paksaan dalam perkahwinan
TRANSCRIPT
1
1.0. PENGENALAN
Perkahwinan dari perspektif Islam merupakan suatu ikatan yang kukuh dan suatu
sistem sosial yang memartabatkan manusia daripada kongkongan naluri kehaiwanan
kepada hubungan kerohanian manusia yang suci. Dengan perkahwinan, insan yang
hidupnya sepi dan keseorangan diangkat ke dalam pelukan kasih sayang dan
dihormati masyarakat.
Perkahwinan pada zaman dahulu jika dibandingkan dengan zaman moden
pada hari ini memang mempunyai jurang yang amat ketara di mana seorang anak
perempuan yang dara pada zaman dahulu akan menyerahkan proses mencari jodoh
kepada keluarganya kerana pilihan keluarga adalah pilihan terbaik dan pilihan yang
paling tepat. Namun, dalam zaman yang dipenuhi kemodenan pada hari ini amat
jarang berlaku perkara sebegini bahkan sekiranya berlaku perkahwinan yang diatur
pada hari ini akan dipanggil perkahwinan paksa.
Fenomena perkahwinan seseorang anak perempuan dengan lelaki pilihan ibu
bapa mungkin sudah jarang-jarang terjadi pada masa sekarang berbanding zaman
dahulu. Namun demikian, kejadian seperti itu masih berlaku pada beberapa keluarga
terutamanya di kalangan orang kampung, orang kaya yang menjaga hartanya, bahkan
dalam keluarga yang kuat beragama. Kebanyakan ibu bapa yang melakukan
perjodohan itu adalah atas alasan perkara itu memang dibenarkan dalam ajaran Islam,
iaitu dengan menggunakan konsep ijbar wali (hak paksa wali) terhadap anak
perempuannya.
2
2.0 PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Dalam isitilah fiqh, al-Nikah atau al-Ziwaj (perkahwinan) ialah suatu ‘aqad (kontrak)
yang melahirkan pengharusan dan pemilikan istimta’ (berseronok-seronok dengan
persetubuhan) serta mendapatkan hak-hak dan tanggungjawab suami isteri secara
syarie.
Merujuk kepada definisi di atas, perkahwinan itu adalah suatu kontrak. Ini
bermakna, peminangan yang dibuat sebelum perkahwinan bukanlah suatu kontrak
sebaliknya ia sekadar suatu janji lisan untuk membuat kontrak perkahwinan.
Memandangkan perkahwinan itu adalah suatu kontrak, maka ia memerlukan kepada
rukun-rukun iaitu lelaki dan perempuan, sighah atau lafaz nikah yang mempunyai ijab
dan qabul, wali dan dua orang saksi.
Setiap dari rukun-rukun asas tersebut mesti memenuhi syarat-syarat tertentu
bagi memastikan suatu perkahwinan itu menjadi sahih. Lelaki itu mestilah lelaki yang
sempurna sifat-sifat kelakiannya, yakni boleh berfungsi dengan baik sebagai suami.
Perempuan pula harus mempunyai sifat-sifat kewanitaannya yang dapat berfungsi
dengan baik dalam hubungan kelamin dengan pasangan lelakinya di samping dapat
melahirkan anak. Ini kerana tujuan perkahwinan bukan sekadar untuk berseronok-
seronok tetapi bertujuan melahirkan zuriat. Justeru, apabila seseorang lelaki
mengahwini seseorang wanita yang mempunyai keaiban atau lelaki yang mempunyai
keaiban sehingga menyebabkan persetubuhan tidak dapat disempurnakan, maka
perkahwinan tersebut boleh difasakhkan kerana salah satu tujuan perkahwinan tidak
tercapai. Sehubungan dengan ini, Rasulullah saw telah memberi saranan kepada
seorang lelaki sepertimana yang diriwayatkan oleh Ma’qal ibn Yasar bahawa lelaki
tersebut telah datang menemui Rasulullah dan berkata, “Aku sudah mencintai
perempuan yang ada kedudukan dan berharta, namun ianya tidak boleh melahirkan
anak, apakah aku boleh mengahwininya?”. Jawab Rasulullah, “Jangan.” Kemudian
dia datang lagi buat kali kedua, namun Rasulullah masih menegahnya. Kemudian dia
datang lagi buat kali ketiga, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Kahwinilah wanita yang masih dara (al-wadud) dan juga yang boleh melahirkan
anak (al-walud) kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat
nanti.” (Amin 2011: 542-543).
3
Sighah atau lafaz nikah pula terbahagi kepada dua iaitu lafaz ijab dan lafaz
qabul. Lafaz ijab merupakan lafaz nikah yang diucapkan oleh wali iaiu seperti lafaz
“Aku nikahkan engkau”. Manakala lafaz qabul pula ialah lafaz penerimaan nikah
yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya seperti lafaz “Aku terima nikahnya”.
Syarat sighah nikah bagi memastikan lafaz ijab dan qabul itu sahih adalah berturutan
di antara lafaz ijab dan qabul, jelas sebutan lafaz ijab dan qabul tersebut, didengari
dengan jelas oleh dua orang saksi yang memahami maksud lafaz ijab dan qabul,
hendaklah disebut nama pengantin perempuan dengan khusus, tidak mempunyai lafaz
taklik atau bersyarat iaitu tiada batasan masa, tidak diselangi oleh diam yang lama
atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan qabul dan menggunakan perkataan
“nikah” semasa melafazkan ijab dan qabul atau yang membawa kepada makna yang
sama.
Dua orang saksi yang merupakan antara salah satu rukun bagi memastikan
suatu perkahwinan itu sahih juga mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Syarat-syarat tersebut mestilah lelaki yang beragama Islam, baligh, seorang yang
berakal dan dapat berfikir dengan waras, mempunyai ingatan yang kuat, merdeka,
seorang yang adil dan tidak fasiq, seorang yang sempurna dan tidak mengalami
sebarang kecacatan fizikal iaitu boleh mendengar, melihat dan bercakap serta boleh
memahami maksud ijab dan qabul dengan jelas.
4
3.0. WALI DAN KUASA PAKSAANNYA DALAM NIKAH
3.1. Konsep Wali
Dalam rukun perkahwinan, wali merupakan elemen terpenting. Ia merupakan rukun
yang menentukan kesahihan sesebuah perkahwinan. Tanpa wali, perkahwinan itu akan
dianggap terbatal. Kenyataan ini diperjelaskan lagi melalui sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud “tiada pernikahan kecuali dengan wali”.
Wali secara umumnya bermaksud sebagai orang yang diberikan kuasa oleh
syarak bagi melaksanakan akad perkahwinan seseorang perempuan sama ada wali
tersebut wali mujbir atau wali bukan mujbir. Antara kategori-kategori wali menurut
mazhab Syafie ialah:
i. Wali Nasab
- Orang yang memiliki kuasa syarak untuk mengakadnikahkan perempuan
daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.
ii. Wali Mujbir
- Bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.
iii. Wali Aqrab
- Wali yang paling dekat hubungannya dengan bakal pengantin perempuan
mengikut susunan wali.
iv. Wali Ab’ad
- Wali yang jauh hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut
susunan wali.
v. Wali Raja atau Wali Sultan atau Wali Hakim atau Wali Am
- Wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau
DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak
mempunyai nasab, wali ghaib atau walinya enggan mengahwinkannya tanpa
sesuatu sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.
5
vi. Wali Tahkim
- Seseorang yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk menjalankan akad
nikah di tempat yang tiada wali nasab dan tiada wali raja atau wali sultan atau
wali hakim atau wali am dengan syarat-syarat tertentu
(masjidwilayah.gov.my).
3.2. Susunan Wali
Wali yang mendapat keutamaan di antara sekalian wali-wali yang ada ialah ayah dari
pengantin wanita, kemudian kalau tidak ada atau berhalangan barulah datuknya,
kemudian saudara lelaki seayah dan seibu atau seayah, kemudian sanak saudara lelaki,
barulah sesudah itu kerabat-kerabat terdekat (ashabah) yang lain (Siti Hajar & Siti
Sakinah 2008:421). Oleh itu, susunan wali mengikut tertib menurut mazhab Syafie
ialah:
1. Bapa kandung.
2. Datuk sebelah bapa ke atas.
3. Saudara lelaki seibu-sebapa.
4. Saudara lelaki sebapa.
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa.
6. Anak saudara lelaki sebapa.
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa.
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa.
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah.
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah.
11. Bapa saudara seibu-sebapa.
12. Bapa saudara bapa sebapa
6
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa.
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah.
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa.
16. Bapa saudara datuk sebapa.
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah.
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah.
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq.
21. Raja/Sultan.
Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika
wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan
anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah
kepada datuk pengantin perempuan itu dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak
wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan
dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya. Sekiranya pengantin
perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim
(www.islam.gov.my). Rasulullah saw bersabda:
“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
3.3. Syarat-syarat Wali
Untuk meletakkan seseorang sebagai layak bagi menjadi wali beberapa syarat telah
digariskan, antaranya:
7
Wali mestilah seorang yang berkelayakan untuk melakukan akad iaitu dia
hendaklah seorang yang berakal dan baligh. Sehubungan itu, tidak sabit atas
kanak-kanak walaupun ia telah mencapai umur tamyiz (waras) begitu juga
orang yang gila dan bodoh atau cacat minda.
Persamaan agama antara wali dengan orang yang hendak diwalikan juga
merupakan satu kemestian. Dalam soal ini Allah berfirman dalam surah an-
Nisa’ ayat 141 yang bermaksud:
“…dan Allah sekali-sekali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang
kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman”.
Ini bermakna seorang muslimah mestilah diwalikan oleh walinya yang muslim
juga, dan sebaliknya seorang kitabiyah berhak diwalikan oleh walinya yang
kitabi.
Wali juga mestilah seorang lelaki, wanita tidak boleh mewalikan perkahwinan.
Meskipun begitu al-Imam Abu Hanifah menafikan syarat ini dengan
memberikan hak kepada wanita untuk mewalikan orang lain.
Wali hendaklah seorang yang adil iaitu seorang yang istiqamah dalam
menunaikan perintah Allah dan tidak melakukan dosa-dosa besar di samping
tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Seseorang yang adil adalah
muslim yang sahih dan tidak fasik. Keadilan seseorang wali peril dinilai
berasaskan kepada pandangan zahir sahaja tanpa memerlukan penelitian yang
agak mendalam. Secara umumnya, seseorang yang tidak dipertikaikan oleh
orang ramai tentang keperibadian dan keagamaanya iaitu dengan diistilahkan
sebagai masturul-hal boleh dianggap sebagai adil.
Al-Imam al-Ghazali juga menegaskan pernikahan yang dilakukan oleh wali
yang fasid atas alasan kesukaran dalam menentukan identiti seseorang yang adil
melihat kepada keadaan dan suasana yang ada sekarang. Pandangan ini disokong
oleh kebanyakkan fuqaha mutakhir dari kalangan mazhab Syafi’i.
8
Kesimpulannya, menafikan syarat adil dalam menentukan kelayakan seorang
wali adalah suatu yang logik kerana melihat kepada suasana di mana masyarakat
banyak terdedah kepada perkara-perkara yang fasid dan terlalu sukar untuk
mengklasifikasikan identiti seseorang. Wali juga mestilah seorang yang berfikiran
matang dan waras dalam urusan iaitu yang disebut rasyid. Ini bermakna seorang
yang safih atau cacat minda tidak berhak menjadi wali.
3.4. Hukum Wali dalam Perkahwinan
Perwalian dalam literatur fiqh Islam disebut dengan al-wilayah. Secara etimologi, ia
memiliki beberapa erti. Di antaranya adalah cinta (al-mahabbah) dan pertolongan (an-
nashrah). Ayat 61 surah at-Taubah juga membawa erti kekuasaan seperti dalam
ungkapan al-wali (الوالى), yakni orang yang mempunyai kekuasaan. Hakikat dari al-
wilayah adalah “tawalliy al-amr” iaitu mengurus atau menguasai sesuatu.
Adapun yang dimaksudkan dengan perwalian dalam terminologi para fuqaha
seperti yang dinyatakan oleh Wahbah Al-Zuhayli ialah kekuasaan yang dimiliki oleh
seseorang untuk secara langsung melakukan sesuatu tindakan sendiri tanpa bergantung
dan terikat dengan izin orang lain. Orang yang mengurus sesuatu transaksi dan akad
disebut wali seperti yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 282:
Perkataan al-waliyy berasal dari kata wala-yali-walyan-wa-walayatan, secara
kasarnya bererti yang mencintai, teman terdekat, sahabat, yang menolong, sekutu,
pengikut, pengasuh dan orang yang menguruskan urusan seseorang.
Atas dasar pengertian makna wali tersebut, dapatlah difahami dengan mudah
mengapa hukum Islam menetapkan bahawa orang yang paling berhak untuk menjadi
wali bagi kepentingan anaknya adalah bapa. Alasannya adalah kerana bapa adalah
orang yang paling dekat yang sentiasa menolong bahkan orang yang mengasuh dan
membiayai anak-anaknya. Jika tiada bapa, maka hak perwaliannya digantikan dengan
keluarga terdekat dari pihak bapa sebagaimana yang dibahaskan dengan panjang lebar
dalam buku-buku fiqh.
9
Sebahagian ulama, terutamanya dari kalangan Hanafiah membezakan
perwalian melalui tiga kategori, iaitu perwalian terhadap jiwa, perwalian terhadap
harta serta perwalian terhadap jiwa dan harta sekaligus. Perwalian dalam perkahwinan
tergolong dalam perwalian terhadap jiwa, iaitu perwalian yang berkaitan dengan
pengawasan terhadap urusan yang berhubungan dengan masalah-masalah keluarga
seperti perkahwinan, pendidikan dan kesihatan di mana hak pengawasannya pada
dasarnya berada di tangan bapa atau datuk dan para wali yang lain (Muhammad Amin
2005:134-135).
Fuqaha dari mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali pula bersependapat bahawa
wali adalah syarat mutlak sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang dilaksanakan tanpa
wali dengan sendirinya akan terbatal. Wanita tidak mempunyai kuasa untuk
mengahwinkan dirinya sendiri atau diri orang lain.
Pendapat ini disandarkan kepada beberapa sumber hukum Islam. Antara
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 232:
أزواجهن ينكحن أن تعضلوهن فال أجلهن فبلغن ساء الن قتم طل وإذا
بالمعروف بينهم تراضوا إذاMaksudnya: “Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis
iddahnya, maka janganlah kamu larang perempuan itu kembali kepada bekas
suaminya, jika mereka itu suka secara makruf”.
Ayat diatas jelas ditujukan kepada wali dan kerana itu secara langsung
memberi tegahan kepada para wali agar tidak melarang anaknya yang telah diceraikan
untuk kembali rujuk kepada suaminya. Ini menunjukkan bahawa wali adalah unsur
penting dalam perkahwinan. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka nikah tersebut
batal (Nabi s.a.w) telah mengulangi sebanyak tiga kali tentang pembatalan nikah
tanpa wali”.
Dari dalil-dalil yang dikemukakan di atas jelas menunjukkan kepentingan wali
dalam perkahwinan dan setiap perkahwinan yang dilakukan tanpa keizinan wali
adalah terbatal dengan sendirinya.
10
Namun, pada hari ini kita melihat bermacam-macam isu muncul di negara kita
berkaitan dengan perkahwinan. Ada wali yang memudahkan perkahwinan anak
gadisnya dan ada juga yang membuat berbagai-bagai kerenah bagi mengelakkan anak
gadisnya berkahwin dengan pemuda pilihannya. Keadaan ini membuatkan sesetengah
orang mengatakan lebih baik tidak ada wali di dalam perkahwinan, kerana dengan
adanya wali dan keperluan meminta kebenaran daripadanya, menyusahkan urusan
perkahwinan seseorang anak gadis. Ungkapan ini sebenarnya tidak wajar dikeluarkan
oleh seseorang Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana wali
merupakan satu ketetapan syarak yang perlu diambil kira di dalam mengatur sesuatu
proses perkahwinan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. menjelaskan:
فان مرات ثالث باطل فنكاحها مواليها اذن بغير نكحت امرأة أيما
ولي فالساطان تشاجروا فان منها أصاب بما لها فالمهر بها دخل
له ولي ال منMaknanya: “Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa keizinan walinya,
perkahwinannya adalah batil (tiga kali). Jika telah melakukan persetubuhan dengan
isterinya, mahar berhak diberikan kepadanya. Jika mereka berselisih pendapat, sultan
adalah wali kepada orang yang tidak ada wali”.
Bagi majoriti ulama, mereka mensyaratkan perlu ada wali di dalam
perkahwinan. Kitab Ibn Al-Munzir tidak pernah diketahui, adanya mana-mana sahabat
yang mencanggahi perkara ini. Kata al-Tirmizi, amalan terhadap hadis di atas diterima
pakai oleh para ulama termasuklah di kalangan mereka iaitu Umar, Ali, Ibn Abbas dan
Abu Hurairah. Begitu juga diriwayatkan daripada ulama fiqh tabi’in termasuklah
Sa’id bin al-Musayyab, al-Hassan, Syuraih, Ibrahim al-Nakha’ie, Umar bin Abd al-
Aziz dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang dipegang oleh al-Thawri, ibn al-
Mubarak, al-Syafie, Ahmad dan Ishak. Golongan ini juga berhujah dengan firman
Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 232:
11
Maksudnya: “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa
idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka
daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki
dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang
dibenarkan oleh syarak”.
Ungkapan “maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka
daripada berkahwin semula” membuktikan wali merupakan syarat penting di dalam
sesuatu proses perkahwinan. Jika bukan syarat penting, tidak ada makna menyebutnya
di sini.
Ulama mazhab Hanafi berpendapat, tidak disyaratkan perlu ada wali di dalam
sesuatu proses perkahwinan. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan
menerusi Ibn Abbas r.a. :
واذنها نفسها في تستأذن والبكر وليها من بنفسها أحق األيم
صماتها Maksudnya: “Janda lebih berhak ke atas dirinya berbanding dengan walinya,
manakala anak gadis hendaklah meminta izin daripada dirinya dan keizinannya
diketahui melalui diamnya”.
Terdapat dalil lain yang turut menyokong pandangan dan pendapat majoriti
ulama iaitu hadis yang menjelaskan tidak sah perkahwinan tanpa wali. Sabda
Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Musa r.a. :
بولي اال نكاح ال
Maksudnya: “tidak ada nikah tanpa wali”.
Melihat keadaan sekarang ini, kita lebih suka memilih pendapat majoriti ulama
yang mensyaratkan mesti ada wali dalam sesuatu proses perkahwinan. Hari ini kita
melihat dan mendengar banyak penipuan dilakukan ke atas anak-anak gadis, sehingga
menjerumuskan mereka ke lembah pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain.
Mengambil kira peranan dan syarat wali tetap relevan dengan zaman sekarang.
Seseorang gadis yang merasa wali menimbulkan kesukaran kepadanya untuk
12
berkahwin, boleh mengadu kepada mahkamah untuk mendapatkan penjelasan tentang
sebab keengganannya mewalikan perkahwinan anak gadisnya. Jika mahkamah
mendapati ada hujah dan alasan yang munasabah, perkahwinan itu perlu diteruskan
dan wali gadis berkenaan bersikap tidak adil terhadapnya, mahkamah boleh
memindahkan wali anak gadis itu kepada wali hakim (Basri 2009:187-188).
3.5. Kuasa Paksaan Wali
Mengikut kamus Lisan al-Arab, kata ijbar bererti al-qahr atau al-ikrah, iaitu
memaksa. Demikian juga menurut Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi
rahimullahuta’ala yang menyamakan perkataan ijbar dengan ikrah. Takrif lain
menyebut bahawa ijbar diertikan sebagai al-qahru (memaksa), al-ilzamu
(pemaksaan), ajbarahu ‘alal amri (memaksa agar melakukan, mewajibkan).
Sedangkan menurut Muhammad Abdul Ra’uf al-Munawi rahimullahuta’ala, ijbar
adalah seseorang untuk memaksa pihak lain untuk dapat memperbetulkan
kesalahannya (Ibanah Suhrowardiyah).
Wali dalam perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu wali
mujbir dan wali bukan mujbir. Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang
kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa
meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu
terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas.
Manakala wali bukan mujbir atau wali ikhtiar ialah wali terdiri daripada
saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya. Wali ini hanya berhak
mengahwinkan perempuan yang di bawah kuasa perwaliannya setelah mendapat
keizinan dari perempuan tersebut. Tanpa persetujuan wali perkahwinan tersebut tidak
mungkin boleh dilakukan. Dalilnya ialah:
'Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan
perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya'.
(Riwayat Darul-Qutni)
13
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk yang mengahwinkan anak perempuan
yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah
akadnya (www.islam.gov.my).
Untuk melakukan perkahwinan, persetujuan daripada perempuan hendaklah
diperolehi terlebih dahulu oleh wali. Sabda Rasulullah s.a.w :
. يا قالوا تستأذن حتى البكر تنكح وال تستأمر حتى األيم تنكح ال
. : تسكت أن قال اذنها؟ وكيف الله الخمسة –رسول رواه “tidak boleh dikahwinkan mana-mana janda kecuali sesudah diminta arahan
daripadanya dan tidak boleh dikahwinkan mana-mana anak dara kecuali sesudah
diminta izin daripadanya. Kata orang ramai, wahai Rasulullah, bagaimanakah
keizinan anak dara itu? Jawab Baginda: dengan berdiam diri”.
(Riwayat oleh lima perawi)
Dalam riwayat lain Rasulullah disebut berkata:
سكوتها واذنها تستأمر والبكر وليها، من بنفسها أحق رواه –الثيب
داود أبو و مسلم“seorang janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya, sedangkan seorang
dara diminta kebenaran dan kebenarannya ialah diamnya”.
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Dalam riwayat lain lagi Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata:
صماتها رضاها والبكر نفسها عن تعرب ماجه –الثيب ابن رواه“seorang janda boleh menerangkan sikap mengenai dirinya sedangkan kerelaan
seorang anak dara itu boleh digambarkan oleh diamnya”.
(Riwayat Ibn Majah)
Satu lagi hadis yang berbunyi:
14
جواز فال أبت وان اذنها فهو سكتت فان نفسها، فى اليتيمة تستأمر
البخاري –عليها رواه“Seorang anak yatim akan diminta keizinan tentang dirinya. Kalau dia diam ertinya
dia bersetuju, tetapi kalau dia tidak bersetuju maka dia tidak harus dipaksa”.
(Riwayat al-Bukhari)
Terdapat beberapa kes Rasulullah membatalkan perkahwinan yang dilakukan
tanpa persetujuan perempuan berkenaan sebagaimana yang dinyata dalam riwayat-
riwayat berikut:
فكرهت ثيب وهي زوجها أباها أن األنصاري خدام بنت خنساء عن
نكاحها فرد وسلم عليه الله صلى الله رسول فأتت رواه –ذلك
داود وأبو البخاري“Khansa’ binti Khidam meriwayatkan bapanya telah mengahwinkannya sedangkan
dia seorang janda. Dia tidak suka perkahwinan itu dan datang kepada Rasulullah
membuat aduan. Lalu Rasulullah membatalkan perkahwinannya itu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam satu kes lain terdapat riwayat seperti berikut:
. كارهة وهي زوجها أباها أن تذكر النبي الى بكر جارية جاءت
النبي واحمد –فخيرها داود أبو رواه“ Seorang anak dara telah datang mengadu kepada Nabi bahawa bapanya telah
mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka kepada perkahwinan itu. Lalu dia diberi
pilihan oleh Rasulullah”.
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Walau bagaimanapun ini bukan bereti perkahwinan seperti itu tidak sah atau
terbatal dengan sendirinya tetapi seperti dinyatakan dalam hadis-hadis di atas, boleh
dibatalkan atas permintaan pihak perempuan.
15
Mengenai keizinan wali pula, hadis-hadis Rasulullah menjelaskan bahawa ia
adalah perlu untuk menjadikan perkahwinan itu sah. Saidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan Rasulullah bersabda:
بولي اال نكاح الترمذي –ال رواه“ tiada perkahwinan kecuali berwali”.
(Riwayat at-Tirmizi)
Dalam satu riwayat lain Aisyah menyebut Rasulullah bersabda:
( مرات ( ثالث باطل فنكاحها وليها اذن بغير نكحت امرأة رواه –أيما
داود أبو“ Mana-mana perempuan pun juga yang berkahwin tanpa keizinan walinya maka
perkahwinannya itu batal (tiga kali)”.
(Riwayat Abu Daud)
Abu Hurairah pula meriwayatkan Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
التي هي الزانية فان نفسها، المأة تزوج وال المرأة المرأة تزوج ال
ماجه – ابن رواه نفسها تزوج“ Jangan mana-mana perempuan pun mengahwinkan perempuan dan jangan mana-
mana perempuan pun mengahwinkan dirinya kerana hanya penzina sahajalah yang
mengahwinkan dirinya”.
(Riwayat Ibn Majah)
Walau bagaimanapun para wali sendiri telah digesa oleh Al-Quran supaya
jangan menghalang perkahwinan orang di bawah kuasanya. Firman Allah s.w.t dalam
Surah Al-Baqarah ayat 232:
16
Maksudnya: “Janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada
berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan
perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan
oleh Syarak)”.
Dalam sebuah hadis Rasulullah diriwayatkan bersabda:
: اذا واأليم حضرت اذا والجنازة أتت اذا الصالت يؤخرن ال الثالث
كفئا لها الترمذي –وجدت رواه“ Ada tiga perkara yang tidak patut dilengah-lengahkan; sembahyang apabila masuk
waktunya, pemgkebumian apabila berlaku kematian dan (perkahwinan) janda apabila
sudah ada calon yang sepadan”.
(Riwayat at-Tirmizi)
Maka kalau berlaku kengganan wali sedangkan calon suami itu sesuai, kuasa
menikahkan itu akan berpindah ke tangan pemerintah. Sabda Rasulullah s.a.w :
له ولي ال لمن ولي فالسلطان اشتجروا داود –فان أبو رواه“ Kalaulah mereka bertelingkah maka pemerintah akan menjadi wali kepada orang
yang tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud) (Paizah 2003:49-53).
Imam Ahmad Ibn Hanbali menyatakan seseorang wanita yang masih dara
sama ada sudah mencapai umur baligh atau belum yang dikahwinkan oleh walinya
yang mujbir walaupun tanpa keizinan dan kerelaan dari wanita tersebut perkahwinan
itu tetap sah. Wali hanya digalakkan atau sunat memohon keizinan anak gadis itu
dalam perkahwinan. Menurut pandangan mereka meskipun wali diberikan hak untuk
melaksanakan perkahwinan tanpa keizinan gadis itu, hak tersebut bukanlah diberikan
secara mutlak dan boleh digunakan sewenang-wenangnya, kerana ia dibatasi oleh
syarat-syarat yang tertentu. Anatra syaratnya ialah perempuan tersebut dikahwinkan
17
dengan lelaki yang sekufu dengannya, lelaki tersebut mestilah seorang yang mampu
membayar mahar dan tidak ada permusuhan di antara perempuan yang akan
dikahwinkan itu dengan calon suaminya.
Namun al-Imam al-Hanafi berpendapat wali mujbir hanya mempunyai kuasa
ijbar ke atas gadis yang masih kecil dan belum baligh. Manakala wanita yang masih
gadis tetapi telah mencapai umur baligh tidak berhak dikahwinkan tanpa terlebih
dahulu mendapat keizinan darinya. Manakala bagi anak gadis yang masih belum
baligh meskipun ia boleh dikahwinkan tanpa keizinannya, dia berhak melakukan
pilihan di bawah prinsip khiyar apabila telah mencapai umur baligh iaitu dengan
memilih sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau menfasakhkannya.
Antara sebab yang dijadikan illah oleh golongan pertama bagi meletakkan
kuasa ijbar atas perempuan yang masih dara ialah anak dara tidak mengetahui
tentang objektif perkahwinan serta tidak berpengalaman dalam hal-hal tersebut.
Al-Imam Abu Hanifah pula menjadikan sebab ketidakmampuan anak gadis
yang belum baligh mengurus diri sendiri dan tidak dapat menghasilkan kemaslahatan
dari akad yang dilakukan tersebut sebagai illah bagi meletakkan kuasa ijbar atas
mereka (Raihanah).
4.0. IMPLIKASI PAKSAAN DALAM PERKAHWINAN
Setiap ibu bapa menginginkan kebahagiaan untuk anak-anaknya. Dengan sebab itu
sesetengah ibu bapa memaksa anak-anak untuk berkahwin dengan pilihan mereka
18
sendiri. Perkahwinan yang dipaksa tidak semestinya memberikan kesan yang buruk
terhadap anak-anak. Maka terdapat juga kesan baik dalam perkahwinan paksa ini.
Oleh itu, paksaan dalam perkahwinan mendatangkan kesan positif dan kesan negatif.
Antara kesan positif paksaan dalam perkahwinan ialah:
1. Merapatkan hubungan silaturrahim antara dua keluarga.
Kebiasaannya ibu bapa lebih mengetahui latar belakang bakal suami pilihan
untuk anaknya dan kebanyakan calon suami itu dari sahabat ibu bapa itu
sendiri. Pilihan ibu bapa itu adalah calon yang terbaik dan untuk kebahagiaan
anak mereka sendiri. Maka dengan itu, calon suami dari kalangan keluarga
sahabat dapat menukarkan hubungan persabahatan kepada hubungan
kekeluargaan sekaligus hubungan tersebut semakin erat.
2. Kehidupan anak lebih terjamin.
Sesetengah ibu bapa menolak pilihan lelaki pilihan anak kerana
ketidakupayaan lelaki tersebut untuk menanggung perbelanjaan anak
perempuan mereka. Semestinya ibu bapa tidak mahu melihat anak mereka
hidup dalam kesusahan lebih-lebih lagi keadaan ekonomi sekarang ini
semuanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ada baiknya anak mengikut
pilihan ibu bapa kerana sudah pasti ibu bapa akan memilih lelaki yang
mempunyai pekerjaan yang bagus dan sesuai serta mampu menanggung
perbelanjaan anak mereka.
3. Menjaga akhlak dan nama baik keluarga.
Semestinya ibu bapa akan melihat kepada akhlak serta agama calon suami
pilihan untuk anak mereka. Calon suami yang mempunyai pegangan agama
yang kuat serta akhlak yang baik mampu memberikan tunjuk ajar serta
bimbingan kepada anak yang bakal dikahwinkan dengan calon suami pilihan.
Keadaan ini sekaligus dapat menjaga nama baik keluarga serta perkahwinan
tersebut akan memberikan kebahagiaan kepada kedua-dua belah pihak.
Manakala, antara kesan negatifnya dalam paksaan dalam perkahwinan ialah:
1. Berlaku pertengkaran.
19
Pertengkaran akan berlaku dalam sesebuah institusi keluarga sekiranya si anak
berkeras untuk mengahwini lelaki pilihannya dan ibu bapa menolak lelaki
pilihan anak mereka. Pertengkaran tidak dapat diselesaikan sekiranya masing-
masing ingin mempertahankan pendirian mereka. Ada baiknya perkara ini
dibawa berbincang elok-elok dan bagi lelaki pilihan anak dinasihatkan ada
baiknya belajar untuk mengambil hati ibu bapa pihak perempuan.
2. Berlakunya kahwin lari.
Kahwin lari atau kahwin Mut’ah sering berlaku apabila perkahwinan anak
tidak mendapat restu keluarga. Si anak berkeras untuk menikahi lelaki
pilihannya. Maka dengan itu, mereka lari ke kawasan lain untuk
melangsungkan perkahwinan. Secara amnya, masyarakat memandang serong
terhadap pasangan yang kahwin lari.
3. Anak lari dari rumah.
Anak yang tidak rela dikahwinkan dengan pilihan keluarga akan lari dari
rumah walaupun anak mereka tidak mempunyai calon sendiri. Ini kerana anak
perempuan tersebut belum bersedia untuk berkahwin dan tidak mahu
dijodohkan. Berkemungkinan anak perempuan itu ingin menikah dengan lelaki
pilihannya sendiri suatu hari kelak.
4. Menjejaskan nama keluarga.
Masyarakat akan mengata terhadap keluarga yang mempunyai masalah dalam
perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. Sekalipun wujud masalah ada
baiknya dibawa berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Bukannya diadu
dombakan kepada masyarakat sekelilinh. Bagi anak yang kahwin lari, lari dari
rumah dan tidak menjaga nama baik keluarga akan di pandang serong oleh
masyarakat sekeliling. Sikap ini sekaligus akan memberikan tanggapan negatif
kepada masyarakat dan menjejaskan nama keluarga.
6.0 KESIMPULAN
20
Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai
tujuan dan matlamat tersendiri. Bagi pasangan yang hendak melangsungkan
perkahwinan ada baiknya mereka memahami dan meneliti tujuan perkahwinan dalam
Islam.
Paksaan dalam perkahwinan atau kahwin dengan pilihan sendiri tidak akan
mendatangkan apa-apa masalah sekiranya setiap individu saling bertolak ansur dan
berfikiran terbuka serta menerima dengan hati yang ikhlas dalam menangani masalah
ini.
Walaupun wali mujbir mempunyai hak untuk memaksa anak perempuan
supaya berkahwin mengikut pilihannya tetapi adalah lebih baik jika ditanya
persetujuan anaknya terlebih dahulu supaya tidak berlaku penyesalan terutamanya
pada zaman sekarang yang sudah maju dan semua tidak lagi mengamalkan
perkahwinan mengikut aturan ibu bapa. Walaupun diakui perkahwinan mengikut
pilihan ibu bapa adalah pilihan terbaik, tetapi perlulah diselidiki dan difahami konsep
perkahwinan yang juga memerlukan kepada keredaan daripada kedua belah pihak
pengantin yang bakal berkahwin untuk mengelakkan sebarang paksaan yang akan
memberikan kesan buruk.
Perkahwinan merupakan satu cara untuk mengharmonikan hidup setiap insan
dan merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Oleh itu, perkahwinan amat digalakkan
untuk mengelakkan sebarang maksiat tetapi haruslah ingat bahawa perkahwinan
paksaan pada hari ini sudah tidak lagi begitu relevan untuk diamalkan kerana setiap
insan pada hari ini lebih cenderung untuk mencari pasangannya sendiri.
RUJUKAN
21
Amin al-Jarumi. 2011. Bicara Ad-Din Mutiara Kehidupan Beragama. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara.
Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. 2009. Cetakan Pertama. Isu-isu Fiqh Semasa
Halal & Haram Ilmu, Akidah,Syariah dan Akhlak. Selangor: Al-Hidayah
Publication.
http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=18
4:takrif-wali-kategori-wali-takrif-wali-mengikut-kategori-
&catid=71:jurunikah&Itemid=15. [8 November 2012:4.00pm]
http://www.islam.gov.my/en/bidang-kuasa-wali-dalam-pernikahan.
[8 November 2012:5.00pm]
Muhammad Amin Summa. 2004. Hukum Keluarga Islam di Dunia Islam. Jakarta: Pt
Raja Grafindo Persada.
Paizah Ismail. 2003. Kekeluargaan Islam Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Raihanah Hj. Azahari. t.t. Kuasa Wali Mujbir: Satu Perbincangan. Jurnal Syariah 5,
Bilangan 2.
Siti Hajar Ibrahim & Siti Sakinah Abd. Aziz. 2008. Risalah Fiqih Wanita. Johor:
Perniagaan Jahabersa.