panduan kertas cadangan kajian tindakan (action research)

7
PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN 1. Tajuk Kajian Tajuk kajian harus mencerminkan skop dan kandungan kajian secara umum tetapi tepat. Sebagai garis panduan umum, hadkan bilangan perkataan dalam tajuk supaya tidak melebihi 10 perkataan. 2. Kepentingan Kajian Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Oleh itu kajian-kajian INTAN harus mempunyai sumbangan yang boleh dimanfaatkan, misalnya ke arah: i. Meningkatkan kualiti core business INTAN. ii. Meningkatkan prestasi anggota perkhidmatan awam. iii. Membantu usaha stakeholders dan kementerian/jabatan untuk melaksanakan sesuatu program dengan berkesan. iv. Membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar negara secara umum. 3. Kenyataan Masalah Kajian harus menyatakan permasalahan yang mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidikinya. Permasalahan merupakan kewujudan suatu yang tidak kena atau tidak sepatutnya atau jurang antara situasi yang diinginkan (ideal) dengan situasi yang berlaku. Permasalahan ini boleh dikesan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman, pembacaan,

Upload: tun-mohd-hilmi

Post on 30-Oct-2014

126 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

http://www.hil.my *ini bukan hasil milik senditi, cuma sekadar perkongsian ilmiah sahaja.

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN

1. Tajuk Kajian

Tajuk kajian harus mencerminkan skop dan kandungan kajian secara umum tetapi tepat.

Sebagai garis panduan umum, hadkan bilangan perkataan dalam tajuk supaya tidak melebihi

10 perkataan.

2. Kepentingan Kajian

Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan

untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Oleh itu kajian-kajian INTAN harus

mempunyai sumbangan yang boleh dimanfaatkan, misalnya ke arah:

i. Meningkatkan kualiti core business INTAN.

ii. Meningkatkan prestasi anggota perkhidmatan awam.

iii. Membantu usaha stakeholders dan kementerian/jabatan untuk melaksanakan

sesuatu program dengan berkesan.

iv. Membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar negara secara umum.

3. Kenyataan Masalah

Kajian harus menyatakan permasalahan yang mencetuskan keinginan pengkaji untuk

menyelidikinya. Permasalahan merupakan kewujudan suatu yang “tidak kena” atau “tidak

sepatutnya” atau jurang antara situasi yang diinginkan (ideal) dengan situasi yang berlaku.

Permasalahan ini boleh dikesan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman, pembacaan,

kenyataan di akhbar, aduan pelanggan, laporan agensi kerajaan, maklumbalas yang diterima

daripada jabatan terlibat dan sebagainya. Dalam kajian, permasalahan ini diolah dalam

Page 2: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

bentuk kenyataan masalah (problem statement) yang ringkas tetapi padat dan tepat. Bolehlah

diterangkan serba sedikit mengenai mustahaknya masalah yang mendorong kajian dilakukan

dan implikasi yang mungkin timbul jika masalah tersebut terus dibiarkan.

4. Objektif Kajian

Objektif kajian meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam projek

kajian. Pengkaji boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus atau membahagikan

objektif kajian tersebut kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.

i. Objektif umum – bersifat lebih menyeluruh iaitu merangkumi semua objektif

khusus yang dinyatakan dalam satu atau dua ayat. Dengan kata lain, objektif

umum merupakan ringkasan atau gabungan kepada objektif khusus.

ii. Objektif khusus – bersifat lebih jelas, spesifik dan biasanya terdapat lebih dari

satu. Fungsi objektif khusus ialah untuk menyelesaikan masalah yang

dinyatakan dalam kenyataan masalah. Objektif khusus akan memandu

mendapatkan keputusan atau penemuan kajian. Misalnya, jika terdapat dua

objektif khusus maka kajian akan sekurang-kurangnya mendapatkan dua

penemuan bagi memenuhi objektif khusus.

5. Skop dan Batasan Kajian

Secara praktikalnya sesuatu kajian itu dibatasi oleh kekangan masa, tenaga dan kewangan.

Oleh itu sesuatu kajian perlu menyatakan skop dan batasan sebagai terma rujukan. Contoh

skop dan batasan adalah seperti berikut:

i. Pemilihan jenis kursus, populasi peserta dan tempoh masa pelaksanaannya

(misalnya kajian impak kursus).

ii. Pemilihan organisasi tertentu (misalnya kajian mengenai penyampaian

perkhidmatan/kepuasan pelanggan).

Page 3: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

iii. Lokasi geografi yang terlibat (misalnya kajian mengenai tahap kepuasan

pegawai di pedalaman/Sabah/Serawak).

iv. Metodologi (misalnya kajian menggunakan kaedah eksperimen quasi).

6. Teori dan Hipotesis Kajian

Teori memberikan arah haluan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajiannya. Ia juga

membantu pengkaji memilih dan menilai angkubah yang difikirkan berkaitan dengan masalah

yang dikaji. Dengan itu pengkaji perlu membincangkan teori yang hendak diaplikasikan

seperti dari mana sumbernya, adakah diambil sepenuhnya daripada teori yang sedia ada atau

diubahsuai daripada teori tersebut. Juga perlulah dinyatakan model atau kerangka teori yang

dibangunkan dalam kajian tersebut.

Pemilihan sesuatu teori akan membantu pengkaji membentuk hipotesis-hipotesis yang ingin

diuji. Hipotesis ialah saranan yang bersifat sementara (mungkin betul atau tidak) tentang

hubungan antara sesuatu angkubah dengan angkubah lain dalam kajian. Hipotesis akan

memberikan fokus lebih khusus dan terarah kepada pengkaji dalam melaksanakan kajiannya.

Dalam kajian, setiap hipotesis yang dibina perlulah diuji kebenaran atau ketepatannya. Oleh

itu hipotesis yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Mestilah bersifat khusus, bukan umum.

ii. Pengertian dan konsep dalam hipotesis hendaklah terang, logik dan boleh

dioperasikan.

iii. Tidak mengandungi pertimbangan nilai (baik/buruk, patut/tidak).

iv. Mesti boleh/mampu diuji untuk disahkan atau ditolak kebenarannya.

7. Metodologi Kajian

Page 4: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Pelaksanaan sesuatu kajian itu pastinya akan melibatkan kaedah dan prosedur tertentu yang

perlu dilakukan secara saintifik dan teratur untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.

Antara aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam metodologi kajian ialah seperti berikut:

i. Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian berkait rapat dengan klasifikasi kajian, misalnya ex-post

facto (bahasa Latin yang bermaksud kajian dilakukan selepas berlakunya

sesuatu peristiwa), kajian bereksperimen (sama ada eksperimen sepenuhnya

atau eksperimen quasi), kajian tinjauan (survey), kajian kes (mengambil

organisasi atau lokasi tertentu), kajian impak (penilaian keberkesanan sesuatu

projek) dan kajian tindakan (mengenalpasti cara melakukan sesuatu yang

paling berkesan). Pengkaji harus menentukan reka bentuk kajian yang paling

sesuai untuk mencapai objektif kajian seperti banci (mengambil seluruh

populasi), persampelan (memilih sampel tertentu daripada keseluruhan

populasi), pemerhatian, pemerhatian ikut-serta, temu bual, lawatan ke tapak

projek dan sebagainya dengan mengambilkira batasan masa, tenaga,

kepakaran dan kewangan.

ii. Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji perlu menyatakan sumber data yang digunakan sama ada bersifat

primer atau sekunder. Kemudian jelaskan kaedah yang digunakan untuk

memperolehi data seperti daripada dokumen atau penerbitan badan tertentu,

tinjauan di lapangan menggunakan borang soal selidik, tinjauan melalui pos/e-

mel, pemerhatian pengkaji, temu bual bersemuka, temu bual menerusi telefon

dan sebagainya.

iii. Kaedah Menganalisis Data

Page 5: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Pengkaji perlu menyatakan kaedah analisis data yang digunakan sama ada

secara kuantitatif, kualitatif atau kombinasi kedua-duanya. Sekiranya analisis

kuantitatif digunakan, nyatakan perisian statistik yang digunakan (misalnya

SPSS, SAS, GIS dan sebagainya) dan teknik statistik yang diaplikasikan. Jika

kaedah kualitatif digunakan, nyatakan bagaimana data yang diperolehi

tersebut dianalisis (misalnya secara transcribe verbatim).

iv. Populasi dan Persampelan

Kajian perlu mengenalpasti kaedah untuk mendapatkan populasi bagi

membina rangka persampelan. Rangka persampelan boleh diperolehi menerusi

maklumat yang ada di INTAN (senarai nama peserta kursus, JPA (lokasi

pegawai dan jabatan terkini), kementerian/jabatan (senarai nama petugas

kaunter/usahawan kecil) dan seterusnya. Selanjutnya perlu diterangkan kaedah

persampelan yang digunakan iaitu sama ada persampelan kebarangkalian atau

persampelan bukan kebarangkalian. Tatacara mendapatkan persampelan juga

perlu dinyatakan oleh pengkaji.

v. Ujian Rintis

Ujian rintis dilakukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan

instrumen kajian (borang soal selidik). Sekiranya item atau soalan yang dibina

dalam soal selidik adalah dibentuk sendiri oleh pengkaji, kajian rintis perlu

dilakukan ke atas sebilangan kecil responden yang dipilih. Maklum balas dan

komen mereka boleh digunakan untuk memperbaiki item-item yang

terkandung dalam soal selidik tersebut. Bagaimanapun jika pengkaji

mengambil borang soal selidik yang telah digunakan dalam kajian-kajian

terdahulu, maka borang soal selidik tersebut boleh digunakan semula

sekiranya ia telah dibuktikan mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan

yang tinggi.

Page 6: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

8. Sorotan Kajian-kajian Lalu

Meneliti kajian-kajian lalu memberi peluang kepada pengkaji untuk mempelajari pengalaman

dan penemuan orang lain. Dalam bahagian ini, pengkaji boleh memberi sedikit ringkasan dan

komentar mengenai kedudukan epistemologi ilmu pengetahuan dalam bidang yang diselidiki

dengan menyorot aspek teori, permasalahan, metodologi, persampelan, penganalisisan data,

dapatan (penemuan), kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan daripada kajian-

kajian lalu itu. Sorotan karya lalu sangat membantu pengkaji untuk membina model,

kerangka teori dan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif kajiannya. Sebaik-

baiknya pengkaji hendaklah mengaitkan apa yang disorot dalam karya lalu dengan apa yang

hendak dilakukan dalam kajiannya.

9. Anggaran Implikasi Kewangan

Pengkaji perlu menyenaraikan butiran perbelanjaan yang akan ditanggung oleh jabatan atau

penganjur/pelanggan untuk menjalankan kajian tersebut. Implikasi kewangan sebenarnya

banyak bergantung kepada cara pengendalian kajian, misalnya bayaran khidmat kepakaran

perlu dibuat jika kajian itu memerlukan bantuan konsultan luar. Jika pengkaji bercadang

menggunakan data primer, sebahagian kos perbelanjaan akan digunakan untuk membayar

upah pembantu penyelidik bagi mengumpul data.

10. Jadual Kerja

Dalam jadual kerja perlu dinyatakan tarikh dan jangka masa setiap peringkat penyelidikan

dijalankan iaitu bermula dengan menyediakan kertas cadangan kajian, melaksanakan sorotan

karya, menentukan teori dan hipotesis, merangka soal selidik, membuat pilot test,

mengumpul data, menganalisis data dan menulis laporan kajian. Salah satu kaedah yang

sesuai untuk merangka jadual kerja kajian ialah dengan menggunakan Carta Gantt.

Sebagai panduan untuk menyediakan jadual kerja, berikut adalah anggaran masa yang

diperlukan bagi setiap aktiviti dalam kajian berbentuk jangka pendek iaitu dilakukan dalam

tempoh 6 bulan (24 minggu).

Page 7: PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

Aktiviti Kajian Anggaran Masa

Menyediakan cadangan kajian 3 minggu

Meneliti kajian lalu/teori/metodologi 3 - 4 minggu

Merangka instrumen kajian 3 minggu

Menjalankan pilot test 2 minggu

Mengumpul data 4 -5 minggu

Menganalisis data 2 minggu

Menulis laporan 3 - 4 minggu

Jumlah minggu 20 – 23 minggu

Anggaran masa yang diberikan tersebut adalah sekadar panduan supaya pengkaji dapat memberi tumpuan seimbang kepada semua aktiviti dan proses yang terlibat dalam kajian mereka.