panduan umum pelaksanaan kem cemerlang jawi

Upload: nor-rahiyah-zakaria

Post on 13-Jan-2016

77 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kem cemerlang jawi

TRANSCRIPT

PANDUAN UMUM PELAKSANAAN MODEL PEMULIHAN JAWI BERPANDUKAN

MODUL KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. PELAKSANAAN UMUM KCJ SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM 1. Bermula tahun 2015, semua sekolah rendah kelolaan KPM hendaklah melaksanakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) bagi menggantikan pelaksanaan Model Pemulihan Jawi yang sedia ada. 2. Tempoh pelaksanaan KCJ peringkat sekolah dari bulan Julai Oktober 2015.

3. Ujian Diagnostik hendaklah dilaksanakan sebelum Kem dijalankan untuk memilih peserta-peserta yang layak dimasukkan ke dalam kem.

4. Ujian diagnostik hendaklah menggunakan soalan diagnostik yang dibekalkan oleh BPI KPM.5. Ujian diagnostik ini akan melibatkan murid Islam tahun 2 hingga tahun 6.6. Masa yang diperuntukan untuk ujian diagnostik adalah selama satu jam.7. Murid yang mendapat markah di bawah 59 % secara automatik akan menjadi peserta KCJ diperingkatsekolah masing-masing. 8. Keputusan ujian diagnostik hendaklah dilaporkan ke Sektor Pendidikan Islam oleh semua sekolah dengan menggunakan format borang yang disediakan melalui email [email protected] (soft copy dan hard copy )9. Tarikh pelaksanaan ujian diagnostik akan dilaksanakan serentak seluruh negara pada 8/7/2015 (Rabu).10. Tarikh penghantaran keputusan ujian diagnostik perlu dihantar selewat-lewatnya pada @ sebelum 27 Julai 2015 (Isnin)Kaedah pemarkahan ujian diagnostik:

Soalan dibahagikan kepada 3 bahagian.Bahagian 1 (10 soalan = 40 markah ) menyambungkan huruf

Skema pemarkahan Bahagian 1:

a) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menyambung walaupun hanya satu huruf, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ). Bahagian 2 (10 soalan = 20 markah ) merumikan perkataanSkema pemarkahan Bahagian 2:

b) Setiap satu soalan diperuntukan 2 markah, jika murid salah merumikan perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah )..

Bahagian 3 (10 soalan = 40 markah ) menjawikan perkataan

Skema pemarkahan Bahagian 3:

c) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menjawikan perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).