panduan jana dan cetak sijil oleh … gambar 1: pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi...

5
1 PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH PENGGUNA LUAR Dimaklumkan pembayaran dalam talian (online) kepada pengguna STAMPS telah diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 Dis. 2012. Untuk tujuan tersebut, dikemukakan panduan untuk rujukan pengguna. 1. Pengenalan Kepada Bayaran Dalam Talian 1.1 Pembayaran dalam talian dibuka kepada pengguna STAMPS secara berperingkat seperti berikut: i. 1 November 2012 Pengguna STAMPS yang beralamat di Lembah Klang ii. 15 Disember 2012 Pengguna STAMPS di seluruh Negara 1.2 Bagi pembayaran melalui FPX, pengguna perlu mempunyai akaun dalam talian dengan bank-bank berikut: i. CIMB Berhad; ii. Bank Islam Berhad; iii. Maybank Berhad; atau iv. Public Bank Berhad 1.3 Bagi pengguna yang mempunyai akaun BizChannel@CIMB, pembayaran melalui perbankan internet juga boleh dilaksanakan. 1.4 Sebelum bayaran secara dalam talian dibuat, pengguna STAMPS perlu memastikan spesifikasi keperluan minima cetakan sijil dipatuhi agar sijil/resit setem dapat dijana di premis masing-masing dengan jayanya. Keperluan minima cetakan sijil adalah seperti berikut: i. HDD : 500MB Free HDD ii. Memory : 2GB iii. CPU : Intel Pentium 4 and above iv. Internet : Broadband Internet Connection, Streamyx v. OS : Windows XP, Windows Vista, Windows 7 vi. Pencetak Printer Laser Jet yang menyokong 'Post Script Level 3' vii. Kertas: bersaiz A4, berat 80gm, berwarna putih viii. Perisian SAGE (akan dibekalkan apabila permohonan cetakan sijil diluluskan) 2. Memohon kebenaran cetakan sijil 2.1 Bagi pengguna STAMPS yang telah memenuhi syarat keperluan untuk membuat pembayaran secara dalam talian seperti di atas, pengguna boleh memohon kebenaran cetakan sijil dalam menu Profil di Laman Utama STAMPS.

Upload: lyquynh

Post on 19-Apr-2018

345 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH … Gambar 1: Pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi berstatus duti telah dibayar/dikecualikan 4.3 Cetakan sijil i. Cetakan sijil Setem

1

PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH PENGGUNA LUAR

Dimaklumkan pembayaran dalam talian (online) kepada pengguna STAMPS telah

diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 Dis. 2012. Untuk tujuan tersebut,

dikemukakan panduan untuk rujukan pengguna.

1. Pengenalan Kepada Bayaran Dalam Talian

1.1 Pembayaran dalam talian dibuka kepada pengguna STAMPS secara

berperingkat seperti berikut:

i. 1 November 2012 – Pengguna STAMPS yang beralamat di

Lembah Klang

ii. 15 Disember 2012 – Pengguna STAMPS di seluruh Negara

1.2 Bagi pembayaran melalui FPX, pengguna perlu mempunyai akaun

dalam talian dengan bank-bank berikut:

i. CIMB Berhad;

ii. Bank Islam Berhad;

iii. Maybank Berhad; atau

iv. Public Bank Berhad

1.3 Bagi pengguna yang mempunyai akaun BizChannel@CIMB,

pembayaran melalui perbankan internet juga boleh dilaksanakan.

1.4 Sebelum bayaran secara dalam talian dibuat, pengguna STAMPS perlu

memastikan spesifikasi keperluan minima cetakan sijil dipatuhi agar

sijil/resit setem dapat dijana di premis masing-masing dengan jayanya.

Keperluan minima cetakan sijil adalah seperti berikut:

i. HDD : 500MB Free HDD ii. Memory : 2GB iii. CPU : Intel Pentium 4 and above iv. Internet : Broadband Internet Connection, Streamyx v. OS : Windows XP, Windows Vista, Windows 7 vi. Pencetak Printer Laser Jet yang menyokong 'Post Script Level 3' vii. Kertas: bersaiz A4, berat 80gm, berwarna putih viii. Perisian SAGE (akan dibekalkan apabila permohonan cetakan sijil

diluluskan)

2. Memohon kebenaran cetakan sijil

2.1 Bagi pengguna STAMPS yang telah memenuhi syarat keperluan untuk

membuat pembayaran secara dalam talian seperti di atas, pengguna

boleh memohon kebenaran cetakan sijil dalam menu Profil di Laman

Utama STAMPS.

Page 2: PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH … Gambar 1: Pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi berstatus duti telah dibayar/dikecualikan 4.3 Cetakan sijil i. Cetakan sijil Setem

2

2.2 Setelah permohonan diluluskan oleh Pentadbir Sistem STAMPS,

pengguna perlu memuat turun perisian SAGE yang dipaparkan pada

laman utama pengguna sebelum bayaran dibuat/sijil dicetak.

2.3 Manual permohonan cetakan sijil dilampirkan sebagai panduan

(Lampiran 1).

3. Bayaran dalam talian

3.1 Bayaran secara dalam talian hanya boleh dibuat ke atas adjudikasi

berstatus Sedia Untuk Bayaran Duti dan dua (2) hari sebelum penalti

lewat bayar dikenakan ke atas duti yang terkandung dalam notis

taksiran.

Sekiranya,

i. penalti lewat bayar bakal dikenakan (dalam tempoh 2 hari lagi)

atau

ii. penalti lewat bayar telah pun dikenakan ke atas duti yang

dinyatakan pada notis taksiran,

Bayaran perlu dibuat di Pejabat Setem Cawangan/Pusat Khidmat Hasil

yang berdekatan.

4. Penjanaan Sijil Setem

4.1 Setelah bayaran secara dalam talian berjaya dibuat, status adjudikasi

akan bertukar kepada ‘Duti telah dibayar/dikecualikan’. Untuk

mencetak sijil setem atau resit, pengguna perlu klik pada pautan cetak

sijil dan ikut arahan selanjutnya seperti yang dipapar pada skrin.

4.2 Pengguna perlu memastikan agar keperluan minima sistem untuk

cetakan sijil dipatuhi dan perisian SAGE telah dimuat turun sebelum

klik pada pautan cetak sijil.

Page 3: PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH … Gambar 1: Pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi berstatus duti telah dibayar/dikecualikan 4.3 Cetakan sijil i. Cetakan sijil Setem

3

Gambar 1: Pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi berstatus duti telah

dibayar/dikecualikan

4.3 Cetakan sijil

i. Cetakan sijil Setem hanya boleh dibuat sekali sahaja.

ii. Jika cetakan sijil gagal, sila e-mel kepada [email protected] untuk tindakan selanjutnya. Pentadbir sistem akan memaklumkan kepada pengguna, tindakan susulan yang perlu diambil.

iii. Jika cetakan sijil berjaya tetapi sijil tersebut tidak memenuhi ciri-ciri spesifikasi yang ditetapkan atau rosak semasa cetakan dibuat, sila kemukakan sijil tersebut ke Pejabat Setem Cawangan (PSC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) di mana permohonan adjudikasi asal dihantar dan diproses. Sijil gantian akan dijana oleh PSC/PKH yang berkenaan.

4.4 Jenis-Jenis Sijil Setem

i. Semua permohonan yang dibayar secara atas talian samada fpx atau internet banking akan menghasilkan: • Sijil Setem

– Duti ad valorem – Duti tetap – Peremitan

• Sijil Pengecualian – duti dikecualikan

Page 4: PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH … Gambar 1: Pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi berstatus duti telah dibayar/dikecualikan 4.3 Cetakan sijil i. Cetakan sijil Setem

4

ii. Contoh sijil setem adalah seperti di gambar 2.

Gambar 2: Contoh Sijil Setem

Page 5: PANDUAN JANA DAN CETAK SIJIL OLEH … Gambar 1: Pautan cetak sijil akan terpapar setelah adjudikasi berstatus duti telah dibayar/dikecualikan 4.3 Cetakan sijil i. Cetakan sijil Setem

5

iii. Medan-medan yang terdapat pada sijil setem adalah seperti berikut:

Bil. Medan

1. Nombor FPX

2. Nombor Adjudikasi

3. Jenis Surat Cara

4. Tarikh Surat Cara

5. Balasan

6. Maklumat Pemberi

7. Maklumat Penerima

8. Butiran harta

9. Nombor Sijil Setem

10. Tarikh Penyeteman

11. Duti Setem Dikenakan

12. Penalti

13. Jumlah dibayar

14. Indosmen

BAHAGIAN DUTI SETEM JABATAN OPERASI CUKAI