panduan industri automotif - customs.gov.my...alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan...

24
CUKAI JUALAN 2018 PANDUAN: INDUSTRI AUTOMOTIF Diterbitkan oleh: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bahagian Cukai Dalam Negeri Putrajaya 23 Ogos 2018

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

34 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

CUKAI JUALAN 2018

PANDUAN:

INDUSTRI AUTOMOTIF

Diterbitkan oleh:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Bahagian Cukai Dalam Negeri

Putrajaya

23 Ogos 2018

Page 2: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Penerbitan Tarikh: 23 Ogos 2018. Notis Hakcipta Hak Cipta 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Hak cipta terpelihara. Tertakluk kepada Akta Hakcipta, 1987 (Malaysia). Panduan ini boleh ditarik balik, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan penerbitan panduan baru. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau dihantar dalam apa-apa bentuk, termasuk di tempat untuk tujuan komersil tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Dalam menghasilkan semula atau mengutip kandungan, pengiktirafan sumber diperlukan. Penafian Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum mengenai layanan yang relevan di bawah Perundangan Cukai Jualan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang kewajipan pembayar cukai. Ia tidak bertujuan untuk mengatasi semua masalah cukai yang mungkin timbul secara komprehensif. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung di dalam Panduan ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung, atau apa-apa kerugian kewangan atau lain-lain yang dilakukan oleh individu menggunakan maklumat dari Panduan ini. Semua maklumat adalah semasa persediaan dan tertakluk kepada perubahan apabila perlu.

Page 3: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

i

KANDUNGAN

PENGENALAN .......................................................................................................... 1

KONSEP CUKAI JUALAN ........................................................................................ 1

PENGILANGAN ......................................................................................................... 1

INDUSTRI AUTOMOTIF DI MALAYSIA .................................................................... 2

A. PEMASANGAN PEK CKD UNTUK DIKILANGKAN MENJADI KENDERAAN

MOTOR CBU ............................................................................................................. 3

B. IMPORT DAN EKSPORT KENDERAAN MOTOR PASANG SIAP (CBU) ......... 5

Import ................................................................................................................... 5

Eksport ................................................................................................................. 6

BAHAN MENTAH, KOMPONEN DAN KOMPONEN YANG TERCURAI YANG

DIGUNAKAN DALAM PENGILANGAN KENDERAAN MOTOR .............................. 6

Bahan Mentah dan Komponen ............................................................................ 6

Pek Komponen Yang Tercurai ............................................................................. 7

KEMUDAHAN PENGECUALIAN DI DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF .................... 8

CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) .............. 10

Pengiraan Nilai Kenderaan Motor CBU Pemasangan Tempatan Berdasarkan

Kaedah Penilaian Nilai Campuran ..................................................................... 14

Pengiraan Duti / Cukai Atas Kenderaan CBU Import ......................................... 15

SOALAN-SOALAN LAZIM ...................................................................................... 18

PERTANYAAN ........................................................................................................ 21

BANTUAN DAN INFORMASI BERKAITAN SST .................................................... 21

Page 4: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 1

PENGENALAN

1. Mulai 1 September 2018, Akta Cukai Jualan dan Akta Cukai Perkhidmatan

2018 bersama-sama peraturan-peraturan subsidiarinya telah diperkenalkan untuk

menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

2. Panduan ini disediakan untuk membantu pengilang berdaftar dan pengimport

di dalam industri automotif, di dalam memahami butiran-butiran yang berkaitan

dengan layanan cukai jualan ke atas aktiviti-aktiviti pengilangan, pengimportan dan

pengangkutan kenderaan, nilai jualan serta nilai import, selaras dengan dasar dan

undang-undang yang berkaitan dengan cukai jualan.

KONSEP CUKAI JUALAN

3. Cukai jualan yang ditadbir di Malaysia adalah cukai seperingkat yang

dikenakan ke atas:

(i) Barang-barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia oleh mana-mana

pengilang berdaftar, pada masa barang-barang tersebut dijual,

dilupuskan selain melalui jualan atau digunakan selain daripada

sebagai bahan di dalam pengilangan barang.

(ii) Barang-barang import, semasa barang-barang tersebut diikrar dan

duti/cukai dibayar pada masa pelepasan kastam.

PENGILANGAN

4. Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3 Akta Cukai Jualan 2018,

prinsip-prinsip yang berkaitan dengan definisi pengilangan adalah:

(i) Pengilangan adalah proses menukar bahan-bahan organik atau bukan

organik secara manual atau secara mekanikal kepada suatu produk

Page 5: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 2

baru dengan mengubah saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan

tersebut;

(ii) Pemasangan peralatan dan komponen kepada suatu mesin atau

kelengkapan, seperti pemasangan pek CKD kepada kenderaan motor

pasang siap (CBU) atau pemasangan unit penyaman udara ke dalam

kenderaan motor.

5. Dalam industri automotif, kebanyakan pemegang AP francais menghantar

pek komponen yang tercurai (CKD) kepada pengilang kontrak (subkontraktor)

supaya komponen-komponen dan bahagian-bahagian dipasang atau dilengkapkan

menjadi kenderaan motor CBU. Pengilang kontrak yang mempunyai nilai jualan

dalam tempoh 12 bulan, melebihi nilai ambang RM500,000 adalah bertanggungan

untuk berdaftar sebagai pengilang berdaftar.

INDUSTRI AUTOMOTIF DI MALAYSIA

6. Industri automotif di Malaysia terbahagi kepada pengimportan dua segmen:

(i) Pengimportan pek CKD oleh pemegang AP francais dan dihantar ke

kilangnya sendiri atau ke kilang pengilang kontrak supaya komponen-

komponen dan bahagian-bahagian tersebut dipasang dan dilengkapkan

menjadi kenderaan motor CBU.

(ii) Pengimportan kenderaan CBU baru dan terpakai oleh pemegang AP

francais, pemegang AP terbuka atau individu-individu lain yang layak

untuk mengimport kenderaan CBU.

7. Bagi pek CKD yang dihantar untuk dipasang, kenderaan motor CBU yang

lengkap dan pasang siap tersebut kemudiannya dikembalikan kepada pemegang AP

francais atau dihantar kepada pengedar yang dilantik oleh pemegang AP francais,

selepas kenderaan itu didaftarkan di dalam sistem e-excise JKDM dan cukai jualan

telah dibayar.

Page 6: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 3

A. PEMASANGAN PEK CKD UNTUK DIKILANGKAN MENJADI KENDERAAN MOTOR CBU

8. Proses pengilangan bermula daripada pek CKD kenderaan motor dihantar

oleh pemegang AP francais ke kilangnya sendiri atau kilang pengilang kontrak untuk

pemasangan.

9. Pek CKD biasanya dibekalkan dalam keadaan seperti di bawah:

(i) Semua bahan dibekalkan secara longgar untuk melalui proses kimpalan

dan pemasangan terakhir; dan/atau

(ii) Rangka badan kenderaan, semua bahagian dan komponen lain akan

dibekalkan secara longgar dan belum terpasang semasa pengimportan.

10. Proses pengilangan untuk pemasangan pek CKD bermula di bengkel

pemasangan dan melalui beberapa proses kerja lain untuk dipasang sebagai

kenderaan motor CBU seperti berikut:

Page 7: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 4

Proses untuk mencantumkan semua Mengecat komponen-komponen badan

komponen CKD di bengkel kimpalan utama di bengkel mengecat

Process pemasangan komponen- Proses akhir untuk memasang

komponen lain komponen-komponen utama

Kenderaan motor pasang siap (CBU) yang telah siap dipasang

11. Pengilang kontrak (CM) kemudian akan menghantar kenderaan motor CBU

yang telah siap dipasang kepada pemegang AP francais atau pengedar / peniaga

yang dilantik oleh pemegang AP francais, selepas kenderaan itu didaftarkan di

dalam sistem e-eksais JKDM dan cukai jualan dibayar.

Page 8: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 5

B. IMPORT DAN EKSPORT KENDERAAN MOTOR PASANG SIAP (CBU)

Import

12. Pengimportan kenderaan CBU oleh syarikat atau mana-mana orang adalah

dibenarkan jika syarikat / mana-mana orang tersebut mematuhi syarat-syarat dan

prosedur di dalam permohonan lesen import (AP) untuk mengimport kenderaan

motor, yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(MITI). Orang-orang yang diluluskan untuk AP adalah seperti berikut:

(i) Syarikat-syarikat yang memegang peruntukan sedia ada Permit

Diluluskan [approved permit (AP)] untuk kenderaan motor CBU.

(ii) Pemegang AP francais bagi kenderaan motor CBU.

(iii) Pengimportan kenderaan (lain-lain):

(a) Kereta klasik yang melebihi 25 tahun;

(b) Kereta vintage yang melebihi 50 tahun;

(c) Kenderaan motor yang diimport sementara/tetap bagi tujuan

penyelidikan dan pembangunan (R&D);

(d) Kenderaan motor yang diimport sementara bagi tujuan

pameran, perlumbaan, ekspedisi dan lain-lain program

berbentuk sementara; dan

(e) Kenderaan motor untuk kegunaan Kementerian, Jabatan-

Jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan NGO.

13. Mana-mana pengimportan terus kenderaan motor CBU hendaklah diikrarkan

dalam Borang Kastam No. 1 (K1) dan duti / cukai perlu dibayar pada masa

pelepasan Kastam.

Page 9: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 6

14. Mana-mana pengimportan kenderaan CBU yang diangkut terus ke Kawasan

Yang Ditetapkan (DA) (kecuali Tioman) atau Gudang Berlesen (GB) adalah tidak

tertakluk kepada cukai jualan dan hendaklah diikrarkan di dalam Borang Kastam

No.8 (K8).

15. Mana-mana pengimportan kenderaan CBU yang diangkut ke Tioman,

hendaklah diikrarkan di dalam Borang Kastam No. 1 (K1) semasa pengimportan dan

tertakluk kepada cukai jualan.

Eksport

16. Kenderaan motor yang diangkut dan dieksport ke tempat di luar Malaysia oleh

pengilang berdaftar, adalah dikecualikan daripada bayaran cukai jualan berdasarkan

butiran 56 Jadual A Perintah Cukai Jualan (Orang Dikecualikan Daripada Membayar

Cukai) 2018 dengan syarat bahawa pengeksportan tersebut diikrarkan dalam

Borang Kastam No. 2 (K2).

BAHAN MENTAH, KOMPONEN DAN KOMPONEN YANG TERCURAI YANG

DIGUNAKAN DALAM PENGILANGAN KENDERAAN MOTOR

Bahan Mentah dan Komponen

17. Pengilangan kenderaan motor memerlukan pelbagai bahan mentah seperti

besi, aluminium dan kaca untuk digunakan dalam pengeluaran komponen

kenderaan motor dan produk petroleum digunakan untuk membuat komponen-

komponen plastik. Kebanyakan komponen ini digunakan dalam pemasangan

kenderaan motor. Selain daripada komponen asas yang besar seperti enjin dan

transmissions, terdapat komponen dalaman seperti panel instrumen, kerusi dan

sistem HVAC termasuk pendawaian yang digunakan untuk mencantumkan

komponen-komponen tersebut.

Page 10: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 7

Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap

Pek Komponen Yang Tercurai

18. Pek CKD kenderaan adalah di mana alat-alat, enjin dan lain-lain komponen

utama dan elektronik, diimport oleh pemegang AP francais dari negara asal

pembekal. Pek CKD tersebut kemudiannya akan dihantar ke kilangnya sendiri atau

kepada pengilang kontrak untuk memasang / mencantumkan komponen-komponen

dan alat-alat, dikilangkan menjadi kenderaan motor siap (CBU) di negara pemegang

AP francais.

Page 11: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 8

19. Pek CKD bagi beberapa kategori kenderaan motor yang diimport oleh mana-

mana orang adalah dikecualikan daripada cukai jualan sepertimana diperuntukkan di

bawah Perintah Cukai Jualan (Barang-Barang Dikecualikan Daripada Cukai) 2018.

KEMUDAHAN PENGECUALIAN DI DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF

20. Pengilang berdaftar layak menikmati pelbagai kemudahan pengecualian

dengan syarat pengecualian dituntut oleh orang yang layak untuk membuat tuntutan

tersebut ataupun barang dikecualikan daripada cukai dalam perintah pengecualian

seperti berikut:

(i) Perintah Cukai Jualan (Barang Dikecualikan Daripada Cukai) 2018.

(ii) Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada

Pembayaran Cukai) 2018.

21. Pengecualian cukai jualan diberikan ke atas bahan-bahan mentah, komponen

serta bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam proses

pengilangan barang siap, daripada peringkat awal pengilangan sehingga barang

siap tersebut dibungkus dan sedia untuk dijual dan juga untuk dieksport.

22. Bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan tidak termasuk

petroleum, yang diimport atau dibeli daripada mana-mana pengilang berdaftar atau

Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) atau gudang berlesen (GB), oleh mana-mana

pengilang berdaftar di Kawasan Utama Kastam (KUK), adalah tertakluk kepada

cukai jualan melainkan pengecualian dituntut oleh pengilang berdaftar tersebut di

bawah butiran 1 Jadual C Perintah Cukai Jualan (Orang Dikecualikan Daripada

Membayar Cukai) 2018.

23. Pengecualian yang dinyatakan dalam perenggan di atas boleh dituntut

dengan syarat bahawa:

Page 12: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 9

(i) Bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan hendaklah

digunakan secara langsung dalam pengilangan barang siap yang

dikilangkan oleh pengilang berdaftar.

(ii) Pengilang berdaftar perlu membayar cukai jualan ke atas bahan mentah,

komponen dan bahan pembungkusan yang tidak dapat diakaunkan.

24. Beberapa bahan mentah / komponen tidak layak untuk diberi pengecualian

cukai jualan seperti berikut:

(i) Minyak bahan api

(ii) Bahan-bahan untuk tujuan pembersihan kilang dan jentera

(iii) Pakaian untuk pekerja

(iv) Perabot / peralatan pejabat

(v) Bahan binaan

(vi) Makanan dan minuman

25. Pengecualian cukai jualan ke atas barang-barang yang diimport atau

dikilangkan di Malaysia boleh dituntut di bawah Jadual A Perintah Cukai Jualan

(Barang-Barang Dikecualikan Daripada Cukai) 2018 seperti yang dinyatakan pada

perenggan 2 dan 3 perintah yang sama.

26. Jadual A, Perintah Cukai Jualan (Orang Dikecualikan Daripada Membayar

Cukai) 2018 melibatkan pengecualian daripada pembayaran cukai yang diberikan

kepada orang tertentu.

27. Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Orang Dikecualikan Daripada Membayar

Cukai) 2018 melibatkan pengecualian daripada pembayaran cukai yang diberikan

kepada mana-mana pengilang berdasarkan barang-barang yang dikilangkan

olehnya.

Page 13: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 10

28. Jadual C Perintah Cukai Jualan (Orang Dikecualikan Daripada Membayar

Cukai) 2018 melibatkan pengecualian daripada pembayaran cukai yang diberikan

kepada mana-mana pengilang berdaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi

pihak pengilang berdaftar.

• Sila rujuk Perintah-Perintah Cukai Jualan serta Panduan Kemudahan

Dan Pengecualian Cukai Jualan yang dipaparkan di dalam laman web

Kastam untuk maklumat lanjut berkenaan butir-butir pengecualian.

CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI)

29. Terminologi berikut merujuk kepada maksud yang berkaitan dengan

penentuan nilai jualan barang bercukai, kecuali wujud niat yang berlainan:

(i) "Nilai jualan" bermaksud nilai barang yang ditentukan mengikut

Peraturan 4 hingga Peraturan 8 di bawah Peraturan-Peraturan Cukai

Jualan (Penentuan Nilai Jualan Barang-Barang Bercukai) 2018,

termasuk apa-apa amaun duti eksais, duti dan cukai lain, jika ada,

sebenarnya dibayar atau perlu dibayar ke atas barang-barang dan

bantuan tersebut.

(ii) "Nilai Campuran" bermaksud nilai yang ditentukan di bawah Peraturan 7

Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Penentuan Nilai Jualan Barang-

Barang Bercukai) 2018.

(iii) "Orang yang mempunyai kaitan" bermaksud seperti yang dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Penentuan Nilai Jualan

Barang-Barang Bercukai) 2018.

30. Nilai jualan kenderaan pemasangan tempatan akan ditentukan berdasarkan

Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Penentuan Nilai Jualan Barang Bercukai) 2018.

Nilai jualan akan ditentukan dalam tiga (3) situasi yang berlainan seperti berikut:

Page 14: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 11

(i) MODEL 1:

PEMEGANG AP FRANCAIS DAN PENGILANG (ORANG KENA

CUKAI) ADALAH ENTITI YANG SAMA, KENDERAAN MOTOR

DIJUAL KEPADA ORANG YANG TIADA HUBUNGAN (Nilai

Transaksi)

Nilai jualan barang bercukai yang dinilai hendaklah ditentukan

berdasarkan nilai urus niaga barang bercukai yang dinilai itu sebagai

asas utama dalam penentuan nilai jualan, iaitu harga yang mana barang

bercukai yang diniai itu sebenarnya dijual apabila dijual oleh pengilang

berdaftar kepada pembeli yang tiada hubungan.

• MSP : Multi-Sourcing Parts - komponen yang tidak diimport

bersama-sama dengan pek CKD tetapi dibeli daripada beberapa

pembekal yang berbeza (pembekal luar negara atau tempatan)

oleh pengeluar automotif.

• ED : Duti eksais

• ST : Cukai jualan

• T.V. : Nilai Transaksi

Page 15: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 12

(ii) MODEL 2:

PEMEGANG AP FRANCAIS DAN PENGILANG (ORANG KENA

CUKAI) ADALAH ENTITI YANG SAMA, KENDERAAN MOTOR

DIJUAL KEPADA ORANG YANG ADA HUBUNGAN (Nilai Campuran)

Apabila pembeli dan pengilang berdaftar adalah orang yang ada

hubungan pada masa barang bercukai tersebut dijual, nilai jualan harus

ditentukan dengan menggunakan kaedah nilai campuran.

• MSP : Multi-Sourcing Parts - komponen yang tidak diimport

bersama-sama dengan pek CKD tetapi dibeli daripada beberapa

pembekal yang berbeza (pembekal luar negara atau tempatan)

oleh pengeluar automotif.

• ED : Duti eksais

• ST : Cukai jualan

• C.V. : Nilai Campuran

Page 16: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 13

(iii) MODEL 3:

PENGILANG KONTRAK DILANTIK OLEH PEMEGANG AP FRANCAIS

(ORANG YANG ADA HUBUNGAN / TIADA HUBUNGAN) (Nilai Campuran)

Pengilang berdaftar mengilangkan barang bercukai yang dinilai,

kepunyaan seseorang di bawah suatu perjanjian yang dibuat dengan

orang itu. Selepas dikilangkan, barang tersebut hendaklah diserah balik

atau dihantar kepada orang lain atas arahannya, nilai jualan hendaklah

ditentukan mengikut kaedah nilai campuran.

• MSP : Multi-Sourcing Parts - komponen yang tidak diimport

bersama-sama dengan pek CKD tetapi dibeli daripada beberapa

pembekal yang berbeza (pembekal luar negara atau tempatan)

oleh pengeluar automotif.

• ED : Duti eksais

• ST : Cukai jualan

• C.V. : Nilai Campuran

Page 17: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 14

Pengiraan Nilai Kenderaan Motor CBU Pemasangan Tempatan Berdasarkan

Kaedah Penilaian Nilai Campuran

31. Bagi keadaan seperti di model 2 dan 3, nilai jualan ditentukan berdasarkan

kaedah nilai campuran seperti yang dinyatakan dalam format di bawah:

NILAI KAEDAH CAMPURAN

ELEMEN-ELEMEN KOS

NILAI CUKAI

JUALAN

(MODEL 2)

NILAI CUKAI

JUALAN

(MODEL 3)

1 COMPLETELY KNOCKED DOWN (CKD) PACK :

1.1 Jumlah Kos Pek CKD

(Landed Cost) √ √

2 MULTI SOURCING PARTS (MSP):

2.1 Jumlah Kos MSP (Landed Cost ) √ √

2.2 Duti √ √

2.3 Jumlah MSP (2.1 + 2.2) √ √

3 KOS LAIN-LAIN KOMPONEN (OTHER COMPONENTS) :

3.1 Belian Tempatan (Locally Procured) √ √

3.2 Import √ √

3.3 Duti √ √

3.4 Jumlah Kos Bahan Mentah

(3.1 + 3.2 + 3.3) √ √

4 GOVERNMENT APPROVED STANDARD ACCESSORIES (GASA)

(Jika tidak termasuk dalam 1, 2 atau 3) √ √

5 KOS PEMASANGAN OLEH PEMASANG (ASSEMBLING COST):

5.1 Kos Pemasangan √ √

5.2 Depreciation on Jig & Tools √ √

5.3 Jumlah Kos Pemasangan (5.1 + 5.2) √ √

6 BELANJA PENTADBIRAN DAN PEMASARAN:

(Pemegang Francais)

6.1 Belanja Pentadbiran √ √

6.2 Belanja Pemasaran √ √

6.3 Warranty √ √

6.4 Jumlah Belanja Pentadbiran dan Pemasaran (6.1 +

6.2 + 6.3) √ √

7 LAIN-LAIN KOS PENGILANGAN :

7.1 Port / Handling Charges √ √

7.2 Transport Charges to Plant √ √

7.3 Jumlah Lain-lain Kos Pengilangan

(7.1 + 7.2) √ √

8 PERBELANJAAN AM :

8.1 Royalti / License Fees √ √

8.2 Lain-lain Perbelanjaan √ √

Page 18: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 15

NILAI KAEDAH CAMPURAN

ELEMEN-ELEMEN KOS

NILAI CUKAI

JUALAN

(MODEL 2)

NILAI CUKAI

JUALAN

(MODEL 3)

8.3 Jumlah Perbelanjaan Am (8.1 + 8.2) √ √

9 KEUNTUNGAN :

9.1 Jumlah Keuntungan (Pemegang Francais) √ √

10 KOS BARANG DIKILANG :

(1.1 + 2.3 + 3.4 + 4 + 5.3 + 6.4 + 7.3 + 8.3 + 9.1)

PELARASAN (Jika berkaitan)

11 INDUSTRIAL LINKAGE PROGRAMME (ILP) :

11.1 Nilai ILP yang diluluskan – Sek.35, Cukai Jualan 2018

(No. Rujukan MoF : …………………........)

Diberi penolakan sekiranya

diluluskan oleh MoF

Diberi penolakan sekiranya

diluluskan oleh MoF

12 AMAUN DUTI EKSAIS DIBAYAR / KENA DIBAYAR : √ √

13 AKSESORI PILIHAN (OPTIONAL ACCESSORIES) : JIKA

BERKAITAN JIKA

BERKAITAN

14 KOS, CAJ, PERBELANJAAN PENGANGKUTAN DAN

PENYIMPANAN SELEPAS KELUAR DARI KILANG : JIKA

BERKAITAN JIKA

BERKAITAN

15 LAIN-LAIN PERBELANJAAN : JIKA BERKAITAN

JIKA BERKAITAN

16 NILAI BERSIH UNTUK BAYARAN CUKAI JUALAN [ (10 – 11.1)

+ 12 + 13 + 14 + 15 ] √ √

17 CUKAI JUALAN:

17.1 Kadar Cukai Jualan semasa : 10 %

17.2 Cukai Jualan (16*17.1) : RM √ √

32. Kedua-dua pemegang AP francais dan pengilang kontrak bertanggungjawab

mengemukakan maklumat bagi membolehkan pengiraan nilai jualan dilakukan.

Maklumat yang diambil kira di dalam pengiraan nilai jualan tersebut perlu disediakan

bagi tujuan audit.

33. Format yang dinyatakan di dalam perenggan juga boleh digunakan untuk

menentukan nilai campuran bagi kenderaan komersil.

Pengiraan Duti / Cukai Atas Kenderaan CBU Import

34. Bagi barang yang diimport, nilai barang bercukai untuk tujuan bayaran duti/

cukai adalah jumlah nilai perkara-perkara berikut:

Page 19: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 16

(i) Nilai barang bercukai tersebut untuk tujuan bayaran duti kastam;

(ii) Jumlah duti kastam, sekiranya ada, dibayar atau akan dibayar atas

barang bercukai tersebut; dan

(iii) Jumlah duti eksais, sekiranya ada, dibayar atau akan dibayar atas

barang bercukai tersebut.

Contoh

A. Pengimportan kenderaan motor CBU (Duti Import, duti eksais dan cukai

jualan dibayar atau perlu dibayar)

Nilai Kastam kenderaan motor CBU - RM30, 000.00

Duti import @30% = RM 9,000.00

Nilai Kastam + Duti Import - RM39, 000.00

Duti Eksais @65% = RM25, 350.00

Nilai Kastam + Duti Import + duti eksais - RM64, 350.00

Cukai jualan @10% = RM 6,435.00

B. Pengimportan kenderaan motor CBU dan diangkut ke gudang berlesen,

(Duti Import, duti eksais dan cukai jualan dibayar pada masa terdapat

pembeli untuk kenderaan tersebut dan kenderaan dibawa keluar

daripada gudang)

Pada masa Import:

Nilai Kastam kenderaan motor CBU - RM30, 000.00

Duti import @30% = RM 0.00

Nilai Kastam + Duti Import - RM30, 000.00

Duti Eksais @65% = RM 0.00

Page 20: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 17

Nilai Kastam + Duti Import + duti eksais - RM30, 000.00

Cukai Jualan @10% = RM 0.00

C. Pada masa kenderaan motor diangkut keluar daripada gudang berlesen

(kenderaan motor CBU baru):

Nilai Kastam kenderaan motor CBU - RM30, 000.00

Duti import @30% = RM 9,000.00

Kastam Value + Import Duty - RM29,250.00

Duti Eksais @65% = RM25, 350.00

Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais - RM64, 350.00

Cukai Jualan @10% = RM 6,435.00

D. Pada masa kenderaan motor diangkut keluar daripada gudang berlesen

(kenderaan motor CBU terpakai):

Nilai Kastam kenderaan motor CBU - RM30, 000.00

Tolak: Susutnilai @ 25% - RM22, 500.00

Duti Import @30% = RM 6,750.00

Nilai Kastam + Duti Import - RM29,250.00

Duti Eksais @65% = RM19,012.50

Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais - RM48,262.50

Cukai Jualan @10% = RM 4,826.25

• Sila rujuk kepada Panduan Umum yang disiarkan dalam Portal Kastam

untuk maklumat lanjut mengenai hal-hal lain berkaitan cukai jualan.

Page 21: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 18

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Q : Bagaimanakah layanan cukai jualan dikenakan ke atas pek CKD

yang diimport oleh pemegang AP francais dan kemudiannya

dihantar ke kilang pemasangan pengilang kontrak (pengilang

berdaftar) untuk dikilangkan/dipasang menjadi kenderaan motor

CBU.

A : Pengimport layak membuat tuntutan pengecualian daripada membayar

cukai jualan ke atas pek CKD tersebut tertakluk kepada kelulusan KP

dengan syarat semua komponen yang diberi pengecualian digunakan

secara langsung dalam pengilangan kenderaan motor oleh pengilang

kontrak (pengilang berdaftar). Cukai jualan dikenakan ke atas barang

siap iaitu kenderaan motor pasang siap.

2. Q : Adakah Harga Pasaran Terbuka Cukai Jualan (HPTCJ) kenderaan

perdagangan pemasangan tempatan yang dikeluarkan oleh JKDM

sebelum 1 April 2015 masih sah digunakan selepas 1 September

2018?

A : Tidak. Semua HPTCJ kenderaan perdagangan yang dikeluarkan oleh

JKDM sebelum 1 April 2015 telah dibatalkan.

3. Q : Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengikrar dan

mengemukakan penyata cukai jualan kepada JKDM?

A : Pengilang berdaftar / pengilang kontrak yang merupakan pengilang/

pemasang barang bercukai.

4. Q : Apakah nilai jualan kenderaan motor CBU yang harus digunakan

oleh pengilang berdaftar untuk diikrar sekiranya pengilang

berdaftar hanya mengeluarkan invois dengan mengenakan caj

Page 22: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 19

buruh atas pemasangan pek CKD yang dihantar pemegang AP

francais?

A : Dalam keadaan sedemikian, tiada jualan berlaku dalam urusniaga ini

dan kaedah penilaian nilai campuran harus digunakan untuk

menentukan nilai jualan kenderaan motor tersebut bagi tujuan

pembayaran cukai jualan.

5. Q : Bagaimanakah pengeluar berdaftar mengisytiharkan nilai

sekiranya pengeluar berdaftar berdaftar hanya pada kos

pemasangan pada CKD Pack yang dihantar oleh Pemegang AP

francais?

A : Di bawah keadaan sedemikian, tiada jualan yang terlibat dalam

transaksi ini dan nilai pengiraan akan dikenakan. Pemegang AP

Francais yang mempunyai semua rekod dan kos barang yang

dihasilkan, akan menghitung nilai barang dengan menggunakan

metode perhitungan sesuai dengan Peraturan Pajak Penjualan Pajak

(Penetapan Nilai Penjualan Barang Kena Pajak) 2018. Nilai yang

dihitung oleh AP Franchise Pemegang akan digunakan oleh pengeluar

berdaftar untuk tujuan mengenakan cukai jualan.

6. Q : Berapa kerapkah nilai campuran tersebut akan dikaji semula?

A : Nilai campuran tersebut akan dikaji semula apabila terdapat perubahan

di dalam mana-mana komponen pengiraan nilai campuran atau

terdapat perubahan dalam senarai harga.

7. Q : Adnosh Assembly Sdn Bhd telah mengangkut kereta tersebut

kepada peniaga yang tidak berkaitan dengannya pada 30 Ogos

2018. Walau bagaimanapun, Adnosh Assembly Sdn Bhd hanya

mengeluarkan invois kepada peniaga pada 3 September 2018 dan

Page 23: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 20

seterusnya menerima bayaran penuh pada 4 September 2018.

Apakah layanan cukai ke atas transaksi tersebut?

A : Adnosh Assembly Sdn Bhd perlu mengenakan CBP pada kadar

standard sebanyak 0% ke atas nilai barang yang telah diangkut pada

30 Ogos 2018.

8. Q : Wolve Auto Sdn Bhd (WASB) adalah pengilang lori dan telah

mengeluarkan invois kepada Wolve Distribution Sdn Bhd (WDSB),

di mana kedua-dua WASB & WDSB adalah orang yang berkaitan,

pada 22 Ogos 2018 dan menerima bayaran penuh pada 25 Ogos

2018. Walau bagaimanapun, lori tersebut hanya diangkut ke

WDSB pada 4 September 2018. Apakah layanan cukai ke atas

transaksi tersebut?

A : Wolve Auto Sdn Bhd perlu dikenakan cukai jualan sebanyak 10% atas

nilai campuran bagi barang yang telah diangkut pada 4 September

2018.

Page 24: Panduan Industri Automotif - customs.gov.my...Alat ganti dan komponen kenderaan motor yang akan dikilangkan dan dipasang menjadi kenderaan motor pasang siap Pek Komponen Yang Tercurai

Panduan Industri Automotif Sehingga 23 Ogos 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 21

PERTANYAAN

Sebarang panduan berkaitan panduan ini sila berhubung:

Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Aras 3 - 7, Blok A, Menara Tulus,

No. 22, Persiaran Perdana, Presint 3,

62100 Putrajaya.

BANTUAN DAN INFORMASI BERKAITAN SST

Informasi selanjutnya boleh didapati melalui:

(i) Laman Web SST : https://mysst.customs.gov.my

(ii) Pusat Panggilan Kastam

• Tel : 03-7806 7200 / 1-300-888-500

• Fax : 03-7806 7599

• Email: [email protected]