action plan : brunei singapore adventure camp 2010

21
0

Upload: shai-omarali

Post on 14-Jun-2015

403 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

0

Page 2: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

1. PENDAHULUAN 3

1.1 Budaya Perkhemahan 3

1.2 Perkhemahan Sosial 3

2. ‘BRUNEI SINGAPORE ADVENTURE CAMP’ 5

2.1 Pengenalan 5

2.2 Objektif-objektif 6

3. CADANGAN-CADANGAN 7

3.1 Tetamu Kehormat 7

3.2 Masa 7

3.3 Tempat 7

3.4 Peserta-peserta 8

3.5 Ahli Jawatankuasa dan Tenaga Pekerja 9

3.6 Keselamatan 11

3.7 Keperluan 11

3.7.1 Kenderaan 12

3.7.2 Alat Perhubungan 12

4. PROGRAM TENTATIF 12

5. PERUNTUKKAN BELANJAWAN 12

6. KESIMPULAN 13

7. RUJUKAN 14

8. LAMPIRAN-LAMPIRAN 15

1

Page 3: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

Perkhemahan kesinambungan yang dinamakan “Brunei-Singapore

Adventure Camp” akan dijadualkan berlangsung dari 2hb Disember

hingga ke 6hb Disember 2010. Perkhemahan ini juga adalah bertujuan

untuk melengkapkan aliran kesinambungan yang telah dipateri oleh

perkhemahan Singapore-Brunei Adventure Camp 2009 di mana

penuntut-penuntut Brunei telah di jemput untuk menghadiri perkhemahan

yang serupa.

Seiring dengan itu, kertas kerja ini telah disediakan untuk pihak

Tuan dengan hajat untuk memberikan maklumat yang terperinci tentang

perkhemahan yang dipohonkan ini, dan secara rasmi dipohonkan

pertimbangan dari pihak Tuan untuk memberikan kebenaran untuk kami

mengadakan perkhemahan yang disebutkan.

Kertas kerja ini juga membentangkan permohonan dari segi

perbelanjaan dan penjadualan perkhemahan yang dipohonkan dengan

harapan agar perkhemahan ini dapat diungkayahkan dengan jayanya.

2

Page 4: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

1. PENDAHULUAN

1.1 Budaya Perkhemahan

Di dalam era yang semakin merapatkan jurang di antara negara dan bangsa, adalah

menjadi satu matlamat untuk membina ikatan persahabatan dan sekaligus berkongsi ilmu dan

budaya masing-masing. Matlamat ini memang menjadi asas bagi acara perkhemahan, dimana

aktiviti-aktiviti rekreasinya seringkali memupuk budaya saling berkongsi ilmu dan memupuk

semangat setiakawan.

Aktiviti perkhemahan seringkali dihubungkait dengan aktiviti-aktiviti luar, atau

‘outdoors’. Namun, aktiviti perkhemahan di zaman moden semakin sering di selitkan dengan

aktiviti-aktiviti dalam, atau ‘indoors’. Ini kerana budaya perkhemahan lebih mementingkan

matlamat yang dihajati. Perkhemahan juga sering di hubungkait dengan aktiviti bermalam di

hutan rimba dengan hanya berbekalkan keperluan asas dan penginapan seperti khemah.

Kerana itulah ‘perkhemahan’ sering dianggap sebagai ‘bermalam didalam khemah’.

Sekali lagi, sifat ini tidak lagi menjadi satu kewajipan untuk perkhemahan yang berjaya

kerana apa yang lebih penting ialah tercapainya matlamat perkhemahan dan peserta-peserta

khemah meraih manfaat yang dihajati.

1.2 Perkhemahan Sosial

Perkhemahan sosial, atau ‘sosial camping’ adalah sejenis perkhemahan yang semakin

mendapat sambutan, terutamanya dari persatuan-persatuan yang seringkali mengadakan

perkhemahan tahunan seperti Persatuan Pengakap dan kelab-kelab perkhemahan sekolah.

Wikipedia menyifatkan perkhemahan sosial sebagai ‘perkhemahan yang dijalankan didalam

tarikh yang ditetapkan oleh sebuah badan yang akan menyelenggarakan aktiviti-aktiviti untuk

3

Page 5: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

peserta-peserta yang mempunyai persamaan dan kelainan dari segi sifat atau budaya untuk

dapat berkongsisama.’

Perkhemahan yang akan di terangkan dengan lebih lanjut didalam kertas kerja ini

mempunyai ciri-ciri perkhemahan sosial namun ianya tidak terhad kepada hanya jenis

perkhemahan yang dimaksudkan. Kertas kerja ini pertama sekali akan menerangkan dengan

lebih mendalam perkhemahan yang dikenali sebagai ‘Brunei-Singapore Adventure Camp’, di

dalam Bahagian 2; seterusnya menerangkan cadangan-cadangan dari segi persediaan dan

perancangan logistik yang telah dipersetujui oleh badan penyelaras perkhemahan di

Bahagian 3.

Bahagian 4 kertas kerja ini akan menerangkan dengan lebih terperinci program

tentatif yang akan dilalui oleh peserta-peserta sepanjang perkhemahan. Seterusnya cadangan-

cadangan dari segi bahan keperluan, peruntukkan dan belanjawan akan diterangkan didalam

Bahagian 5 dan juga lampiran-lampiran yang disertakan. Akhir sekali Bahagian 6 akan

menerangkan, di dalam format kesimpulan, pelan tindakkan yang akan bergerak sebelum,

ketika dan sesudah perkhemahan yang dimaksudkan.

Di kesempatan ini, adalah baiknya diselitkan pesanan bahawa segala cadangan adalah

tertakluk kepada perubahan. Namun, kertas kerja ini akan berusaha untuk mengambil kira

segala aspek perkhemahan agar perubahan-perubahan dapat dielakkan.

4

Page 6: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

2. ‘BRUNEI-SINGAPORE ADVENTURE CAMP’

2.1 Pengenalan

Perkhemahan yang dikenali sebagai ‘Brunei Singapore Adventure Camp’ adalah

suatu perkhemahan yang diungkayahan oleh usahasama di antara pihak Brunei dan

Singapura, secara khususnya di antara Kementerian Pendidikan Brunei dan Kementerian

Pendidikan Singapura. Perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak telah

menghasilkan tiga perkhemahan tahunan berturut-turut dengan jayanya. Pada tahun 2007,

perkhemahan yang pertama telah menyaksikan negara Singapura sebagai negara tuan rumah

manakala Brunei berperanan sebagai negara jemputan.

Pertukaran peranan pada tahun 2008 menyaksikan Brunei pula menjadi tuan-rumah,

dan tahun 2009 peranan tuan-rumah kembali kepada pihak Singapura. Perjanjian untuk

bertukar peranan, dimana peranan tuan-rumah bertukar ganti dari tahun ke tahun memastikan

adanya peluang untuk setiap negara untuk belajar budaya di negeri orang, dan mengajar

budaya negara sendiri secara langsung.

Tahun 2010 menjadi tahun kedua dimana Brunei akan menjadi tuan-rumah untuk

perkhemahan ini. Dengan itu, kertas kerja ini dijadikan sebagai garis panduan untuk

perkhemahan yang akan dijalankan untuk memastikan kelancaran penyelerasan. Untuk

makluman, kertas kerja ini telah mengambil kira kertas kerja yang serupa yang dibentangkan

pada tahun 2008 dibawah judul yang sama (Unit Antarabangsa, Jabatan Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pendidikan, 2008), laporan-laporan dari perkhemahan pada tahun 2009, dan

buah-buah fikiran yang telah terhasil dari perjumpaan pertama diantara bakal ahli-ahli

jawatankuasa penyelaras, yang telah berlangsung pada 11hb Januari 2010 di Tingkat 13,

Jabatan Sekolah-Sekolah Banguan Ong Sum Ping. Kertas kerja ini akan seterusnya

menerangkan dengan lebih mendalam cadangan-cadangan yang terhasil dari sumber-sumber

tersebut.

5

Page 7: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

2.2 Objektif-objektif

Didalam kertas kerja 2008 (Unit Antarabangsa, Jabatan Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pendidikan, ms.1, 2008), ketua guru pengawas rombongan Brunei ke Singapura

pada perkhemahan 2007, iaitu Cikgu Mohd Denny bin Aimi, berpendapat bahawa

peserta-peserta perkhemahan dari Negara Brunei Darussalam telah

mencapai objektif-objektif perkhemahan yang diadakan iaitu: mempelajari

sedikit sebanyak tentang alam semulajadi, menyusuri tempat-tempat

bersejarah di Singapura, berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti-

aktiviti lasak yang diungkayahkan serta memupuk rasa kesetiakawan

sesama peserta-peserta perkhemahan dari kedua-dua buah negara.

Ketua pengawas rombongan Brunei ke Singapura pada perkhemahan 2009 juga

berkongsi pendapat yang sama, dimana penuntut-penuntut Brunei Berjaya meningkatkan diri

dari segi sifat berdikari dan semangat setiakawan.

Objektif-objektif perkhemahan berkemungkinan tidak akan mengalami perubahan di

jangka masa pendek ini kerana 1) kejayaan perkhemahan-perkhemahan yang lepas di ukur

dengan tercapainya objektif-objektif, dan 2) peserta-peserta masih menunjukkan minat yang

selari dengan objektif-objektif. Objektif-objektif mungkin perlu diperbaharui mengikut

peredaran zaman, namun buat masa ini ianya masih relevan dengan corak hidup bakal

peserta-peserta. Diantara objektif-objektif yang ingin dipenuhi oleh perkhemahan (Unit

Antarabangsa, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan 2008; Omarali, A.S., 2009)

adalah seperti berikut:

1 Memberi kesedaran kepada peserta-peserta perkhemahan mengenai kewujudan

alam semulajadi dan juga tradisi dan budaya yang terdapat di Negara Brunei

Darussalam;

2 Menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap kepentingan bersama menjaga alam

semulajadi dan keunikan tradisi yang terdapat di Negara Brunei Darussalam;

3 Menghargai alam semulajadi dan tradisi negara yang sedia ada;

4 Memupuk rasa setiakawan dan kerjasama sesama peserta perkhemahan.

6

Page 8: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

3. CADANGAN-CADANGAN

3.1 Tetamu Kehormat

Untuk majlis pembukaan rasmi yang dicadangkan untuk berlangsung di dewan

serbaguna Sekolah Sukan Tetap, Kg. Pulaie, tetamu kehormat majlis adalah diantara:

1. Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, ATAU

2. Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan.

Manakala bagi majlis penutup yang dicadangkan berlangsung di restoran Vanda,

Orchid Garden Hotel, tetamu kehormat majlis adalah diantara:

1. Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, ATAU

2. Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

3.2 Masa

Tarikh dan jangkamasa perkhemahan telah dipersetujui sewaktu perjumpaan pertama

komiti Unit Antarabangsa Jabatan Sekolah-Sekolah. Perkhemahan ini akan berlangsung dari

2hb Disember hingga 6hb Disember 2010, yang bermakna perkhemahan dan segala aktiviti

yang dirancang akan berlangsung selama 5 hari.

3.3 Tempat

Perkhemahan ini akan menggunakan sebuah tempat khas untuk penginapan, manakala

tempat-tempat dimana aktiviti-aktiviti akan berlangsung akan tertakluk kepada kesesuaian

dan keperluan aktiviti tersebut. Pada masa ini, telah dipersetujui bahawa tempat penginapan

bagi peserta-peserta adalah di kawasan ’Perkampungan Sukan’.

7

Page 9: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

Hasil lawatan yang telah dilakukan oleh Unit Antarabangsa, Kementerian Pendidikan

telah mendapati bahawa bangunan penginapan Perkampungan Sukan adalah amat sesuai

untuk perkhemahan ini kerana ia mempunyai segala keperluan yang asas dan tidak terlalu

mewah sehingga tersasar dari matlamat perkhemahan. Tempat penginapan ini mempunyai

tempat tidur yang mencukupi, bilik-bilik mandi yang boleh menampung keramaian peserta

dan ruang-ruang yang luas untuk kegunaan aktiviti dan persembahan. Risalah untuk tempat

penginapan yang dimaksudkan boleh diteliti dengan lebih lanjut dalam Lampiran A.

3.4 Peserta-peserta

Seperti tahun-tahun yang sudah, perkhemahan ini menerima 20 penuntut dari negara

tetamu (Singapura), manakala jumlah penuntut dari negara tuan-rumah berbeda dari tahun ke

tahun. Untuk tahun 2010, perkhemahan ini akan menyambut 20 penuntut Singapura bersama

beberapa guru-guru pengawas mereka. Pihak Brunei pula akan diwakili oleh 20 penuntut

Brunei bersama guru-guru pengawas mereka.

8

Page 10: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

Penuntut-penuntut yang menjadi peserta perkhemahan adalah terdiri dari golongan

umur diantara 14 ke 15 tahun, yakni penuntut menengah Tahun 9. Kertas kerja ini

mencadangkan peserta-peserta Brunei sebagai terdiri dari 10 lelaki dan 10 perempuan.

Selain daripada peserta-peserta yang terdiri dari guru-guru dan penuntut-penuntut,

perkhemahan ini juga memerlukan khidmat guru-guru Brunei Darussalam sebagai tenaga

kerja dan ahli jawatankuasa (sila lihat Bahagian 3.5). Proses pemilihan untuk penuntut-

penuntut, guru-guru pengawas dan tenaga kerja pihak Brunei Darussalam akan dijangka

bermula dari bulan Jun 2010.

3.5 Ahli Jawatankuasa dan tenaga kerja

Buat masa ini, ahli-ahli pertama jawantankuasa perkhemahan adalah terdiri dari

individu-individu yang hadir pada perjumpaan pertama, seperti pegawai-pegawai dari Unit

Antarabangsa, Kementerian Pendidikan, dan guru-guru pengawas (chaperon) dari

perkhemahan 2007 dan 2009. Jawatan-jawatan dan jawatankuasa yang diperlukan adalah

seperti berikut:

1. Pengerusi Perkhemahan

Terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pegawai pegawai dari Kementerian

Pendidikan

2. Setiausaha Perkhemahan

Terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pegawai pegawai dari Kementerian

Pendidikan

3. Pegawai Perhubungan dan Liaison

Terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan (terutamanya dari

Pulic Relations Unit), Pegawai-Pegawai Pelajaran dan guru-guru yang dilantik

yang akan berhubung terus dengan pihak-pihak utama.

9

Page 11: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

4. Komiti Promosi

Terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Pegawai-Pegawai

Pelajaran dan guru-guru yang dilantik.

5. Komiti Liputan

Terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan (terutamanya dari

Media Unit), Pegawai-Pegawai Pelajaran dan guru-guru yang dilantik yang akan

berhubung terus dengan press dan media.

6. Komiti Program, Bahan Cetak dan Percetakan

Terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Pegawai-Pegawai

Pelajaran dan guru-guru yang dilantik yang akan berhubung terus dengan Jabatan

Percetakan Kerajaan.

7. Komiti Aktiviti

Terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, dan terutamanya

Pegawai-Pegawai Pelajaran dan guru-guru yang dilantik yang mempunyai

kebolehan untuk menyelaraskan dan menjalankan aktiviti dalam dan luar.

8. Komiti Peserta

9. Komiti Pemakanan

10. Komiti Fotografi dan Videografi

Terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan (terutamanya dari

Media Unit), Pegawai-Pegawai Pelajaran dan guru-guru yang dilantik

11. Komiti Kelengkapan

12. Komiti Keselamatan

Terdiri daripada pihak Polis Di-Raja Brunei, Jabatan Kerja Raya, Pihak Bomba

dan Penyelamat. Juga terdiri daripada beberapa guru pengawas yang mempunyai

asas di dalam pengetahuan keselamatn dan kecemasan

10

Page 12: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

13. Komiti Kebersiha

14. Komiti Kenderaan

Terdiri daripada Pegawai Unit Pengangkutan dan Transport, Kementerian

Pendidikan. Juga terdiri daripada beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang

arif didalam mengendalikan kenderaan.

3.6 Keselamatan

Keselamatan peserta-peserta adalah sangat diutamakan. Dengan itu, segala usaha

hendaklah ditumpukan untuk memastikan peruntukkan yang mencukupi untuk langkah-

langkah keselamatan. Dengan itu adalah menjadikan kemestian untuk segala aktiviti di luar

tempat penginapan untuk di iringi oleh pihak-pihak keselamatan seperti ambulans, polis,

bomba dan penyelamat, manakala di dalam kawasan penginapan perlu ada beberapa guru

pengawas yang arif di dalam bidang First Aid dan Safety jikalau tidak ada pihak penyelamat

yang ditugaskan.

3.7 Keperluan

Berikut adalah keperluan-keperluan yang akan dipohonkan untuk melancarkan

aktiviti-aktiviti perkhemahan ini. Pada masa yang sama, kertas kerja cadangan belanjawan

juga ada menerangkan dengan ringkas dan teratur segala bahan yang diperlukan sepanjang

perkhemahan.

11

Page 13: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

3.7.1 Kenderaan

Memandangkan jumlah peserta-peserta dari kedua belah negara adalah di dalam

anggaran 40 penuntut dan 8 guru-guru pengawas, kenderaan yang paling sesuai adalah 2 bas

besar yang setiap satu boleh menampung 30 ke 35 penumpang.

3.7.2 Alat Perhubungan

Untuk menyelaraskan dan melancarkan lagi aturan program perkhemahan ini, adalah

di cadangkan untuk guru-guru pengawas dan ahli-ahli jawatankuasa untuk di lengkapkan

dengan alat perhubungan seperti walkie-talkie.

4. PROGRAM TENTATIF

Aturcara program ini boleh di semak di dalam pelan yang berasingan yang disertakan

sebagai Lampiran B. Perlu ditekankan bahawa aturcara program adalah tertakluk kepada

perubahan, terutama sekali jika disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dikawal

seperti cuaca dan sebagainya.

5. PERUNTUKAN

Peruntukan belanjawan program ini boleh di semak di dalam pelan belanjawan yang

disertakan (Lampiran C). Perbelanjaan yang dipohonkan berjumlah BND$ 43 046.00

12

Page 14: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

6. KESIMPULAN

Kertas kerja ini adalah hasil buah fikiran dari sesi-sesi perjumpaan dan kongsisama

ahli-ahli jawatankuasa program perkhemahan. Ianya juga mengambil maklumat dari

program-program yang sudah. Namun, ianya hanyalah di tahap cadangan dan mungkin akan

berubah dari masa ke semasa mengikut progres tahun ini sebelum program ini dijalankan,

Walau bagaimanapun, langkah-langkah telah dibuat untuk memastikan segala yang

telah dicadangkan akan terlaksana. Dengan ada tertubuhnya ahli-ahli komit dan juga adanya

sesi perjumpaan yang akan dating, program perkhemahan ini akan menjadi lebih kemas dan

teratur, sedia untuk dilaksanakan di tarikh yang ditetapkan. Kesimpulan yang sesuai dan

menyeluruh tentang program perkhemahan ini telah diterangkan didalam kertas kerja 2008

untuk program yang sama:

Perkhemahan ini adalah satu penyelarasan untuk penuntut-penuntut sekolah

dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di samping menjana

kepelbagaian tindakan dan pengalaman dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab.

Malah dengan melaksanakan penyelarasan seumpama ini diharap agar akan

mencapai hasil yang semaksimanya, disamping sebagai perintis kepada

kepelbagaian perlaksanaan program-program yang telah dilaksanakan dan

dirancang oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam dari

masa ke semasa.

Pada masa yang sama, para peserta remaja akan dapat mempelajari dan

menghargai alam semulajadi yang terdapat di negara ini melalui aktiviti-

aktiviti riadah yang disediakan. Aktiviti-aktiviti seperti mendaki dan meredah

hutan simpan Kuala Balai, mengenal pelbagai jenis flora dan fauna,

13

Page 15: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

menyusuri Sungai Brunei, menyaksikan berbagai hasil buatan kraftangan

tradisional dan sebagainya dipercayai akan dapat membina para remaja ke

arah perspektif yang lebih positif terhadap budaya, nusa dan bangsa.

Perkhemahan ini juga diharap akan mencapai objektifnya disamping akan

dapat menyedarkan para remaja kepada kepentingan budaya tradisi dan

melahirkan belia-belia yang mempunyai sifat kepimpinan, berwaspada,

berwawasan, dedikasi dan berkaliber dalam membuat sesuatu tindakan

selaras dengan hasrat kerajaan bahawa belia-belia adalah aset Negara.

7. RUJUKAN

Unit Antarabangsa, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (2008) Kertas kerja

perkhemahan pengembaraan Brunei-Singapura 2008

Omarali, A.S., (2009) Singapore Brunei Student Leaders Adventure Camp: A Report

14

Page 16: Action Plan : Brunei Singapore Adventure Camp 2010

15