buku panduan kajian tindakan

27
PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN I PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 1.0 PENGENALAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan I dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan menyediakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan. 2.0 RASIONAL Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan I PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG. Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan I ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk Projek (Kertas cadangan Kajian Tindakan) bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam merancang kertas cadangan Kajian Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan I dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.

Upload: fahmi-ibrahim

Post on 19-Jun-2015

966 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Kajian Tindakan

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

1.0 PENGENALAN

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan I dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan menyediakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan.

2.0 RASIONAL

Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan I PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG.

Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan I ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk Projek (Kertas cadangan Kajian Tindakan) bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam merancang kertas cadangan Kajian Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan I dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.

Page 2: Buku Panduan Kajian Tindakan

3.0 OBJEKTIF PANDUAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN I

3.1 Menyeragamkan proses pentaksiran Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

3.2 Menyediakan instrumen pentaksiran kertas cadangan Penyelidikan Tindakan

3.3 Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang dilaksanakan.

3.4 Sebagai dokumen rujukan dan panduan dalam pengurusan pentaksiran dan penilaian, serta kawalan mutu dan keselamatan.

4.0 STRUKTUR PENTAKSIRAN

Struktur Pentaksiran Penyelidikan Tindakan l Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

BIL

KURSUS KOD KREDIT PEPKERJA KURSUS

CATATANPROJEK KKP AMALI

1. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Kaedah)

BMM3113 3 (3+0) 50% 50% - -

2. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Arab Pendidikan Rendah (Kaedah)

BAM3113 3 (3+0) 50% 50% - -

3. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Cina Pendidikan Rendah (Kaedah)

BCN3113 3 (3+0) 50% 50% - -

4. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (Kaedah)

BTM3113 3 (3+0) 50% 50% - -

5. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Kaedah)

PIM3113 3 (3+0) 50% 50% - -

6. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (Kaedah)

PJM3116 3 (3+0) 50% 50% - -

Page 3: Buku Panduan Kajian Tindakan

BIL

KURSUS KOD KREDIT PEPKERJA KURSUS

CATATANPROJEK KKP AMALI

7. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Prasekolah (Kaedah)

PRA3113 3 (3+0) 50% 50% - -

8. Penyelidikan Tindakan l – Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Kaedah)

PSS3113 3 (3+0) 50% 50% - -

9. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (Kaedah)

PSV3113 3 (3+0) 50% 50% - -

10. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (Kaedah)

MZU3122 3 (3+0) 50% 50% - -

11. Action Research l – Primary Mathematics (Methodology)

MTE3113 3 (3+0) 50% 50% - -

12. Action Research l – Primary Science (Methodology)

SCE3113 3 (3+0) 50% 50% - -

13. Penyelidikan Tindakan l – Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah (Kaedah)

RBT3113 3 (3+0) 50% 50% - -

14. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (Kaedah)

PKB3113 3 (3+0) 50% 50% - -

15. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah (Kaedah)

PKD3115 3 (3+0) 50% 50% - -

16. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah (Kaedah)

PKL3115 3 (3+0) 50% 50% - -

17. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Pemulihan (Kaedah)

PKP3115 3 (3+0) 50% 50% - -

Jadual I : Kursus-kursus yang melibatkan pentaksiran Penyelidikan Tindakan l

Page 4: Buku Panduan Kajian Tindakan

5.0 PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN I

5.1 Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan I ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major. Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing.

5.2 Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan I ini adalah berbentuk projek yang telah diselaraskan bentuk dan format penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major.

6.0 PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

6.1 Seorang pensyarah (Penyelia) membimbing dan menilai sekumpulan pelajar antara 1 hingga 5 orang guru pelatih

6.2 Pentaksiran menggunakan skala pemarkahan seperti yang ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus

yang berkenaan

6.3 Markah dari setiap aspek yang dinilai hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.

6.4 Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.

Page 5: Buku Panduan Kajian Tindakan

7.0 PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Nama penyelidik Nama Institusi / SekolahIsi Kandungan

PENDAHULUAN

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu / Refleksi sorotan Litratur

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Tinjauan dan Analisis Masalah

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

KUMPULAN SASARAN

PELAKSANAAN KAJIAN

Perancangan langkah-langkah tindakan Perancangan cara mengumpul data Perancangan cara menganalisis data

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Kos Kajian

Senarai Rujukan

Lampiran

8.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Page 6: Buku Panduan Kajian Tindakan

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN

1 Kertas Cadangan Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN Refleksi pengalaman yang lalu /

Refleksi Sorotan Literatur

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Tinjauan dan Analisis Masalah

10

25

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan

Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada

50%

Page 7: Buku Panduan Kajian Tindakan

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan

5

5

sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut

fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas

Page 8: Buku Panduan Kajian Tindakan

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Jadual pelaksanaan Kos kajian

6.0 TINJAUAN LITERATUR

10

10

10

5

10

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas

Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan amat jelas

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang amat sesuai

Page 9: Buku Panduan Kajian Tindakan

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven

Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)

2. Sahsiah 10Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.

Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.

Mengamalkan etika penyelidikan

JUMLAH 100

9.0 RUBRIK PENTAKSIRAN

9.1 Rubrik Pentaksiran Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

Page 10: Buku Panduan Kajian Tindakan

Aspek

KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

(9-10) (7-8) (5-6) (4 -0)1.0 PENDAHULUAN Refleksi

pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur

(10 markah)

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan

Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus berkesan

Membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian secara kurang jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus secara kurang berkesan

Membincangkan secara kurang jelas andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara kurang jelas terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian secara tidak jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus secara tidak berkesan

Membincangkan secara tidak jelas andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara tidak terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINANTinjauan dan Analisis Masalah

(25 markah)

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 4 daripada 6 kriteria berikut:

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan kurang baik dan kurang jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 3 daripada 6 kriteria berikut:

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid secara tidak baik dan tidak jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 2 daripada 6 kriteria berikut:

Page 11: Buku Panduan Kajian Tindakan

Aspek

KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

(9-10) (7-8) (5-6) (4 -0) Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada

sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci

Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada

sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara terperinci

Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada

sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan kurang jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara kurang jelas

Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada

sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan secara tidak jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara tidak jelas

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

(5 markah)

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut

fokus tindakan pencapaian

tindakan

Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan jelas 3 perkara berikut

fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian relevan dengan objektif kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan kurang jelas 3 perkara berikut

fokus tindakan pencapaian

tindakan

Soalan kajian kurang relevan dengan objektif kajian

Pernyataan objektif kajian tindakan tidak dinyatakan dengan jelas 3 perkara berikut

fokus tindakan pencapaian

tindakan

Soalan kajian tidak relevan dengan objektif kajian

Page 12: Buku Panduan Kajian Tindakan

Aspek

KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

(9-10) (7-8) (5-6) (4 -0)(5) (4) (3) (1-2)

4.0 KUMPULAN SASARAN(5 markah)

Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain

Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 4 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik

ciri-ciri unik yang lain

Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 3 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain

Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 2 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik

ciri-ciri unik yang lain

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

(10 markah)

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas

Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan jelas

Merancang kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan kurang jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan kurang jelas

Merancang kaedah pengumpulan data yang kurang sesuai untuk menjawab soalan kajian

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) secara tidak jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan secara tidak jelas

Merancang kaedah pengumpulan data secara tidak sesuai untuk menjawab soalan kajian

Page 13: Buku Panduan Kajian Tindakan

Aspek

KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

(9-10) (7-8) (5-6) (4 -0) (10 markah)

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data(10 markah)

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Jadual pelaksanaan

Kos kajian(5 markah)

tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan terperinci dan dilampirkan

Kaedah analisis data tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan baik

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan hampir lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci

tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan secara kurang terperinci dan dilampirkan

Kaedah analisis data kurang tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan secara kurang baik

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt secara kurang lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian secara kurang terperinci

tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan secara tidak terperinci dan dilampirkan

Kaedah analisis data tidak tepat bagi jenis data yang dikumpul

Perancangan kaedah analisis data tidak dijelaskan dengan baik

Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt secara tidak lengkap

Menyediakan anggaran kos kajian secara tidak terperinci

6.0 TINJAUAN LITERATUR(10 markah)

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan amat jelas

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang amat

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan jelas

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang sesuai

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti secara kurang jelas

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang kurang

Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti secara tidak jelas

Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang tidak

Page 14: Buku Panduan Kajian Tindakan

Aspek

KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

(9-10) (7-8) (5-6) (4 -0)sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven

Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 4 sumber kajian lepas yang tepat dan releven

Penulisan rujukan dan bibliografi hampir betul (sistem APA)

sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 3 sumber kajian lepas yang kurang tepat dan kurang releven

Penulisan rujukan dan bibliografi yang kurang betul (sistem APA)

sesuai

Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 3 sumber kajian lepas yang tidak tepat dan tidak releven

Penulisan rujukan dan bibliografi yang tidak betul (sistem APA)

SAHSIAH

(10 markah)

Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.

Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.

Mengamalkan etika penyelidikan

Menunjukkan tindakbalas yang positif terhadap komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang baik dalam menyelesaikan tugasan.

Menunjukkan tahap penglibatan yang baik.

Mengamalkan etika penyelidikan

Menunjukkan sikap kurang terbuka dalam menerima komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang memuaskan dalam menyelesaikan tugasan. Menunjukkan tahap penglibatan yang memuaskan.

Mengamalkan etika penyelidikan

Bertindakbalas secara negative terhadap komen atau kritikan.

Tidak menunjukkan komitmen dalam menyelesaikan tugasan.

Sangat kurang menunjukkan penglibatan.

Mengamalkan etika penyelidikan

Page 15: Buku Panduan Kajian Tindakan

10.0 SYARAT LULUS PENTAKSIRAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

10.1 Pelajar lulus

10.1.1 Kehadiran 100% dalam pengajaran dan pembelajaran

10.1.2 Pelajar wajib menghasilkan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan l dengan lengkap mengikut format dan kriteria yang ditetapkan

10.1.3 Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40%

10.2 Pelajar Gagal

10.2.1 Tidak Melengkap dan Menyempurnakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan l

10.2.2 Tidak mencapai markah 40% ke atas

10.2.3 Pelajar yang tidak melengkap dan menyempurnakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan l dikehendaki mengulang.

10.2.4 Pelajar dikehendaki mengulang pentaksiran tersebut pada tarikh yang ditetapkan.

10.2.5 Pelajar yang lulus pentaksiran ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.

Page 16: Buku Panduan Kajian Tindakan

11.0 KAWALAN KESELAMATAN

11.1 Kawalan Mutu

11.1.1 Pentaksiran Kerja Kursus ini wajib dimoderasikan

11.1.2. Pentaksiran kerja kursus ini hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.

11.1.3 Pemantauan akan dilakukan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas tentang pentaksiran yang dilaksanakan

11.2 Pengurusan Keselamatan Dokumen

11.2.1 Maklumat dan data tentang seseorang pelajar adalah dokumen terhad.

11.2.2 Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.

11.2.3 Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGM.

Page 17: Buku Panduan Kajian Tindakan

AHLI PANEL PENGGUBALAN

BILNAMA IPG

1 Dr CHOW FOOK MENG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

2 TUAN HAJI HADI B MOHAMAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU

3 EN ABU BAKAR B MOHAMAD RASHID INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

4 Dr ISMAIL B ABAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, SELANGOR

5 EN PUTRA ABDUL RAHMAN B IBRAHIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, KEDAH

Page 18: Buku Panduan Kajian Tindakan

BILNAMA IPG

6 PN HJH SOFIAH BT ZAKARIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

7 Dr YASMIN BT HUSSAIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

8 CIK HJH NOOR HAYATI BT MOHAMED INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

9 EN KAHAR B AHMAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

10 UST AINON BT WAZIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, SELANGOR

11 EN YUSRI B HUSSAIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

12 PN JESMA BT ISMAIL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

13 EN CHONG BENG HOOI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

Page 19: Buku Panduan Kajian Tindakan

BILNAMA IPG

14 EN TAMIL MARAN A/L BADRAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

15 CIK FRAULEIN LIPUN ANGKING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, SARAWAK

16 EN MOHD YUSOF B SAAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

15.0 PENYELARAS

BILNAMA BPG

1 DATIN Dr HJH FOWZIA BT OSMAN UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

2 PN RADZIAH BT MUHAMMAD UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU