pameran makanan hari raya

Upload: izzati

Post on 06-Jan-2016

270 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pameran bertema PSS

TRANSCRIPT

KETUPAT

KETUPAT

Ketupatialah sejenis hidangan daripada nasi/pulutyang dibungkus dengan daunkelapadan direbus dalamperiukyang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu,Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan & daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakalaketupat nasidibuat daripadaberas. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacangLEMANG

Lemangmerupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.

Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.Lemang juga merupakan makanan orang asliNegritoyang ada diKelantan.Lemang sering dihidangkan bersamarendangatauserunding. OrangMinangkabaujuga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".

Lemang diperbuat daripadaberas pulutdansantanyang dimasukkan ke dalam ruasbuluhyang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaumNegrito,dansuku Semai.DODOL

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.

Di kebanyakan negara Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.RENDANG

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau yang kemudian menyebar pada Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya.

Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Indonesia juga di Malaysia .

Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik sepertiHikayat Amir Hamzahyang membuktikan ia adalah masakan Melayu dari Minangkabau sejak 1550-an. (Minangkabau Tahun 1300-an)BAHULU

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia ini. Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis. Masa dahulu, untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Kuih ini juga boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong.

Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung.