panduan pendaftaran kolej genius insan ......cawangan bimb. saudara/i hendaklah mengisi butiran pada...

29
PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2021 DISEDIAKAN OLEH: KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Dikemaskini sehingga 31 Disember 2020

Upload: others

Post on 31-Jan-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN

    UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    SESI AKADEMIK 2021

    DISEDIAKAN OLEH:

    KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    Dikemaskini sehingga 31 Disember 2020

  • 2

    Kandungan:

    1. PENDAHULUAN

    2. SYARAT-SYARAT TAWARAN

    3. DOKUMEN DAN PROSES PENDAFTARAN

    4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

    5. PANDUAN MEMBAYAR YURAN

    6. STRUKTUR YURAN

    7. BIASISWA/PINJAMAN

    8. LAMPIRAN 8.1 TAKWIM AKADEMIK 8.2 PANDUAN MEMBAYAR YURAN 8.3 STRUKTUR YURAN 8.4 SENARAI BARANG KEPERLUAN 8.5 YURAN PERKHIDMATAN DOBI 8.6 BAYARAN UNIFORM SEKOLAH 8.7 TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR 8.8 KEPERLUAN KHAS

  • 3

    1. PENDAHULUAN

    Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian di Kolej GENIUS Insan, USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai murid Kolej GENIUS Insan, USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi murid terbilang dan seimbang dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang tinggi dengan nilai penghayatan Islam.

    2. SYARAT-SYARAT TAWARAN

    2.1 Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran

    Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i. 2.2 Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    (a) Telah melepasi ujian UKM1, UKM2 dan USIM1. (b) Lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar,

    termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada menggunakan Borang KGI 03 Laportan Kesihatan Pelajar dan KGI 07 Borang Pemeriksaan Kesihatan.

    (c) Menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran

    kemasukan ini.

    2.3 Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i tidak

    mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa alasan yang kukuh dan bersebab.

    2.4 Sepanjang tempoh pengajian:

    (a) Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Pelajaran, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dan peraturan Kolej GENIUS Insan dari semasa ke semasa;

    (b) Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik Kolej GENIUS Insan dan USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua;

    (c) Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan

    pentadbiran Kolej GENIUS Insan dan USIM;

  • 4

    (d) Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan Kolej GENIUS Insan dan USIM seperti ponteng kelas, aktiviti rasmi dan seumpamanya;

    (e) Saudara/i hendaklah bekerjasama dan patuh kepada peraturan-peraturan

    asrama Kolej Kediaman; (f) Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua

    kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Kolej GENIUS Insan USIM untuk saudara/i; dan

    (g) Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan

    kepada saudara/i oleh USIM.

    2.5 Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus.

    2.6 Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti

    dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Pelajar yang tidak hadir mendaftar pada tarikh yang ditetapkan atau dalam tempoh yang dibenarkan (melalui surat kelulusan penggantungan pendaftaran oleh USIM) akan digugurkan status Pendaftaran Sementara dan dianggap menolak tawaran. Pelajar perlu memohon untuk menarik diri dari Universiti dan sebahagian bayaran yang telah dijelaskan (jika ada) akan dikembalikan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan.

    2.7 USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila

    masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan kemasukan tidak benar.

    3. DOKUMEN DAN PROSES PENDAFTARAN 3.1 Pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2020 dimulakan dengan pada

    17 Februari 2021 (Rabu) di Kolej GENIUS Insan. 3.2 Sistem eTasjil (Sistem Semakan dan Pendaftaran) akan di buka dalam dua (2)

    Fasa.

    Fasa Aktiviti Tempoh

    Fasa I

    (a) Semakan maklumat tawaran dan

    panduan pendaftaran (b) Pengesahan Setuju Terima Tawaran (c) Pengemaskinian maklumat peribadi (d) Muat naik gambar untuk Kad Pelajar (e) Pengisian maklumat bayaran (f) Memuat turun dan mengisi borang:

    (i) KGI 03 (ii) KGI 04 (iii) KGI 05

    29 Disember 2020 hingga 17 Januari

    2021 (20 hari)

  • 5

    (iv) KGI 06 (v) KGI 07 (vi) KGI ASR 01 dan, (vii) Borang Permohonan DLP

    Fasa II

    (a) Pendaftaran Kolej (b) Cetakan Slip Pendaftaran

    17 Februari 2021

    3.3 Selaras dengan pelaksanaan pendaftaran secara atas talian ini, murid yang telah membuat Pengesahan Setuju Terima Tawaran telah dianggap sah sebagai murid Kolej GENIUS Insan, USIM mulai 17 Januari 2021.

    3.4 Takwim Akademik Sesi Akademik 2021 adalah seperti di Lampiran 1.

    4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

    4.1 Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.

    4.2 Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang KGI 07 Borang Periksaan

    Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan. 4.3 Saudara/i hendaklah memuat turun dan mendapatkan kebenaran rawatan dan

    pembedahan pergigian dengan mengisi Borang KGI 05 Kebenaran Rawatan dan Pembedahan Pergigian.

    4.4 Saudara/i hendaklah memuat turun dan mendapatkan kebenaran rawatan

    dengan mengisi Borang KGI 06 Kebenaran Mendapatkan Rawatan. 4.5 Borang ini hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.

    5. PANDUAN MEMBAYAR YURAN

    5.1 Bayaran yuran hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran melalui mana–

    mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). 5.2 Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah penuh berdasarkan

    program pengajian yang ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kemasukan dan pembayaran boleh dibuat mulai 11 Januari 2021.

    5.3 Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i boleh menggunakan cara-cara

    berikut: (a) Bayaran di kaunter Bank Islam (Bill payment) (b) Transaksi ATM Bank Islam

  • 6

    (c) Penggunaan Sistem Mypayment (Online Banking) (d) Pembayaran Melalui “Bank Islam Internet Banking” (Bill Presentment)

    5.4 Sila baca dan fahami Panduan Membayar Yuran di Lampiran 2 bagi setiap

    kaedah-kaedah pembayaran di atas sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan sebarang masalah.

    5.5 Sila simpan bukti pembayaran untuk rujukan saudara/i semasa

    pendaftaran. 5.6 Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh

    menyebabkan saudara/i dianggap belum menjelaskan yuran pendaftaran. 5.7 Selepas pembayaran dibuat, saudara/i perlu mengisi dan mengesahkan

    maklumat pembayaran dalam http://etasjil.usim.edu.my. 6. STRUKTUR YURAN

    Struktur yuran adalah seperti di Lampiran 3.

    7. BIASISWA/PINJAMAN

    7.1 Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman seperti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau agensi swasta.

    7.2 Iklan berkaitan tawaran biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui

    akhbar–akhbar utama di Malaysia. Saudara/i hendaklah sentiasa peka dengan pelawaan tawaran yang dikeluarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman dari semasa ke semasa.

    http://etasjil.usim.edu.my/

  • 7

    LAMPIRAN 1

    TAKWIM AKADEMIK

  • 8

    TAKWIM AKADEMIK

    KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    SESI AKADEMIK 2021

    ASAS 1

    AKTIVITI SEMESTER I

    * TARIKH TEMPOH

    Pendaftaran Pelajar Baharu

    17 Februari 2021 1 Hari

    Bulan Ta’aruf Pelajar Baharu 17 Februari – 14 Mac 2021 27 Hari

    Perkuliahan 15 Mac -26 Mac 2021 6 Minggu

    Cuti Pertengahan Semester I 27 Mac - 4 April 2021 1 Minggu

    Perkuliahan 5 April - 30 April 2021 4 Minggu

    Peperiksaan 2 Mei - 28 Mei 2021 4 Minggu

    Cuti Semester I 29 Mei – 13 Jun 2021 18 Hari

    AKTIVITI SEMESTER II

    * TARIKH TEMPOH

    Perkuliahan 14 Jun – 10 September 2021 13 Minggu

    Cuti Pertengahan Semester II 11 September – 19 September 2021 1 Minggu

    Perkuliahan 20 September – 12 November 2021 8 Minggu

    Cuti Ulangkaji 13 November – 21 November 2021 1 Minggu

    Peperiksaan 22 November – 10 Disember 2021 3 Minggu

    Cuti Semester II 11 Disember -31 Disember 2021 3 Minggu

    * Tertakluk kepada pindaan

    diluluskan oleh Senat Universiti Khas Bil. 1/2012 pada 15 Februari 2012

  • 9

    LAMPIRAN 2

    PANDUAN MEMBAYAR YURAN

  • 10

    KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

    1) BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM (BILL PAYMENT)

    i. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat

    ii. Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 115xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM,

    nombor akaun BIMB 05058010021488.

    2) PENGGUNAAN ATM BANK ISLAM

    i. Pilih menu lain-lain

    ii. Pilih pembayaran bil & yuran IPT

    iii. Pilih Yuran IPT

    iv. Pilih akaun pembayar ( akaun yang akan didebitkan )

    v. Masukkan No.kad pengenalan pelajar

    vi. Pilih No. Bil yang ingin dibayar. Pilih No.bil berdasarkan No. matrik pelajar: Contoh - Ijazah Sarjana Muda ( 1090988xxxxx ) Siswazah - Sarjana ( 3090145xxxxx ) Siswazah - Dokor Falsafah ( 4090144xxxxx ) Tamhidi ( 9090225xxxxx)

    Kolej GENIUS Insan (Junior Certificate) – (A21xxxx)

    vii. Masukkan amaun yang hendak dibayar. (Jumlah sebenar seperti dalam Surat

    Tawaran Kemasukan)

    viii. Tekan teruskan dan dapatkan resit untuk simpanan dan rujukan

    3) PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MYPAYMENT

    i. Sebelum menggunakan sistem ini, pengguna perlulah berdaftar dengan perbankan internet terlebih dahulu.

    ii. Klik pada menu “Finance” dan paparan “My Payment” dan “My Ledger”

  • 11

    iii. Klik menu “My Ledger” dan paparan seperti di bawah:

    iv. Klik pada menu “My Payment” untuk membuat bayaran yuran. Sila ikut langkah seterusnya.

    4) PEMBAYARAN MELALUI 'BANK ISLAM INTERNET BANKING (BILL

    PRESENTMENT)

    i. Layari www.bankislam.com.my

    ii. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan “OK” pada “Security Alerts”

    iii. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem perbankan internet Bank Islam

    iv. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”

    v. Pilih universiti pada bahagian senarai universiti

    vi. Masukkan no kad pengenalan pada ruang kad pengenalan dan klik “Next”

    vii. Senarai bill akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “Pay”

    viii. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “Source Account” yang hendak di debitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik “Pay”

    ix. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.

    x. Klik “Comfirm” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya

    xi. Skrin berikutnya akan menunjukan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

    UNTUK SEBARANG MASALAH BERKAITAN PEMBAYARAN YURAN, SILA HUBUNGI:

    Puan Irhani Ismail / Puan Noor Latifah Hanim Said

    06-7980115 / 80116

  • 12

    LAMPIRAN 3

    STRUKTUR YURAN

  • 13

    STRUKTUR YURAN PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ GENIUS INSAN

    (A) BAYARAN SETIAP TAHUN

    B40 & M40 T20

    Yuran Pendaftaran (bayaran sekali

    sahaja sepanjang tempoh pengajian)

    Kebajikan 30.00 30.00

    Kad Matrik 10.00 10.00

    Program Penyesuaian Diri / Orientasi 50.00 50.00

    Pengijazahan (Graduasi) 100.00 100.00

    Jumlah Yuran Pendaftaran 190.00 190.00

    Yuran Asrama / Penginapan

    (bayaran berulang setiap tahun)

    - Yuran makan ( RM 3.00 sehari X 10 bulan [300 hari]) 900.00 900.00

    - Utiliti 200.00 200.00

    - Aktiviti Asrama - 100.00

    Jumlah Yuran Asrama 1,100.00 1,200.00

    Yuran Pengajian (bayaran berulang

    setiap tahun)

    Buletin Tahunan 20.00 20.00

    Ujian Dalaman 30.00 30.00

    Jumlah Yuran Pengajian 50.00 50.00

    Yuran Kemudahan & Perkhidmatan

    (bayaran berulang setiap tahun)

    Perpustakaan 100.00 100.00

    Kokurikulum dan Sukan 40.00 40.00

    Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar 100.00 100.00

    Insurans 10.00 10.00

    Bayaran Komputer / ICT - 50.00

    Makmal - 100.00

    Pengangkutan 50.00 50.00

    Jumlah Yuran Kemudahan &Perkhidmatan 300.00 450.00

    Yuran Aktiviti Pelajar

    (bayaran berulang setiap tahun)

    Bayaran Badan Wakil Pelajar 10.00 10.00

    Sumbangan Asas (Bantuan tiket, rawatan) - 30.00

    Kecemerlangan Akademik / Pengayaan - 100.00

    Pembangunan Sahsiah & Fardhu Ain 10.00 10.00

    Yuran Aktiviti Pelajar 20.00 150.00

    YURAN TAHUN PERTAMA 1,660.00 2,040.00

    YURAN TAHUNAN 1,470.00 1,850.00

  • 14

    TAHUN PENGAJIAN JUMLAH CAJ YURAN

    B40 & M40 T20

    TAHUN PERTAMA (ASAS 1 & TAHAP 1) RM 1,660.00 RM 2,040.00

    ASAS 2 – TAHAP 1 RM 1,470.00 RM 1,850.00

  • LAMPIRAN 4

    SENARAI BARANG KEPERLUAN

  • 16

    SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

    KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    LELAKI

    BIL ITEM KUANTITI TANDAKAN

    ( )

    PAKAIAN SEKOLAH

    1 Kemeja Putih Lengan Panjang 1 Helai

    2 Kemeja berwarna bebas lengan panjang 1 Helai

    3 Tali leher bercorak/tidak bercorak 1 Unit

    4 Seluar Slack Hitam Panjang 2 Helai

    5 Kasut Kulit Hitam Bertali 1 Pasang

    6 Stokin Hitam 3 Pasang

    7 Songkok Hitam 1 Unit

    8 Tali Pinggang Hitam 1 Unit

    9 Singlet Putih 3 Helai

    10 Kasut Sukan 1 Pasang

    11 Seluar Trek Hitam/ Biru Gelap 2 Helai

    12 Tshirt Putih Berkolar Lengan Pendek 2 Helai

    PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN/KELAS AL-QURAN MALAM/ RIADAH/SOLAT

    13 Seluar Hitam Panjang (Jeans tidak dibenarkan) 2 Helai

    14 Baju Melayu Lengkap 2 Pasang

    15 Tshirt Berkolar 2 Helai

    16 Seluar Trek 2 Helai

    17 Sandal 1 Pasang

    18 Kopiah 1 Unit

    19 Jubah 2 Pasang

    BARANG-BARANG KEPERLUAN

    20 Baldi 1 Unit

    21 Cadar (bercorak atau tidak bercorak warna bebas) 2 Helai

    22 Sarung Bantal 2 Helai

    23 Selimut 1 Helai

    24 Peralatan Kebersihan Diri (Tuala, Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Dll)

    Secukupnya

    25 Peralatan Kekemasan Diri (Pencuci muka, Sikat Rambut, Gel Rambut, Deodoran, Dll)

    Secukupnya

    26 Peralatan Membasuh (Sabun Basuh, Berus Basuh) Secukupnya

    27 Peralatan Belajar (Alat Tulis, Dll) Secukupnya

    28 Pakaian Dalam Secukupnya

    29 Selipar Mandi 1 Pasang

    30 Penyepit Baju Dan Penyangkut Baju Secukupnya

  • 17

    BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN

    31 Seluar Panjang Secukupnya

    32 Kain Pelikat 1 Helai

    33 Seluar Trek Tambahan Secukupnya

    34 Tshirt tidak berkolar Secukupnya

    35 Pakaian Tidur (Menutup Aurat) Secukupnya

    36 Al Quran Terjemahan Rasm Uthmani 1 Buah

    37 Yasin Dan Mathurat 1 Buah

    38 Sejadah 1 Helai

    39 Thermos Dan Mug Mengikut keperluan

    40 Sudu Dan Garfu Mengikut keperluan

    PEREMPUAN

    BIL. ITEM KUANTITI TANDAKAN

    ( )

    PAKAIAN SEKOLAH

    1 Baju Kemeja Putih Lengan Panjang 1 Helai

    2 Baju Kurung Berwarna 1 Helai

    3 Kain Hitam (Kain Lipat Susun Tepi) 2 Helai

    4 Kasut Hitam Kulit Atau Pvc, Tumit Tidak Melebihi 1 Inci 1 Pasang

    5 Stokin Hitam 3 Pasang

    6 Tudung Hitam Bulat Melepasi Dada 2 Helai

    7 Camisole (Pakaian Dalam) "Skin Color' Atau Putih 3 Helai

    8 Kasut Sukan 1 Pasang

    9 Seluar Track Hitam/Biru Gelap 2 Helai

    10 Tshirt Muslimah 2 Helai

    PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN/ KELAS AL-QURAN MALAM/ RIADAH/ SOLAT

    11 Baju Kurung Berwarna 3 Pasang

    12 Tudung Labuh Sebarang Warna 2 Helai

    13 Seluar Slack Hitam 2 Helai

    14 Telekung 2 Pasang

    15 Kain Hitam Potongan Payung 2 Helai

    BARANG-BARANG KEPERLUAN

    16 Baldi 1 Buah

    17 Cadar (bercorak atau tidak bercorak warna bebas) 2 Helai

    18 Selimut 1 Helai

    19 Sarung Bantal 2 Helai

    20 Peralatan Kebersihan Diri (Tuala, Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Dll) Secukupnya

    21 Peralatan Kekemasan Diri (Sikat Rambut, Minyak Rambut, Deodoran, Dll) Secukupnya

    22 Peralatan Membasuh (Sabun Basuh, Berus Basuh) Secukupnya

  • 18

    23 Peralatan Belajar (Alat Tulis, Dll) Secukupnya

    24 Pakaian Dalam Secukupnya

    25 Selipar Getah 1 Pasang

    26 Penyangkut Baju Secukupnya

    27 Penyepit Baju Secukupnya

    BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN

    28 Kain Batik Sarung 1 Helai

    29 Tuala Mandi 2 Helai

    30 Pakaian Tidur (Menutup Aurat) Secukupnya

    31 Seluar Trek Tambahan 2 Helai

    32 Al Quran Terjemahan Rasm Uthmani 1 Buah

    33 Yasin Dan Mathurat 1 Buah

    34 Sejadah 1 Helai

    35 Thermos Dan Mug Mengikut Keperluan

    36 Sudu Dan Garfu Mengikut Keperluan

    BARANG PEMBERSIHAN BILIK ASRAMA YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PELAJAR

    1. Penyapu

    2. Bakul Sampah

    3. Penyodok Sampah

    BARANG LARANGAN YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE ASRAMA

    1. Makanan Segera

    2. Alat Solek

    3. Seluar Jeans

    4. Telefon Pintar, Portable Game Dll.

    5. Peralatan Elektronik Seperti Cerek Elektrik Dan Seterika

    6. Rokok, Vape, Komik, Novel, Majalah Hiburan Dan Lain-Lain

  • 19

    LAMPIRAN 5

    YURAN PERKHIDMATAN DOBI

  • 20

    JADUAL BAYARAN PERKHIDMATAN DOBI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN

    2021

    BAYARAN

    BULANAN

    MINGGU

    PERSEKOLAHAN

    JUMLAH

    BAYARAN

    KUMPULAN MURID

    SPM

    2020

    TAHAP 1

    TAHAP 2,

    KEPIMPINAN

    PELAJAR,

    INTERVENSI

    ASAS

    1 2021,

    TAHAP

    1 2021

    ASAS

    2,

    ASAS

    3

    Januari 2 minggu RM 20.00

    - -

    Februari 4 minggu

    RM 20.00 - -

    -

    RM 40.00

    - -

    Mac

    4 minggu

    (Cuti Pertengahan

    Penggal)

    RM 40.00

    -

    April

    4 minggu

    (Kemasukan

    kapasiti penuh)

    RM 40.00 -

    Mei 4 minggu RM 40.00 -

    Jun 3 minggu RM 30.00 -

    Julai

    2 minggu

    (Cuti Pertengahan

    Penggal)

    RM 20.00 -

    Ogos 4 minggu RM 40.00 -

    September

    3 minggu

    (Cuti Pertengahan

    Penggal)

    RM 30.00 -

    Oktober 4 minggu RM 40.00 -

    November 4 minggu RM 40.00 -

    Disember 2 minggu

    (Cuti Akhir Tahun) RM 20.00 -

  • 21

    JUMLAH BAYARAN SETIAP ASAS / TAHAP SETAHUN

    Kumpulan Murid Tarikh Kemasukan Jumlah Bayaran

    SPM 2020 16 Januari 2021 RM 100.00

    Tahap 1, Tahap 2, Kumpulan

    Intervensi 17 Januari 2021 RM 380.00

    Asas 1 dan Tahap 1 Hamzah

    (Ambilan 2021) 17 Februari 2021 RM 340.00

    Asas 2 dan Asas 3 4 Mac 2021 RM280.00

    *Kadar bayaran ini tertakluk kepada keadaan semasa

  • 22

    LAMPIRAN 6

    BAYARAN UNIFORM SEKOLAH

  • 23

    BAYARAN UNIFORM SEKOLAH TAHUN 2021

    (dibayar semasa Hari Pendaftaran)

    JENIS BAYARAN

    KADAR

    BAYARAN

    (RM)

    Bayaran Uniform

    (dibayar kepada Pembekal Uniform)

    Pakaian Lelaki

    i. Blazer 158.00

    ii. Seluar Panjang 45.00

    iii. Tali Leher 35.00

    iv. T-shirt Rasmi 26.00

    v. T-shirt Kokurikulum 28.00

    vi. Baju Melayu Kain 4 meter (tempah sendiri)

    60.00

    vii. Sampin (Tenun) TBA*

    Jumlah Uniform Lelaki 352.00**

    Pakaian Perempuan

    i. Blazer 158.00

    ii. Skirt Labuh 45.00

    iii. Tali Leher 35.00

    iv. T-shirt Rasmi 30.00

    v. T-shirt Kokurikulum 32.00***

    vi. Baju Kurung (baju sahaja)

    Kain 2 meter (tempah sendiri)

    30.00

    vii. Kain Tenun TBA*

    Jumlah Uniform Perempuan 330.00**

    Kemeja Putih lengan panjang dibawa sendiri oleh pelajar (lelaki & perempuan)

    Seluar/Kain/Skirt Labuh Hitam dibawa sendiri oleh pelajar (lelaki & perempuan)

    Kasut Kulit/PVC dan Kanvas dibawa sendiri oleh pelajar (lelaki & perempuan)

    Tudung Hitam dan Putih dibawa sendiri oleh pelajar

    Sampin dan Kain tenun hanya akan diperolehi pada Semester 2

    Bayaran Dobi Rujuk LAMPIRAN 5

    Lain-lain Bayaran

    Baju Rumah Sukan Lelaki 33.00

    Baju Rumah Sukan Perempuan 36.00

    Buku PAJSK 7.00

    *Harga akan dimaklumkan semula kemudian

    **Harga penuh tidak termasuk kain tenun

    ***Harga tertakluk kepada perubahan

  • 24

  • 25

    LAMPIRAN 7

    TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR

  • 26

    ETIKA PEMAKAIAN MURID KOLEJ GENIUS INSAN

    UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    PAKAIAN FORMAL

    MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

    PAKAIAN OUTING DAN BALIK BERMALAM

    MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

  • 27

    PAKAIAN KORPORAT

    MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

    PAKAIAN SUKAN

    MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

  • 28

    LAMPIRAN 8

    KEPERLUAN KHAS

  • 29

    KEPERLUAN KHAS

    SEMUA MURID DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN DAN MEMBAWA KALKULATOR

    JENAMA CASIO VERSI fx-570EX