panduan menjawab pendidikan moral spm

Upload: letchumanan-l-marimuthu

Post on 14-Oct-2015

88 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Panduan Menjawab Pendidikan Moral Spm

TRANSCRIPT

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir: kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan hafal definisi nilai atau kata kunci kaitkan definisi dengan situasi soalanContoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai(1 markah untuk 1 nilai)

1.Nyatakansatunilai yang diamalkan oleh Anita(1 markah)2.Berikansatunilai yangtelahdiamalkan oleh kerajaan Malaysia(1 markah)3.Senaraikanduanilai yangperludiamalkan oleh remaja(2 markah)4.Nyatakantiga nilaipatutdiamalkan oleh Raj.(3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai(2 markah)

1.Nyatakanmaksud nilai yang di atas(2 markah)2.Berikandefinisi nilai seperti di 1(a).(2 markah)3.Tuliskanerti definisiduanilai di 2(a)(4 markah)4.Berikanmakna nilai yang di nyatakan di atas(2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan(2/3 markah)

1.Huraikansatunilai yang diamalkan oleh Anita(2 markah) Jawab dalam2 ayat sahaja.(N. W+kk.)2.Jelaskansatunilai yangtelahdiamalkan oleh kerajaan Malaysia(3 markah)Jawab dalam 3 ayat.(N. W+kk. contoh.)3.Terangkanduanilai yang perlu diamalkan oleh remaja(4 markah)Jawab 2 ayat untuk setiap nilai.(N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut: Akta Dasar Nama-nama pertubuhan Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah

Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakannama/akta/watak/organisasidll1. Berikansatuagensikerajaan yang melindungi hak pengguna.(1 markah)2. Senaraikantigabadanbukan kerajaan yang membela hak pengguna(3 markah)3. Nyatakansatuorganisasidunia yang melindungi haiwan.(1 markah)4. Senaraikanduatokohsukan negara yang kamu tahu.(2 markah)5. Nyatakansatuaktayang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan.(1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkancara/kesan/kepentingan/punca......1.Cadangkansatucaramengatasi pencemaran alam.(1 markah)2.Senaraikanduakesanpencemaran alam.(2 markah)3.Nyatakantigakepentinganmenjaga kebersihan alam sekitar.(3 markah)4.Berikanduapuncapencenaran alam.(2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkancara/kesan/kepentingan/punca/ .....1.Bincangkansatucara mengatasi pencemaran alam.(2 markah) Cadangan. Contoh.2.Jelaskanduakesan pencemaran alam.(4 markah) Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.3.Huraikansatukepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.(2 markah) Kepentingan. Contoh.4.Terangkanduapunca pencemaran alam.(4 markah)Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.

JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar hemat tinggi telaransi teloransi kesederhaan tanggungjawab menghargai dan menyayangi alam sekitar cintai akan negara cinta kepada negara mematuhi undang-undang dan peraturan kasih sayang kepada keluarga hormat dan taat kepada keluarga menghormati hak golongan kurang upaya sikap terbuka berhemah tinggi percaya kepada tuhan melibatkan diri dalam pembangunan negara mematuhi peraturan & undang2 b/jawab peka terhdp isu2 a.sekitar keharmonian ant m"sia dgn a. sekitarCuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas

Latihan menjawab soalan strukturSebelum menjawab:

1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pastiwatak(W) danisu/tindakan(I).2. Kenal pastinilai(N) dankata kunci(kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)Formula Menjawab soalan nilai:2 markah = N.W + kk.3 markah = N.W + kk.Contoh.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.

Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.Jelaskansatu nilaiyang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

W: NicoleGn: diaT: menyelamatkan anak kucingNilai: kasih sayangkk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlasAyat 1:Nilai kasih sayang.Ayat 2:Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas.

Penulisan jawapan:Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas.

Contoh 2: 3 markahRakyat Malaysiasentiasaberusahadan mencari jalan untukmenaikkan nama negaradi persada dunia melalui pelbagai aktiviti.Huraikansatu nilaiyang dipamerkanoleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)

KA: Rakyat MalaysiaGn:kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)T:berusaha menaikkan nama negaraN: Cinta akan negarakk:perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1:Nilai cinta akan negara.Ayat 2:Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.Ayat 3:Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Penulisan jawapan:Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan EseiBahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawabN1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.FormulaAyat 1(1 markah): N.Ayat 2(2 markah): W+ def.Ayat 3(1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)Ayat 4(1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)

ContohAkta Perlindungan Kanak-kanak 1991memberi perlindungan kepada kanak-kanakdaripadapenderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak jugadilindungi daripada menjadi buruh.Merekaberhak mengikuti pendidikan formal di sekolahdan mereka jugaberhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjagamereka.Bincangkan nilai-nilai yangperlumenjadi pegangansetiap orangdemi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah):N.Nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah):W+ definisi.Setiap orangperluMembela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Ayat 3 (1 markah):Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)Contohnyamemberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah):Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi)Contoh seterusnyamelindungi kanak-kanak daripadapenderaan sama ada secara fizikal atau mental

Cara menulis jawapan:Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.Contohnyamemberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.Contoh seterusnyamelindungi kanak-kanak daripadapenderaan sama ada secara fizikal atau mental

Senarai Nilai, Definisi & Kata Kunci Pendidikan Moral SPM1.1Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

*keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam*mematuhi segala suruhanNya1.2 Amanah

Sikap bertanggunngjawab yang boleh menimbulkan kepercayaa dan keyakinan orang lain.

*sikap bertanggungjawab*menimbulkan kepercayaan orang lain

1.3 Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

*memulia maruah diri*menjaga maruah diri

1.4 Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

*memikul tugas/kewajipan*melaksanakan tugas/kewajipan

1.5Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.*beradab sopan*berbudi pekerti mulia

1.6Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

*bertolak ansur*sabar*mengawal diri

1.7Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

*kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu*tanpa bergantung kepada orang lain

1.8Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan , dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

*usaha berterusan*ketekuna/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju

1.9Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daraipada hati yang ikhlas.

*kepekaan/perasaan cinta yang mendalam*kepekaan/perasaan cinta yang berkekalan

1.10 Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

*tindakan/keputusan yang saksama*tidak berat sebelah

1.11 Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

*boleh berfikir*bertindak wajar

1.12 Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan dtau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

*tidak keterlaluan*tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

*perasaan cinta/kasih/sayang mendalam terhadap keluarga*perasaan cinta/kasih/sayang berkekalan terhadap keluarga

2.2 Hormat dan taat kepada anggota kepada anggota keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

*memuliakan setiap anggora keluarga*berinteraksi / memberi layanan secara bersopan2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan

Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

*menerima kebiasaan/adat/kepercayaanyang diwarisi secara turun-temurun*menghormati kebiasaan/adat/kepercayaanyang diwarisi secara turun-temurun*mengamalkan kebiasaan/adat/kepercayaanyang diwarisi secara turun-temurun

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

*kewajipan terhadap keluarga*melahirkan keluarga bahagia/meningkatkan imej/menjaga maruah keluarga3.1 Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

*memelihara alam sekeliling*memulihara alam sekeliling

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

*hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling*kualiti kehidupan manusia/alam sekeliling terpelihara

3.3 Kemapanan Alam Sekitar

Pengekalankeseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

*pengekalan keseimbangan alam sekeliling*tanggungjawab bersama3.4 Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.*pengekalan keseimbangan alam sekeliling*tanggungjawab bersama

4.1 Cinta akan Negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

*perasaan sayang/bangga kepada negara*meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

*kepatuhan yang berkekalan kepada raja/negara*kesetiaan yang berkekalan kepada raja/negara4.3 Sanggup berkorban untuk Negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara.

*kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu*sebagai tanda kebaktian untuk negara5.1 Melindungi Hak kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna.

*membela/memberi naungan*memelihara hak kanak-kanak5.2 Menghormati Hak Wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara.

*melindungi wanita*mengiktiraf wanita

5.3 Melindungi hak pekerja

Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

*menghormati/menghargai perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja*mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja

5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan.

*memberi layanan bersopan kepada golongan kurang berupaya*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 Melindungi hak pengguna

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

*membela/memelihara hak individu*menjadi pengguna yang berilmu/mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti tidak mudah dieksploitasi6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

*menerima peraturan/undang-undang*mematuhi peraturan/undang-undang

6.2 Kebebasan bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

*kebebasan konsep dengan batasan tertentu*kebebasan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu

6.3 Kebebasan beragama

Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

*kebebasan menganuti agamanya*kebebasan mengamalkan agamanya

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

*kebebasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara*mematuhi peraturan/undang-undang/Perlembagaan Malaysia6.5 Sikap keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

*bersedia memberi pandangan/pembaharuan/kritikan*bersedia menerima pandangan/pembaharuan7.1 Hidup bersama secara aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

*hidup berbaik-baik antara satu sama lain*mengutamakan kedamaian/keharmonian hidup7.2 Saling membantu dan bekerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

*usaha yang baik/membina*yang dilakukan bersama

7.3 Saling menghormati antara negaraMenghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.*menghargai hubungan antara negara*memuliakan hubungan antara negara