bayaran deposit pempetisyen - mdi · klik pada cetak resit untuk membuat cetakan resit. 5.6 resit...

12
BAYARAN DEPOSIT PEMPETISYEN Portal e-Insolvensi Jabatan Insolvensi Malaysia menyediakan perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pelanggan untuk membuat deposit pempestiyen bagi Permohonan membankrapkan individu atau menggulungkan syarikat.

Upload: others

Post on 25-Jan-2021

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • BAYARANDEPOSIT

    PEMPETISYEN

    Portal e-Insolvensi Jabatan Insolvensi Malaysia menyediakan

    perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pelanggan

    untuk membuat deposit pempestiyen bagi Permohonan

    membankrapkan individu atau menggulungkan syarikat.

  • ISI KANDUNGAN

    Pengenalan 1

    1.0 Pengguna Kali Pertama 2

    1.1 Pendaftaran pengguna 2

    2.0 Log masuk 3

    3.0 Lupa katalaluan 3

    4.0 Halaman Akaun Pengguna 4

    5.0 Perkhidmatan bayaran deposit pempetisyen.

    5.1 Pilihan bayaran deposit. 5

    5.2 Pilih cara pembayaran 6

    5.3 Semakan pembayaran 6

    5.4 Pembayaran di portal bank 7

    5.5 Semakan selesai bayaran. 7

    5.6 Resit bayaran. 8

  • 1

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    Pengenalan

    Portal e-Insolvensi merupakan modul perkhidmatan yang terkandung di dalam Sistem

    Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang merupakan sistem pentadbiran kes Jabatan Insolvensi

    Malaysia.

    Portal ini dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan

    MdI dalam berurusan dengan jabatan ini. Portal ini menyediakan perkhidmatan seperti

    berikut:

    i. Perkhidmatan Carian Status Kebankrapan Individu;

    ii. Perkhidmatan Carian Status Penggulungan Syarikat;

    iii. Bayaran Ansuran Bulanan Insolvensi; dan

    iv. Bayaran Deposit Pempetisyen.

    Portal e-Insolvensi boleh dilayari menerusi url : https://e-insolvensi.mdi.gov.my/. Portal ini

    juga boleh dicapai melalui portal Utama MdI, di url : http://www.mdi.gov.my dengan

    memilih ikon e-Insolvensi pada tab Awam.

    Bagi menggunakan perkhidmatan portal e-Insolvensi, sila pastikan:

    a) Akaun pengguna yang berdaftar telah wujud;

    b) Perisian ‘Adobe Reader’ bagi paparan dokumen PDF dipasang di komputer;

    c) Talian internet yang stabil. Kelajuan yang disyorkan adalah 1MB.

    Paparan terbaik adalah menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox, Google

    Chrome, Safari, Opera dan Internet Explorer.

    a) Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Meja Bantuan e-Insolvensi di talian

    berikut: Telefon: 03 – 8885 1288 / 03 - 8885 1379

    b) Fax : 03-8885 1743

    c) E-mel : [email protected]

  • 2

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    1.0 Pengguna Kali Pertama

    1. Setiap pengguna yang ingin menggunakan aplikasi ini perlu mendaftar

    terlebih dahulu. Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

    2. Sekiranya telah mendaftar sebelum ini kunci masuk Id Pengguna dan

    Katalaluan yang telah disetkan.

    1.1 Pendaftaran Pengguna Baru

    1. Klik pada butang Daftar baru bagi pendaftaran baru.

    2. Lengkapkan maklumat seperti borang dipaparkan. Sila pastikan

    semua maklumat diisi dengan lengkap.

    3. Klik butang Hantar.

    4. Log masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang

    didaftarkan setelah pendaftaran selesai.

  • 3

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    2.0 Log masuk

    1. Kunci masuk Id pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan.

    2. Klik butang Login.

    3.0 Lupa katalaluan

    Sekiranya pengguna lupa katalaluan yang telah didaftarkan, klik butang Lupa

    Katalaluan.

    1. Masukkan e-mel yang didaftarkan.

    2. Klik Reset Katalaluan.

    3. Katalaluan yang lama akan direset dan katalaluan baru akan

    dihantar ke emel pengguna.

  • 4

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    4.0 Halaman Akaun Pengguna

    Pengguna boleh mula menggunakan perkhidmatan yang disediakan selepas

    proses log masuk selesai.

    1. Klik pada kemaskini profil untuk mengemaskini maklumat akaun penguna.

    2. Klik Lihat Rekod Pembayaran untuk melihat rekod pembayaran lalu.

    3. Sila pilih senarai servis yang ditawarkan untuk memulakan transaksi di portal e-

    Insolvensi.

  • 5

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    5.0 Perkhidmatan bayaran deposit.

    Sila pilih bayaran deposit.

    5.1 Pilihan bayaran deposit.

    1. Sila pilih jenis pembayaran deposit yang ingin dibayar.

    2. Sila lengkapkan maklumat petisyen dengan memilih mahkmah,

    mengisi no mahkamah. No pengenalan dan nama individu.

    3. Sila pastikan maklumat ini adalah tepat.

  • 6

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    5.2 Pilih cara pembayaran

    1. Sila pilih cara pembayaran.

    2. Sila tekan Teruskan.

    5.3 Semakan pembayaran.

    1. Sila semak maklumat pembayar dan maklumat bayaran.

    2. Jumlah bayaran adalah tetap berdasarkan pilihan bayaran

    deposit.

    3. Klik pilih bank pembayar untuk memilih perbankan internet.

    4. Pilih setuju pada terma dan syarat-syarat sebelum meneruskan

    pembayaran.

    5. Klik Bayar.

  • 7

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    5.4 Pembayaran di portal bank.

    1. Pembayaran deposit adalah melalui kaedah FPX yang disediakan

    di perbankan internet.

    2. Log masuk ke portal bank akan dipaparkan dan sila lengkapkan

    proses bayaran diportal bank.

    5.5 Semakan selesai bayaran.

    1. Portal e-Insolvensi menyimpan rekod pembayaran pengguna di

    menu Akaun dan Transaksi.

    2. Klik pada maklumat bayaran untuk melihat status pembayaran.

  • 8

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    3. Klik pada cetak resit untuk membuat cetakan resit.

    5.6 Resit bayaran.

    1. Sila simpan resit sebagai rekod pembayaran selesai.

  • 9

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    Portal e-Insolvensi

    Modul Perkhidmatan Sistem INSIST

    Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

    Aras 2-3, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang,

    Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62692 Putrajaya

    Tel : 03-8885 1000 | Fax : 03-8885 1303

    http://www.mdi.gov.my

    https://e-insolvensi.mdi.gov.my

  • 10

    Bayaran Deposit Pempetisyen

    ~ TAMAT ~