buku panduan dan peraturan mahasiswa

17

Upload: perubatan-cawangan-iskandariah-pci

Post on 07-Mar-2016

245 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa
Page 2: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

KANDUNGAN

PENGENALAN DAN OBJEKTIF 1 KATA ALUAN PENGARAH MARA MESIR 2 KATA KATA ALUAN PENGERUSI PERUBATAN CAWANGAN 3 ISKANDARIAH KLAUSA I : PERKARA UMUM 4 KLAUSA II : KAMPUS 4

• Fasal 1. Penampilan. • Fasal 2. Sikap • Fasal 3. Tindakan Tatatertib • Fasal 4. Sebaran Umum

KLAUSA III : LUAR KAMPUS 6

• Fasal 1. Pergaulan. • Fasal 2. Penampilan • Fasal 3. Kegiatan • Fasal 4. Rumah Sewa

KLAUSA 1V : ASRAMA 8 KLAUSA V : SOSIAL 9 KLAUSA VI : KESELAMATAN 9

• Fasal 1. Perjalanan Jauh • Fasal 2. Visa • Fasal 3. Bahan Cetak dan Media Massa • Fasal 4. Rumah • Fasal 5. Keluar Rumah • Fasal 6. Sensitiviti Masyarakat Setempat

DALIL SOKONGAN BUKU PANDUAN 11 DAN PERATURAN MAHASISWA

Page 3: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

PENGENALAN DAN OBJEKTIF BUKU PANDUAN DAN PERATURAN MAHASISWA

1. Memantapkan sahsiah ahli PERUBATAN agar selari dengan syariat Al Quran

dan As Sunnah 2. Membentuk perilaku muslim yang sejati dalam setiap perbuatan dan tingkah

laku seharian. 3. Melahirkan bakal doktor yang berdisiplin dan beretika. 4. Menyediakan garis panduan bagi ahli PERUBATAN dalam pergaulan dengan

masyarakat setempat.

1

Page 4: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat dan sekalian tabi’ien.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengisi sekelumit pesanan dalam ruangan Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa Perubatan Cawangan Is-kandariah. Pertamanya saya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada barisan pimpinan PCI kerana berjaya mendokumentasikan satu panduan dalam ke-hidupan masyarakat pelajar perubatan khususnya cawangan Iskandariah. Hakikat hidup kita di dunia ini tidak boleh lari daripada panduan dan pera-turan yang ditetapkan oleh Allah SWT secara Fithri. Semua kehidupan yang berada di darat dan di laut bahkan di udara pasti tidak terlepas daripada ketentuan fitrah Al-lah. . Begitulah ketentuan Allah, burung keluar dari sarangnya di waktu pagi dan akan pulang pula ke sarangnya pada waktu petang. Ini namanya ketentuan dan per-tunjuk Allah sebagaimana Firman Nya dalam surah Al- A’ala ayat 3 bermaksud: Dan Dialah Allah yang menentukan (kehidupan) masing-masing dan memberikan pertun-juk.(jalan kehidupan) Saya yakin usha-usha Exco PCI mendokumentasikan panduan ini adalah satu maksud jelmaan yang menyeluruh akan hakikat kehidupan seorang muslim/muslimah yang istiqamah, itqan serta berpandangan benar berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.Demikian juga maksud klausa dan fasal yang terkandung dalam buku panduan ini direalisasikan untuk memenuhi tanggungjawab al-amru bil ma’aruf wannahyu ‘anil mungkar. Dari aspek implimentasinya saya sangat mengambil berat agar semua pelajar mematuhi setiap klausa yang terkandung dalam buku panduan ini dan menjadikan ia sebagai rujukan apabila berlaku sesuatu pertelingkahan atau perbezaan system nilai, pegangan dan pandangan dalam kalangan masyarakat pelajar perubatan. Akhir sekali, saya menyeru kepada semua siswa/i agar berpandangan positif akan usaha murni ini dan merasa beruntung kerana berkesempatan melihat dan menilai diri untuk lahir sebagai doctor muslim/muslimah yang cemerlang berkhid-mat kepada agama, bangsa dan Negara. ISAHAK BIN OTHAMAN PENGARAH MARA MESIR

SETITIS TINTA PENGARAH MARA MESIR

2

Page 5: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Tu-han yang mengawal setiap percaturan alam , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda serta para sahabat RA. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat

Allah Taala, dengan inayahNya kita berjaya menerbitkan Buku Panduan dan Pera-turan Mahasiswa Perubatan Iskandariah dengan rasminya.

Seiring dengan peningkatan jumlah pelajar perubatan Iskandariah yang terdiri

daripada latar belakang pendidikan yang berbeza, semestinya kehadiran buku pan-duan dan peraturan ini tepat pada masanya. Sememangnya sesebuah institusi itu ti-dak lengkap sistemnya tanpa panduan dan peraturan yang disediakan dengan leng-kap buat keseluruhan ahlinya, justeru kita mengorak langkah cemerlang dengan adanya buku panduan dan peraturan ini dan memastikan setiap ahli perubatan Iskan-dariah memilikinya. Panduan dan peraturan yang dinyatakan sekali dengan hujah-hujah serta dalil yang sahih ini semestinya membuatkan kita kagum dengan kebe-saran Allah dan keagungan Islam agama kita yang tidak mengongkong, tetapi mem-berikan yang terbaik untuk keharmonian hidup umat Islam. Baik dari sudut kese-lamatan,sosial, kampus bahkan luar kampus semuanya disentuh dengan teliti dan peraturan yang tersedia tidak lain dan tidak bukan memberi kebaikan dan manfaat bagi kita para mahasiswa mahasiswi. Tentunya selepas ini kita pasti lebih arif dan matang dalam menjalani kehidupan selaku penuntut universiti dan dengan kerjasama semua pihak kita dapat membudayakan peraturan dan panduan yang terkandung di dalam buku ini insyaAllah.

Persatuan Perubatan Cawangan Iskandariah dan semua ahlinya amat berbesar

hati dan bersyukur dengan kejayaan penerbitan naskhah berhikmah ini dan semoga inisiatif persatuan kita ini disusuri dengan sebaiknya oleh cawangan-cawangan lain dan menjadikan buku panduan dan peraturan perubatan Iskandariah sebagai model dan batu asas kepada penerbitan yang seumpamanya bagi universiti-universiti mereka. Akhir kalam, semoga usaha kita yang sedikit ini sampai kepada keikhlasan yang sebenar dan dengan niat yang benar kerana Allah Taala tersebarlah kebaikan yang jelas melalui buku panduan ini kepada seluruh ahli Persatuan Perubatan Iskan-dariah. Wassalam.

MOHD HAFIDZUDIN BIN ABD RAZAK, PENGERUSI, PERSATUAN PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH SESSI 08/09

SECORET KATA PENGERUSI PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

2008/09

3

Page 6: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

KLAUSA I : PERKARA UMUM 1. Setiap mahasiswa/i adalah tertakluk kepada dasar Al-Quran dan As Sunnah, Ijma’

dan Qiyas selaku individu Muslim. 2. Setiap mahasiswa/i adalah tertakluk kepada undang undang dan peraturan yang

telah dikeluarkan oleh pihak PERUBATAN, Kedutaan, Penaja dan Universiti; termasuk dan tidak terhad kepada Perlembagaan PERUBATAN, Kontrak Pengajian (Learning Contract) keluaran universiti dan arahan-arahan semasa.

3. Setiap mahasiswa/i bertanggungjawab untuk menjaga nama baik negara Malaysia sepanjang tempoh berada di Mesir.

4. Mana-mana pihak yang didapati bersalah kerana tidak mematuhi klausa buku panduan dan peraturan ini, layak dikenakan tindakan oleh pihak PERUBATAN, Kedutaan, Penaja atau Universiti mengikut keadaan yang bersesuaian.

KLAUSA II : KAMPUS FASAL 1 : PENAMPILAN 1. Setiap mahasiswa hendaklah :-

i. Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Rujuk Lampiran Dalil Sokongan.

ii. Berpakaian sesuai ketika menghadiri sebarang majlis rasmi. iii.Sentiasa menjaga kekemasan rambut, janggut, misai dan jambang sepanjang

tahun. iv.Memakai pakaian sukan sewaktu aktiviti sukan atau rekriasi.

2. Setiap mahasiswa dilarang sama sekali :-

i. Memakai subang, rantai, gelang dan menindik hidung. ii. Memakai pakaian yang bertampal dan lusuh, atau sebarang pakaian yang

memaparkan karikatur, gambar, tulisan atau perkataan yang kontroversi atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

iii.Memakai singlet, t-shirt tanpa lengan, seluar pendek atau selipar. Rujuk Lampiran Dalil Sokongan.

iv.Memakai topi dan bandana ketika menghadiri sebarang majlis rasmi, kuliah akademik, ataupun ketika berurusan rasmi dangan kakitangan universiti.

v. Berpakaian menyerupai wanita. 3. Setiap mahasiswi hendaklah :-

i. Sentiasa berpakaian menutup aurat serta menepati ciri-ciri kesopanan wanita muslimah. Rujuk Lampiran Dalil Sokongan.

ii. Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. iii.Berpakaian sesuai ketika menghadiri sebarang majlis rasmi. iv. Memakai pakaian sukan yang sopan ketika aktiviti sukan atau rekriasi.

4

Page 7: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

4. Setiap mahasiswi dilarang sama sekali :- i. Memakai pakaian yang jarang, ketat, atau singkat. ii. Memakai pakaian yang bertampal dan lusuh, atau sebarang pakaian yang

memaparkan karikatur, gambar, tulisan atau perkataan yang kontroversi atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

iii. Memakai t-shirt atau blaus lengan pendek atau tanpa lengan. iv. memakai selipar, topi dan bandana ketika menghadiri sebarang majlis rasmi,

kuliah akademik, ataupun ketika berurusan rasmi dangan kakitangan universiti.

v. Mengenakan solekan yang berlebihan atau menindik hidung. vi. Mengenakan aksesori dan barang kemas secara berlebihan. vii.Mewarnakan kuku dan rambut. viii.Merpakaian menyerupai lelaki.

FASAL 2 : SIKAP 1. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik negara Malaysia sepanjang

tempoh pengajian. 2. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menghormati tenaga pengajar, kakitangan

pentadbiran dan pekerja am. 3. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menghormati wakil-wakil pelajar yang dilantik

(student representative) dan membantu mereka dalam setiap urusan terutamanya akademik.

4. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menyebarkan salam dalam kawasan kampus.Rujuk Lampiran Dalil Sokongan.

5. Setiap mahasiswa/i adalah terikat dengan perjanjian yang termaktub dalam kontrak pengajian (Learning Contract).

6. Mahasiswa/i hendaklah menjaga kemudahan yang disediakan di kampus dengan sebaiknya.

7. Merokok di dalam kawasan kampus, ataupun di kawasan berhampiran, adalah dilarang sama sekali.

8. Mahasiswa/i hendaklah menggunakan kemudahan kampus dengan cermat, mengelak dari salahguna, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran kampus. Kemudahan-kemudahan tersebut termasuklah: Perpustakaan, Pusat IT, Kafe, Makmal dan lain-lain.

9. Mahasiswa/i hendaklah mengamalkan suasana hormat-menghormati, tolong-menolong dan prihatin dalam komuniti mahasiswa.

10. Mahasiswa/i hendaklah menjaga hubungan dengan mahasiswa/i bukan senegara. 11. Mahasiswa/i hendaklah mengamalkan suasana hormat-menghormati, tolong

menolong dan prihatin dalam komuniti mahasiswa. 12. Mahasiswa/i hendaklah menjaga hubungan dengan mahasiswa/i bukan senegara. FASAL 3 : TINDAKAN TATATERTIB 1. Sebarang perlanggaran peraturan akan diambil tindakan oleh pihak universiti

setelah diakui melanggar sebarang etika yang termaktub dalam Kontrak Pengajian (Learning Contract).

FASAL 4 : SEBARAN UMUM 1. Sebarang sebaran maklumat dalam kawasan kampus, hendaklah mendapat

keizinan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

5

Page 8: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

KLAUSA III : LUAR KAMPUS FASAL 1 : PERGAULAN 1. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik negara Malaysia sepanjang

tempoh pengajian. 2. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menghormati masyarakat sekeliling dan orang

awam. 3. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa menyebarkan salam di luar kawasan kampus. 4. Setiap mahasiswa/i adalah terikat dengan peraturan yang telah dikeluarkan oleh

pihak PERUBATAN, Kedutaan dan Penaja; termasuk dan tidak terhad kepada Perlembagaan PERUBATAN.

5. Merokok di luar kawasan kampus adalah dilarang sama sekali. 6. Mahasiswa/i hendaklah mengamalkan suasana hormat-menghormati, tolong-

menolong dan prihatin dalam komuniti mahasiswa. FASAL 2 : PENAMPILAN 1. Setiap mahasiswa hendaklah :-

i. Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Rujuk Lampiran Dalil Sokongan.

ii. Berpakaian sesuai ketika menghadiri sebarang majlis rasmi. iii.Sentiasa menjaga kekemasan rambut, janggut, misai dan jambang sepanjang

tahun pengajian. iv.Memakai pakaian sukan sewaktu aktiviti sukan atau rekreasi.

2. Setiap mahasiswa dilarang sama sekali :-

i. Memakai subang, rantai, gelang dan menindik hidung. ii. Memakai pakaian yang bertampal dan lusuh, atau sebarang pakaian yang

memaparkan karikatur, gambar, tulisan atau perkataan yang kontroversi atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

iii.Memakai singlet, t-shirt tanpa lengan, dan seluar pendek. iv.Berpakaian menyerupai wanita.

3. Setiap mahasiswi hendaklah :- i. Sentiasa berpakaian menutup aurat serta menepati ciri-ciri kesopanan

wanita muslimah. Rujuk Lampiran Dalil Sokongan. ii. Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. iii. Berpakaian sesuai ketika menghadiri sebarang majlis rasmi. iv. Memakai pakaian sukan yang sopan ketika aktiviti sukan atau rekreasi.

4. Setiap mahasiswi dilarang sama sekali :-

i. Memakai pakaian yang jarang, ketat, atau singkat. ii. Memakai pakaian yang bertampal dan lusuh, atau sebarang pakaian yang

memaparkan karikatur, gambar, tulisan atau perkataan yang kontroversi atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

iii. Memakai t-shirt atau blaus lengan pendek atau tanpa lengan. iv. Mengenakan solekan yang berlebihan atau menindik hidung. v. Mengenakan aksesori dan barang kemas secara berlebihan. vi. Eewarnakan kuku dan rambut.. vii.Berpakaian menyerupai lelaki.

6

Page 9: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

FASAL 3 : KEGIATAN

1. Sebarang kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah dilarang sama sekali.

2. Mahasiswa/i adalah dilarang sama sekali merokok, menghisap syisya, mencuba dan menagih dadah serta segala yang seumpama dengannya.

3. Mahasiswa /i adalah dilarang sama sekali menghampiri tempat tempat maksiat seperti kelab malam, pawagam dan sebagainya.

4. Mahasiswa/i adalah dilarang sama sekali berjudi. Berjudi adalah haram disisi Islam.

5. Mahasiswa/i adalah dilarang sama sekali meneguk minuman beralkohol seperti arak. Meminum arak adalah haram di sisi Islam.

FASAL 4 : RUMAH SEWA 1. Setiap mahasiswa/i terikat dengan etika perumahan yang telah disediakan oleh

Unit Perumahan PERUBATAN Cawangan Iskandariah. 2. Kawasan penempatan yang ingin dihuni mestilah selamat dari sebarang bahaya. 3. Keadaan rumah mestilah selamat untuk didiami. 4. Mahasiswa dan mahasiswi tidak dibenarkan tinggal bersama di dalam satu

rumah melainkan mempunyai hubungan yang disahkan mengikut syara’. 5. Mahasiswa dan mahasiswi tidak dibenarkan menyewa dalam satu bangunan

yang sama. 6. Mahasiswa/i perlulah sentiasa menjaga ketenteraman jiran tetangga. (rujuk

KLAUSA V, FASAL4)

7

Page 10: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

KLAUSA IV : ASRAMA 1. Setiap mahasiswa/i yang menetap di asrama, adalah terikat dengan peraturan

dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran asrama. 2. Mahasiswa/i hendaklah menetap di asrama mengikut tempoh yang dipersetujui

dengan pihak pentadbiran asrama. 3. Mahasiswa/i tidak dibenarkan menukar bilik sesama sendiri tanpa kebenaran

pihak pengurusan. 4. Mahasiswa/i hendaklah menggunakan kemudahan asrama dengan cermat,

mengelak dari salahguna, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran asrama.

5. Mahasiswa/i hendaklah mengikut peraturan keluar masuk asrama sebagaimana yang ditetapkan oleh pentadbiran asrama.

6. Mahasiswa/i hendaklah : i. Memadamkan suis sebelum meninggalkan asrama. ii. Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kebersihan bilik dan aras

masing-masing. iii. Mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran asrama

dari semasa ke semasa. iv. Menggunakan bekalan air, elektrik dan lain-lain kemudahan dengan jimat.

7. Mahasiswa/i dilarang sama sekali : i. Mengalih atau mengubahsuai sebarang kemudahan asrama tanpa

kebenaran daripada pihak pentadbiran asrama.. ii. Mengubahsuai atau menambah sebarang kunci pada sesebuah bilik. iii. Menggantung, menampal, melukis dan membuat kerosakan di dalam bilik

atau dalam kawasan asrama. iv. Menggunakan sebarang peralatan elektrik dan elektronik tanpa kebenaran

pihak pentadbiran asrama. v. mengganggu ketenteraman penghuni asrama yang lain. vi. Membela haiwan peliharaan di dalam asrama. vii.Membawa masuk pelawat tanpa kebenaran pihak pentadbiran asrama. viii.Menganjurkan sebarang majlis keramaian di dalam kawasan asrama tanpa

kebenaran pihak pentadbiran asrama. ix. Merokok di dalam asrama dan kawasan sekitarnya.

8

Page 11: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

KLAUSA V : SOSIAL FASAL 1 : KERAMAIAN 1. Sebarang perhubungan sosial antara mahasiswa/i mestilah selaras dengan ajaran

Islam. 2. Sebarang jenis perkumpulan pelajar yang bukan bawah selian mana-mana badan

yang diketahui dan diiktiraf oleh MARA dan PERUBATAN; perlulah dimaklumkan kepada pihak MARA dan PERUBATAN terlebih dahulu.

3. Sebarang perkumpulan mahasiswa/i, percampuran antara lelaki dan perempuan adalah tidak dibenarkan melainkan dengan keizinan pegawai MARA.

4. Sebarang program sosial yang dianjurkan perlulah dikenalpasti tempatnya serta berjalan dalam keadaan yang terkawal.

KLAUSA VI : KESELAMATAN

FASAL 1 : PERJALANAN JAUH 1. Setiap mahasiswa/i yang ingin melakukan perjalan jauh perlulah memaklumkan

kepada pihak PERUBATAN, MARA,(ataupun) JPMK,(ataupun) PENAJA masing-masing.

2. Setiap mahasiswa/i hendaklah melakukan perjalanan dalam waktu selamat (tidak melakukan perjalanan pada lewat malam dan awal pagi)

3. Setiap mahasiswa/i hendaklah membawa pasport ataupun sebarang tanda pengenalan diri yang diiktiraf kerajaan Mesir semasa melakukan perjalanan.

4. Mahasiswi tidak dibenar melakukan perjalanan jauh berseorangan. 5. Perjalanan mestilah bertujuan baik dan bukan maksiat. 6. Perjalanan yang terdapat percampuran lelaki dan perempuan hendaklah menepati

syarak dari sudut bilangan dan pergaulan. FASAL 2 : VISA 1. Setiap mahasiswa/i hendaklah peka dengan tempoh tamat visa masing-masing. 2. Setiap mahasiswa/i hendaklah segera mengambil tindakan membaharui visa

seandainya sudah tamat tempoh. 3. Jika tempoh sah visa sudah tamat, dan tiada pembaharuan dilakukan,

mahasiswa/i adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk keluar negara. 4. Mahasiswa/i adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk keluar negara

sekiranya tempoh sah pasport sudah tamat. FASAL 3 : BAHAN CETAK DAN MEDIA MASSA 1. Mahasiswa/i adalah dilarang sama sekali untuk mencetak sebarang bahan yang

bersifat pukal tanpa seliaan MARA dan PERUBATAN.

9

Page 12: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

FASAL 4 : RUMAH 1. Mahasiswa/i hendaklah mematuhi segala peraturan serta undang-undang

perumahan yang terkandung dalam Etika Perumahan yang dikeluarkan oleh Unit Perumahan PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

2. Mahasiswa/i tidak dibenarkan membawa kawan arab atau masyarakat arab yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

3. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa memastikan pintu, beranda dan tingkap rumah dikunci sebelum tidur dan sebelum meninggalkan rumah.

4. Mahasiswa/i hendaklah sentiasa memastikan salur gas ditutup sebelum tidur. 5. Mahasiswa/i dilarang membawa masuk rakan berlainan jantina ke dalam

rumah. 6. Mahasiswa/i dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan

percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa kebenaran dan seliaan PERUBATAN, MARA,(ataupun) JPMK,(ataupun) PENAJA masing-masing.

7. Mahasiswa/i tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu jiran tetangga.

FASAL 5 : KELUAR RUMAH

1. Mahasiswa/i hendaklah membawa kernih ataupun salinan pasport setiap masa. 2. Mahasiswa/i tidak digalakkan membawa duit terlalu banyak. 3. Mahasiswa tidak dibenarkan keluar selepas tengah malam. 4. Mahasiswa/i tidak dibenarkan pergi ke tempat-tempat bahaya dan maksiat

seperti kelab malam. 5. Mahasiswi yang keluar pada waktu malam perlu bertemankan musyrif. 6. Mahasiswi tidak dibenarkan keluar rumah sebelum matahari terbit dan

hendaklah berada di rumah 10 minit sebelum waktu maghrib, kecuali atas sebab-sebab tertentu dan ditemani musyrif.

7. Penggunaan teksi secara perseorangan adalah tidak digalakkan.

FASAL 6 : SENSITIVITI MASYARAKAT SETEMPAT

1. Setiap program yang bersangkutan dengan pihak keselamatan Mesir mesti merujuk kepada Jawatankuasa PERUBATAN.

2. Ahli PERUBATAN dilarang menghadiri perhimpunan yang melibatkan hal ehwal politik Mesir.

3. Presiden Mesir hendaklah disebut “Pres” sahaja dan bukannya nama. 4. Penggunaan perkataan “SC” menggantikan USRAH dan perkataan “IM”

menggantikan Ikhwanul Muslimin hendaklah digunakan oleh setiap ahli. 5. Ahli PERUBATAN tidak dibenarkan menjalin kerjasama dengan mana-mana

persatuan politik Mesir. 6. Setiap artikel yang diedarkan kepada ahli PERUBATAN hendaklah mendapat

kelulusan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah. 7. Ahli PERUBATAN dilarang menyentuh hal ehwal politik Mesir sewaktu

berurusan dengan masyarakat Arab Mesir.

10

Page 13: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

DALIL SOKONGAN BUKU PANDUAN DAN PERATURAN MAHASISWA PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH (PCI)

DALIL UNTUK LELAKI MUSLIM MENUTUP AURAT : Nabi S.A.W. bersabda: “Haram lelaki melihat aurat lelaki antara pusat dan lutut”

(Hadits riwayat Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tarmizi) Nabi S.A.W. bersabda: “Aurat lelaki antara pusat dan lutut. Apabila tuan meni-kahkan hambanya(orang gaji) maka janganlah ia melihat selain daripada atas pusat dan bawah lututnya.

(Hadits riwayat Darul Qudni dan Albaihaqy) DALIL UNTUK WANITA MUSLIMAH MENUTUP AURAT Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya : “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tidak sempurna menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang jalan berlagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”

(Hadits riwayat Muslim) Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firman Allah Ta‘ala: Tafsirnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Ahzab: 59)

11

Page 14: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

Ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, disebut hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha: Maksudnya: “Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.”

(Hadits riwayat Abu Daud) Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut: 1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan. 2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung. 3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar. Ciri-ciri tudung kepala yang dituntut oleh syara‘ itu adalah seperti berikut:- Tafsirnya: “Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;….”

(Surah an-Nur: 31) Pakaian wanita yang dituntut oleh syara‘ hendaklah juga bukan pakaian yang khusus dipakai oleh kaum lelaki sahaja Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat lelaki yang memakai pakaian (cara) perempuan dan (melaknat) perempuan yang memakai pakaian (cara) lelaki.”

(Hadits riwayat Abu Daud) Pakaian yang dituntut oleh syara‘ juga ialah pakaian yang bukan dipakai untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, Maksudnya: “Barangsiapa yang memakai pakaian yang megah ketika di dunia, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Qiamat, kemudian dinyalakan api di dalamnya (pakaian tersebut).”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

12

Page 15: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

DALIL UNTUK TIDAK MENGHAMPIRI TEMPAT MAKSIAT: Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perem-puan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW ber-kata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : " Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)- ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat) Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079) Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebai-kan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

13

Page 16: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

DALIL MENYEBARKAN SALAM KESEJAHTERAAN ANTARA MUS-LIMIN : “sambutan penghormatan Yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa mene-muiNya ialah ucapan “Salam” (selamat sejahtera); dan ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan Yang mulia.”

(AL-AHZAB) Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik dari-padanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama).

(AN-NISA’ : 86) Diriwayatkan dalam hadis sahih bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Yang kecil(muda) memberi salam kepada yang tua, yang berjalan memberi salam kepada yang duduk, yang naik kenderaan memberi salam kepada yang berjalan dan yang sedikit memberi salam kepada yang banyak. Sabda nabi s.a.w., “Yang kecil(muda) memberi salam kepada yang tua. DALIL PERLUNYA MENJAUHI PERGAULAN BEBAS: Daripada Jabir bin Samurah r.a berkata “Umar r.a telah berpidato di sebuah kam-pung bernama ai-Jabiah, katanya: Rasulullah s.a. w. pemah berdiri seperti mana aku berdiri ini Sabdanya “Berbuat baiklah kepada kamu sahabat-sahabatku, kemudian kepada orang-orang yang selepas mereka, kemudian kepada orang-orang yang selepas mereka. kemudian tersebarlah dusta sehingga seseorang bersedia bersumpah sebelum diminta dan menjadi saksi tanpa diminta. Sesiapa yang inginkan kemewa-han syurga hendaklah dia melazimi jamaah kerana syaitan itu bersama orang yang bersendirian dan akan lebih jauh jika seseorang itu berdua (berteman). Apabila se-seorang itu berkhalwat dengan seorang perempuan (menimbulkan fitnah) maka syaitan adalah yang ketiga.Sesiapa yang melakukan kebaikan dan berasa gembira atau apabila melakukan kejahatan, dia berasa sedih maka itulah orang muk-min.”

(RiwayatAhmad)

14

Page 17: Buku Panduan Dan Peraturan Mahasiswa

BUKU PANDUAN DAN PERATURAN MAHASISWA

Terbitan:

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)

Cawangan Iskandariah 2008/2009