panduan pendaftaran kolej genius insan ......pembayaran bil (bill presentment slip) bimb yang boleh...

23
PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2021 DISEDIAKAN OLEH: KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Dikemaskini sehingga 31 Disember 2020

Upload: others

Post on 25-Dec-2020

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2021

DISEDIAKAN OLEH:

KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Dikemaskini sehingga 31 Disember 2020

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

2

Kandungan:

1. PENDAHULUAN

2. SYARAT-SYARAT TAWARAN

3. DOKUMEN DAN PROSES PENDAFTARAN

4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

5. PANDUAN MEMBAYAR YURAN

6. STRUKTUR YURAN

7. BIASISWA/PINJAMAN

8. LAMPIRAN 8.1 TAKWIM AKADEMIK 8.2 PANDUAN MEMBAYAR YURAN 8.3 STRUKTUR YURAN 8.4 SENARAI BARANG KEPERLUAN 8.5 TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR 8.6 KEPERLUAN KHAS

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

3

1. PENDAHULUAN

Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian di Kolej GENIUS Insan, USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai murid Kolej GENIUS Insan, USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi murid terbilang dan seimbang dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang tinggi dengan nilai penghayatan Islam.

2. SYARAT-SYARAT TAWARAN

2.1 Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran

Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i. 2.2 Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Telah melepasi ujian UKM1, UKM2 dan USIM1. (b) Lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar,

termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada menggunakan Borang KGI 03 Laportan Kesihatan Pelajar dan KGI 07 Borang Pemeriksaan Kesihatan.

(c) Menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran

kemasukan ini.

2.3 Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i tidak

mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa alasan yang kukuh dan bersebab.

2.4 Sepanjang tempoh pengajian:

(a) Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Pelajaran, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dan peraturan Kolej GENIUS Insan dari semasa ke semasa;

(b) Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik Kolej GENIUS Insan dan USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua;

(c) Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan

pentadbiran Kolej GENIUS Insan dan USIM;

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

4

(d) Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan Kolej GENIUS Insan dan USIM seperti ponteng kelas, aktiviti rasmi dan seumpamanya;

(e) Saudara/i hendaklah bekerjasama dan patuh kepada peraturan-peraturan

asrama Kolej Kediaman; (f) Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua

kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Kolej GENIUS Insan USIM untuk saudara/i; dan

(g) Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan

kepada saudara/i oleh USIM.

2.5 Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus.

2.6 Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti

dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Pelajar yang tidak hadir mendaftar pada tarikh yang ditetapkan atau dalam tempoh yang dibenarkan (melalui surat kelulusan penggantungan pendaftaran oleh USIM) akan digugurkan status Pendaftaran Sementara dan dianggap menolak tawaran. Pelajar perlu memohon untuk menarik diri dari Universiti dan sebahagian bayaran yang telah dijelaskan (jika ada) akan dikembalikan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan.

2.7 USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila

masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan kemasukan tidak benar.

3. DOKUMEN DAN PROSES PENDAFTARAN 3.1 Pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2020 dimulakan dengan pada

13 dan 14 Februari 2021 (Sabtu dan Ahad) di Kolej GENIUS Insan. 3.2 Sistem eTasjil (Sistem Semakan dan Pendaftaran) akan di buka dalam dua (2)

Fasa.

Fasa Aktiviti Tempoh

Fasa I

(a) Semakan maklumat tawaran dan

panduan pendaftaran (b) Pengesahan Setuju Terima Tawaran (c) Pengemaskinian maklumat peribadi (d) Muat naik gambar untuk Kad Pelajar (e) Pengisian maklumat bayaran (f) Memuat turun dan mengisi borang:

(i) KGI 03 (ii) KGI 04 (iii) KGI 05

29 Disember 2020 hingga 8 Januari 2021

(20 hari)

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

5

(iv) KGI 06 (v) KGI 07 (vi) KGI ASR 01 dan, (vii) Borang Permohonan DLP

Fasa II

(a) Pendaftaran Kolej (b) Cetakan Slip Pendaftaran

13 dan 14 Februari

2021

3.3 Selaras dengan pelaksanaan pendaftaran secara atas talian ini, murid yang telah membuat Pengesahan Setuju Terima Tawaran telah dianggap sah sebagai murid Kolej GENIUS Insan, USIM mulai 8 Januari 2021.

3.4 Takwim Akademik Sesi Akademik 2021 adalah seperti di Lampiran 1.

4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

4.1 Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.

4.2 Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang KGI 07 Borang Periksaan

Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan. 4.3 Saudara/i hendaklah memuat turun dan mendapatkan kebenaran rawatan dan

pembedahan pergigian dengan mengisi Borang KGI 05 Kebenaran Rawatan dan Pembedahan Pergigian.

4.4 Saudara/i hendaklah memuat turun dan mendapatkan kebenaran rawatan

dengan mengisi Borang KGI 06 Kebenaran Mendapatkan Rawatan. 4.5 Borang ini hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.

5. PANDUAN MEMBAYAR YURAN

5.1 Bayaran yuran hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran melalui mana–

mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). 5.2 Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah penuh berdasarkan

program pengajian yang ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kemasukan dan pembayaran boleh dibuat mulai 11 Januari 2021.

5.3 Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i boleh menggunakan cara-cara

berikut: (a) Bayaran di kaunter Bank Islam (Bill payment) (b) Transaksi ATM Bank Islam

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

6

(c) Penggunaan Sistem Mypayment (Online Banking) (d) Pembayaran Melalui “Bank Islam Internet Banking” (Bill Presentment)

5.4 Sila baca dan fahami Panduan Membayar Yuran di Lampiran 2 bagi setiap

kaedah-kaedah pembayaran di atas sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan sebarang masalah.

5.5 Sila simpan bukti pembayaran untuk rujukan saudara/i semasa

pendaftaran. 5.6 Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh

menyebabkan saudara/i dianggap belum menjelaskan yuran pendaftaran. 5.7 Selepas pembayaran dibuat, saudara/i perlu mengisi dan mengesahkan

maklumat pembayaran dalam http://etasjil.usim.edu.my. 6. STRUKTUR YURAN

Struktur yuran adalah seperti di Lampiran 3.

7. BIASISWA/PINJAMAN

7.1 Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman seperti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau agensi swasta.

7.2 Iklan berkaitan tawaran biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui

akhbar–akhbar utama di Malaysia. Saudara/i hendaklah sentiasa peka dengan pelawaan tawaran yang dikeluarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman dari semasa ke semasa.

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

7

LAMPIRAN 1

TAKWIM AKADEMIK

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

8

TAKWIM AKADEMIK

KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2021

ASAS 1

AKTIVITI SEMESTER I

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Pelajar Baharu

13 & 14 Februari 2021 2 Hari

Bulan Ta’aruf Pelajar Baharu 14 Februari – 14 Mac 2021 30 Hari

Perkuliahan 15 Mac -26 Mac 2021 6 Minggu

Cuti Pertengahan Semester I 27 Mac - 4 April 2021 1 Minggu

Perkuliahan 5 April - 30 April 2021 4 Minggu

Peperiksaan 2 Mei - 28 Mei 2021 4 Minggu

Cuti Semester I 29 Mei – 13 Jun 2021 18 Hari

AKTIVITI SEMESTER II

* TARIKH TEMPOH

Perkuliahan 14 Jun – 10 September 2021 13 Minggu

Cuti Pertengahan Semester II 11 September – 19 September 2021 1 Minggu

Perkuliahan 20 September – 12 November 2021 8 Minggu

Cuti Ulangkaji 13 November – 21 November 2021 1 Minggu

Peperiksaan 22 November – 10 Disember 2021 3 Minggu

Cuti Semester II 11 Disember -31 Disember 2021 3 Minggu

* Tertakluk kepada pindaan

diluluskan oleh Senat Universiti Khas Bil. 1/2012 pada 15 Februari 2012

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

9

LAMPIRAN 2

PANDUAN MEMBAYAR YURAN

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

10

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

1) BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM (BILL PAYMENT)

i. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat

ii. Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 115xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM,

nombor akaun BIMB 05058010021488.

2) PENGGUNAAN ATM BANK ISLAM

i. Pilih menu lain-lain

ii. Pilih pembayaran bil & yuran IPT

iii. Pilih Yuran IPT

iv. Pilih akaun pembayar ( akaun yang akan didebitkan )

v. Masukkan No.kad pengenalan pelajar

vi. Pilih No. Bil yang ingin dibayar. Pilih No.bil berdasarkan No. matrik pelajar: Contoh - Ijazah Sarjana Muda ( 1090988xxxxx ) Siswazah - Sarjana ( 3090145xxxxx ) Siswazah - Dokor Falsafah ( 4090144xxxxx ) Tamhidi ( 9090225xxxxx)

Kolej GENIUS Insan (Junior Certificate) – (A21xxxx)

vii. Masukkan amaun yang hendak dibayar. (Jumlah sebenar seperti dalam Surat

Tawaran Kemasukan)

viii. Tekan teruskan dan dapatkan resit untuk simpanan dan rujukan

3) PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MYPAYMENT

i. Sebelum menggunakan sistem ini, pengguna perlulah berdaftar dengan perbankan internet terlebih dahulu.

ii. Klik pada menu “Finance” dan paparan “My Payment” dan “My Ledger”

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

11

iii. Klik menu “My Ledger” dan paparan seperti di bawah:

iv. Klik pada menu “My Payment” untuk membuat bayaran yuran. Sila ikut langkah seterusnya.

4) PEMBAYARAN MELALUI 'BANK ISLAM INTERNET BANKING (BILL

PRESENTMENT)

i. Layari www.bankislam.com.my

ii. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan “OK” pada “Security Alerts”

iii. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem perbankan internet Bank Islam

iv. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”

v. Pilih universiti pada bahagian senarai universiti

vi. Masukkan no kad pengenalan pada ruang kad pengenalan dan klik “Next”

vii. Senarai bill akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “Pay”

viii. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “Source Account” yang hendak di debitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik “Pay”

ix. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.

x. Klik “Comfirm” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya

xi. Skrin berikutnya akan menunjukan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

UNTUK SEBARANG MASALAH BERKAITAN PEMBAYARAN YURAN, SILA HUBUNGI:

Puan Irhani Ismail / Puan Noor Latifah Hanim Said

06-7980115 / 80116

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

12

LAMPIRAN 3

STRUKTUR YURAN

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

13

STRUKTUR YURAN PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ GENIUS INSAN

(A) BAYARAN SETIAP TAHUN

B40 & M40 T20

Yuran Pendaftaran (bayaran sekali

sahaja sepanjang tempoh pengajian)

Kebajikan 30.00 30.00

Kad Matrik 10.00 10.00

Program Penyesuaian Diri / Orientasi 50.00 50.00

Pengijazahan (Graduasi) 100.00 100.00

Jumlah Yuran Pendaftaran 190.00 190.00

Yuran Asrama / Penginapan

(bayaran berulang setiap tahun)

- Yuran makan ( RM 3.00 sehari X 10 bulan [300 hari]) 900.00 900.00

- Utiliti 200.00 200.00

- Aktiviti Asrama - 100.00

Jumlah Yuran Asrama 1,100.00 1,200.00

Yuran Pengajian (bayaran berulang

setiap tahun)

Buletin Tahunan 20.00 20.00

Ujian Dalaman 30.00 30.00

Jumlah Yuran Pengajian 50.00 50.00

Yuran Kemudahan & Perkhidmatan

(bayaran berulang setiap tahun)

Perpustakaan 100.00 100.00

Kokurikulum dan Sukan 40.00 40.00

Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar 100.00 100.00

Insurans 10.00 10.00

Bayaran Komputer / ICT - 50.00

Makmal - 100.00

Pengangkutan 50.00 50.00

Jumlah Yuran Kemudahan &Perkhidmatan 300.00 450.00

Yuran Aktiviti Pelajar

(bayaran berulang setiap tahun)

Bayaran Badan Wakil Pelajar 10.00 10.00

Sumbangan Asas (Bantuan tiket, rawatan) - 30.00

Kecemerlangan Akademik / Pengayaan - 100.00

Pembangunan Sahsiah & Fardhu Ain 10.00 10.00

Yuran Aktiviti Pelajar 20.00 150.00

YURAN TAHUN PERTAMA 1,660.00 2,040.00

YURAN TAHUNAN 1,470.00 1,850.00

Page 14: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

14

TAHUN PENGAJIAN JUMLAH CAJ YURAN

B40 & M40 T20

TAHUN PERTAMA (ASAS 1 & TAHAP 1) RM 1,660.00 RM 2,040.00

ASAS 2 – TAHAP 1 RM 1,470.00 RM 1,850.00

Page 15: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

LAMPIRAN 4

SENARAI BARANG KEPERLUAN

Page 16: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

16

SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

KOLEJ GENIUS INSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

LELAKI

BIL ITEM KUANTITI TANDAKAN

( )

PAKAIAN SEKOLAH

1 Kemeja Putih Lengan Panjang 1 Helai

2 Kemeja berwarna bebas lengan panjang 1 Helai

3 Tali leher bercorak/tidak bercorak 1 Unit

4 Seluar Slack Hitam Panjang 2 Helai

5 Kasut Kulit Hitam Bertali 1 Pasang

6 Stokin Hitam 3 Pasang

7 Songkok Hitam 1 Unit

8 Tali Pinggang Hitam 1 Unit

9 Singlet Putih 3 Helai

10 Kasut Sukan 1 Pasang

11 Seluar Trek Hitam/ Biru Gelap 2 Helai

12 Tshirt Putih Berkolar Lengan Pendek 2 Helai

PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN/KELAS AL-QURAN MALAM/ RIADAH/SOLAT

13 Seluar Hitam Panjang (Jeans tidak dibenarkan) 2 Helai

14 Baju Melayu Lengkap 2 Pasang

15 Tshirt Berkolar 2 Helai

16 Seluar Trek 2 Helai

17 Sandal 1 Pasang

18 Kopiah 1 Unit

19 Jubah 2 Pasang

BARANG-BARANG KEPERLUAN

20 Baldi 1 Unit

21 Cadar 2 Helai

22 Sarung Bantal 2 Helai

23 Selimut 1 Helai

24 Peralatan Kebersihan Diri (Tuala, Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Dll)

Secukupnya

25 Peralatan Kekemasan Diri (Pencuci muka, Sikat Rambut, Gel Rambut, Deodoran, Dll)

Secukupnya

26 Peralatan Membasuh (Sabun Basuh, Berus Basuh) Secukupnya

27 Peralatan Belajar (Alat Tulis, Dll) Secukupnya

28 Pakaian Dalam Secukupnya

29 Selipar Mandi 1 Pasang

30 Penyepit Baju Dan Penyangkut Baju Secukupnya

Page 17: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

17

BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN

31 Seluar Panjang Secukupnya

32 Kain Pelikat 1 Helai

33 Seluar Trek Tambahan Secukupnya

34 Tshirt tidak berkolar Secukupnya

35 Pakaian Tidur (Menutup Aurat) Secukupnya

36 Al Quran Terjemahan Rasm Uthmani 1 Buah

37 Yasin Dan Mathurat 1 Buah

38 Sejadah 1 Helai

39 Thermos Dan Mug Mengikut keperluan

40 Sudu Dan Garfu Mengikut keperluan

PEREMPUAN

BIL. ITEM KUANTITI TANDAKAN

( )

PAKAIAN SEKOLAH

1 Baju Kurung Putih Butang 2 Helai

2 Kain Hitam (Kain Lipat Susun Tepi) 2 Helai

3 Kasut Hitam Kulit Atau Pvc, Tumit Tidak Melebihi 1 Inci 1 Pasang

4 Stokin Hitam 3 Pasang

5 Tudung Hitam Bulat Melepasi Dada 2 Helai

6 Camisole (Pakaian Dalam) "Skin Color' Atau Putih 3 Helai

7 Kasut Sukan 1 Pasang

8 Seluar Track Hitam/Biru Gelap 2 Helai

9 Tshirt Muslimah 2 Helai

PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN/ KELAS AL-QURAN MALAM/ RIADAH/ SOLAT

10 Baju Kurung Berwarna 3 Pasang

11 Tudung Labuh Sebarang Warna 2 Helai

12 Seluar Slack Hitam 2 Helai

13 Telekung 2 Pasang

14 Kain Hitam Potongan Payung 2 Helai

BARANG-BARANG KEPERLUAN

15 Baldi 1 Buah

16 Cadar 2 Helai

17 Selimut 1 Helai

18 Sarung Bantal 2 Helai

19 Peralatan Kebersihan Diri (Tuala, Sabun, Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Dll) Secukupnya

20 Peralatan Kekemasan Diri (Sikat Rambut, Minyak Rambut, Deodoran, Dll) Secukupnya

21 Peralatan Membasuh (Sabun Basuh, Berus Basuh) Secukupnya

22 Peralatan Belajar (Alat Tulis, Dll) Secukupnya

Page 18: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

18

23 Pakaian Dalam Secukupnya

24 Selipar Getah 1 Pasang

25 Penyangkut Baju Secukupnya

26 Penyepit Baju Secukupnya

BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN

27 Kain Batik Sarung 1 Helai

28 Tuala Mandi 2 Helai

29 Pakaian Tidur (Menutup Aurat) Secukupnya

30 Seluar Trek Tambahan 2 Helai

31 Al Quran Terjemahan Rasm Uthmani 1 Buah

32 Yasin Dan Mathurat 1 Buah

33 Sejadah 1 Helai

34 Thermos Dan Mug Mengikut Keperluan

35 Sudu Dan Garfu Mengikut Keperluan

BARANG PEMBERSIHAN BILIK ASRAMA YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PELAJAR

1. Penyapu

2. Bakul Sampah

3. Penyodok Sampah

BARANG LARANGAN YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE ASRAMA

1. Makanan Segera

2. Alat Solek

3. Seluar Jeans

4. Telefon Pintar, Portable Game Dll

5. Peralatan Elektronik Seperti Cerek Elektrik Dan Seterika

6. Rokok, Vape, Komik, Novel, Majalah Hiburan Dan Lain-Lain

Page 19: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

19

LAMPIRAN 5

TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR

Page 20: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

20

ETIKA PEMAKAIAN MURID KOLEJ GENIUS INSAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PAKAIAN FORMAL

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

PAKAIAN OUTING DAN BALIK BERMALAM

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Page 21: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

21

PAKAIAN KORPORAT

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

PAKAIAN SUKAN

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Page 22: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

22

LAMPIRAN 6

KEPERLUAN KHAS

Page 23: PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ GENIUS INSAN ......pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip

23

KEPERLUAN KHAS

SEMUA MURID DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN DAN MEMBAWA KALKULATOR

JENAMA CASIO VERSI fx-570EX