panduan pengurusan operasi sistem pajsk-...

9
1 LAMPIRAN 1 PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- SPS - APDM 1. UMUM 1.1. Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015 sahaja. 1.2. Bagi tahun 2014, markah yang perlu dikemas kini ialah markah CGPA sahaja iaitu bagi tingkatan 1, 2, dan 3 tahun 2014. 1.3. Sistem kiraan markah akan dibuka pada 19 Oktober 2015 dan ditutup pada 07 Disember 2015. 1.4. Pihak sekolah boleh membuat kerja pengiraan dan kemasukan sepanjang masa pada setiap hari. 1.5. Penglibatan: i. Jenis Penglibatan BIL. JENIS TAFSIRAN 1 Penglibatan 1 Murid yang didaftarkan sebagai; i. atlet, ii. peserta perkhemahan/kejohanan/ kursus/ karnival/ program/ pertandingan 2 Penglibatan 2 Penglibatan murid dalam aktiviti seperti: i. persembahan selingan ii. jawatankuasa pelaksana iii. petugas teknikal 3 Penglibatan 3 Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti: i. penyokong; ii. kumpulan sorak \ ii. Agihan Markah Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3 Antarabangsa 20 15 10 Kebangsaan 17 12 8 Negeri 14 10 6 Bahagian (Sabah & Sarawak) 12 9 5 Daerah 11 8 4

Upload: vuongkhuong

Post on 27-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

1

LAMPIRAN 1

PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- SPS - APDM

1. UMUM

1.1. Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada

tahun 2015 sahaja.

1.2. Bagi tahun 2014, markah yang perlu dikemas kini ialah markah CGPA

sahaja iaitu bagi tingkatan 1, 2, dan 3 tahun 2014.

1.3. Sistem kiraan markah akan dibuka pada 19 Oktober 2015 dan ditutup

pada 07 Disember 2015.

1.4. Pihak sekolah boleh membuat kerja pengiraan dan kemasukan

sepanjang masa pada setiap hari.

1.5. Penglibatan:

i. Jenis Penglibatan

BIL. JENIS TAFSIRAN

1 Penglibatan 1 Murid yang didaftarkan sebagai; i. atlet, ii. peserta – perkhemahan/kejohanan/ kursus/

karnival/ program/ pertandingan

2 Penglibatan 2 Penglibatan murid dalam aktiviti seperti: i. persembahan selingan ii. jawatankuasa pelaksana iii. petugas teknikal

3 Penglibatan 3 Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti: i. penyokong; ii. kumpulan sorak

\

ii. Agihan Markah

Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3

Antarabangsa 20 15 10

Kebangsaan 17 12 8

Negeri 14 10 6

Bahagian (Sabah & Sarawak)

12 9 5

Daerah 11 8 4

Page 2: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

2

1.6. Pencapaian

Peringkat Johan/

Pertama

Naib Johan/ Kedua

Ketiga Keempat Kelima

Antarabangsa 20 15 10

Kebangsaan 17 12 8

Negeri 14 10 6

Bahagian (Sabah & Sarawak)

12 9 5

Daerah 11 8 4

Sekolah 8 7 6 5 4

Pemberian Markah Pencapaian diperluaskan ke tempat keempat

(5 markah) dan kelima (4 markah) di peringkat sekolah tetapi hanya

untuk acara individu sahaja ( tidak melibatkan acara pasukan).

1.7. Kedatangan penuh bagi setiap jenis kegiatan:

i. Badan Beruniform – 12 kali/36 jam setahun minima sepanjang

tahun

ii. Kelab Persatuan – 12 kali/36 jam setahun minima sepanjang

tahun

iii. Sukan Permainan – 12 kali/36 jam setahun minima sepanjang

tahun

1.8. Penyertaan dan pencapaian yang tertinggi sahaja yang perlu direkodkan

dalam sistem

1.9. Laporan PAJSK–SPS-APDM hendaklah dicetak oleh guru tingkatan.

1.10. Laporan PAJSK–SPS-APDM disahkan oleh Tuan Pengetua.

1.11. Semua salinan bukti/eviden penglibatan dan pencapaian murid perlu

disimpan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pengumuman keputusan

PT3/PAJSK.

1.12. Sebarang bantahan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas

pengumuman keputusan PT3/PAJSK.

Page 3: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

3

1.13. Pihak sekolah perlu sentiasa:

i. kemas kini data SPS-APDM;

ii. memastikan murid yang berpindah masuk membawa markah

kokurikulum daripada sekolah asal.

iii. pihak sekolah perlu menyediakan maklumat yang sama untuk murid

yang berpindah keluar.

1.14. Pihak sekolah perlu mencetak 2 (dua) salinan pelaporan. Bagi tujuan:

i. Salinan pertama kepada murid.

ii. Salinan kedua dalam simpanan sekolah.

1.15. Salinan ‘softcopy’ adalah perlu sebagai simpanan rekod dan tujuan lain

selanjutnya.

2.0. PENTAKSIRAN SEGAK:

2.1. Hendaklah diisi bagi kedua-dua penggal persekolahan. Tarikh pentaksiran

adalah seperti berikut:

i. Penggal Satu sepanjang bulan Mac; dan

ii. Penggal Kedua sepanjang bulan Ogos.

2.2. Kemasukan data mesti bermula dengan pentaksiran Penggal 1 (Bulan

Mac).

2.3. Pelaksanaan dan kemasukan markah ujian SEGAK ditadbir urus oleh

Panitia PJK (guru PJK yang mengajar kelas berkenaan).

2.4. Pemantauan perlu dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.

2.5. Ruangan tarikh hendaklah diisikan tarikh pelaksanaan ujian dilakukan.

3.0. PENTAKSIRAN SUKAN DAN PERMAINAN:

3.1. Ruangan tarikh hendaklah diisikan tarikh pengisian markah.

3.2. Aktiviti Sukan:

Semua acara sukan di bawah kendalian Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Malaysia (MSSM) dan anjuran persatuan – sila rujuk Jadual 1 (muka

surat 7)

3.3. Peringkat :

i. Bagi kemasukan markah dalam ruangan penglibatan, markah yang

diambil kira bermula dari peringkat daerah hingga ke peringkat

antarabangsa.

Page 4: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

4

ii. Pencapaian di peringkat sekolah tidak perlu direkodkan di ruangan

ini.

iii. Kategori Penglibatan 1 dan 2 perlu disertakan sijil sebagai bukti

penyertaan; dan

iv. Kategori Penglibatan 3 perlu disahkan oleh penganjur atau

pengurusan sekolah.

3.4. Tahap Pencapaian:

Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi bagi keesahan tahap

pencapaian (salinan sijil perlu disertakan bersama).

3.5. Kehadiran murid dalam aktiviti berikut tidak dikira/dianggap hadir dalam

aktiviti kokurikulum sukan:

i. Sukan Tahunan

ii. Merentas Desa

iii. Sukan Tara

iv. Latihan Rumah Sukan

** Walau bagaimanapun pencapaian dalam Sukan Tahunan dan

Merentas Desa dikira dalam Tahap Pencapaian dan Khidmat

Sumbangan.

3.6. Komitmen:

i. Bagi ruangan komitmen, markah yang boleh diambil kira adalah 4

(empat) daripada pilihan yang diberikan sahaja.

ii. Pemilihan adalah merujuk kepada kehadiran dan minat murid

melaksanakan tugasan yang diberikan semasa perjumpaan.

3.7. Khidmat Sumbangan:

i. Ruangan khidmat sumbangan ini adalah penglibatan bagi

peringkat sekolah sahaja.

4. PENTAKSIRAN KELAB/PERSATUAN:

4.1. Ruangan tarikh hendaklah diisikan tarikh pengisian markah.

4.2. Jenis Kelab/Persatuan:

Semua kelab dan persatuan yang didaftarkan di bawah Bahagian

Kokurikulum dan Kesenian (BKK) – sila rujuk Jadual 2 (muka surat 8).

Page 5: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

5

4.3. Peringkat :

Bagi kemasukan markah dalam ruangan penglibatan, markah yang

diambil kira bermula dari peringkat daerah hingga ke peringkat

antarabangsa. Pencapaian di peringkat sekolah tidak perlu direkodkan

di ruangan ini.

4.4. Tahap Pencapaian:

Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi bagi keesahan tahap

pencapaian (salinan sijil perlu disertakan bersama).

4.5. Komitmen:

i. Bagi ruangan komitmen, markah yang boleh diambil kira adalah 4

(empat) daripada pilihan yang diberikan sahaja.

ii. Pemilihan adalah merujuk kepada kehadiran dan minat murid

melaksanakan tugasan yang diberikan semasa perjumpaan.

4.6. Khidmat Sumbangan:

i. Ruangan khidmat sumbangan ini adalah penglibatan bagi peringkat

sekolah sahaja.

5. PENTAKSIRAN BADAN BERUNIFORM:

5.1 Ruangan tarikh hendaklah diisikan tarikh pengisian markah.

5.2 Jenis Badan Beruniform:

Semua badan beruniform yang didaftarkan di bawah pasukan yang

bernaung di bawah Badan Induk, Pasukan Badan Beruniform Anjuran

Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Semua Jenis Seni

Mempertahankan Diri – Sila rujuk Jadual 3 ( muka surat 9 )

5.3 Jawatan:

Pasukan Badan Beruniform Anjuran Agensi/Jabatan Kerajaan dan Badan

Bukan Kerajaan, pelantikan pengurusan pasukan tidak mengikut struktur

perjawatan seperti dalam Persatuan Sukan/Permainan atau

Kelab/Persatuan, tetapi merujuk kepada hierarki perjawatan pasukan

badan induk masing-masing. Pemilihan susunan jawatan berdasarkan

pangkat tertinggi yang disandang oleh ahli.

Page 6: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

6

5.4 Peringkat :

Bagi kemasukan markah dalam ruangan penglibatan, markah yang

diambil kira bermula dari peringkat daerah hingga ke peringkat

antarabangsa. Pencapaian di peringkat sekolah tidak perlu direkodkan

di ruangan ini.

5.5 Tahap Pencapaian:

Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi bagi keesahan tahap

pencapaian (salinan sijil perlu disertakan bersama).

5.6 Komitmen:

i. Bagi ruangan komitmen, markah yang boleh diambil kira adalah 4

(empat) daripada pilihan yang diberikan sahaja.

ii. Pemilihan adalah merujuk kepada kehadiran dan minat murid

melaksanakan tugasan yang diberikan semasa perjumpaan.

5.7 Khidmat Sumbangan:

Ruangan khidmat sumbangan ini adalah penglibatan bagi peringkat

sekolah sahaja.

6. PENTAKSIRAN EKSTRA KURIKULUM:

6.1 Pengiraan markah Ekstra Kurikulum adalah berdasarkan pada mana-

mana markah yang tertinggi daripada 5 (LIMA) elemen.

6.2 Ruangan Khidmat Masyarakat terdiri daripada 7 aktiviti yang boleh

ditandakan semua merujuk kepada aktiviti yang telah dilaksanakan (tidak

termasuk aktiviti dalam kelab persatuan, badan beruniform, dan sukan

permainan) * Rujuk huraian di Lampiran 2

6.3 Markah hanya direkodkan bagi murid-murid yang menduduki ujian TIMMS

dan PISA di peringkat seperti yang berikut:

i. Penyertaan di peringkat antarabangsa yang mencapai tahap

cemerlang

ii. Penyertaan di peringkat antarabangsa

iii. Penyertaan di peringkat Kebangsaan

Page 7: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

7

6.4 Semua aktiviti akademik seperti latihan, teknik menjawab soalan, kem

kecemerlangan akademik, kem motivasi, kelas tambahan, dan lain-lain

aktiviti akademik tidak diiktiraf sebagai aktiviti ekstra kurikulum.

Jadual 1 Senarai nama Sukan dan Permainan di sekolah

1. Akuatik/Renang

2. Badminton

3. Basikal

4. Bola Baling

5. Bola Jaring

6. Bola Keranjang

7. Bola Sepak

8. Bola Tampar

9. Boling Padang

10. Catur

11. Gimnastik

12. Gimrama

13. Golf

15. Hoki

16. Kriket

17. Memanah

18. Olahraga

19. Perahu Layar

20. Ping Pong

21. Ragbi

22. Sepak Takraw

23. Skuasy

24. Sofbol

25. Tenis

26. Tenpin Boling

27. Kabbadi

28. Petanque

29. Frisbee

30. Sukan Ekstrem

Catatan:

Bagi Kelab Sukan/Permainan yang tidak terdapat dalam senarai, pihak sekolah boleh memilih kelab yang mirip atau seumpama dengannya.

Page 8: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

8

Jadual 2 Senarai nama Kelab dan Persatuan di sekolah

1. Aero Modeling

2. Agama Budha

3. Agama Hindu

4. Agama Islam

5. Agama Kristian

6. Akaun

7. Astronomi/Falak

8. Bah. Antarabangsa

9. Bahasa Arab

10. Bahasa Cina

11. Bahasa Inggeris

12. Bahasa Jepun

13. Bahasa Jerman

14. Bahasa Kadazan

15. Bahasa Melayu

16. Bahasa Perancis

17. Bahasa Tamil

18. Bahasa Iban

19. Cyber Kid Club

20. Ekonomi

21. Filateli (Kumpul Setem)

22. Formula One

23. Media (Fotografi)

24. Geografi

25. Katering

26. Keceriaan /Landskap

27. Kelab Briged Sungai

28. Kelab Juru Ukur

29. Kelab Juruterbang

30. Kelab Kerjaya

31. Kelab Kes.Jalanraya

32. Kelab Kesihatan

33. Kelab Kewangan

34. Kelab Kitar Semula

35. Kelab Pembinaan Cidb

36. Kelab Pencinta Alam

37. Kelab Pengguna

38. Kelab Quarter Master

39. Kelab Rotary

40. Kelab Rukun Negara

41. Kelab Interact

42. Kelab Setia

43. Kelab Ulul Albab

44. Kelab Usahawan Muda

45. Kelab Kem. Hidup

46. Kelab Kebudayaan

47. Kelab Koperasi Sekolah

48. Kompang

49. Komputer

50. Lukisan

51. Lukisan Kejuruteraan

52. Matematik

53. Memancing

54. Mengumpul Syiling/Numesmatik

55. Muzik

56. Orkestra

57. Pelaburan Bijak Pnb

58. Perdagangan

59. Perpaduan

60. Doktor Muda

61. Pertanian

62. Pelancongan

63. Rekacipta/Inovasi

64. Rekreasi/Kembara

65. Robotik

66. Sains

67. Sains Teknologi

68. Sains Kemasyarakatan

69. Sejarah

70. Seni Visual

71. Sivik/Moral

72. Tarian

73. Teater/Drama

74. Kelab Kemahiran Quran

75. Kelab Lion

76. Kelab Skim Pinjaman Buku Teks

Catatan:

Bagi Kelab/Persatuan yang tidak

terdapat dalam senarai, pihak sekolah

boleh memilih kelab/persatuan yang

mirip atau seumpama dengannya.

Page 9: PANDUAN PENGURUSAN OPERASI SISTEM PAJSK- …smkpenanti.net/Unit-koko/Pengurusan-Operasi-PBS-SPS-PAJSK-SM …Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2015

9

Jadual 3 Senarai nama Pasukan Badan Beruniform di sekolah

BIL. ANJURAN PASUKAN

1

Kementerian/ Jabatan

Kerajaan Dan

Kementerian

Pendidikan

Pasukan Kadet Bersatu (Darat) – PKBMD

Pasukan Kadet Bersatu (Laut) – PKBML

Pasukan Kadet Bersatu (Udara) – PKBMU

Kor Kadet Polis (KKP)

Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

(KBPM)

Pasukan Kadet Pertahanan Awam (KAPA)

Pasukan Kadet Koreksional

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Pasukan Pancaragam Brass (Brass Band)

2 Badan Bukan

Kerajaan

Persekutuan Pengakap Malaysia

Pergerakan Pandu Puteri Malaysia

Pergerakan Puteri Islammalaysia

Bulan Sabit Merah Malaysia

St. John Ambulans Malaysia

Briged Putera Malaysia

Briged Puteri Malaysia

Joyful Vanguard

3

Pasukan Seni

Mempertahankan/

Bela Diri

Silat

Aikido

Muay Thai

Ninjitsu

Taekwondo

Karate-Do

Silambam

Kalaripayat

Wushu

Taichi

Kendo

Kuntau

Lain-Lain - Nyatakan

Disediakan oleh:

Urus setia PAJSK, BKK, KPM

Aras 3, Blok B9, Presint 1

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Tel: 03-88721649, 1645 & 1747