panduan penghantaran manuskrip novel

4
PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP Anda yang berminat untuk menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Blue-T Publication seperti berikut: PENULISAN NOVEL REMAJA / DEWASA 1. Tebal manuskrip antara 150 – 200 saiz A4. 25 000 - 30 000 patah perkataan. Jaraknya double spacing. 2. Saiz font 12 dan gunakan Times New Roman. 4. Sertakan sinopsis cerita, 2 bab pertama, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi. Ini bagi tujuan untuk menilai konsep dan idea penulisan. (Setelah persetujuan dilakukan oleh pihak editor, penulis boleh emailkan manuskrip penuh kepada Blue-T Publication atau menghantar manuskrip melalui pos. 5. Manuskrip ini hendaklah di emailkan kepada editor terlibat (dianadzul @blue-t.com.my ) 6. Setiap manuskrip yang sampai ke Blue-T Publication akan dimaklumkan kepada penulis. Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami. 7. Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat minggu. 8. Setiap karya akan dinilai daripada aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita. 9. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu

Upload: ahmad-syakirin

Post on 13-Aug-2015

90 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

panduan untuk penulis

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Penghantaran Manuskrip Novel

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP 

Anda yang berminat untuk menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Blue-T Publication seperti berikut: PENULISAN NOVEL REMAJA / DEWASA

1. Tebal manuskrip antara 150 – 200 saiz A4. 25 000 - 30 000 patah perkataan. Jaraknya double spacing.

 2. Saiz font 12 dan gunakan Times New Roman.

 4. Sertakan sinopsis cerita, 2 bab pertama, nama penuh, alamat, nombor

telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi. Ini bagi tujuan untuk menilai konsep dan idea penulisan. (Setelah persetujuan dilakukan oleh pihak editor, penulis boleh emailkan manuskrip penuh kepada Blue-T Publication atau menghantar manuskrip melalui pos.

 5. Manuskrip ini hendaklah di emailkan kepada editor terlibat

(dianadzul @blue-t.com.my )

6.  Setiap manuskrip yang sampai ke Blue-T Publication akan dimaklumkan kepada penulis. Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.

 7.       Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat minggu. 8. Setiap karya akan dinilai daripada aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan  (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita. 

 9. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan). 10. Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan/pemantapan yang telah dilakukan, penulis dikehendaki menghantar CD atau emel kepada kami manuskrip tersebut untuk proses penyuntingan.   

Page 2: Panduan Penghantaran Manuskrip Novel

PENULISAN NOVEL KANAK-KANAK :

Terdapat 3 Pembahagian Novel Kanak-Kanak:

1) NOVEL MOTIVASI ANA MUSLIM

Menyelami kisah suka duka kehidupan kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik dalam diri seperti rasa rendah diri, malu, sedih, kecewa dan pelbagai gangguan emosi. Menerusi cerita yang disampaikan, pembaca diharap dapat menjadikannya sebagai pencetus semangat dan dorongan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.

2) NOVEL TELADAN ANA MUSLIM

Menyelami sikap negatif kanak-kanak yang suka memberontak, malas, degil, sombong, cemburu, pentingkan diri dan pelbagai lagi sikap buruk yang membawa kepada sesuatu kejadian atau peristiwa buruk kepada dirinya sebagai pengajaran untuk memberi keinsafan kepada dirinya.

1) Sasaran pembaca : Kanak-kanak berusia 11- 14 tahun.2) Jumlah patah perkataan : 10 000 patah perkataan = 45 muka surat3) Format bebas3) Konsep 1 Malaysia adalah digalakkan.4) Sertakan sinopsis dan 2 bab pertama terlebih dahulu untuk penilaian supaya jalan cerita tidak sama dengan cerita yang telah diterbitkan sebelum ini. 5) Penulis dikehendaki meletakkan 10 bab kecil beserta tajuk.

3) NOVEL ISLAMI ANA MUSLIM

Menyelami kehidupan kanak-kanak yang berada di dalam dilema dan persoalan tentang kehidupan yang dilalui. Bersandarkan kepada ajaran Islam dan pengukuhan agama membuatkan kanak-kanak tersebut masih kuat dan teguh berhadapan dengan dugaan hidup.

1) Sasaran pembaca : Kanak-kanak berusia 11-14 tahun2) Jumlah patah perkataan : 12 000 patah perkataan = 55 muka surat3) Format bebas4) Masukkan hadis dan kata-kata motivasi di dalam teks dan dialog5) Sertakan sinopsis dan 2 bab pertama terlebih dahulu untuk penilaian supaya

jalan cerita tidak sama dengan cerita yang telah diterbitkan sebelum ini.6) Penulis dikehendaki meletakkan 10 bab kecil beserta tajuk.

Page 3: Panduan Penghantaran Manuskrip Novel

Penghantaran manuskrip melalui pos hendaklah dialamatkan kepada: 

Blue-T Publication Sdn BhdKetua Editor,12 Jalan 3/4C Desa Melawati,53100 Kuala Lumpur.

terbit buku

[email protected]

Syarikat saya tak lah besar tapi alhamdulillah dalam masa lebih kurang 3 tahun sudah nampak kemajuan dalam penerbitan buku kanak-kanak. Saya juga bersedia untuk bekerjasama bagi penulis yang ingin menerbitkan tulisan mereka.([email protected])