panduan peraturan di stor

1
PANDUAN PERATURAN DI STOR PJK (PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN ) 1. Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru Pendidikan Jasmani sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil peralatan sukan tanpa kebenaran. 2. Setiap peralatan sukan yang diambil perlulah direkod ke dalam buku rekod stor PJK. 3. Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke stor PJK dengan bersendirian tanpa memaklumkan pada guru Pendidikan Jasmani. 4. Gunakan semua peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik-baiknya. Dilarang penyalahgunaan peralatan-peralatan tersebut. 5. Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan asalnya. Pihak stor PJK berhak menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan. 6. Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada peralatan- peralatan dan kemudahan yang ada di dalam stor PJK, pastikan pintu stor PJK ditutup setiap kali sebelum beredar. 7. Berhati-hati ketika menggunakan atau membawa peralatan sukan yang tajam dan berat. 8. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan stor PJK, kutip apabila ternampak sampah di persekitaran dan buangkan ia ke dalam tong sampah. 9. Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di stor PJK. 10. Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.

Upload: kellylow57

Post on 25-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Panduan Peraturan Di Stor

TRANSCRIPT

PANDUAN PERATURAN DI STORPJK (PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN )1. Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru Pendidikan Jasmani sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil peralatan sukan tanpa kebenaran.2. Setiap peralatan sukan yang diambil perlulah direkod ke dalam buku rekod stor PJK. 3. Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke stor PJK dengan bersendirian tanpa memaklumkan pada guru Pendidikan Jasmani.4. Gunakan semua peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik-baiknya. Dilarang penyalahgunaan peralatan-peralatan tersebut.5. Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan asalnya. Pihak stor PJK berhak menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.6. Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada peralatan-peralatan dan kemudahan yang ada di dalam stor PJK, pastikan pintu stor PJK ditutup setiap kali sebelum beredar.7. Berhati-hati ketika menggunakan atau membawa peralatan sukan yang tajam dan berat.8. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan stor PJK, kutip apabila ternampak sampah di persekitaran dan buangkan ia ke dalam tong sampah.9. Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di stor PJK.10. Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.