panduan penggunaan kit pengajaran bahasa melayu

Upload: budak-kampung

Post on 29-May-2018

331 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    1/7

    Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    Pengenalan

    Kit ini dibina berdasarkan dua kemahiran iaitu pra bacaan dan membaca. Tema

    yang digunakan dalam kit ini adalah warna. Kemahiran membaca yang ditekankan

    dalam penggunaan kit ini adalah membatangkan suku kata dan menyebut perkataan

    berasaskan warna. Di dalam huraian seterusnya akan diterangkan cara penggunaan kit

    pengajaran ini.

    Prosedur penggunaan

    Langkah 1

    Guru menunjukkan kad berwarna kepada para pelajar. Sebagai contoh, guru

    menunjukkan kad berwarna biru kepada pelajar dan menyebut biru secara

    berulang kali.

    Penekanan diberi ketika guru menyebut biru. Sebutan dan intonansi suara

    hendaklah jelas dan terang.

    Kad Berwarna (Biru)

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    2/7

    Langkah 2

    Seterusnya guru mengeluarkan kad perkataan dan menunjukkan kepada para

    pelajar

    Guru menyebut dan mengajar pelajar mengeja perkataan.

    Sebagai contoh guru menunjukkan pelajar kad perkataan biru seterusnya

    mengajar murid-murid mengejanya.

    Suku kata biru diwarnakan dengan warna yang berlainan bagi menampakkan

    bahawa terdapat 2 suku kata dalam perkataan biru.

    Kad Perkataan (Biru)

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    3/7

    Langkah 3

    Guru menggunakan kad bingkai dan melekatkan kat berwarna dan kad

    perkataan di atas kad bingkai tersebut,

    Guru melekatkan kad bingkai tadi di papan putih dan menunjukkan kepada para

    pelajar.

    Kemudian guru mengajar murid mengeja lagi berpandukan kad bingkai dalam

    rajah di bawah.

    Kad bingkai yang telah siap dilekatkan kadberwarna dan kad perkataan.

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    4/7

    Langkah 4

    Aktiviti pengukuhan dilakukan. Guru mencabut kat perkataan dan

    menggantikannya dengan kad suku kata.

    Pelajar dikehendaki mengisi suku kata yang tertinggal dengan memilih kad suku

    kata yang diselerakkan kemudian melekatkannya di tempat yang sepatutnya.

    Rujuk gambar di bawah.

    Kad suku kata dilekatkan (1 suku katasahaja)

    Contoh kad suku kata yang telahdicantumkan oleh pelajar.

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    5/7

    Langkah 5

    Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan warna yang lain.

    Cantumkan kesemua kad bingkai dan menggantungkanya di papan putih (Rujuk

    rajah di bawah).

    Mengulangi semula mengeja semua warna dan membatangkan suku kata

    perkataan warna secara keseluruhan.

    Menampal kad berwarna sahaja di atas kad bingkai dan menyuruh pelajar

    mengambil suku kata yang betul kemudian menampalnya di atas kad bingkai.

    (Rujuk rajah di bawah).

    Rantaian keseluruhan Mencabut kad perkataan

    Kad suku kata yang telahdisusunkan secara rawak

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    6/7

    Penutup

    Setelah siap mengajar mengikut kesemua langkah yang ditetapkan, guru boleh

    memberi sedikit aktiviti pengukuhan kepada para pelajar. Guru juga boleh

    menggunakan idea kreativiti sendiri untuk mengajar menggunakan kit pengajaran ini.

  • 8/9/2019 Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

    7/7

    Aktiviti Pengukuhan (contoh lembaran kerja)

    Padankan perkataan mengikut warna yang betul.

    HITAM

    BIRU

    PUTIH

    HIJAU

    MERAH