panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional … · taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PANDUAN
PELAKSANAAN
MELINDUNGI
MASA
INSTRUKSIONAL
(MMI)
Bahagian di Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah, dan
Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 1 / 19
PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
(MMI) DI BAHAGIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH,
DAN SEKOLAH
1. LATAR BELAKANG
1.1 Panduan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ini adalah
untuk meningkatkan kesedaran Bahagian Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD), dan sekolah tentang pentingnya melindungi waktu
pembelajaran murid dalam bilik darjah di semua sekolah.
1.2 Panduan ini diharapkan dapat membantu Bahagian, JPN, PPD,
pemimpin sekolah, dan guru untuk memberi perhatian terhadap usaha
melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran
murid dapat ditingkatkan.
1.3 Bahagian, JPN, PPD, dan pihak pengurusan sekolah seharusnya
memastikan keberadaan guru di sekolah dan di dalam bilik darjah
ditingkatkan dan seterusnya memaksimumkan masa pengajaran guru.
1.4 MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional
dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah.
1.5 Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan keberhasilan
pembelajaran murid di sekolah.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 2 / 19
1.6 Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi
tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan,
memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics),
memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.
1.7 Di samping itu, guru perlu mendapat sokongan pemimpin dan komuniti
setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan
profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah demi meningkatkan
keberhasilan pembelajaran murid.
2. RASIONAL MMI
2.1 Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua
program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu,
KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi
mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan
pembelajaran murid.
2.2 MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di
sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan
keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan
yang kritis, kreatif dan inovatif.
2.3 Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan
tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid
meningkat.
2.4 Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi
Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 3 / 19
Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk
mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan
berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata
pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.
2.5 MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan
PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep
MMI difahami dengan jelas.
2.6 Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta
merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek
dan strategi jangka panjang.
2.7 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid,
guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian
oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru
berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa
proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.
2.8 Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan
beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI
disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan
semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru
mengajar dan murid belajar.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 4 / 19
3. KERANGKA KONSEP MMI
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
KEMBALI KEPADA YANG ASAS
Memaksimumkan Masa Instruksional
4. OBJEKTIF PELAKSANAAN MMI
4.1 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep
MMI.
4.2 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat
meningkatkan usaha bagi melindungi masa instruksional (protecting
instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan
pembelajaran murid.
4.3 Bahagian, JPN, dan PPD dapat menyebarluaskan konsep MMI di semua
sekolah di bawah pentadbiran masing-masing.
4.4 Memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic
learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah.
4.5 Memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau
guru ganti) dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan PdP dilaksanakan.
PEMIMPIN
INSTRUKSIONAL
GURU
MENGAJAR
MURID
BELAJAR

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 5 / 19
5. KEPENTINGAN MMI
5.1 Merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Visi – Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi – Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti
5.2 Memastikan masa instruksional murid di sekolah dilindungi.
5.3 Meningkatkan profesionalisme guru.
6. PERANAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) –
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP)
6.1 Menyediakan panduan pelaksanaan MMI yang jelas kepada Bahagian,
JPN, PPD, dan sekolah.
6.2 Menyediakan laporan program dan aktiviti yang melibatkan guru dan
murid seperti Lampiran A serta melaporkan status pelaksanaan MMI
dalam Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sebanyak enam kali dalam masa setahun.
.
6.3 Melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaan pelan
tindakan MMI di JPN.
Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.
Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.
6.4 Penjajaran semula dengan usaha penambahbaikan terhadap pelaksanaan
MMI di JPN.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 6 / 19
7. PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM
7.1 Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Latihan yang dilaksanakan perlu mengambil
kira kepentingan MMI dan memastikan pergerakan guru keluar dari
sekolah dapat diminimumkan.
7.2 Menyediakan laporan bulanan berkaitan dengan program yang
melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A dan menghantarnya
kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.
7.3 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada
laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.
8. PERANAN JPN
8.1 Urus setia MMI peringkat negeri.
8.2 Pemantauan terhadap semua PPD (kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya
pemantauan terus ke semua sekolah).
Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.
Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.
8.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat
Pengurusan Bulanan Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN.
8.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program
yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta
menghantar kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 7 / 19
8.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)
pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN B dihantar setiap
7hb. kepada urus setia SOP.
8.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada
laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.
9. PERANAN PPD
9.1 Urus setia MMI peringkat PPD.
9.2 Pemantauan terhadap semua sekolah.
Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.
Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.
9.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat
Pengurusan Bulanan PPD yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah.
9.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program
yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta
menghantar kepada urus setia MMI JPN pada setiap 5hb.
9.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)
pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN C dihantar setiap
5hb kepada urus setia JPN.
9.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada
laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 8 / 19
10. PERANAN SEKOLAH
10.1 Merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang tidak menjejaskan
PdP murid.
10.2 Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi).
10.3 Memastikan guru ganti memaksimumkan PdP dalam bilik darjah.
10.4 Memastikan PdP dilaksanakan secara optimum dengan menyediakan
Laporan Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah seperti di
LAMPIRAN E.
10.5 Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdP.
10.6 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program
yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta
menghantar kepada urus setia MMI PPD atau JPN (yang tiada PPD) pada
setiap 2hb.
10.7 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)
pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN D setiap 2hb
kepada urus setia MMI PPD.
10.8 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada
laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 9 / 19
11. PANDUAN UMUM SEKOLAH
11.1 Pemimpin Sekolah (Rujuk LAMPIRAN 1)
Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan
memastikan semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan
dengan berkesan.
Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi
ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum
kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdP).
Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard
Prestasi.
Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
secara school based bagi melindungi masa instruksional di
sekolah.
11.2 Kepimpinan Instruksional (Rujuk LAMPIRAN 2)
Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan
instruksional di sekolah.
Memastikan kualiti PdP di dalam bilik darjah berkesan.
11.3 Guru: Keberkesanan Guru Mengajar (Rujuk LAMPIRAN 3)
Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
Memastikan PdP berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.
Meningkatkan kompetensi guru.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 10 / 19
11.4 Murid Belajar (Rujuk LAMPIRAN 4)
Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdP
dengan berkesan di dalam bilik darjah.
Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid
mengikut potensi.
Meningkatkan keberhasilan murid.
12. RUMUSAN
12.1 Semua warga KPM seharusnya membudayakan MMI sepenuhnya
dengan menjadikannya sebagai panduan (Kembali Kepada Yang Asas :
Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar) bagi
mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan
Malaysia.
12.2 Pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah
perlu ditingkatkan ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di
samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran
berkesan. Semoga hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan
negara dapat dicapai khususnya berada dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2028.
12.3 Diharapkan MMI yang berkesan akan dapat dicapai apabila pihak
pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa
pembelajaran akademik (academic learning time) dalam kalangan murid
di semua sekolah.
12.4 Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan
sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 11 / 19
kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional
learning community (PLC) dan pembangunan profesionalisme guru
secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual.
12.5 Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing
dengan mengambil tindakan dan inisiatif dalam memastikan amalan
MMI dipraktiskan di sekolah. Ini sudah pasti dapat memberi sumbangan
yang bermakna kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 12 / 19
LAMPIRAN 1
Pentadbir : Pentadbiran/ Pengurusan Sekolah
Mengenalpasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan
semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan.
Melaksanakan pengagihan waktu PdP mengikut pekeliling dan buku
panduan sedia ada.
Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru dan ada
waktu senggang antara waktu PdP.
Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas dibuat dengan teliti.
Menyediakan jadual guru ganti yang yang adil untuk semua guru dan
berkesan.
Memantapkan penyediaan jadual waktu atau jadual ganti.
Penyediaan profil guru.
Rekod guru ganti yang sistematik.
Lelong waktu/jadual anjal/sistem set.
Penyediaan bilik transit/khas.
Kelas gabung yang signifikan.
Subjek & tahun/tingkatan setara.
Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru.
Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti.
Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan
Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar
meninggalkan bilik darjah (PdP).
Membina dan mematuhi jadual aktiviti kokurikulum sekolah di luar
waktu PdP.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 13 / 19
Merancang takwim yang lengkap untuk semua aktiviti kokurikulum bagi
melindungi masa intruksional.
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum hendaklah seiring/ mengambil kira
kandungan kurikulum.
Mengadakan kursus dan bengkel pelaksanaan aktiviti kokurikulm
seboleh-bolehnya tidak melibatkan masa PdP.
Pemantauan yang berkala dan sistematik.
Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.
Pengetua/Guru Besar dan guru mematuhi pelan pelaksanaan PBS.
Pencerapan klinikal oleh pentadbir sekolah.
Tiada pengasingan antara pentaksiran dengan PdP yang berlangsung.
Memastikan pelaksanaan LDP secara school based bagi melindungi masa
instruksional di sekolah.
Kerjaya secara in-situ di sekolah.
Kursus secara e-Pembelajaran di luar waktu sekolah.
Melaksanakan pengoperasian LDP secara School Based.
Permohonan dan pelaporan kursus melalui sistem online –
(e-SPLG).
Pemantauan LDP secara berkesan.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 14 / 19
LAMPIRAN 2
Kepimpinan Instruksional
Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di
sekolah.
Latihan Kepimpinan Instruksional kepada pemimpin sekolah (Pengetua
dan Pemimpin Pertengahan).
Perkongsian amalan terbaik PdP.
CPD untuk mempertingkatkan kualiti PdP guru.
Membangun kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
sahsiah.
Mengenal pasti gangguan instruksional di sekolah
Membangunkan atau menggunakan Modul Latihan Kepimpinan
Instruksional yang standard.
Pemantauan pelaksanaan MMI di sekolah.
Instrumen pemantauan.
Latihan untuk memotivasi guru.
Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah
berkesan.
Mewujudkan budaya kepimpinan yang fleksibel dan berkesan.
Memperkasakan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) dan
Pengurusan Panitia Sekolah.
Membudayakan Kepimpinan Melalui Teladan.
Amalkan SOP (Standard Operational Procedure).
Kursus Kepimpinan Instruksional.
Sentiasa merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan.
Program Penanda arasan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 15 / 19
Program Immersion.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 16 / 19
LAMPIRAN 3
Guru: Keberkesanan Guru Mengajar
Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
Memantapkan rancangan dan persediaan PdP mengikut tahap murid.
Melaksanakan PdP seperti dirancang dengan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi.
Penilaian berterusan dilaksanakan semasa PdP.
Perkongsian amalan terbaik PdP.
Mengamalkan team teaching/ collaborative teaching.
Pendekatan Lesson Study.
Membudayakan inovasi dan kreativiti.
Mempelbagaikan kemahiran generik mengikut tahap murid.
Memantapkan refleksi kendiri guru.
Memastikan PdP berkesan berdasarkan teknologi dan inovasi.
Menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.
Melaksanakan i-THINK – Alatan berfikir dalam PdP.
Penggunaan ICT sebagai medium mengajar.
Pelaksanaan secara menyeluruh PLC – LESSON STUDY.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid.
Menyediakan ekosistem Learning is fun.
Peningkatan kemahiran guru (Latihan dalam perkhidmatan) berasaskan
sekolah (School Based).

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 17 / 19
Meningkatkan kompetensi guru.
Mempertingkatkan latihan keguruan untuk mencapai tahap kompetensi
dan standard yang ditetapkan.
Guru mengajar subjek mengikut opsyen.
Kursus Kompetensi dan Kursus Pedogogi.
Program Guru Muda / Program Pembangunan Guru Baharu (Mentor-
Mentee).
Ujian Pengesanan Tahap Kompetensi Guru.
Sistem pemantauan.
Rekod guru bercuti / akan bercuti.
Bimbingan Rakan Guru (pengajaran secara berpasangan).

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 18 / 19
LAMPIRAN 4
Murid Belajar
Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan berkesan di dalam bilik darjah.
Pemantauan status kehadiran guru.
Pencerapan PdP.
Menjalankan pemerhatian mengejut (MBWA).
Autoriti .
Modul pembelajaran.
Modul untuk guru ganti.
Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.
Audit akademik.
Post Mortem.
Coaching and Mentoring.
Menggunakan kepakaran SIPartner dan SISC+.
Bengkel pemantapan headcount.
Meningkatkan keberhasilan murid.
Membudayakan Pembelajaran Akses Kendiri - Self Acces Learning
(SAL).
Mengadakan stesen pembelajaran di setiap sekolah.
Kaedah yang sistematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira.
Mengupayakan bakat dan potensi diri murid secara optimum.

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Muka Surat 19 / 19
Pembelajaran di luar bilik darjah. Contoh- Penggunaan bilik-bilik khas /
makmal / persekitaran sekolah.
Guru Penyayang / Sekolah Penyayang.
Memperkasakan dan meningkatkan keberkesanan:
- Program Nilam.
- Data SAPS.
- Koakademik / Kelab dan Persatuan.
- Naik taraf bilik-bilik khas dengan kemudahan dan
kelengkapan PdP yang menarik.
- Pengiktirafan dan ganjaran atas potensi murid.

LAMPIRAN A
LAPORAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
Bil Program/ Aktiviti Bahagian/
JPN/ PPD
Tarikh dan
Masa
Penglibatan
Catatan Bil. Guru Bil. Murid
1.
Contoh :
LDP
BPG
12 – 13
Januari
20 orang
10 orang
LDP dilaksanakan pada hujung
minggu
2.
Contoh :
LDP
PPD
14 – 15
Januari
20 orang
-
LDP telah dilaksanakan dalam waktu
PdP.
*Diisi oleh Bahagian/JPN/PPD/Sekolah setiap bulan dan dihantar kepada urus setia diperingkat masing-masing.

LAMPIRAN B
LAPORAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
JPN : …………………………………………………….
Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh
Pelaksanaan
KPI
Isu Penyelesaian
Seterusnya
JPN
Sebelum
(TOV)
Selepas
(Capai)
1.
Contoh :
Membangun kapasiti
Kepimpinan
Instruksional (KI).
Latihan
Kepimpinan
Instruksional
kepada pemimpin
sekolah (Pengetua
dan Pemimpin
Pertengahan).
31 Mac
2013
13 orang
pemimpin
instruksional
baharu
sekolah
belum
terima
latihan
8 orang
telah terima
latihan
Pemimpin sekolah
tidak dapat
melestarikan amalan
kepimpinan
instruksional di
sekolah.
Membangunkan atau
menggunakan Modul
Latihan KI yang
standard
*Diisi oleh JPN dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pejabat TKPPM SOP)

LAMPIRAN C
LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
PPD : …………………………………………………………….
Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh
Pelaksanaan
KPI
Isu Penyelesaian
Seterusnya
JPN
Sebelum
(TOV)
Selepas
(Capai)
1.
Contoh :
Membangun kapasiti
Kepimpinan
Instruksional (KI).
Latihan
Kepimpinan
Instruksional
kepada pemimpin
sekolah (Pengetua
dan Pemimpin
Pertengahan).
31 Mac
2013
13 orang
pemimpin
instruksional
baharu
sekolah
belum
terima
latihan
8 orang
telah terima
latihan
Pemimpin sekolah
tidak dapat
melestarikan amalan
kepimpinan
instruksional di
sekolah.
Membangunkan atau
menggunakan Modul
Latihan KI yang
standard
*Diisi oleh PPD dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pegawai meja MMI di JPN)

LAMPIRAN D
LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
SEKOLAH : ……………………………………………….
Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh
Pelaksanaan
KPI
Isu Penyelesaian
Seterusnya
JPN
Sebelum
(TOV)
Selepas
(Capai)
1.
Contoh :
Penyediaan Jadual
Waktu
Menyediakan jadual
guru ganti yang adil
untuk semua guru
dan berkesan
31
Disember
2012
50% guru
ganti tidak
menjalan
PdP
100%
menjalankan
PdP
Guru ganti kurang
berkesan menjalankan
PdP.
Lelong waktu/jadual
anjal/sistem set.
*Diisi oleh sekolah dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pegawai meja MMI di PPD atau JPN bagi sekolah yang tiada PPD)

LAMPIRAN E
LAPORAN KEBERADAAN GURU DALAM BILIK DARJAH
Tarikh 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
TAHUN / TINGKATAN : ……………………… SEKOLAH : ………………………………………………………………….
Waktu
Guru Mata
Pelajaran
(Tandatangan)
Guru Ganti
(Tandatangan)
Catatan
(Nama Guru Tidak
Masuk Kelas)
Waktu
Guru Mata
Pelajaran
(Tandatangan)
Guru Ganti
(Tandatangan)
Catatan
(Nama Guru Tidak
Masuk Kelas)
1 7
2 8
3 9
4 10
5 11
6 12
RUMUSAN Kehadiran Guru Mata Pelajaran Sebab Tidak Hadir
………/……… = …….... %

SEGALA MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERKARA INI BOLEH
DIRUJUK KEPADA PEGAWAI MEJA MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
URUS SETIA INDUK
Dr. Jafri bin Abu
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Tel : 03-88849344
E-mel : [email protected]
Abrar bin Idris
Bahagian Pendidikan Islam
Tel : 03-83217371
E-mel : [email protected]
Anuar Adnan bin Ismail
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Tel : 03-83217538
E-mel : [email protected]
Rose Lina binti Ismail
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tel : 03-88845165
E-mel : [email protected]
Mohd Saifulnizal bin Sabian
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tel : 03-88845069
E-mel : [email protected]
Ahmad Faris bin Johan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Tel : 03-88849344
E-mel : [email protected]