panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

15
Panduan skima pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 PEMARKAHAN MENGIKUT BAHAGIAN A. Pemberian Markah Bahagian A = 10 markah Bahagian B = 30 markah Bahagian C = 20 markah Jumlah keseluruhan = 60 markah = ?/60 x100 markah =/100% Bahagian A 10 markah Membina ayat 1.Ayat yang ditulis mestilah ada kena mengena dengan bahan grafik yang diberi. 2.Pemilihan kata kerja yang tepat dan sesuai dengan aktiviti dalam gambar yang diberi. 3.Ayat yang ditulis mestilah ayat majmuk dan gramatis. 4.Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid lebih dariada 4 kesalahan dalam kelima-lima ayat yang dibina markah yang patut diberi tidak lebih daripada 7 markah. 5.Jika ayat yang dibina terlalu banyak kesalahan dan tidak menepati tatabahasa yang tepat dan sesuai markah yang harus diberi tidak lebih daripada 3 markah keseluruhan ayat. Bahagian B (penulisan) 1. Penilaian aspek isi ( 15 markah ) Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting: Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.

Upload: aimanrais

Post on 28-Nov-2014

9.444 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

Panduan skima pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2

PEMARKAHAN MENGIKUT BAHAGIAN

A. Pemberian Markah

Bahagian A = 10 markah

Bahagian B = 30 markah

Bahagian C = 20 markah

Jumlah keseluruhan = 60 markah = ?/60 x100 markah =/100%

Bahagian A 10 markah

Membina ayat

1.Ayat yang ditulis mestilah ada kena mengena dengan bahan grafik yang diberi.

2.Pemilihan kata kerja yang tepat dan sesuai dengan aktiviti dalam gambar yang

diberi.

3.Ayat yang ditulis mestilah ayat majmuk dan gramatis.

4.Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid lebih dariada 4 kesalahan dalam kelima-

lima ayat yang dibina markah yang patut diberi tidak lebih daripada 7 markah.

5.Jika ayat yang dibina terlalu banyak kesalahan dan tidak menepati tatabahasa

yang tepat dan sesuai markah yang harus diberi tidak lebih daripada 3 markah

keseluruhan ayat.

Bahagian B

(penulisan)

1. Penilaian aspek isi ( 15 markah )

Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:

Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai.

Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian

dengan isi atau tema yang hendak ditulis.

2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah

1 markah pendahuluan = 1 markah

Page 2: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

1 markah penutup = 1 markah

Jumlah markah isi = 10 markah

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )

Aspek bahasa terbahagi

a. Perbendaharaan kata = 3 markah

b. Struktur ayat = 3 markah

c. Imbuhan = 3 markah

d. Tanda baca = 3 markah

e. Ejaan = 3 markah

Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 15 = 30 markah untuk satu soalan.

Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu

pengolahannya menarik dan sangat berkesan.

1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya

tidak dapat markah penuh.

½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.

Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi

markah.

Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-

adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan:

Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada

30 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong,

markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.

Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang

berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tambahan markah

1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan

isi dan jalinan idea yang baik.

2. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan

adalah dikira sebagai format.

Page 3: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

3. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan

cantik.

B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi(Panjang karangan antara 80-120

patah perkataan.

kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )

41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )

51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )

61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan:

imbuhan tolak ½ markah

tanda baca tolak ½ markah

ejaan tolak ½ markah

3. Karangan yang terpesong langsung:

markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

4. Format:

salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang

diperolehi untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman:

tiada alamat = tolak 1

tiada nama pengirim = tolak 1

tiada tanda tangan = tolak 1

tiada tarikh tolak = ½

tiada kata panggilan hormat = tolak 1

tiada ucapan terima kasih = tolak 1

Salah letak format = tolak ½

tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak ½

Perlu diketahui

Page 4: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang

markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa.

Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3

markah.

TANDA MEMERIKSA

isi ü

salah guna perkataan _____________________

kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\

kesalahan ejaan /

kesalahan ejaan yang berulang //

tanda yang tertinggal /

kesalahan imbuhan

kesalahan tanda baca O

isi yang tidak berkaitan ( )

Page 5: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

Tips : Cara membilang perkataan

Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu

perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'

Bahagian C

Menulis ulasan (20 markah)

1. Pastikan ada lima nilai murni/amalan-amalan baik/pengajaran yang

boleh diperoleh daripada petikan.

2. 1 nilai beserta huraian dan contoh markah penuh = 4 markah darab 5

nilai = 20 markah.

3. Nilai yang dipilih mestilah tepat dan sesuai dengan cerita yang diberi.

4. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan tetapi jika

lebih boleh diterima tetapi tidak melebihi 65 patah perkataan.

5. Aspek tatabahasa harus diberi penekanan ketika menanda

kertas.Pemotongan markah hendaklah bersesuaian dengan

persembahan jawapan yang diberi.

Page 6: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM

PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU?

1. Baca semua soalan yang diberi:

Fahami arahan kehendak soalan.

Kenal pasti format yang perlu digunakan.

Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang

ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan:

susun isi secara berturutan

letak isi mengikut perenggan

memberi huraian yang tepat kepada isi.

sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:

ada menggunakan perkataan yang terkini

elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap

penggunaan perkataan teknikal dengan tepat

elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas:

elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek

guna ayat yang pendek tetapi lengkap

kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:

gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan

gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:

dapat membezakan imbuhan an dan kan

guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-

kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

Page 7: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

7. Tulis mengikut ejaan yang betul:

elak mengikut sebutan dialek / daerah

elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ?

Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh

keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG

MARKAH

A. Kesalahan memilih tajuk

Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang

dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan

karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

B. Kekurangan isi

Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar

atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang

sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

C. Pembahagian perenggan

Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu

isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu

perenggan untuk satu karangan!

D. Tidak merangka karangan

Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak

merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak

kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.

Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil

mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

Page 8: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

E. Kesalahan tatabahasa

Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan

karangan mendapat ‘A’.

Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih

ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan

"daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak

menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan

imbuhan langsung untuk karangannya.

F. Kesuntukan masa

Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan

penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini

menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor

soalan pun tidak sempat ditulis.

Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan

baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi.

Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

G. Kesalahan lain

Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.

Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa

Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )

Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.

SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas

itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.

BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi

ke sekolah dengan menaiki basikal.

Page 9: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

B. Salah Menggunakan Perkataan

dari dan daripada

SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu.

BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.

SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak.

BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak.

untuk , supaya dan selama

SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur.

BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.

SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong.

BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong.

SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor.

BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor.

SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.

BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.

SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu.

BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu.

SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam.

BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.

adalah dan ialah

BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan ………….

SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan ……………….

BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka.

SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka.

SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.

BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

Page 10: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

bila dan apabila

SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.

BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.

SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para

SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.

BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.

SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.

BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.

SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.

BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.

SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.

BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.

SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah

pemenang-pemenang.

BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-

pemenang.

yang dan bahawa

SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.

BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.

SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.

BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama

SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.

BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini.

SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

Page 11: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

kata ganti "dia" dan "ia"

Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti

nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.

SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.

BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.

SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.

BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana

SALAH: Baju apa yang kamu pakai ?

BETUL: Baju mana yang kamu pakai ?

SALAH: Mana katanya betul belaka.

BETUL: Apa katanya betul belaka.

SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?

BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?

penjodoh bilangan

SALAH: Ibunya seorangyang baik hati.

BETUL: Ibunya baik hati.

SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.

BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada dan kepada

SALAH: Beri surat ini pada Hasrul.

BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul.

Di dan pada

SALAH: Di masa rehat saya ke kantin.

BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin.

Page 12: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.

BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.

SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.

BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.

SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah

BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke

sekolah.

SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia

BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.

SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.

BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.

SALAH: Apakah nama kamu?

BETUL: Siapakah nama kamu?

D. Tanda baca

Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.

BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul

SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada

perompak itu.

BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada

perompak itu.

Page 13: Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat

SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian

itu?

BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian

itu?

SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.

BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

E. Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"

SALAH: Masukkan buku ini didalam beg.

BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg.

SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.

BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"

SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat.

BETUL: Masakan ibu sungguh lazat.

SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari.

BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan

SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.

BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.

SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.

BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.