panduan pelaksanaan pengkelasan baru kategori stor di kpm

Upload: super-duper

Post on 02-Apr-2018

363 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    1/20

    1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGKELASAN BAHARU

    KATEGORI STOR DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

    Semua Ketua Jabatan / Bahagian

    Semua Pengarah Pelajaran Negeri

    Semua Pengarah Institusi PendidikanSemua Pegawai Pelajaran Daerah

    Semua Pengetua / Guru Besar

    1 . TUJUAN

    1.1 Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua

    Bahagian / Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah

    (PPD) / Institusi Pendidikan dan Sekolah berkenaan Pelaksanaan

    Pengkelasan Baharu Kategori Stor Di Kementerian PelajaranMalaysia (KPM).

    1.2 Garis panduan ini adalah berkaitan prosedur pelaksanaan selepas

    perubahan kategori stor di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Semula Kategori

    Stor bersama Perbendaharaan pada 16 Mac 2011, Mesyuarat

    Pelaksanaan Penyelarasan Semula Kategori Stor KPM pada 28 Jun

    2011 dan Mesyuarat Antara KPM dan Perbendaharaan Berhubung

    Penyelarasan Draf Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu

    Kategori Stor Di KPM pada 30 September 2011.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.5/2009 - Tatacara

    Pengurusan Stor (TPS), setiap agensi perlu melaksanakan

    pengkelasan kategori stor bagi memastikan pengurusan Stor Kerajaan

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    2/20

    2

    dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. Walaupun KPM

    melalui agensi-agensinya telah melaksanakan perkara ini, keunikan

    struktur dan pengurusan stor oleh agensi di bawah KPM telah

    menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam pengkelasan stor

    terutamanya di sekolah-sekolah.

    2.2 Berdasarkan beberapa siri Mesyuarat Penyelarasan Semula Kategori

    Stor KPM yang telah diadakan dengan Perbendaharaan, semua

    agensi di KPM perlu menyelaras semula kategori stor masing-masing.

    Penyelarasan kategori yang terkini adalah berdasarkan kriteria baharu

    yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

    2.3 Perubahan kategori stor ini akan melibatkan perbezaan dalam

    pelaksanaan TPS, penggunaan borang (KEW.PS) dan pelantikan

    pegawai yang terlibat dalam pengurusan stor.

    2.4 Garis panduan ini disediakan bagi pelaksanaan TPS yang berbeza

    amalannya daripada sebelum ini dengan penekanan terhadap perkara

    yang berkaitan dengan perubahan status kategori stor dan perbezaan

    pelaksanaannya.

    2.5 Pekeliling pelaksanaan ini hendaklah dilaksanakan bersama-sama

    dengan ketetapan yang telah dikuatkuasakan seperti di TPS. TPS

    adalah asas pertimbangan kepada pelaksanaan panduan ini.

    3. PELAKSANAAN BERDASARKAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.

    5/2009 - TATACARA PENGURUSAN STOR (TPS).

    3.1 Definisi Stor

    Tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan,

    penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.

    3.2 Definisi Stok

    Stok bermaksud barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk

    tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-

    ubatan, alat ganti, keselamatan, makmal, bengkel, dapur, sukan,

    pertanian, latihan, penyiaran, domestik, dokumen atau buku yang

    dikawal dan sebagainya.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    3/20

    3

    3.3 Kategori Stor di KPM

    3.3.1 Pengkelasan stor di KPM adalah berdasarkan kriteria-kriteria

    khusus yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dengan

    mengambil kira keunikan struktur dan fungsi agensi di KPM dan

    hanya melibatkan dua (2) kategori stor iaitu:

    Jadual 1 : Kriteria Pengkelasan dan Kategori Stor

    Bil. Kriteria Stor Utama Stor Unit

    1. Kaedah perolehan

    (pembelian) stok

    Menguruskan perolehan

    (pembelian) stok sendiri

    Tidak membuat

    perolehan

    (pembelian) barang-

    barang;

    ATAU

    Membuat perolehan

    stok menggunakan

    peruntukan bantuan

    geran per kapita

    (PCG)

    2. Sumber peruntukan

    kewangan bagi

    tujuan perolehan

    Menggunakan

    peruntukan belanja

    mengurus bagi tahun

    semasa

    Menggunakan

    peruntukan bantuan

    geran per kapita

    (PCG)

    3. Penggunaan

    Bekalan Stok

    Membekalkan stok kepada

    Stor Unit;

    ATAU

    Membekalkan stok terus

    kepada pelanggan

    Menerima bekalan

    stok dari Stor Utama

    dan membuat

    bekalan terus

    kepada pelanggan

    4. Penggunaan

    Borang

    Permohonan stok dari Stor

    Unit ke Stor Utama

    menggunakan KEW.PS-

    10;

    ATAU

    Permohonan daripada

    pelanggan ke Stor Utama

    menggunakan KEW.PS-

    11.

    Permohonan

    daripada pelanggan

    menggunakan

    KEW.PS-11

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    4/20

    4

    Bil. Kriteria Stor Utama Stor Unit

    5. Ruangan stor Mempunyai ruangan / bilik

    khas bagi menempatkan

    peralatan / barang-barang

    yang dikategorikan sebagaistok

    Tidak mempunyai

    ruangan / bilik khas

    bagi menempatkan

    peralatan / barang-barang yang

    dikategorikan sebagai

    stok

    3.4. PELANTIKAN PEGAWAI PENGURUSAN STOR

    3.4.1 Setiap agensi di KPM hendaklah melantik pegawai bagi memenuhi

    tuntutan untuk pelaksanaan pengurusan stor seperti berikut:

    a. Pegawai Stor

    Pelantikan pegawai stor hendaklah dilaksanakan oleh Ketua

    Jabatan secara bertulis di peringkat dalaman bagi pegawai yang

    dirasakan sesuai tanpa mengira gred.

    b. Pegawai Penerima / Pegawai Pengesah

    Pegawai penerima / pengesah dilantik secara dalaman

    sekurang-kurangnya dua (2) orang atau lebih yang diberi

    tanggungjawab oleh Ketua Jabatan untuk menerima dan

    mengesahkan barang-barang stor yang diperolehi.

    c. Pegawai Pemeriksa Stok

    Ketua Jabatan hendaklah melantik pegawai-pegawai yang tidak

    terlibat dengan stor yang diperiksa bagi melaksanakan

    pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali (1) setahun ke atas

    semua stok secara 100% mulai 1 Oktober tahun semasa.

    d. Pegawai Pemverifikasi Stok

    i. Pelantikan dua (2) orang Pegawai Pemverifikasi Stor di

    Bahagian / JPN dan Agensi di Peringkat Negeri

    (contoh: BTPN) adalah di bawah kelulusan Ketua

    Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausaha

    Kementerian.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    5/20

    5

    ii. Pelantikan dua (2) orang Pegawai Pemverifikasi Stor di

    Institusi Pendidikan / Sekolah adalah di bawah

    kelulusan Pengarah Bahagian / Rektor/ Pengarah

    Pelajaran Negeri mengikut induk institusi masing-

    masing. Pegawai-pegawai yang dilantik seharusnya

    dilantik dalam kalangan pegawai yang tidak terlibatdengan organisasi / jabatan/ institusi / sekolah yang

    diverifikasi serta hendaklah sekurang-kurangnya

    mempunyai kemahiran asas dalam TPS.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    6/20

    6

    3.5 PENGGUNAAN BORANG DI STOR UTAMA DAN STOR UNIT

    Jadual 2- Senarai Penggunaan Borang di Stor Utama dan Stor Unit

    Bil. ProsesBorang

    Stor Utama Stor Unit

    1. Penerimaan

    KEW.PS-1, Borang

    Terimaan Barang-

    Barang.

    KEW.PS-2, (Borang

    Laporan Terimaan

    Barang-Barang)

    (sekiranya terdapat

    selisihan)

    KEW.PS-2, Borang

    Laporan Terimaan

    Barang-Barang

    (sekiranya terdapat

    selisihan)

    2. Merekod Stok

    Penyediaan Katalog

    (senarai perihalbarang)

    KEW.PS-3, Kad

    Kawalan Stok

    KEW.PS-4, Kad Petak

    KEW.PS-5, Senarai

    Kad Kawalan Stok

    Rekod Senarai

    Barang KEW.PS-4, (Kad

    Petak)

    3. Penyimpanan

    KEW.PS-6, Tambahan

    Barang-barang

    Standard

    KEW.PS-7, PenentuanKumpulan Stok

    (Berdasarkan

    Penggunaan Dua (2)

    Tahun)

    KEW.PS-8, MDKD

    KEW.PS-9, Senarai

    Stok Bertarikh Luput

    KEW.PS-7,

    Penentuan Kumpulan

    Stok (Berdasarkan

    Penggunaan Dua (2)Tahun)

    KEW.PS-8, MDKD

    KEW.PS-9, Senarai

    Stok Bertarikh Luput

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    7/20

    7

    Bil. ProsesBorang

    Stor Utama Stor Unit

    4. Pengeluaran

    KEW.PS-10, Borang

    Pesanan Dan

    Pengeluaran Stok

    (melibatkan Stor Utamadengan Stor agensi -

    stor ke stor)

    KEW.PS-11, Borang

    Permohonan Stok.

    Daripada stor kepada

    pengguna akhir.

    KEW.PS-12, Senarai

    Pembungkusan

    (penggunaan

    melibatkan KEW.PS-10)

    KEW.PS-11, Borang

    Permohonan Stok

    5. Pemeriksaan

    KEW.PS-13, Laporan

    Kedudukan Stok

    KEW.PS-14, Laporan

    Verifikasi Stor

    KEW.PS-17, Penyata

    Pelarasan Stok

    KEW.PS-18, Perakuan

    Ambil Alih

    KEW.PS-14, Laporan

    Verifikasi Stor

    KEW.PS-17, Penyata

    Pelarasan Stok

    KEW.PS-18,

    Perakuan Ambil Alih

    6. Kehilangan

    dan

    Hapuskira

    KEW.PS-19, LaporanPelupusan Stok

    Bernilai Rendah

    KEW.PS-21, Laporan

    Hapus Kira

    Kekurangan Stok

    Bernilai Rendah

    KEW.PS-19, LaporanPelupusan Stok

    Bernilai Rendah

    KEW.PS-21, Laporan

    Hapus Kira

    Kekurangan Stok

    Bernilai Rendah

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    8/20

    8

    Bil. ProsesBorang

    Stor Utama Stor Unit

    7. Laporan

    Tahunan

    KEW.PS-13, Laporan

    Kedudukan Stok

    KEW.PS-15, Laporan

    Tahunan KeseluruhanPengurusan Stor

    KEW.PS-16, Laporan

    Tahunan Verifikasi Stor

    KEW.PS-20, Laporan

    Tahunan Pelupusan

    Stok

    KEW.PS-22, Laporan

    Tahunan Kehilangan

    Dan Hapus Kira Stok

    KEW.PS-14, Laporan

    Verifikasi Stor

    KEW.PS-20,

    Laporan TahunanPelupusan Stok

    KEW.PS-22,

    Laporan Tahunan

    Kehilangan Dan

    Hapus Kira Stok

    3.6 PEMBELIAN/ PENERIMAAN STOK

    3.6.1 Pembelian stok bagi agensi yang berstatus Stor Utama adalah

    digalakkan secara berpusat. Pembelian bagi stok yang terdiri daripada

    jenis yang sama hendaklah dibeli secara pukal oleh Unit Pengurusan

    Aset yang seterusnya melaksanakan pengagihan kepada stor-stor

    kecil yang lain. Pemusatan ini boleh membantu daripada segi

    pengagihan dan perekodan awal stok.

    3.6.2 Setiap agensi berstatus Stor Utama dikehendaki melaksanakan

    perekodan pembelian / penerimaan barang melalui Borang Terimaan

    Barang-Barang KEW.PS-1. Borang ini hendaklah diisi satu (1) salinan

    bagi setiap pesanan.

    3.6.3 Agensi berstatus Stor Unit hendaklah menerima stok dan merekodkan

    secara terus ke dalam Kad Petak KEW.PS-4.

    3.6.4 Sekiranya terdapat sebarang perselisihan dalam penerimaan barang,

    kesemua agensi hendaklah melaporkan perselisihan ini di dalamBorang Laporan Terimaan Barang-Barang KEW.PS-2.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    9/20

    9

    3.7 PEREKODAN STOK

    3.7.1 Penyediaan Katalog iaitu rekod senarai barang-barang standard dalam

    pegangan Stor Utama yang mengandungi maklumat-maklumat

    lengkap mengenai nombor kod, perihal barang, unit pengukuran dan

    harga hendaklah disediakan mengikut ketetapan TPS. Sekiranyaterdapat penambahan di dalam senarai katalog, agensi berstatus Stor

    Utama hendaklah menggunakan Borang Tambahan Barang-Barang

    Standard KEW.PS-6.

    3.7.2 Stor Unit dikehendaki menyediakan satu senarai barang-barang yang

    terdapat dalam pegangannya seperti yang dikehendaki di para 15 TPS.

    3.7.3 Perekodan stok bagi Stor Utama hendaklah menggunakan Kad

    Kawalan Stok KEW.PS-3, KEW.PS-4 dan Senarai Kad Kawalan Stok

    KEW.PS-5.

    3.7.4 Stor Unit hanya perlu merekodkan stok ke dalam KEW.PS-4 sahaja,

    berdasarkan ketetapan dalam TPS.

    3.7.5 Perekodan stok bahan-bahan mentah bersifat basah (contoh: ikan,

    ayam dan sayur-sayuran) di institusi pendidikan hendaklah direkodkan

    walaupun pembelian dan penggunaan adalah mengikut kadar harian.

    Format bagi perekodan stok ini adalah berdasarkan kategori bahan

    mentah seperti yang ditunjukkan di Lampiran A. Konsep kaedah

    perekodan ini boleh diguna pakai bagi perekodan stok bahan kimia /

    bahan berbahaya.

    3.7.6 Perekodan stok gunasama seperti peralatan pendidikan jasmani/

    sukan / makmal / kemahiran hidup (contoh : bola, kayu hoki, baju

    sukan, radas makmal dan peralatan pertukangan) hendaklah

    direkodkan dan disimpan secara berasingan setelah dikeluarkan

    daripada rekod stok. Format bagi perekodan stok gunasama

    disertakan di Lampiran B.

    3.8 PENYIMPANAN

    3.8.1 Penyimpanan stok di KPM hendaklah mematuhi pelaksanaan 5S (sisih,

    sapu, susun, seragam dan sentiasa amal) yang telah diamalkan di

    agensi masing-masing bagi memastikan kekemasan dan operasi stor

    dapat berjalan dengan optimum.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    10/20

    10

    3.8.2 Stok yang mempunyai tarikh luput hendaklah dipastikan

    penyimpanannya diikuti dengan rekod Stok Bertarikh Luput KEW.PS-9

    bagi memastikan stok tersebut dapat dikenal pasti tarikh luput dan

    kadar penggunaannya. Stok yang bertarikh luput hendaklah dikenal

    pasti melalui manual pengguna stok atau label yang terdapat pada

    fizikal stok itu sendiri.

    3.8.3 Pelaksanaan sistem Masuk Dahulu Keluar Dahulu (MDKD) KEW.PS-8,

    hendaklah diamalkan bagi stok yang mempunyai tarikh luput bagi

    memastikan kelangsungan penggunaan stok dan seterusnya dapat

    menggunakan stok tersebut secara maksimum.

    3.8.4 Pelaksanaan penyimpanan stok yang berstatus bahan berbahaya

    hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti di

    TPS dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi yang berkaitan.

    3.9 PENGELUARAN

    3.9.1 Sebarang pengeluaran stok daripada Stor Utama kepada Stor Unit

    yang lain hendaklah menggunakan Borang Pesanan Dan Pengeluaran

    Stok KEW.PS-10. Penggunaan borang ini hanya bagi pesanan yang

    melibatkan stor ke stor.

    3.9.2 Permohonan yang melibatkan pengguna akhir atau kegunaan dalaman

    oleh Stor Utama hendaklah menggunakan Borang Permohonan Stok

    KEW.PS-11.

    3.9.3 Pengeluaran bagi bahan kimia yang hendak dikeluarkan bagi

    kegunaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) hendaklah dikeluarkan

    mengikut kegunaan (contoh: 1 liter atau 100 gram) daripada Kad Petak

    dan disimpan di dalam bekas simpanan sementara. Simpanan ini

    dikawal penggunaannya secara dalaman oleh pegawai yang

    dipertanggungjawabkan.

    3.9.4 Pelaksanaan pengeluaran barang gunasama di bengkel / makmal / stor

    sukan dilaksanakan dengan menggunakan buku keluar masuk sebagairekod dalaman. Kaedah ini hendaklah dilaksanakan bagi mengawal

    selia stok gunasama tersebut. Rekod dalaman ini boleh mengambil

    contoh seperti Lampiran B.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    11/20

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    12/20

    12

    Kad Petak (Stor Unit) dan hendaklah ditandatangani berserta

    tarikh oleh Pegawai Pemeriksa; dan

    iv. Pelaksanaan pemeriksaan stok ini hendak mematuhi ketetapan

    dan kriteria pemeriksaan stok yang ditetapkan dalam TPS.

    c. Verifikasi Stor

    i. Kesemua Stor Utama dikehendaki melaksanakan verifikasi stok

    oleh Pegawai Pemverifikasi Stor yang dilantik oleh Pegawai

    Pengawal (Bahagian / JPN) atau Pengarah Bahagian / Rektor/

    Pengarah Pelajaran Negeri (institusi pendidikan / sekolah)

    selepas pemeriksaan stok dijalankan.

    ii. Pemverifikasi stor dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1)

    tahun sekali sebelum tahun berakhir iaitu sebelum 31 Disember

    bagi melengkapkan KEW.PS-14 serta menyediakan Laporan

    Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor KEW.PS-15 dan

    Laporan Tahunan Verifikasi StorKEW.PS-16.

    3.10.3 Pelarasan stok hendaklah dilaksanakan selepas pemeriksaan stok

    dijalankan. Sekiranya terdapat perselisihan berdasarkan dapatan

    laporan pemeriksaan tersebut, pelarasan dilaksanakan menggunakan

    Penyata Pelarasan Stok KEW.PS-17 dan hendaklah mendapat

    kelulusan Ketua Jabatan. Kad Kawalan Stok dan Kad Petak yang

    terlibat untuk pelarasan hendaklah dikemaskini dan ditandatangani.

    3.10.4 Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan pemeriksaan mengejut dari

    semasa ke semasa dan digalakkan menggunakan Buku Daftar

    Pemeriksaan Mengejut - Am.28 (Pin. 1/77) bagi mematuhi Arahan

    Perbendaharan AP 309 Pemeriksaan Mengejut.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    13/20

    13

    3.11 KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

    Kaedah pelaksanaan bagi keselamatan dan kebersihan adalah

    tertakluk kepada ketetapan yang dinyatakan seperti di TPS.

    3.12 PELUPUSAN

    3.12.1 Pelupusan stok adalah proses mengeluarkan stok yang usang,

    rosak atau lebihan yang tidak diperlukan (dead stock) lagi bagi

    memaksimumkan ruangan penyimpan dan kadar pusingan stok.

    3.12.2 Kesemua stor dikehendaki melaksanakan pelupusan stok

    berdasarkan syor Pegawai Pemeriksa dan Pegawai

    Pemverifikasi stok.

    3.12.3 Ketua Jabatan hendaklah melantik secara bertulis dua (2)pegawai pemeriksa stok yang mempunyai kepakaran

    bersesuaian dan tidak terlibat secara langsung dalam

    menguruskan stok tersebut. Pegawai pemeriksa perlu

    melengkapkan borang Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah

    KEW.PS-19.

    3.12.4 Pelupusan stok bernilai rendah adalah melibatkan pelupusan

    stok dengan Nilai Perolehan Asal (NPA) stok kurang daripada

    RM10,000.00. Namun, sekiranya NPA stok adalah lebih,

    pelupusan stok hendaklah mengikuti kaedah pelupusanberdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)

    dengan menggunakan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa

    Aset Alih KEW.PA-17.

    3.12.5 Pegawai Stor hendaklah mengemaskinikan Kad Kawalan Stok

    dan Kad Petak di ruangan Keluar/ Baki Stok setelah pelupusan

    dilaksanakan.

    3.13 HAPUS KIRA DAN KEHILANGAN

    3.13.1 Hapus Kira Kehilangan Stok hendaklah dilaksanakan apabila

    berlaku kecurian, kebakaran, bencana alam, kesusutan dan

    seumpamanya dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan

    dalam TPA yang sedang berkuat kuasa kecuali Kekurangan

    Stok Yang Bernilai Rendah.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    14/20

    14

    3.13.2 Kekurangan Stok Yang Bernilai Rendah adalah stok yang

    jumlah NPA kurang daripada RM250 yang kekurangannya

    adalah akibat dipotong, ditimbang, dibancuh, bocor, sejat,

    meruap atau kemerosotan/kekurangan yang tidak dapat

    dielakkan. Kekurangan stok tersebut bukan disebabkan

    kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai awam.

    3.13.3 Kuasa Melulus hapus kira kekurangan stok adalah tertakluk

    kepada Seksyen 5, Akta Perwakilan Kuasa 1956 yang sedang

    berkuat kuasa.

    3.13.4 Pegawai Stor hendaklah menyediakan Laporan Hapus Kira

    Kekurangan Stok KEW.PS-21 dengan merujuk di ruangan syor

    oleh Pegawai Pemeriksa/Pemverifikasi stor di KEW.PS-14 serta

    disahkan oleh Ketua Jabatan.

    4. LAPORAN MENGIKUT SUKU TAHUN/ LAPORAN TAHUNAN

    Semua stor dikehendaki melaporkan prestasi pengurusan stor kepada

    penyelaras stor Bahagian/ JPN untuk dilaporkan semasa Mesyuarat

    Jawatankuasa Aset Alih dan Stor Kerajaan. Pelaporan adalah seperti berikut:

    Jadual 3: Borang- Borang Yang Berkaitan Bagi Penyediaan

    Laporan Mengikut Suku Tahun

    Stor Utama Stor Unit

    KEW.PS-13, Laporan Kedudukan

    Stok.

    KEW.PS-14, Laporan

    Pemeriksaan/ Verifikasi Stok

    KEW.PS-20, Laporan Tahunan

    Pelupusan Stok

    KEW.PS-22, Laporan Tahunan

    Kehilangan Dan Hapus Kira Stok

    Pemeriksaan Mengejut olehKetua Jabatan

    KEW.PS-20, Laporan Tahunan

    Pelupusan Stok

    KEW.PS-22, Laporan Tahunan

    Kehilangan Dan Hapus Kira Stok

    Pemeriksaan Mengejut oleh

    Ketua Jabatan

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    15/20

    15

    Jadual 4 : Borang-Borang Yang Berkaitan Bagi Penyediaan Laporan Tahunan

    Stor Utama Stor Unit

    KEW.PS-13, Laporan Kedudukan

    Stok KEW.PS-15, Laporan Tahunan

    Keseluruhan Pengurusan Stor

    KEW.PS-16, Laporan Tahunan

    Verifikasi Stor

    KEW.PS-20, Laporan Tahunan

    Pelupusan Stok

    KEW.PS-22, Laporan Tahunan

    Kehilangan Dan Hapus Kira Stok

    KEW.PS-14, Laporan

    Pemeriksaan Stok KEW.PS-20, Laporan Tahunan

    Pelupusan Stok

    KEW.PS-22, Laporan Tahunan

    Kehilangan Dan Hapus Kira Stok

    Nota: Sekiranya tiada kes kehilangan atau pelupusan dilaksanakan, nyatakan TIADA didalam laporan di KEW.PS-20 dan KEW.PS-22.

    5. ASPEK YANG PERLU DIURUSKAN

    Bil. Aktiviti Kekerapan TempohPelaksanaan

    Catatan

    1. Pengiraan Stok Sebaik-baiknyasetiap suku tahunbagi tujuanpenyediaanLaporan KedudukanStok KEW.PS-13

    Sepanjang tahun Dilaksanakanoleh PegawaiStor

    2. PemeriksaanStok

    Sekurang-kurangnya satu (1)kali setahun

    Dilaksanakanmulai 1 Oktobertahun semasa

    Dilaksanakanoleh PegawaiPemeriksalantikan KetuaJabatan

    3. Verifikasi Stor Sekurang-kurangnya satu (1)kali setahun

    Selepas prosedurpemeriksaandijalankan(selepas bulanOktober dansebelum 31Disember tahun

    Dilaksanakanoleh PegawaiPemverifikasiStok lantikanPegawaiPengawal /Pengarah

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    16/20

    16

    Bil. Aktiviti Kekerapan TempohPelaksanaan

    Catatan

    semasa) Bahagian /Rektor /Pengarah

    Pelajaran Negeri

    4. PemeriksaanMengejut

    Sekurang-kurangnya dua (2)kali setahun

    Sepanjang tahun Dilaksanakanoleh KetuaJabatan

    5. Laporan bagiPelupusan danHapus Kira

    Setiap suku tahun Sepanjang tahun Sekiranya ada

    6. PENUTUP

    6.1 Pematuhan kepada garis panduan ini adalah penting bagi memastikan

    pengurusan stor dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti. Bagi

    mencapai hasrat ini, semua pegawai yang menguruskan stor hendaklah

    memainkan peranan masing-masing bagi mematuhi garis panduan yang

    ditetapkan.

    6.2 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab bagi memastikan peraturan bagi

    perkara ini dipatuhi sepenuhnya oleh Bahagian / Jabatan / Institusi di bawah

    seliaan masing-masing. Bagi tujuan ini, semua ketua jabatan adalah

    bertanggungjawab memastikan bahawa garis panduan ini diedarkan kepada

    institusi di bawah seliaan masing-masing.

    7. PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN

    Pekeling ini hendaklah dibaca bersama-sama Arahan Perbendaharaan (SAP),

    rujukan S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld. 28 SK.6 (4) bertarikh 30

    Disember 2009.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    17/20

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    18/20

    18

    Glosari

    Pegawai Pengawal - Ketua Setiausaha Kementerian.

    Ketua Jabatan - Setiausaha Bahagian/ Pengarah/ Rektor/ Pengetua dan Guru

    Besar.

    Barang guna habis - Barang yang kerap guna, mudah rosak, mudah haus, tidak

    ekonomi dikesan satu persatu atau mengikut aturan manual penggunaan yang

    dikeluarkan terus kepada pengguna.

    Barang gunasama - Stok yang dikeluarkan namun untuk kegunaan bersama dan

    ekonomi untuk dikesan seperti bola, baju jersi, alat radas makmal dan alatan

    kemahiran (tukul dan gergaji).

    NPA - Nilai perolehan asal iaitu nilai pembelian awal berdasarkan punca perolehan.

    MDKD- Masuk dahulu keluar dahulu (first in, first out) merujuk kepada keutamaan

    kepada stok yang datang lebih awal dikeluarkan terlebih dahulu.

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    19/20

    19

    LAMPIRAN A

    PELAKSANAAN PEREKODAN STOK BAHAN MENTAH

    KEW.PS-4

    No. Kad: ..................

    KAD PETAK

    (Tatacara Pengurusan Stor 53)

    Contoh :

    Ruj. Kawalan Stok*: Nombor Kod: 001

    Perihal Stok: Daging (Ayam & Lembu)

    Kumpulan Stok: Lokasi Stok: Stor Bahan Bermasak - Pra Sekolah

    Bil. TarikhNo. Ruj. BTB atau

    No. Ruj. BPPS

    KuantitiTandatangan

    PegawaiStorTerima

    Seunit(RM)

    Keluar Baki

    Baki dibawa ke hadapan

    1 1.10.2011 001 10kg 50.00 10kg 0 T.T

  • 7/27/2019 Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di KPM

    20/20

    20

    LAMPIRAN

    B

    DAFTAR

    PERGE

    RAKAN

    PERALATAN

    /S

    TOK

    GUNASAMA

    Jenis

    :

    PegawaiPenyelia

    Catatan

    JenamadanModel

    :

    No.

    SiriPendaftaran

    :

    Lokasi

    :

    Bil

    NamaPeminjam

    Tarikh

    Tandatangan

    Peminjam

    KetikaDikel

    uarkan

    KetikaDipulangkan

    D

    ikeluarkan

    Jangka

    Dipulangkan

    Pinjaman

    Pemulangan

    Nama

    Pegawai

    Tarikh

    NamaPegawai

    Tarikh