panduan pengurusan guru ganti kgsk

20
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007 Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp 1 PENDAHULUAN Keperluan guru ganti di sekolah menjadi semakin penting berikutan pelaksanaan beberapa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti pelaksanaan pengajaran pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di mana guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dikehendaki mengikuti kursus. Ini menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah sama ada sebagai peserta kursus atau tenaga pengajar/jurulatih. Selain itu, dasar penempatan 50% guru siswazah di sekolah rendah menjelang tahun 2010 melibatkan ramai guru bukan siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat perlu disiswazahkan. Semasa guru-guru ini menghadiri kursus sepenuh masa seperti Pra Program Khas Pensiswazahan Guru (Pra PKPG) selama 14 minggu di maktab-maktab perguruan, guru ganti diperlukan bagi mengisi kekosongan yang bersifat sementara di sekolah-sekolah terlibat. Pihak sekolah mengamalkan pengambilan guru ganti yang kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan ikhtisas. Namun, dengan adanya Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini diharapkan masalah pengambilan guru ganti yang tidak berpengalaman akan dapat dikurangkan. Pelaksanaan KGSK juga akan dapat membantu amalan pengambilan guru ganti semasa guru wanita mengambil cuti bersalin selama 60 hari. Perangkaan menunjukkan bilangan guru wanita mengatasi guru lelaki dengan nisbah 2:1. Tujuan Panduan ini adalah untuk memberi gambaran dan garis panduan sekolah bagi melaksanakan program Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini dengan berkesan. Semoga kandungan dalam panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi melaksanakan program pengambilan guru ganti yang berkualiti. Sekian, terima kasih.

Upload: ishraqi-ilyas

Post on 31-Dec-2015

713 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

makluman

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

1

PENDAHULUAN

Keperluan guru ganti di sekolah menjadi semakin penting berikutan pelaksanaan

beberapa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti pelaksanaan pengajaran

pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di mana guru yang mengajar

mata pelajaran Matematik dan Sains dikehendaki mengikuti kursus. Ini menyebabkan guru

meninggalkan bilik darjah sama ada sebagai peserta kursus atau tenaga pengajar/jurulatih.

Selain itu, dasar penempatan 50% guru siswazah di sekolah rendah menjelang tahun

2010 melibatkan ramai guru bukan siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat perlu

disiswazahkan. Semasa guru-guru ini menghadiri kursus sepenuh masa seperti Pra Program Khas

Pensiswazahan Guru (Pra PKPG) selama 14 minggu di maktab-maktab perguruan, guru ganti

diperlukan bagi mengisi kekosongan yang bersifat sementara di sekolah-sekolah terlibat.

Pihak sekolah mengamalkan pengambilan guru ganti yang kebanyakannya tidak

mempunyai pengalaman dan kelayakan ikhtisas. Namun, dengan adanya Kumpulan Guru

Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini diharapkan masalah pengambilan guru ganti yang tidak

berpengalaman akan dapat dikurangkan.

Pelaksanaan KGSK juga akan dapat membantu amalan pengambilan guru ganti semasa

guru wanita mengambil cuti bersalin selama 60 hari. Perangkaan menunjukkan bilangan guru

wanita mengatasi guru lelaki dengan nisbah 2:1.

Tujuan Panduan ini adalah untuk memberi gambaran dan garis panduan sekolah bagi

melaksanakan program Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini dengan berkesan.

Semoga kandungan dalam panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi

melaksanakan program pengambilan guru ganti yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

2

LATAR BELAKANG

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin

atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti

yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki

latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak.

Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-

kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek

tidak dapat diisi oleh guru ganti.

Oleh yang demikian, beberapa rentetan siri mesyuarat di peringkat tertinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia akhirnya telah meluluskan pelaksanaan KGSK. Persidangan

Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1-4 November 2002 telah meluluskan satu

resolusi ke arah penubuhan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK). Mesyuarat Hal-hal

Profesional Bil. 01/2003 yang dipengerusikan oleh KPPM pada bulan Mac 2003 juga adalah

berkaitan dengan pelaksanaan ini. Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.

31/2003 yang dipengerusikan oleh KSU memutuskan supaya projek rintis diadakan di daerah

Batu Pahat dan Muar, Johor Darul Takzim.

Mesyuarat Memperkasakan SK dan Pengurusan SAR Bil.12/2004 bertarikh 4 Feb 2004

yang dipengerusikan oleh KPPM telah meminta projek rintis dijalankan juga di negeri-negeri

lain ; WP Kuala Lumpur; Jempol, Kuala Pilah, Jelebu di Negeri Sembilan dan Nabawan,

Pensiangan di Sabah. Kertas makluman KGSK juga telah dibentangkan di mesyuarat Pengarah-

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri 2004 yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan

yang dikemukakan bagi penubuhan KGSK ini telah mendapat sambutan positif memandangkan

keperluan guru ganti di sekolah di bawah pentadbiran KPM yang semakin mendesak.

Page 3: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

3

OBJEKTIF KGSK

Objektif pelaksanaan KGSK adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di

Sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak

mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.

Contoh ketiadaan guru:

1. Guru Cuti Menunaikan Haji

2. Guru Cuti Sakit

3. Guru Cuti Bersalin

4. Guru Cuti Rehat Khas

5. Guru Cuti Tanpa Gaji

6. Guru Bertugas Dalam Kokurikulum / koakademik

7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan

KEAHLIAN

Ahli dari kalangan KGSK terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman mengajar

mengikut kategori berikut:

i. Guru Bersara Wajib / Pilihan

1. Pesara Guru Siswazah (SW)

2. Pesara Guru Bukan Siswazah (BS)

(* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan)

ii. Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan (Tiada lantikan SPP : Tidak ditempatkan)

1.Siswazah dengan pendidikan;

(SW1Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian ,

(SW1Am) Ganeral Degree

2. Diploma pendidikan (BS1)

(* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan)

iii. Bekas GSTT Sekurang-kurangnya 1 tahun

1.Bekas GSTT Siswazah

(SW2Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian ,

(SW2Am) Ganeral Degree

Page 4: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

4

2. Bekas GSTT STPM/Diploma (STPM)

3. Bekas GSTT SPM (SPM)

(* Surat lantikan GSTT , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan)

SYARAT LANTIKAN

Guru ganti KGSK yang dilantik adalah bertaraf sambilan dari hari ke hari dan tempoh

perkhidmatan akan tamat dengan sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar. Guru

ganti KGSK bukan kakitangan kerajaan serta tidak layak menerima apa jua faedah atau

kemudahan kecuali elaun yang akan dibayar mengikut kadar harian dibayar atas hari-hari

bekerja sahaja serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), cuti rehat 1 hari selepas genap 23

hari bertugas dalam satu lantikan dengan tidak melebihi 7 hari cuti dalam setahun serta bonus

tahunan jika bekerja genap 21 hari dalam sebulan. Walaupun bertaraf bukan kakitangan

kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada

bila-bila masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari secara bertulis.

KUASA MELANTIK

Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik guru ganti dari kalangan ahli

KGSK yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan. Walaubagaimanapun

sekolah boleh mencadangkan kepada PPD calon dari kalangan ahli KGSK yang layak dan

bersesuaian dengan opsyen yang diperlukan di sekolah tersebut.

KEUTAMAAN PENEMPATAN

Sekiranya terdapat lebih dari seorang calon ahli KGSK yang sesuai ditempatkan sebagai

guru ganti di sesebuah sekolah yang memerlukan, pemilihan dibuat berdasarkan kepada

keutamaan berikut:

Opsyen yang tepat atau bersesuaian seperti dikehendaki oleh pihak sekolah

Jarak terdekat dari tempat bertugas

Ahli KGSK yang berpengalaman di sekolah menengah akan bertugas di sekolah

menengah dan sebaliknya.

Page 5: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

5

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Masa bertugas Guru Ganti KGSK bukan waktu kerja pejabat seperti yang telah

ditetapkan dalam Perintah Am bab ‘G’ tetapi sekiranya keadaan memerlukan ia boleh diarah

untuk bekerja lebih masa pada masa-masa yang ditetapkan dan ia juga perlu mematuhi segala

peraturan kerja pejabat dan arahan-arahan yang sedang berjalan atau peraturan-peraturan

serta arahan-arahan lain yang mungkin dibuat dari masa ke masa. Buku persediaan mengajar

dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang

digantikan disamping melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

seperti guru tetap.

GAJI DAN ELAUN

Pelaksanaan KGSK tidak perlu melibatkan kewangan khas. Peruntukan sedia ada

digunakan untuk melaksanakannya. Pembayaran elaun untuk ahli KGSK hendaklah dibayar di

bawah peruntukan Objek Sebagai 29000 (Guru Ganti). Kadar Gaji Harian bagi anggota sambilan

hendaklah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu

dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai

unsur multiple entry iaitu mengikut formula berikut:

Gaji Permulaan Sebulan Mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Dilantik =

Kadar Gaji Asas

23 Hari Bekerja

Anggota Sambilan adalah juga layak dibayar ITKA mengikut formula berikut:

Kadar ITKA Mengikut Kategori Perkhidmatan Pegawai Dilantik =

Kadar ITKA Asas

23 Hari Bekerja

Page 6: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

6

Kemudahan Lain

Selain dari kemudahan gaji dan elaun yang diterima oleh guru KGSK mereka juga layak

menerima kemudahan lain seperti berikut:

Caruman KWSP (kecuali Pesara)

Cuti Rehat Bergaji Penuh tidak melebihi 7 hari setahun (1 hari bagi 23 hari bekerja)

Bonus jika bekerja 21 hari dalam satu bulan kalender.

Pekeliling dan dokumen berkaitan gaji KGSK

Disebabkan tiada pekeliling khusus dalam penetapan gaji guru KGSK maka Pekeliling

dan dokumen berikut digunakan dalam menentukan kadar gaji KGSK;

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17, tahun 2005 iaitu Pindaan Formula Gaji Harian,

ITKA dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19, tahun 2005 iaitu Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat

Awam Gred 41 dan 42 (Dirujuk bersama surat JPNJ/PKHD/0753(10) bertarikh 27

Disember 2005).

Jadual gaji baru DG41, DC41, DGA29, DB27 dan DB17,

Panduan Pelaksanaan KGSK Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asas Pembayaran Gaji

Gred Gaji Gaji ITKA Jumlah

DG 41 (P1T4) 1710.60 300.00 2010.60

DC 41 (P1T5)(Kepujian) 1653.73 300.00 1953.73

DC 41 (P1T3)(Am) 1496.43 300.00 1796.43

DGA 29 (P1T1) 1124.57 160.00 1284.57

DB 27 KUP (P1T1) 963.64 160.00 1123.64

DB 17 KUP (P1T1) 656.30 115.00 771.30

Page 7: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

7

Jadual Gaji KGSK

Kategori Ahli Gred Gaji Gaji ITKA Jumlah

SW DG41 (P1T4) 74.37 13.04 87.41

SW1Kep DC41 (P1T5) 71.90 13.04 84.94

SW1Am DC41 (P1T3) 65.06 13.04 78.10

SW2Kep DC41 (P1T5) 71.90 13.04 84.94

SW2Am DC41 (P1T3) 65.06 13.04 78.10

BS DGA29 (P1T1) 48.89 6.95 55.85

BS1 DB27KUP (P1T1) 41.89 6.95 48.85

STPM DB27KUP (P1T1) 41.89 6.95 48.85

SPM DB17KUP (P1T1) 28.53 5.00 33.53

* Penetapan Sifir Gaji mulai 1 Januari 2007 berdasarkan keputusan mesyuarat KGSK JPNJ 9

Oktober 2006.

Pusat Tanggungjawab

Segala bayaran elaun bagi guru ganti KGSK diuruskan oleh PPD atau Sekolah PTJ sebagai

Pusat Tanggungjawab.

Page 8: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

8

Panduan Tindakan dan Proses Kerja Pembayaran Elaun KGSK

Bil. Tanggungjawab Tindakan &

Dokumen diperlukan

Tempoh Bertindak

Proses Kerja

1

PPD

Meluluskan penempatan guru KGSK (Surat-surat):

Tawaran Perkhd. Guru Ganti

Pengambilan Guru Ganti

Sebelum / Selepas KGSK ditempatkan

KELULUSAN KGSK

2 Pengetua/Guru Besar Guru KGSK

Menerima KGSK lapor diri/bertugas

Rekod kehadiran

Menyerahkan Borang Terima Tawaran

1 hingga 7 hari daripada tarikh surat

KGSK MELAPOR

DIRI

3 Pengetua/Guru Besar

Menyediakan Kew 8 & dokumen bayaran gaji/elaun – dokumen sah:

Tawaran Perkhd. Guru Ganti

Pengambilan Guru Ganti

Borang Terima Tawaran

Kenyataan/Rekod Kehadiran

Sebelum 25 hari bulan pada setiap bulan SEKOLAH

MENYEDIAKAN PEMBAYARAN

4 Pengetua/Guru Besar

Menghantar Kew 8 & dokumen bayaran ke PPD untuk semakan – dokumen sah

Tawaran Perkhd. Guru Ganti

Pengambilan Guru Ganti

Borang Terima Tawaran

Kenyataan/Rekod Kehadiran

Pada 25 hari bulan setiap bulan

SEKOLAH

MENGHANTAR DOKUMEN

KE PPD

5 PPD Menyemak & mengesahkan Kew 8 & dokumen bayaran

Tawaran Perkhd. Guru Ganti

Pengambilan Guru Ganti

Borang Terima Tawaran

Kenyataan/Rekod Kehadiran

3 hari (26 hingga 28 hari bulan tiap bulan)

PPD MENYEMAK DOKUMEN BAYARAN

6 Pengetua/Guru Besar

Mengambil Kew 8 & dokumen bayaran yang telah disahkan daripada PPD

Surat tawaran

Surat penempatan

Borang Terima Tawaran

Kenyataan/Rekod Kehadiran

1 hari (29 hari bulan)

SEKOLAH MENGAMBIL DOKUMEN

YANG DISAHKAN DARIPADA PPD

* GG = Guru Ganti

Mula

B

Page 9: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

9

Bil. Tanggungjawab Tindakan &

Dokumen diperlukan

Tempoh Bertindak

Proses Kerja

7 Pengetua/Guru Besar

Menyediakan baucer bayaran

Kew 8

Surat tawaran

Surat penempatan

Borang Terima Tawaran

Kenyataan/Rekod Kehadiran

2 hari (29 & 30 hari bulan)

SEKOLAH MENYEDIAKAN BAUCER

BAYARAN

8 Pengetua/Guru Besar

Menghantar baucer bayaran ke PPD

Kew 8

Surat tawaran

Surat penempatan

Borang Terima Tawaran

Kenyataan/Rekod Kehadiran

Pada 1 atau 2 hari bulan pada bulan berikutnya (tiap-tiap bulan)

SEKOLAH MENGHANTAR BAUCER

KE PPD

9 PPD Menyemak baucer Pada 3 hingga 5 hari bulan pada bulan berikutnya (tiap-tiap bulan)

PPD MENYEMAK BAUCER

10 PPD Masuk Data ESPKB Pada 6 haribulan

PPD MASUK DATA ESPKB

* GG = Guru Ganti

Tamat

B

Page 10: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

10

PEMANTAUAN

Bagi memastikan program KGSK ini berjalan dengan berkesan, aspek pemantauan berikut perlu dilaksanakan di peringkat daerah:

i. Pemantauan Pembayaran gaji dan elaun

Aspek pemantuan yang dilaksanakan melalui semakan dokumen yang dihantar oleh pihak sekolah ke PPD seperti Kew. 8 dan Rekod Kehadiran Guru Ganti KGSK pada setiap bulan serta penyediaan boucer pembayaran. Pemantauan ini perlu bagi memastikan segala urusan pembayaran gaji dapat dibuat pada setiap bulan.

ii. Pemantauan Prestasi Pengajaran & Pembelajaran

Bagi memastikan prestasi guru ganti KGSK pada tahap yang optimum pemantauan aspek berikut perlu dilaksanakan:

A. Perancangan dan Pelaksanaan P&P 1. Persediaan Guru 2. Strategi dan Kaedah digunakan 3. Penggunaan dan kesesuaian bahan bantu 4. Penerapan nilai murni 5. Pencapaian objektif pembelajaran

B. Profesionalisme Guru 1. Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran 2. Kesediaan membimbing dan menunjuk ajar 3. Menggalakkan pembelajaran aktif 4. Kawalan kelas 5. Kepelbagaian sumber ilmu guru

C. Sikap dan Sahsiah Guru 1. Berpakaian kemas dan bersesuaian 2. Bersopan santun dan berbudi bahasa 3. Bersikap positif 4. Keperihatinan terhadap murid 5. Hubungan dengan rakan sejawat

Page 11: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

11

LAPORAN GURU GANTI KGSK 2006

PENEMPATAN GURU KGSK DI SEKOLAH 2006

91

6253

45 41

60 5545 41

14

1

32

10

36 38

107

81

53

4048

38

25

0

20

40

60

80

100

120

JANUAR

I

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGO

S

SEPT

OKT

NO

V

BULAN

BIL

AN

GA

N

MULA

TAMAT

222

175

2 329

0 5

72

0

35

70

105

140

175

210

245

BIL

AN

GA

N

KDP

BSLN

HAJI

T.GAJI

SAKIT

SMBLN

KOKU

SERAP

JENIS CUTI

JENIS CUTI GURU YANG DIGANTI OLEH KGSK 2006

Petunjuk:

KDP : Guru Kursus Dalam Perkhidmatan

BSLN : Guru Cuti Bersalin

HAJI : Guru Cuti Menunaikan Haji

T.GAJI : Guru Cuti Tanpa Gaji

SAKIT : Guru Cuti Sakit

SMBLN : Guru Cuti Sambilan

KOKU : Guru terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan koakademik KPM

SERAP : Guru bekas GSTT ditanggung KGSK di SJKC

Page 12: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

12

KGSK BERKHIDMAT DI SEKOLAH RENDAH 2006

87100

134 129 126

7869 64 61

44

18

0

20

40

60

80

100

120

140

160

JANUAR

I

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGO

S

SEPT

OKT

NO

V

BULAN

BIL

AN

GA

N

KGSK BERKHIDMAT DI SEKOLAH MENENGAH 2006

4

21

30

39 41

34

2932 33

15

6

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

JANUAR

I

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGO

S

SEPT

OKT

NO

V

BULAN

BIL

AN

GA

N

Pecahan Penempatan KGSK 2006

Sekolah Menengah : 143

Sekolah Rendah Kebangsaan : 228

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina : 132

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil : 5

Jumlah : 508

Page 13: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

13

Perbelanjaan Sebenar Guru Ganti KGSK PTJ PPD 2006

Perbelanjaan Rendah : RM 587 787.44

Perbelanjaan Menengah : RM 302 953.06

Jumlah : RM 890 740.50

Page 14: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

14

Pemantauan Prestasi Guru Ganti KGSK 2006

Pencapaian / Bil Guru Jum

Bil Aspek Pemantauan [1] [2] [3] [4] [5]

1 Perancangan & Pelaksanaan P&P

1.1 Persediaan Guru 6 19 10 35

1.2 Strategi dan kaedah digunakan 1 6 18 10 35

1.3 Penggunaan dan kesesuaian bahan bantu 1 5 17 11 35

1.4 Penerapan nilai murni 5 18 12 35

1.5 Pencapaian objektif pembelajaran 1 6 18 10 35

2 Profesionalisme Guru

2.1 Pengetahuan isi kandungan matapelajaran 8 17 10 35

2.2 Kesediaan membimbing dan menunjuk ajar 6 17 12 35

2.3 Menggalakkan pembelajaran secara aktif 6 18 11 35

2.4 Kawalan kelas 3 19 13 35

2.5 Kepalbagaian sumber ilmu guru 8 16 11 35

3 Sikap dan Sahsiah Guru

3.1 Berpakaian kemas dan bersesuaian 8 17 10 35

3.2 Bersopan santun dan berbudi bahasa 7 18 10 35

3.3 Bersikap positif 8 16 11 35

3.4 Keperihatinan terhadap murid 5 18 12 35

3.5 Hubungan dengan rakan sejawat 6 19 10 35

[5] Cemerlang [4] Baik [3] Memuaskan [2]Kurang Memuaskan [1] Tidak Memuaskan

Jumlah Ahli Berdaftar : 353

Ahli Aktif : 267

Page 15: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

15

ISU DAN CABARAN 2006

Terdapat beberapa masalah terpencil yang timbul dalam pengurusan KGSK sepanjang

tahun 2006 yang bersifat sementara seperti berikut:

1. Terdapat beberapa permohonan Sekolah Kebangsaan, SJKC dan Sekolah Menengah yang

tidak dapat dipenuhi walaupun layak untuk digantikan dengan guru KGSK atas faktor

berikut:

1.1 Kebanyakan Sekolah Kebangsaan tersebut terletak di kawasan Seri Medan dan

Parit Raja yang mengalami kekurangan ahli KGSK, tambahan pula permintaan

untuk mengisi keperluan guru ganti di kawasan tersebut sangat tinggi

terutamanya untuk menggantikan guru yang berkursus 14 Minggu Prasarjana

Muda KPM-OUM , PPSMI, Kursus Kelolaan Maktab, dan Guru Bersalin. Strategi

yang dilaksanakan untuk mengisi kekosongan ini adalah dengan kempen

menambah ahli di kawasan tersebut terutamanya dikalangan pesara guru dan

bekas GSTT sekurang-kurangnya 1 tahun dan dengan menggerakkan guru KGSK

yang telah tamat di sekolah yang berhampiran. Kebanyakan ahli KGSK di luar

kawasan tersebut keberatan mengajar di situ atas faktor jarak dan kos; dan

jika mereka bersetuju sekalipun akan menimbulkan masalah seperti kelewatan

menghadirkan diri ke sekolah dan sebagainya.

1.2 Kekurangan ahli KGSK yang pernah berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina untuk ditempatkan di SJKC malahan jika ada sekalipun ada dikalangan

mereka yang tidak sanggup ditempatkan semula di sekolah tersebut atas alasan

beban tugas yang tinggi, menyebabkan kekosongan di SJKC tidak dapat

dipenuhi sepenuhnya. Terdapat juga bekas GSTT yang di serap ke KGSK menarik

diri untuk terus berkhidmat.

1.3 Kekurangan Ahli KGSK dalam opsyen tertentu terutamanya dalam Bahasa Cina

dan Matematik Tambahan menyebakan permintaan untuk opsyen tersebut tidak

dapat dipenuhi untuk ditempatkan di beberapa sekolah menengah.

Page 16: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

16

2. Terdapat pertanyaan dan kemuskilan mengenai status bekas GSTT yang diserap ke

KGSK yang telah dilantik oleh SJKC untuk mengisi kekurangan guru disekolah tersebut.

Walaubagaimanapun Surat perlantikan bekas GSTT yang diserapkan ke KGSK telah

dikeluarkan kepada 67 orang yang terlibat di mana 29 orang daripadanya telah

menerima surat lantikkan GSTT manakala bakinya 37 orang kekal sebagai ahli KGSK

dan berkhidmat di SJKC dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam surat

kuasa melantik dari Jabatan Pelajaran Johor ; JPNJ/SR/1290 bertarikh 25 Januari 2006

seperti berikut:

2.1 Mengisi kekosongan jawatan guru di SJKC.

2.2 Telah memenuhi kuota perlantikan GSTT yang dibenarkan.

2.3 Tempoh dibenarkan sehingga 17 November 2006 atau keperluan guru di SJKC

telah mencukupi mengikut mana yang lebih awal.

2.4 Telah mendaftar dan menjadi ahli KGSK.

2.5 Memenuhi syarat kelayakan.

2.6 Formula Bayaran Gaji harian dan ITKA mengikut Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 17 Tahun 2005.

3. Terdapat pertanyaan daripada ahli KGSK mengenai Bantuan Sara Hidup sama ada

mereka layak memperolehi atau tidak. Setelah semakan dan penelitian yang dibuat

kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005 dan keputusan

mesyuarat KGSK JPNJ pada 9 Oktober 2006 mereka tidak layak untuk menerima

Bantuan Sara Hidup tersebut.

4. Terdapat kecenderungan beberapa sekolah menyediakan baucer pembayaran gaji

hanya setelah guru KGSK tamat bertugas di sekolah tersebut yang menyebabkan

kelewatan mereka memperolehi gaji terutamanya bagi KGSK yang berkhidmat lebih

dari sebulan. Sepatutnya sekolah perlu menyediakannya awal agar mereka dapat

pembayaran gaji pada setiap bulan perkhidmatannya. Implikasinya waran peruntukan

kewangan telah ditarik balik pada bulan Jun akibat daripada kelesuan aktiviti

kewangan guru ganti KGSK. Walaubagaimanapun sekolah-sekolah ini telah dihubungi

dan diberi teguran agar menyegerakan urusan penyediaan dokumen pembayaran gaji

KGSK.

Page 17: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

17

5. Terdapat sekolah yang masih tidak mematuhi prosedur permohonan seperti tidak

menggunakan borang rasmi yang digunakan, gagal mengemukakan dokumen sokongan

serta maklumat dalam borang permohonan tidak dinyatakan dengan betul bagi

kelicinan proses permohonan. Walaubagaimanapun sekolah-sekolah ini telah dihubungi

terus melalui telefon untuk mendapatkan maklumat dan tindakan segera dari pihak

sekolah. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang lengkap terutamanya

dalam menghadapi batasan bilangan dan kesanggupan ahli KGSK untuk ditempatkan di

sekolah.

6. Sepanjang tahun 2006 pengurusan KGSK telah menerima 16 aduan tentang terdapatnya

kelewatan dalam pembayaran gaji. Hasil semakkan yang dibuat melalui e-SPKB

kebanyakannya telah berstatus 8 dan masalah yang timbul apabila berlakunya

perubahan nombor akaun BCB dari 12 ke 14 digit. Masalah ini telah dimaklumkan

kepada Unit Akaun dan tindakan susulan telah diambil. Walaubagaimanapun masih

terdapat juga sekolah yang lewat menghantar dokumen pembayaran sehingga 29

Disember 2006 yang tidak sepatutnya berlaku jika mereka mengikut prosedur yang

telah ditetapkan memandangkan sesi persekolahan tamat pada 17 November 2006.

8. Terdapat Ahli KGSK yang enggan ditempatkan di sekolah dengan memberikan berbagai

alasan terutamanya dalam kelewatan pembayaran gaji, hubungan dengan pihak

sekolah, tidak menguasai matapelajaran dan sebagainya. Keutamaan dalam pemilihan

ahli untuk ditempatkan di sekolah wajar diberikan kepada mereka yang tidak

bermasalah agar kelak tidak menimbulkan kerumitan pengurusan pihak sekolah.

9. Terdapat sekolah yang membatalkan permohonan permintaan guru ganti hanya selepas

guru ganti yang dilantik melapor diri ke sekolah. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya

berlaku jika pihak pengurusan sekolah peka tentang keperluan guru berdasarkan data

keperluan guru di sekolah mereka.

10. Terdapat juga sekolah yang melantik guru ganti KGSK tanpa mendapat kelulusan dari

PPD. Situasi seperti ini dikesan terutamanya apabila pihak sekolah tidak mempunyai

peruntukan kewangan yang cukup untuk membayar gaji mereka. Pihak Pejabat

Pelajaran Daerah tidak akan bertanggungjawab terhadap segala masalah yang akan

timbul baik dari segi kewangan atau masalah lain jika lantikkan guru ganti yang dibuat

tidak mengikut prosedur seperti yang telah ditetapkan.

Page 18: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

18

TINDAKAN SEKOLAH (PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007)

Permohonan Menjadi Ahli KGSK

1. Sekolah digalakkan mengiklankan khidmat guru ganti KGSK kepada kategori calon

ahli yang layak di kawasan komuniti setempat termasuk warga sekolah bagi

memastikan bekalan guru ganti sentiasa mencukupi.

2. Permohonan perlu menggunakan borang rasmi yang dibekalkan.

3. Bantu calon bagi melengkapkan borang untuk menjadi ahli KGSK.

4. Semua permohonan perlu disertakan dengan sijil ikhtisas, SPM atau STPM atau

Ijazah bagi calon pesara guru atau mereka yang pernah mendapat latihan

perguruan.

5. Bagi permohonan di kalangan calon yang pernah berkhidmat sebagai GSTT perlu

mengemukakan surat tawaran GSTT dan sijil SPM atau STPM atau Ijazah.

6. Bantu calon untuk mengemukakan permohonan melalui sekolah ke PPD.

Permintaan Guru Ganti KGSK

1. Sila Gunakan Borang Permintaan Guru Ganti KGSK yang disediakan.

2. Sila Gunakan satu borang bagi satu permintaan guru ganti.

3. Sila nyatakan butiran sekolah, bilangan guru kelas dan murid, butiran guru yang

bercuti atau tiada dengan lengkap dan jelas.

4. Pihak sekolah dilarang melantik guru ganti KGSK sebaliknya digalakkan dan boleh

mencadangkan ahli KGSK yang sesuai dengan opsyen yang diminta. Jika ada

cadangan sila tuliskan pada ruangan ’ Lain-lain hal yang hendak dimaklumkan’.

5. Sila lampirkan dokumen sokongan yang disahkan dan mengandungi butir-butir

ketiadaan guru dan tempoh seperti surat cuti, surat panggilan kursus dan

sebagainya.

6. Sila kemukakan permohonan dengan kadar segera setelah semua dokumen

sokongan diperolehi.

Page 19: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

19

Guru Ganti KGSK di Sekolah

1. Sila terima semua guru ganti KGSK yang telah dilantik pada hari pertama ia

melapor diri.

2. Serahkan surat tawaran dan borang setuju terima tawaran untuk ditandatangani

oleh guru ganti KGSK.

3. Sila maklumkan ke PPD jika terdapat sebarang kesulitan dan masalah yang timbul.

4. Rekodkan kehadiran dalam buku kehadiran sekolah dan borang kehadiran guru ganti

KGSK.

5. Tentukan matapelajaran dan kelas yang akan diajar dan serahkan buku persediaan

mengajar guru yang digantikan.

6. Sediakan Kew. 8 dalam 4 salinan seberapa segera dari guru ganti KGSK melapor diri

dan hantar ke Pegawai Khas KGSK PPD beserta salinan surat lantikan dan surat

setuju terima untuk semakan dan kelulusan. Pastikan butiran Kew 8 dibuat

berdasarkan contoh yang dibekalkan.

7. Sediakan dokumen pembayaran mengikut peraturan kewangan sebelum 25

haribulan pada setiap bulan dan hantar ke Unit Kewangan PPD (PTJ PPD) untuk

diproses.

8. Pastikan guru ganti KGSK menerima bayaran gaji pada setiap bulan (berikutnya)

sepanjang ia berkhidmat dan tidak digalakkan daripada mengumpul semua bayaran

pada bulan terakhir perkhidmatan kerana ia akan memberi implikasi kepada

peruntukan kewangan di samping memberi kesulitan kepada guru tersebut.

9. Sila hantar satu salinan rekod kehadiran guru ganti KGSK kepada Pegawai Khas

KGSK PPD bagi tujuan rekod perkhidmatan dalam fail peribadi ahli KGSK.

10. Pentadbiran sekolah dikehendaki membuat pemantauan prestasi guru ganti KGSK

berdasarkan borang prestasi yang dibekalkan secara bijaksana mengikut kesesuaian

masa. Laporan prestasi pemantauan ini akan diguna dalam pertimbangan

perlantikan guru ganti KGSK tersebut seterusnya.

11. Beri bantuan yang sewajarnya kepada guru ganti KGSK terutamanya yang berkaitan

dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: Panduan Pengurusan Guru Ganti Kgsk

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2007

Muka Surat http://www.geocities.com/kgskbp

20

BORANG KEPERLUAN

Semua borang keperluan pengurusan KGSK boleh dimuat turun melalui laman web

KGSKBP di http://www.geocities.com/kgskbp seperti berikut:

1. Borang permohonan menjadi ahli

2. Borang permohonan menjadi ahli melebihi umur 65 tahun

3. Borang permintaan guru ganti KGSK sekolah

4. Borang setuju terima tawaran penempatan guru ganti KGSK

5. Rekod kehadiran guru ganti KGSK

6. Panduan Proses Pembayaran elaun guru ganti KGSK

PENUTUP

Walaupun terdapat halangan dan cabaran dalam melaksanakan guru ganti, ia boleh

dianggap suatu yang bersifat sementara berbanding keperluan KGSK yang telah menunjukkan

peningkatan yang amat ketara dan amat membantu pihak sekolah untuk meneruskan proses

pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika ketiadaaan guru di sekolah. Guru KGSK

terutamanya pesara guru bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah ketiadaan

guru di sekolah bahkan menjadi sumber rujukkan guru di sekolah ia ditempatkan. Melihat dari

keperluan ini segala perubahan dan penambahbaikan perlulah menjurus kepada peningkatan

pengurusan KGSK yang lebih tersusun dan teratur disamping memastikan kualiti ahli KGSK

berada pada tahap yang cemerlang gabungan guru lama yang berpengalaman dan guru baru

yang bermotivasi tinggi. Adalah diharapkan dan apa yang lebih utama semoga penglibatan guru

ganti KGSK ini akan membantu mengangkat prestasi akademik sekolah pada tahap yang lebih

cemerlang.