panduan & kod etika asrama pelajar kolej …apps.tatiuc.edu.my/online/doc/borang pendaftaran asrama...

Download PANDUAN & KOD ETIKA ASRAMA PELAJAR KOLEJ …apps.tatiuc.edu.my/online/doc/Borang Pendaftaran Asrama 2013-2014.… · KELUAR MASUK ASRAMA ... • Perpindahan bilik tanpa kebenaran

If you can't read please download the document

Upload: dangcong

Post on 07-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN & KOD ETIKA ASRAMA PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI TATI

    KEBERSIHAN

    Menjaga kebersihan, kekemasan bilik dan persekitarannya.

    Tilam dan bantal sentiasa bercadar dan bersarung. KESOPANAN DAN KEHARMONIAN

    Menjaga keharmonian dan kesentosaan.

    Mengamalkan budaya hormat menghormati.

    Tidak terlibat dalam pergaduhan.

    Tidak membuat bising di asrama terutama selepas jam 12:00 tengah malam.

    Tidak melakukan aktiviti sukan/riadah di bilik rekreasi selepas jam 10.00 malam

    KELUAR MASUK ASRAMA

    Urusan keluar masuk hanyalah melalui pintu pagar utama TATIUC sahaja.

    Waktu keluar masuk bagi pelajar lelaki adalah sehingga jam 12.00 tengah malam manakala bagi pelajar wanita sehingga jam 10.00 malam sahaja.

    PELAWAT

    Pelawat tidak dibenarkan memasuki bangunan atau bilik pelajar.

    Pelawat hendaklah memberitahu pengawal tentang hubungan/ kaitan dengan pelajar.

    Waktu melawat hanya sehingga jam 7:00 malam sahaja.

    MEROKOK

    Kompleks Asrama dan kampus TATIUC adalah ZON LARANGAN MEROKOK. Sebarang aktiviti merokok dan

    jual beli rokok adalah dilarang sama sekali.

    JUDI/ DADAH/ MINUMAN KERAS/ BAHAN LUCAH/ SENJATA MERBAHAYA

    Sebarang bentuk judi/dadah/minuman keras/bahan lucah/ senjata merbahaya adalah dilarang.

    ELEKTRIK DAN AIR

    Jimat menggunakan elektrik dan air.

    Pastikan lampu/ kipas ditutup apabila keluar dari bilik atau bilik air.

    Dilarang menggunakan kipas angin untuk mengeringkan pakaian.

    Tidak membawa/mengguna peralatan elektrik yang tidak dibenarkan.

    Tidak membuat pendawaian haram. PERATURAN PAKAIAN

    Pelajar beragama Islam - ketika di luar bilik dan di luar kampus mesti berpakaian sopan dan menutup aurat.

    Pelajar bukan beragama Islam ketika di luar bilik dan di luar kampus mestilah berpakaian sopan dan tidak mencolok mata.

    PERILAKU ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

    Berdua-duaan di antara pasangan belum berkahwin atau bersunyian antara berlainan jenis dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak adalah dilarang dan ditegah sama sekali.

    Pelajar lelaki ditegah berurusan dengan pelajar perempuan di perkarangan Asrama Perempuan dan sebaliknya.

    Sebarang bentuk perilaku sumbang dan mencolok mata adalah dilarang sama sekali. KONDISI BILIK

    Tidak mengubah, memindah dan mengalih apa-apa perabot yang disediakan di asrama.

    Tidak menconteng mana-mana bahagian atau perabot yang disediakan.

    Semua penghuni bertanggungjawab ke atas kerosakan di bilik.

    Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan ke Pejabat Asrama. PERATURAN UMUM/ LAIN-LAIN

    Dilarang merosakkan sebarang harta benda TATIUC atau milik perseorangan.

    Dilarang membawa masuk, menyimpan dan menyediakan bahan-bahan mudah terbakar di asrama.

    Dilarang menyimpan atau memelihara binatang.

    Menjaga kunci dengan baik dan menyerahkannya pada masa yang ditetapkan.

    Hanya penghuni yang berdaftar secara sah sahaja dibenarkan masuk dan tinggal di asrama.

    Perpindahan bilik tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan sama sekali.

  • BORANG TATIUC 7 (I) BORANG MAKLUMAT PERIBADI

    PENGHUNI ASRAMA TATIUC (Diserahkan kepada Jabatan HEPA semasa pendaftaran)

    Dilengkapkan oleh kakitangan bertugas semasa hari pendaftaran asrama. Tandakan pada petak yang berkenaan.

    BLOK ASRAMA Tandakan ( ) ARAS Tandakan ( ) NO. BILIK A B C D H J K L

    Bayaran: Cagaran kunci dan kondisi bilik RM20.00

    A. MAKLUMAT PERIBADI

    NAMA UMUR NO. K/P NO.

    MATRIK

    KURSUS JANTINA AGAMA BANGSA ALAMAT TETAP/SURAT MENYURAT

    NO.TEL & E-MEL : :

    B. MAKLUMAT KEGIATAN/AKTIVITI KO KURIKULUM/SOSIAL

    KEGIATAN JENIS JAWATAN TAHUN PERINGKAT

    C. MAKLUMAT IBUBAPA/PENJAGA

    NAMA PERTALIAN

    ALAMAT

    PEKERJAAN

    NO. TELEFON

    D. MAKLUMAT DUA WARIS TERDEKAT YANG MUDAH DIHUBUNGI.

    NAMA

    PERTALIAN

    ALAMAT

    PEKERJAAN

    NO. TELEFON

    Lekatkan

    gambar terkini

    berukuran

    paspot

  • BORANG TATIUC 7 (II)

    AKUAN PENERIMAAN TAWARAN PENGINAPAN ASRAMA

    Bahawa saya Nombor Kad Pengenalan faham sepanjang masa saya menetap di ASRAMA TATIUC akan mematuhi segala Peraturan Asrama seperti yang telah diperuntukan kepada saya. Sepanjang tempoh itu saya juga berjanji akan menjadi warga TATIUC yang mulia, berakhlak dan bijaksana di sisi Agama, Bangsa dan Negara. Sebagai seorang pelajar, saya juga sedar bahawa mengikut Kaedah-kaedah TATIUC (Tatatertib Pelajar), 1997, Bahagian II, Fasal 3 (a): Seseorang pelajar tidak boleh menjalankan urusannya, sama ada di dalam atau di luar

    kampus, dengan apa-apa yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada

    kepentingan, kesentosaan atau nama baik mana-mana daripada pelajar, kakitangan,

    pegawai atau pekerja TATIUC, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau

    moral, kesopanan atau tatatertib.

    Dengan ini saya menerima TAWARAN PENGINAPAN ASRAMA TATIUC ini dengan rela hati dan bersedia menerima sebarang hukuman yang dikenakan terhadap diri saya termasuk mengeluarkan saya dari asrama secara serta merta sekiranya saya melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang bertulis kerajaan Malaysia, AKTA 174 dan Peraturan Asrama TATIUC. Sehubungan itu, sebarang masalah peribadi dan harta peribadi saya adalah tanggungjawab saya. Kehilangan atau kerosakan harta awam dan harta TATIUC jika disebabkan oleh saya, maka ianya akan ditanggung oleh saya sendiri. Dengan ini kami yang menurunkan tandatangan di bawah ini faham akan apa yang kami lakukan : .. Tandatangan Pelajar Tandatangan Saksi (TATIUC) Nama : Nama : No.K/P :... No.K/P:.. Tarikh : Tarikh :.. * Saksi terdiri daripada kakitangan TATIUC (Pegawai Jabatan HEPA)