ebook percuma panduan menulis novel - berpandukan kisah benar

41
Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki. © Hakcipta Terpelihara 1 Oleh Muhd Nasruddin Dasuki PERINGATAN Anda dilarang menjual ebook ini dengan apa cara sekalipun tanpa memohon kebenaran daripada penulis. Bagaimanapun anda dibenarkan untuk menyebarkan ebook ini kepada rakan-rakan dengan memberikan link utama ebook ini. Link adalah seperti di bawah: http://www.caramudahtulisnovel.com http://mnasruddindasuki.blogspot.com http://muhdnasruddin.wordpress.com Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Upload: mis-fiori

Post on 01-Jul-2015

495 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 1

Oleh Muhd Nasruddin Dasuki

PERINGATAN

Anda dilarang menjual ebook ini dengan apa cara sekalipun tanpa memohon kebenaran daripada penulis. Bagaimanapun

anda dibenarkan untuk menyebarkan ebook ini kepada rakan-rakan dengan

memberikan link utama ebook ini. Link adalah seperti di bawah:

http://www.caramudahtulisnovel.com http://mnasruddindasuki.blogspot.com http://muhdnasruddin.wordpress.com

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 2

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan 2. Pengenalan mengenai ebook. 3. Salahkah mengambil kisah benar di akhbar untuk dijadikan novel. 4. Contoh kisah benar yang disiarkan di akhbar. 5. Panduan sebelum menulis sinopsis daripada kisah benar. 6. Contoh menulis sinopsis teknik pertama 7. Cadangan menyambung cerita daripada kisah sebenar. 8. Contoh cadangan pertama. 9. Contoh cadangan kedua. 10. Contoh cadangan ketiga. 11. Contoh menulis sinopsis teknik kedua. 12. Contoh menulis sinopsis teknik ketiga. 13. Contoh menulis kerangka novel teknik pertama 14. Contoh menulis kerangka novel teknik kedua 15. Contoh menulis kerangka novel teknik ketiga 16. Kesimpulan 17. Promosi

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 3

PANDUAN MENULIS NOVEL - Berdasarkan Kisah Benar.

1. PENDAHULUAN SEBELUM kita menjengah lebih jauh mengenai topik di atas, sebaik-baiknya kita mengenali apa itu ‘ebook?’ Rupa-rupanya masih ramai di antara kita yang masih samar-samar dengan apa yang dikatakan ‘ebook.’ Walaupun sebelum ini ada yang pernah mendengarnya tetapi mereka tidak pernah mengenali dengan lebih dekat lagi. Tidak dinafikan, selama ini mereka lebih terdedah dengan buku berbentuk fizikal tetapi apabila kemunculan ebook dalam geografi teknologi maklumat, mereka seperti terlepas pandang. Bagaimanapun di dalam ruangan terhad ini, saya akan terangkan secara ringkas apa itu ebook kerana sebagai penulis, yang rapat dengan dunia perbukuan dan penulisan, mereka sewajarnya lebih arif mengenai ebook. Ebook adalah kependekkan dari perkataan ‘electronic book’. Supaya mudah disebut, ia dikenali dengan ‘ebook’ sahaja. Di dalam bahasa Melayunya disebut ‘ebuku’. Tetapi sebutan ebook lebih melekat di minda kita daripada kita menyebut ‘ebuku”. Ebook juga merupakan produk digital yang kebanyakannya berbentuk informasi dan lazimnya ia dihasilkan dalam format Microsoft Word kemudian ditukar ke format PDF. Tujuannya supaya isi kandungan di dalam ebook itu tidak mudah diubahsuai oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan mengakui ebook itu adalah hakciptanya. KELEBIHAN EBOOK

1. Mudah disimpan di dalam PC atau laptop. 2. Boleh dicetak (print out) sendiri. 3. Boleh dikemaskini dari semasa ke semasa jika berlaku perubahan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 4: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 4

4. Tidak dijual di kedai-kedai buku. 5. Hanya boleh dibeli melalui website yang mengeluarkan ebook berkenaan. 6. Boleh ditulis oleh sesiapa sahaja yang memiliki kepakaran dalam bidang-

bidang tertentu. 7. Boleh diterbitkan sendiri tanpa melalui penerbit. 8. Mudah membeli tanpa ke kedai hanya melayari internet. 9. Pembeli hanya menerima ebook setelah pembayaran dibuat kepada

penjual melalui akaun bank. 10. Pembeli hanya perlu men’download’ melalui laman web setelah di beri kata laluan.

Untuk mendapatkan pelbagai ebook, pembeli boleh mencari di search engine Google dan taipkan ebook apakah yang anda mahu cari. Ebook boleh didapati secara membeli atau percuma.

Tidak rugi memberikan ebook percuma kepada mereka yang berminat

kerana kosnya yang lebih murah berbanding dengan kos buku berbentuk fizikal. Pemberian ebook percuma kepada yang berminat bukanlah satu yang baru malah ia biasa dilakukan oleh penulis ebook yang pakar di dalam sesuatu bidang.yang diceburi.

Begitu juga dengan pemberian ebook ini kepada anda dengan tujuan

untuk menyebarkan ilmu dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu bidang. Tidak semua ilmu mesti dibeli, seperti juga dengan ilmu Allah yang dikurniakan kepada manusia melalui kitab suci al-Quran.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu dari Allah s.w.t,

kemudian ilmu itu dijadikan kitab, Allah tidak mengenakan sebarang bayaran. Cuma apabila ilmu di dalam al-Quran itu disusun untuk ditatap umat dan dijadikan naskah barulah kita yang ingin mengetahui isi kandungan terpaksa membeli daripada penjual.

Namun ada juga mereka yang membeli al-Quran kemudian

menyedekahkan al-Quran itu kepada masjid-masjid, surau, madrasah dan sebagainya dengan harapan ilmu Allah itu dapat dinikmati oleh semua orang. Itu sebenarnya sebagai tanggungjawab sosial dan bukan mengharapkan balasan.

Mudah-mudahan apa yang mereka lakukan itu, Allah akan melorongkan

rezeki yang lebih kepada mereka yang sudi menyebarkan ilmu kepada manusia lain. Begitulah juga dengan pemberian ebook percuma ini kepada saudara dan saudari.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 5: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 5

2. PENGENALAN MENGENAI EBOOK INI EBOOK percuma ini ditulis bertujuan untuk memberikan panduan dan maklumat kepada mereka yang ingin memulakan menulis novel tetapi masih terkapai- kapai. Jika di dalam ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) ada diterangkan cara atau panduan untuk mendapatkan bahan-bahan untuk ditulis novel seperti cerita daripada keratan akhbar atau majalah tetapi tidak dijelaskan secara terperinci bagaimanakah cara untuk menulis berserta contohnya, tetapi di dalam ebook percuma ini, topik ini akan diterangkan secara lebih terperinci. Oleh itu, mereka yang belum mendapatkan ebook CMMN, disarankan supaya memiliki ebook berkenaan kerana banyak lagi maklumat akan diberi selepas ini. Ebook CMMN masih dijual dan mereka yang berminat boleh melayari web http://www.caramudahtulisnovel.com . Apabila kita menatap akhbar setiap hari, kita akan terbaca pelbagai jenis cerita yang sememangnya benar-benar berlaku. Bagaimanakah kita hendak mengambil cerita berkenaan untuk diolah menjadi sebuah novel? Cara inilah nanti yang akan diterangkan kepada mereka yang memiliki ebook percuma ini. Apa yang saya harapkan ebook percuma ini akan memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada mereka yang hendak menulis novel kerana penerangannya yang jelas dan mengambil contoh dari keratan-keratan akhbar untuk diolah menjadi sebuah novel. Saya juga mengharapkan maklum balas daripada anda yang telah memiliki ebook percuma ini dengan menyalurkan pandangan atau maklumat. Mereka boleh menyalurkan pandangan atau apa sahaja masalah sama ada menghantar email kepada saya atau memberikan komen di ruang yang

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 6: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 6

disediakan di dalam blog saya. http://mnasruddindasuki.blogspot.com atau http://muhdnasruddin.wordpress.com. Dan boleh juga menulis di facebook saya. http:/www./facebook.com/muhd.n.dasuki. Untuk pengetahuan anda yang memiliki ebook percuma ini, mereka dibenarkan untuk menyebarkan luaskan maklumat ini tanpa mengubah isi kandungannya dengan syarat mereka mesti memberikan di mana maklumat ini diperolehi atau link daripada webblog saya. Sekian terima kasih. Semoga anda yang memiliki ebook ini dapat melakukan sesuatu setelah memperolehi ilmu daripada ebook ini.

Muhd Nasruddin Dasuki. Penulis Ebook Cara Mudah Menulis Novel – Pakej Lengkap Berserta Contoh Ebook 50 Tip Menulis Novel – Panduan Asas Yang Berkesan Ebook Panduan Penulis Novel – Berdasarkan Kisah Benar

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 7: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 7

3. SALAHKAH MENGAMBIL KISAH BENAR DI AKHBAR DIJADIKAN NOVEL Jawapannya TIDAK SALAH. Apabila kita mengambil cerita yang disiarkan di akhbar, majalah atau dari mulut kawan kita sendiri, kemudian kita mengolah untuk dijadikan bahan menulis novel, adakah ia satu kesalahan? Jika novel itu terbit, adakah orang yang kita ceritakan itu boleh mengambil tindakan undang-undang dengan alasan kita menulis kisah hidupnya tanpa kebenaran?

Jawabnya tidak. Kisah hidup merupakan satu bahan sejarah. Apa juga fakta, termasuk bahan sejarah, ia tidak dilindungi undang-undang hak cipta. Oleh yang demikian, bukan menjadi satu kesalahan jika kita mengambil cerita yang disiarkan di akhbar kemudian kita olah dan menjadikannya sebuah novel.

Apa yang dialami oleh orang yang diceritakan di dalam akhbar atau majalah, juga dialami oleh orang lain. Orang yang diceritakan di dalam akhbar atau majalah itu tidak boleh mendakwa itu adalah ceritanya.

Sebagai contoh, gadis yang melahirkan anak tidak sah taraf, mengedar dadah, berkhalwat, perceraian dan sebagainya. Ini kerana apa yang dialami oleh mereka, dilakukan juga oleh orang lain. Malah individu yang paling terkenal di dunia seperti Puteri Lady Diana, kisah hidupnya juga ditulis oleh ramai penulis di dunia, adakah ada imdividu yang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka?

Untuk pengetahuan, kisah hidup seseorang bukanlah karya seni yang

dilindungi undang-undang. Tetapi buku yang ditulis mengenai kisah hidup seseorang itulah yang dilindungi undang-undang. Ini bermakna, orang yang

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 8: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 8

menulis buku itu yang berhak ke atas hakcipta tulisannya, bukan bahan atau orang yang diceritakan di dalam buku itu.

Satu contoh lagi, seorang kawan saudara bercerita kepada saudara mengenai kisah hidupnya. Setelah dia selesai bercerita dari A hingga Z, saudara mendapat idea ceritanya itu sesuai dijadikan novel dengan sedikit penambahan dan olahan. Akhirnya lahirlah novel yang saudara tulis berdasarkan kisah hidup kawan saudara itu.

Adakah kawan saudara itu boleh menyaman saudara? Jawabnya tentulah tidak? Kisah hidup kawan saudara itu bukan karya seni. Tetapi jika buku saudara itu diciplak oleh orang lain dan terbit pula, saudara boleh menyaman orang yang menciplak buku saudara itu. Ini kerana buku saudara itu telah menjadi karya seni.

Oleh yang demikian, salah satu cara mendapat bahan atau idea untuk menulis novel ialah mengambil cerita-cerita yang pernah disiarkan di akhbar atau majalah. Jika saudara seorang yang kreatif, saudara boleh mengambil tiga atau empat cerita yang berlainan kemudian diolah seolah-olah apa yang berlaku itu ada kaitan di antara watak-watak yang wujud.

Mengolah cerita-cerita seperti ini memerlukan latihan, namun ia bukanlah satu tugas yang berat. Ia akan menjadi mudah jika saudara terlebih awal menulis kerangka cerita. Kerangka cerita memudahkan penulis memasukkan bahan-bahan yang telah dikumpul, bersesuaian dengan bab yang sedang dituilis.

Akhirnya jadikan tabiat mengumpul cerita menarik untuk dijadikan bahan menulis novel. Contohnya bagaimana gadis Malaysia boleh lari mengikut teman lelaki dan berkahwin di tanah seberang dan akhirnya menyedari ia satu kesilapan setelah merasai hidup susah di rantau orang.

Itu hanya pokok cerita, tetapi rantingnya atau sub plotnya ialah latar belakang keluarga, pergaulan anak gadis berkenaan, masalah sosial yang berlaku di persekitaran, kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini, budaya hidup yang berlainan dan sebagainya.

Manakala watak utamanya ialah gadis yang dilarikan, pemuda yang

melarikan, ibu bapa, adik beradik, jiran-jiran pihak berkuasa dan sebagainya.

Pada asasnya cerita berkenaan mungkin tidak menarik, tetapi jika cara mengolahnya bijak dengan menampilkan unsur-unsur suspen, sudah tentu ia menjadi sebuah novel yang menarik. Tema kekeluargaan masih lagi mendominasi kebanyakan novel yang diterbitkan kerana ia bersifat ‘evergreen’.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 9: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 9

4. CONTOH KISAH BENAR DISIARKAN DI AKHBAR YANG BOLEH DIOLAH MENJADI SEBUAH NOVEL

DI ATAS merupakan satu contoh satu kisah yang pernah disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia pada 13 Disember 2009 di dalam Ruangan Wanita. Kepada penulis yang peka dengan sesuatu perkara, apabila membaca cerita-cerita di dalam akhbar, hati akan berdetik bahawa kisah-kisah seperti ini boleh digarap dan diolah untuk dijadikan sebuah novel. Pertama kali saya membaca Luahan Rasa wanita ini, hati saya berdetik bahawa kisah benar ini jika bijak mengolah akan menjadi sebuah novel yang menarik. Ia banyak mengandungi pengajaran, mesej berguna untuk dijadikan ikhtibar pembaca. Kepada mereka terlepas membaca kisah ini saya akan tuliskan semula apa yang telah dituliskan oleh wanita ini. Semoga ia akan menginsafkan kita apabila menghayati cerita benar ini.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 10: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 10

Kisah benar ini ditulis oleh wanita itu sendiri dan bukan menceritakan kepada wartawan dan wartawan itu menulis semula. Ikuti luahan rasanya ini. Beginilah kisah yang ditulis oleh wanita itu. PADA 14 tahun yang lalu, saya ádalah seorang penuntut IPT di selatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya ádalah pelajar yang lemah. Saya menggabui mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya tinggal bersama tujuh kawan di rumah sewa saya. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa, pergi ke kuliah tetapi mereka pulang ke rumah pukul 10.00 malam. Apabila ditanya, mereka akan menjawab ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya saya bersama kawan-kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek sebagai pekerja dobi. Setelah tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu, kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedíh. Keluarga saya, suami, mentua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak-anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Di sana, Allah telah tunjukkan pada saya suatu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya pada saya, “ Adakah satu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lai? Jika

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 11: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 11

benar, pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat.” “Tetapi anak masíh ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya menceritakan keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah akan tidak menerima amalan anak.,” katanya. Ya Allah, inikah balasanmu terhadapku aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina satu ketika dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka di ruangan ini, saya ingn memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UITM 1995 atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan ini tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang sekeliling. Nama pengirim sengaja tidak dituliskan di sini demi menjaga maruahnya. Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan, semoga apa yang berlaku ke atas wanita ini menjadi ikhtibar kepada semua supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan aib orang lain.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 12: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 12

5. PANDUAN SEBELUM MENULIS SINOPSIS DARIPADA KISAH BENAR SETELAH kita membaca keratan dari akhbar itu, apakah yang mula-mula sekali kita lakukan? Apakah kita terus menulis sinopsis berpandukan kisah di atas atau melakukan kajian terlebih dahulu. Ada beberapa pilihan yang perlu anda ambil perhatian.

1. Cerita di atas ádalah cerita pokok yang tidak ada sub plot. 2. Anda boleh menyediakan sub plot apabila anda menulis kerangka novel

nanti. 3. Anda boleh mengambil keeseluruhan cerita di atas untuk dijadikan novel

tetapi sebaik-baiknya anda mengolah cerita itu dengan idea anda itu. 4. Cerita di atas boleh ditokok tambah supaya nampak penulis tidak semata-

mata bergantung kepada kisah di atas tetapi sumbangan penulis memberikan idea untuk menjadikan novel lebih menarik dan kreatif.

5. Nama atau watak- awatak sebenar hendaklah diubah. 6. Apa yang penting sekali ialah memahami susunan atau urutan cerita di

atas supaya ada mempunyai landasan dan tidak terkeluar dari mesej yang hendak disampaikan.

7. Cerita di atas umpama sebatang pokok yang tidak anda belum ada cabang dan ranting.

8. Tugas anda untuk menumbuhkan cabang dan ranting supaya ia kelihatan rendang dan kelihatan seimbang.

9. Sediakan nama watak utama dan watak-watak sampingan bagi mengantikan nama yang digunakan di dalam kisah benar itu. Begitu juga dengan lokasi dan masa.

10. Jika anda terlalu mengikut apa yang dipaparkan, dibimbangi ia akan menjadi satu cerita biografi.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 13: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 13

Di dalam kisah benar di atas, ada tiga nama yang disebutkan. Pertama: Nama penulis luahan rasa itu. Kedua: Ida Ketiga: Ina Untuk kita menulis sinopsis berdasarkan kisah di atas, sila ubah nama sebenar kepada nama lain. Contoh: Nama penulis kisah benar: Marissa Ida kepada Safiya Ina kepada Azah Bagaimanakah kita hendak mengambarkan watak-watak itu?

Berpandukan cerita di atas, sudah tentu kita dapat membayangkan Marissa seorang yang suka berlagak, meninggi diri, menunjuk-nunjuk, sukar menerima pandangan orang lain dan perlakuan yang seumpamanya. Berusia dalam lingkungan akhir dua puluhan dan lincah orangnya.

Untuk memudahkan kita menggambarkan watak dan perwatakannya apa

kata kita ambil seorang teman pejabat yang mirip-mirip perwatakannya seperti Marissa, begitu juga dengan watak Safiya dan Azah. Ketiga-tiga watak ini adalah orang yang anda kenal dan rapat kerana mereka yang akan menjadi tonggak cerita nanti.

Watak-watak sampingan yang kurang penting boleh difikirkan semasa menulis kerangka cerita ini. Sebelum kita menulis sinopsis novel ini, kita akan bahagikan cerita ini kepada tiga bahagian. Pertama: (1) Awalan cerita Kedua : (2) Tengah cerita Ketiga: (3) Akhir cerita Penutup. Bagi kisah benar di atas, kita akan menggunakan tiga teknik yang biasa digunakan. SINOPSIS PERTAMA (1) – (2) – (3) Untuk sinopsis pertama kita akan menulis mengikut kronologi (susunan) atau urutan cerita iaitu bermula dengan (1) Awalan cerita (2) Tengah cerita (3) Akhir cerita.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 14: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 14

SINOPSIS KEDUA (2) – (1) – (3) Untuk menulis sinopsis kedua, kita akan mula menulis sinopsis terus ke pertengahan cerita (2) kemudian imbas kembali ke Awalan cerita (1) dan seterusnya ke akhir cerita (3). SINOPSIS KETIGA (3) – (2) – (1) Untuk menulis sinopsis ketiga, kita akan terus mulai menulis ke akhir cerita (3) kemudian imbas kembali ke pertengahan cerita (2) dan seterusnya kepada awalan cerita (1). Untuk menulis pertengahan dan awal cerita ia ditulis dengan mengimbas kembali. Bagi penulis yang baru mencuba menulis novel, disarankan supaya mengikut teknk yang pertama, yakni menulis mengikut urutan cerita, kecuali jika anda sudah mahir dan mampu menguasai plot cerita. Bagi mereka yang sudah mahir, mereka boleh mengunakan mana-mana teknik yang dirasakan mudah.

Untuk mengunakan teknik imbas kembali, sebaik-baiknya diceritakan melalui dialog dan bukan secara penerangan, kerana menceritakan imbas kembali dengan dialog lebih berkesan. Pada masa yang lain kita akan bincangkan perkara ini bagamana mahu menulis gunakan teknik imbas kembali dan imbas muka.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 15: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 15

6. CONTOH MENULIS SINOPSIS TEKNIK PERTAMA. CONTOH SINOPSIS TEKNIK PERTAMA (1)–(2)-(3)

MENULIS sinopsis cara ini ialah mengikut kronologi cerita, di mana watak utama , Marissa masih belajar di pusat pengajian tinggi, kemudian pergaulan dengan teman-reman serumah dengan teman sekampus sehinggalah habis belajar, kemudian bekerja lalu berkahwin sehingga melahirkan empat orang anak yang cacat. Oleh kerana tertekan dengan penerimaan masyarakat sekeliling, dia pergi menunaikan umrah dengan harapan dia dapat mencari kesilapannya selama ini. Ketika menunaikan umrah, dia bertemu dengan seorang peniaga tamar. Dari pertemuan itu, baru dia sedar kesilapan yang telah dilakukan sehingga dia melahirkan anak-cacat cacat. Dia kembali dari umrah dan mencari teman-teman yang pernah diaibkan tetapi tidak berjumpa, lalu dia meminta maaf secara terbuka melalui akhbar dengan hrapan teman-temannya membaca luahan hatinya dapat memaafkanmnya.

Sampai di sini, cerita sebenar berakhir tetapi jika diolah menjadi novel, cerita ini belum lagi menemui titik akhir. Oleh itu tugas penulis untuk menyudahkan cerita. Perlukah kita menghabiskan cerita ini di situ sahaja atau kita wajar untuk memanjangkan cerita itu dengan idea sendiri?

Penulis yang kreatif, akan menyambung cerita itu dengan idea sendiri. Cerita selanjutnya terpulanglah kepada penulis untuk mengolah dan mengakhirinya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 16: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 16

7. CADANGAN MENYAMBUNG CERITA KISAH BENAR SEKIRANYA kisah benar yang kita ambil daripada keratan akhbar yang tidak ada kesimpulan atau kesudahan cerita, penulis disaran supaya menggunakan idea sendiri untuk menyudahkan cerita. Adakalanya kisah sebenar seperti di atas, belum ada kesudahan. Oleh yang demikian, menjadi tugas penulis untuk menyudahkan cerita. Tetapi sekiranya cerita daripada kisah sebenarnya siap dengan kesudahan cerita, adalah lebih baik penulis mengikut apa kesudahannya. Tetapi jika penulis ingin membuat perubahan atau kesudahan cerita dengan idea sendiri, itu adalah lebih baik. Sekurang-kurangnya, penulis berfikiran kreatif yang tidak bergantung semata-mata kepada cerita sebenar. Perlu diingatkan, cerita sebenarnya itu merupakan pokok cerita, tugas penulis untuk membuat cabang dan rantingnya. Di sini disertakan contoh-contoh cadangan untuk menyudahkan cerita berpandukan kisah sebenar di atas.

7.1. CADANGAN PERTAMA

a. Setelah puas Marissa berusaha menjejaki Safiya dan Azah, akhirnya bertemu juga. Mereka sudah berkahwin, hidup bahagia bersama suami dan anak-anak yang comel.

b. Marissa memohon maaf. Safiya dan Azah yang simpati dengan nasib

Marissa akhirnya memaafkan mereka. Mereka sebenarnya terkejut dengan nasib yang dialami oleh Marissa malah mereka dia tidak pernah

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 17: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 17

menyimpan dendam dengan apa yang telah dilakukan terhadapnya dan sedia melupakan peristiwa itu.

c. Bermula sejak pertemuan itu, Marissa semakin insaf, Safiya dan Azah

sedia membantu untuk mengembalikan keyakinan hidup dan memberi semangat Marissa.

Di sini cerita boleh ditamatkan dengan meninggalkan mesej bahawa

setiap perbuatan yang kita lakukan akan menerima balasan sama ada semasa di dunia atau di akhirat. Oleh itu berwaspadalah, usah melakukan sesuatu yang boleh menjatuh dan mengaibkan seseorang.

7.2. CADANGAN KEDUA UNTUK memanjangkan konflik novel ini, penulis boleh menambah idea sendiri bermula setelah Marissa gagal ingin menemui Safiya dan Azah. Setelah lpermohonan maafnya secara terbuka disiarkan di akhbar, barulah Safiya dan Azah mencari Marissa. Mereka saling berhubung dan bertemu semula.

a. Marissa memohon memohon maaf kepada Safiya dan Azah. Kini baru dia tahu siapakah rakan yang sanggup menderita ketika dia susah sedangkan teman-temannya dahulu semuanya menjauhkan diri ketika dia kesusahan.

b. Walaupun mereka berdua sedia memaafkan tetapi mereka berdua seolah- olah mahu membalas dendam kerana apa yang dilakukannya dahulu sukar hendak dimaafkan. Tetapi sebagai insan yang percaya dengan qadak dan qadar Tuhan, mereka tidak mahu menerima nasib yang sama dengan Marissa.

7.3. CADANGAN KETIGA

a. Akibat daripada desakan keluarga pihak suami, akhirnya Marissa diceraikan dengan alas an mereka tidak boleh menerima kehadiran cucu yang kesemuanya cacat dan tidak mahu menanggung malu seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap Marissa selama ini.

b. Setelah diceraikan, jiwa Marissa semakin tertekan. Hidupnya tidak tentu

arah. Keluarga dan rakan-rakan sudah memulaukan apatah lagi dia sudah tiada lagi tempat untuk bergantung dan mengadu harap.

c. Namun pengasuhnya sentiasa memberikan semangat supaya jangan

putus asa dan menyarankan anak-anak yang cacat itu dberikan pendidikan di sebuah yayasan amal yang membantu anak-anak cacat.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 18: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 18

Atas dsakan pengasuhnya, Marissa menghantar ke sebuah yayasan untuk anak-anak cacat.

d. Alangkah terkejutnya apabila dia menghantar anak-anaknya yang cacat

itu ke yayasan amal, dia bertemu dengan Safiya dan Azah yang pernah diaibkan satu ketika dahulu. Dia tidak menyangka Safiya dan Azah telah menubuhkan yayasan amal untuk membantu anak-anak yang cacat supaya dapat meneruskan hidup.

e. Marissa berkali-kali memohon maaf. Dia terkedu apabila rakan yang satu ketika dahulu telah disakiti hatinya bersedia untuk membantunya sedangkan rakan-rakannya lain seorang demi seorang menjauhkan diri.

f. Sejak pertemuan itu, Marissa berasakan hidupnya bercahaya kembali.

Manakala Safiya dan Azah sudah melupakan peristiwa itu. Akhirnya Marissa dengan rendah diri ingin membantu Safiya dan Azah membantu anak-anak yang cacat meneruskan hidup. Sampai di sini novel boleh ditamatkan.

Sebenarnya banyak lagi idea boleh ditulis untuk menyudahkan kisah

benar ini. Sekiranya anda ada cadangan sendiri untuk menyudahkan kisah benar ini, silalah buat latihan. Walau apapun idea yang dikemukakan, pengakhiran cerita mestilah mampu memberikan keinsafan kepada pembaca.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 19: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 19

8. TEKNIK MENULIS SINOPSIS KEDUA (2)-(1)-(3) TEKNIK iniI bermula dari pertengahan cerita (2) kemudian berpatah kembali kepada awal cerita secara imbas kembali (1) dan seterusnya ke pengakhiran cerita (3) Teknik kedua ini boleh dimulakan sebaik sahaja Marissa tamat belajar kemudian mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan. Perkahwinan yang pada mulanya bahagia tetapi telah bertukar gelora apabila lahir anak pertama yang cacat.

Lebih menyedihkan apabila anak kedua dan seterusnya juga mengalami kecacatan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan Marissa. menyebabkan dia dipulaukan keluarga dan rakan-rakan.

Pergolakan dalam rumahtangganya juga semakin bergelora apabila suaminya sudah tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan jarang pulang ke rumah. Akibat tertekan dia pergi menunaikan umrah untuk mencari ketenangan. Ketika menunaikan umrah dia bertemu dengan seorang peniaga tamar.

Peniaga tamar itu seolah-olah dapat mengesan masalah yang sedang

dihadapi oleh Marissa. Akhirnya Marissa menceritakan apa yang sebenarnya telah dialami sehingga dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Pertemuan dengan peniaga tamar itu telah membuka rahsia apa yang sebenarnya telah dilakukan selama ini.

Peristiwa ini mengingatkan Marissa terhadap Safiya dan Azah semasa menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 20: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 20

Kemudian cerita beralih ke peringkat pengakhiran (3) kembali dari umrah,

Marissa mencari Safiya dan Azah tetapi tidak berjumpa. Sebagai langkah terakhr dan habis ikhtiar Marissa kemudian memohon maaf secara terbuka di akhbar. Setakat ini cerita daripada kisah benar di atas berakhir.

Penulis boleh menyambung cerita sehinggalah selesai novel ini berpandukan kepada cadangan-cadangan cerita yang disertakan di atas atau anda ada idea sendiri dengan cerita lain, selain di atas.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 21: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 21

9. TEKNIK MENULIS SINOPSIS KETIGA (3)-(2)-(1)

– Kesimpulan TEKNIK ketiga ini cerita bemrula daripada pengakhiran kisah benar kemudian berpatah balik ke peringkat pertengahan (2) kemudian terus peringkat permulaan (1) atau boleh juga daripada peringkat pengakhiran, imbas kembali ke peirngkat permulaan (1) dan diikuti dengan peringkat pertengahan.

Pada peringkat ini, sambungan cerita atau idea boleh dimasukkan sekali dalam pengakhiran cerita atau. Bagi yang tidak biasa teknik seperti agak rumit dan memerlukan kemahiran mengolah supaya cerita tidak tunggang-langgang dan bercelaru.

Teknik ketiga ini, cerita boleh mulakan ketika Marissa mengerjakan umrah di Mekah. Di sana dia bertemu dengan seorang peniaga tamar yang seolah-olah tahu Marissa sedang menghadapi masalah. Peniaga tamar itu telah menasihatinya supaya memohon maaf kepada Safiya dan Azah yang pernah diaibkan satu ketika dahulu.

Pulang dari mengerjakan umrah, Marissa mula mencari Safiya dan Azah tetapi tidak berjumpa dan akhirnya dia memohon maaf secara terbuka melalui akhbar. Ketika mengerjakan umrah itu dia mengimbas kembali peristiwa dia mengaibkan teman-teman serumahnya dahulu.

Kemudian cerita lanjutkan secara imbas kembali apabila habis belajar dan

Marissa berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan dan melahirkan anak-anak yang kesemuanya cacat. Kecacatan zuriatnya ini telah menyebabkan keluarga pihak suami dan keluarganya menyisihkannya manakala rakan-rakan memulaukannya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 22: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 22

Cerita dilanjutkan lagi dengan meneruskan imbas kembali ke zaman ketika menunut di univerisiti di mana dengan kelebihan yang ada padanya wang dan kereta, dia berlagak dan suka menunjuk-nunjukkan kelebihan dirinya kepada orang lain.

Cerita boleh ditulis bagaimana dia mengaibkan Safiya dan Azah tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari. Cerita habis tamat di sini jika berpandukan kepada kisah benar di atas.

Sebagai kesimpulannya, penulis boleh menambahkan idea bagaimana mahu melanjutkan cerita berkenaan sama ada dengan idea sendiri atau dengan cadangan-cadangan yang disertakan di atas. Apa yang penting mesej yang hendak sampaikan telah dilaksanakan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 23: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 23

10. CONTOH MENULIS SINOPSIS TEKNIK SATU (1)-(2)-(3) MARISSA seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi, berasal daripada keluarga berada yang memiliki kemewahan dan kereta untuk memudahkannya berulang alik dari rumah sewa ke kampus. Walaupun Marissa seorang pelajar yang kurang bijak tetapi dia berlagak seperti orang terpelajar. Dia selalu mengenakan penampilan bergaya menyebabkan teman-temannya menaruh kepercayaan kepadanya. Dia mengunakan kemewahan untuk memikat teman-temannya. Daripada tujuh orang yang menyewa satu rumahnya dengannya hanya dua orang sahaja yang menjauhkan diri daripadanya. Safiya dan Azah tidak senang dengan sikap Marissa yang suka berlagak dan mengampu teman-temannya dengan wang ringgit, tetapi Safiya dan Azah tidak mampu berbuat apa-apa.

Akibat tidak senang dengan sikap Safiya dan Azah yang selalu pulang lewat malan setiap hari, Marissa dan teman serumahnya merancang untuk mengintip poergerakan mereka berdua. Marissa dana teman-teman serumahnya telah mengintip dan mengambil gambar pergerakan mereka kemudian menyebarkan gambarnya itu kepada teman-teman sekuliah.

Marissa menyebarkan cerita yang Safiya dan Azah bekerja di kedai dobi untuk mencari pendapatan bagi menanggung kos pengajian. Safiya dan Azah dating dari keluarga yang susah terpaksa bekerja di kedai dobi setelah selesai kuliah kerana mahu mengurangkan beban keluarga. Akibat perbuatan Marisa menyebarkan gambar dan menyebar cerita Safiya dan Azah yang bekerja di kedia dobi, mereka telah dipulaukan oleh rakan-

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 24: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 24

rakannya. Safiya dan Azah terpaksa menanggung malu akibat perbuatan Marissa. Mereka berdua berasa kecewa dimalukan sebegitu rupa.

Walaupun mereka berdua dimalukan tetapi Safiya dan Azah berdiam diri kerana mereka sedar, mereka tidak ada kemampuan menepis cerita yang disebarkan oleh Marissa. Setelah tamat pengajian, masing-masing berpisah di mana akhirnya Marissa mendapat pekerja hasil pertolongan ayah dan ibunya yang ada pengaruh. Dia juga telah berkahwin dengan seorang ahli perniaagan bertaraf jutawan,sebagai jalan mudah mengecapi kesenangan hidup. Hasil perkahwinan itu Marissa dikurniakan empat orang anak tetapi kesemua anak-anaknya cacat dan bisu. Ini menyebabkan keluarga pihak suami dan keluarganya menyisihkan dan memulaukan Marisaa kerana beranggapan Marisaa menjadi punca sem ua ini berlaku.

Apa yang lebih menyedihkan anak-anaknya di sekolah juga menerima kesannya, mereka diejek oleh rakan-rakan kerana sifat mereka yang tidak sempurna seperti orang lain. Kekecewaan bertambah apabila suaminya sudah tidak memperdulikan keluarga dan rumahtangga. Ini membuatkan Marissa tertekan. Ramai rakan rakan pula menjauhkan diri seorang demi seorang apabila dia meminta pertolongan. Kini baru dia sedar dan mencari di mana silapnya.

Oleh kerana jiwanya sentiasa tertekan, Marissa mengambil keputusan untuk menunaikan umrah, dengan harapan untuk mencari kesilapan diri dan ingin memperbetulkannya. Ketika mengerjakan umrah, dia bertemu dengan seorang penjual tamar. Penjual tamar ini seolah-olah dapat membaca dan memahami masalah yang dihadapi kemudian Marissa menceritakan apa yang sebenarnya berlaku sehingga dia sampai di bumi Mekah.

Menurut Marissa satu ketika dulu, dia pernah mengaibkan dua orang rakannya ketika masih menuntut di pusat pengajian tinggi. Penjual tamar itu meminta Marissa supaya memohon ampun kepada mereka yang telah dianiaya. Pulang dari menunaikan umrah, Marissa berusaha mencari teman-temannya untuk memohon maaf tetapi tidak berjumpa.

Jalan terakhirnya dia memohon maaf secara terbuka di akhbar. Dia

berharap apabila Safiya dan Azah membaca luahan hatinya itu akan menghubunginya. Tambahan cerita:

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 25: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 25

Walaupun kisah asal hanya setakat ini, tetapi penulis boleh menambahkan sinopsis itu dengan berpandukaan kepada tiga cadangan yang disediakan di atas. Daripada tiga cadangan di atas, saya lebih tertarik dengan cadangan ketiga. Jika anda ada idea lain, anda boleh gunakan idea anda itu.

Marissa seolah-olah putus asa kerana tidak berjaya meminta maaf dan jiwanya semakin tertekan, Marissa mula mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anaknya apatah lagi dia sudah diceraikan suaminya.. Satu hari pembantu rumahnya menyarankan agar menyerahkan anak-anak yang cacat itu ke satu yayasan amal yang menjaga kebajikan anak-anak cacat.

Satu hari Marissa menghantar anak-anaknya ke situ. Dia terkejut apabila Safiya dan Azah yang dianiayai itu sebenarnya orang yang berusaha menubuhkan yayasan itu. Marissa beramat amat malu dan memohon maaf, secara terbuka sekali lagi.

Dia telah menceritakan penderitaan yang sudah tertanggung lagi kepada

sahabat lamanya itu.

Safiya dan Azah tidak menaruh dendam malah berbesar hati untuk membantu Marissa dan sedia menerima pemohonan maaf Marissa itu. Hasil keikhlasan Safiya dan Azah yang tidak berdendam, Marissa bertekad untuk membantu Safiya dan Azah menguruskan yayasan amal dan kebajikan itu. Setakat ini, cerita boleh ditamatkan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 26: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 26

11. CONTOH MENULIS SINOPSIS TEKNIK KEDUA (2)-(3)-(1) SETELAH melahirkan anak keempat, yang kesemuanya cacat anggota, kehidupan rumahtangga Marissa semakin bergelora. Ahli keluarganya, dan keluarga suaminya berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Kecacatan yang dialami oleh kempat-empat anaknya amat memalukan suaminya seorang ahli perniagaan yang dikenali.

Sementara itu pihak sebelah keluarga suaminya serta rakan-rakannya mula menjauhkan diri gara-gara kesemua anaknya yang dilahirkan cacat tidak seperti anak orang lain. Puas Marisa mencari di mana silapnya sehingga semua ini berlaku tetapi dia tidak menemui puncanya.

Dia juga malu berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang seolah-olah menyalahkannya apabila semua anak-anaknya cacat. Secara tidak langsung ini memberi tekanan jiwa kepada Marissa. Akibatnya dia seperti putus asa untuk menjalani hidup. Sudahlah suami tidak ambil peduli dengan rumahtangga, keluarganya dan keluarga suami serta rakan-rakan seolah-olah memulaukannya. Untuk mencari ketenangan, akhirnya Marissa mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Kesemua anak-anaknya di bawah jagaan pengasuhnya yang selama ini prihatin dan melayan karenah anak-anaknya yang cacat dengan sabar.

Ketika melakukan ibadah umrah, Marissa telah bertemu dengan seorang penjual tamar. Penjual tamar itu berasakan dapat membaca riak wajah Marisa sedang mengalami satu masalah besar dalam hidupnya. Penjual tamar itu cuba ingin meleraikan masalah yang dihadapi oleh Marissa.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 27: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 27

Setelah didesak berkali-kali akhirnya Marissa bersetuju untuk menceritakan masalah yang sedang dialami. Dia memberitahu penjual tamar kesemua empat anak-anaknya mengalami kecacatan sehingga dirinya dipulaukan keluarga sendiri, keluarga sebelah suami juga suaminya sendiri dan rakan rapatnya juga menjauhkan diri.

Penjual tamar itu bertanya sama ada sebelum ini dia ada memalukan mengaibkan atau menganiaya seseorang. Pada mulanya Marissa enggan bercerita tetapi akhirnya dia mengakui semasa dia masih bergelar pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dia telah melakukan sesuatu yang pada fikirannya perkara biasa. Marissa seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi, berasal dari keluarga berada. Orang tuanya telah membelikan sebuah kereta untuk memudahkannya berulang-alik dari dari rumah sewa ke kampus. Walaupun Marissa seorang pelajar yang kurang bijak tetapi dia berlagak seperti orang terpelajar. Penampilannya sentiasa bergaya menyebabkan teman-temannya menaruh kepercayaan kepadanya. Dia mengunakan kemewahan untuk memikat teman-temannya. Daripada tujuh orang yang menyewa satu rumah dengannya hanya dua orang sahaja yang menjauhkan diri daripadanya Azah dan Safiya tidak senang dengan sikap Marissa yang menggunakan kemewahannya untuk memperngaruhi teman-temannya. Namun mereka berdua tidak mudah terjebak dengan permainan Marissa lantaran mereka terpaksa memendam rasa.

Akibat tidak senang dengan sikap Azah dan Safiya yang pulang lewat malam setiap hari, Marissa dan teman serumahnya merancang untuk mengintip pergerakan Azah dan Safiya. Akhirnya Marissa mendapat tahu Azah dan Safiya bekerja sambilan di kedai dobi. Marissa telah mengambil gambar pergerakan mereka kemudian menyebarkan gambar-gambar itu kepada teman-teman sekuliah.

Azah dan Safiya datang dari keluarga yang susah teparksa bekerja di kedai dobi setelah selesai kuliah untuk menampung perbelanjaan kerana tidak mahu membebankan keluarga. Akibat perbuatan Marissa menyebarkan gambar dan cerita yang Azah dan Safiya bekerja di kedai dobi, mereka dipulaukan oleh rakan-rakannya. Azah dan Safiya terpaksa menanggung malu akibat perbuatan Marissa. Dia diejek sebagai pekerja dobi namun mereka berdua reda dengan tuduhan itu.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 28: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 28

Setelah tamat pengajian masing-masing terpisah. Mereka membawa haluan masing-masing. Marissa mendapat pekerjaan hasil pertolongan ayah dan ibunya yang mempunyai pengaruh. Kemudian dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan, sesuai dengan impian hidupnya yang mahu bersuamikan lelaki kaya dan berkedudukan. Malangnya perkahwinan yang disangka akan membahagiakan itu rupa-rupanya membawa petaka buruk di dalam hidupnya apabila cahaya mata yang dilahirkan tidak sempurna seperti anak-anak orang lain menyebabkan suaminya berubah. Sampai sini setakat kisah benar ini berakhir. Penulis boleh melanjutkan cerita ini dengan idea sendiri sehingga ke akhir atau menambahkan cerita ini sebagaimana cadangan tambahan cerita dalam teknik satu, iaitu:-

Marissa seolah-olah putus asa kerana tidak berjaya meminta maaf dan jiwanya semakin tertekan dan dia mula mengabaikan tanggungajawab menjaga anak-anaknya. Satu hari pembantu rumahnya menyarankan agar menghantar kan anak-anaknya itu ke satu yayasan amal yang menjaga kebajikan serta pembelajaran kepada anak-anak istimewa.

Dia bersetuju dengan cadangan pembantu rumahnya . Satu hari ketika dia menghantar anak-anaknya ke situ, dia terjumpa Azah dan Safiya yang pernah dianiayai dahulu sebenarnya orang yang berusaha menubuhkan yayasan itu. Marissa berasa amat malu dan memohon maaf secara terbuka.

Dia telah menceritakan penderitaan yang lama dialami kepada Azah dan

Safiya..

Azah dan Safiya pula telah melupakan perkara itu dan tidak menaruh dendam malah tetap menerima pemohonan maaf Marissa itu. Hasil keikhlasan Azah dan Safiya yang tidak berdendam, Marissa bertekad untuk membantu Azah dan Safiya menguruskan yayasan amal kebajikan itu.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 29: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 29

12. CONTOH MENULIS SINOPSIS TEKNIK KETIGA (3)-(2)-(1) MARISSA menunaikan ibadat umrah kerana jiwanya tertekan dan mengadu kepada Allah mengenai tekanan jiwa yang dialami. Dia berharap dengan melakukan ibadah umrah itu dia dapat menebus kesilapannya masa lalu dan memohon keampunan dari Allah di atas apa juga kesalahan yang dilakukan selama ini. Sejak kebelakangan ini, hidupnya sentiasa dilanda masalah. Kesemua anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumahnya yang selama ini prihatin dan melayan karenah anak-anaknya yang cacat. Ketika melakukan ibadah umrah, Marisa telah bertemu dengan seorang penjual tamar. Penjual tamar itu berasakan seolah-olah Marissa sedang mengalami satu masalah besar dalam hidupnya. Penjual tamar itu cuba ingn mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh Marissa. Setelah didesak berkali-kali akhirnya Marissa bersetuju untuk menceritakan apa yang sebenarnya sedang dialami. Dia memberitahu kepada penjual tamar itu, kesemua anak-anaknya mengalami kecacatan sehingga dirinya dipulaukan keluarga sendiri, keluarga sebelah suami juga suaminya sendiri dan rakan-rakan rapatnya mula menjauhkan diri. Penjual tamar itu bertanya sama ada sebelum ini dia pernah memalukan, mengaibkan atau menganiaya seseorang. Pada mulanya Marissa enggan bercerita tetapi akhirnya dia mengakui, semasa dia masih bergelar pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dia telah melakukan sesuatu yang pada fikirannya hanyalah perkara biasa.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 30: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 30

Penjual tamar itu memberitau, mungkin apa yang telah alaminya sekarang hasil balasan Allah terhadap apa yang dilakukannya dahulu. Tetapi dia masih belum terlambat untuk memohon keampunan. Dia diminta supaya mencari rakan-rakannya apabila balik dari umrah untuk meminta maaf.

Apabila balik dari umrah, Marissa berusaha mencari teman-teman itu tetapi tidak bertemu kerana selepas tamat belajar masing-masing membawa diri menempuh alam pekerjaan. Ketika itu barulah dia, teringat satu peristiwa ketika masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi.

Semasa menuntut, dia merupakan seorang pelajar yang suka bermegah dengan kemewahan keluarganya dari kalangan orang berada. Dia dibelikan kereta oleh keluarganya untuk memudahkannya berulang-alik dari rumah sewa ke kuliah.

Walaupun Marissa seorang pelajar yang kurang bijak tetapi dia belagak seperti orang terpelajar yang mengenakan pemampilan bergaya menyebabkan teman-temannya menaruh keperucayaan kepadanya. Dia mengunakan kemewahan untuk memikat teman-temannya. Daripada tujuh oarng yang menyewa satu rumah dengannya hanya dua orang sahaja yang menjauhkan diri daripadanya Azah dan Safiya tidak senang dengan sikap Marissa yang suka berlagak dan mengampu teman-temanya dengan wang ringgit, tetapi Azah dan Safiya tidak mampu berbuat-apa apa.

Akibat tidak senang dengan sikap Azah dan Safiya yang pulang lewat malam setiap hari. Marissa dan teman serumahnya merancang untuk mengintip pergerakan Azah dan Safiya dan teman-teman telah mengintip dan mengambi gambar pergerakan mereka kemudian menyebarkan gambarnya itu kepada teman-teman sekuliah.

Marissa menyebarkan cerita yang Azah dan Safiya bekerja sambilan di

kedai dobi untuk mencari wang saku kerana keluarga mereka tidak mampu menanggung pengajian.. Azah dan Safiya berasal dari keluarga susah dan mereka tidak mahu membebankan keluarga masing-masing.

Mereka bekerja sambilan di kedai dobi selepas selesai waktu kuliah.

Akibat perbuatan Marissa menyebarkan gambar dan menyebarkan cerita Azah dan Safiya bekerja di kedia dobi, mereka dipulaukan oleh rakan-rakannya dan menanggung malu kerana kerja sambilannya itu diketahui orang. Mereka diejek sebagai pekerja dobi namun mereka berdua reda dengan tuduhan itu.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 31: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 31

Setelah tamat pengajian masing-masing berpisah membawa haluan sendiri. Sebaik tamat pengajian, Marissa mendapat pekerja hasil pertolongan ayah dan ibunya yang mempunyai pengaruh. Dia juga telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan sesuai dengan keinginannya untuk bersuamikan lelaki kaya. Hasil perkahwinan itu Marissa dikurniakan empat orang anak tetapi kesemuanya anaknya cacat dan bisu. Ini menyebabkan keluarga pihak suaminya dan keluarganya menyisih serta memulaukan dirinya.

Apa yang lebih menyedihkan anak-anaknya di sekolah juga menerima kesannya. Mereka diejek oleh rakan-rakan kerana sifat mereka yang tidak sempurna seperti orang lain. Kekecewaan semakin bertambah apabila suami sudah tidak memperdulikan keluarga dan membuat hal sendiri. Ini membuatkan jiwa Marissa tertekan. Ramai rakan rapat menjauhkan diri seorang demi seorang apabila dia meminta pertolongan. Dia sendiri keliru di mana silapnya selama ini sehingga menanggung derita ini.

Setakat ini cerita sebenar berakhir di sini. Jika cerita ini ingin ditambah, anda boleh buat begini: Akibat daripada

desakan keluarga pihak suami, akhirnya Marissa diceraikan oleh suaminya kerana mereka tidak mahu menanggung malu dengan kehadiran empat cucu yang cacat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan peribadi Marissa.

Setelah diceraikan, Marissa semakin tertekan. Hidupnya tidak tentu arah.

Keluarga dan rakan-rakan sudah memulaukan apatah lagi setelah diceraikan. Dia menanggung aib yang sangat memalukan dan berasa hidupnya sudah tdak bermakna lagi.

Namun pengasuh anak-anaknya memberikan semangat dan menyarankan anak-anak yang cacat itu dberikan pendidikan di sebuah yayasan amal yang membantu anak-anak cacat. Marissa kemudiannya menghantar anak-anaknya ke sebuah yayasan untuk anak-anak cacat.

Alangkah terkejutnya apabila dia bertemu semula dengan rakan-rakannya dan pernah dianiayai dahulu dan kini telah menubuhkan satu yayasan untuk membantu anak-anak yang cacat. Marissa terkejut walaupun tidak secara langsung pertemuan itu telah membuka cerita lama. I Azah dan Safiya sudah melupakan peristiwa yang lama berlalu. Marissa berkali-kali memohon maaf di atas perbuatannya satu ketika dulu dan kini membawa kesan besar terhadap hidupnya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 32: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 32

Hasil daripada kaunseling Azah dan Safiya, sinar hidup Marissa bercahaya semula. Dia melahirkan hasrat mahu bekerjasama untuk sama-sama membangunkan yayasan amal itu. Sampai di sini novel boleh ditamatkan.

Selain daripada tiga teknik yang dipaparkan di atas, ada beberapa contoh lagi bagaimana cara menulis sinopsis novel itu, tetapi untuk kali ini dan sebagai panduan asas, tiga teknik di atas adalah yang mudah dilakukan. Kecuali jika anda sudah mahir menulis novel, dengan apa teknik sekalipun, ia masih boleh digunakan, malahan ada teknik terkini, penulis boleh menggunakan pelbagai eksperimen penulisan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 33: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 33

13. CONTOH MENULIS KERANGKA NOVEL BERPANDUKAN TEKNIK PERTAMA (1) –(2) – (3) BAB 1 HARI pertama, Marissa tinggal di rumah sewa bersama tujuh rakannya. Mereka berbincang untuk melantik siapa ketua di dalam rumah sewa itu. Marissa bangga apabila dilantik menjadi ketua di rumah sewa itu. Marissa menyediakan jadual mengenai tugas masing-masing di dalam rumah itu. Bersandarkan kemewahan, Marissa mempengaruhi kawan-kawannya supaya mematuhi kata-katanya. Sikap Marissa itu tidak disenangi oleh Azah dan Safiya yang tinggal berlainan bilik. Namun mereka tidak membantah. BAB 2 Datuk Malik dan Datin Marina, ayah dan ibu Marissa berselisih pendapat mengenai kesenangan yang diberikan kepada Marissa. Datuk Malik mahu Marissa belajar hidup susah seperti kawan-kawan yang tinggal serumah. Tetapi Datin Marina mahu dia diberi kesenangan kerana keluarga mereka golongan berada. Marissa diberikan sebuah kereta dan perbelanjaan yang cukup. BAB 3 Peringkat awal tinggal serumah tidak timbul masalah tetapi lama kelamaan banyak masalah timbul. Pinggan dan cawan dibiarkan di sinki tidak berbasuh. Ini menimbulkan perbalahan sesama sendiri. Begitu juga dengan pakaian yang dibiarkan berlonggok, sampah yang tidak dibuang, masalah menyediakan makanan dan penggunaan ruang tamu untuk berehat. Safiya dan Azah tidak mahu masuk campur di dalam perbalahan itu. Habis kuliah mereka terperap dalam bilik.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 34: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 34

BAB 4 Marissa menggunakan kuasa yang ada padanya mengeluarkan arahan sesiapa yang tidak mahu mematuhi peraturan di dalam rumah sewa itu, dia berhak untuk menyingkir keluar. Di kalangan mereka ada yang berbeza pendapat. Mereka terpaksa memihak kepadanya kerana Marissa tempat untuk meminjam wang jika kesempitan. BAB 5 (Penulis boleh menyambung bab ini berpandukan urutan cerita mengikut sinopsis. Jika boleh biarlah setiap bab mengandungi konflik dan jangan diselesaikan pada bab berkenaan. Simpan untuk beberapa ketika dan selesaikan konflik itu pada bab seterusnya. Lakukan perkara yang sama sehinggalah selesai cerita).

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 35: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 35

14. CONTOH MENULIS KERANGKA NOVEL BERPANDUKAN TEKNIK KEDUA (2) – (1) –(3) BAB 1 KETIKA sedang melayan seorang tetamu di pejabatnya, Marissa menerima panggilan telefon dari pengasuh anak-anaknya, memberitahu salah seorang anaknya yang mengalami kecacatan anggota berasa kejang dan perlu dibawa ke klinik. Marissa menelefon suaminya Azhar supaya membawa anaknya ke klinik, tetapinya Azhar enggan kerana dia juga sibuk. Pertelingkahan dalam telefon berlaku kerana Marissa perlu menghadiri mesyuarat selepas ini. BAB 2 Azhar dan seorang kawan sedang minum di sebuah restoran. Dia menceritakan masalah rumahtangga yang sejak kebelakangan ini semakin bergelora. Dia menyalahkan sikap isterinya yang mementingkan kerja dan sikapnya yang suka melawan dan menunjuk-nunjuk dengan jiran. Dia juga malu mendapat anak-anak yang cacat. Jika seorang cacat, dia boleh menerima tetapi kesemua empat orang anaknya cacat. Dia sukar menerima kenyataan. Rakannya menyarankan supaya masing-masing melihat kesilapan sendiri sebelum saling menyalahkan. BAB 3 Balik dari klinik, Marissa merunguit kepada pembantu rumahnya. Dia berasakan tidak menemui kebahagiaan selama berkahwin dengan Azhar, suaminya. Perubahan ketara apabila semua anak-anaknya cacat dan Azhar tidak boleh menerima hakikat itu. Penerimaan keluarga sendiri dan keluarga mentua juga sama, mereka seolah-olah tidak mahu menerima kehadiran cucu yang cacat kerana semua anggota keluarga mereka dari kalangan yang dihormati. Marissa serba salah.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 36: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 36

BAB 4 Di tempat kerja, Marissa menerima tekanan daripada teman-teman sepejabat kerana dia kerap tiada di pejabat kerana menguruskan anak-anak yang cacat. Ramai juga yang menjauhkan diri. Beberapa rakan rapat semasa tinggal di rumah sewa juga mengelak apabila diminta pertolongan. Sikap suami yang suka balik lewat dan tidak mengambil berat hal keluarga semakin memberi tekanan. BAB 5 (Penulis boleh menggunakan idea sendiri untuk meneruskan cerita berdasarkan kepada contoh sinopsis teknik yang kedua yang bermula dari pertengahan, kemudian imbas kembali semasa zaman di pusat pengajian tinggi seterusnya dia mengambil keputusan menunaikan umrah dan sedar dari kesilapannya selama ini).

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 37: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 37

15. CONTOH MENULIS KERANGKA NOVEL BERPANDUKAN TEKNIK KETIGA (3)-(2)-(1) BAB 1 HANYA ditemani seorang kawan, Marissa menunaikan ibadat umrah. Dia berhajat mahu mencari ketenangan hati dan ingin mengadu kepada Allah mengenai nasib yang dialami. Dia mengikuti umrah dengan rombongan yang diuruskan oleh sebuah syarikat pelancongan yang menguruskan haji dan umrah. Di tanah suci dia banyak menghabiskan masa melakukan ibadat, memohon keampunan dan bermunajat kepada Allah semoga diberikan ketabahan untuk menguruskan anak-anaknya yang cacat. BAB 2 Satu pagi ketika pada melakukan ibadah di masjid, dia singgah di sebuah kedai tamar dan sempat berbual-bual dengan peniaga tamar. Peniaga tamar itu melihat Marissa seperti mengalami masalah yang berat dari riak wajahnya. Setelah didesak, akhirnya Marissa bercerita mengenai kedatangannya ke rumah Allah itu. Peniaga tamar itu bertanyakan adakah dia pernah melakukan perkara yang mengaibkan sebelum ini. Marissa tidak menjawab dan terus pulang. BAB 3 Di bilik hotel, Marissa berbual dengan rakannya mengenai pertemuannya dengan penjual tamar itu. Dia seolah-olah tahu apa maslaah yang sedang dialaminya. Kata rakannya, perkara seperti itu bukan kejadian pelik malah ramai yang mengalami perkara-perkara yang lebih dahsyat daripada itu. Rakannya menyarankan supaya bertemu dengan penjual tamar itu dan berterus terang apa yang telah dia lakukan selama ini. BAB 4

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 38: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 38

Marissa bertemu dengan penjual tamar. Dia sudah biasa bertemu dengan manusia yang berbagai-bagai karenah ketika menjual tamar. Dia hanya manusia biasa dan mensihati supaya Marissa memohon keampunan daripada Allah dan kepada sesiapa yang telah diaibkan. Marisa mengaku pernah mengaibkan teman-temannya tetapi perkara itu sudah lama berlaku dan dia hampir melupakan. BAB 5 (Pada bab ini, penulis boleh mengunakan idea sendiri untuk meneruskan cerita berpandukan kepada sinopsis teknik yang ketiga. Boleh diteruskan dengan Marissa berusaha menjejak teman-teman yang pernah diaibkan satu ketika dulu. Tetapi tidak berjumpa. Boleh juga diganggu mimpi-mimpi pelik sehingga di teringat-ingat apa yang telah dilakukan sebelum ini (imbas kembali) kepada awal cerita kemudian konflik ketika dia bekerja, melahirkan anak-anak yang cacat, perubahan sikap suami, keluarga mentua dan juga rakan-rakan sehingga akhir cerita.)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 39: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 39

16. KESIMPULANNYA WALAUAPAPUN cara yang digunakan untuk menulis novel berdasarkan cerita benar ini, asasnya ialah mengenai konflik seorang isteri yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masah, rintangan, dugaan ketika menguruskan anak-anaknya yang cacat.

Dia terpaksa menerima pelbagai kritikan daripada rakan-rakan keluarga dan sebagainya sebelum akhirnya dia sedar apabila yang berlaku dan menimpa dirinya disebabkan perbuatannya satu ketika dulu. Novel kebiasaanya berlaku berpunca dari sebab dan akibat.

Sebenarnya ada beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk menjadikan kisah benar ini sebuah novel yang menarik, tetapi sebagai panduan asas apa yang diterangkan bersama contoh-contohnya, tiga cara yang diterangkan di atas sudah mencukupi.

Jika saudara sudah mahir menulis novel saudara akan menemui banyak cara untuk mengolah cerita ini dengan cara yang lebih baik seperti memasukkan unsur-unsur eksperimen dan sebagainya. Semua itu bergantung kepada kebijaksanaan penulis mengolah.

Apa yang saya harapkan panduan asas dalam ebook percuma ini akan dapat memberikan manfaat kepada saudara semua. Saudara boleh memulakan atau membuat latihan berdasarkan kepada cerita lain yang difikirkan sesuai.

Untuk ebook percuma akan datang, kemungkinan saya akan bentangkan bagaimana mengolah novel berdasarkan daripada beberapa buah cerita yang disiarkan di dalam akhbar. Contohnya daripada lima buah cerita yang berlaku ia akan dirangkumkan menjadi sebuah cerita dengan cara mengaitkan satu cerita dengan cerita lain.

Tunggulah kemunculan dan saya akan umumkan kemudian. Namun jika saudara ada masalah sila emailkan masalah itu kepada saya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 40: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 40

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL KEPADA mereka yang belum memiliki ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL – Pakej Lengkap Berserta Contoh boleh mendapatkan ebook ini dengan melayari laman web http://www.caramudahtulisnovel.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai isi kandungan juga cara-cara untuk mendapatkan ebook ini.

Ebook berkenaan berharga RM 40.00

dan setiap pembelian berhak mendapat sebuah buku novel percuma berjudul Sebening Airmata. Anda juga boleh melayari blog saya di URL http://mnasruddindasuki.blogspot.com atau http://muhdnasruddin.wordpress.com atau laman facebook http://www.facebook.com/muhd.n.dasuki.

50 TIP MENULIS NOVEL – Panduan Asas Yang Berkesan Sebuah lagi ebook yang baru terbit berjudul 50 TIP MENULIS NOVEL – Panduan Asas Yang Berkesan juga wajar saudara miliki. Ebook ini mengandungi pelbagai maklumat terperinci mengenai panduan menulis novel yakni lanjutan daripada ebook CMMN dan dijual dengan harga

RM 20.00 Anda boleh mendapatkan prebiu ebook ini secara percuma dengan melayari laman web yang disertakan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 41: EBOOK PERCUMA PANDUAN MENULIS NOVEL - Berpandukan Kisah Benar

Ebook percuma: Panduan Menulis Novel - Berdasarkan Kisah Benar Oleh: - Muhd Nasruddin Dasuki.

© Hakcipta Terpelihara 41

Jika saudara memiliki kedua-dua ebook ini sekaligus, potongan harga akan diberikan di mana saudara hanya perlu membayar

RM 50.00 untuk kedua buku berkenaan dan anda

juga masih berpeluang mendapat sebuah novel percuma dari saya berjudul ‘Sebening Airmata.’ Maklumat lanjut mengenai ebook ini boleh layari: http://mnasruddindasuki.blogspot.com. Jangan lepaskan peluang ini kerana

cetakan terhad. Anda juga boleh menghantar email kepada saya : [email protected] Salam hormat dari saya dan wassalam

Daripada Muhd Nasruddin Dasuki.

AKAN TERBIT!

Tunggu kemunculannya….

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.