pan uan p njaminan kualiti p ntaksiran · pdf filepementoran dilaksanakan oleh personel...
TRANSCRIPT
i
PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN
TINGKATAN 3 (PT3)
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2015
PEMENTORAN PENGESANAN
PENYELARASAN PEMANTAUAN
ii
@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Segala pertanyaan berkaitan dalam Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ini hendaklah dirujuk kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN
MELALUI
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
iii
KANDUNGAN
HALAMAN
PRAKATA
1.0 PERNYATAAN DASAR PT3
1.1 Definisi Pentaksiran Pusat 2
1.2 Syarat Calon PT3 2
1.3 Mata Pelajaran PT3 3
2.0 PENJAMINAN KUALITI PT3
2.1 Komponen Penjaminan Kualiti 6
2.2 Peranan Personel Penjaminan Kualiti 7
3.0 PERSONEL PENTAKSIRAN
3.1 Carta Organisasi Personel Pentaksiran 33
3.2 Pelantikan Personel Pentaksiran 34
3.3 Syarat Pelantikan Personel Pentaksiran 35
3.4 Kriteria Personel Pentaksiran 37
3.5 Tugas Personel Pentaksiran 38
3.6 Surat Pelantikan Personel Pentaksiran 41
3.7 Senarai Semak Personel Pentaksiran 51
iv
PRAKATA
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan
Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Justeru, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini.
Penghasilan Panduan Penjaminan Kualiti PT3 ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan
untuk memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 yang menggunakan
instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Pelbagai Instrumen
seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67,
Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan
Peperiksaan) 1997 adalah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi
keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor
pentaksiran.
Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan PT3 iaitu
pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai
di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penjaminan kualiti
dalam pentadbiran dan pemeriksaan.
Kejayaan PT3 amat bergantung kepada kerjasama, komitmen dan integriti yang
berterusan daripada semua pihak bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan PT3
demi menjaga imej negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini dipelihara
demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.
Terima kasih. DATIN NAWAL BINTI SALLEH Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
1
1.0
PERNYATAAN DASAR PT3
2
1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang merupakan pelengkap (compliment) kepada Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu
pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat
penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir program pembelajaran. Lembaga
Peperiksaan (LP) menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran yang
standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai secara menyeluruh.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat
menengah rendah.
1.2 SYARAT CALON PT3
Murid Sekolah
1. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah
Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR),
SM Pendidikan Khas dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan
KPM tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PP di
peringkat menengah rendah
dan
2. Murid berada di Tingkatan Tiga
Calon Persendirian
1. Calon tidak berada dalam sistem persekolahan
dan
2. Calon telah berumur 14 tahun ke atas pada 1 Januari tahun pendaftaran.
3
1.3 MATA PELAJARAN PT3
Murid Sekolah - Menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
7 Sejarah Sejarah
8 Geografi Geografi
9 Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Punjabi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Murid Sekolah - Tidak menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
6 Sejarah Sejarah
7 Geografi Geografi
8 Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Punjabi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
4
Calon Persendirian - Menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
7 Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Punjabi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Calon Persendirian - Tidak menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
6 Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Punjabi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja.
5
2.0
PENJAMINAN KUALITI PT3
6
2.1 KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI
Penjaminan kualiti adalah piawaian bagi menentukan kualiti pelaksanaan PT3
mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor demi keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti PT3
dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran yang dilantik oleh LP, Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dan Pengetua Sekolah.
Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 dilakukan melalui aktiviti Pementoran,
Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan oleh Personel Pentaksiran dan
Personel Pentadbiran.
Personel Pentaksiran terdiri daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua
Pentaksir Negeri (KPN), Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw), Pentaksir Kawasan
(PKw), Ketua Pentaksir Sekolah (KPS), Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp) dan
Pentaksir Mata Pelajaran (PMp).
Personel Pentadbiran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, Pegawai
Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.
AKTIVITI KETERANGAN
PEMENTORAN Pementoran dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran dan Personel
Pentadbiran bagi menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PT3.
PENGESANAN Pengesanan dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran bagi menilai
instrumen pentaksiran. Ini dilakukan dengan membuat verifikasi
instrumen pentaksiran.
PEMANTAUAN Pemantauan dilaksanakan oleh Personel Pentadbiran bagi mengawal
selia pelaksanaan PT3.
PENYELARASAN Penyelarasan dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran bagi
memastikan keseragaman penskoran. Ini dilakukan dengan membuat
moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
7
2.2 PERANAN PERSONEL PENJAMINAN KUALITI
2.2.1 PEMENTORAN
Pementoran dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran bagi
menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PT3.
Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah memberi latihan
mentaksir dan pemeriksaan skrip jawapan calon (SJC) kepada Personel Pentaksiran
bagi memastikan tugas pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah
demi menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.
PEMENTORAN PERSONEL PENTAKSIRAN
i. Mengadakan latihan pemasangan instrumen bagi meningkatkan kompetensi
guru dan memastikan guru faham dan boleh melaksanakan kaedah
pemasangan instrumen pentaksiran PT3.
ii. Mengadakan latihan pemeriksaan SJC bagi meningkatkan kompetensi guru
dan memastikan guru dapat memeriksa skrip jawapan PT3 berpandukan
panduan penskoran.
iii. Menilai kefahaman guru dan kesediaan guru untuk menjalankan pentaksiran.
Pegawai LP / Pegawai JPN / Pentadbir Sekolah memberi taklimat pentadbiran
kepada Personel Pentadbiran bagi memastikan pentadbiran instrumen pentaksiran
PT3 mematuhi dokumen yang disediakan oleh LP.
PEMENTORAN PERSONEL PENTADBIRAN
i. Mengadakan taklimat Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan
Arahan Tugasan instrumen pentaksiran.
ii. Menilai kefahaman pegawai / pentadbir sekolah dan kesediaan untuk
menjalankan pemantauan.
8
PT3/P1
PEMENTORAN PEMASANGAN INSTRUMEN DAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN (Untuk kegunaan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran PT3)
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
A. Kefahaman mengenai Pemasangan Instrumen Pentaksiran.
1. Pemilihan item berdasarkan blok item pentaksiran.
2. Percetakan instrumen mengikut blok item.
3. Penyusunan instrumen mengikut nombor soalan dan halaman.
4. Keperluan semakan teknikal dari aspek cetakan.
5. Kepentingan penyimpanan mengikut prosedur keselamatan.
B. Kefahaman berkaitan Pemeriksaan Skrip Jawapan.
1. Kepentingan memahami kehendak soalan.
2. Kepentingan mematuhi panduan penskoran.
3. Perbezaan teknik pemeriksaan secara holistik dan analitik.
4. Kepentingan Moderasi bagi tujuan penyelarasan pemeriksaan.
5. Keperluan Verifikasi skor bagi tujuan semakan teknikal dan kesahan skor.
Tandatangan Pentaksir : Pengesahan Pengetua:
9
CARTA ALIR PEMENTORAN PEMASANGAN INSTRUMEN
MULA
Guru dapat membuat pemasangan instrumen pentaksiran berdasarkan Panduan Pemasangan Instrumen.
Pegawai LP / Pentaksir / Pentadbir Sekolah mengesahkan guru boleh dilantik sebagai Personel Pentaksiran.
TAMAT
Tidak
Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah menyampaikan semula latihan.
Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah menyampaikan latihan Pemasangan Instrumen Pentaksiran.
Ya
10
CARTA ALIR PEMENTORAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
MULA
Guru dapat membuat pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan Panduan Penskoran.
Pegawai LP / Pentaksir / Pentadbir Sekolah mengesahkan guru boleh dilantik sebagai Personel Pentaksiran.
TAMAT
Tidak
Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah menyampaikan semula latihan.
Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah menyampaikan latihan pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan Panduan Penskoran dan membuat latihan pemeriksaan skrip jawapan.
Ya
11
PT3/P2
PEMENTORAN PENTADBIRAN INSTRUMEN
(Untuk kegunaan Personel Pentadbiran PT3)
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
A. Kefahaman berkaitan Pentadbiran PT3
1. Jenis-jenis Instrumen PT3 (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Bertulis)
2. Takwim PT3
3. Jadual Kerja PT3
4. Peraturan Pentadbiran PT3
5. Panduan Penjaminan Kualiti PT3
B. Kefahaman berkaitan pentadbiran Instrumen Pentaksiran.
1. Tempoh Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran
2. Arahan Tugasan Kepada Calon
3. Arahan Tugasan Kepada Guru
4. Peraturan Pentadbiran Instrumen Pentaksiran
5. Jadual Kerja Instrumen Pentaksiran
Tandatangan Pentaksir : Pengesahan Pengetua:
12
CARTA ALIR PEMENTORAN PENTADBIRAN INSTRUMEN
MULA
Pegawai JPN / Guru dapat memahami Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan Arahan Tugasan Instrumen Pentaksiran.
TAMAT
Tidak
Pegawai LP / Pegawai JPN / Pentadbir Sekolah menyampaikan semula taklimat.
Pegawai LP / Pegawai JPN / Pentadbir Sekolah menyampaikan taklimat Pentadbiran Instrumen.
Ya
13
2.2.2 PENGESANAN
Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Personel Pentaksiran membuat Verifikasi Instrumen Pentaksiran iaitu mengesahkan instrumen mengikut Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh LP.
PENGESANAN- VERIFIKASI PEMASANGAN INSTRUMEN
i. Menyemak instrumen pentaksiran yang telah dipasang oleh guru yang
dilantik oleh Pengetua.
ii. Memastikan instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan
Instrumen.
iii. Memastikan instrumen pentaksiran disediakan dari soalan yang dimuat turun dari
Aplikasi PT3. Memaklumkan kepada LP sekiranya berlaku ketidakaturan dalam
penyediaan instrumen pentaksiran.
iv. Memastikan instrumen pentaksiran menepati aspek cetakan teknikal.
v. Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada LP.
14
PT3/VI
VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran PT3)
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
1. Instrumen pentaksiran dipasang berpandukan Panduan Pemasangan Instrumen.
2. Instrumen pentaksiran disediakan dari soalan yang dimuat turun dari Aplikasi PT3.
3. Bilangan soalan cukup.
4. Susunan soalan mengikut turutan.
5. Jumlah halaman cukup.
6. Cetakan gambarajah jelas.
7. Cetakan soalan jelas.
8. Halaman hadapan memaparkan mata pelajaran yang betul.
9. Halaman hadapan memaparkan tempoh masa yang betul.
10. Instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan boleh disahkan oleh Pengetua.
Tandatangan Pentaksir : Pengesahan Pengetua:
15
CARTA ALIR PEMASANGAN DAN VERIFIKASI
INSTRUMEN PENTAKSIRAN BERTULIS
OLEH PERSONEL PENTAKSIRAN SEKOLAH
MULA
Guru yang dilantik oleh Pengetua membuat pemasangan instrumen pentaksiran berdasarkan Panduan Pemasangan Instrumen.
Guru menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Ketua Panitia (KPMp) untuk diverifikasi.
Ketua Panitia (KPMp) membuat verifikasi bagi memastikan instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Ketua Panitia (KPMp) menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Personel Pentaksiran untuk verifikasi instrumen pentaksiran.
A
Ya
Tidak
Guru menyediakan dan mencetak semula instrumen pentaksiran.
Sekolah memuat turun item (soalan) dari Aplikasi PT3.
16
CARTA ALIR VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw
A
Ketua Panitia (KPMp) menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Personel Pentaksiran untuk diverifikasi.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi bagi memastikan instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi instrumen pentaksiran.
Instrumen pentaksiran diserahkan kepada Pengetua untuk Pengesahan.
Guru melupuskan softcopy instrumen pentaksiran, memperbanyakkan dan menyimpan instrumen pentaksiran mengikut prosedur keselamatan.
TAMAT
Ya
Tidak
Guru menyediakan dan mencetak semula instrumen pentaksiran.
17
2.2.3 PEMANTAUAN
Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Personel
Pentadbiran menjalankan pemantauan bagi memastikan instrumen PT3 disediakan
dan ditadbir mengikut Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan Arahan
Tugasan yang disediakan oleh LP.
PEMANTAUAN PENTADBIRAN
i. Memastikan penyediaan dan pentadbiran Instrumen PT3 mematuhi garis panduan yang disediakan oleh LP.
ii. Memberi bimbingan bagi mengelakkan ketidakakuran dalam percetakan, penyimpanan dan pentadbiran instrumen pentaksiran. Memaklumkan kepada LP sekiranya berlaku ketidakakuran dalam percetakan, penyimpanan dan pentadbiran instrumen pentaksiran.
iii. Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada LP.
18
PT3/PP1
PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3 (Untuk kegunaan Personel Pentadbiran PT3)
Nama Pemantau : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Instrumen : Ujian Bertulis / Ujian Lisan/ Pelbagai Instrumen
ARAHAN
Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
A. Pematuhan kepada dokumen Lembaga Peperiksaan.
1. Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3.
2. Takwim PT3.
3. Jadual Kerja PT3.
4. Peraturan Pentadbiran PT3.
5. Arahan Penyediaan Instrumen dan Arahan Pelaksanaan Tugasan.
B. Pematuhan kepada dokumen sekolah.
1. Jadual Waktu Ujian Bertulis.
2. Jadual Kerja / Senarai Semak Pelbagai Instrumen.
3. Jadual Sidang Ujian Lisan - Mendengar / Jadual Ujian Lisan -Bertutur.
4. Peraturan Penyediaan dan Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.
5. Peraturan Pemeriksaan dan Penyimpanan Skrip Jawapan Calon (SJC).
CATATAN PENTAKSIR:
a. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI garis panduan LP
b. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI garis panduan sekolah
Tandatangan : Pengesahan Pengetua :
19
CARTA ALIR PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3
MULA
Dokumen pentadbiran PT3 sekolah akur dengan dokumen Lembaga Peperiksaan.
Pegawai LP / JPN / PPD memantau pentadbiran PT3.
Pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
Pegawai LP / JPN / PPD mengesahkan pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
TAMAT
Tidak
Pentadbir sekolah menyediakan semula dokumen.
Pegawai LP / JPN / PPD menyemak dokumen pentadbiran PT3 yang disediakan oleh Sekolah.
Ya
Ya
Tidak
Pegawai LP/ JPN / PPD membuat teguran dan membetulkan cara pentadbiran PT3.
20
PT3/PP2
PEMANTAUAN PERCETAKAN DAN PENYIMPANAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
(Untuk kegunaan Personel Pentadbiran PT3)
Nama Pemantau : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Instrumen : Ujian Bertulis / Ujian Lisan / Pelbagai Instrumen
ARAHAN
Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
A. Percetakan Instrumen Pentaksiran.
1. Pengetua melantik guru dan kakitangan sokongan untuk mencetak instrumen pentaksiran.
2. Guru dan kakitangan sokongan yang dilantik menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.
3. Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadual percetakan.
4. Instrumen pentaksiran dicetak di premis sekolah / kerajaan.
5. Maklumat pada media penstoran dan mesin fotostat dilupuskan selepas percetakan.
6. Lebihan instrumen pentaksiran dilupuskan serta merta.
B. Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.
1. Pengetua melantik guru untuk menyimpan instrumen pentaksiran.
2. Guru yang dilantik menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.
3. Instrumen pentaksiran disimpan dalam almari berkunci / bilik berkunci.
4. Instrumen pentaksiran disimpan mengikut mata pelajaran.
5. Instrumen pentaksiran disimpan mengikut jadual.
CATATAN PENTAKSIR:
a. Instrumen Pentaksiran PT3 dicetak dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI peraturan pentadbiran LP.
b. Instrumen Pentaksiran PT3 disimpan dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI peraturan pentadbiran LP.
Tandatangan : Pengesahan Pengetua :
21
2.2.4 PENYELARASAN
Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman penskoran. Personel
Pentaksiran membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
Personel Pentaksiran menjalankan Moderasi Pemeriksaan untuk memastikan
keseragaman dan ketekalan pemeriksaan SJC berpandukan Panduan Penskoran
yang disediakan oleh LP.
PENYELARASAN – MODERASI PEMERIKSAAN
i. Mengadakan latihan / penyelarasan pemeriksaan bagi memastikan guru memahami
panduan penskoran.
ii.
Menjalankan pemeriksaan rawak / semak balas sepuluh peratus (10%) atau
sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel SJC atau hasil kerja murid yang telah
diperiksa oleh setiap guru mata pelajaran bagi memastikan pemeriksaan menepati
panduan penskoran, ketekalan dalam pemeriksaan dan konsistensi dalam
pemberian skor.
Personel Pentaksiran yang menjalankan Moderasi Pemeriksaan Pertama dan
Moderasi Pemeriksaan Kedua hendaklah memilih skrip jawapan yang berbeza
berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi dengan
nisbah 3:4:3.
Garis panduan pemilihan skrip jawapan calon.
ARAS PENCAPAIAN SKOR NISBAH
Aras Tinggi 66 hingga 85 30%
Aras Sederhana 41 hingga 65 40%
Aras Rendah 25 hingga 40 30%
22
Contohnya:
Nama Guru : Puan Aina Binti Ahmad
BIL ANGKA GILIRAN CALON SKOR MURID PERATUS
1 A 100 A001 80
30% 2 A 100 A005 95
3 A 100 A010 80
4 A 100 A015 60
40% 5 A 100 A018 53
6 A 100 A021 65
7 A 100 A025 59
8 A 100 A027 37
30% 9 A 100 A031 29
10 A 100 A034 41
iii.
Memastikan guru menyemak semula cara pemeriksaan dan keakuran pada
panduan penskoran sekiranya beza skor antara pemeriksaan guru dan pentaksir
adalah / melebihi 5% markah.
Contohnya:
Markah penuh 100 markah
ANGKA
GILIRAN
CALON
SKOR GURU SKOR
PENTAKSIR
BEZA (+-) CATATAN
V100 A001 80 85 5% Guru perlu
menyemak semula
cara pemeriksaan
skrip jawapan dan
memastikan
pemeriksaan
mematuhi panduan
penskoran
V100 A100 70 65 5%
V100 A150 59 64 5%
V100 A185 60 61 1% Guru telah
memeriksa skrip
jawapan dengan
mematuhi panduan
penskoran
V100 A190 70 68 2%
V100 A200 68 69 1%
23
iv.
Memastikan guru memeriksa semula kesemua skrip jawapan sekiranya 25% atau
lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan skor adalah/melebihi
5%.
Contohnya:
BILANGAN
CALON
PERATUS / BILANGAN
SKRIP JAWAPAN
YANG
DIMODERASI
PERATUS / BILANGAN SKRIP
JAWAPAN YANG BEZA SKOR
ANTARA MARKAH GURU DAN
SKOR PENTAKSIR
ADALAH/MELEBIHI 5%
CATATAN
200 10%
(20 skrip jawapan)
30%
(6 skrip jawapan) Guru memeriksa semula semua skrip
jawapan di bawah tanggungjawabnya.
120 10%
(12 skrip jawapan)
25%
(3 skrip jawapan)
200 10%
(20 skrip jawapan)
20%
(4 skrip jawapan) Guru tidak perlu
memeriksa semula semua skrip jawapan
di bawah tanggungjawabnya. 120
10%
(12 skrip jawapan)
17%
(2 skrip jawapan)
24
Contohnya:
PT3/MP
MODERASI PEMERIKSAAN
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
CATATAN PENTAKSIR:
a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah tanggungjawabnya. b. Ketua Panitia (KPMp)PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skrip
jawapan bagi skrip yang diperiksa semula. c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan
v. Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya berlaku ketidakaturan dalam skrip jawapan calon dan pemeriksaan guru.
vi. Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada LP.
25
PT3/MP
MODERASI PEMERIKSAAN (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran PT3)
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
BIL ANGKA GILIRAN CALON SKOR GURU
SKOR PENTAKSIR
PERATUS BEZA SKOR
AKUR PANDUAN
PENSKORAN
TIDAK AKUR PANDUAN
PENSKORAN
KESILAPAN MENJUMLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
JUMLAH
PERATUS
CATATAN PENTAKSIR:
a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah
tanggungjawabnya. b. Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp) PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi
pemeriksaan skrip jawapan bagi skrip yang diperiksa semula.
c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke LP.
Tandatangan : Pengesahan Pengetua:
26
CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN OLEH SEKOLAH
MULA
Guru mata pelajaran Tingkatan 3 yang dilantik oleh Pengetua memeriksa skrip jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran.
Guru mata pelajaran Tingkatan 3 menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Panitia untuk moderasi pemeriksaan pertama dan verifikasi skor.
Ketua Panitia (KPMp) membuat moderasi pemeriksaan pertama dan verifikasi skor bagi memastikan pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Guru mata pelajaran meneruskan pemeriksaan skrip jawapan calon.
A
Ya
Tidak
Guru mata pelajaran memeriksa semula skrip jawapan calon.
Sekolah memuat turun Panduan Penskoran Ujian Bertulis dari Aplikasi PT3. Ketua Panitia dan guru mata pelajaran membuat penyelarasan kefahaman panduan penskoran.
27
CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw
A
Ketua Panitia (KPMp) membuat moderasi pemeriksaan pertama dan verifikasi skor bagi memastikan pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Ketua Panitia (KPMp) menyerahkan skrip jawapan calon kepada Pentaksir Kawasan (PKw) untuk moderasi pemeriksaan kedua dan verifikasi skor.
Pentaksir Kawasan (PKw) membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor bagi memastikan pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Skor diserahkan kepada Jawatankuasa Verifikasi Skor.
A
Ya
Tidak
Guru mata pelajaran memeriksa semula skrip jawapan calon.
28
Personel Pentaksiran menjalankan Verifikasi Penskoran bagi memastikan skor yang
diberikan kepada calon adalah berdasarkan SJC dan menepati keupayaan sebenar
calon serta pengiraan markah calon dibuat dengan tepat.
PENYELARASAN - VERIFIKASI SKOR
i. Memastikan jawapan calon adalah autentik dan merupakan hasil kerja calon sendiri.
Sekiranya terdapat unsur meniru maka Personel Pentaksiran hendaklah
menghantar laporan kepada LP. LP akan membuat pengesahan dan menetapkan
keputusan calon.
ii. Memastikan skor diberikan adalah berdasarkan SJC dan menepati keupayaan
sebenar calon.
iii. Memastikan guru konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan skor.
iv. Mengesahkan skor calon dalam JVS yang terdiri daripada Pengetua, Penolong
Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan Guru Mata
pelajaran.
KEPUTUSAN JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR
v. Menghantar skor calon melalui Aplikasi PT3 kepada LP mengikut Jadual Kerja.
29
PT3/VS
VERIFIKASI SKOR (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran PT3)
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Tingkatan : ……………………………………………………………………..
Tahun : ……………………………………………………………………..
BIL ANGKA GILIRAN CALON
MATA PELAJARAN KEPUTUSAN
BM BI MATH SC SEJ GEO KH PI KONSISTEN TINDAKAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Nama dan Tandatangan Pengetua Tarikh:
30
CARTA ALIR VERIFIKASI SKOR OLEH JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR
A
SUP dan guru mata pelajaran merekod skor calon dalam Aplikasi PT3. SUP memuat borang skor calon dari Aplikasi PT3.
Pengetua (KPS), Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia (KPMp), Guru mata pelajaran (PMp) menyemak skor calon.
Skor calon bagi semua mata pelajaran konsisten.
Jawatankuasa Verifikasi Skor membuat pengesahan skor. Pengetua menurunkan tandatangan pengesahan skor.
TAMAT
Ya
Tidak
Pengetua mendapatkan penjelasan daripada guru mata pelajaran yang memberi skor.
SUP menghantar skor calon melalui Aplikasi PT3.
31
PT3/LMV
LAPORAN MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran PT3)
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Tingkatan : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
Bilangan skrip yang diselaras : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Senarai semak ini berkaitan moderasi pemeriksaan skrip jawapan. Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
1.
Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan mata pelajaran yang diperiksa.
2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.
3. Guru memahami tugasan.
4. Guru menguasai panduan penskoran.
5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru lain tentang panduan penskoran.
6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan SJC berdasarkan panduan penskoran dan akur panduan penskoran.
7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid.
8. Guru konsisten dalam pemberian skor.
9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.
10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula kerana telah menepati panduan penskoran.
Tandatangan : Pengesahan Pengetua :
32
3.0
PERSONEL PENTAKSIRAN PT3
33
3.1 CARTA ORGANISASI PERSONEL PENTAKSIRAN
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
(1 KPK untuk setiap mata pelajaran)
KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
(1 KPN untuk setiap mata pelajaran di setiap negeri)
KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)
(1 KPKw untuk setiap mata pelajaran di setiap daerah)
PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
(1 PKw untuk setiap mata pelajaran bagi setiap lima sekolah)
*tertakluk kepada jumlah bilangan SJC yang dimoderasi, maksimum 250 SJC
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)
(1 KPS untuk setiap sekolah terdiri daripada Pengetua sekolah)
KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)
(1 KPMp untuk setiap mata pelajaran terdiri personel yang dilantik oleh Pengetua)
PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)
(PMp untuk setiap mata pelajaran terdiri daripada guru tingkatan 3)
34
3.2 PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN
JAWATAN PELANTIKAN
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) Lembaga Peperiksaan
Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) Jabatan Pendidikan Negeri
Pentaksir Kawasan (PKw)
Ketua Pentaksir Sekolah (PS) Pelantikan secara automatik mengikut perjawatan
Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp) Sekolah
Pentaksir Mata Pelajaran (PMp)
35
3.3 SYARAT PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan / kerajaan negeri.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 5 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan / kerajaan negeri.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
36
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)
i. Pengetua Sekolah.
ii. Memahami komponen Penjaminan Kualiti PT3 dan cara pelaksanaan.
iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
v. Memahami Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan Arahan Tugasan yang
disediakan oleh LP.
KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)
i. Guru mata pelajaran Tingkatan 3 yang dilantik oleh Pengetua bagi setiap
mata pelajaran.
ii. Mempunyai pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran.
iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)
i. Pelantikan oleh Pengetua sekolah.
ii. Mengajar mata pelajaran Tingkatan 3.
iii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen.
v. Menerima latihan pemeriksaan skrip jawapan.
37
3.4 KRITERIA PERSONEL PENTAKSIRAN
Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan khusus dalam
mata pelajaran yang ditaksir, ilmu pentaksiran dan pemeriksaan serta berintegriti
dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai personel pentaksiran.
Personel Pentaksiran hendaklah:
PENGETAHUAN AKADEMIK
i. Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan.
ii. Menguasai sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran berkenaan.
iii. Berpengalaman mengajar mata pelajaran di peringkat menengah rendah.
PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
i. Mengetahui konsep dan definisi pentaksiran.
ii. Memahami maksud konstruk dan konteks pada item.
iii. Memahami kata tugas, aras kesukaran item dan pembahagian markah bagi setiap item.
iv. Memahami cara pemasangan instrumen.
v. Memahami peraturan pemarkahan dan perbezaan cara penskoran analitik dan holistik.
vi. Mengetahui prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
38
3.5 TUGAS PERSONEL PENTAKSIRAN
Personel Pentaksiran menjalankan pemeriksaan SJC, Moderasi Pemeriksaan
Pertama, Moderasi Pemeriksaan Kedua dan Moderasi Pemeriksaan Ketiga bagi
memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.
3.5.1 PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN CALON (SJC)
Personel Pentaksiran menjalankan pemeriksaan bagi calon sekolah dan calon
persendirian seperti berikut:
PERSONEL PENTAKSIRAN CALON SEKOLAH CALON PERSENDIRIAN
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Ketua Pentaksir Negeri (KPN) √
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) √
Pentaksir Kawasan (PKw)
Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp)
Pentaksir Mata Pelajaran (PMp) √
Calon Sekolah
PMp memeriksa SJC di bawah tanggungjawabnya.
Calon Persendirian
KPN atau KPKw menjalankan pemeriksaan bagi SJC persendirian yang diperuntukkan
kepadanya oleh JPN. Peruntukan SJC antara 100 hingga 150.
Contohnya:
PUSAT BILANGAN CALON
Pusat A 30
Pusat B 40
Pusat C 35
Pusat D 30
Pusat E 15
Jumlah Peruntukan Skrip Jawapan 150
39
3.5.2 MODERASI PEMERIKSAAN
Personel Pentaksiran menjalankan moderasi pemeriksaan bagi calon sekolah dan
calon persendirian seperti berikut:
PERSONEL PENTAKSIRAN
CALON SEKOLAH CALON PERSENDIRIAN
MODERASI PEMERIKSAAN MODERASI PEMERIKSAAN
PERTAMA KEDUA KETIGA PERTAMA KEDUA KETIGA
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
Pentaksir Kawasan (PKw)
Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp)
Calon Sekolah
1. KPMp menjalankan Moderasi Pemeriksaan Pertama bagi 10% skrip jawapan calon
di sekolahnya.
2. PKw menjalankan Moderasi Pemeriksaan Kedua bagi 10% SJC di sekolah yang
diperuntukkan kepadanya oleh JPN. Jumlah peruntukan SJC antara 200
hingga 250.
3. PKw akan melaporkan kepada LP melalui JPN sekiranya terdapat ketidakakuran
dalam pemeriksaan moderasi kedua. PMp perlu memeriksa semula semua SJC di
bawah tanggungjawabnya.
BILANGAN CALON 10% SKRIP JAWAPAN CALON
Sekolah A 500 50
Sekolah B 600 60
Sekolah C 900 90
Sekolah D 500 50
Jumlah 250
4. KPN atau KPKw akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan Moderasi
Pemeriksaan Ketiga. LP / JPN akan mengeluarkan surat arahan Moderasi
Pemeriksaan Ketiga.
40
Calon Persendirian
1. Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) menjalankan Moderasi Pemeriksaan Pertama
bagi 10% skrip jawapan calon persendirian.
Kes Khas
KES MODERASI PEMERIKSAAN
PERTAMA
MODERASI PEMERIKSAAN
KEDUA
Sekolah yang mempunyai lebih
dari seorang PMp memeriksa
SJC.
KPMp PKw
Sekolah yang mempunyai hanya
seorang PMp memeriksa SJC
tetapi PMp itu bukan KPMp.
KPMp PKw
Sekolah yang mempunyai hanya
seorang PMp memeriksa SJC dan
PMp itu adalah KPMp.
PKw KPKw
41
3.6 SURAT PERSONEL PENTAKSIRAN
SURAT PELANTIKAN
i. LP bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan sebagai KPK dan KPN.
ii. JPN bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan sebagai KPKw dan PKw.
iii. Surat Pelantikan ini adalah sebagai punca kuasa kepada personel pentaksiran
untuk menjalankan pemeriksaan serta melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti
verifikasi instrumen, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
iv. Pelantikan sebagai personel pentaksiran ini adalah sah untuk tahun semasa. LP dan
JPN boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya guru yang dilantik didapati
tidak mematuhi perkara yang dinyatakan sebagai syarat seperti di dalam surat
pelantikan.
v. Surat makluman kepada Pengetua sekolah dikeluarkan untuk memaklumkan
pelantikan guru-guru mata pelajaran di sekolah sebagai Personel Pentaksiran.
42
SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan,
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN
KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir Kebangsaan.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari persekolahan;
3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan / elaun harian dan elaun sewa hotel / lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas
pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p. :Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama Ketua Pentaksir Negeri dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
43
SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan,
PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) TAHUN 2015
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI
KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir Negeri.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari sekolah; 3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan / elaun harian dan elaun sewa hotel / lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p. :Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama Ketua Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
44
SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan,
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN
KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir Kawasan.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari persekolahan;
3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan / elaun harian dan elaun sewa hotel / lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p. :Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
45
SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan,
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN
KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Pentaksir Kawasan.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari persekolahan;
3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan / elaun harian dan elaun sewa hotel / lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p. :Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama sekolah dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
46
SURAT IRINGAN KEPADA PENGETUA MEMAKLUMKAN PELANTIKAN PENTAKSIR
OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN /JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Sekolah Tuan/Puan, PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 PELANTIKAN PENTAKSIR Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri telah melantik guru dari sekolah tuan/puan sebagai Pentaksir PT3. Surat pelantikan sebagai Pentaksir telah dihantar kepada guru-guru seperti di Lampiran A. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 Memastikan guru-guru berkenaan tidak mengikuti sebarang kursus sepanjang menjalankan tugas pentaksiran.
3.2 Mengesahkan senarai nama guru di Lampiran A dan mengembalikan dengan SEGERA kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan / Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri. 3.3 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya guru-guru berkenaan telah bertukar ke sekolah lain.
4. Bersama-sama ini disertakan Lampiran A: Senarai Pentaksir PT3 untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Tuan/Puan boleh menghubungi ........................... di talian .........................untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Tandatangan Nama dan Alamat
47
Lampiran A
SENARAI NAMA PENTAKSIR PT3
BIL NAMA PENTAKSIR KOD MP CATATAN
Nota:
Sila kembalikan senarai ini kepada Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri
(u.p: ………………………………………………) sebelum atau pada ………….
Nama dan tandatangan Pengetua
Tarikh:……………………….
48
SURAT MENJALANKAN PENJAMINAN KUALITI
i. LP / JPN bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan dan surat perakuan
personel pentaksiran menjalankan Moderasi Pemeriksaan Ketiga bagi kes-kes
ketidakakuran dalam pemeriksaan.
ii. JPN bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan dan surat perakuan personel
pentaksiran untuk menjalankan Verifikasi Instrumen dan Moderasi Pemeriksaan
Pertama Calon Persendirian, Moderasi Pemeriksaan Kedua Calon
Persendirian dan Moderasi Pemeriksaan Kedua Calon Sekolah
iii. Surat arahan menjalankan penjaminan kualiti dan surat perakuan personel
pentaksiran ini adalah sebagai punca kuasa kepada personel pentaksiran untuk
menjalankan pemeriksaan serta melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti verifikasi
instrumen, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
iv. Surat arahan menjalankan penjaminan kualiti dan surat perakuan personel
pentaksiran menjalankan penjaminan kualiti ini adalah sah untuk tempoh yang
dimaklumkan dalam surat berkenaan dan LP / JPN boleh membatalkan arahan
tersebut sekiranya personel pentaksiran didapati tidak menjalankan aktiviti verifikasi
instrumen, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor dengan adil, sahih dan
amanah.
49
SURAT ARAHAN MENJALANKAN PENJAMINAN KUALITI
Nombor Rujukan Tarikh
Nama Alamat Sekolah Tuan/Puan, PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 NAMA : NOMBOR KAD PENGENALAN : Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan Penjaminan Kualiti bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tuan/Puan telah dilantik untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan instrumen pentaksiran mengikut garis panduan dan pemeriksaan skrip jawapan menepati panduan penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 3. Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat menjalankan penjaminan kualiti verifikasi instrumen pentaksiran / moderasi pemeriksaan / verifikasi skordi sekolah-sekolah seperti di lampiran 1. 4. Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan adil, sahih dan amanah bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan keputusan calon.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
50
SURAT PERAKUAN PERSONEL PENTAKSIRAN
Nombor Rujukan Tarikh
Kepada sesiapa yang berkenaan Tuan/Puan, PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 NAMA : NOMBOR KAD PENGENALAN : Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan Penjaminan Kualiti bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Pegawai berkenaan telah dilantik untuk menjalankan bagi memastikan pelaksanaan instrumen pentaksiran mengikut garis panduan dan pemeriksaan skrip jawapan menepati panduan penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 3. Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pegawai berkenaan dalam menjalankan penjaminan kualiti verifikasi instrumen pentaksiran / moderasi pemeriksaan / verifikasi skor.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
51
3.7 SENARAI SEMAK PERSONEL PENTAKSIRAN
SENARAI SEMAK
PERSONEL PENTAKSIRAN
BIL TINDAKAN TANDAKAN (√) TARIKH
1 Menerima latihan Verifikasi Instrumen, Moderasi Pemeriksaan dan Verifikasi Skor
2 Menerima surat pelantikan dan surat perakuan sebagai Personel Pentaksiran.
4 Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi.
5 Menerima surat arahan menjalankan penjaminan kualiti.
6 Menerima senarai sekolah dari JPN / LP.
7 Menjalankan Verifikasi Instrumen
Sekolah 1
Sekolah 2
Sekolah 3
Sekolah 4
Sekolah 5
8 Menjalankan Moderasi Pemeriksaan dan Verifikasi Skor.
Sekolah 1
Sekolah 2
Sekolah 3
Sekolah 4
Sekolah 5
9 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya berlaku ketidakakuran di sekolah.
10 Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada Lembaga Peperiksaan.
Nama dan tandatangan Tarikh
52
GLOSORI
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPK - Ketua Pentaksir Kebangsaan
KPKw - Ketua Pentaksir Kawasan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPMp - Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
KPN - Ketua Pentaksir Negeri
KPS - Ketua Pentaksir Sekolah
LP - Lembaga Peperiksaan
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PKw - Pentaksir Kawasan
PMp - Pentaksir Mata Pelajaran
PP - Pentaksiran Pusat
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
PS - Pentaksiran Sekolah
PT3 - Pentaksiran Tingkatan 3
SABK - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
SJC - Skrip Jawapan Calon
SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri
SMAR - Sekolah Menengah Agama Rakyat
53