tesis jawi ruj

Upload: norhaya1973

Post on 09-Jul-2015

345 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA EJAAN JAWI MURIDMURID TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU: SATU KAJIAN KES

NORINA BINTI MOHD NOR

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITYMALAYSIA KUALA LUMPUR 2011

i

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

28 MAC 2011

.. NORINA BINTI MOHD NOR 690620115310002

ii

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T Yang Maha Esa, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta pada seluruh ahli keluarga Baginda, para sahabat-sahabat Baginda dan semua pengikut-pengikutnya. Dengan pertolongan dari Allah S.W.T dapatlah saya menghasilkan sebuah kajian bertajuk Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi Murid-Murid Tahun Lima : Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Darau, Besut, Terengganu. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Zulkifli bin Junoh selaku tutor penyelia kajian ini di atas jasa tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Jutaan terima kasih khas buat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Guru Besar Sekolah kebangsaanDarau, Haji Mazuki bin Salleh, guru-guru dan murid-murid Tahun Lima yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Penghargaan khas saya tujukan buat suami tercinta, Zahadi bin Jusoh, anak-anak tersayang iaitu Nursyafiqah, Nur Syakirah, Nur Syazwani dan serta alyarhamah dan alyarhamibubapa iaitu Siti Aishah binti Abdul Ghani dan IMohd Nor bin Jusoh dan kedua mertua iaitu Gayah binti Harun dan jusoh bin Mamat yang telah banyak memberi dorongan kepada saya agar tekun dan tabah dalam menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan selama mengikuti kursus Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) di Universiti Terbuka Malaysia ini. Akhir kata terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini . Diharap kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi

iii

ABSTRAK Kajian inibertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid dalam membaca ejaan Jawi. Objektif khusus kajian ini ialah untuk menilai adakah tahap penguasaan kemahiran membaca ejaaan Jawi di kalangan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini juga akan melihat sejauh manakah faktor minat, kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran mempengaruhi tahap penguasaan murid membaca ejaan Jawi. Seramai 60 orang murid yang terdiri dari 30 orang murid lelaki dan 30 orang murid perempuan Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Kor telah dijadikan sampel untuk kajian ini. Penyelidik membentuk soal selidik dan membuat temu bual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Data dan maklumat yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif dan kaedah peratus digunakan sebagai menerangkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi, 30% berada di tahap sederhana dan 25% berada di tahap lemah.

ABSTRACT The purpose of this research is to determine the mastery level of students in reading Jawi. The specific objective of this research is to testify whether the mastery skill in reading Jawi among the Year 5 students of Sekolah Kebangsaan Kor had achieved the teaching and learning objective according to the syllabus that had been fixed by the Ministry of Education. This research is also to verify the students interest, teachers teaching method and the environment factors influenced the students mastery level in reading Jawi. 60 students consisted of 30 boys and 30 girls of Year 5 students of Sekolah Kebangsaan Darau had became the sample of this research. Researcher had formed questionnaire and interviewed the students to get the information needed. The data and information obtained of this research had been qualitative analyzed and percentage method had been used to explain the research result. The result shows that 45% of the students are in the high level of achievement, 30% of them are in the moderate level where as 25% are in the weak level.

iv

ISI KANDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL Jadual 1 : Jadual 2 : Jadual 3 : Jadual 4 : Jadual 5 : Jadual 6 : Jadual 7: Jadual 8 : Jadual 9 : Jadual 10 : Jadual 11 : Jadual 12 : Jadual 13 : Jadual 14 : Jadual 15 : Jadual 16: Jadual 17: Taburan Item Soal Selidik Demografi Sampel Berasaskan jantina Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 29 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa Penguasaan Membaca Ejaan Jawi Penguasaan Membaca Ejaan Jawi Tahap Penguasaan Membaca ejaan Jawi Minat Mempelajari Mata Pelajaran jawi Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi Kaedah Pengajaran Guru Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah Kebolehan Membaca al-Quran Galakan Membaca Ejaan Jawi Kebolehan Membaca Ejaan Jawi i ii iii 1-54

22 29 30 31 32 33 34 35 37 38 39 40 42 43 43 44

SENARAI RAJAH Rajah 1: Rajah 2 : Rajah 3 : Rajah 4 : Rajah 5 : Rajah 6: Rajah 7 : Rajah 8 : Rajah 9 : Rajah 10 : Rajah 11 : Rajah 12 : Rajah 13 : Rajah 14 : Rajah 15: Rajah 16: RUJUKAN LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN Demografi Sampel Berasaskan jantina Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 29 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa Penguasaan Membaca Ejaan Jawi Penguasaan Membaca Ejaan Jawi Penguasaan Membaca Ejaan Jawi Tahap penguasaan membaca Ejaan Jawi Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi Kaedah Pengajaran Guru Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah Kebolehan Membaca al-Quran Galakan Membaca Ejaan jawi 55-56 57-63 61-63 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 42 43 44

v

BAB SATU : PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Tulisan Jawi Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Soalan Kajian / Penyelidikan Objektif Kajian Definisi Istilah 1.6.1 Tahap 1.6.2 Penguasaan 1.6.3 Tahap Penguasaan Kepentingan Kajian Batasan Kajian Kesimpulan 1 2 3 4 5 5 5 6 6 7 8 9

1.7 1.8 1.9

BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 2.2Kajian Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 2.3 Hubungan Sikap Dan Minat Dengan Pencapaian 2.4 Kaedah Pengajaran Guru Dan Pencapaian Akademik 2.5 Peranan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar. 2.6 Kesimpulan BAB TIGA : METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Analisis Data 3.8 Kesimpulan

10 10 13 15 17 18

19 19 20 21 24 25 26 27

BAB EMPAT : ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Hasil Kajian 4.2.1 Latar Belakang Responden 4.3 Dapatan Kajian 4.3.1 Penguasaan Ejaan Jawi 4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Jawi 4.3.3 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 4.3.4 Kaedah Pengajaran Guru 4.3.5 Peranan Ibu Bapa 4.3.6 Temubual Dengan Guru 4.4 Kesimpulan

28 28 28 33 33 36 37 40 42 45 46

vi

BAB LIMA : RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi 5.2.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 5.2.3 Kaedah Pengajaran Guru 5.2.4 Peranan Ibu Bapa 5.3 Rumusan Hasil Kajian 5.4 Implikasi Dapatan Kajian 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Kesimpulan RUJUKAN SENARAI PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, 22000 JERTEH BORANG KAJI SELIDIK 55-56 57-58 59-61

47 47 47 48 49 50 50 52 53 54

vii

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan Jawi ini di Malaysia ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H bersamaan dengan tahun 1303M berbanding dengan tulisan Rumi yang paling awal ditemui pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai ke negara kita Malaysia lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi. Tulisan Jawi juga merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabadabad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan hurufhuruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Berunai Darussalam dan digunakan secara meluas bagi penganut agama Islam di Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British di Tanah Melayu. Kini tulisan Jawi digunakan

viii

dalam urusan Agama Islam dan adat istiadat Melayu di kebanyakan negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Sebagai contoh tulisan Jawi digunapakai dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak diRaja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu Pemasyhuran Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip Jawi.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Antara kelemahan sistem Pendidikan Islam hari ini ialah ia tidak mementingkan pelajaran Jawi, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Fenomena ini harus dipandang serius bukan sahaja kerana tulisan Jawi menjadi warisan tulisan Melayu yang agung dan unggul, malah ianya juga merupakan elemen terpenting di dalam mempelajari dan mendalami ajaran Islam.Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, namum oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan kedatangan agama Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Kita tidak mahu kebutaan tulisan Jawi generasi masa kini dan generasi yang akan datang menyebabkan al-Quran dan Hadis dibaca di dalam tulisan Rumi yang akan mendatangkan satu fenomena pemesongan sebutan dan seterusnya menjejaskan makna ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Sekarang, majoriti pelajar Melayu tidak tahu membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, dan kejahilan inilah yang menjadi salah

ix

satu punca membawa kepada keruntuhan akhlak para remaja disebabkan kegagalan menguasai dan menghayati al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri. Kementerian Pelajaran Malaysia, sewajarnya meluaskan penggunaan tulisan Jawi di sekolah-sekolah rendah dan menengah termasuk juga di institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta dan di institut-institut perguruan dan berusaha mencelikkan masyarakat tentang tulisan Jawi. Kita tidak mahu tulisan Jawi hanya tulisan untuk golongan tua sahaja dan akan pupus ditelan arus kemodenan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi merupakan citra peradaban bangsa Melayu, sewaktu zaman kegemilangan Melayu dahulu, pihak berkuasa Inggeris sama ada wakil kerajaan Inggeris atau pedagang berutus surat dengan menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Melayu iaitu tulisan Jawi. Masalah buta Jawi sebenarnya bermula bila mana kerajaan Perikatan dahulunya, telah membuang tulisan Jawi dari arus perdana sukatan pelajaran di sekolah-sekolah pada tahun 1965 menjadikan generasi selepas itu ramai yang buta Jawi dan sekaligus buta al-Quran .

1.2 PENYATAAN MASALAH

Mengikut sukatan mata pelajaran Jawi, murid-murid Tahun Satu dapat mengenal, menyebut dan menulis dengan betul huruf-huruf tunggal Jawi, huruf-huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung, membaca dan menulis perkataan sukukata terbuka, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah (.) Bagi murid Tahun Dua pula, mereka boleh mengenal, membaca dan menulis sukukata tertutup serta dapat membaca dan menulis rangkaikata dan ayat. Bagi

x

murid-murid ahun Tiga pula, mereka dapat mengenal, membaca dan menulis perkataaan berimbuhan dan ayat pendek. Manakala bagi murid Tahun Empat pula, mereka dapat membaca ayat yang mengandungi tanda bacaan, melengkapkan tanda bacaan pada ayat, menukar teks Rumi ke Jawi. Bagi murid Tahun Lima pula, mereka dapat menulis pebagai jenis teks dan menulis teks berita dan laporan. Oleh itu muridmurid Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar yang merangkumi perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilakukan bagi meninjau tahap penguasaan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau selari dengan objektif sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.3 SOALAN KAJIAN / PENYELIDIKAN

Beberapa persoalan boleh dikemukan dalam membuat kajian ini. Di antara persoalan tersebut adalah seperti berikut :

a) Adakah tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan? b) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan tahap penguasaan membaca Jawi? c) Adakah faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat pelajar ? d) Sejauhmanakah peranan ibu bapa mempengaruhi tahap penguasaan pelajar membaca ejaan Jawi ?

xi

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan melihat aspek-aspek berikut:

a) Tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima. b) Melihat kaitan antara kebolehan Jawi dengan minat pelajar. c) Mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap minat dan pencapaian dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi. d) Melihat kaitan antara peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.

1.5 DEFINISI ISTILAH

1.5.1 Tahap

Mengikut Kamus Dewan tahap bererti peringkat, tingkat (Hajah Noresah binti Baharom). (2002 : 1343)Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (edisi keempat) tahap ialah peringkat, tingkat, fasa iaitu pemikiran sudah sampai ke peringkat yang lebih tinggi; tahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling bawah ke tahap paling tinggi yang boleh dicapai.

xii

1.5.2 Penguasaan

Dalam Kamus Besar

Bahasa

Melayu

Utusan, penguasaan membawa maksud

perbuatan atau hal menguasai, pemahaman, pencapaian dan pendapat. (Haji Zainal Abidin Safarwan. 1995 : 940).Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka penguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu, iaitu model untuk mengukur penguasaan, pencapaian atau prestasi pelajar dalam melaksanakan tugas semasa pembelajaran atau ujian untuk mengukur penguasaan kemahiran dan prestasi pelajar.

1.5.3 Tahap Penguasaan

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( edisi keempat ) tahap penguasaan ialah tahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling bawah ke tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai. Maksud tahap penguasaan dari gabungan kedua definisi tahap dan penguasaan ialah peringkat atau tingkat penguasaan yang membawa maksud perbuatan atau hal menguasai, pemahaman, pencapaian dan pendapat.

a) Tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah ialah kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah, di mana murid-murid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja. b) Tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana ialah kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi murid-murid boleh membaca perkataan-perkataan

xiii

yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman. c) Tahap penguasaan bacaan Jawi yang tinggi ialah kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Adalah menjadi harapan penyelidik segala maklumat yang dihasilkan dari kajian ini mempunyai implikasi kepada perkara-perkara berikut :-

1.6.1

Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan maklum balas kepada pihak Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan kajian Pelajaran Islam ini Malaysia khususnya akan dapat (KPM), dan

Pusat Perkembangan

(KPM) penambahbaikan sukatan

pelajaran

kemahiran membaca ejaan Jawi. Dapatan

daripada

membantu pegawai-pegawai di Kementerian Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat

Pelajaran

Malaysia (PPD)

Pelajaran yang

Daerah

sekolah untuk menitikberatkan faktor-faktor kemahiran

mempengaruhi

pencapaian

penguasaan membaca ejaan Jawi pelajar Tahun Lima.

1.6.2

Diharap segala data dan keputusan daripada kajian ini dapat digunakan tindakan susulan yang sewajarnya bagi

sebagai panduan untuk mengambil

menangani masalah kurang minat terhadap ejaan Jawi.

xiv

1.6.3

Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu guru-guru memahami

tentang perlunya komitmen mereka membaiki tahap pengajaran dan pembelajaran mereka dalam penguasaan membaca ejaan Jawi.

1.6.4

Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan maklum balas terutamanya kepada perkara-perkara yang boleh

pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa dalam meningkatkan

prestasi pelajar dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.

1.6.6

Diharapkan kajian ini akan dapat menambahkan lagi sumber rujukan

bagi mengkaji tahap pencapaian kemahiran membaca ejaan Jawi.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan ini hanyalah kajian kes terhadap pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Darau di daerah Besut. Tumpuan kajian ini berkisar kepada tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima. Di samping itu akan melibatkan kaitan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan minat murid, kaedah pengajaran dan peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.Bilangan responden kajian adalah seramai 60 orang yang akan disoal selidik yang sedang menuntut di Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau. Kelancaran kajian ini juga bergantung kepada sejauh manakah pihak guru besar dan guru-guru Pendidikan Islam serta guru j-QAF Sekolah Kebangsaan Darau memberi kerjasama. Kesahan kajian amat dipengaruhi oleh kejujuran responden memberi maklumat yang tepat.

xv

1.8 KESIMPULAN

Tulisan Jawi merupakan tulisan terawal dan digunakan secara meluas di Nusantara. Bab ini menghuraikan latar belakang kajian dan pernyataan masalah. Mengikut sukatan pelajaran, murid-murid Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar yang merangkumi perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Objektif, kepentingan dan batasan kajian juga dibincangkan secara terperinci di dalam bab ini.

xvi

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, akan dibincangkan beberapa pendapat dan sorotan penulisan dari beberapa kajian yang berkaitan dengan perkara berikut:a) Kajian penguasaan membaca ejaan Jawi. b) Hubungan sikap dengan minat dengan pencapaian. c) Kaedah pengajaran guru dan pencapaian akademik. d) Peranan ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.

2.2KAJIAN PENGUASAAN MEMBACA EJAAN JAWI

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa kajian mengenai celik huruf Jawi. Antaranya Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan telah mengadakan kajian pelaksanaan Pelajaran Jawi di kalangan pelajar Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1992. Pada keseluruhan kajian ini mendapati 66.8% murid Tahun 1, 49% murid Tahun 2, 61.4% murid Tahun 3 boleh membaca Jawi mengikut tahap mereka. Bagi tahap dua pula, sebanyak 57.7% murid Tahun 4, 67% murid Tahun 5 dan 67.1% murid Tahun 6 boleh membaca Jawi.

xvii

Manakala kajian yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1998 terhadap murid Tahun 6 di tiga buah negeri iaitu Johor, Selangor dan Pulau Pinang mendapati bahawa 61% murid menguasai kemahiran membaca ejaan Jawi. Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa berusaha mengatasi masalah buta al-Quran dan tulisan Jawi. Kementerian Pendidikan telah mengadakan Seminar Jawi Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 18 Oktober 2002. Pada tahun 2003, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Pekeliling Ikhtisas ke semua sekolah untuk memberi penekanan kepada penguasaan Jawi dan al-Quran khususnya bagi enam bulan pertama Tahun 1. Guru-guru yang mengajar Jawi dan al-Quran diberi kursus dari masa ke semasa. Para guru juga hendaklah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan penguasaan dan pengukuhan Jawi di kalangan murid.

Dalam agihan waktu mengajar mata pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah telah ditetapkan satu waktu untuk mengajar Jawi, manakala di peringkat sekolah menengah pula, Pelajaran Jawi diperkukuhkan menerusi pelajaran Pendidikan Islam. Kajian dilakukan oleh Muzni bin Haji Borhan pada tahun 1995 dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajiannya bertajuk Penguasaan Pelajaran Jawi Di Kalangan Murid Tahun Lima Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini mendapati kaedah pelajaran Jawi dipraktikkan dengan baik oleh guru-guru, walau bagaimanapun pencapaian pelajarpelajar didapati kurang memuaskan. Kajian ini juga mendapati peruntukan masa pembelajaran yang tidak mencukupi, bahan pelajaran Jawi yang kurang dan kelemahan penguasaan pelajaran Jawi pelajar-pelajar Tahun Lima. Adalah

xviii

diharapkan faktor-faktor tersebut dapat diatasi oleh pentadbiran sekolah supaya penguasaan Jawi dapat ditingkatkan. Kajian yang dijalankan oleh En. Yazid bin Hj. Hasnam. Kajian dijalankan untuk meningkatkan penguasaan ejaan Jawi dan menanam minat terhadap ejaan Jawi di kalangan pelajar. Tujuan awal telah dijalankan kepada 15 orang pelajar dari Tingkatan 3 Kritis. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan Jawi dengan menggunakan Kaedah Matlob. Keputusan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa peningkatan pelajar dalam penguasaan ejaan Jawi dilakukan melalui modul-modul yang diberi sebab pelajar dapat lebih latihan dan mereka lebih seronok membuatnya kerana mereka tidak merasa tertekan. Dalam sidang Dewan Rakyat Pada 7 Oktober 2004, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Mahadzir Mohd Khir telah memberi penjelasan bahawa Kementerian Pelajaran serius dalam menggalakkan murid-murid untuk bergiat dalam tulisan Jawi. Kementerian Pelajaran memang sentiasa berusaha memartabatkan tulisan Jawi. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah menjadikan pengajian dan

pembelajaran Jawi dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu. Kementerian Pelajaran juga menetapkan bagi 6 bulan pertama murid-murid Tahun Satu sekolah rendah diajar tulisan Jawi. Kementerian juga menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Kertas peperiksaan untuk peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga disediakan dalam tulisan Jawi. Usaha lain yang sedang giat dilakukan pada masa ini adalah menyediakan bahan-bahan bacaan dalam tulisan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kementerian ini juga berpandangan usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi akan menghasilkan impak yang lebih positif sekiranya semua pihak turut serta memainkan

xix

peranan masing-masing. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan usaha-usaha yang dijalankan tersebut telah dapat membantu murid-murid membaca dan menulis Jawi. Dengan pelaksanaan j-QAF Insya Allah Kementerian Pelajaran yakin murid-murid dapat menguasai tulisan Jawi. Kajian juga telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Raub, Pahang oleh Hasanudin bin Hj. Borhan, yang mana Kajian Penguasaaan Tulisan Jawi ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid Tahun Empat di dalam penulisan terutama aspek menulis bentuk huruf yang disebut dan menyambung huruf-huruf tersebut. Tinjauan hasil semakan latihan awal yang diberikan kepada murid-murid, didapati muridmurid sangat lemah di dalam menulis bentuk huruf yang tersebut berdasarkan teks Rumi dan menyambung huruf tersebut menjadi perkataan. Perancangan tindakan ini akan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran (60 minit setiap sesi) telah dijalankan di mana murid-murid belajar kemahiran yang tersebut di atas secara kelas. Keputusan ujian yang dijalankan telah menunjukkan prestasi penulisan murid-murid. Murid-murid mula menunjukkan minat belajar kemahiran menyambung huruf untuk mengatasi masalah penulisan mereka. Pekeliling Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) 5206/4/4.1 Jilid. 2(4) bertarikh 3 Januari 2003, mewajibkan pelajaran Jawi dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan peruntukan 60 minit seminggu bagi Tahun Satu untuk tempoh 6 bulan pertama sahaja. Bagi murid Tahun Dua dan seterusnya (termasuk sekolah menengah), aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dilaksanakan secara berterusan di samping penggunaannya dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam.

xx

2.3

HUBUNGAN SIKAP DAN MINAT DENGAN PENCAPAIAN

Sikap pelajar merupakan suatu angkubah yang sangat penting bukan sahaja sebagai suatu objektif pengajaran tetapi juga sebagai faktor yang boleh menelah pencapaian pelajar dalam berbagai kurikulum sekolah (Remmars dan Gage, 1943). Pendapat Remmars dan Gage adalah selaras dengan hasil penyelidikan oleh Sullivan (1927) seorang pengkaji yang awal yang menjelaskan sikap pelajar merupakan faktor penting bagi menilai pencapaian pelajar. Kajian oleh Young (1932) membuktikan pelajar yang berminat dalam satu-satu mata pelajaran itu akan berusaha menambahkan pengetahuannya supaya pencapaian mereka menjadi lebih baik. Rallison (1939) dengan menggunakan ukuran Vernon Measurement of Abilities (VMA) dalam kajian terhadap pelajar di bandar New Castle, Thyre dan Northumberland yang berumur 11, 12 dan 13 tahun telah membuktikan bahawa sikap dan minat pelajar mempunyai korelasi yang tinggi dalam pencapaian mereka. Beliau juga mendapati bahawa faktor lokaliti antara bandar dan desa tidak mempengaruhi sikap pelajar dan pencapaian sebaliknya beliau berpendapat faktor minat dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut lebih merupakan faktor penting untuk dinilai. Kajian-kajian yang terdahulu seperti Bolton (1937), Jordan (1941), Bigg (1950), Brown (1953), McGauvran (1955), Davidson (1956), Brodie (1964), Raja Gopal (1976) dan Hamid Awang (1977) telah menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap mata pelajaran mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik mereka di sekolah.

xxi

2.4

KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

William G. Spady (1973) telah melaporkan kajian yang dibuat oleh Stinchcombe (1970) yang menganalisis kesan pengajaran guru telah mengatakan pengajaran guru yang berkesan :-

a) Dapat menarik minat dan mengekalkan minat serta tumpuan di dalam pembelajaran murid. b) Mempunyai bahan tertentu dan menarik minat untuk disampaikan. c) Menyampaikan dengan jelas dan tepat. d) Menyampaikan dalam situasi yang menarik dan gaya yang memberangsangkan.

Biggs (1979, 1982 dan 1987) telah mendapati ada hubungan di antara tingkah laku mengajar dengan tingkah laku belajar. Perhubungan ini dengan jelas dapat dilihat di dalam model belajar yang dibentuk oleh Biggs (1987). Ismail Daros (1981) dan Yaacub (1977) dalam penyelidikannya membuat kesimpulan bahawa kelemahan pengajaran guru merupakan faktor yang

mempengaruhi minat pelajar terhadap persekolahan. Pelajar yang mundur cepat bosan terhadap pelajaran yang kurang difahami serta kurang diminati dan guru pula tidak berusaha untuk menarik minat pelajar. Dari segi pengajaran guru, pelajar mundur biasanya terbiar dengan tidak diberi perhatian langsung oleh guru.

xxii

Flanders (1970) mendapati lebih sistematik seseorang guru itu mengajar lebih positif kesannya kepada kefahaman murid. Gregore dan Ward (1977) mendapati bahawa keserasian gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar menghasilkan pelajar yang berjaya. Tuckman (1970) mendapati lebih sistematik seseorang guru itu mengajar lebih positif kesannya kepada perkembangan bacaan murid. Hanapi Saad (1983) telah mengemukakan pendapat Molstad (1974) yang menyatakan pembelajaran murid-murid mengenai sesuatu maklumat boleh dicapai dalam masa yang singkat melalui pengalaman teknologi. Pencapaian yang sistematik adalah lebih berkesan dan lebih digemari oleh pelajar daripada kaedah atau cara pengajaran tradisi yang biasa digunakan. Turner dan Fattu (1961) telah mengemukakan bukti iaitu guru-guru yang mendapat latihan profesional adalah lebih efektif berbanding dengan mereka yang tidak terlatih, dari segi kemampuan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru professional.Stern (1963) menyatakan pengajaran yang baik adalah ditentukan oleh sifat-sifat atau perlakuan yang berikut:

a) Kesediaan untuk lebih fleksibel, b) Kesanggupan untuk menerima pandangan dan pendapat pelajar. c) Kebolehan untuk menyediakan diri untuk pengajaran. d) Kesediaan untuk diuji atau menghadapi cabaran. e) Kemahiran dalam penyoalan. f) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar. g) Menyediakan prosedur peperiksaan yang sempurna. h) Menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang mencukupi dan sempurna.

xxiii

i) Menunjukkan sikap menyokong dan penghargaan. j) Menggunakan bahan yang baik dalam pengajaran.

2.5

PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR.

Dave (1965) dalam kajiannya tentang hubungan antara suasana rumah dengan pencapaian pelajar mendapati bahawa dorongan ibu bapa, minat dan aktiviri pelajar serta keadaan di rumah mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik (kolerasi 0.80). Sementara itu suasana di rumah mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian dalam bahasa, tetapi kurang berpengaruh terhadap pencapaian kemahiran Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa ibu bapa yang terpelajar turut mengambil bahagian dalam menambahkan peluang-peluang pendidikan anakanak mereka. Menurut Lareau (1987,1989), Baker dan Stevenson (1986) dan Stevenson dan Baker (1987), impak kelas sosial terhadap pencapaian adalah berdasarkan penglibatan ibu bapa sedemikian. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menggunakan pelbagai strategi bagi mempastikan anak-anak mereka ditempatkan di dalam kelas yang terbaik. SharifahMd Nor (1991), mendapati bahawa ibu yang mempunyai pendidikan menengah mempunyai pengaruh yang lebih berkesan kepada pendidikan anak-anak mereka.Boocock (1980), menyatakan bahawa hubungan taraf sosio ekonomi keluarga dan pencapaian akademik telah dapat dilihat dalam tiap-tiap kelompok masyarakat Barat berdasarkan pengalaman penelitian.

xxiv

Jenck (1972), dalam usahanya mengkaji semula beberapa penyelidikan di Amerika, mendapati bahawa setengah daripada perbezaan dalam pencapaian pelajaran adalah berpunca daripada faktor latar belakang keluarga. Sewell dan Hausser (1976), mendapati bahawa taraf sosio ekonomi dan kemampuan boleh dipengaruhi pencapaian melalui beberapa cara seperti galakan ibu bapa, rakan sebaya dan guru. Kajian ini menunjukkan bahawa 75 peratus daripada perbezaan dalam pencapaian pelajaran sekolah tinggi adalah berpunca daripada perkara-perkara tersebut. Fedigan dan Gary (1978), menggariskan beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di sekolah. Faktor tersebut adalah saling berkait dan boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu masyarakat, sekolah dan pelajar.

2.6

KESIMPULAN

Perbincangan bab ini telah menyentuh faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran Jawi. Kajian-kajian terhadap pembolehubah yang telah dijangkakan seperti minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa yang telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu menimbulkan beberapa persoalan kajian. Ulasan karya penting kepada pengkaji bagi memudahkan pengkaji membuat kajian seterusnya terutama dalam membentuk metodologi kajian.

xxv

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, penyelidik akan cuba menerangkan mengenai kaedah dan tatacara kajian iaitu rekabentuk penyelidikan, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data. Kaedah utama kajian adalah bercorak kualitatif di samping kaedah kuantitatif. Penggabungan kedua-dua kaedah ini perlu bagi menghasilkan kajian yang lebih mendalam, bersistematik dan laporan yang lebih menyeluruh.

3.2

REKABENTUK PENYELIDIKAN

Metod penyelidikan ini bercorak kajian kes iaitu kajian kes ke atas murid-murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Darau. Mengikut MajidKonting (1992) kajian

xxvi

kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelas, satu sekolah atau satu masyarakat. Kajian tersebut termasuk menyelidiki pelbagai aspek pembolehubah yang terlibat dari segi sejarah dan perkembangan subjek. Penekanan kajian kes adalah kepada pemahaman mengenai persoalan mengapa individu atau unit sosial seperti keadaan sekarang dan bagaimana perubahan tingkahlaku pada individu atau unit sosial tersebut berlaku disebabkan oleh pembolehubah berkaitan. Mengikut Anderson (1990), kajian kes dapat menjelaskan perkara-perkara yang terselindung dari sudut pandangan responden dan pengumpulan data melalui kaedah ini mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam kajian kes yang akan dijalankan oleh penyelidik, fokus kajian adalah untuk melihat tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima. Kajian secara mendalam akan cuba dilakukan untuk mengesan persoalan tersebut melalui instrument soal selidik, temubual dan pemerhatian secara langsung.

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. (MajidKonting : 1990). Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau, sesi persekolahan 2007 berjumlah 68 orang . Sekolah Kebangsaan Darau merupakan sekolah gred A luar bandar. Pensampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Sebahagian individu yang diambil melalui

xxvii

pensampelan

bagi

mewakili

sesuatu

populasi

yang

dikaji

dinamakan

sampel.(MajidKonting :1990) Pemilihan sampel dalam kajian ini dibuat dengan menggunakan pensampelan rawak. Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih seramai 60 orang murid. Taburan mengikut jantina juga seimbang, iaitu 30 orang murid lelaki dan 30 orang murid perempuan.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual. Menurut Sekaran (1992), soal selidik adalah kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan apabila melibatkan responden yang ramai. Ia biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi. Untuk mencapai objektif kajian, satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan respons dan maklumat yang berkaitan. Borang soal selidik murid menjurus kepada penguasaan murid menguasai Jawi, minat murid mempelajari pelajaran Jawi, kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran yang menggalakkan mereka menguasai ejaan Jawi.

3.4.1 Instrumen kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu :-

xxviii

Bahagian A : Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi.Soalan-soalan di dalam bahagian ini mengandungi penguasaan murid dalam membaca ejaan Jawi. Bahagian ini mengandungi 8 soalan yang bermula item 1 hingga 8.

Bahagian B : Minat Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Jawi. Soalan-soalan di dalam bahagian ini terdiri daripada pandangan murid tentang minat mereka terhadap mata pelajaran Jawi. Bahagian ini mengandungi 10 soalan yang bermula dari item 1 hingga 10.

Bahagian C : Kaedah Pengajaran Guru. Soalan-soalan dalam bahagian ini melihat pebagai teknik pengajaran guru dan tahap keberkesanannya dari aspek pandangan murid. Bahagian ini mengandungi 7 soalan yang bermula dari item 1 hingga 7.

Bahagian D : Peranan Ibu Bapa. Soalan-soalan dalam bahagian ini mengandungi tahap penguasaan murid dalam bacaan al-Quran. Soalan juga berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam meningkatkan penguasaan Jawi. Terdapat 7soalan yang bermula dari item 1 hingga7. 3.4.2 Item- item soal selidik adalah seperti jadual 1 di bawah.

Pembolehubah Penguasaan Membaca Jawi

Item 1 hingga 8

Jumlah 8

xxix

Minat Pelajar Mempelajari Jawi Kaedah Pengajaran Jawi Peranan Ibu bapa Jumlah

1 hingga 10 1 hingga 7 1 hingga 7

10 7 7 32

Jadual 1 : Taburan Item Soal Selidik. Temu bual merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Mengikut Majid Konting (1990), temu bual merupakan kaedah tertua yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat. Ia sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil, populasi yang mempunyai pendidikan yang rendah, populasi yang buta huruf, populasi yang berumur dan populasi kanak-kanak. Temu bual sering digunakan terhadap subjek yang gemar ditemu bual daripada menjawab soal selidik. Fink &Kosecoff (1985), Dijkstra& Van der Zouwen (1982), menyatakan kaedah temu bual mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaedah lain seperti untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kepercayaan, sikap, motivasi, cadangan dan lain-lain perkara yang sukar diperoleh Darjah kerjasama dari responden adalah tinggi di samping dapat mengelakkan mereka yang tidak berkenaan menjawab soalan yang ditujukan. Dalam kajian ini, tujuan penyelidik mengadakan temu bual dengan muridmurid untuk mengetahui tahap penguasaan membaca ejaan Jawi. Murid-murid akan membaca petikan yang diberi. Penyelidik akan menilai sama ada tahap penguasaan membaca ejaan Jawi telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran sebagaimana sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Temu bual juga diadakan kepada dua orang guru Pendidikan Islam dan dua orang

xxx

guru j-QAF. Bagi guru, temu bual amat penting untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah pengajaran guru, tahap penguasaan murid, masalah pengajaran dan peruntukan masa untuk mempelajari mata pelajaran Jawi. Soalan temu bual untuk guru dinyatakan dalam lampiran.

3.5

KAJIAN RINTIS

Satu kajian rintis (pilot study) sepatutnya dilakukan untuk memastikan ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman (internal reliability) soal selidik yang dibina. Kajian rintis penting untuk menentukan item-item dalam set soal selidik tidak disalah faham di samping untuk menguji keboleh laksanaannya (feasibility). Gronland (1987), menyatakan bahawa kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu keputusan peperiksaan. Oller (1979) pula menyatakan bahawa kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian dalam menghasilkan keputusan yang sama dalam situasi yang sama tetapi pada masa ujian yang berlainan. Menurut Kerlinger (1973) konsep kebolehpercayaan hendaklah boleh menjawab tiga pertanyaan iaitu:

a. Kalau kita mengukur sesuatu dengan menggunakan bahan pengukur yang sama berkali-kali dan kita bandingkan adakah hasilnya sama. Soalan ini berkaitan dengan konsep kestabilan, ketahanan ( tahan uji ) dan ketepatan. b. Adakah hasil yang didapati daripada alat pengukur itu menepati apa yang hendak diukur. Ini berkaitan dengan konsep ketepatan. c. Berapa banyak kesilapan pengukuran di dalam alat pengukuran itu. Semakin tinggi jumlah kesilapan, semakin tidak dipercayai bahan pengukuran atau bahan ujian itu.

xxxi

Dalam konteks kajian ini, penyelidik turut membuat kajian rintis untuk menguji soal selidik. Kajian tersebut dilakukan pada 05 Oktober 2010 yang melibatkan 10 orang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau. Tujuan kajian ini ialah untuk mengesan:

a. Item-item yang sukar difahami dan kurang jelas. b. Bahasa yang digunakan difahami oleh responden. c. Kenyataan-kenyataan yang kabur yang boleh menimbulkan takrifan yang berlainan kepada responden. d. Tempoh masa yang diambil oleh responden dalam menjawab soalan.

Hasil daripada kajian rintis tersebut dan juga garis panduan serta nasihat daripada pensyarah penyelia, pengkaji telah membuat pengubahsuaian dalam soalan soal selidik.

3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Sumber data dalam penyelidikan ini dari data primer. Data primer diperoleh daripada maklum balas responden melalui soal selidik yang diedarkan dan temu bual dengan responden. Temu bual juga dilakukan kepada guru-guru yang mengajar murid berkenaan. Penyelidik akan membuat kajian lapangan selama dua minggu di sekolah berkenaan. Bagi menjalankan soal selidik, penyelidik akan menerangkan tujuan kajian dan mengedarkan soalan soal selidik dan seterusnya mengumpulkan jawapan dari semua responden yang terlibat. Penyelidik sendiri akan menjalankan soal selidik

xxxii

dan akan dibantu oleh dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan dua orang guru j-QAF sekolah berkenaan. Responden akan diasingkan daripada murid-murid lain dan dikumpulkan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Keadaan tersebut perlu bagi memastikan responden menjawab dengan ikhlas, tanpa berbincang dengan rakan-rakan mereka yang lain . Temu bual dengan dua orang guru pula adalah untuk mendapatkan maklumat yang perlu akan diadakan pada waktu senggang. Temu bual dengan responden dilakukan, di mana responden akan dipanggil secara bergilir-gilir untuk menguji penguasaan membaca ejaan Jawi dengan cara membaca petikan yang disediakan.

3.7

ANALISIS DATA

Pengukuran data dapat dibuat dengan menjumlahkan skor bagi jawapan Ya dan skor bagi jawapan Tidak. Pada keseluruhannya setiap maklum balas kepada soalan diberi jawapan Ya atau Tidak. Nilai 1 dan 2 bagi setiap jawapan tidak mempunyai apa-apa nilai tertentu tetapi sekadar membezakan di antara kedua-dua jawapan. Semua data dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif. Bagi data yang diperoleh melalui soal selidik, analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif. Penggunaan statistik deskriptif adalah untuk memperoleh data yang dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Teknik analisis yang digunakan adalah peratus. Analisis data adalah dalam lingkungan bahagian masingmasing iaitu pencapaian membaca Jawi, minat terhadap mata pelajaran Jawi, kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran yang mempengaruhi pencapaian Jawi.

xxxiii

Kaedah temu bual pula, pengkaji akan mencatatkan butir-butir penting temu bual dalam buku rekod catatan. Fakta-fakta penting yang berkaitan dengan kajian akan diproses, dianalisis dan ditafsirkan. Sumber temu bual adalah sumber sokongan penting dalam memberikan maklumat sampingan kepada jawapan-jawapan soalansoalan soal selidik.

3.8

KESIMPULAN

Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian kes kerana ingin mengkaji sejauh manakah pencapaian murid dalam menguasai kemahiran membaca ejaan Jawi dipengaruhi oleh faktor minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa. Instrumen kajian adalah soal selidik dan temu bual. Analisis yang digunakan adalah peratus.

xxxiv

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik dan temubual oleh pengkaji. Analisis kajian dalam bab ini meliputi latarbelakang responden dan beberapa aspek bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dalam bab 1 seperti berikut : a. Tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima. b. Sukatan Pelajaran Jawi dengan minat pelajar mempelajari Jawi. c. Kaedah pengajaran guru terhadap minat dan pencapaian dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi. d. Peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.

xxxv

4.2

HASIL KAJIAN

4.2.1

LATAR BELAKANG RESPONDEN

Berikut adalah demografi berhubung dengan sampel yang telah diperolehi. Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan Peratus (%) 30 30 60 50 50 100

Jadual 2: Demografi Sampel Berasaskan Jantina

Lelaki Perempuan

Rajah 1 Jadual menunjukkan bahawa taburan sampel dari segi jantina adalah seimbang antara murid lelaki dengan murid perempuan.

Kedudukan Bandar Luar bandar

Kekerapan 0 60

Peratus (%) 0 100

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

xxxvi

Bandar Luar Bandar

Rajah 2

Jadual menunjukkan seramai 60 orang murid (100%) tinggal di luar bandar. Jenis Pekerjaan Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri Lain-lain Jumlah Kekerapan 10 15 25 10 60 Peratus (%) 16.7 25 41.7 16.6 100

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu BapaKerajaan Swasta Bekerja Sendiri Lain-lain

Rajah 3

Jadual 4 menunjukkan bidang pekerjaan ibu bapa responden yang terdiri daripada 10 responden (16.7%) yang ibu bapanya bekerja kerajaan, 15 responden (25%) ibu

xxxvii

bapanya bekerja di sektor swasta, 25 responden (41.7%) ibu bapanya bekerja sendiri dan 10 (16.6%) lain-lain pekerjaan.

Jumlah Pendapatan Kurang RM500 RM 500-RM 1000 Lebih RM 1000 Jumlah

Kekerapan 8 32 20 60

Peratus (%) 13.3 53.3 33.4 100

Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Sosial KeluargaKurang RM 500 RM500RM1000 Lebih RM 1000

Rajah 4

Jadual 5 menunjukkan 8 orang murid (13.3%) yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan kurang RM 500 sebulan, manakala 32 orang murid (53.3%) yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan antara RM 500 hingga RM 1000 sebulan dan seramai 20 orang murid (33.4%) ibu bapa mereka berpendapatan lebih RM 1000 sebulan.

xxxviii

Tahap Pendidikan Tidak bersekolah Tamat Sekolah Rendah Tamat Sekolah Menengah Diploma/Ijazah Jumlah

Kekerapan Peratus( %) 2 18 30 10 60 3.3 30 50 16.7 100

Jadual 6 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu BapaTidak Bersekolah Tamat Sekolah Rendah Tamat Sekolah Menengah Diploma/Ijazah

Rajah 5

Jadual 6 menunjukkan taburan sampel berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa dimana didapati golongan ibu bapa yang tidak bersekolah ada 2 orang (3.3%), ibu bapa yang tamat sekolah rendah seramai 18 orang (30%). Golongan ibu bapa yang tamat sekolah menengah seramai 30 orang (50%) manakala ibu bapa yang berkelulusan diploma atau ijazah seramai 10 orang (16.7%)

xxxix

4.3

DAPATAN KAJIAN

4.3.1 Penguasaan Ejaan Jawi

Soalan soal selidik yang telah diberikan kepada responden adalah bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima.

Bil

Keterangan Item

Peratus (%) Ya Tidak 0 0 25

1 2 3

Saya mengingati semua huruf Jawi Saya dapat membaca sukukata terbuka dengan lancar Saya dapat membaca suku kata tertutup dengan lancar

100 100 75

Jadual 7 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi

xl

100% 80% 60% 40% 20% 0% 1 2 3

Tidak Ya

Rajah 6

Berdasarkan Jadual 7 100% murid menyatakan bahawa mereka mengingati semua huruf Jawi dan dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Bagi keterangan item nombor 3 dan 4, 75% murid menyatakan mereka dapat membaca suku kata tertutup dan perkataan berimbuhan dengan lancar, manakala 25% murid tidak dapat membaca suku kata tertutup dan perkataan berimbuhan dengan lancar.

Bil

Keterangan Item

Peratus Ya Tidak 25

4

Saya dapat membaca perkataan berimbuhan dengan lancar

75

5 6

Saya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar Saya berpuashati dengan kebolehan dan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi

66.7 33.3

33.3 66.7

Jadual 8 Penguasaan Membaca Ejaan Jawi

xli

100% 50% 0% 4 5 6 Tidak Ya

Rajah 7 Dapatan soal selidik bagi soalan nombor 5, menunjukkan 66.7% murid dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar manakala 33,3% pula tidak dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar. Hanya 33.3 % murid menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kebolehan dan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi, manakala 66.7% pula tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka.

Bil

Keterangan Item

Peratus Ya Tidak 0

7

Saya yakin dapat meningkatkan pencapaian bacaan ejaan jawi

dalam

100

8

Masa

yang

diperuntukkan

mata

pelajaran

Jawi

25

75

mencukupi

Jadual 9 Penguasaan Membaca Ejaan Jawi

xlii

150 100 50 0 7 8 Tidak Ya

Rajah 8

Semua murid yakin akan dapat meningkatkan penguasaan dalam membaca ejaan Jawi. Ini menunjukkan mereka mempunyai kesungguhan untuk memperbaiki prestasi penguasaan mereka dalam mata pelajaran Jawi.Bagi soalan yang berkaitan masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Jawi, 25% mengatakan bahawa masa yang diperuntukkan adalah mencukupi manakala 75% mengatakan masa untuk mata pelajaran Jawi perlu ditambah. Selain soal selidik, pengkaji juga menemu bual murid untuk mengetahui tahap penguasaan membaca ejaan Jawi. Dalam temu bual tersebut, responden diberi petikan dalam ejaan Jawi untuk dinilai tahap penguasaan mereka membaca sama ada berada pada tahap penguasaan yang rendah, sederhana atau tinggi. Kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman. Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

xliii

Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah pula sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah di mana muridmurid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja.

4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Jawi

Tinggi Sederhana Rendah

Rajah 9 Rajah9 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bacaan Jawi murid Tahun Lima. Murid yang menguasai tahap penguasaan yang tinggi sebanyak 45%, tahap penguasaan sederhana 30% manakala 25% bagi tahap penguasaan yang rendah.

4.3.3 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

Jadual di bawah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Jawi di kalangan murid-murid Tahun Lima. Bil Keterangan Item Peratus Ya 1 2 Saya meminati mata pelajaran Jawi Saya lebih berminat dengan mata pelajaran Jawi berbanding mata pelajaran lain 41.7 10 Tidak 58.3 90

xliv

3

Mata Pelajaran Jawi amat berguna dalam kehidupan seharian

46.7

53.3

Jadual 10 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

100 50 0 1 2 3 Tidak Ya

Rajah 10

Berdasarkan jadual 10, didapati 41.7% murid meminati mata pelajaran Jawi, manakala 58.3% murid tidak meminatinya. Hanya 10% murid lebih meminati mata pelajaran Jawi berbanding dengan mata pelajaran lain. Soal selidik menunjukkan 46.7% menyatakan mata pelajaran Jawi amat berguna kepada kehidupan seharian manakala 53.3% mengatakan sebaliknya.

Bil

Keterangan Item

Peratus Ya Tidak

1 2 3

Saya mengulang kaji mata pelajaran Jawi di rumah Saya selalu membaca petikan dalam ejaan Jawi

16.7 83.3 33.3 66.7 100

Mata pelajaran lain juga menyerapkan penulisan dan 0 pembacaan Jawi

Jadual 11 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

xlv

100 50 0 1 2 3 Tidak Ya

Rajah 11 Bagi item nombor 1, 16.7% mengatakan mereka mengulangkaji mata pelajaran Jawi di rumah manakala 83.3% mengatakan mereka tidak mengulangkajinya. Bagi item nombor 2, hanya 33.3% mengatakan mereka selalu membaca petikan dalam ejaan Jawi manakala 66.7% pula mengatakan mereka tidak membaca petikan dalam ejaan Jawi kecuali semasa belajar mata pelajaran Jawi dan Pendidikan Islam.Bagi soalan nombor 3, 100% murid mengatakan mata pelajaran lain tidak menyerapkan penulisan dan pembacaan ejaan Jawi kecuali Pendidikan Agama Islam yang bertulisan dengan ejaan Jawi.

Bil

Keterangan Item

Peratus Ya Tidak 41.7 41.7

1 2

Mata pelajaran Jawi amat membosankan Mata pelajaran Jawi membuatkan saya takut dan tidak selesa

58.3 58.3

3 4

Minat terhadap mata pelajaran Jawi didorong oleh guru Saya belajar mata pelajaran Jawi kerana terpaksa bukan kerana minat

100 58.3

0 41.7

Jadual 12 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

xlvi

100% 50% 0% 1 2 3 4 Tidak Ya

Rajah 12 Merujuk Jadual 12, mata pelajaran Jawi amat membosankan dan membuat mereka takut dan tidak selesa bagi 58.3% murid. Bagi 41.7% murid lagi, mata pelajaran Jawi tidak membosankan dan membuat mereka tidak selesa. Bagi soalan nombor 3, 100% murid menyatakan minat terhadap mata pelajaran Jawi didorong oleh guru. Berdasarkan soal selidik yang telah dikemukakan 58.3% mengatakan bahawa mereka belajar mata pelajaran Jawi kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebanyak 41.7% murid pula mengatakan mereka mempelajari mata pelajaran Jawi bukan kerana terpaksa tetapi berminat.

4.3.4 Kaedah Pengajaran Guru.

Pengkaji telah memberi soal selidik kepada murid untuk mengetahui dan menilai kaedah pengajaran guru dari kaca mata mereka.

Bil

Soalan

Setuju

Kurang setuju

Tidak setuju 0.0

1

Guru mempunyai kesungguhan mengajar 91.7 dalam mata pelajaran Jawi

8.3

2

Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran 50

40

10

xlvii

3

Guru

menggunakan

bahan

Bantu 0

100

0

mengajar semasa mengajar 4 Guru menggunakan kaedah yang 63.3 30.0 6.7

menyeronokkan dalam pengajaran Jawi

Jadual 13 Kaedah Pengajaran Guru.100 50 0 1 2 3 4 Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Rajah 13 Berdasarkan jadual 13, 91.7 % murid menyatakan bahawa guru mempunyai kesungguhan dalam mengajar mata pelajaran Jawi manakala 8.3% mengatakan kadang-kadang dan 0% tidak. Bagi soalan nombor 2 iaitu guru sering

mempelbagaikan kaedah pengajaran, 50% mengatakan setuju,. 40% mengatakan kurang setuju dan 10% mengatakan tidak setuju. Bagi soalan nombor 3, 100% murid mengatakan kurang setuju apabila ditanya mengenai guru menggunakan bahan Bantu mengajar semasa mengajar. Respons tentang guru menggunakan kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran Jawi adalah berbeza di kalangan murid. Bagi 63.3% mengatakan guru selalu menggunakan kaedah yang menyeronokkan, 30% mengatakan kurang setuju dan 6.7% mengatakan tidak setuju. Kaedah pengajaran guru semasa mengajar mata pelajaran Jawi adalah baik bagi 91.7% murid dan 8.3% adalah sederhana. Dari segi pandangan murid terhadap pengajaran guru sama ada jelas atau tidak, 66.7% murid mengatakan jelas dan 33.3% mengatakan sederhana. Dari segi xlviii

tingkat kefahaman murid daripada pengajaran guru, 66.3% murid memahami keseluruhan pengajaran guru, 30% berada dalam tingkat kefahaman sederhana dan 6.7% tidak memahami pengajaran guru.

Bil 1

Soalan Guru sering kali memberi kerja rumah mata pelajaran Jawi

Ya 100

Tidak 0

2

Guru sentiasa menyemak dan memeriksa buku latihan Jawi saya

100

0

3

Guru menyuruh saya membuat pembetulan bagi ejaan yang salah

100

0

Jadual 14 Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah100% 50% 0% 1 2 3 Tidak Ya

Rajah 14

xlix

Bagi soalan nombor 1 dan 2 iaitu guru seringkali memberi kerja rumah dan sentiasa menyemak serta memeriksa buku latihan Jawi, 100% bersetuju dengan pandangan sedemikian. Dari segi guru menyuruh membuat pembetulan bagi ejaan yang salah, 100% murid bersetuju.

4.3.5 Peranan Ibu Bapa

Pengkaji telah mengemukakan soal selidik untuk mengetahui kebolehan membaca alQuran dan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak mereka menguasai ejaan Jawi. Bil 1 2 Soalan Saya boleh membaca al-Quran dengan baik Saya telah khatam al-Quran Ya 45 13.3 Tidak 55 86.7

Jadual 15 Kebolehan Membaca al-Quran

100% 0% 1 2

Tidak Ya

Rajah 15 Berdasarkan jadual 15, 45% murid boleh membaca al-Quran dengan baik manakala 55% mengatakan tidak. Bagi soalan nombor 2, 8 orang iaitu 13.3 % murid telah khatam al-Quran manakala 52 orang iaitu 86.7% murid belum khatam al-Quran. Bagi soalan nombor 3, 11.7% mengatakan mereka belajar al-Quran dengan ibu bapa, 21.6% dengan datuk atau nenek manakala selebihnya iaitu 66.7% belajar al-Quran dengan guru al-Quran. l

Bil

Soalan

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Setuju 33.3

1

Ibu

bapa

menggalakkan

saya

16.7

50

membaca ejaan Jawi di rumah. 2 Ibu bapa mengajar saya membaca ejaan Jawi di rumah. 3 Saya bertanya kepada ibu bapa 11.7 21.6 66.3 16.7 50 33.3

tentang ejaan Jawi.

Jadual 16Galakan Membaca Ejaan Jawi100% 50% 0% 1 2 3

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Rajah 16

Berdasarkan Jadual 16, 16.7% murid mengatakan ibu bapa menggalakkan mereka membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi 50% murid, mereka mengatakan kurang setuju ibu bapa menggalakkan membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi 33.3% murid pula mengatakan ibu bapa tidak menggalakkan membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi soalan nombor 3, hanya 11.7% murid bertanya kepada ibu bapa tentang ejaan Jawi, 21.6% mengatakan kurang setuju dan 66.7% mengatakan tidak.

Bil

Soalan

Ya

Tidak

li

1 2

Ibu bapa saya pandai membaca ejaan Jawi Semua ahli keluarga saya boleh membaca ejaan Jawi

83.3 58.3

16.7 41.7

Jadual 17: Kebolehan Membaca Ejaan Jawi

100 0 1 2

Tidak Ya

Rajah 17

Bagi soalan nombor 1, 83.3% murid mengatakan ibu bapa mereka pandai membaca ejaan Jawi, manakala 16,7 % pula mengatakan ibu bapa mereka tidak pandai membaca ejaan Jawi. Bagi soalan nombor 2 iaitu semua ahli keluarga mereka boleh membaca ejaan Jawi dipersetujui oleh 58.3% dan 41.7% mengatakan tidak.

4.3.6Temubual Dengan Guru

Pengkaji telah menembual dua orang guru Pendidikan Islam dan dua orang guru jQAF yang mengajar Tahun Lima. Guru Pendidikan Islam pertama telah berkhidmat selama 12 tahun dan guru kedua selama 14 tahun.Kedua-dua guru menyatakan mereka menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Namun begitu, penggunaan bahan bantu mengajar digunakan bukan pada setiap masa pengajaran tetapi mengikut keperluan dan kesesuaian tajuk. Guru juga mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat murid mengikuti mata pelajaran Jawi. Seterusnya kadang-kadang guru juga menggunakan

lii

bahan pengukuhan seperti akhbar iaitu sisipan jawi Utusan Malaysia dan buku-buku cerita tulisan Jawi untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid. Guru menyatakan mereka mempunyai tahap penguasaan yang baik dalam sistem ejaan Jawi baru. Guru juga mengakui bahawa mereka pernah mengikuti kursus sistem ejaan Jawi baru yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Terengganu dan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru mengatakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran Jawi adalah tidak mencukupi. Masalah yang dihadapi dalam pengajaran Jawi ialah kekangan masa. Masa untuk mata pelajaran Jawi tidak mencukupi dan perlu ditambah. Murid juga menghadapi masalah untuk membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup kerana ada beberapa perkataan yang tidak boleh disamakan dengan sistem ejaan Rumi. Secara keseluruhannya guru kurang berpuas hati dengan pencapaian muridmurid dalam membaca ejaan Jawi tetapi ada murid yang menunjukkan penguasaan yang baik dalam membaca ejaan Jawi. Ada murid yang berada pada tahap sederhana tetapi menunjukkan peningkatan dalam membaca ejaan Jawi. Namun begitu ada pelajar yang terlalu lemah dan memerlukan pemulihan dalam membaca ejaan Jawi. Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid. Antaranya ialah pertandingan tulisan cantik Jawi, pertandingan mengeja perkataan dalam ejaan Jawi dan pertandingan membaca petikan dalam ejaan Jawi. Selain itu ditampalkan artikel dalam tulisan Jawi di papan kenyataan.

4.4

KESIMPULAN

liii

Kajian ini menunjukkan bahawa murid Tahun Lima boleh menguasai kemahiran membaca ejaan Jawi pada peringkat tinggi, sederhana dan rendah. Kaedah pengajaran guru amat penting dalam membentuk minat dan penguasaan murid dalam kemahiran membaca ejaan Jawi. Begitu juga peranan ibu bapa boleh meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ejaan Jawi. Kajian mendapati murid yang dapat membaca al-Quran dengan baik akan dapat menguasai kemahiran membaca ejaan Jawi dengan baik.

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

PENDAHULUAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian bagi membincang, merumus dan mencadangkan hasil daripada maklumat dan data yang telah diperolehi dari responden. Di akhir bab ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan selanjutnya yang boleh dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain pada masa hadapan.

5.2

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

liv

5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi

Kajianini menunjukkan semua murid dapat mengingati kesemua 36 huruf Jawi dan dapat membaca sukukata terbuka dengan lancar. Dapatan kajian hasil dari temu bual dengan responden menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman. Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman. Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah pula sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan jawi yang lemah di mana muridmurid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja. Namun begitu semua murid dalam mempunyai bacaan keyakinan ejaan Jawi. akan Mereka dapat perlu

mempertingkatkan

pencapaian

memperuntukkan lebih banyak masa untuk membaca ejaan Jawi.

5.2.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

Kajian ini memperlihatkan minat adalah faktor pelonjakan penting ke arah peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi, begitu juga dengan keyakinan dan kebolehan terhadap mata pelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan sebanyak

lv

41.7% yang memang benar-benar berminat terhadap mata pelajaran Jawi. Bagi yang berminat mempelajari, guru merupakan faktor pendorong yang penting. Mereka selalu membaca petikan dalam ejaan Jawi dan menganggap mata pelajaran Jawi berguna dalam kehidupan seharian dan sebagai satu kelebihan yang dimiliki dari khazanah bangsa Melayu sejak turun temurun. Dapatan juga menunjukkan sebanyak 58.3% tidak meminati mata pelajaran Jawi. Mata pelajaran Jawi amat membosankan dan membuatkan mereka berasa takut dan tidak selesa bagi 58.3% murid. Kurang berminat terhadap mata pelajaran Jawi sudah pasti menjejaskan prestasi dalam mata pelajaran tersebut dan mata pelajaran Pendidikan Islam. Faktor minat dilahirkan melalui sikap murid terhadap mata pelajaran tersebut. Dapatan kajian ini menyokong dapat kajian yang telah dijalankan oleh Mohammed Rashed Al-Shorgi (1987), Juliah Long (1975) dan Hamid Awang (1975) dimana terdapat hubungan yang positif di antara sikap murid dengan pencapaian mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian Abu Zahari (1987) menjelaskan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran amat mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut.

5.2.3 Kaedah Pengajaran Guru

Peranan guru dalam membimbing murid-murid dan memberi kefahaman terhadap sesuatu mata pelajaran memang tidak dapat dinafikan lagi. Shumway (1980) melaporkan bahawa guru berpotensi dalam mempengaruhi sikap masa akan datang pelajar. Combs (1965) menegaskan bahawa guru yang baik mempunyai pengetahuan

lvi

yang kukuh dalam bidangnya. Ia dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan dan dapat menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru. Dalam konteks ini, kaedah pengajaran guru memainkan peranan penting sebagai satu media penyampaian kepada para pelajar. Kajian ini mendapati guru mempunyai kesungguhan dalam mengajar dan telah membuat persediaan rapi sebelum mengajar. Kaedah pengajaran guru merupakan daya penarik utama murid meminati mata pelajaran Jawi. Kajian ini juga mendapati guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menggunakan bahan bantu mengajar. Charles B. Klasek (1972) menjelaskan pengajaran guru yang sistematik ialah guru yang dapat menggabungkan media dan bahan-bahan dalam pengajarannya. Bagi 63.3% murid bersetuju bahawa guru menggunakan kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran Jawi. Guru juga sentiasa memberi kerja rumah mata pelajaran Jawi dan menyemak buku latihan murid.

5.2.4 Peranan Ibu Bapa

Berdasarkan soal selidik, hanya 13.3% murid telah khatam al-Quran. Namun begitu, 45% murid boleh membaca al-Quran dengan baik cuma belum khatam al-Quran. Murid yang boleh membaca al-Quran dengan baik akan juga boleh membaca ejaan Jawi dengan baik iaitu dapat membaca suku kata terbuka, suku kata tertutup, kata pinjaman dan kata berimbuhan dengan lancar. Kajian juga mendapati ibu bapa tidak memainkan peranan aktif dalam menggalakkan anak-anak menguasai kemahiran ejaan Jawi. Ibu bapa kurang memberi penekanan kepada mata pelajaran Jawi berkemungkinan kerana mata pelajaran Jawi tidak termasuk dalam mata pelajaran

lvii

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Ibu bapa juga tidak membeli bahan-bahan bacaan dalam ejaan Jawi seperti akhbar dan buku untuk menambahbaikan penguasaan ejaan Jawi anak-anak mereka.

5.3

RUMUSAN HASIL KAJIAN

Hasil kajian mendapati pencapaian murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan jawi yang sederhana sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah dimana murid-murid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja. Dapatan kajian juga, menunjukkan murid yang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Jawi akan dapat menguasai bacaan ejaan Jawi dengan baik iaitu berada pada tahap yang tinggi. Murid yang tidak menunjukkan minat terhadap mata

lviii

pelajaran Jawi tetapi dapat menguasai bacaan ejaan Jawi yang sederhana didorong oleh faktor lain seperti kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa. Dapatan daripada pemerhatian pengajaran guru dan temubual dengan murid dan soal selidik, faktor kaedah pengajaran guru amat penting dalam membentuk minat dan penguasaan kefahaman murid terhadap mata pelajaran Jawi. Jelasnya kaedah pengajaran guru merupakan daya gerak penting bagi menjadikan mata pelajaran tersebut diberi perhatian oleh murid. Peranan ibu bapa juga penting dalam meningkatkan penguasaan murid dalam ejaan Jawi. Ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka dengan cara mengajar ejaan Jawi di rumah akan meningkatkan pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran Jawi. Pelajar yang dapat membaca al-Quran dengan baik akan dapat menguasai ejaan Jawi dengan baik. Keadaan ini kerana ejaan Jawi adalah sebahagian daripada aksara Arab cuma ditambah beberapa huruf sesuai dengan perkataan-perkataan di dalam Bahasa Melayu. Kajian juga mendapati masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Jawi tidak mencukupi. Ini diakui sendiri oleh murid-murid dan guru . Pusat Perkembangan Kurikulum disarankan menambah jumlah masa bagi mata pelajaran Jawi.

5.4

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Persoalan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi perlu diberi perhatian. Ibu bapa dan guru dipertanggungjawabkan dalam memupuk sikap pelajar terhadap mata pelajara Jawi supaya murid meminati mata pelajaran ini. Dalam konteks ini, peranan

lix

guru amat penting. Guru seharusnya sentiasa memberi motivasi kepada murid tentang kepentingan mata pelajaran Jawi. Pengajaran guru harus mudah dan tidak menyebabkan murid merasa sukar dan keliru.Sebagai seorang guru, mereka seharusnya sentiasa mencari strategi bagi meningkatkan lagi minat dan prestasi murid mereka. Kaedah pengajaran guru amat penting dalam menentukan kefahaman murid atau menyebabkan kegagalan guru untuk mencapai objektif-objektif pengajarannya dan yang lebih penting akan mempengaruhi minat serta prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran ini. Adalah dicadangkan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti alat pandang dengar, carta dan gambar dapat meningkatkan lagi kefahaman murid. Pembelajaran secara koperatif dengan membentuk kumpulan-kumpulan pembelajaran amat penting bagi meningkatkan kefahaman murid. Dicadangkan pembentukan kumpulan perbincangan berdasarkan gabungan murid yang lemah dengan murid yang lebih kehadapan dalam mata pelajaran ini. Panitia mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru j-QAF boleh memainkan peranan penting dalam melaksanakanan aktiviti sokongan. Pihak panitia boleh menganjurkan kuiz antara kelas atau kuiz bercorak umum yang dilekatkan di papan kenyataan sekolah atau di pusat sumber sekolah. Aktiviti kuiz ini dapat menanam minat murid untuk lebih menguasai ejaan Jawi. Pihak panitia juga boleh mengadakan Sudut Jawi di papan kenyataan sekolah untuk mewujudkan lebih banyak bahan bacaan dalam ejaan Jawi. Panitia juga boleh bekerjasama dengan pusat sumber untuk membanyakkan dan mempelbagaikan bahan bacaan dalam ejaan Jawi.

5.5

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

lx

5.5.1 Penyelidikan yang lebih mendalam dan lebih luas

adalah dicadangkan yang

untukmengenal pasti faktor-faktor pembolehubah bebas yang lain mempengaruhiminat dan pencapaian murid dalam menguasai ejaan Jawi.

5.5.2 Kajian

ini

Cuma

dijalankan

disebuah

sekolah

sahaja iaitu Sekolah

KebangsaanDarau. Kajian selanjutnya boleh dijalankan dalam konteks yang lebih luas iaitu semua sekolah dalam satu daerah. Kajian juga boleh dilakukan

dalamkonteks perbandingan pencapaian murid sekolah-sekolah bandar dengan sekolah-sekolah luar bandar. Kemungkinan dapatan kajian adalah berlainan dari apa yangpengkaji perolehi. 5.5.3 Kajian yang lebih mendalam juga boleh dijalankan dengan menumpukan kepadaperbandingan dua atau lebih kaedah pengajaran guru. Respon dapat dilihat dariaspek kaedah mana yang paling berkesan dari kaca mata murid.

5.5.4 Kajian lanjutan perlu melibatkan sampel yang lebih besar dan juga yang diambildari sekolah-sekolah daerah lain untuk memperolehi kesahan yang lebihmenyeluruh.

5.6

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebolehan membaca ejaan Jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau,

Besut, Terengganu. Mengikut sukatan pelajaran murid-murid Tahun Lima dapat

lxi

membaca ejaan Jawi dengan lancar. Satu set soal selidik dan temubual digunakan untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid. Kajian juga melihat faktor-faktor minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa terhadap penguasaan ejaan Jawi. Hasil kajian ini dapat dijadikan maklumbalas terutamanya kepada para guru untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi .Tulisan Jawi mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan tulisan al-Quran. Murid-murid yang dapat membaca al-Quran biasanya dapat membaca ejaan Jawi. Kita mahu melihat tulisan Jawi kembali ke era kegemilangan kerana tulisan Jawi merupakan citra peradaban bangsa Melayu.

RUJUKAN Abu Zahari Abu Bakar. (1987), Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Adnan@ Nan Khamis. (1977). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Tertentu dan Pencapaian Dalam Peperiksaan SRP di Sebuah SekolahMenengah Kebangsaan. Tesis Master Of Education. Universiti Malaya. KualaLumpur. Ahmad MohdSalleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Anderson. G. (1990). Fundamentals of Education Research. New York: The Falmer Press. Awang Had Salleh. (1986). Kearah Pencapaian Akademik Yang Cemerlang di Kalangan Pelajar Bumiputera Melalui Kauseling Dalam Konteks PencapaianAkademik Pelajar Bumiputera Tanahair. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Baker, D. & Stevenson (1986). Mothers Strategies For Childrens School Achievement:Managing The Transition To High School. Socialogy Of

lxii

Education.Banks, Olive. (1989). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Biggs J.B. (1987). Student Approaches To Learning And Studying.Harthron. AustraliaCouncil For Education Research. HanapiSaad. (1983). Satu Kajian Perbandingan Mengenai Tiga Kaedah Pengajaran Tauhid di Malaysia. Latihan Ilmiah, UKM. Ismail Daros. (1981). Faktor Utama Yang Menyebabkan Pelajar di Tingkatan Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. Diploma Kaunseling. UKM. Mirani Adnan, NoraishahRamdzan. (2003). Meningkatkan Kemahiran Mengenal PastiPemboleh Ubah Dalam Soalan berbentuk Penyiasatan Saintifik.Jurnal kajian Tindakan. MohdNajibGhafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. UTM, Skudai. NoorizanAbd Latif &Anisah Abdullah. (2005). Guru Efektif Penjana Kecemerlangan.Jurnal Pendidikan PKPSM. Noresahbt.Baharom. (2003). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahimah Ahmad. (1991). Penyeliaan pengajaran Ke Arah Peningkatan ProfesionalismeGuru Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam 4. Rallison, R. (1993). The Interest Of Senior School Children in Non-Scientific Subject.Journal of Education Psychology.Vol 9. Surat Pekeliling (JAPIM) 5204/4/4.1 Jld 2(4) 3 Januari 2003. Pelaksanaan Jawi dan al-Quran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun2003. Suzilawati Abdullah. (2001). Satu Kajian Ilmiah Tahap Pencapaian Penulisan Jawi Tahun Enam Di Sebuah Sekolah Setapak, Kuala Lumpur. Wan Rahimah Othman. (1999). Satu Kajian Bacaan Jawi Dari Aspek Persepsi Dan Pencapaian Murid Tahun Lima Sekolah Rendah Serta Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi(SATUJA), http://www.ubdbn/news/conferences/ satuja291005/rasional.htm

lxiii

Permasalahan Jawi, http://www.parlien.gov.my, 12 Julai 2007 08- 22. Senario Sang Jawi Yang Malang, http://aziziabdullah.blogspot.com.2006 04 01 archive.html. Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi Yang Berjaya, http://www.terasmelayu.net/kempen tulisan jawi.htm. Tulisan Jawi, http://www.anglefire.com/id/sulyh/tul.htm. Tulisan Jawi, http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

SENARAI PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, 22000 JERTEH

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

NAMA ABDUL HAADI MUTTAQIN BIN ABDUL JALIL AHMAD ZUL IKMAL NORHAFIZU BIN NORHAFIZU MUHAMMAD AIDILL AZIM BIN KODIR MUHAMMAD AIMAN SYAZWAN BIN AHMADI MUHAMMAD AMIR IKHWAN BIN HASAN MUHAMMAD IKHMAL IZZUDDIN BIN YUSRI MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ZAKARIA WAN MUHAMMAD AHNAF BIN WAN SAMSUDDIN WAN MUHAMMAD SIDEK BIN WAN ZAMRI WAN MUHAMMAD ZAIDI BIN RAMLI KHUSHAIDA BINTI KHAIRUDIN NAJWA NUR IMAN BINTI HARUN NIK NUR NATASYA AMYRA BINTI RAMLI NOORMIE SHAFIRA BINTI ZUKRI NUR AQILAH BINTI AZIZUL NUR AQILAH BINTI ROMELI NUR ATIKA BINTI AZMI

JANTINA L L L L L L L L L L P P P P P P P

lxiv

18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 37 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

NUR HAIZA SYAHIRA BINTI HAMZAN NUR MAISARAH BINTI AZEMAN NUR SYAZWANI BINTI ZAHADI NUR ULFAH BAHIRAH BINTI ZULKARNA NURAINA MAISARAH BINTI MOHAMMAD NURTASYAMIN KHALISH BINTI MAT NATA NURUL ANIS AYUNI BINTI SAMSUDIN NURUL ASYIQIN BINTI ROSDE NURUL SHUHADA BINTI RAHMAT SITI NUR AISYAH BINTI AHMAD WAN NUR AYMUNIE BINTI WAN MOHAMMED NOOR WAN NUR HAZIQAH BINTI WAN ABD HALIM WAN NURSYAHADATUL NADWA BINTI WAN LATIF AHMAD NAZREEN BIN AZIZ IMAN ZULHAKIM ADAM BIN CHE HARUN MUHAMMAD ADIB IDHAM BIN MOHD SALLEH MUHAMMAD ALIFF BIN SEMAN MUHAMMAD ANAS ASYRAF BIN ZAMLI MUHAMMAD ARIEZ FIRDAUS BIN MAT ROZI MUHAMMAD AZRIL AREEF BIN MOHD YUSOFF MUHAMMAD FAHMI BIN MOHAMAD MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN ALFIAN MUHAMMAD HAFIZAN BIN WAHAB MUHAMMAD IZIE IKMAL BIN MOHAMAD GHAZALI MUHAMMAD KHAIRUL EKWAN BIN HASMIMI MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ZAKARIA MUHAMMAD QHAIDIR BIN AWANG MUHAMMAD RIDZUAN BIN MAT NOOR MUHAMMAD SABERI MUHAMMAD SHAHRUL AMERI BIN ANUAR MUHAMMAD ZUHDI BIN IMRAN MUHAMMAD LUQMAN BIN ZAHADI MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD NOR NOR AZIETA BINTI RAMLI NUR HUDA BINTI MAT NAIN NUR HUSNATULIZZAH BINTI AZMI NUR SYAFIQAH NAJWA BINTI SARIFUDIN NURUL NASUHA BINTI RAMLI NURUL NASYITAH BINTI SULAIMAN SUHAILA BINTI IBRAHIM AINUN MARDHIAH BINTI SANUSI HANIS HAIZA BINTI ZAHARUDIN NOOR SUHADA BINTI JUNAIDI

P P P P P P P P P P P P P L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L P P P P P P P P P P

lxv

LAMPIRAN B

Borang Kaji Selidik

Bahagian 1 : Demografi Responden

Latar Belakang Pelajar Arahan: Tandakan (x) dalam ruang yang berkaitan1. Jantina

1. Lelaki 2. Perempuan2. Bangsa

lxvi

1. 2. 3. 4. 5.

Melayu Cina India Iban Lain (Nyatakan)3. Lokasi Sekolah

1. Bandar 2. Luar Bandar 3. Lain(Nyatakan)4. Pekerjaan Ibu bapa

1. 2. 3. 4.

Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri Lain-lain

5. Sosial Keluarga

1. Pendapatan kurang RM 500 2. Pendapatan RM 500-1000 3. Pendapatan lebih RM 1000

6. Tahap Pendidikan Ibu Bapa

1. 2. 3. 4.

Tidak Berekolah Tamat Sekolah Rendah Tamat Sekolah Menengah Diploma/Ijazah7. Penguasaan membaca Jawi

1. Ya 2. Tidak

lxvii

8. tahap Penguasaan bacaan Jawi

1. Peringkat Rendah 2. Peringkat Sederhana 3 Peringkat Tinggi9. Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

1. Ya 2. Tidak10. Kaedah Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Jawi

1. 2. 3. 4.

kesungguhan Mengajar Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Kaedah Yang Menyeronokkan

11. Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah, penyemakan Buku Latihan dan Membuat Pembetulan jawi

1. Guru Seringkali memberi Kerja Rumah 2. Guru Memeriksa dan Menyemak Buku Latihan Jawi 3. Guru Menyuruh membuat Pembetulan

12. Kebolehan Membaca al-Quran 1. Boleh Membaca al-Quran dengan baik 2. Boleh Khatam al-Quran

13. Galakan Membaca Ejaan Jawi 1. Ibu bapa Menggalakkan saya membaca Jawi di rumah 2. Ibu bapa mengajar saya membaca ejaan Jawi di rumah 3. Saya bertanya kepada ibu bapa tentang ejaan Jawi

lxviii

14. Kebolehan Membaca Ejaan Jawi 1. Ibu bapa saya pandai membaca Jawi 2. Semua ahli keluarga saya boleh membaca ejaan Jawi

lxix