nota panduan kajian tindakan

32
BAHAGIAN 1 PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN 1

Upload: iena-farhan

Post on 22-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Panduan Kajian Tindakan

BAHAGIAN 1

PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1

Page 2: Nota Panduan Kajian Tindakan

PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1. Jenis Penyelidikan Pendidikan Secara umum bidang penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama berdasarkan kepada matlamat menjalankan penyelidikan tersebut.

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Penyelidikan Asas – Kajian yang dijalankan khusus bagi menghasilkan dapatan baru atau teori.

Penyelidikan Gunaan – Kajian yang dijalankan bagi meneroka fenomena, mengenal pasti masalah dan sebagainya bagi tujuan merancang strategi tindakan untuk penambahbaikan.

Penyelidikan Tindakan – Kajian yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap masalah yang dihadapi oleh tindakan intenvensi bagi tujuan menyelesaikan masalah atau meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran.

2. Rasional Guru Sebagai Penyelidik

Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan mem- perbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.

PENYELIDIKAN ASAS

PENYELIDIKAN GUNAAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN

2

Page 3: Nota Panduan Kajian Tindakan

Bagi melahirkan guru yang:

Sumber : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian Tindakan dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme keguruan. Sikap kritikal, pengamal yang reflektif, sikap bertanggungjawab serta menilai kendiri adalah asas kepada perkembangan profesionalisme keguruan. Ahli-ahli profesional ialah bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Oleh itu melalui kajian dan menyemak semula amalan secara berterusan, guru boleh membuat justifikasi terhadap amalan mereka secara bertanggungjawab selepas melakukan refleksi kendiri dan penilaian kendiri. Amalan ini akan menghasilkan guru yang betul-betul profesional. Melalui amalan kajian tindakan guru akan berubah daripada teknokrat yang tidak kritikal kepda guru dan penyelidik yang kritikal.

GuruSebagai

Penyelidik

Bersikap Kritikal(Critical Attitude)

Guru Reflektif dan menyelidik amalan pengajaran(Reflective practitioner and research intoteaching)

Bertanggungjawab/Akauntabiliti(Accountability)

Menilai Kendiri(Self-evaluative)

3

Peningkatan Profesionalisme Keguruan(Improvement of Teacher’s profesionalism)

Page 4: Nota Panduan Kajian Tindakan

Apakah Kajian Tindakan

1. Definisi Kajian Tindakan

● Jamil Ahmad (2002)

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara individu atau kolaboratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperoleh dan meningkatkan amalan mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

2. Konsep Kajian Tindakan

Dari segi konsep, kajian tindakan adalah

● Suatu bentuk perkembangan ikhtisas

● Lebih bersifat kualitatif

● Menekankan usaha kolaboratif

● Bersifat inkuiri reflektif kendiri

3. Latar Belakang dan Perkembangan Kajian TindakanKajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu: Keputusan kumpulan Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

4

Page 5: Nota Panduan Kajian Tindakan

Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).

4. Di Malaysia, kajian Tindakan mula berkembang sekitar 1990an

Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998). Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20 kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding Seminar, BPPDP: 2000). Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).

5

Page 6: Nota Panduan Kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan pertama kali diperkenalkan secara formalKepada seramai 41 orang. Pensyarah institut/maktab perguruan serta

Pegawai BPGPada 11 hingga 20 Disember 1998.

Oleh Prifesor Stephen Kemmis dari School of Education, DeakinUniverity, Australia

Dalam tahun 1990anIdea “guru sebagai penyelidik” telah menjadi sebahagian daripada

kandungan kursus-kursus program praperkhidmatan dan dalamperkhidmatan di institut/maktab perguruan.

Dalam tahun 1993 hingga 1996,BPPDP melaksanakan

“Program for Innovation Excellence and Research” (PIER)

KiniTindakan menjadi sebahagian mata pelajaran dalam komponen kursus

DPM di Institut/Maktab PerguruanKursus Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Di Universiti

5. Ciri-ciri Kajian Tindakan (Dalam Pendidikan)

6

Page 7: Nota Panduan Kajian Tindakan

a. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

b. Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang mereka ajar.

c. Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru tersebut iaitu memahami dan memper-

baiki.

d. Dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentukkumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan mem-punyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka.

e. Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah, bukan suasana kawalan.

f. Melibatkan tindakan praktis (intenvensi) bagi menyelesaikan masalah dan men-gembangkan pengetahuan secara serentak. Pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut.

g. Melibatkan guru membina ‘teori-teori’ daripada pengalaman sebenar yang mereka lalui.

h. Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

6. Tiga pra syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek kajian dikenali sebagai kajian tindakan.

Projek tersebut membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.

a. Projek berjalan mengikut satu kitaran di mana setiap kitaran terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merenflek yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubungkait.

b. Projek itu dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan projek-projek kajian tanpa kehilangan kawalan ke atas proses penyelidikan.

c. Projek penyelidikan yang cuma mempunyai satu kitaran sahaja tidak boleh dianggap penyelidikan tindakan, sebaliknya hanyalah sebagai satu projek penyelesaian masalah.

7

Page 8: Nota Panduan Kajian Tindakan

7. Tujuan Kajian Tindakan

a. Membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah.

b. Memberi peluang guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion mereka.

c. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan memperkembangkan idea-idea baru mengenai amalan.

d. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi.

e. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka.

f. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional.

g. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka.

8

Page 9: Nota Panduan Kajian Tindakan

BAHAGIAN 2

KITARAN KAJIAN TINDAKAN

9

Page 10: Nota Panduan Kajian Tindakan

KITARAN KAJIAN TINDAKAN

1. Langkah-langkah Kitaran Kajian Tindakan Kajian Tindakan adalah satu penyelidikan yang sistematik dan reflektif. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988), kajian tindakan terdiri daripada empat fasa dalam satu kitaran.

Kitaran kajian tindakan seperti pada Rajah 1 terdiri daripada:

a. Perancangan (Planning)b. Tindakan (Acting)c. Pemerhatian (Observing)d. Refleksi (Reflecting)

Rajah 1 : Kitaran Kajian Tindakan – Perbaiki Kelemahan

MENGENALPASTI

MASALAHApa yang sedang

berlaku.Idea umum.

Kenalpasti isu/masalah/situasi

Merancang

TindakanPemerhatian

Refleksi

PerbincanganPerundingan

Penerokaan PeluangMenilai kemungkinan

10

Menilai semulaperancangan

Page 11: Nota Panduan Kajian Tindakan

Langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan

Langkah 1: Mengenal Pasti Isu / Masalah / Situasi

Sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik seharusnya mengenal pasti isu dalam persekitaran tempat kerja yang boleh menjejaskan keberkesanan prestasi. Prosedur ini merangkumi proses refleksi, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan menentukan fokus kajian.

a. Refleksi

Proses refleksi melibatkan penyelidik menyemak, menilai semula, menentapkan keperluan dan memikirkan perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam tugasnya. Berikut adalah isu yang boleh difikirkan. Sebagai contoh:

Saya dapati murid saya kurang memahami.....

Daripada catatan refleksi, penyelidik akan cuba merumuskan isu yang akan dijadikan fokus kajian dengan cara:

● Menetapkan keperluan

● Mengetahui keadaan yang sepatutnya wujud

● Menentukan matlamat-matlamat

i Input – Punca-punca ii Pihak terlibat iii Kaedah

● Mengukur Keperluan

b. Pengumpulan maklumat

Pengumpulan maklumat merupakan satu proses yang sistematik untuk membolehkan penyelidik membuat pertimbangan dan seterusnya mengambil keputusan tentang fokus kajian.

Maklumat boleh dikumpul melalui:

i. Pemerhatian (berstuktur, tak berstruktur)ii. Temu bualiii. Soal selidikiv. Ujian dan latihanv. Dokumenvi. Jurnal

11

Page 12: Nota Panduan Kajian Tindakan

vii. Jurnal reflektifviii. Diari

i. Pemerhatian ● Memerhati guru semasa pengajaran & pembelajaran

● Memerhati pelajar semasa pengajaran & pembelajaran

● Peristiwa

● Kelakuan

● Masa

● Matlamat

● Perasaan

● Objek

● Ruang

Pemerhatian boleh dilakukan dengan Dua cara iaitu :

i. Berstruktur

● Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu.

● Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti.

● Pemerhatian berstruktur dilakuakn dengan menggunakan senarai semak.

ii Pemerhatian tidak berstruktur

● Dilakukan tanpa berpandu kepada set aktiviti yang telah dikenal pasti.

● Tentukan fokus pemerhatian (seperti tingkah laku murid bahasa tubuh semasa pengajaran & pembelajaran seorang murid atau sekumpulan pergerakan dalam bilik darjah). Guru perlu tentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.

● Catatan fakta dan bukannya pendapat

12

Page 13: Nota Panduan Kajian Tindakan

● Interpretasi fakta boleh dilakukan semasa membuat refleksi

● Dalam catatan adakan ruang untuk mencatatkan masa bagi setiap aktiviti

Analisis pemerhatian:

i. Berstruktur ● Kirakan kekerapan dan peratusan ● Susunkan mengikut keutamaan (ranking)

ii Tidak Berstruktur ● Menyemak maklumat dengan terperinci ● Membaca semula catatan, pemerhatian, kemudian highlight, gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu. ● Menyemak maklumat semula ● Menentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis ● Mencari tema untuk kategori itu

Hasil analisis pemerhatian

● Apakah implikasi daripada perkara yang diperhatikan

● Apakah andaian yang boleh dibuat (sebab dan kesan / cause and effect)?

● Sekiranya ada, apakah langkah yang boleh dirancang berdasarkan andaian tersebut.

ii. Temu Bual

Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan interaksi sosial antara individu.

Jenis temu bual:

● Berstruktur● Separa Berstruktur● Tidak Berstruktur

Teknik temu bual:

● Wujudkan rapport● Keadaan● Pilih masa

13

Page 14: Nota Panduan Kajian Tindakan

● Catatkan temubual● Ulangi soalan jika perlu● Ulangi jawapan jika perlu● Berikan masa untuk responden menjawab

Analisis data temubual

● Menyemak maklumat● membaca semua catatan● menyemak kategori maklumat● Mencari tema untuk kategori● Interpretasi dan kesimpulan

iii. Soal Selidik Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai.

Panduan membina soal selidik:

● Jelas dan tidak mengelirukan● Soalan mudah dijawab● Bahasa yang digunakan mesti mudah difahami● Soalan yang dikemukakan dapat mengumpul maklumat yang dikehendaki secepat mungkin.● Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik jangan terlalu lama.

Jenis Soalan:

● Soalan terbuka● Soalan aneka pilihan● Soalan dwi pilihan● Soalan isi tempat kosong● Soalan berbentuk tarbular● Soalan berbentuk skala● Soalan berbentuk pangkatan● Soalan berbentuk senarai semak

● Soalan terbuka Soalan jenis terbuka memberi peluang kepada responden untuk memilih bentuk dan panjang jawapan yang hendak diberikan. ● Soalan aneka pilihan Soalan aneka pilihan memerlukan penyelidik menyediakan beberapa jawapan yang boleh dipilih oleh responden.

14

Page 15: Nota Panduan Kajian Tindakan

● Soalan dwi pilihan

Dalam soalan dwi pilihan hanya dua jawapan sahaja yang disediakan iaitu ‘YA atau ‘TIDAK’.

● Soalan isi tempat kosong

● Soalan berbentuk tarbular

Jawapan ditulis dalam ruang khas yang disediakan. Apakah bahan pengajaran dan pembelajaran yang anda gunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains dalam bulan Februari 2004.

Mata Pelajaran TVP CDRI KOMPUTER

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Matematik

Sains

● Soalan berbentuk skala

Jawapan diberikan mengikut skala yang disediakan.

5 4 3 2 1

SS S KS TS STS

5 SS = Sangat setuju4 S = Setuju3 KS = Kurang Setuju2 TS = Tidak Setuju1 STS = sangat Tidak Setuju

15

Page 16: Nota Panduan Kajian Tindakan

● Soalan berbentuk pangkatan

Soalan jenis ini memerlukan responden memberikan responden pangkatan.

Contoh: Susunkan bahan bentu mengajar yang anda gunakan berikut daripada yang paling kerap diguna (1) kepada yang paling tidak kerap diguna (6).

1. Rancangan televisyen pendidikan2. CDRI3. Komputer4. Buku

● Soalan berbentuk senarai semak

Responden hanya diminta menandakan pada mana-mana item yang berkenaan.

Contoh: Saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti mana yang ditandakan dalam pengajaran pembelajaran.

1. Rancangan televisyen pendidikan2. CDRI3. Komputer4. Buku

Nyatakan: __________________

Analisis data soal selidik: Soalan terbuka

- Menyemak maklumat dengan terperinci- Membaca semua catatan, pemerhatian, kemudian highlight gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu.- Menyemak maklumat semula- Menentukan maklumat kategori yang digunakan untuk analisis- Mencari tema untuk kategori itu- Interpretasi dan kesimpulan

Analisis soalan lain

Analisis dibuat dengan mengira frekuensi, peratus dan nilai min.

16

Page 17: Nota Panduan Kajian Tindakan

iv. Ujian / Latihan

Ujian diberi untuk mengesan kefahaman responden terhadap sesuatu konsep/pelajaran.

- Lisan- Bertulis

Analisis ujian / latihan

- Mengira bilangan - Mengira bilangan responden- Melakukan analisis bilangan responden yang mencapai tahap minima- Melakukan analisis bilangan responden yang boleh menjawab setiap soalan yang dikemukakan.- Mengenal pasti item yang susah dan senang

v. Dokumen

Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji kepada guru kerana dokumen adalah sumber yang paling mudah diperolehi.

vi. Jurnal Reflektif

vii. Diari

c. Membuat analisis / penilaian

i. Takrifii Fungsi analisis dataiii Pendekataniv Analisis

17

Page 18: Nota Panduan Kajian Tindakan

j. Menentukan fokus kajian

Langkah 1 : Merancang Tindakan a. Terdapat dua jenis perancangan:

● Perancangan untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk masalah tertentu yang diperoleh dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan.

● Perancangan untuk mengantikan cara yang ada dengan cara yang lain.

b. Perkara-perkara yang patut terkandung dalam perancangan:

● Matlamat cadangan● Sebab-sebab cadangan itu diambil● Senarai tentang tugas● Pernyataan cara-cara pemantauan● Pernyataan penilaian sumatif dan sumatif● Pernyataan keperluan yang lain● Bersesuaian dengan teori-teori praktik

Langkah 2 : Perlaksanaan Tindakan

Langkah 3 : Pemerhatian

Terdiri daripada pemerhatian dan penilaian.

a. Beberapa cara pemantauan:

● Kendiri ● Rakan sejawat ● Pelajar-pelajar ● Bersama

b. Jenis penilaian

● Penilaian formatif ● Penilaian sumatif

18

Page 19: Nota Panduan Kajian Tindakan

c. Instrumen penilaian

Instrumen berikut boleh digunakan untuk mengumpul maklumat dalm proses penilaian:

● Pemerhatian ● Temu bual ● Borang penilaian ● Ujian ● Soal selidik ● Senarai semak ● Jurnal reflektif ● Diari d. Kepentingan penilaian dan kajian

● Mengukur keberkesanan proses kajian ● Menunjukkan bahagian yang perlu diperbaiki ● Menunjukkan kelemahan dalam arahan ● Mengukur pencapaian objektif kajian ● Sebagai panduan untuk kitaran kajian seterusnya.

Langkah 4 : Refleksi

a. Melakukan Refleksi

Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses kerja dengan amalan kerjanya.

b. Definisi Refleksi

Refleksi merupakan satu aktiviti penting bagi seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu pilihan.

c. Sikap yang perlu ada untuk menjadi seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif

● Fikiran terbuka (Open-mindedness) ● Kesungguhan atau sepenuh hati (Whole-heartness) ● Tanggungjawab intelek (Intellectual responsibility)

19

Page 20: Nota Panduan Kajian Tindakan

d. Tujuan refleksi

Tujuan refleksi adalah untuk membolehkan guru penyelidik:

● Mentafsirkan ● Menilaai kesesuaian sesuatu strategi kerja ● Menganalisis

e. Bila perlu melakuakn refleksi

i. Peringkat Sebelum Tindakan

● Membuat tinjauan atau analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau masalah kerja ● Menentukan isu / bidang keperihatinan ● Menentukan fokus kajian / perubahan ● Menganalisis kefahaman semasa kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah kerja.

ii. Peringkat Selepas Tindakan

● Mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dalam amalan bekerja ● Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru ● Menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat ● Menentukan atau merancang tindakan susulan selanjutnya

f. Fokus refleksi

● Amalan / tingkahlaku kerja ● Hasil / akibat / kesan tindakan ● Kepercayaan / pegangan / andaian penyelidik ● kewajaran / kerasionalan tindakan

g. Hasil refleksi memberikan penyelidik:

● Kefahaman baru ● Kesedaran ● Keinsafan ● Perubahan persepsi ● Perubahan amalan ● Meningkatkan profesionalisme keguruan

20

Page 21: Nota Panduan Kajian Tindakan

RINGKASAN AKTIVITI DALAM KITARAN KAJIAN TINDAKAN

i. Mengenal pasti masalah/ isu berkaitan dengan amalan kerja.ii. Menentukan tujuaniii. Merancang pelaksanaan kajian:- ● Mendapatkan pemuafakatan untuk mewujudkan kerja berpasukan. ● Mengutip dan menganalisis data untuk memahami masalah dengan terperinci.iv. Membina aktiviti kerja berdasar- kan analisis data.

1. MERANCANG

4. RIFLEKSI

Setelah aktiviti dilaksanakan dan data dianalisis penyelidik membuat rumusan tentang kefahamannya terhadap amalan kerja khususnya yang berkaiatan dengan amalannya sendiri.Contoh:“Aktiviti yang berkesan boleh dibina untuk menangani sesuatu masalah sekiranya pengamal memahami punca sebenar yang menghalang proses kerja.

Apa yang telah dialami ini haruslah digunakan dalam merancang aktiviti/kerja seterusnya.

2. BERTINDAK

Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang:

i. Memaklumkan kepada responden tentang responden tentang program melalui kajian tindakan.ii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

3. MEMERHATI

Pemerhatian secara langsung dilakukansemasa menjalankan aktiviti-aktiviti diperingkat TINDAKAN.● Penyelidik mencatat perlakuan responden, masalah/kekangan dan sebarang perlakuan yang memberi kesan kepada amalan kerja.● Responden mencatat/membuat komen/ menyatakan perasaan tentang amalan kerja yang menimbulkan masalah, kekeliruan, kebosanan, keseronokan dan lain-lain yang menjejaskan kerja.● Rakan sekerja mencatat perlakaun responden dan pengkaji semasa aktiviti/ kerja berlangsung dan perkara lain yang mempengaruhi proses kerja.

21

24

1

3

Page 22: Nota Panduan Kajian Tindakan

BAHAGIAN 3

PENULISAN KERTAS CADANGAN

22

Page 23: Nota Panduan Kajian Tindakan

PENULISAN KERTAS CADANGAN

Kertas cadangan ditulis untuk memberi garis panduan kepada penyelidik tentang apa yang ingin dilaksanakan supaya objektif kajian tidak tersasar. Selain itu, anggaran perbelanjaan dan skedul kajian perlu dilampirkan.

1. Nama dan alamat penuh organisasi2. Nama atau Ahli-ahli Jawatan kuasa Penyelidik (kumpulan Penyelidik)3. Tajuk kajian4. Refleksi masalah5. Fokus kajian6. Objektif kajian (am dan khusus)7. Kumpulan sasaran8. Tindakan yang dicadangkan9. Alatan/bahan kajian yang dicadangkan10. Anggaran Kos Kajian11. Skedul/Jadual Pelaksanaan Kajian

Perkara-perkara dalam penulisan kertas cadangan dihuraikan seperti berikut:

1. Nama dan alamat penuh organisasi

2. Nama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelidik (Kumpulan Penyelidik)

3. Tajuk Kajian

4. Refleksi Masalah

5. Fokus Kajian (Isu keperihatinan yang dikaji)

6. Objektif kajian (am dan khusus)

7. Kumpulan Sasaran

8. Tindakan yang dicadangkan

9. Alatan/Bahan kajian yang dicadangkan

10. Anggaran Kos Kajian

11. Skedul/jadual Pelaksanaan Kajian

23