8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

14
8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan Disediakan oleh: Cikgu Ong SMK Rantau

Upload: ong-chee-kiong

Post on 19-Jun-2015

2.241 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Sains Tingkatan 2 Bab 8

TRANSCRIPT

Page 1: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan

Disediakan oleh:Cikgu Ong

SMK Rantau

Page 2: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan

Sistem sokongan tumbuhan darat

1. Terdapat dua jenis sistem sokongan dalam tumbuhan darat iaitu sistem sokongan tumbuhan berkayu dan sistem sokongan tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba).

2. Tumbuhan berkayu disokong oleh tisu-tisu berkayu. 3. Tisu-tisu berkayu ini adalah keras dan tegar untuk

memberikan bentuk dan kekuatan kepada batang supaya tumbuhan dapat kekal tegak untuk memperoleh cahaya matahari.

4. Sesetengah tumbuhan berkayu juga mempunyai struktur khas seperti duri, akar banir, dan akar sokong yang memberikan sokongan tambahan kepada tumbuhan.

Page 3: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Cangkuk atau duri pada tumbuhan seperti rotan, pokok bunga ros, dan pokok bunga kertas

Page 4: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Akar banir pada tumbuhan seperti pokok ru, pokok semarak api, pokok angsana, dan pokok meranti

Page 5: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Akar sokong pada tumbuhan seperti pokok bakau

Page 6: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

5. Tumbuhan herba yang tidak berkayu seperti pokok sawi, pokok kubis, dan pokok keembung disokong oleh tekanan air di dalam sel-selnya.

6. Air di dalam sel menekan pada dinding sel dan menyebabkan sel-sel tumbuhan menjadi segah dan teguh.

Pokok betik Pokok kubis Pokok keembung

Page 7: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

7. Kesegahan air tidak mampu menahan beban yang berat. 8. Oleh itu, tumbuhan herba adalah lebih rendah

berbanding tumbuhan berkayu. 9. Sesetengah tumbuhan herba perlu mempunyai struktur

khas yang memberinya sokongan tambahan. 10.Struktur khas seperti sulur paut dan batang berlilit

membantu sesetengah tumbuhan herba memanjat batang pokok lain untuk memperoleh cahaya matahari.

Page 8: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Struktur khas Contoh tumbuhan

Akar sokong Pokok jagung Pokok tebu

Sulur paut Pokok peria Pokok timun

Batang berlilit Pokok seri pagi Pokok kacang panjang

Akar cengkam

Pokok orkid Pokok duit-duit Pokok lada hitam Pokok sirih

Struktur khas pada tumbuhan herba

Page 9: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Akar sokong

Sulur paut

Batang berlilit

Akar cengkam

Page 10: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Sistem sokongan tumbuhan akuatik

1. Air memberikan sokongan kepada tumbuhan akuatik seperti pokok teratai, hidrila, lembayung, dan kiambang.

2. Tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara di dalam daun dan batang.

3. Keadaan ini menjadikannya kurang tumpat dan mudah terampai pada dalam air atau terapung di permukaan air.

pokok teratai hidrila kiambang

Page 11: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

Ingat Semula

1. Manusia dan haiwan vertebrata darat yang lain disokong oleh sistem rangka dalam.

2. Sistem rangka berfungsi untuk memberikan sokongan dan perlindungan kepada organ- organ yang lembut serta menjadi asas bagi pautan otot yang membantu pergerakan.

3. Haiwan vertebrata darat mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang besar dan kuat untuk menyokong berat badannya.

4. Vertebrata akuatik besar seperti ikan paus mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kecil dan lemah kerana berat badan haiwan itu disokong oleh daya apungan air.

5. Haiwan invertebrata seperti belalang dan kala jengking disokong oleh sistem rangka luar.

Page 12: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

6. Haiwan invertebrata yang berbadan lembut seperti beluncas dan cacing tanah menggunakan rangka hidrostatik (bendalir badan) sebagai sokongan.

7. Tumbuhan berkayu menggunakan tisu-tisu berkayu sebagai sokongan.

8. Tumbuhan herba menggunakan tekanan segah di dalam sel sebagai sokongan.

9. Tumbuhan seperti rotan menggunakan duri untuk memanjat pokok lain.

10. Tumbuhan seperti pokok peria dan pokok timun menggunakan sulur paut untuk melilit pokok lain.

11. Tumbuhan seperti pokok tebu dan pokok jagung menggunakan akar sokong untuk mendapatkan sokongan tambahan.

Page 13: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan

12. Tumbuhan seperti pokok sirih dan pokok orkid menggunakan akar cengkam untuk mendapatkan sokongan tambahan.

13. Tumbuhan seperti pokok ru dan pokok meranti menggunakan akar banir untuk mendapatkan sokongan tambahan.

14. Daya apungan air memberikan sokongan kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara di dalam batang atau daunnya untuk membolehkannya terampai atau terapung pada permukaan air.

Page 14: 8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan