ali (anak Daeng Kemboja) pula telah berundur dari Riau ke Mempawah. Pada Julai 1784, Bendahara Tun Abdul Majid telah membantu Sultan Ibrahim menyerang Belanda yang telah menguasai Selangor. Bendahara Tun Abdul Majid telah mengirim seramai dua ribu orang untuk membantu Sultan Selangor menyerang Belanda di Kuala Selangor. Dengan kejayaan mereka menyerang Belanda secara mengejut di Selangor akhirnya mereka telah dapat mengambil semula negeri tersebut dari tangan Belanda. Setelah orang Belanda kalah, mereka telah mengundurkan diri ke Melaka dan Sultan Ibrahim dapat berkerajaan semula di Selangor. Aruna Gopinath, Sejarah Politik Pahang, 1880-1935, hlm. 29. Buyong Adil, Sejarah Pahang, hlm. 107-108. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam,hlm. 391 74 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm. 281,282-288, 303, 401. 75 Ibid., hlm. 399. 76 Ibid., hlm. 402.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

14

Selain itu Raja Ali Haji turut menyebut mengenai komplot Siak iaitu Yamtuan Muhammad Ali dalam peperangan Bugis menentang Belanda di Selangor. Bagi beliau sikap dendam dan kecewanya Yamtuan Muhammad Ali terhadap Syed Jaafar, Selangor yang telah mengambil Tengku Ambung sebagai isterinya menyebabkan baginda ingin membalas dendam terhadap Syed Jaafar.77 Yamtuan Muhammad Ali bersama anak saudaranya iaitu Syed Ali bin Usman telah berkomplot dengan Belanda untuk membantu mereka menyerang Selangor sebaik sahaja mendengar berita bahawa Belanda hendak menyerang Selangor.78 Raja Ali Haji menyebut bahawa disebabkan keinginan membantu dan mendapatkan “harta dunia”79 telah mendorong Yamtuan Muhammad Ali bersama Syed Ali bin Usman ke Melaka pada 14 Mei 1784. Mereka bersama-sama dua belas kapal dengan 200 askarnya berjanji memberi bantuan kepada Belanda untuk menentang Bugis walaupun pihak Belanda merasa ragu-ragu dan berhati-hati di atas bantuan mereka itu.80 Kemudian mereka bersama-sama van Braam telah belayar ke Selangor dan menyerang Selangor pada 2 Ogos 1784.81 Setelah Selangor mengalami kekalahan, van Braam telah menyingkir Sultan Ibrahim daripada takhta pemerintahan Selangor. Yamtuan Muhammad Ali dikatakan telah merampas segala harta orang-orang Selangor untuk dibawa pulang ke Siak manakala Syed Ali pula telah menggelarkan dirinya sebagai Yang Dipertuan Selangor.82

Di samping itu, sikap kurang wibawa seseorang pemimpin juga akan membawa kepada kemerosotan sesuatu pemerintahan. Misalnya Sultan Mahmud Shah III yang masih muda dan kurang berwibawa dalam mengendalikan hal pentadbiran tidak dapat menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku di antara suku Bugis dengan Melayu malah keadaan ini menjadi semakin tegang dan meruncing terutama dalam hal pemilihan jawatan Yang Dipertuan Muda. Suku Melayu berhasrat memilih Raja Jaafar (anak Raja Haji) menjadi Yang Dipertuan Muda manakala suku Bugis melantik Raja Ali (anak Daeng Kemboja) memandangkan beliau yang lebih tua berbanding anak-anak raja Bugis yang lain. Di sebabkan kurang wibawa dalam mentadbir kerajaan maka telah berlaku huru-hara di masa pemerintahan baginda. Antaranya ialah peristiwa kebakaran Kampung Cina, perbalahan di antara suku Melayu dengan Bugis menyebabkan orang-orang Besar83 dari suku Melayu yang diketuai oleh Raja Tua (Encik Andak) telah merampas kuasa YDM pada 1784.84

77 Muhammad Yusoff Hashim (diselenggarakan), Hikayat Siak, hlm. 188.

Sultan Mahmud Shah III yang lemah ini dan terpaksa akur

78 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm.418. 79 Ibid., hlm.411. R.O Winstedt, “A History of Johore”, hlm. 73. 80 Beberapa kali gabenur Melaka meminta bantuan dari pihak Melayu di Riau dan Minangkabau Siak tetapi pihak Riau tidak langsung menghantar bantuan ke Melaka. Hanya Siak sahaja memberi bantuan setelah menerima surat daripada gabenur Melaka. Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. 324-325. Menurut Hikayat Siak, Raja Haji mengutus surat kepada Tengku Musa tetapi Tengku Musa mengatakan bahawa Siak adalah sahabat Belanda. Apabila gabenur Melaka mengirim surat kepada Yamtuan Muhammad Ali meminta bantuan dari Siak maka Yamtuan Muhammad Ali telah menyiapkan perahu lalu ke Melaka membantu gabenur Melaka. Lihat juga Muhammad Yusoff Hashim (diselenggarakan), Hikayat Siak, hlm. 187. 81 R.O Winstedt, “A History of Johore”, hlm. 74. 82 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 419. Muhammad Yusoff Hashim (diselenggarakan), Hikayat Siak, hlm. 188. 83 Mereka ialah Bendahara Abdul Majid, Temenggung dan Raja Indera Bongsu. Buyong Adil, Sejarah Johor, hlm. 141. 84 Raja Tua bukan sahaja merampas istana YDM Raja Ali dan rumah-rumah peranakan Bugis tetapi turut merampas semua harta peninggalan YDM Raja Ali di istananya. Harta tersebut dianggap menjadi miliknya. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 422. Namun dalam surat penyerahan Riau bertarikh 1 November 1784, menyebut

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

15

serta tunduk kepada suku Melayu menyebabkan keadaan Riau menjadi tegang sehingga YDM Raja Ali terpaksa keluar meninggalkan Riau bersama beberapa pengikutnya lalu ke Sukadana dan Mempawah.85

Sikap kurang berilmu dalam kalangan pemimpin juga akan menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingannya sendiri tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi kelak. Keadaan ini akan menyebabkan pihak luar mudah mengambil kesempatan untuk turut campurtangan seterusnya mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Misalnya setelah Belanda berjaya mengusir orang Bugis dalam peperangan antara mereka pada 29 Oktober 1784, Riau telah diserahkan oleh van Braam kepada Sultan Mahmud III pada 1 November 1784. Antara isi kandungannya ialah Sultan Mahmud III dibenarkan menduduki takhta kerajaannya, suku Melayu boleh terus memiliki harta benda mereka, orang-orang Cina yang telah membantu Bugis melawan Belanda dibenarkan terus memiliki harta benda mereka tetapi dihukum membayar dua puluh ribu ringgit kepada Belanda dan segala pembiayaan peperangan Belanda terhadap Raja Haji akan ditanggung oleh pihak sultan sendiri.86 Disebabkan terhutang budi dengan pertolongan Belanda menyingkirkan suku Bugis dari Riau, baginda terpaksa menandatangai surat pengakuan dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Belanda pada 10 November 1784. Antara isi kandungan syarat-syarat tersebut ialah kerajaan Riau telah menjadi milik Belanda kerana diperolehi secara sah sebagai hasil peperangan, Riau tidak boleh memakai gelaran YDM dan pegawai kerajaan berketurunan Bugis serta sekalian Bugis yang bukan dilahirkan di Riau dikehendaki meninggalkan Riau. Selain itu Kompeni Belanda bebas berniaga disebarang tempat di dalam kerajaan Johor dan rakyat Johor juga bebas berniaga di tempat-tempat dalam pemerintahan Melaka.87 Perjanjian tersebut dianggap merugikan pihak Riau kerana melalui perjanjian tersebut maka kedaulatan sultan semakin berkurangan88 dan kuasa pentadbiran kerajaan telah berada di dalam tangan Belanda. Antara tahun 1784-1787, Johor, Riau dan Pahang masih berada di bawah pengaruh Belanda sehingga mereka terpaksa patuh kepada kuasa Belanda.89

bahawa semua barang-barang yang ditinggalkan atau dijumpai kepunyaan Bugis perlu diserahkan kepada komandan Belanda. Lihat surat penyerahan Riau dalam lampiran XXXIIa, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. CII.

85 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 421. Ketika singgah di Lingga, YDM Raja Ali sempat menulis surat kepada Raja Tua menyatakan penyesalannya kerana pasukannya terlambat tiba dan mengancam akan kembali ke Riau pada suatu hari nanti. Kemudian beliau telah mendarat ke Mempawah dan ke Sukadana. Di sini beliau telah berhubungan dengan Kompeni British menulis surat kepada gabenur British di Bengal menyatakan persahabatannya dengan British dan permusuhannya dengan Belanda sehingga terpaksa berpindah ke Sukadana. Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. 365-366. 86 Surat-surat Perjanjian antara Kesultanan Riau dengan Pemerintah VOC dan Hinda-Belanda 1784-1909, hlm. 4-9. Lihat juga surat yang sama dalam lampiran XXXIIa, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. CI-CIV. 87 Untuk keterangan syarat-syarat selanjutnya sila rujuk surat-surat perjanjian di antara van Braam dengan Sultan Mahmud Shah III pada 1 November 1784 dalam Surat-surat Perjanjian di antara Kesultanan Riau dengan Pemerintah VOC dan Hinda-Belanda 1784-1909, hlm. 10-31. Lihat juga surat yang sama bertarikh 2 November 1784 dalam lampiran XXXIII, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. CIV-CXVI. 88 Sultan Mahmud III terpaksa menandatangani perjanjian tersebut kerana mendapat tekanan kuat daripada pihak Belanda ketika itu. Hasan Basri (penyusun), Daik: Kota Sejarah dan Budaya, hlm. 4. 89 Tuhfat al-Nafis menyebut bahawa Residen Belanda begitu berkuasa di Riau sehingga segala yang dimintanya seperti kayu-kayan dan pekerjaan membaik pulih negeri dilakukan dengan keras. Beliau juga dikatakan sering menyebut hutang Sultan Mahmud berulang-ulang kali sehingga menyebabkan berlaku perselisihan faham dan perkelahian antara mereka. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 430. Menurut perjanjian 2 November

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

16

Sikap kurang wibawa dan berilmu Sultan Mahmud III lebih jelas dapat dilihat apabila baginda meminta bantuan Bendahara Pahang untuk memeterai satu lagi perjanjian dengan Belanda Pada 7 Februari 1787, dengan harapan akan dikembalikan semula kedudukannya yang lalu. Antara isi perjanjian tersebut ialah Sultan Mahmud akan menyerahkan pentadbiran Riau kepada Belanda dan baginda akan bebas dari kawalan Raja Tua, Raja Bendahara, Raja Temenggung dan Raja Indera Bongsu. Selain itu kapal-kapal pedagang Cina terpaksa membayar cukai kepada Belanda dan tidak dibenarkan memberi sebarang hak berdagang di Pahang.90 Perjanjian tersebut tidak mengguntungkan Sultan Mahmud malah memperlihatkan keagungan Belanda di perairan Melayu. Disebabkan kuasa Belanda semakin kuat dan telah menguasai Riau, Sultan Mahmud III terpaksa menghantar surat kepada British untuk meminta pertolongan bagi menyingkirkan Belanda dari jajahan takluk Johor-Riau-Pahang.91 Baginda juga turut meminta lanun Raja Tempasok menyerang Belanda di Tanjung Pinang pada 1787 dan mereka berjaya mengalahkan Belanda sehingga sesetengah mereka terpaksa mengundurkan diri semula ke Melaka.92 Pada 1788, baginda telah berangkat dari Lingga ke Pahang untuk berjumpa Bendahara Tun Abdul Majid.93 Dari Pahang, baginda telah mengutus surat kepada Raja Tempasok untuk menyerang Belanda di Melaka melalui Pahang namun permintaannya tidak mendapat perhatian dari Raja Tempasok. Sultan Mahmud terpaksa ke Terengganu pada 1787 untuk meminta bantuan Raja Kechil, Terengganu mengikhtiarkan jalan perdamaian di antara baginda dengan Belanda di Melaka.94 Sementara menunggu keputusannya baginda telah berangkat pulang ke Pahang. Disebabkan tidak mendengar sebarang berita dari Terengganu maka Sultan Mahmud pun pulang ke Lingga.95

Akhirnya pada 1795, Belanda telah menyerahkan semula Riau kepada Sultan Mahmud dengan mengikut perjanjian lalu yang telah dibuat pada 10 November 1784.

Keadaan menjadi lebih buruk lagi setelah kemangkatan Sultan Mahmud III di Lingga pada 1812 yang membawa kesan yang lebih besar iaitu pepecahan kerajaan Johor-Riau-Lingga.

1784 fasal 14, pihak Belanda memang berhak dan bebas untuk mengambil kayu-kayan dari mana-mana hutan kawasan Johor dan Pahang tanpa perlu membayar cukai. Lihat fasal 14 dalam dalam lampiran XXXIII, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm.CX. 90 Lihat isi kandungan surat perjanjian 7 Februari 1787 dalam lampiran XXXIV, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. CXVI-CXXIII. 91 SSR A 20: Penang Consultations. Surat Residen Melaka (Cracrof) kepada Gabenor Pulau Pinang (R. Fullerton) 26 April 1825. Dalam suratnya kepada Francis Light pula bertarikh 10 November 1787, baginda menceritakan tentang sebab yang membawa kepada permusuhan Riau dengan pihak Belanda kerana terjadinya peperangan antara mereka dan serangan orang Ilanun ke Riau sehingga menyebabkan mereka dipersalahkan oleh pihak Belanda. Surat Sultan Mahmud Shah III kepada Francis Light pada 29 Muharram 1202 (10 November 1787). Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. 373-374. 92 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 430-432. 93 Buyong Adil, Sejarah Pahang, hlm. 110 94 Surat Sultan Mahmud Shah III kepada Francis Light pada 29 Muharram 1202 (10 November 1787). Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865, hlm. 374. 95 Menurut Tuhfat al-Nafis, Yang Dipertuan Terengganu iaitu Sultan Mansur telah mengutus surat kepada Peter Jacob van Braam untuk mendamaikan Sultan Mahmud III dengan Belanda tetapi van Braam membalasnya dengan begitu kasar sekali kerana marahkan Sultan Mansur. van Braam menganggap bahawa Sultan Mansur yang menjadi punca menyebabkan berlakunya perang Linggi, perang Melaka dan perang Riau yang akhirnya membawa kepada kerosakan negeri Riau. Disebabkan malu dan menyesal dengan perbuatannya yang membawa kepada kemarahan Belanda itu, maka Sultan Mansur hanya mendiamkan diri dan tidak mahu meyampaikan surat dari van Braam kepada Sultan Mahmud Shah III. Disebabkan tiada keputusan dari Terengganu, maka Sultan Mahmud Shah terpaksa pulang ke Lingga. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 444-445.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

17

Perpecahan ini didapati telah mula berlaku ketika Tengku Abdul Rahman hendak dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya Sultan Mahmud Shah III lagi.96 Namun perlantikan tersebut telah menimbulkan perselisihan kerana Engku Puteri (Raja Hamidah bt. Raja Haji)97 iaitu isteri keempat Sultan Mahmud Shah III tidak mahu menyerahkan alat-alat kebesaran diraja (regalia)98 dan mengiktiraf Tengku Abdul Rahman sebagai sultan sedangkan alat kebesaran itu sepatutnya menjadi lambang kekuasaan seseorang sultan.99 Dalam bantahan yang dibuat, Engku Puteri100 menyatakan bahawa Sultan Mahmud selalu menginginkan putera sulungnya iaitu Tengku Hussin sebagai penggantinya.101 Perselisihan terus berlaku antara kedua adik beradik ini dan Tengku Hussin berusaha dari hari ke hari, tahun ke tahun untuk menuntut haknya tetapi tidak berjaya.102 Tengku Hussin telah meminta bantuan daripada mertuanya iaitu Bendahara Tun Ali di Pahang. Bendahara telah menyiapkan angkatan perangnya tetapi kemudiannya menolak permintaan tersebut kerana British telah memberi amaran kepada Bendahara agar tidak turut campurtangan dalam hal-ehwal negeri Riau-Lingga. Pada 1822, Gabenur Belanda (Adriaan Koek), Pesuruhjaya Belanda (Timmerman Thjissen) di Melaka bersama para pengikutnya telah datang ke Pulau Penyengat dan mengambil alat kebesaran secara paksa daripada Engku Puteri.103

96 Ibid., hlm.490-491.

97 Raja Hamidah (Engku Puteri) adalah anak kepada Raja Haji Fisabilillah dan juga kekanda kepada Raja Ahmad (ayah Raja Ali Haji). Engku Puteri telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah III pada 1218H dan Pulau Penyengat telah dijadikan emas kahwinnya kepada Engku Puteri dengan dilengkapi istana serta kota-paritnya. Mulai saat itu Pulau Penyengat menjadi milik Raja Hamidah dan adik-beradiknya serta mereka bebas mengambil segala hasil daripadanya. Manakala negeri Lingga adalah milik Tengku Abdul Rahman (Raja Jumaat) atau digelar Si Komeng. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 479-480 98 Menurut Tengku Husin, alat-alat kebesaran diraja seperti cogan regalia kerajaan Lingga-Riau dan keris disimpan di Muzium Nasional Jakarta, nobat pula disimpan di Amsterdam manakala tali nobat disimpan di rumahnya di Tanjung Pinang. Penerangan oleh Tengku Husin bin Tengku Saleh semasa Majlis Bicara Sejarah di Replika Balairung Seri Istana Damnah, Daik Lingga, 4 April 2006 jam 4 petang. 99 Netscher menyebut bahawa Sultan Abdul Rahman merasa kesal kerana sebagai raja di sebuah kerajaan besar, baginda kehilangan tanda-tanda kebesaran. Oleh itu pada 1821 baginda telah berangkat dari Lingga ke Terengganu dengan alasan melaksanakan pernikahan, namum sebenarnya bermaksud tidak akan kembali ke Lingga selagi alat kebesaran kerajaan belum dikembalikan ke tangannya. Lihat keterangan di dalam bahasa Belanda yang telah diterjemah oleh Hasan Junus dalam Engku Puteri Raja Hamidah Pemegang Regalia Kerajaan Riau, hlm. 22. Lihat juga SSR A 39: Penang Consultations. Surat Residen Konsular Singapura kepada Gabenor Pulau Pinang J. Anderson, 3 Oktober 1827. Terlampir surat Residen Konsular Singapura (Kolonel Farquhar) kepada Setiausaha Kerajaan, 12 Februari 1820. 100 Perkahwinan Engku Puteri dengan Sultan Mahmud tidak mendapat sebarang zuriat dan Raja Hamidah telah menganggap Tengku Hussin seperti anaknya sendiri. Engku Puteri begitu rapat dengan Tengku Hussin berbanding Tengku Abdul Rahman. Oleh kerana itu beliau cenderung memilih Tengku Husin sebagai sultan. Manakala hubungan Yamtuan Muda Raja Jaafar (adik Engku Puteri) dengan Tengku Hussin pula tidak baik menyebabkan beliau lebih cenderung memilih Tengku Abdul Rahman sebagai sultan baru. Ini kerana semasa muda Raja Jaafar pernah jatuh cinta dengan Encik Bulang bt. Engku Muda Temenggung Raja Melayu tetapi cintanya terhalang. Encik Bulang telah dikahwinkan oleh ayahnya dengan Tengku Husin menyebabkan hubungan Tengku Husin dan Raja Jaafar sentiasa dingin. Hasan Junus, Engku Puteri Raja Hamidah, hlm. 17, 56. PJ. Begbie, The Malayan Peninsula, hlm. 76, 79. 101 Sebelum kemangkatan Sultan Mahmud Shah, baginda telah menetapkan bahawa anaknya Tengku Long sebagai gantinya. Lihat SSR A 39: Penang Consultations. Surat Residen Konsular Singapura kepada Gabenor Pulau Pinang J. Anderson, 3 Oktober 1827. Terlampir surat Residen Konsular Singapura (Kolonel Farquhar) kepada Setiausaha Kerajaan, 12 Februari 1820. 102 SSR A 39: Penang Consultations. Surat Residen Konsular Singapura kepada Gabenor Pulau Pinang J. Anderson, 3 Oktober 1827. Terlampir surat Residen Konsular Singapura (Kolonel Farquhar) kepada Setiausaha Kerajaan, 12 Februari 1820. 103 Bendahara Pahang mengatakan bahawa beliau tidak bersama-sama YDM Raja Jaafar dan Tengku Abdul Rahman bagi mendapatkan alat-alat kebesaran daripada Engku Puteri malah tidak menyokong tindakan YDM Riau. Walau

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

18

Dengan penyerahan alat kebesaran tersebut kepada Tengku Abdul Rahman maka Tengku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Pahang-Riau-Lingga pada 1823.104 Disebabkan Sultan Abdul Rahman dan YDM Raja Jaafar berada di bawah naungan Belanda,105 maka Stamford Raffles telah memutuskan untuk mengiktiraf Tengku Hussin sebagai sultan baru Johor-Singapura. Pada ketika itu menyaksikan kerajaan Johor-Riau-Lingga terpecah kepada dua bahagian iaitu kepulauan Riau-Lingga berada dalam pengaruh dan penguasaan Belanda106 manakala Johor-Singapura telah berada di dalam pengaruh British.107 Akhirnya Pahang yang berada di bawah pegangan Bendahara telah menarik diri daripada Riau-Lingga, Singapura dan Johor dan membentuk kesultanannya sendiri. Setelah berlaku pemecahan kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga melalui perjanjian Inggeris-Belanda yang termetri pada 17 Mac 1824, Temenggung Abdul Rahman telah membantu Sultan Hussin di Singapura dalam menjalankan hal-hal pentadbiran. Semenjak itu Residen Crawfurd cuba mencari tipu helah untuk menjadikan Singapura milik British sepenuhnya. Crawfurd telah menahan wang pembayaran saraan bulanan kepada Sultan Hussin dan Temenggung selama tiga bulan berturut-turut sehingga menyebabkan mereka kesempitan wang dan terpaksa berhutang. Pada 2 Ogos 1824, Pulau Singapura telah diserahkan kepada Kompeni British kerana kesempitan wang yang dihadapi oleh Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman untuk melunaskan hutang-hutang mereka.108 Keadaan ini telah menyebabkan Sultan Hussin terpaksa berpindah ke Melaka dan kemudiannya mangkat di Umbai Melaka. Manakala Temenggung Abdul Rahman telah diiktiraf sebagai Temenggung Johor dan membangunkan Teluk Belanga sebagai kawasan kerabatnya.109

bagaimanapun beliau bersetuju supaya alat-alat kebesaran tersebut diserahkan kepada YDM memandangkan YDM adalah saudara kepada Engku Puteri. Ini kerana adalah sukar untuk mendapatkan alat kebesaran tersebut daripada Engku Puteri walaupun beliau sendiri telah tiga kali mencubanya tetapi gagal. Badriyah Haji Salleh, Warkah al-Ikhlas 1818-1821, hlm. 18. Lihat juga dua pucuk surat daripada Kolonel William Farquhar kepada Dato’ Bendahara Pahang bertarikh 29 Ogos 1821 dan 10 Zulhijjah 1236 (1823) dalam Warkah al-Ikhlas 1818-1821, hlm. 221-224.

104 Hasan Junus, Engku Puteri Raja Hamidah. hlm.50-51. 105 Sultan Abdul Rahman dan Yamtuan Muda Raja Ja’afar di Riau telah membuat perjanjian pada 6 Februari 1819 dan bersetuju berada di bawah pengaruh Belanda supaya British dapat menduduki Singapura. Buyong Adil, Sejarah Johor,hlm. 170 106 Pihak Belanda telah membuat perjanjian baru dengan Sultan Abdul Rahman selepas termeterinya perjanjian Inggeris- Belanda pada 17 Mac 1824 itu. Antara isi kandungannya ialah fasal 3 yang menyebut bahawa Sultan Abdul Rahman dan para pembesar berjanji akan taat setia kepada Raja Belanda dan Gabenur Jenderalnya. Sultan Abdul Rahman juga diminta membantu Belanda apabila pihak Belanda memerlukannya. Dalam fasal 4 pula menyebut apabila Sultan mangkat hanya keturunannya sahaja yang akan menggantikannya. Jikalau tiada keturunannya maka takhtanya tidak boleh diserahkan kepada pembesar kecuali dengan persetujuan Pemerintah Tinggi Hindia belanda. Fasal 7 pula menyebut bahawa di bawah sultan ialah Raja Muda yang harus berasal dan dipilih dari keturunan pangiran Bugis dengan gelaran Yang Dipertuan Riau dan bersemayam di Pulau Penyengat. Lihat perjanjian di antara pemerintah tinggi Hindia Belanda dengan Sultan Abdul Rahman Shah ibn Sultan Mahmud Shah pada 29 Oktober 1830 dalam Surat-surat Perjanjian antara Kesultanan Riau dengan Pemerintah VOC dan Hinda-Belanda 1784-1909, hlm. 67-87. Lihat juga perjanjian yang sama terlampir dalam lampiran XL, Netscher.E., Belanda Di Johor dan Siak 1602-1865,hlm. CLI-CLXII. 107 Nicholas Tarling, British Policy in the Malayan Peninsula and Archipelago 1824-1871, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1969, hlm. 427. 108 Buyong Adil, Sejarah Johor,hlm. 180-181. Sultan Hussin yang tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap Pulau Singapura menganggap bahawa Riau dan Pahang masih di bawah kekuasaan Johor. Keadaan ini tidak menyenangkan hati Sultan Abdul Rahman dan Bendahara Pahang. SSR B 9: Surat Gabenor Pulau Pinang (R. Fullerton) kepada Setiausaha Kerajaan di London, 15 Oktober 1827. 109 Melalui perjanjian tersebut Kompeni British bersetuju membayar kepada Sultan Johor, waris atau penggantinya sebanyak $ 20,000 dan Temenggung, waris dan penggantinya sebanyak $15,000. Selain itu Sultan Hussin juga akan menerima pampasan sebanyak $33,000 dengan gaji bulanannya berjumlah $1,300 manakala Temenggung akan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

19

Selain itu akhlak buruk raja sebagai pemerintah Johor juga turut difokuskan oleh pengarangnya sebagai sebab membawa kepada kemerosotan kerajaan. Misalnya Sultan Mahmud Muzaffar Shah di akhir pemerintahannya telah mula menunjukkan sikap buruknya sehingga Raja Ali Haji menyifatkan faktor sikapnya ini telah membawa padah kepada kerajaan Johor-Riau seterusnya. Misalnya baginda dikatakan tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar seperti lebih gemar berfoya-foya di Singapura dan beberapa tempat lain “yang menyalahi pada adat istiadat perjalanan raja-raja”. Sikap berfoya-foya ini dianggap oleh Raja Ali Haji sebagai “kurang patut dan kurang indah kepada (nama) raja-raja” dan boleh memburukkan imej kerajaan.110 Walaupun telah dinasihati oleh wakil Yamtuan Muda iaitu Raja Ali yang “kurang berkenan” dengan sikap baginda ini supaya baginda lebih mementingkan kerajaannya dalam memperbaiki dan meramaikan negerinya tetapi nasihat tersebut tidak dihiraukannya.111 Di samping itu, baginda juga dilihat lebih gemar bersahabat dengan seorang Parsi bukan Islam bernama Cursetjee, mendampingi pergerakan Kristian yang digelar sebagai Freemason, bermewah-mewahan dan memelihara beberapa ekor anjing yang besar-besar di istananya sepertimana dilakukan oleh orang-orang Eropah.112

Di samping itu, sikap baginda yang dikatakan sering berselisih faham dengan YDM Raja Abdul Rahman dan juga Residen Riau113 serta tidak suka mendengar nasihat daripada orang-orang yang lebih tua. Walaupun baginda kemudiannya telah menyesal akan perbuatannya dan telah membuat sumpah setia dengan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman114 namun baginda tetap mengulangi perbuatan buruknya itu. Ini dapat dilihat apabila baginda tidak menghiraukan nasihat Residen Riau serta Orang-orang Besar serta berselisih faham115 dengan mereka terutama ketika melantik Engku Haji Muda Raja Abdullah116

menerima pampasan sebanyak $ 26,800 dengan gaji bulanan sebanyak $ 700 seumur hidup. Mardiana Nordin, ‘Politik Kerajaan Johor 1718-1862’, hlm. 71. Abdullah Zakaria Ghazali, Istana dan Politik Johor 1835-1885, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1997, hlm. 22.

sebagai Yang Dipertuan Muda Riau. Ini kerana baginda mahu mereka memilih menantunya iaitu Raja Muhammad

110 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm. 599. 111 Ibid., hlm.597-598, 599. 112 Ibid, hlm.618. 113 Hal yang sama juga turut diperkatakan oleh wakil Belanda Mr. Loudon ketika melawat Maharaja Siam, Chow Phya Sri Suriwongs pada Mac 1862 . Beliau telah mengesahkan bahawa Sultan Mahmud Muzaffar Shah telah diturunkan daripada takhtanya kerana baginda tidak mengambil berat mengenai hal-ehwal kerajaanya, suka keluar negeri dan tidak mendengar nasihat daripada pihak Belanda walaupun telah beberapa kali dinasihati. Surat Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh) kepada Setiausaha Kerajaan India, 26 Julai, 1862. Terlampir terjemahan surat daripada Menteri Hal-ehwal Luar Negeri (Chow Phya Phraklang) kepada Konsular British di Bangkok (Sir Robert H. Schomburgh), 23 Ogos, 1862, CO 273/5, hlm. 582. 114 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm. 601-602. 115 Perselisihan di antara baginda dengan Residen bertambah buruk lagi apabila baginda meminta kesemua wang hasil Riau sedangkan wang tersebut adalah milik Yang Dipertuan Muda. Residen meminta baginda segera melantik Yang Dipertuan Muda untuk diserahkan wang tersebut sepertimana dalam perjanjian fasal enam belas yang pernah ditandatangani tetapi baginda hanya berdiam diri lalu ke Singapura tanpa memutuskan keputusannya. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 624. 116 Raja Abdullah berkahwin dengan Tengku Tengah iaitu puteri Sultan Abdul Rahman Shah dan mendapat empat orang anak lelaki. Setelah Tengku Tengah mangkat, beliau berkahwin pula dengan anak Laksamana (Lingga). Kemudian beliau mempelajari saraf dan nahu bahasa Arab, ilmu fiqh, usuluddin dan tasawwuf dengan Raja Ali Haji. Kemudian beliau telah ke Mekah mengerjakan haji dan menuntut ilmu agama dan al-Quran di Mekah. Apabila pulang dari Mekah, beliau membawa bersama-sama dengannya dua orang ulama bernama Syeikh Ahmad Jibrati dan Tuan Syahab al-Din (anak Syeikh Muhammad Arsyad Banjar). Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 593-594, 600.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

20

Yusuf sebagai Yang Dipertuan Muda Riau walaupun Raja Muhammad Yusuf sendiri tidak bersetuju dengan hasrat baginda itu.117 Raja Ali Haji juga menganggap bahawa “pekerjaan dan perbuatan Sultan Mahmud Muzaffar Shah menjadi perkara besar di belakangnya”.118 Dengan lain perkataan bahawa sikap buruk baginda ini telah membawa kepada penurunan baginda daripada takhta pemerintahannya119 oleh pihak Belanda pada 1857. Selepas penurunannya daripada takhta pemerintahan, kehidupannya telah menjadi tidak tentu haluan. Baginda dikatakan telah cuba berkomplot mendapatkan pengaruh daripada negeri-negeri jiran bagi mendapatkan semula haknya sebagai Sultan Johor dan Pahang,120 menjadi dalang mengganggu ketenteraman serta menghasut Wan Ahmad mendapatkan haknya di Endau dan Kuantan.121 Untuk tujuan tersebut, baginda telah ke Pahang bersama-sama Sultan Baginda Omar122 dan turut terlibat di dalam perang saudara di antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad.123 Setelah itu baginda telah ke Siam kerana ingin bertemu Maharaja Siam walaupun tidak dibenarkan oleh Sultan Terengganu sehingga timbul khabar angin yang mengatakan bahawa Maharaja Siam ingin menurunkan Sultan Terengganu secara paksa daripada takhta pemerintahannya124 lalu diganti oleh Sultan Mahmud.125

Setelah menetap selama beberapa bulan di Siam,126 baginda telah menaiki kapal stim Maharaja127 untuk pulang melawat bondanya128 yang telah menetap di Terengganu.129

117 Raja Muhammad Yusuf mahu Raja Abdullah menjadi Yang Dipertuan Muda memandangkan beliau lebih tua daripadanya, sudah biasa dalam mengendalikan hal-hal berkenaan pemerintahan dan mempunyai ilmu dalam bidang syariat dan adat istiadat. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 622-623.

Walaupun

118 Ibid., hlm.626. 119 Ibid., hlm. 515. 120 SP 12 125/18, Keterangan daripada Prosiding Negeri-negeri Selat oleh Orfeur Cavenagh, Gabenur Negeri-negeri Selat, 20 Oktober 1863. 121 CO 273/5, Surat Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh) kepada Setiausaha Kerajaan India, 19 Julai 1861. Lihat juga surat daripada Bendahara Pahang (Wan Mutahir) kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh), 20 Julai 1861 mengenai penyerangan angkatan Wan Mutahir terhadap Wan Ahmad sehingga menyebabkan pengunduran Wan Ahmad ke Kemaman dan Terengganu. 122 Dalam surat Kolonel O.Cavenagh menyebut bahawa Sultan Terengganu (Sultan Omar) secara diam-diam telah menyokong Wan Ahmad dan pada masa yang sama jelas baginda juga turut merasa bersalah kerana telah mensia-siakan tugasnya sebagai pemerintah dan persahabatannya dengan British sehingga sanggup membenarkan sempadannya dijadikan tempat operasi penyerangan ke atas Pahang. Beliau terpaksa berbuat demikian kerana hasutan daripada Sultan Mahmud Lingga. Surat daripada Gobenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavenagh) kepada Konsular di Bangkok, 29 Oktober 1862. 123 SP 12 125/18, Keterangan daripada Prosiding Negeri-negeri Selat oleh Orfeur Cavenagh, Gabenur Negeri-negeri Selat, 20 Oktober 1863, hlm. 71, 74. 124 Menurut E. Netsher yang mendapat maklumat daripada wakilnya di Riau berkata raja-raja Siam mempunyai niat untuk menyingkirkan Sultan Terengganu daripada tanahnya kerana baginda enggan bertemu dengan mereka. Raja-raja Siam telah menghantar Sultan Mahmud dengan memberi mandat atau kuasa kepadanya terhadap Terengganu. CO 273/5, Surat Residen Riau (E. Netsher) kepada Gabenur Negeri-negeri Selat, 16 Julai 1861. 125 SP 12 125/18, Keterangan daripada Prosiding Negeri-negeri Selat oleh Orfeur Cavenagh, Gabenur Negeri-negeri Selat, 20 Oktober 1863, hlm. 72. Lihat juga C.O. 273/5, Surat daripada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavenagh) kepada Setiausaha Kerajaan di India, 24 Julai 1862. Terlampir petikan daripada surat rasmi bertarikh 27 Jun 1862 kepada Konsular di Bangkok (Sir Robert Schomburgh ). 126 Maharaja Siam telah diminta oleh British untuk menyingkirkan Sultan Mahmud daripada Terengganu sepertimana Raja Kedah disingkirkan daripada Pulau Pinang oleh kerajaan British melalui Perjanjian Kapten Burney. Namun Siam merasa tidak ada sebab mereka harus berbuat demikian. Gabenur Singapura juga telah meminta Sultan Terengganu melakukan hal yang sama tetapi mereka masih tidak menerima jawapannya. Maharaja Siam tidak gemar melayan tetamunya sebagai banduan sebelum Maharaja mendengar sendiri akan hal tersebut

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

21

telah diturunkan daripada takhta pemerintahan namun sikap buruknya ini masih tidak berubah dan tetap mengulanginya. Misalnya semasa menetap di Terengganu, baginda dikatakan masih dengan sikap buruknya tidak mahu mendengar nasihat daripada ibunya dan Sultan Terengganu walaupun telah diberi penginapan yang cukup kepadanya. Baginda juga dikatakan tidak menghormati Sultan Terengganu dan keluarganya. Keadaan ini telah menyebabkan mereka sentiasa berselisih faham. Pada masa yang sama baginda masih menganggap bahawa Pahang adalah milik Lingga dan sentiasa mempengaruhi penduduk melakukan kekacauan. Jika kekacauan berlaku maka keamanan tidak akan dapat dicapai oleh pihak Terengganu dan Pahang. Oleh itu kerajaan Siam telah membenarkan Sultan Terengganu menangani permasalahan ini130 dan meminta baginda memberitahu Siam sekiranya Sultan Mahmud berhasrat utuk meninggalkan Terengganu dan menetap di tempat lain.131 Disebabkan berlaku perselisihan faham di antara baginda dengan Sultan Terengganu, maka baginda telah ke Bangkok semula dan kemudiannya ke Pahang lalu mangkat di sana.132

Ternyata daripada sebab-sebab yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa Raja Ali Haji cuba menekankan bahawa sikap atau akhlak buruk seseorang pemimpin ini tidak akan

apalagi mendesak Sultan Mahmud meninggalkan Terengganu yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Terengganu. CO 273/5, Surat daripada Robert H. Schomburgh, Konsular di Bangkok kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh), 1 Oktober 1862. Terlampir minit perbualan di antara Konsul di Bangkok dengan Chow Phya Argga, 30 September 1862. Lihat SP 12 125/18, An Account of the Origin and Progress of Siamese Influence in the Malay Peninsula 1785-1885. Surat Gabenur Ord kepada Setiausaha Negeri Jajahan, Pulau Pinang 22 Disember 1869. Lihat juga CO 273/6, Surat daripada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh) kepada Sultan Terengganu, 3 November 1862. 127 Daripada petikan surat rasmi bertarikh 27 Jun 1862 kepada Konsular di Bangkok (Sir Robert Schomburgh ) menyebut kapal stim Maharaja Siam yang dinaiki Sultan Mahmud itu bernama Conqueror. Namun Robert Schomburgh kemudiannya membetulkan kenyataan tersebut bahawa kapal tersebut bukanlah bernama Conqueror tetapi ialah Enemy Chaser yang turut membawa beberapa orang utusan Siam ke Kemboja dan kemudiannya membawa Sultan Mahmud ke Terengganu. CO 273/5, Surat daripada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavenagh) kepada Setiausaha Kerajaan di India, 24 Julai 1862. Terlampir petikan daripada surat rasmi bertarikh 27 Jun 1862 kepada Konsular di Bangkok (Sir Robert Schomburgh ). Lihat juga surat daripada Sir Robert H. Schomburgh, Konsular British di Bangkok kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh), 9 Julai 1862. 128Menurut Robert H. Schomburgh Kapten Hay telah datang bertemu Maharaja Siam di Bangkok dan diberitahu oleh Maharaja bahawa baginda tidak akan mencampuri urusan penggantian sultan-sultan di dalam kerajaan Melayu melainkan jika mereka berbalah bila Maharaja Siam sebagai penaung memilih raja mereka. Dalam hal Sultan Mahmud, Maharaja Siam tidak menghantarnya sebagai pengganti kepada Sultan Terengganu yang sedia ada tetapi baginda pulang ke Terengganu kerana bondanya berada di sana. Bagi Maharaja sekiranya Sultan Terengganu mangkat dan rakyatnya ingin memilih Sultan Mahmud, Maharaja tidak akan mencampuri urusan tersebut. CO 273/5, Surat daripada Sir Robert H. Schomburgh, Konsul British di Bangkok kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh), 18 Julai, 1862. 129 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm.652-653. Lihat CO 273/5, Surat Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh) kepada Setiausaha Kerajaan India, 26 Julai, 1862. Terlampir surat daripada Menteri Hal-ehwal Luar Negeri (Chow Phya Phraklang) kepada Konsular di Bangkok (Sir Robert H. Schomburgh), 23 Ogos, 1862. 130 Maharaja Siam memberitahu Sultan Terengganu sekiranya baginda merasakan kehadiran Sultan Mahmud di Terengganu menyebabkan ketidaksenangan negeri-negeri jiran dan penduduk maka baginda boleh meminta Sultan Mahmud dan keluarganya datang ke Siam atau ke tempat lain. CO 273/6, Surat Chow Phya Argga kepada Sultan Terengganu, 25 September 1862. 131 Lihat CO 273/5, Surat Gabenor Negeri-negeri Selat (Kolonel O. Cavanagh) kepada Setiausaha Kerajaan India, 26 Julai, 1862. Terlampir surat daripada Sultan Terengganu kepada Chow Phya Argga, 12 Julai 1862. Lihat juga lampiran surat daripada Chow Phya Argga kepada Sultan Terengganu, 11 Ogos 1862. 132 Tuhfat al-Nafis : Sejarah Melayu-Islam, hlm. 563.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

22

membawa apa-apa kebaikan kepada kerajaan Johor-Riau-Lingga malah menyumbang pula kepada kemerosotan dan keruntuhannya. Kriteria kelemahan, kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Johor ini telah digambarkan oleh beliau melalui ciri-ciri tertentu seperti beras mahal, negeri sunyi, orang miskin, negeri rosak, rakyat banyak kelaparan dan sebagainya. Menyedari akan hal demikian maka Raja Ali Haji mengharapkan agar setiap pemimpin kerajaan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Sultan Mahmud Muzaffar Shah seperti berikut “Maka dengan sekiannya ambillah “ibarat daripada hal itu, nyatalah manusia ini seperti keadaan lereng kereta maklumlah adanya, adapun kebesaran itu siapa-siapa yang dikehendaki Allah jua adanya”.133

Apa yang disarankan oleh beliau kepada para pemimpin akan datang agar mengikut lunas-lunas Islam dengan berpegang kepada konsep syariah dan kembali kepada Allah supaya negara sentiasa berada di dalam keadaan harmoni di samping mengesyorkan masyarakatnya agar kembali menghayati sejarah Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik.134 Di samping itu, keutamaan harus diberikan kepada pendidikan agama kerana melalui pendidikan agama akan menjadikan manusia lebih tinggi darjatnya daripada makhluk yang lain, membawa manusia mengenal tuhannya di samping mendekatkan dirinya kepadaNya, memelihara akhlak mereka, menyedari tanggungjawabnya kepada manusia lain, alam dan makhluk lain. Ini kerana Allah yang berkuasa memberi kedudukan kepada seseorang pemimpin dan Ia juga yang berkuasa menarik semula kedudukan tersebut sekiranya mereka mengingkari perintahNya.135

Selain itu Raja Ali Haji juga mengingatkan bahawa sikap buruk yang wujud dalam diri manusia adalah kerana kealpaan mereka dalam mendalami dan menghayati aspek agama. Sikap tidak berilmu dan taat kepada hukum Allah mempunyai kaitan dengan perilaku buruk yang lain seperti tidak dapat mengawal hawa nafsu dengan banyak berfoya-foya, berjudi, menyabung ayam, gemar kepada kemewahan, perhiasan harta dunia, kemegahan (riak) dan sebagainya. Semua ini akan membawa manusia kepada sikap hasad dengki, tamak, suka membuat fitnah dan sebagainya. Apabila manusia menjadi tamak kepada harta dan nikmat dunia semata-mata maka akan hilang perasaan malunya kerana sering “berusaha kepada kelakuan yang bukan patut itu”. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bala dan kehinaan daripada Allah seperti tercetusnya konflik dan peperangan yang tidak berkesudahan.136

Bagi beliau, balasan dosa yang ditunjukkan dalam bentuk bala di dunia ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bala takdib, bala ta’rib dan bala ta’zib.137

133 Tuhfat al-Nafis I, hlm. 630.

Bala takdib bermaksud

134 Peter Riddell, Islam and the Malay Indonesian World, hlm. 191. 135 Tuhfat al-Nafis I, hlm. 631 136 Beliau turut memasukkan ayat al-Quran di dalam Tuhfat al-Nafis bagi menggambarkan sikap manusia yang lebih mengasihi harta dunia yang akhirnya akan membawa kehinaan. Tidak ketinggalan juga beliau turut membincangkan mengenai sikap manusia ini di dalam Kitab Pengetahuan Bahasa yang telah dikarangnya. Tuhfat al-Nafis I, hlm 398. Lihat juga Raja Ali Haji, Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau Lingga, (jawi), Singapura: al-Ahmadiah Press, cetakan I, penggal I, (1345H) 1927, hlm. 42. 137 Matheson menyalin jenis bala tersebut sebagai tadib, takrib dan tadhib. Jika dilihat melalui naskhah Terengganu dalam tulisan jawi, penyalinnya menulis sebagai tadib, ta’rib dan ta’zib. Jika dilihat dari segi sebutan bahasa Arab yang tepat yang membawa makna tertentu ialah takdib (adab-mendidik), ta’rib (‘arab-menerang atau menjelaskan) dan ta’zib (‘azab-mengazab, siksa atau balasan). Kemungkinan penyalin telah tersilap ketika menyalinnya perkataan-perkataan tersebut. Oleh itu sebutan yang betul dari segi bahasa Arabnya seperti takdib, ta’rib dan ta’zib akan digunakan. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 619. Lihat juga Tuhfat al-Nafis-

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

23

bala yang diberikan oleh Allah untuk memberi pendidikan kepada hambanya. Bala ta’rib pula bererti menjelaskan sesuatu dan dalam konteks ini ia bermaksud bala yang diturunkan bagi memberi penjelasan terhadap kesilapan yang telah dilakukan oleh seseorang.138 Manakala bala takzib yang bererti azab atau balasan membawa maksud bala yang diturunkan oleh Allah untuk memberi azab atau balasan kepada hambanya yang melakukan kemungkaran di atas dunia ini. Walaupun Raja Ali Haji tidak memberikan tafsiran mengenai kesemua bahagian bala tersebut namun dapat diperhatikan daripada pembahagian yang dinyatakan itu sudah cukup menunjukkan bahawa beliau begitu memahami konsep balasan tersebut lalu dinyatakan kesemuanya kepada Yang Dipertuan Muda Raja Ali yang bertanyakan hal tersebut ketika baginda sedang gering. 139

Selain itu beliau bukan sekadar menceritakan peristiwa yang telah berlaku tetapi dengan penuh kesedaran mengulas secara terperinci kesan daripada sikap hasad dengki seseorang manusia seperti berikut:

…tiga perkara inilah, menjadi pokok hasad al-mahsud wa hakid al-mahkud, yakni pekerjaan yang dengki pada yang didengkikan, dan pekerjaan yang dendam didendamkan masing-masing di dalam hati,…, makin bertambahlah dendam hatinya itu, bernyalalah (mangkin lama mangkin besar). Maka apabila api itu sudah besar payahlah padamnya dan payah pula memadamkannya akhir-akhirnya menjadi seterulah api itu dan marah. Maka memakanlah api itu akan akal yang baik. Maka keluarlah buah api itu dan bunga api itu, pada perkataan dan pada kelakuan pada mencari apa-apa yang akan menjadi kebinasaan dan kesusahan atas seterunya intiha.140

Beliau menyifatkan bahawa tiga perkara yang menjadi punca kepada iaitu dengki (hasad), dendam dan marah seterusnya membawa kepada perseteruan. Ketiga-tiga punca ini merupakan sikap atau akhlak buruk yang wujud di dalam diri setiap manusia. Sekiranya tidak dibendung dengan sewajarnya maka ia akan mendatangkan kesan yang lebih buruk lagi iaitu merosakkan akal yang baik yang akhirnya bukan sekadar membawa kebinasaan kepada diri seseorang insan tetapi turut melibatkan keseluruhan masyarakat. Keadaan ini begitu merbahaya bagi seseorang pemerintah atau raja kerana ia akan membawa kepada kepincangan sesebuah kerajaan yang diperintahnya. Pendekatan agama ini bukan sahaja dibicarakan oleh Raja Ali Haji di dalam Tuhfat al-Nafisnya malah hampir semua karyanya yang lain. Oleh kerana itu maka peringatan mengenai kekuasaan Allah terhadap pemimpin yang melakukan kekejian di dunia

Terengganu, hlm. 256. Lihat Kamus al-Marbawi makna perkataan-perkataan tersebut vol. 1 hlm. 14, vol.2 hlm. 12 dan 13. 138 Kemungkinan juga terdapat kesilapan ketika penyalinan dibuat iaitu daripada perkataan taqrib disalin menjadi takrib iaitu penyalin tertinggal tanda titik pada huruf kaf. Jika perkataan taqrib digunakan ia memberi maksud mendekatkan diri. Dalam konteks ini bala yang dimaksudkan ialah bala yang diturunkan bagi hambanya dengan tujuan supaya hambanya itu lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 139Persoalan mengenai bala penyakit ini telah ditanya oleh Yang Dipertuan Muda Raja Ali yang sedang gering kepada Raja Ali Haji yang merupakan sepupu dan penasihat agamanya. Jadi Raja Ali Haji telah memenuhi permintaan baginda dengan hanya menyebut ketiga-tiga jenis bala ini tanpa menjelaskannya dengan mendalam. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 619. 140 Ibid., hlm. 271-272.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

24

serta balasan yang akan diterimanya kelak telah dinyatakan oleh Raja Ali Haji supaya menjadi pedoman bagi generasi akan datang. Kesimpulan

Memandangkan para pengarang sejarah merupakan seorang penganut agama Islam yang taat, maka pandangan terhadap zaman pemerintahan raja-raja Melayu itu dibuat berdasarkan pendekatan agama. Mereka seolah-olah sedar bahawa terdapat hukum alam yang telah ditetapkan iaitu setiap kemungkaran atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin akan mendapat balasannya di suatu hari kelak. Bagi mereka undang-undang Allah hanya akan menghukum manusia sekiranya mereka engkar dengan perintahNya seperti bertindak zalim, tidak bersikap adil dan tidak taat kepadaNya. Sekiranya pemerintah sesebuah kerajaan itu mempunyai nilai yang baik dan beragama maka sejarah yang dicipta oleh mereka adalah yang berbentuk kemakmuran dan kesenangan sebaliknya pula akan menerima kesengsaraan. Secara umumnya sifat-sifat seseorang pemerintah ini telah dipertekankan oleh al-Quran dan hadis mahupun karya agama untuk dijadikan panduan kepada generasi pemimpin akan datang.

Melalui beberapa huraian yang telah dinyatakan menunjukkan bahawa para pengarang

melihat penyebab utama yang membawa kepada kepincangan, kemerosotan dan keruntuhan adalah disebabkan oleh nilai akhlak seseorang pemimpin. Dengan lain perkataan, akhlak menjadi intipati bagi musabab kemakmuran dan kejatuhan sesebuah kerajaan. Seseorang pemimpin yang merupakan peneraju utama kerajaan seharusnya menunjukkan akhlak atau peribadi mulia sepertimana yang telah dituntut atau dianjurkan oleh agama Islam. Sebelum seseorang pemerintah memegang tampuk pemerintahan mereka seharusnya mempunyai nilai atau ciri-ciri tersebut bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang makmur dan gemilang. Sekiranya nilai ini telah wujud di dalam diri seseorang pemimpin maka seseorang pemimpin itu akan dapat memimpin kerajaannya dalam keadaan adil dan berhikmah seterusnya akan dapat melahirkan kerajaan yang aman dan sentosa. Sebaliknya akan berlaku sekiranya para pemerintah tidak meletakkan nilai tersebut sebagai keutamaan dalam menerajui sesebuah kerajaan. Jelas para pengarangnya menganggap ukuran kemakmuran itu bergantung kepada sifat atau akhlak raja yang memerintah sesebuah kerajaan dan bukannya dilihat dari sudut kebendaan semata-mata. Walaupun dikatakan bahawa setiap pengarang secara sindiran telah melakukan pengadilan moral ke atas raja-raja terdahulu terutama sikap buruk mereka ketika memerintah namun tujuannya adalah supaya ia dijadikan pedoman bagi generasi akan datang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia