manual sekolah pajsk

15

Upload: pearl-jam

Post on 26-Dec-2015

185 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pajsk

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Sekolah Pajsk
Page 2: Manual Sekolah Pajsk

2

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

A. LAMAN UTAMA 3

B. ID DAN KATALALUAN 4

C. LOG MASUK KALI PERTAMA 4

D. LOG MASUK 6

E. ISI MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR – SECARA MANUAL 6

F. ISI MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR – SECARA MUAT NAIK 9

G. MUAT TURUN SENARAI PELAJAR & MARKAH DALAM FORMAT EXCEL 13

H. CARIAN 14

I. LUPA KATA LALUAN 15

Page 3: Manual Sekolah Pajsk

3

A LAMAN UTAMA

1. Laman Utama Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum.

2. Laman bahagian utama (setelah log masuk)

Page 4: Manual Sekolah Pajsk

4

B ID DAN KATALALUAN

1. Login kali pertama. Masukkan Id dan Katalaluan dan klik pada butang Login.

2. Format kata laluan bagi pengguna sekolah adalah seperti berikut :-

Id = KODSEKOLAH

Katalaluan = KODSEKOLAH$

Contoh Kod Sekolah : ABC9876

Id Pengguna : ABC9876

Kata laluan : ABC9876$

* pastikan id pengguna dan kata laluan ditaip menggunakan HURUF BESAR

i. ABC9876 merujuk kepada kod sekolah.

ii. $ adalah tanda “dolar sign”.

C LOGIN KALI PERTAMA

1. Masukkan Id dan Katalaluan.

Page 5: Manual Sekolah Pajsk

5

2. Isi semua maklumat dengan tepat dan klik butang Simpan.

3. Bagi pengguna yang pertama kali masuk ke sistem ini, pengguna perlu menukarkan kata

laluan kepada yang baru dan memasukkan maklumat seperti nama, no. kad pengenalan,

soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan. Maklumat ini perlu diingat bagi tujuan

sekiranya pengguna lupa pada kata laluan. Klik butang Simpan.

4. Klik butang Cetak untuk mencetak maklumat yang telah dimasukkan untuk simpanan

pengguna sekiranya mengalami masalah lupa id pengguna dan katalaluan.

5. Maklumat yang telah dicetak hendaklah disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan

akaun pengguna dapat diketahui dan diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Page 6: Manual Sekolah Pajsk

6

D LOG MASUK

1. Log masuk semula ke sistem menggunakan Id dan katalaluan baru.

2. Isikan maklumat guru dengan betul.

E ISI MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR – SECARA MANUAL

1. Menu Utama Pengisian Markah.

2. Guru Sekolah boleh membuat pilihan sama ada ingin masukkan markah secara manual atau

muat naik sahaja.

3. Sila klik pada drop down Pilih Tingkatan (T3, T5, T6 dan STAM)

Page 7: Manual Sekolah Pajsk

7

4. Contoh senarai nama pelajar akan dipaparkan seperti di bawah (Tingkatan 3).

5. Contoh senarai nama pelajar akan dipaparkan seperti di bawah (Tingkatan 5, 6 & STAM).

Page 8: Manual Sekolah Pajsk

8

6. Masukkan markah pelajar satu persatu dan klik pada butang Simpan.

7. Masukkan markah kokurikulum di dalam petak CGPA. Julat markah CGPA yang perlu

dimasukkan adalah antara 0.00 hingga 10.00 SAHAJA.

8. Bagi pelajar tingkatan 3, guru perlu masukkan markah Segak dan BMI.

9. Tanda hijau disebelah kanan CGPA menunjukkan format markah yang dimasukkan adalah

betul dan tanda merah menunjukkan markah yang dimasukkan adalah tidak mengikut

format. Sila masukkan markah mengikut format yang betul. Markah yang bertanda merah

TIDAK akan disimpan oleh sistem.

10. Contoh format markah adalah seperti berikut :

i. 5.8

ii. 3.01

iii. 0.6

iv. 8.59

v. 10

vi. 0.99

vii. 0

Page 9: Manual Sekolah Pajsk

9

F ISI MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR – SECARA MUAT NAIK

1. Muat naik markah menggunakan cara mudah untuk mengisi markah pelajar. Sekiranya pengisian

manual telah selesai (Langkah E), langkah ini adalah tidak perlu.

2. Ikuti langkah-langkah seperti contoh di bawah untuk muatnaik fail ke sistem.

3. Buka fail baru dalam Microsoft Excel.

a. TINGKATAN 3

Masukkan nombor ic pelajar (lajur pertama), markah kokurikulum (lajur kedua),

markah segak (lajur ketiga) dan markah BMI (lajur keempat). (Sekiranya

maklumat telah pun disimpan dalam format excel *.xls, pengguna hanya ‘save as’

fail ke *.csv sahaja)

Contoh data

pelajar untuk

Tingkatan 3

Page 10: Manual Sekolah Pajsk

10

b. TINGKATAN 5, 6 & STAM

Masukkan nombor ic pelajar (lajur pertama) dan markah kokurikulum (lajur

kedua). (Sekiranya maklumat telah pun disimpan dalam format excel *.xls,

pengguna hanya ‘save as’ fail ke *.csv sahaja)

4. Simpan (save as) fail dalam format *.csv

Contoh data

pelajar untuk

Tingkatan 5, 6

dan STAM

Page 11: Manual Sekolah Pajsk

11

5. Pada menu atas, klik MUAT NAIK MARKAH seperti rajah di bawah. Klik butang Browse

6. Muatnaik fail *.csv ke dalam sistem. Cari fail yang telah disimpan .*csv tadi dan klik Open.

Page 12: Manual Sekolah Pajsk

12

7. Selepas fail berjaya dibuka, tick pada Peperiksaan dan klik pada butang Muatnaik.

Paparan senarai seperti di bawah akan kelihatan.

Contoh paparan

pelajar untuk

Tingkatan 5, 6

dan STAM

Contoh paparan

pelajar untuk

Tingkatan 3

Page 13: Manual Sekolah Pajsk

13

G MUAT TURUN SENARAI PELAJAR DALAM FORMAT EXCEL

1. Pada Menu atas, klik PELAJAR. Pilih pada drop down Pilih Tingkatan (T3, T5, T6 DAN

STAM).

2. Klik pada label Excel di sebelah kanan. Popup mesej seperti dibawah akan dipaparkan. Pilih

sama ada hendak Open with atau Save File dan klik OK.

Klik sini untuk

muat turun fail

dalam format

Excel

Page 14: Manual Sekolah Pajsk

14

H CARIAN

1. Sekiranya nama murid tiada di dalam senarai Jenis Peperiksaan yang di pilih, pengguna

boleh menggunakan butang Carian untuk membuat carian.

2. Tick pada carian menggunakan NoKP atau Nama. Klik butang Cari Pelajar.

3. Bagi carian Nombor Kad Pengenalan, masukkan dua belas nombor ic tanpa tanda sempang.

Contohnya 940901135472. Tetapkan jenis carian adalah NoKP dan klik butang Cari Pelajar.

4. Bagi carian Nama, masukkan nama pelajar selengkapnya. Gunakan tanda %. Contohnya

ADILA%MAT%TAMAZI. Tetapkan jenis carian adalah Nama dan klik butang Cari Pelajar.

5. Contoh hasil carian menggunakan NoKP. Klik pada Edit untuk kemaskini markah CGPA.

6. Masukkan markah CGPA yang baru dan klik butang SIMPAN.

Klik sini

untuk edit

markah

Klik sini

untuk simpan

markah

Page 15: Manual Sekolah Pajsk

15

I LUPA KATA LALUAN

1. Klik pada Lupa katalaluan.

2. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang CARI.

3. Popup mesej seperti dibawah akan keluar dan klik OK.

4. Popup mesej katalaluan akan dipaparkan seperti dibawah dan klik OK.

Klik sini jika

lupa kata

laluan