panduan mencari isi karangan

10

Click here to load reader

Upload: namaku-mahani

Post on 03-Jul-2015

7.728 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

panduan mencari isi penting karangan upsr

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan mencari isi karangan

PANDUAN MENCARI ISI KARANGAN/PENULISAN UPSR

BAHASA MELAYU, KERTAS 2

Page 2: Panduan mencari isi karangan

TIPS 1: Fahamkan soalan

CONTOH SOALAN: Tulis karangan yang bertajuk “Sahabat Karib saya”.

1. Kata kunci bagi soalan ialah “Sahabat karib saya”.

2. Soalan ini tidak berfokus. Maksudnya anda mesti faham bahawa soalan ini bertanya tentang ‘kawan baik kamu’.

3. Ini bermaksud kamu boleh menulis tentang kawan kamu (apa saja)

Page 3: Panduan mencari isi karangan

TIPS 2:Rangka/Draf karangan1. Rangka/Draf karangan itu penting.

2. Tulis draf dalam kertas kosong atau hanya buat dalam point-point sahaja lagi jimat masa di tepi soalan yang dipilih (‘Sahabat Karib saya’)

3. Tulis perkara asas sahaja yang perlu kamu ceritakan tentang kawan kamu itu seperti:

a)Nama dan latar belakangnya (isi 1)

b) Perkara yang kamu suka serta tidak suka tentangnya, sikapnya (isi 2)

c) Harapan kamu terhadapnya pada masa depan (isi 3)

5. Mesti ingat dalam kepala hanya perlu 3 isi penting sahaja. 2 lagi adalah untuk pendahuluan yang menarik serta penutup yang ringkas tapi padat.

Page 4: Panduan mencari isi karangan

TIPS 3:Contoh cara buat draf ringkas..

Page 5: Panduan mencari isi karangan

TIPS 4:Mula menulis1. Berpandukan draf yang ditulis dalam kertas soalan, bolehlah mula

menulis karangan.

2. Mulakan dengan menulis perenggan menarik (sebaik-baiknya pendahuluan yang mampu mencuit hati pemeriksa)

3. Contoh pendahuluan:

Dia mempunyai mata yang bulat serta senyuman yang manis. Siapakah

dia? Dia..tidak lain dan tidak bukan merupakan sahabat karib saya yang

amat saya sayangi.

4. Berikan dahulu pernyataan tentang rakan kamu kemudian barulahdikaitkan dengan tajuk.

5. Pendahuluan biar ringkas. Sebab kita perlu lagi menulis isi-isinyaberserta huraian dan sedikit contoh.

Page 6: Panduan mencari isi karangan

TIPS 5:Mula menulis isi1. Berpandukan draf yang ditulis dalam kertas soalan, bolehlah mula

menulis isi karangan.

2. Mulakan dengan menulis perenggan menarik berupa sedikit pernyataan ringkas jika tidak boleh menggunakan penanda wacana.

3. Contoh perenggan isi:

Rakan saya yang bermata bulat dengan senyuman manis itu bernama

Marissa Michael. Berasal dari Sabah berbangsa Dusun dan seumur dengan

saya. Dia juga seorang yang jarang bercakap tetapi suka tersenyum, mungkin

disebabkan itulah ramai rakan-rakan serta guru-guru sekolah kami

menyenanginya. Kadang-kadang apabila saya sedih, dia hanya duduk di

sisi saya tanpa bersuara tetapi memandang saya sambil tersenyum, mungkin

itu caranya menenangkan saya.

Page 7: Panduan mencari isi karangan

TIPS 6:Menulis penutup1. Berpandukan draf yang ditulis dalam kertas soalan, tulis penutup

karangan yang ringkas tetapi menyeluruh.

2. Boleh gunakan peribahasa supaya lebih menarik.

3. Contoh perenggan penutup:

Karibnya kami bagaikan isi dengan kuku. Saya berharap agar kami akan

terus berkawan sampai bila-bila.

Page 8: Panduan mencari isi karangan

TIPS 7: Contoh karangan lengkapDia mempunyai mata yang bulat serta senyuman yang manis. Siapakah

dia? Dia..tidak lain dan tidak bukan merupakan sahabat karib saya yangamat saya sayangi.

Rakan saya yang bermata bulat dengan senyuman manis itu bernamaMarissa Michael. Berasal dari Sabah berbangsa Dusun dan seumur dengansaya. Dia juga seorang yang jarang bercakap tetapi suka tersenyum, mungkindisebabkan itulah ramai rakan-rakan serta guru-guru sekolah kamimenyenanginya. Kadang-kadang apabila saya sedih, dia hanya duduk disisi saya tanpa bersuara tetapi memandang saya sambil tersenyum, mungkinitu caranya menenangkan saya.

Jika rakan karib anda seorang yang baik, begitu juga saya. Dia seorangyang sangat baik selain suka tersenyum dia juga peramah dan sukamembantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan. Namun begitu, dia cepatterasa apabila tersinggung disebabkan sesuatu dan hal ini bermaksudmasalah bagi saya kerana saya yang perlu memujuknya agar dia ceriakembali!

Page 9: Panduan mencari isi karangan

Oleh itu, saya sentiasa berharap agar kami akan selalu menjadi kawanbaik walaupun berbeza bangsa dan agama. Sentiasa berkawan danmemahami menjadikan kami pengamal slogan 1Malaysia yang berjaya!

Karibnya kami bagaikan isi dengan kuku. Saya berharap agar kami akanterus berkawan sampai bila-bila.

216 Patah perkataan

-Jangan terlalu memikirkan patah perkataan walaupun dalam kertas soalanmeminta anda menulis 80 patah perkataan (tidak kurang)-Namun, pastikan karangan anda kurang kesalahan ejaan dan tatabahasadan betul struktur ayatnya. -berhati-hati.-Banyakkan baca buku/akhbar/bahan bacaan ilmiah supaya dapat banyakperbendaharaan kata baru. Kalau kurang membaca maka karangan punkualitinya kurang.

Page 10: Panduan mencari isi karangan

Habis sudah kelas belajar menulis karangan. Semoga berjaya!

Sekian, terima kasih.

Namaku Mahani/2013