buku log pengurusan koku (1)

Upload: hasrunnaim-ahmad

Post on 04-Apr-2018

330 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    1/61

    BUKU LOG

    PENGURUSAN KO KURIKULUM

    (CMP 2011)

    ISI KANDUNGAN

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    2/61

    BIL ISI KANDUNGAN

    1 BIODATA

    2PENGHARGAAN

    3FALSAFAH PENDIDIKAN

    4DASAR PERLAKSANAAN

    5PERLEMBAGAAN

    6TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    7PENILAIAN

    8 PROSEDUR KERTAS KERJA

    9DIARI

    10LAMPIRAN

    11KESIMPULAN

    PENGHARGAAN

    Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya,saya akhirnya

    dapat menyempurnakan buku log Pengurusan ko kurikulum bagi kursus CMP 2011

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    3/61

    ini.Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

    kerana tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau saya tidak akan mampu untuk

    menyiapkan tugasan yang telah di berikan ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan

    terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi dorongan,semangat dan

    tunjuk ajar dalam penghasilan buku log ini.Semoga Allah dapat membalas jasa baik

    mereka.

    Akhir kata,saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf jika terdapat

    sebarang kekurangan atau ketidak sempurnaan di dalam buku log Pengurusan Ko

    kurikulum ini Sekian,wassalam.

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    4/61

    emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

    Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di

    Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara

    sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan

    secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan

    Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu

    universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.

    Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia

    dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

    Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

    seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang

    paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

    Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang

    berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk

    membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya

    kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus

    menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    5/61

    cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan

    terdidik.

    Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

    peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

    kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

    menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

    mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu

    yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang

    amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

    manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan

    pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

    mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada

    manusia.

    FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

    Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu

    tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu

    berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

    Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

    memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    6/61

    manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

    keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

    mulia, dan berbakti.

    KONSEP, MATLAMAT, OBJEKTIF

    1. KONSEP

    1.1 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan

    setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam

    dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan

    andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    7/61

    darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai

    pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat,

    jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang

    positif.

    1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota

    masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

    1.2.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara

    perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah

    yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);

    1.2.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh

    dikembangkan;

    1.2.3 Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan

    rakan sebaya;

    1.2.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk

    keperluan masyarakat dan negara;

    1.2.5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik

    murid-murid.

    1.3 DefinisiKokurikulum Dalam Program Pendidikan:

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    8/61

    Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.

    "Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang

    termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

    semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan

    kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid

    dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta

    untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan

    untuk menyampaikan pengetahuan."

    1.4 Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan

    kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta

    Pendidikan 1996 (Akta 550)} Kegagalan atau keengganan melaksanakan

    kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila

    disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan

    selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk

    Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan

    itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian,

    seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima

    ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh

    dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu,

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    9/61

    bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2)

    Akta 550}.

    1.5Kokurikulum adalah kegiatan kumpulan.

    Rujuk Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh

    28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956).

    1.6 Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang

    lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

    yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan

    mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik

    darjah.

    Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum

    Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11

    (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei

    1998.

    1.7 Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang

    diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian

    daripada kursus pendidikan murid di sekolah (misalnya kegiatan dalam

    persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan lain-lain).

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    10/61

    Rujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka (2002),

    m.s. 692.

    1.8Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak

    kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses

    pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti

    kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah,

    mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai

    yang telah dipelajari di bilik darjah.

    Rujuk Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,

    Dewan Bahasa dan Pustaka (1992); m.s. 11).

    1.9 Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak

    Formal.

    Rujuk Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

    Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (1984), m.s. 269.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    11/61

    1.10 Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan

    menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan,

    berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu

    dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang

    mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan,

    keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi,

    kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara,

    kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu murid

    menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.

    Rujuk Ramlan Abd. Wahab; Dewan Masyarakat, Januari 2002,

    Kerangkraf Publication Sdn. Bhd, m.s. 44.

    1.11 Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan

    keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam

    keadaan sebenar.

    Rujuk Ramlan Abd. Wahab; Dewan Masyarakat, Januari 2002,

    Kerangkraf Publication Sdn. Bhd. m.s. 44.

    2. MATLAMAT

    Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaankepada Tuhan;

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    12/61

    3.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembanganrohani, jasmani dan emosi murid-murid;

    3.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam

    sekolah dan di antara sekolah;

    3.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktivitiyang diceburi;

    3.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;

    3.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;

    3.7Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua halaantara sekolah dan masyarakat;

    3.8Mewujudkan sekolah berwatak.

    3.9Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.

    3.10 Mengukuhkan integrasi nasional

    DASAR PERLAKSANAAN

    4. STRATEGI DAN PELAKSANAAN

    Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi

    pelaksanaannya:

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    13/61

    4.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya

    kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses

    pendidikan di sekolah;

    4.2 Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab,

    kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut,

    dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri

    dengan aktif secara individu atau kumpulan;

    4.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti

    kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

    4.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;

    4.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS), Persatua Ibu

    Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam

    perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;

    4.6 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;

    4.7 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;

    4.8 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    14/61

    4.9 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari

    semasa kesemasa.

    4.10 Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni

    dalam aktiviti kokurikulum.

    4.11 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif

    yang dikehendaki;

    5. PANDUAN PELAKSANAAN

    5.1 Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah:

    5.1.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan

    mengandungi yang berikut:-

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    15/61

    (a) penyertaan dalam sukan dan permainan;

    (b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;

    (c) penyertaan dalam badan beruniform; dan

    (d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain

    sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

    Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan

    (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A)

    531/97.

    5.1.2 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi

    kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori

    berikut:-

    (a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang

    dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan

    (Kurikulum Kebangsaan) 1997;

    (b) hobi dan rekreasi;

    (c) sukan dan permainan;

    (d) badan beruniform; atau

    (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

    Rujuk Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan

    (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta

    Kerajaan Jil. 42/No. 11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U.

    (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    16/61

    5.2 Status Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah:

    5.2.2 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah

    penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah

    kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah

    mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak

    kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau

    kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang

    boleh, peningkatan penyertaan murid-murid dalam kegiatan

    pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan.

    {Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985

    KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

    5.2.3 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan

    keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.

    {Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985

    KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

    5.2.4 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk

    menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan

    murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    17/61

    amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki

    kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang

    menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan

    sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan

    pembentukan keperibadian.

    {Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985

    KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

    5.2.5 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah

    berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-

    unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan

    Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

    Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld.

    XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.

    5.2.6 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.

    Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum

    mestilah direkodkan.

    Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld.

    11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    18/61

    5.2.7 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan

    menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota

    masyarakat setempat.

    Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan

    4/1985, KP. 8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985.

    5.3 Peruntukan masa.

    Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta

    Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah

    seperti berikut:-

    5.3.1 Sekolah Menengah

    Tingkatan Aliran Peruntukan

    Masa

    Peralihan, 1,2, 3 &

    6

    180 minit

    seminggu

    Sastera 180 minit

    seminggu

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    19/61

    SRT 180 minit

    seminggu

    4 & 5 Perdaganga

    n

    180 minit

    seminggu

    Sains 140 minit

    seminggu

    Pertanian 140 minit

    seminggu

    Teknik 100 minit

    seminggu

    5.3.2 Sekolah Rendah

    Tahun Peruntukan Masa

    3 dan 4 60 minit seminggu

    5 dan 6 120 minit seminggu

    5.4 Tugas dan tanggungjawab guru

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    20/61

    5.4.1 Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai

    kuasa untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi

    menjalankan tugas-tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan

    peruntukan yang sedia ada.

    Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2.

    5.5 Impak Kegiatan Kokurikulum

    5.5.1 Sebagai kegiatan kependidikan, kegiatan kokurikulum berfungsi

    untuk membantu dan membolehkan murid-murid:-

    (a) mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang

    diperolehi di bilik darjah;

    (b) mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran

    yang diperolehi melalui pembelajaran formal di bilik darjah;

    (c) mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana

    ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah

    dan akan dipelajari dalam bilik darjah;

    (d) melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin

    kepada diri sendiri;

    (e) berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar

    untuk mengukuhi keinsafan tentang hakikat kewujudan dan

    menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta

    menyedari kebertanggungjawab diri sendiri ke atas

    kelestarian dan kesejahteraan alam semula jadi;

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    21/61

    (f) mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri

    dalam bidang-bidang yang diceburi

    (g) mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan

    individu lain mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan

    keinsanan yang luhur;

    (h) mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan,

    kerjasama, permuafakatan dan semangat sepasukan;

    (i) menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri

    kepemimpinan, ketabahan dan kecekalan menghadapi

    masalah dan cabaran;

    (j) memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka

    peluang-peluang baru untuk memajukan diri sendiri dan

    rakan-rakan;

    (k) memperoleh pengetahuan, pengalaman, dan

    kemahiran baru yang tidak mungkin diperolehi di bilik darjah;

    (l) meningkatkan kreativiti, inovasi dan kekaryawanan

    dalam bidang-bidang yang diminati;

    (m) memperluaskan persepsi dan pandangan hidup.

    (n) berinteraksi dengan rakan-rakan, dan anggotamasyarakat untuk mewujudkan suasana yang harmoni,

    ceria, aman dan sejahtera serta saling bekerjasama;

    (o) mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang

    berfaedah di samping membina kesihatan dan

    kesejahteraan diri;

    (p) memberi sumbangan tenaga, idea, buah fikiran yang

    bernas, khidmat dan kepakaran kepada yang memerlukan;

    (q) menyuburkan sifat-sifat penyayang (caring),

    bertimbang rasa (understanding), toleransi (tolerance),

    menerima dengan senang hati (acceptance), positivisme

    (positivism), berbudi bahasa dan bersopan santun

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    22/61

    (politeness), kepemimpinan (leadership), empati (empathy),

    dan tegas (assertive).

    (r) memperkembangkan lagi kesejahteraan dan

    ketangkasan jasmani, ketenangan dan kematangan emosi,

    keluhuran rohani, dan kecemerlangan dan ketrampilan

    intelek.

    5.5.2 Unsur-unsur Kependidikan Dalam Kokurikulum:

    Unsur-unsur kependidikan yang perlu dijelmakan dalam kegiatan

    kokurikulum termasuklah yang berikut:-

    Kepercayaan kepada Tuhan.

    Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

    Keluhuran Perlembagaan.

    Kedaulatan Undang-Undang.

    Kesopanan dan kesusilaan.

    Pendidikan Seumur Hidup.

    Keilmuan dan Kepengetahuan.

    Kemanusiaan yang murni.

    Disiplin dan Kebertanggungjawaban.

    Protokol dan Etiket.

    Kemahiran berfikir.

    Ketahanan fizikal dan semangat.

    Kreativiti dan inovasi.

    Kerjaya dan Keusahawanan.

    Kepemimpinan.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    23/61

    Kepengerusan dan kepentadbiran.

    Etika dan amanah.

    Komitmen, iltizam dan dedikasi.

    Kesetiaan dan ketaatan. Kesukarelawanan.

    Kewarganegaraan dan kemasyarakatan.

    Rekreasi dan riadah.

    Penyelidikan dan pembangunan.

    Kebudayaan dan kesenian.

    Komunikasi dan Pergaulan.

    Perpaduan dan integrasi nasional.

    Penilaian dan pengiktirafan.

    Peningkatan kebolehan, kemahiran dan kepakaran.

    Penghargaan

    Fungsi Aktiviti Kokurikulum

    Aktiviti kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Antaranya ialah:

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    24/61

    6.1 Pengukuhan dan Pengayaan

    Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat

    diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini

    juga dapat memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep

    latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan

    tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu,

    cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat

    di dalam bilik darjah.

    Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya

    selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini

    boleh membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam

    pelajaran.

    Contoh-contoh aktiviti yang yang berfungsi bagi pengukuhan dan

    pengayaan :-

    Pasukan unit beruniform

    Aktiviti persatuan/kelab

    Aktiviti sukan dan permainan

    6.2 Khidmat Masyarakat

    Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada

    masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    25/61

    hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai

    semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu

    sama lain.

    6.2.1 Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat:

    Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu

    sumber bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala

    pengetahuan yang diperolehi kepada masyarakat. Contohnya,

    melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat

    pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan

    asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu, banyak lagi

    aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana

    hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan

    masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu

    kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

    6.2.2 Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah

    Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu

    sekolah dalam bentuk material , tenaga, usaha , buah fikiran dan

    kepakaran.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    26/61

    Antaranya ialah :

    a. Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan

    tertentu bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah

    seperti peralatan sukan, pakaian, komputer dan lain-lain;

    b. Memberi ceramah, tunjuk ajar tentang perkara-perkara seperti

    dalam bidang kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran

    tertentu, seperti menganyam, membuat tembikar, menjahit,

    menekat, silat, mengukir, membuat alat-alat permainan tradisi

    dan sebagainya;

    c. Memberi bantuan kepada murid;

    d. Mengadakan projek anak angkat;

    e. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan

    khusus untuk murid-murid daripada pelbagai kaum;

    6.3 Hobi dan Rekreasi

    Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat

    memperolehi pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    27/61

    masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal

    dan mental.

    Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh

    aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga,

    menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/

    cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/

    keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing.

    6.4 Kerjaya

    Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga

    dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta

    dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid.

    Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka

    memasuki dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara

    kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan

    peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang

    mempunyai masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada

    sekolah lain atau masyarakat setempat.Aktiviti-aktiviti yang berkaitan

    dengan pandangan danpengetahuan bidang kerjaya adalah

    ceramah,pameran,lawatan,kajian dan sebagainya.

    6.5 Perkembangan Diri Individu

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    28/61

    Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih

    diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat

    serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan

    kewarganegaraan.

    Kesihatan

    Aktiviti kokurikulum dapat digunakan untuk melatih murid

    membiasakan penjagaan kebersihan diri, antaranya melalui aktiviti

    berikut:

    a. Pasukan Badan Beruniform yang mementingkan pakaian

    dan perawakan yang kemas dan teratur;

    b. Pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan

    langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan

    kemalangan:

    Peningkatan Disiplin

    Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan dan memperkukuhkan

    disiplin murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu.

    PERLEMBAGAAN

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    29/61

    CONTOH PERLEMBAGAAN PERSATUAN1. NAMA DAN ALAMAT

    a. Nama Kelab : Persatuan Bahasa Melayu

    b. Alamat : SK Kem Iskandar,

    Tanjung Sekakap,

    86800 Mersing, JOHOR.

    2. MATLAMAT

    Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara

    seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

    3. OBJEKTIF

    - Melatih ahli menghormati ibu bapa, keluarga, guru dan pemimpin bagi

    memperkuatkan keperibadian sebagai warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan

    intelektual..

    - Ahli kelab boleh menyumbang kepada pemupukan perpaduan rakyat dan

    menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.

    - Memupuk ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara untuk menjadi seorang

    warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah.

    4. KEAHLIAN

    - Dibuka kepada semua murid Tahap 2 di sekolah ini.

    - Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

    - Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan

    akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

    5. GURU PENASIHAT

    - Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    30/61

    - Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu

    aktiviti apabila difikirkan perlu.

    - Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti

    dijalankan.

    6. AHLI JAWATANKUASA

    - Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

    - Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak

    dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli

    Jawatankuasa.

    - Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

    - Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan

    mesyuarat.

    - Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat

    perletakan jawatan kepada Guru Penasihat

    - Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

    > Pengerusi

    > Naib Pengerusi

    > Setiausaha> Penolong Setiausaha

    > Bendahari

    > Penolong Bendahari

    > Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

    > Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

    7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

    Pengerusi

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    31/61

    > Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan

    semua mesyuarat

    > Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan

    diambil tindakan yang sewajarnya.

    > Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    Naib Pengerusi

    > Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

    > Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

    > Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    Setiausaha

    > Menguruskan hal-hal surat menyurat.

    > Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

    > Mencatat kehadiran ahli

    > Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.> Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    Penolong Setiausaha

    > Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

    > Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

    > Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    Bendahari

    > Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    32/61

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    33/61

    semasa Mesyuarat Agung.

    - Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

    - Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaaan besar

    boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

    - Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun SUWA

    sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

    9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

    - Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh

    persatuan/kelab sepanjang tahun.

    - Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis

    surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian

    kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

    10. AKTIVITI

    - Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli

    jawatankuasa.

    - Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepadapengetahuan ahli.

    11. PERATURAN-PERATURAN

    - Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

    - Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

    - Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

    12. TINDAKAN DISIPLIN

    - Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    34/61

    mematuhi peraturan yang ditetapkan.

    - Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

    - Amaran lisan

    - Amaran bertulis

    - Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan

    kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru

    Penasihat adalah muktamad.

    13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

    - Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

    - Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru

    Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

    - Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa

    akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

    - Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh

    Pengetua/Guru Besar.

    14. PEMBUBARAN PERSATUAN

    - Pengetua Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapatimelanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

    - Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

    Agung Tergempar.

    15. HAL-HAL LAIN

    - Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang

    dijalankan.

    - Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ahli

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    35/61

    kokurikulum

    1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

    Merancang aktiviti sekolah.

    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

    Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

    Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

    Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.

    Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum

    peringkat daerah/negeri/kebangsaan.

    Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.

    Menentukan tarikh kejohanan olahraga sekolah,merentas desa,hari

    kecemerlangan kokurikulum dan kegiatan lain.

    Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

    Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di

    sekolah.

    Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan

    yang akan digunakan.

    Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah

    menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

    Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

    2. Penolong Kanan Kokurikulum

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    36/61

    Menetukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.

    Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum

    sekolah.

    Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja

    kokurikulum.

    Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan

    lancar,berterusan dan berkesan.

    Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti

    kokurikulum.

    Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti

    kokurikulum.

    Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.

    Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.

    Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada

    setiausaha kokurikulum,penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-

    penyelaras unit.

    Memustukan pengurniaan yang akan diberikan kepada pelajar yang

    mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

    3. Setiausaha Kokurikulum

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    37/61

    Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

    Membantu pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-

    guru,perancangan,pelaksanaan dan penilaian pelajar.

    Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti

    persatuan/kelab/badan beruniform dan sukan/permainan.

    Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum

    dipatuhi.

    Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.

    Memastikan boring-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan

    mencukupi.

    Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum

    dan mengadakan latihan dengan mereka.

    4. Setiausaha Sukan

    Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.

    Menyediakan takwim dan aktiviti yang sesuai dengan aktiviti

    MSSD/MSSN/MSSM.

    Membantu pengetua mengagihkan tugas dalam olahraga dan permainan.

    Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.

    Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.

    Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.

    Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.

    Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.

    Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.

    Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar

    sekolah untuk edaran,rujukan dan rekod.

    Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk

    kepentingan sukan sekolah.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    38/61

    Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku

    Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

    Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan

    kemahiran diri.

    5. Penyelaras Persatuan/Kelab/Unit Beruniform

    Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan

    beruniform.

    Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

    Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

    Menyediakan boring kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai

    persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.

    Menentukan aktiviti,surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan

    baik.

    Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun

    pada tarikh yang ditetapkan.

    Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum.

    Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti.

    Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran,rujukan

    dan rekod.

    Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian

    kokurikulum sekolah.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    39/61

    6. Guru Penasihat/Pemimpin

    Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli

    Jawatankuasa.

    Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

    Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

    Memastikqan jawatankuasa menjalankan tugas sepertio terkandung dalam

    perlembagaan.

    Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

    Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan

    Beruniform/Kelab Persatuan/Sukan Permainan.

    Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan

    baik.

    Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.

    Mendaftarkan Badan Beruniform,Kelab/Persatuan serta Sukan Permainan.

    Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada

    ahli-ahli.

    Menguruskan penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat

    sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

    Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

    Menandatangani buku kehadiran ahli.

    Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang

    diwakili.

    Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

    Memastikan tiadak ada unsure subversive tersebar dalam kalangan ahli.

    Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada

    Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

    Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    40/61

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke

    semasa.

    7. Guru Kelab Permainan/Rumah Sukan

    Membentuk jawatankuasa.

    Merancang meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan minat pelajar dalam

    permainan.

    Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.

    Memastikan undang-undang permainan da pelawanan dipatuhi.

    Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim

    kokurikulum sekolah.

    Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.

    Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar

    sekolah.

    Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandinagn yang disertai.

    Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

    Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

    Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan

    baik,selamat dan mencukupi untuk digunakan.

    Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.

    Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk

    mempertingkatkan.

    Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang.

    Menghadiri kursusu permainan yang dianjurkan oleh pentadbiran sukan

    negara.

    Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    41/61

    8. Pengerusi

    Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

    kesempurnaan semua mesyuarat.

    Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

    diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

    ke masa.

    9. Timbalan Pengerusi

    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

    diberi.

    Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleg Guru Penasihat dari masa

    ke semasa.

    10.Setiausaha

    Menguruskan hal-hal surat menyurat.

    Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

    Mencatat kehadiran ahli.

    Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

    ke semasa.

    11.Penolong Setiausaha

    Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

    tanggungjawabnya.

    Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    42/61

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

    ke semasa.

    12.Bendahari

    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

    bertanggungjawab diatas kesahihannya.

    Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta

    menandatanganinya.

    Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta didalam mesyuarat

    jawatankuasa.

    Menyediakan Laporan Kewangan untuk di Audit dan dibentangkan dalam

    Mesyuarat Agung.

    13.Penolong Bendahari

    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

    ke semasa.

    14.Ahli Jawatankuasa

    Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

    dilaksanakan.

    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

    ke semasa.

    15.Pemeriksa Kira-Kira

    Memeriksa,menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan

    bertanggungjawab keatasnya.

    Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    43/61

    Penilaian ko kurikulum

    Pendahuluan

    1. Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam,

    kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik

    darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran

    di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik

    darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran.

    2. Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 13 jenis pasukan pakaian seragam,

    100 jenis kelab/persatuan serta 30 jenis kelab sukan dan permainan. Setiap pelajar

    diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis/komponen

    aktiviti tersebut.

    3. Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah,

    pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi

    oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza.

    Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya berdasarkan

    persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

    4. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil Bahagian pengajian

    Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dinilai secara

    standard agar aspek ini dapat diambil kira dlam proses pemgambilan pelajar ke

    institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

    Rasional

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    44/61

    1. Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza

    antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidak

    samarataan dalam pemberian markah kepada pelajar. Kemungkinan ada pelajar

    memperolehi markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum

    adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur

    ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

    2. Sehingga kini belum ada garis panduan dan format borang tertentu dalam membuat

    penilaian aktiviti kokurikulum. Pengiktirafan dalam kegiatan kokurikulum hanya dibuat

    dalam bentuk sijil dan surat akuan yang dikeluarkan oleh sekolah dan badan tertentu.

    Dalam hal ini amatlah wajar jika penilaian yang dibuat tidak hanya berlandaskan

    pencapaian dalam kegiatan semata-mata kerana aspek-aspek lain seperti kehadiran

    dalam aktiviti, tanggungjawab yang disandang dan penglibatan pelajar dalam sesuatu

    kegiatan kokurikulum perlu diambilkira.

    3. Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar-pelajar untuk bergiat lebih

    aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk

    memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang

    bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang

    cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai citi-citi

    mereka.

    Objektif

    1. Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai

    oleh semua sekolah.

    2. Membantu Bahagian Sekolah (Sekolah Berasrama Penuh) dan Bahagian Pengajian

    Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke asrama penuh daninstitusi-institusi pengajian tinggi

    3. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar

    dalam aktiviti kokurikulum.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    45/61

    Prosedur kertas kerja1. Tujuan

    Kertas kerja yang dikemukakan hendaklah dinyatakan tujuannya untuk

    mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada pihak

    pentadbiran.

    2. Pengenalan

    Program yang ingin dilaksanakan hendaklah di perkenalkan merangkumi

    perkara-perkara berikut :

    2.1 Latar belakang program yang akan dijalankan.

    2.2 Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar.

    2.3 Nyatakan pihak yang akan bekerjasama.

    3. Objektif

    3.1 Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai

    3.2 Memberikan huraian objektif yang mantap dan jelas maksudnya serta

    tidak melerat-lerat.

    3.3 Ada hubungkait dengan matlamt program jika sekiranya bekerjasama

    dengan pihak luar.

    4. Justifikasi

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    46/61

    Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.

    5. Tarikh,Hari dan Tempat Program

    Menyatakan tarikh,hari dan tempat program akan dilaksanakan secara lengkap.

    6. Senarai Tetamu Kehormat dan Perasmi Program

    Senaraikan nama Tetamu Kehormat dan nyatakan nama Perasmi jika orangnya

    berbeza.

    7. Senarai Penceramah

    Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap penceramah yang dicadangkan.

    8. Kumpulan Sasaran/Peserta

    8.1 Nyatakan siapa peserta program (sama ada

    pelajar/kakitangan/masyarakat

    luar atau antarabangsa dan jumlahnya)

    8.2 Berikan justifikasi mengapa mereka dipilih

    8.3 Sertakan maklumat lengkap peserta

    9. Tentatif Program

    Sediakan cadangan tentative yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir

    program termasuk aturcara perasmian dan penutup.Nyatakan juga

    masa,tempat,nama penceramah dan tajuk ceramah.

    10. Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan Senarai Tugas

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    47/61

    10.1 Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa beserta nombor matrik

    dan jawatan yang disandang serta peranan dan tugasnya.

    1.2 Bagi melicinkan aktiviti/projek setiap ajk diatas boleh melantik ajk kecil.

    1.3 Semua jawatan dan ajk yang ditetapkan adalah kekal unruk digunakan

    bagi setiap urusan surat menyurat.

    11. Anggaran Kewangan

    Nyatakan secara terperinci dan logic anggaran pendapatan dan perbelanjaan

    program dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan.Nyatakan jumlah

    pembiayaan yang diperlukan :

    11.1 Pendapatan

    11.2 Perbelanjaan

    11.3 Sumbangan

    11.4

    12. Keperluan Peralatan

    Senarai keperluan jika ada.

    13. Penutup

    Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan.

    14. Tandatangan

    Sila sediakan ruang tandatangan,nama penuh serta jawatan penyedia kertas

    kerja,disemak oleh Tenaga Pengajar,diperakukan oleh Penyelaras dan

    diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    48/61

    Diari mingguan

    Minggu 1

    Tarikh : 29 Disember 2009

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Pengenalan berkaitan kursus pengurusan kokurikulum

    Pembahagian kumpulan pelajar kepada 5 kumpulan

    Perlantikan ahli jawatan kuasa bagi kumpulan iaitu Kelab Kebudayaan

    Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang instruktor, dan instruktor

    diperkenalkan kepada kumpulan

    Perbincang untuk membentuk perlembagaan kelab, nama kelab, misi, visi dan

    logo kelab

    Perbincangan mengenai RI pengurusan kokurikulum dan penerangan berkaitan

    dengan kertas kerja, dan buku log yang perlu disediakan oleh setiap peserta.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    49/61

    Minggu 2

    Tarikh : 5 Januari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Bermula kuliah yang pertama, iaitu berkaitan pengenalan pengurusan dan

    pengelola kokurikulum

    Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang

    tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik

    darjah. Program akan dilaksanakan melalui badan beruniform, persatuan, kelab,

    sukan dan permainan.

    Selain itu, sejarah aktiviti kokurikulum di sekolah yang bermula sejak zaman

    penjajahan British. 1909 - ditubuhkan pasukan Pengakap sekolah yang pertama di

    Singapura. 1956 - Penekanan aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan

    secara berkumpulan di dalam surat arahan School Course of Studies Regulation

    1956.

    Di samping itu, berkaitan dengan falsafah kokuikulum.

    Seterusnya tugas ahli jawatankuasa JKPPAKK yang terdiri daripada Pengetua

    (pengerusi), Penoling Kanan (timbalan pengerusi), setiausaha, ahli jawatan kuasa

    penyelaras yang terdiri daripada penasihat- penasihat kelab, persatuan, dan unitberuniform.

    Perjumpaan dengan instruktor untuk berbincang tentang program yang akan

    dilakukan dan perlantikan ahli jawatankuasa program seperti pengarah, timbalan

    pengarah, setiausaha, timbalan setiausaha, bendahari, dan timbalan serta biro-biro

    yang lain dan membuat perlembagaan kelab.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    50/61

    Minggu 3

    Tarikh : 12 Januari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Pelajaran seterusnya ialah penubuhan pasukan pakaian seragam (pps) sekolah.

    PPS ialah Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/ pergerakan yang ditubuhkan

    secara formal oleh sesebuah institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan

    ahlinya memakai pakaian seragam yang ditetapkan mengikut peraturan yang telah

    diwartakan atau termaktub dalam peraturan dan undang PPS berkenaan.

    Guru besar atau pengetua digalakkan supaya menubuhkan PPS/badan beruniform

    yang boleh didaftarkan sebagai sebagai badan/pasukan/unit gabungan dengan PPS

    yang sedia ada di peringkat daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa [Peraturan 11;

    Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah) 1998]

    Selain itu, matlamat penubuhan PPS terbahagi kepada dua iaitu, objektif am dan

    objektif khusus.

    Pembentangan perlembagaan kelab

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    51/61

    Minggu 4

    Tarikh : 19 Januari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Pentadbiran dan pengurusan persatuan / kelab dan pasukan beruniform di sekolah,

    kesetiausahaan.

    Pentadbiran dan pengurusan persatuan/kelab dan PPS bermaksud kerja-kerja yang

    berkait dengan fungsi dan perjalanan mana-mana persatuan/kelab/PPS yang telah

    ditubuhkan sebagai entiti pendidikan dalam bidang kokurikulum di sekolah

    antaranya ialah mentadbir, menguurs, mengelola, mnyelia, mengendali dn

    menerajui operasi

    Kesetiausahaan adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitn dengan tugas

    atau profesion setiausaha.

    Antara bidang-bidang tugas setiausaha adalah menyediakan surat-menyurat,

    mengendalikan fail dan rekod, menguruskan mesyaurat, mendokumentasikan datadan maklumat, dan penerbitan. Selain itu, menyediakan ucapan dan kata-kata

    aluan, menyediakan laporan, prkidmatan kaunter, dan perhubungan luar.

    Di samping itu, setiausaha perlu menyimpan dengan kemas dan teratur surat yang

    diterima dan keluar. Kaedah menfailkan surat ialah surat yang diterima perlu dicop

    atau ditulis tarikh penerimaan, seterusnya masukkan dalam fail yang berkaitan dan

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    52/61

    rekodkan dalam kertas minit fail yang berwarna merah. Salinan surat yang

    dikeluarkan hendaklah difailkan dan direkod dalam kertas minit fail dengan dakwat

    berwarna biru.

    Minggu 5

    Tarikh : 26 Januari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Pada minggu ini, pembelajaran diteruskan dengan sambungan pps dan tajuk

    pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

    Antara subtopik dalam tajuk ini ialah dasar pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Aktiviti

    mestilah mematuhi peraturan 2 (peraturanperaturanPedidikan kurikulum

    Kebangsaan) 1977. Ciri-ciri penting kukurikulum yang hendak dilaksanakan di

    sekolah ialah perlu dirancang, merupakan lanjutan proses pengajaran dan

    pembelajaran, serta memberi peluang kepada pelajar memantapkan dan

    menambahkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni.

    Selain itu, mesti mematuhi Subperaturan 3(1) dalam Peraturan 2 [Peraturan-

    Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977] yang menyatakan

    Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan, membantu

    perkembangan murid, menanam dan mempertingkatkan nilai moral serta

    menyampaikan ilmu pengetahuan

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    53/61

    Perbincangan kertas kerja antara ahli kumpulan dan dapatkan pandangan dari

    instruktor dan pembentangan perlembagaan Kelab.

    Minggu 6

    Tarikh : 2 Februari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    En. Anizan menunjukkan contoh kertas kerja yang perlu disediakan.

    Antara yang perlu ada dalam kertas kerja ialah nama kelab, alamat, nama program,

    tarikh, tempat dan anjuran

    Selain itu, isi kandungannya adalah tujuan, pengenalan, objektif program, faedah,

    tarikh, hari dan tempat. Selain itu, senarai tetamu kehormat dan perasmian,

    kumpulan sasaran, senarai nam ahli jawatakuasa induk, anggaran kewangan ,

    tentatif program, keperluan peralatan dan penutup. Seterusnya kertas kerja akan

    ditanda tangani oleh setiausaha, disokong oleh pensyarah dan diluluskan.

    Perbincangan kertas kerja kelab.

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    54/61

    Minggu 7

    Tarikh : 9 Februari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Pada minggu ini, kuliah seterusnya ialah pengurusan risiko dan keselamatan.

    Matlamat pengurusan kokurikulum ialah mewujudkan satu keadaan yang selamat

    bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan, kecederaan atau kematian

    semasa pengendalian sesuatu aktiviti kokurikulum.

    Selain itu, langkah-langkah pengurusan risiko ialah mengenalpasti risiko atau

    bahaya yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti kokurikulum, membuat penilaian

    risiko dari segi tahap bahaya dan kekerapan, memilih kaedah yang perlu digunakan

    untuk mengurus risiko untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan dari

    berlaku

    Di samping itu, antara prosedur kecemasan ialah terdapat peralatan pertolongan

    cemas semasa aktiviti diadakan, terdapat guru atau pelajar yang mempunyai

    kemahiran dan pandai melakukan pertolongan cemas, dan terdapat guru yang akan

    menghantar orang yang terlibat dalam kemalangan atau cedera, mengenal pasti

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    55/61

    lokasi pihak-pihak yang dapat memberi bantuan jika diperlukan serta merekod dan

    membuat laporan.

    Seterusnya ialah penyeliaan dan pengawasan apabila sesuatu aktiviti kokurikulum

    tersebut diadakan.

    Sub topik seterusnya ialah kemudahan dan peralatan berkaitan dengan penjagaan

    dan penyenggaraan peralatan. Sebelum sesuatu peralatan digunakan, pemeriksaan

    dilakukan, dan mestilah mengetahui cara pengunaan alatan dengan betul serta

    mengetahui prosedur pengangkutan yang akan digunakan jika melbatkan aktiviti

    diluar kawasan sekolah.

    Minggu 8

    Tarikh : 23 Februari 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    En. Anizan menerangkan tentang surat menyurat yang perlu disediakan

    Perbincangan dengan ahli kumpulan berkaitan dengan program yang akan diadakan

    Belajar Dasar pelaksanaan aktiviti kokurikulum

    Minggu 9

    Tarikh : 2 Mac 2010

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    56/61

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

    Pada minggu ini, En. Anizan menerangkan tentang buku log. Apa yang perlu ada

    dalam setiap buku log yang disediakan oleh setiap pelajar.

    Antaranya ialah apa yang perlu ada pada muka hadapan buku log, isi kandungan

    yang perlu ada, yang berkaitan dengn kumpulan masing-masing.

    Minggu 10

    Tarikh : 9 Mac 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :CUTI

    Minggu 11

    Tarikh : 16 Mac 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    57/61

    Pada minggu ini, perbincangan dengan instruktor berkaitan dengan program yang

    diadakan.

    Setiap biro berbincang untuk membuat persiapan program masing-masing

    Perbincangan diadakan untuk mengetahui masalah dan perkembangan setiap biro.

    Setiap kumpulan meminta duit bagi setiap program.

    Minggu 12

    Tarikh : 23 Mac 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :CUTI

    Minggu 13

    Tarikh : 30 Mac 2010

    Tempat : Dewan kuliah A

    Masa : 5.00 pm 7.00 pm

    Aktiviti :HANTAR BUKU LOG

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    58/61

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    59/61

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    60/61

    KESIMPULAN

  • 7/31/2019 Buku Log Pengurusan Koku (1)

    61/61

    Subjek pengurusan ko-kurikulum yang diajar kepada para pelajar semester dua

    sangat bagus sebagai pendedahan kepada para pelajar sebelum menjadi seorang

    guru. Ini kerana subjek kokurikulum juga sama pentingnya dengan subjek kurikulum di

    sekolah kerana penilain untuk memasuki IPTA juga mengambi kira penglibatan pelajar

    dalam aktivti kokurikulum di sekolah.

    Bakal guru seharusnya mengetahui cara atau proses untuk penubuhan

    kelab,persatuan dan pakaian seragam di sekolah untuk memudahkan guru jika ingin

    menubuhkan kelab, persatuan atau badan beruniform baru di sekolah. Pendedahan

    awal kepada bakal guru akan membolehkannya menerima pendedahan awal berkaitan

    dengan kokurikulum sebelum terlibat secara langsung semasa menjadi seorang guru

    nanti.