pengenalan pajsk

58
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN, DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

Upload: luk-teck-king

Post on 26-Nov-2015

296 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

  • PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN, DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

  • PAJSKPengenalanMatlamatObjektifPerananProses Pentaksiran

  • PENGENALAN PAJSKMengambil kira keseluruhan prestasi pencapaian jasmani, emosi dan rohani murid. Setiap murid akan ditaksir dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. Panduan instrumen pentaksiran PAJSK dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dengan kerjasama badan-badan atau agensi profesional. Instrumen ditadbir dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.

  • PAJSK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut:

    Aktiviti jasmani KesihatanSukanKokurikulumEkstrakurikulum

  • MATLAMAT PAJSK

    PAJSK menyediakan maklumat tentang tahap penyertaan, penglibatan, kemahiran, keupayaan, prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan sepanjang persekolahan murid selaras dengan pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan oleh Falsafah aktiviti Kebangsaan.

  • OBJEKTIF PAJSKObjektif PAJSK adalah untuk:Menyediakan satu kaedah pentaksiran yang standard mentaksir aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatanMenyediakan format instrumen yang standard untuk mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat, potensi, minat, sahsiah, dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan

  • Menilai dan mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid mengikut standard prestasi yang ditetapkan dalam aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.Memberi skor kepada penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

  • Menyediakan satu bentuk pelaporan di akhir tahun persekolahan terhadap aktiviti yang telah dijalankan untuk kegunaan peribadi, kerjaya dan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.Menyediakan satu bank data bagi skor pencapaian mengikut tahap-tahap perkembangan fizikal, sahsiah, keterlibatan, penyertaan dan komitmen setiap murid sepanjang tempoh persekolahannya untuk tujuan mengesan perkembangan dan pencapaian murid bagi melengkapi aspek pentaksiran yang lain.

  • KEPENTINGAN PAJSKData dan evidens yang dikumpul dan didoku-mentasikan boleh digunakan untuk;

    melaporkan keseluruhan prestasi keseluruhan pencapaian murid menilai dan mengukur tahap perkembangan fizikal, kecergasan dan kerohanian murid (developmental growth) sepanjang berada di bangku sekolah, membantu memperkembangkan potensi murid secara fizikal, kecergasan dan kerohanian ke tahap yang lebih tinggi. rujukan bagi mengesan penguasaan kemahiran fizikal, kecergasan dan kerohanian murid pada bila-bila masa melalui portfolio atau pangkalan data

  • Memberi peluang kepada murid untuk ditaksir semula kemahiran fizikal, kecergasan dan kerohanian pada lain masa menggunakan aktiviti berbeza tetapi kemahiran yang sama untuk murid yang belum menguasai atau perlu ulangan aktiviti tersebut.Memberi peluang kepada murid kes khas (murid kurang upaya/ mempunyai penyakit kronik/penyakit luar biasa), ditaksir dan dilapor mengikut kebolehan dan kemampuan murid tersebut bagi kemahiran sama atau lain.

  • Kemahiran jasmani yang tidak boleh ditaksir menggunakan PAJSK, boleh ditaksir melalui Pentaksiran Sekolah atau Pentaksiran Psikometrik (di bawah komponen Pintar Jasmani)

    Contoh:Kefahaman dan pengetahuan yang tidak boleh ditunjukkan secara pergerakan fizikal atau perlakuan seperti minat, bakat, kesukaan dsb. boleh diuji secara bertulis atau lisan menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang lain selain PAJSK.

  • Apa Yang Diukur;penyertaan penglibatan prestasi kemahiran keupayaan

  • Apa Yang Ditaksir? Sukan, Kokurikulum dan EkstrakurikulumKehadiran dalam latihan Kehadiran pada hari acara/aktiviti walaupun sebagai penyokong/urus setia/ahli jawatankuasaAhli rumah sukan/kumpulan gotong royong/pasukan tarian tradisional/aktiviti sukarela/kerja-kerja amalAhli jawatankuasa/pembantu pengadil/pembantu guru di peringkat sekolah/daerah/negeriMewakili pasukan rumah sukan/sekolah/daerah/negeri/negaraPencapaian dalam sukan/permainan/pertandinganAnugerah yang diterima dalam rumah sukan/sekolah/daerah/ negeri/negara

  • Komponen Yang Akan Ditaksir Dalam PAJSKPentaksiran Aktiviti Jasmani, Kokurikulum dan Sukan (PAJSK)Aktiviti Kokurikulumaktiviti Jasmani Aktiviti Ekstrakurikulum*Sukan KesihatanPenyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainandi peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsaPenyertaan, penglibatan dan pencapaianKelab, Persatuan, Pakaian Beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

    - Perkembangan fizikal - Kecergasan-Senaman -SEGAK -BMI*-Penjagaan Kesihatan-Diet-Kebersihan-AmalanPenyertaan dan penglibatan dalam badansukarela tempatan, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

  • Murid Pra-Sekolah dan Tahap 1 (Tahun 1 3), Aktiviti jasmani Kesihatan

    Tahap 2 (Tahun 4 6) dan Sekolah MenengahSukanAktiviti jasmani KokurikulumEkstrakurikulumKesihatanPentaksiran Peringkat Persekolahan

  • Definisi IstilahSukanSukan merupakan satu bentuk permainan, pertandingan, keseronokan, pembangunan tubuh badan, kemahiran, memburu kecemerlangan yang dilakukan secara fizikal atau mental sama ada untuk tujuan riadah, mendapat penghargaan, memenuhi keperluan persekolahan/institusi yang dijalankan secara tersusun mengikut norma/peraturan/ ketetapan yang dibuat dan diperakui umum.

  • KENAPA PAJSK? SukanMenilai penglibatan, penyertaan dan pencapaian murid dalam bidang sukan di sekolah dengan sewajarnya akan mendorong mereka untuk terlibat dengan lebih giat lagi dalam bidang sukan.Memberi pengiktirafan dalam bentuk sijil atau pernyataan mengikut penglibatan, penyertaan dan pencapaian murid. Mengambil kira skor yang direkod sebagai pentaksiran sekolah berbanding dengan situasi sedia ada di sekolah

  • menyediakan maklumat yang berguna tentang kecergasan individu murid berkenaan.membolehkan guru merancang aktiviti sukan bersesuaian dengan keupayaan, kebolehan, bakat, potensi dan pencapaian murid dalam membantu memajukan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Konsep Penyertaan Bukannya Kemenangan boleh dipertingkatkan dengan adanya budaya membuat penilaian dan perekodan penyertaan, penglibatan serta pencapaian murid dalam bidang sukan.

  • Aktiviti JasmaniAktiviti Jasmani merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mempelajari kemahiran fizikal, mental dan sosial serta membentuk kecergasan mengikut jadual waktu persekolahan semasa proses pembelajaran bagi memberi tunjuk ajar yang betul untuk melakukan pergerakan tubuh badan mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan.(Wikepedia)

    Baley & Field (1976), menyatakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromas-kular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

  • Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa aktiviti Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain aktiviti, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif

    Lumpkin (1990) berpendapat aktiviti Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi

    Dauer (1995) berpendapat aktiviti Jasmani ialah sebahagian daripada program aktiviti yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

  • Aktiviti JasmaniMewujudkan rekod dan mengambil kira skor yang direkod dalam pentaksiran sekolah bagi merangsang murid melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti jasmani.

    Menggunakan instrumen PAJSK yang standard untuk mentaksir murid dalam aspek kemahiran, kebolehan, kecergasan, keupayaan dan pencapaian dapat direkodkan dan disimpan untuk tujuan rujukan, kerjaya, melanjutkan pelajaran dan tujuan peribadi.

    Perekodan satu pangkalan data boleh dirumus dan dibuat pelaporan tentang perkembangan fizikal dan penguasaan kemahiran murid sepanjang persekolahan murid.

  • Kokurikulum Kegiatan kokurikulum adalah satu kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menam-bah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah termasuk sukan, permainan, persatuan, kelab, pasukan pakaian seragam atau lain-lain kegiatan yang membantu pembentukan insaniah dan sahsiah murid tersebut.(Wikipedia)

  • Kokurikulum

    Mengambil kira skor yang direkod tentang penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid bagi merangsang mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Menilai tahap penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum pada setiap tahun persekolahan bermula dari Tahun 4 menggunakan instrumen standard

  • Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta aktiviti 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu:Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:Penyertaan dalam sukan dan permainan Penyertaan dalam persatuan dan kelab Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri aktiviti

  • KesihatanKesihatan dalam konteks persekolahan merupakan satu usaha yang berterusan oleh pihak sekolah/guru bagi memastikan dan memantau perkembangan diri murid supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, pemakanan, aktiviti yang boleh menyihatkan badan, penjagaan kesihatan dan aspek kekeluargaan yang terdapat pada diri murid tersebut sama ada fizikal, mental dan emosi untuk tujuan perekodan dan rujukan.

  • KesihatanPentaksiran kesihatan murid di peringkat sekolah diberikan penekanan sewajarnya dengan menggunakan satu bentuk instrumen yang standard. Pelaksanaan pentaksiran kesihatan akan mendorong murid sentiasa memberi perhatian dalam aspek kesihatan.Penggunaan instrumen pentaksiran kesihatan membantu guru mengesan tabiat pemakanan, tahap kebersihan, penjagaan kesihatan secara umum serta tabiat-tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.

  • EkstrakurikulumEkstrakurikulum merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh murid di luar waktu persekolahan dengan penglibatan dalam aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik dan mendorong melakukan kerja-kerja sukarela dan amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.The Free Dictionary mendefinisikan ekstrakurikulum sebagai kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh murid di luar ruang lingkup kurikulum biasa sekolah.

  • Pelaporan kemajuan murid dalam aktiviti kokurikulum memudahkan guru dan ibu bapa menilai kemampuan, kebolehan, keupayaan, bakat, minat dan sahsiah murid sepanjang persekolahan mereka Maklumat melalui penggunaan instrumen standard dapat membentuk satu penanda aras untuk meletakkan pencapaian murid dalam tahap-tahap tertentu mengikut penyertaan, penglibatan dan pencapaian mereka

  • Rekod dan pelaporan yang terkumpul membolehkan pihak sekolah/guru/ibu bapa membuat rumusan tentang keperluan kesihatan murid dan mengambil langkah susulan yang sewajarnya. Hasil penilaian kesihatan dapat digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dari segi pembelajaran, pemakanan, kebersihan, kognitif dan fizikal mereka.

  • EkstrakurikulumMemberi nilai kepada penglibatan murid dalam tersebut dapat mendorong mereka terlibat dengan lebih giat lagi dalam kerja-kerja kemasyarakatan secara sukarela di luar waktu persekolahanMentaksir murid yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan atau badan-badan bukan kerajaan akan dapat memberi gambaran tentang sahsiah dan tingkah-laku murid tersebut.

  • Mengguna instrumen standard untuk menilai penglibatan murid memudahkan guru membuat penilaian dan pelaporan yang lebih berfokus dan menyeluruh tentang penglibatan muridPenilaian terhadap penyertaan dan penglibatan murid dalam ekstrakurikulum, membolehkan pihak sekolah/guru/ kaun-selor melihat perspektif murid dengan lebih luas dari segi hubungan sosial dan pembinaan jatidiri murid

  • KAEDAH PELAKSANAAN PAJSK Secara berterusan sepanjang P&P mengikut kesesuaian guru dan kesediaan murid atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah/PPD/ JPN.Mentaksir pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan semasa sukan, permainan, pertandingan, lawatan, gotong-royong dsb.Menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal-jawab, perbualan, kuiz dsb. oleh guru serta rakan sebaya.Secara berkumpulan atau individu bersama guru atau murid lain.

  • Aktiviti Jasmani

    Menghadiri latihan dalam aktiviti jasmaniMenyertai latihan dalam aktiviti jasmaniMengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti jasmaniMenunjukkan komitmen dalam aktiviti jasmaniMengikut tunjuk ajar guru/jurulatih dengan betulMelakukan senaman dan permainan dengan betulMenguasai kemahiran pergerakan fizikal dengan lakuan yang betul mengikut prosedur yang ditetapkan

  • Mengembangkan kemahiran dalam pergerakan fizikal dan kemahiran motor mengikut tahap-tahap yang ditetapkanMembina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran dengan pelbagai variasi pergerakan yang ditetapkanMempamerkan tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimumMelibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkalaMelakukan aktiviti fizikal secara berkalaMempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal

  • Mempamerkan kemahiran insaniah yang sesuai dalam aktiviti fizikal;melaksanakan aktiviti dalam suasana yang seronok dan selamatmematuhi peraturan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikalmengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

  • Kesihatan

    Pakaian bersih Pakaian kemasKebersihan diri/persekitaran diamalkanMakanan dan minuman mengikut diet seimbangAktiviti kesihatan fizikal/emosi/mental/kerohanian/ sosial diamalkan seperti riadah/ permainan/sukan/sembahyang jemaahPengetahuan asas tentang kesihatanTidak mengambil dadah/merokok/arak

  • Borang Penskoran Aktiviti Kesihatan Nama Murid: Ahamad Nesfu bin Zain Kelas/Tingkatan: SemenderasaBilTarikhKesihatan Fizikal (8 kemahiran)Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial (7 kemahiran)Kesihatan Persekitaran (8 kemahiran)T/Tangan Guru/Ketua Pasukan, Masyarakat Kesihatan Diri dan Reproduktif (6 kemahiran)Pemakanan (2 kemahiran)Pengurusan Emosi (2 kemahiran)Kekeluar-gaan (3 kemahiran)Perhubungan (2 kemahiran)Penyakit (5 kemahiran)Keselamatan (3 kemahiran)111/6/2010101 1 1214/6/201001 1 1 1318/6/2010000421/6/2010111524/6/2010111626/6/2010101730/6/2010100891011Jumlah

  • Secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid ramai dalam satu kelas atau kumpulan adalah besar.Mentaksir beberapa gabungan kemahiran dalam satu aktiviti yang dijalankan.Mengukur dengan menggunakan instrumen Borang Pelaporan SEK (BPSEK)Merekod menggunakan Borang Peskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) dan Borang Penskoran Aktiviti Kesihatan (BPAK)Melapor sekurang-kurangnya sekali dalam setahun/satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolahPelaporan dijana daripada pangkalan data oleh guru kelas/tingkatan.Mengumpul dan menyimpan pelaporan/rekod murid dalam Portfolio Murid sebagai evidens.

  • BAGAIMANA MENTAKSIR?Sukan, Kokurikulum dan EkstrakurikulumPihak sekolah/guru akan memperbanyakkan Borang Pelaporan SEK (Sukan, Ekstrakurikulum dan Kokurikulum) (BPSEK) yang merupakan kad catatan yang standard disediakan oleh LPMurid mendapatkan tanda tangan daripada guru sukan/guru rumah/ penganjur/jurulatih/ketua kontin-gen/ ketua pasukan/dan lain-lain orang yang berke-naan yang mengendalikan aktiviti sebagai penge-sahan penyertaan, penglibatan dan pencapaian mereka.

  • Borang Pelaporan SEK (Sukan, Ekstrakurikulum, Kokurikulum)* Potong yang tidak berkenaan

    BORANG PELAPORAN SEK (Sukan, Ekstrakurikulum dan Kokurikulum) Nama Murid: Ahamad Nesfu bin ZainKelas/Tingkatan : SemenderasaJenis Aktiviti: * Sukan/Ekstrakurikulum/Kokurikulum BilJenis AktivitiAktivitiTarikhPenyertaan 50%Penglibatan 30%Prestasi 20%T/Tangan Guru/Ketua Pasukan, Masyarakat Keha-diran 40%Keahlian 10%Jawatan 5%Peringkat 13%Komitmen 12%Penca-paian 10%Sumba-ngan 10%1SUkanLumba Lari23/7/2010 PenyokongAhliRumah sukan10Sekolah2KelabBand26/7/2010 PemainAhliKelab12PesertaKelab3Ekstra-kurikulumGotong Royong29/7/201 Aktiviti MasharakatPesertaTmn. Perumahan8PesertaMasyara-kat45678910

  • Guru mengumpulkan Borang Pelaporan SEK (BPSEK) tersebut untuk disemak dan direkod. Aktiviti yang disahkan akan diberi nilai berdasarkan kepada penglibatan murid, peringkat penyertaan, tahap pencapaian, jenis aktiviti dan bilangan penyertaan dalam aktiviti tersebut.Data daripada kad laporan akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan dijana bagi tujuan rumusan dan pelaporan. Rumusan akan dijalankan oleh program komputer dan akan menghasilkan pelaporan berdasarkan tahap-tahap skor daripada penglibatan murid tersebut.

  • LP akan menyediakan satu sistem bagi membentuk pelaporan yang standard untuk menjamin ketekalan pelaporan tersebut. Data tentang penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid akan disimpan di Pejabat Pelajaran Daerah dan dirangkaikan ke JPN dan LP Maklumat boleh diakses/cetak oleh murid/guru/ibu bapa tujuan kerjaya, semakan dan rujukan

  • Aktiviti Jasmani

    Guru melengkapkan senarai nama murid yang ditaksir ke dalam Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ)Format instrumen pengukuran standard ditetapkan oleh LP Mengukur penguasaan kemahiran/tahap kesihatan melalui aktiviti yang dijalankan oleh murid Guru menetapkan aktiviti jasmani dan kesihatan yang akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan atau yang difikirkan sesuai

  • Borang Pengskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ)

    Borang Penskoran Aktiviti Jasmani Nama Murid: Ahamad Nesfu bin Zain Kelas/Tingkatan: SemenderasaBilTarikhPergerakan Asas (20 kemahiran) Gimnastik Asas (10 kemahiran)Asas Aquatik (2 kemahiran)Rekreasi & Kesengga-ngan (2 kemahiran)T/Tangan Guru/Ketua Pasukan, Masyarakat Pergerakan Lokomoto (5 Kemahiran)Pergerakan Bukan Lokomotor (3 kemahiran)Kemahiran Manipulasi Alatan (11 kemahiran)Kemahiran Berirama (1 kemahiran)Kemahiran Badan & Sokongan (2 kemahiran)Hambur & Pendaratan (3 kemahiran)Putaran & Gulingan (3 kemahiran)Lentikan (2 kemahiran)Keyakinan & Keselamatan (2 kemahiran)Kebolehan Aplikasi (2 kemahiran)111/6/2010 214/6/2010 318/6/2010 421/6/2010 524/6/2010 626/6/2010 730/6/2010 891011Jumlah

  • SAMB. Borang Pengskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ)

    Borang Penskoran Aktiviti Jasmani Nama Murid: Ahamad Nesfu bin Zain Kelas/Tingkatan: SemenderasaBilTarikhKecergasan Meningkatkan Kesihatan Dan Prestasi Fizikal (10 kemahiran) Kesukanan (4 kemahiran)T/Tangan Guru/Ketua Pasukan, Masyarakat Kapasiti Aerobik (2 Kemahiran)Fleksibiliti (1 kemahiran)Kekuatan & Daya Tahan Otot (7 kemahiran)Keselamatan & Pengurusan

    (2 kemahiran)Interaksi Sosial (1kemahiran)Kumpulan Dinamik (1kemahiran)111/6/2010 214/6/2010 318/6/2010 421/6/2010 524/6/2010 626/6/2010 730/6/2010 891011Jumlah

  • Guru akan mencatatkan setiap penguasaan kemahiran dalam aktiviti mengikut kemampuan dan keupayaan murid Murid diberi peluang untuk mencuba beberapa kali mengikut kemampuan dan keupayaan mereka. Semua murid dikehendaki melaksanakan aktiviti yang dirancang kecuali mereka yang menghadapi masalah fizikal dan kesihatan.Aktiviti lain boleh dijalankan untuk murid kes khas menggantikan aktiviti yang tidak dapat dilaksanakanData yang dikumpul dimasukkan dalam pangkalan data untuk tujuan rumusan, perekodan dan pelaporan.Pelaporan akan disediakan melalui program komputer pada bila-bila masa berdasarkan keperluan.

  • PEREKODAN PAJSK Perekodan aktiviti PAJSK dilakukan pada setiap aktiviti sepanjang tahun perseko-lahan murid oleh guru yang mengajar kemahiran tertentu selepas pemerhatian setiap aktiviti.Instrumen untuk merekod aktiviti PAJSK ialah dengan menggunakan Borang PAJSK yang disediakan secara manual atau digital. Perekodan boleh dijalankan oleh mana-mana guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau melalui mana-mana aktiviti yang bersesuaian.

  • Bagi aktiviti jasmani, skor 1 direkod setelah murid menguasai sesuatu kemahiran, manakala skor 0 diberi kepada murid yang belum menguasai kemahiran tersebut. Bagi kokurikulum dan ekstrakurikulum, skor direkod menggunakan nilai-nilai tertentu berdasarkan penyertaan, penglibatan, pencapaian atau penguasaan sesuatu kemahiran/ aktiviti yang telah diperakui oleh guru atau rakan sebaya, ibubapa dan ahli masyarakat kepada murid tersebut.

  • PELAPORAN PAJSK Pelaporan PAJSK seseorang murid adalah berdasarkan kepada peratusan yang di kira berdasarkan kepada jumlah skor yang dikumpul oleh murid dalam penglibatan mereka dalam PAJSKPelaporan dibuat oleh guru kelas/tingkatanPelaporan sekurang-kurangnya sekali setahun/ satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolah)Peratusan terkumpul mengenai PAJSK dilaporkan dalam bentuk prestasi tahun semasa dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan.

  • Berasingan untuk aktiviti Sukan, KokurikulumDan Ekstrakurikulum.Contoh: PENTAKSIRAN SUKAN/KOKURIKULUM/EKSTRAKOKURIKULUM

    ASPEKPeruntukan Skor (%)SKOR(%)Penglibatan3015Penyertaan5025Prestasi208JUMLAH100%48%

  • Setiap kemahiran yang dikuasai diberi satu skor.Jumlah keseluruhan kemahiran ialah 34 skor menjadikannya 100%Contoh: PENTAKSIRAN aktiviti JASMANI

    KEMAHIRANBILANGANPERATUSSkor%Pergerakan Asas20 kemahiran4230Gimnastik Asas10 kemahiran 2115Asas Akuatik2 kemahiran42Rekreasi & Kesenggangan2 kemahiran41Kecergasan Kesihatan & Prestasi Fizikal10 kemahiran2115Kesukanan4 kemahiran83JUMLAH48 kemahiran100%66%

  • Setiap kemahiran yang dikuasai diberi satu skor.Jumlah keseluruhan kemahiran ialah 23 skor menjadikannya 100%Contoh: PENTAKSIRAN aktiviti KESIHATAN

    KEMAHIRANBILANGANPERATUSSKOR%Kesihatan Fizikal8 kemahiran3520Kesihatan Mental, Emosi & Sosial7 kemahiran 3015Kesihatan Persekitaran8 kemahiran3525JUMLAH23 kemahiran100%60%

  • Contoh: PELAPORAN TAHUNANPernyataan pelaporan tahunan merangkumi:

    ASPEKPERATUSSukan45%Kokurikulum48%Aktiviti Jasmani66%Kesihatan60%Ekstrakurikulum30%JUMLAH249%Peratus PAJSK249/5 = 49%10% Pentaksiran Pusat4.9%

  • WAJARAN PENTAKSIRANPAJSK DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAHJumlah peratus dari ke lima-lima aspek yang dicapai akan dijadikan 100% dan menyumbang kepada wajaran 10% pentaksiran pusat.

  • PELAPORAN KUMULATIFPernyataan pelaporan kumulatif diambilkira denganmenjumlahkan jumlah peratus sepanjang tahun persekolahan dan dibahagi dengan jumlah tahunpersekolahan. Contoh:

    PERKARATAHUN 6 (JUMLAH % UNTUK 6 TAHUN)TINGKATAN 3 (JUMLAH % UNTUK 9 TAHUN)

    Aktiviti JasmaniX / 6X / 9KesihatanX / 6X / 9SukanX / 6X / 9KokurikulumX / 6X / 9EkstrakurikulumX / 6X / 9

  • CONTOH PENYATAAN PELAPORAN PAJSK

    Sekolah:Sek. Men. Seri Semenderasa, Gua Musang, KelantanTahun:2010Nama Murid:Rashidah bt. Abdul RashidTahun/TIngkatan:3Jantina: Perempuan No. K. P: 890605-04-4757ASPEK YANG DITAKSIR:PERATUSCATATANAktiviti Jasmani60Memenuhi kemahiran yang ditetapkanSukan50Pencapaian agak memuaskanAktiviti KokurikulumBadan Beruniform88St. John AmbulansKelab dan Persatuan75Pencinta AlamSukan dan Permainan67BadmintonJumlah Purata Akt. KoKu.77Aktiviti Ekstrakurikulum40Melebihi dua aktiviti sukarelaKesihatan60Memenuhi tahap kesihatan yang memuaskanJumlah Keseluruhan287Peratus Purata Keseluruhan57.4%10% Pentaksiran Sekolah5.7%

    Disediakan oleh: Disahkan olehTandatangan PK KokurikulumTandatangan dan Cop Pengetua

  • Penutup Di akhir pentaksiran, PAJSK memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk mencapai tujuan berikut:

    Menjadikan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas sebagai budaya hidup kepada murid.Merekodkan kemahiran dan kebolehan murid dengan menggunakan instrumen sedia ada yang mudah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).Menghasilkan pelaporan murid untuk dijadikan evidens dan dokumentasi bagi membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan ke atas murid dilaksanakan.Mengambil kira hasil pelaporan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa dalam usaha penambahbaikan P&P.Mengiktiraf pelaporan untuk tujuan kemasukan ke pusat pengajian tinggi dan bidang kerjaya.

  • SUMBER RUJUKAN PAJSK Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu, 2009Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah, 2009Instrumen aktiviti Jasmani Tahun 1, 2010.Instrumen aktiviti Kesihatan Tahun 1, 2010.Modul Teras Asas aktiviti Jasmani Tahap Satu, 2009Laman web Lembaga Peperiksaan : http://www.lpm.gov.my

    *****************************************************