panduan pelaksanaan aktiviti koku

29

Upload: guesta1c1ec

Post on 21-Jun-2015

3.489 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Page 2: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

• Kebenaran daripada Pengarah JPN dan Pengetua/Guru Besar hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum mengadakan program

Page 3: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN SELANGORJALAN JAMBU BOL 4/ 3E, SEKSYEN 4, 40604 SHAH ALAM

( Unit kokurikulum )

TEL : 55138242 Faks :55138252

Page 4: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

• Semua murid yang mengambil bahagian mestilah mempunyai kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga

Page 5: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Program yang dilaksanakan hendaklah tidak bertentangan dengan semua dasar kerajaan dan KPM

2. Program yang dicadang hendaklah tidak mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain program yang telah dirancang oleh sekolah, PPD, dan KPM

3. Program yang dilaksanakan hendaklah sama seperti yang dipohon dan diluluskan.

4. Tiada unsur paksaan ke atas murid, sekolah dan guru untuk menyertai program yang dianjur.

Page 6: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

5. Tiada bayaran untuk penyertaan dikenakan kepada murid, guru dan sekolah.

6. Penganjur hendaklah menanggung sepenuhnya semua kos penganjuran program/ aktiviti yang dianjur termasuk pengangkutan, makan, minum dan penginapan murid, guru, pegawai pengiring yang terlibat.

7. Dan tiada implikasi kewangan kepada KPM, JPN,PPD dan sekolah yang terlibat.

Page 7: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Sekiranya tempat bermalam tidak disediakan, program/aktiviti harian hendaklah ditamatkan tidak lebih daripada 5.00 petang.

2. Bagi program yang melibatkan bermalam dan tempat bermalam disediakan, aktiviti yang dilaksanakan hendaklah tidak lebih daripada 10.30 malam atau sebagaimana yang dipohon.

Page 8: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Untuk setiap seorang guru adalah diperlukan untuk seramai 1 hingga 10 orang murid.

2. Nisbah maksimum adalah 1 orang guru bagi setiap 10 orang murid.

3. Mesti ada guru perempuan jika program melibatkan murid perempuan dan sebaliknya.

Page 9: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Bagi program harian, masa perjalanan ke tempat aktiviti dan pulang dari tempat aktiviti hendaklah dilakukan pada waktu pejabat sahaja.

2. Bagi perjalanan yang mengambil masa melebihi 9 jam, perjalanan hendaklah tidak melebihi daripada 10.30 malam. Pengecualian adalah kepada perjalanan yang melibatkan penerbangan sama ada terus, atau transit, domestik dan antarabangsa atau perjalanan yang telah dibenarkan oleh pengarah JPN .

Page 10: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Program/aktiviti hendaklah dilaksanakan di tempat dan premis yang telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

2. Pihak berkuasa berkaitan spt PDRM, Jabatan Bomba, JPAM, PBT dll.(jika berkenaan) hendaklah dimaklumkan secara rasmi mengenai keseluruhan program yang hendak dijalankan.

3. Semua langkah-langkah dan arahan keselamatan am dan khusus hendaklah dipatuhi sepanjang masa aktiviti.

4. Semua guru, pegawai pengiring, jurulatih dan pegawai penganjur hendaklah terdiri daripada mereka yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan.

Page 11: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Bilik/tempat rawatan/kecemasan (sick bay) beserta dengan pegawai yang bertugas dan pengangkutan yang relevan hendaklah disediakan sepanjang masa di premis atau tempat di mana murid sedang menjalankan aktiviti.

2. Penganjur hendaklah memaklumkan kepada KPM, JPN, PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Ibubapa/Penjaga, pegawai pengajur yang boleh dihubungi sepanjang masa program.

Page 12: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Penggunaan logo KPM/JPN dibenarkan hanya untuk backdrop, banner, sijil, cenderamata, kad jemputan dan buku program sahaja.

2. Penggunaan logo KPM/JPN tidak dibenarkan untuk tujuan mendapatkan tajaan atau lain-lain yang bertujuan komersil.

Page 13: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

• Pihak penganjur hendaklah mengemukakan laporan penuh program kepada KPM/ JPN/ PPD dalam tempoh satu bulan selepas tamat program

Page 14: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. KPM dan semua agensinya serta murid, guru dan pihak sekolah adalah tidak bertanggungjawab dan tidak akan dilibatkan (without obligation) dalam sebarang kes atau tuntutan mahkamah atau sebarang pertelingkahan yang dirujukkan kepada mahkamah yang melibatkan program atau pihak penganjur dengan pihak-pihak lain.

Page 15: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

2. KPM bagi pihak kerajaan Malaysia adalah berhak menarik balik sebarang kebenaran, kelulusan atau sokongan yang telah dikeluarkan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada penganjur dan penganjur hendaklah mematuhi keputusan ini.

Page 16: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

3. Penganjur hendaklah mematuhi arahan- arahan KPM yang dikeluarkan dari masa ke semasa sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas.

4. KPM juga berhak untuk mengenakan lain-lain syarat yang tidak terkandung di dalam panduan ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Page 17: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

5. Kegagalan pihak penganjur mematuhi semua dasar, peraturan dan syarat KPM, membolehkan KPM membatalkan kebenaran dan kelulusan yang telah diberikan.

Page 18: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

• Penganjur hendaklah mengesahkan persetujuan untuk melaksanakan /menaja program yang dipohon berdasarkan terma dan syarat pelaksanaan yang dinyatakan .

Page 19: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

SEMUA PROGRAM ANJURAN AGENSI BERKENAAN DITANGGUNG OLEH PENGANJUR BERKENAAN

WALAU BAGAIMANAPUN JPN SELANGOR AKAN BERUSAHA UNTUK BEKERJASAMA.

Page 20: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

PERLU MENDAPAT KEBENARAN BERTULIS DARI PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

BERURUSAN DENGAN UNIT

PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN, JABATAN PELAJARAN SELANGOR

Page 21: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS

PERT.TEATER KOMSAS PERKHEMAHAN KELAB RUKUNEGARA

SEKOLAH MENENGAH

Page 22: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

TIDAK MELIBATKAN HARI PERSEKOLAHAN

ADA SURAT KEBENARAN IBUBAPA ADA PERLINDUNGAN INSURANS KEBENARAN DARIPADA KPM/JPN/PPD TENAGA PAKAR BERUNSUR PENDIDIKAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MURID

DITITIKBERATKAN

Page 23: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

MESTI MOHON KEBENARAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN

TIDAK MENGGANGU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PEMAKLUMAN MOHON GURU KELUAR HENDAKLAH SAMPAI KE JPN SELANGOR 2 MINGGU SEBELUM PROGRAM

Page 24: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

SPI.BIL.24/1998 SPI.BIL.9/2004 SPI.BIL.7/1988 SPI.BIL.13/2000

Page 25: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

(a)Pelepasan guru dari tugas‑tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan P&P

(b)Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.

(c)Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

(d)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.

(e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.

(f) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan. 25

Page 26: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Semua penglibatan murid dalam program anjuran agensi selain KPM hendaklah melalui Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Sokongan dan kelulusan hanya di keluarkan oleh ketua pendaftar

3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.

4. Penyertaan murid hendaklah tidak mengganggu ataumenjejaskan proses P&P

5. Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah6. Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos

perbelanjaan.7. Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah

memastikan langkah- langkah keselamatan murid terjamin.

8. Dibaca bersama SPI.Bil. 7/1998 dan SPI.Bil.24/1998.26

Page 27: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Mesti diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Perlu dapat persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga

3. Tidak mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar

4. Perlindungan insuran dan langkah‑langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan. 27

Page 28: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku

1. Dibaca bersama dengan SPI Bil. 2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

2. Persatuan atau Seni Bela Diri yang ingin mengembangkan kegiatan di sekolah perlulah berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan.

3. Pastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak beroperasi di sekolah mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan Sukan sebelum membenarkan pertubuhan tersebut memulakan kegiatannya.

28

Page 29: Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku