tiada paksaan dalam agama: islam dan kebebasan kepercayaan

22
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Kandungan Keadaan Sebenar Kebebasan Beragama dan Kelonggaran Undangundang Kekufuran .............................. 1 1. Kesulitan mentakrif maksud kekufuran ................................................................................................  2 2. Penyalahgunaan undangundang kekufuran secara berleluasa ...........................................................  3 3. Prinsip alQur’an “Tiada Paksaan dalam Agama” .................................................................................  3 4. Kepercayaan yang dipaksa tidak sah ....................................................................................................  4 5. Tiada sumbersumber Islam yang menganggap kekufuran satu jenayah ............................................ 5 6. Hanya Allah menilai dan menghukum pencabulan kesucian agama .................................................... 7 7. Ruh alQur’an dan kebebasan untuk berdiskusi dan berdebat tentang isuisu kepercayaan .............. 8 8. Kesabaran dalam menghadapi provokasi ...........................................................................................  10 Penutup ....................................................................................................................................................... 13 Lampiran Satu: Undangundang Shari’ah Zaman Pertengahan Tentang Hukuman Mati Terhadap Orang Murtad ........................................................................................................................................................ 14 Lampiran Dua .............................................................................................................................................. 19 Copyright ..................................................................................................................................................... 21  ........................................................................................................................................ 21 oleh Dr. Usama Hasan TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: www.IslamAndRF.org ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

Upload: center-for-islam-and-religious-freedom-wwwislamandrforg

Post on 04-Feb-2016

57 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kecaman patut ditujukan kepada segala bentuk percubaan untuk menyemarakkan api kebencian sama ada terhadap agama atau anti-keagamaan. Kecaman juga perlu dibuat ke atas cara menangani provokasi melalui keganasan, bertindak ganas tanpa sebab munasabah serta merusuh atas alasan bertindak balas terhadap penghinaan. Perbahasan berikut menggariskan keadaansebenar pandangan Islam terhadap Kebebasan Beragama, dan ia menyanggah pandangan untukmengukuhkan undang-undang kekufuran/penistaan terhadap Allah di seluruh dunia. Ia juga menyokong supaya undang-undang sedia ada terhadap kekufuran dipertimbangkan semula berdasarkan beberapa hujah sepertimana berikut...

TRANSCRIPT

Page 1: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

KandunganKeadaan Sebenar Kebebasan Beragama dan Kelonggaran Undang‐undang Kekufuran .............................. 1 

1. Kesulitan mentakrif maksud kekufuran ................................................................................................ 2

2. Penyalahgunaan undang‐undang kekufuran secara berleluasa ........................................................... 3

3. Prinsip al‐Qur’an “Tiada Paksaan dalam Agama” ................................................................................. 3

4. Kepercayaan yang dipaksa tidak sah .................................................................................................... 4

5. Tiada sumber‐sumber Islam yang menganggap kekufuran satu jenayah ............................................ 5

6. Hanya Allah menilai dan menghukum pencabulan kesucian agama .................................................... 7

7. Ruh al‐Qur’an dan kebebasan untuk berdiskusi dan berdebat tentang isu‐isu kepercayaan .............. 8

8. Kesabaran dalam menghadapi provokasi ........................................................................................... 10

Penutup ....................................................................................................................................................... 13 

Lampiran Satu: Undang‐undang Shari’ah Zaman Pertengahan Tentang Hukuman Mati Terhadap Orang 

Murtad ........................................................................................................................................................ 14 

Lampiran Dua .............................................................................................................................................. 19 

Copyright ..................................................................................................................................................... 21 

 ........................................................................................................................................ 21 

oleh Dr. Usama Hasan

TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA:

www.IslamAndRF.org

ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

Page 2: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  1    

 

KeadaanSebenarKebebasanBeragamadanKelonggaranUndang‐undangKekufuran

Kecaman patut ditujukan kepada segala bentuk percubaan untuk menyemarakkan api kebencian sama ada terhadap agama atau anti-keagamaan. Kecaman juga perlu dibuat ke atas cara menangani provokasi melalui keganasan, bertindak ganas tanpa sebab munasabah serta merusuh atas alasan bertindak balas terhadap penghinaan. Perbahasan berikut menggariskan keadaan sebenar pandangan Islam terhadap Kebebasan Beragama, dan ia menyanggah pandangan untuk mengukuhkan undang-undang kekufuran/penistaan terhadap Allah di seluruh dunia. Ia juga menyokong supaya undang-undang sedia ada terhadap kekufuran dipertimbangkan semula berdasarkan beberapa hujah sepertimana berikut:

1. Kesukaran untuk mentakrif maksud kekufuran kerana seseorang yang mempraktikkan kebebasan beragama mungkin boleh dianggap sedang melakukan kekufuran oleh pihak lain

2. Undang-undang kekufuran terdedah kepada penyalahgunaan, dan digunakan oleh kuasa-kuasa yang menindas untuk mendiskriminasi golongan minoriti agama

3. Munurut perspektif Islam, adalah menjadi Prinsip al-Qur’an untuk melarang paksaan dalam beragama kerana keimanan sebenar ialah keimanan yang berdasarkan kehendak sendiri dan pilihan bebas

4. Kepercayaan dan amalan agama yang dipaksa amat jelas tidak tulen dan boleh membawa kesan yang bertentangan dengan tujuan yang dimaksudkan

5. Tiada sumber daripada al-Qur’an atau Sunnah (ajaran-ajaran) Rasulullah yang menganggap kekufuran satu jenayah atau menghukum orang yang dianggap kufur. Kekeliruan ini berlaku kerana teks daripada kedua-dua sumber ini telah disalah erti sedangkan teks tersebut hanya merujuk kepada keadaan semasa peperangan. Malah perundangan Islam pada zaman pertengahan dibuat beberapa abad selepas kewafatan Rasulullah

6. Teks Islam menggesa keimanan dan penghormatan terhadap kesucian lambang agama, namun jika terdapat pencabulan terhadap kesucian lambang itu, maka hukumannya hanya berbentuk kerohanian dan diadili di akhirat nanti, dan tidak tertakluk di bawah undang-undang dan hukuman manusia di dunia ini

7. Maksud yang difahami daripada al-Qur’an menggalakkan perbincangan secara bebas dan perdebatan isu keimanan serta agama supaya manusia menjadi ejen-ejen moral yang bebas apabila membuat keputusan berkaitan agama

8. Perdebatan dan perbincangan hendaklah dilakukan dalam suasana yang sopan, hormat-menghormati dan bertamadun. Sesiapa yang mengaku menjadikan peribadi Rasulullah sebagai panduan hidup akan bertindak balas dengan penuh kesabaran, keampunan serta belas kasihan dalam menghadapi segala penghinaan, tingkah laku tidak bertamadun serta keganasan

Page 3: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

2

Kesemua pertimbangan di atas dibincangkan lebih lanjut sepertimana berikut:

1. Kesulitanmentakrifmaksudkekufuran

Kesukaran untuk mentakrif maksud kekufuran kerana seseorang yang mempraktikkan kebebasan beragama mungkin boleh dianggap sedang melakukan kekufuran oleh pihak lain.

Sememangnya menjadi sifat semula jadi kepercayaan agama di mana ia berupaya membentuk fahaman bahawa kepercayaan orang lain tidak benar malah kadangkala menganggap kepercayaan orang lain bersifat serangan terhadap kepercayaan sendiri. Contohnya, agama-agama utama di dunia mempunyai rumusan-rumusan dan kepercayaan berbeza dalam isu Ketuhanan, Muhammad, Isa, Buddha dan Dewa-dewa Tuhan Hindu serta isu-isu berkaitan etika dan sosial. Namun begitu, terdapat beberapa pendekatan intelektual dan keagamaan yang boleh diambil sebagai langkah perdamaian antara agama-agama tersebut seperti melalui tradisi-tradisi mistik dan falsafah-falsafah perennialis yang dipinggirkan daripada wacana awam.

Para pengkritik agama serta golongan yang meninggalkan agama untuk memeluk agama lain pastinya mudah dituduh telah melakukan kekufuran, maka mereka terdedah kepada diskriminasi atas tuduhan kekufuran dan dengan itu mungkin juga akan tertakluk di bawah undang-undang jenayah.1

Ironinya, golongan Muslim selalunya bersikap paling buruk dalam mengkufurkan agama orang lain dan pada waktu yang sama amat bertegas dan membantah secara keras apabila lambang kesucian agama mereka dihina. Contohnya, kecaman buruk terhadap golongan Yahudi menjadi perkara biasa dalam media dan masyarakat Islam di negara Mesir, dan hasutan-hasutan berbaur kebencian terhadap masyarakat Kristian yang mengakibatkan keganasan serta rusuhan memang berlaku di negara Mesir,2 Pakistan dan Indonesia.3

Contoh lain ialah berkenaan penceritaan al-Qur’an tentang masyarakat Yahudi yang diuji dengan undang-undang bercuti pada hari keagamaan Yahudi (Sabbath). Dalam tradisi Islam yang bersifat toleransi, ia memahami cerita itu dalam konteks mengkaji diri serta teladan kepada semua pengikut agama termasuk Yahudi, Kristian dan Islam. Sebaliknya, puak fundamentalis dalam kalangan orang Islam yang juga penyebar kebencian sentiasa menyalahgunakan cerita ini untuk mewajarkan panggilan terhadap orang-orang Yahudi (dan kadangkala golongan Kristian) sebagai “kera dan khinzir”.4

1 Contohnya, boleh lihat Compass Direct, Undang-undang ‘Kekufuran’ di Mesir dan Sudan Mengancam Saudara Baru (‘Blasphemy’ Laws in Egypt, Sudan Threaten Converts), Mei 2011, http;//www.compassdirect.org/English/country/Egypt/article_112328.html 2 Ibid. 3 Human Right First, Pendedahan Undang-undang Kekufuran: Kesan-kesan Penjenayahan “Fitnah Keatas Agama” (Blasphemy Laws Exposed: The Consequences of Criminalizing “Defamation of Religions”, dikemas kini Mac 2012, http;//www. humanrightsfirst.org/wp-content/uploads/blasphemy_Cases.pdf 4 Untuk maklumat lebih lanjut, lihat Usama Hasan, Apabila Kata-kata Tidak Boleh Diubah, (When Words Are Immutable), The Guardian’s Comment Is Free, 2010, http://www.guardian.co.uk/commentisfree/belief/2010/feb/26/quran-translation-tafsir

Page 4: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

3

Amat penting untuk diingatkan bahawa tingkah laku yang tidak konsisten seperti ini dikutuk oleh al-Qur’an sepertimana firman Allah:

Kecelakaan besar bagi golongan yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? (83: 1-6)i

2. Penyalahgunaanundang‐undangkekufuransecaraberleluasa

Undang-undang kekufuran terdedah kepada penyalahgunaan, dan digunakan oleh kuasa-kuasa yang menindas untuk mendiskriminasi golongan minoriti agama.

Terdapat beberapa kes yang terbukti menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi terhadap golongan minoriti agama. Laporan terkini daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan dengan hak-hak kemanusian melaporkan secara terperinci bahawa undang-undang kekufuran sebenarnya:

(i) menyekat perbincangan dan perbezaan pendapat di tempat awam,

(ii) menyemarak api wabak keganasan,

(iii) mencabuli kebebasan beragama, pemikiran serta kepercayaan,

(iv) diperalatkan sebagai senjata untuk menyelesaikan pertikaian peribadi.5

Kebanyakan kes-kes yang berlaku seperti yang dilaporkan melibatkan tuduhan-tuduhan kekufuran terhadap agama Islam dalam negara-negara majoriti Islam, walaupun ada sedikit pengecualian dalam ciri yang menonjol ini.

3. Prinsipal‐Qur’an“TiadaPaksaandalamAgama”

Menurut perspektif Islam, adalah menjadi Prinsip al-Qur’an melarang sebarang bentuk paksaan dalam beragama kerana keimanan sebenar ialah keimanan yang berdasarkan kemahuan dan pemilihan bebas.

(i) Mafhum firman Allah “Tiada paksaan dalam agama (Islam)” (2:256) dianggap sebagai nilai penting dalam Islam, apatah lagi ia didahului dengan “Ayat Agung” (Ayat Kursi) (2:255) dimana ia menceritakan keagungan Allah dan digambarkan oleh Nabi Muhammad sebagai “ayat teragung dalam al-Qur’an”.

5 Human Right First, Pendedahan Undang-undang Kekufuran: Kesan-kesan Penjenayahan “Fitnah Ke Atas Agama” (Blasphemy Laws Exposed: The Consequences of Criminalizing “Defamation of Religions”, dikemas kini Mac 2012, http;//www. humanrightsfirst.org/wp-content/uploads/blasphemy_Cases.pdf

Page 5: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  4    

Ibnu ‘Abbas iaitu sahabat yang juga sepupu kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dan merupakan rujukan terpenting dalam ilmu tafsir al-Qur’an menerangkan bahawa ayat (2:256) ini diturunkan berhubung para sahabat Nabi Muhammad yang mana anak-anak mereka masih memeluk agama Yahudi dan Kristian. Berdasarkan ayat ini, para sahabat dilarang memaksa anak-anak mereka yang masih menganut agama yang berbeza supaya memeluk agama Islam.6 Rumusannya, ayat ini bukan sahaja melarang pemaksaan orang lain memeluk agama Islam malah ia membenarkan mereka meninggalkan agama Islam secara sukarela.

(ii) Terdapat juga ayat al-Qur’an lain yang menyentuh isu ini, sepertimana firman Allah yang berbentuk pertanyaan kepada Nabi Muhammad, “Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan golongan yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi golongan yang beriman?” (10:99)

Ahli tafsir al-Qur’an terkemuka Ibnu Kathir menerangkan bahawa ayat ini dan beberapa ayat lain mengesahkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan sebenarnya terlingkup dalam ruang antara seorang individu dengan Allah, maka orang lain tidak berhak mencampuri urusan itu.7

(iii) Demikian juga ayat lain yang menceritakan pertanyaan secara retorik oleh Nabi Nuh kepada kaumnya dalam firman Allah, “Nabi Nuh berkata: “…maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?” (11:28)

Ahli-ahli tafsir terdahulu mengesahkan ayat ini bermaksud bahawa tiada paksaan dalam beragama. Kedua-dua Imam Tabari dan Ibnu Kathir memetik kata-kata Qatadah, seorang ulama terkemuka sebagai berkata, “Demi Allah, kalau Nabi Nuh mampu memaksa kaumnya mempercayai ajarannya, pasti dia akan berbuat demikian, namun itu bukanlah dalam bidang kuasanya.8

4.Kepercayaanyangdipaksatidaksah

Kepercayaan dan amalan agama yang dipaksa amat jelas tidak tulen – dan ini telah dicatatkan oleh ahli teologi dan ulama Islam sepanjang zaman semenjak permulaan Islam.

                                                            6 Lihat tafsiran ayat 2:256 daripada Imam-imam al-Tabari, al-Qurtubi dan Ibnu Kathir. Tafsiran ini juga terdapat secara atas talian di http://quran.al-islam.com 7 Tafsir Ibnu Kathir ke atas ayat 10:99. 8 Lihat tafsiran ayat 11:28 daripada Imam-imam al-Tabari, al-Qurtubi, Ibnu Kathir dan al-Jalalain, juga terdapat secara atas talian di http://quran.al-islam.com

Page 6: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  5    

Pertimbangan ini berkait rapat secara logik dengan pertimbangan sebelum ini. Imam Ghazali, seorang ahli teologi Islam terkemuka menegaskan kepercayaan melibatkan keimanan dan tiada kepercayaan melibatkan ketiadaan keimanan, kedua-dua keadaan ini bukanlah berdasarkan kepada keadaan pasif atau paksaan.9

Oleh itu, bukanlah menjadi kepentingan awam untuk memaksa keimanan dan kepercayaan terhadap orang lain dan menyekat hak mereka untuk mempersoal, mengkritik dan meneliti (keimanan dan kepercayaan). Tambahan pula, perbuatan menghasut supaya lahir rasa benci dan keganasan tidak hanya terhad kepada isu berkaitan agama, maka ia boleh ditangani oleh undang-undang sivil.

5.Tiadasumber‐sumberIslamyangmenganggapkekufuransatujenayah

Tiada sumber daripada al-Qur’an atau Sunnah (ajaran-ajaran) Rasulullah yang menganggap kekufuran itu satu jenayah, atau hukuman terhadap orang yang dianggap kufur. Kekeliruan ini berlaku kerana teks daripada kedua-dua sumber ini telah disalah erti sedangkan teks tersebut hanya merujuk kepada keadaan dalam suasana peperangan. Malah perundangan Islam pada zaman pertengahan hanya dibuat beberapa abad selepas kewafatan Rasulullah.

Seperti yang dinyatakan di atas, al-Qur’an mengesahkan kebebasan kepercayaan dan agama.10 Beberapa ayat al-Qur’an telah diturunkan untuk memelihara prinsip ini bagi melindungi pengikut agama Yahudi dan Kristian walaupun kepercayaan pengikut-pengikut kedua agama ini mengandungi unsur-unsur kekufuran (kufr atau tidak percaya) jika dilihat daripada sudut pandangan seorang Muslim. Contohnya, mereka menolak kenabian Nabi Muhammad, menolak kesucian Nabi Isa dan menolak sifat ketuhanan terhadap Nabi Isa (seperti yang dipercayai oleh orang Yahudi).

Antara ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keadaan ini ialah:

(i) Sesungguhnya golongan yang beriman, dan golongan Yahudi dan golongan Nasrani, dan golongan Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (2:62 dan begitu juga dalam ayat 5:69)

                                                            9 Lihat Hamza Yusuf, Siapakah Golongan Kafir? (Who Are the Disbelievers?), Seasons Journal, Zaytuna Institute, USA, Spring 2008, pp. 30-50. Terdapat di atas talian di http://Sandala.org/wp-content/uploads/2011/04/Who-are-the-Disbelievers.pdf 10 Menurut beberapa sumber, terdapat pengecualian dalam kes kaum musyrikun Quraish kerana mereka itu secara berterusan menganiaya, menzalimi dan memerangi golongan Muslim ketika itu dengan berniat untuk menghapuskan mereka secara mutlak. Undang-undang bersejarah ini telah lama menjadi lapuk sejak Islam menakluk Tanah Arab bermula kurun ke-7.

Page 7: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

6

Ayat ini mempunyai mesej sejagat yang memihak kepada pentafsiran pihak yang berfahaman ‘inclusivist’ di mana keredaan dan keampunan Allah boleh dicapai melalui pelbagai amalan-amalan keagamaan yang tulus. Sebaliknya ayat ini tidak memihak kepada pentafsiran pihak yang berfahaman ‘exclusivist’ di mana mereka percaya bahawa keredaan dan keampunan Allah hanya boleh dicapai oleh golongan Muslim sahaja.

(ii) Bahawasanya golongan yang beriman, dan golongan Yahudi, dan golongan Saabiein, dan golongan Nasrani, dan golongan Majusi, serta golongan Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukum-Nya di antara mereka pada hari kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (22:17)

Ayat ini menjelaskan bahawa tiada jaminan keampunan kepada semua golongan yang disebut malah berkali-kali menyatakan penghakiman Ilahi ke atas mereka akan dilakukan di akhirat nanti. Ayat ini juga mencadangkan pendekatan yang jelas, munasabah, praktikal dan wajar untuk mencapai kewujudan bersama secara aman dalam kalangan pelbagai agama. Pengikut sesuatu agama berhak menghayati panduan sendiri tanpa membahayakan agama lain, yang mungkin juga mempunyai keyakinan dan hujah yang lebih baik daripada agama lain. Hanya Allah sahaja yang akan menjadi Penghakim mereka di akhirat nanti.

Ayat yang sering disalah petik, “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka” (2:191, 4:89 & 4:91) merujuk kepada musuh Islam pada zaman jahiliah dan pengkhianat dalam kalangan orang Islam pada masa peperangan. Musuh yang dimaksudkan oleh ayat ini bukanlah orang Yahudi sepertimana yang sering didakwa oleh beberapa penulis seperti Melanie Phillips. Hal ini kerana ayat-ayat al-Qur’an yang datang sebelumnya menyatakan dengan terang tentang keadaan itu, contohnya seperti ayat “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan golongan yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang menceroboh.” (2:190)

Mengikut tradisi Islam, memang benar seorang atau dua orang ahli penyair jahiliah telah dibunuh kerana memperolok-olokkan Nabi Muhammad, namun kejadian tersebut berlaku dalam suasana peperangan. Pada zaman permulaan Islam abad ke-7, adalah menjadi budaya masyarakat setempat menggunakan syair sebagai alat propaganda dan perang psikologi. Malah Nabi Muhammad sendiri telah menggunakan taktik yang sama di mana Hassan bin Thabit serta Abdullah bin Ruwaha merupakan dua orang penyair yang mahir dalam kalangan sahabatnya. Nabi Muhammad pernah berkata kepada Hassan “bait-bait syairmu berkemampuan menyakiti musuh lebih daripada anak-anak panah kita.”11

11 Sahih Muslim.

Page 8: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  7    

6.HanyaAllahmenilaidanmenghukumpencabulankesucianagama

Teks-teks Islam memang memupuk rasa keimanan dan hormat terhadap kesucian lambang agama. Namun jika ada pencabulan terhadap kesucian lambang itu, maka hukumannya bukan sahaja berbentuk kerohanian malah akan diadili di akhirat nanti. Lagipun ia tidak tertakluk di bawah undang-undang dan hukuman manusia di dunia ini.

Memahami bahawa hanya Allah sahaja yang menilai dan menghukum pencabulan lambang suci keagamaan ini haruslah dihayati walaupun penghinaan itu dibuat terhadap Allah, Nabi Muhammad dan al-Qur’an. Antara ayat-ayat al-Qur’an yang memberi maksud supaya mengambil sikap begitu ialah:

(i) Golongan munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (daripada kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): “Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)” Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah golongan yang terus bersalah. (9:64-66)

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa hanya Allah sahaja yang selayaknya mengampuni atau menghukum sesiapa yang memperolok-olokkan kepercayaan, dan sepertimana yang dikatakan oleh ahli-ahli tafsir terdahulu, hukuman itu hanya dilaksanakan di akhirat nanti.

(ii) Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai golongan yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Sesungguhnya golongan yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Dan golongan yang mengganggu serta menyakiti golongan lelaki yang beriman dan golongan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. (33:56-58)

Ayat-ayat di atas memberi inspirasi kepada golongan Muslim yang bermaruah dalam memberi tindak balas ketika diasak dengan provokasi agama dengan cara tunduk dan patuh kepada ajaran Ilahi serta menghormati ajaran-ajaran Nabi Muhammad (s.a.w). Ia juga memberi peringatan bahawa tindakan mana-mana pihak yang menghina dan memperolok Allah, Rasul-Nya serta golongan Muslim akan dihukum di akhirat kelak. Satu pengecualian dalam kes ini ialah jika ada pencabulan nyawa, harta dan kehormatan manusia di mana undang-undang sedia ada wajib bertindak bagi memberi keadilan sewajarnya.

Page 9: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  8    

7.Ruhal‐Qur’andankebebasanuntukberdiskusidanberdebattentangisu‐isukepercayaan

Adalah menjadi ruh al-Qur’an untuk memberi kebebasan terhadap perbincangan dan perdebatan dalam isu kepercayaan dan keagamaan supaya manusia menjadi ejen-ejen moral yang bebas untuk membuat keputusan berkaitan isu-isu agama.

Antara ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keadaan ini ialah:

(i)   Dan orang-orang yang menjauhi dirinya daripada menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah para hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah golongan yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah golongan yang berakal sempurna. (39: 17-18)

Ahli tafsir terkenal iaitu al-Zamakhshari menerangkan ayat-ayat ini boleh memberi maksud bahawa manusia mampu memahami Kitab al-Qur’an yang diwahyukan melalui pelbagai tafsiran, dan mereka boleh mengikuti mana-mana tafsiran yang mereka rasakan benar sebagai panduan.12 Imam al-Qurtubi pula merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas melanjutkan tafsiran maksud ayat-ayat ini dengan menerangkan “perkataan-perkataan” yang diertikan bukan hanya setakat perkataan-perkataan Ilahi, malah termasuk juga perkataan-perkataan yang baik oleh sesiapa sahaja.13 Prinsip al-Qur’an ini, iaitu manusia boleh mengambil nasihat yang dianggap terbaik daripada sesama sendiri memberi asas kepada kehidupan harmoni dalam kalangan pelbagai agama dan mazhab.

(ii) Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): “Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah (42:10)

Satu tafsiran ulama terdahulu ke atas ayat ini ialah ia merujuk kepada Hari Pembalasan, sama seperti dalam ayat 22:17 yang diperincikan di atas,14 iaitu manusia perlu berserah kepada Allah untuk mengadili perbezaan pendapat antara mereka di akhirat nanti.

(iii) Bertanyalah (wahai Muhammad kepada golongan musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan):

                                                            12 Tafsiran Imam al-Zamakhshari ke atas ayat-ayat 39:17-18, al-Kashshaf, Dar al-Kutub al-‘Arabi, n.d. 13 Lihat tafsiran Imam al-Qurtubi ke atas ayat 39:18, terdapat secara atas talian di http://wwwquran.al-islam.com 14 Rujuk Tafsir al-Jalalain, tafsirannya ke atas ayat 42:10, juga terdapat secara atas talian di http://quran.al-islam.com Sila rujuk juga tafsiran Imam al-Zamakhshari ke atas ayat ini.

Page 10: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  9    

keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata. (34:24)

Ayat ini diturunkan pada fasa penurunan wahyu di Mekah di mana Nabi Muhammad masih lagi tinggal di sana dan belum berhijrah ke Madinah. Ia menceritakan perdebatan yang berlaku antara Islam dan puak musyrikun yang diketahui umum di Tanah Arab ketika itu. Al-Qur’an beberapa kali mengulangi dalam beberapa ayat lain sambil menegaskan ketauhidan Islam itu lebih unggul daripada kepercayaan musyrik primitif masyarakat Arab. Namun, dalam ayat ini, dianjurkan kepada Nabi Muhammad supaya menunjukkan pendirian neutral: dengan membiarkan masing-masing mengemukakan hujah, dan salah satu pihak daripada mereka mungkin benar atau salah. Prinsip al-Qur’an ini memberi inspirasi kepada tradisi Islam dalam menggalakkan kebebasan berfikir, berdebat dan berbincang.

Kebebasan perdebatan dalam sejarah Islam

Sejarah Islam ada merekodkan bahawa beberapa khalifah secara aktif menggalakkan perdebatan tentang isu-isu teras dalam teologi dan antara agama di peringkat tertinggi. Malah, beberapa perdebatan tersebut diadakan di istana-istana khalifah bersama rabbi, biskop dan para ulama teologi yang terkenal. Begitu juga ahli fikir, ahli falsafah dan penyair Islam terkenal secara terbuka menzahirkan ‘fahaman yang menyeleweng’ tanpa dikenakan sebarang hukuman daripada pihak pemerintah. Contohnya, ahli-ahli saintis dan falsafah Islam terkemuka seperti Al-Kindi, Al-Razi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusydi dikecam dan dituduh berfahaman menyeleweng oleh ulama teologi ortodoks dalam kalangan ahli Sunni seperti Imam Ghazali dan Ibnu Taimiyah. Malah, ulama ortodoks terkenal juga telah dituduh berfahaman menyeleweng dan dianggap kufur semasa hayat mereka, malah telah dipenjarakan dan diseksa sepertimana yang berlaku terhadap Imam Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal, Ashari, Ghazali, Qadhi Abu Bakar, Ibnu Arani, Ibnu Taimiyah, Subki dan Ibnu Qayyim.

Sebuah badan soal-siasat Mihna (827-847) yang ditaja oleh kerajaan Abbasid yang berpemikiran rasionalis (pemikiran rasionalis Muktazilah) dibawah pemerintahan Khalifah al-Makmun telah ditubuhkan untuk menyiasat fahaman-fahaman dan ajaran-ajaran tradisionalis yang dipegang oleh ulama-ulama seperti Imam Ahmad bin Hanbal. Namun tindakan ini telah diabaikan oleh pemerintah yang datang dua dekad selepas itu. Arus perdana Islam secara umumnya mengambil iktibar daripada tindakan melulu ini dengan tidak melakukan sebarang paksaan dalam melaksanakan fahaman-fahaman agama. Apatah lagi jika diambil kira rencam tafsiran terhadap teks-teks Islam yang berlaku akibat kepelbagaian pendekatan sama ada berbentuk tradisional, falsafah perundangan dan undang-undang, rasional, intelektual, falsafah atau teologi yang berkembang sejak dua abad selepas kewafatan Rasulullah. Menurut seorang ahli akademik Kristian kontemporari, letusan kepelbagaian pemikiran yang berlaku dalam waktu yang singkat itu memang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah manusia.15

                                                            15 Wael Hallaq, Pengenalan terhadap Penentangan Ibnu Taimiyah kepada Ahli Logik Greek (Introduction to Ibn Taymiyya Against the Greek Logicians,) Clarendon, 1993.

Page 11: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  10    

Contoh-contoh lain tentang kebebasan fikiran termasuk sindiran terhadap amalan agama sezaman sepertimana yang dilakukan oleh para penyair. Misalnya, penyair terkenal zaman pemerintahan kerajaan Abbasid iaitu Abul Atahiya (748-828), menzahirkan kata-kata berikut selepas 200 tahun kewafatan Rasulullah:

Terdapat dua jenis orang dalam kalangan manusia: Orang yang beriman tetapi tiada kemampuan intelek,

dan orang yang berkemampuan intelek tetapi tiada keimanan.

Atahiya telah dituduh sesat namun tidak pernah didakwa, dia hanya dipenjarakan kerana mengecewakan khalifah akibat menulis syair cinta tentang salah seorang daripada gundik-gundik khalifah.

Seorang penyair lain yang terkenal pada kurun ke-12 ialah Omar Khayyam. Karya agungnya Rubaiyat yang masyhur telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris sejak kurun ke-19 oleh penyair terkenal era Victoria iaitu Edward Fitzgerald. Dalam Rubaiyat, Khayyam telah mencemuh sesiapa yang menjurus kepada mematuhi ajaran agama, atau sesiapa yang membebankan diri dengan memikirkan misteri-misteri syurga dan neraka, kehidupan selepas kematian dan takdir. Malah menjadi kebiasaan Khayyam yang berada dalam keadaan mabuk wain memuji sesiapa yang berada dalam kekeliruan akibat memikirkan isu-isu berkaitan agama.

Sungguhpun golongan Muslim yang taat kepada agama melahirkan rasa jelik dan benci terhadap sentimen-sentimen yang diluahkan oleh Atahiya dan Khayyam, namun tidak dapat dinafikan wujudnya satu catatan dalam sejarah Islam bahawa sentimen-sentimen begitu memang biasa diluahkan oleh para penyair ketika itu, iaitu sekitar 900-1200 tahun dahulu.

8.Kesabarandalammenghadapiprovokasi

Perdebatan dan perbincangan hendaklah dilakukan dalam suasana yang sopan, hormat-menghormati dan bertamadun, dan sesiapa yang mengikuti peribadi Rasulullah sebagai panduan hidup akan bertindak balas terhadap keganasan, dan tingkah laku tidak bertamadun dengan kesabaran, keampunan dan kasih sayang. Sesiapa yang mengaku sebagai pengikut agama Islam dan Nabi Muhammad sepatutnya menzahirkan tingkah laku tersebut ketika dihasut dengan provokasi tanpa melakukan keganasan dan pertumpahan darah, dan tanpa cuba untuk menutup pintu kebebasan fikiran.

Ayat-ayat al-Qur’an berikut memuji kemuliaan kesabaran dan kemaafan dalam menghadapi provokasi dan cemuhan:

(i) Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) golongan yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (7:199)

(ii) Dan para hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredai-Nya), ialah mereka yang …. apabila golongan yang berkelakuan kurang adab, melemparkan kata-kata kepada

Page 12: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  11    

mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini (25:63)

(iii) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). Dan demi sesungguhnya, para Rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan golongan yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnya tiada sesiapapun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janji-Nya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian daripada khabar berita para Rasul itu. (6:33-34)

(iv) Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah daripada golongan yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (15:97-99)

Berikut ialah peristiwa-peristiwa daripada kehidupan Rasulullah yang dirujuk daripada kitab-kitab hadis yang paling sahih yang mewakili perbendaharaan hadis dalam Islam. Peristiwa-peristiwa tersebut menggambarkan Nabi Muhammad memanifestasikan keluhuran ajaran-ajaran al-Qur’an tentang kesabaran, pengawalan diri, dan kemaafan:

(i) Musuh-musuh Rasulullah di Mekah memanggilnya dengan panggilan ‘Mudhammam’ (yang amat terkutuk), satu panggilan penghinaan yang berlawanan dengan panggilan mulia ‘Muhammad’ (yang amat terpuji). Rasulullah hanya menjawab, “Kata-kata mereka itu tidak bermakna bagiku kerana mereka menggunakan nama yang bukan namaku, sedangkan namaku ialah Muhammad.”16

(ii) Apabila Rasulullah pergi ke bandar pergunungan Taif untuk menyampaikan ajaran Islam, masyarakat di situ menolak ajarannya, malah mereka menghasut anak-anak muda di situ supaya melontar batu-batu ke arah Rasulullah sehingga kakinya berdarah. Malaikat Jibril datang dan menawarkan diri untuk menghancurkan mereka itu di antara gunung-gunung Taif. Namun Rasulullah menjawab: “Usahlah begitu: Aku berharap pada suatu hari generasi yang datang selepas mereka ini akan menyembah Tuhan yang Satu.” Selepas satu atau dua dekad peristiwa itu berlaku, seluruh penduduk Taif memeluk Islam.

                                                            16 Dalam karyanya Ayat-ayat Syaitan (Satanic Verses) (1988), Salman Rushdie telah meminjam kata-kata cemuhan golongan Kristian zaman pertengahan terhadap nama Rasulullah sebagai watak utama dalam novelnya, iaitu Mahound. Hadis yang disebut di atas membayangkan tindak balas daripada panduan ajaran Rasulullah terhadap buku ini yang boleh dirumuskan seperti berikut: “Tidak mengapa, kerana nama itu bukanlah namaku yang sebenar!”

Page 13: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  12    

(iii) Rasulullah berkali-kali diminta melaknat musuh-musuhnya yang telah menganiaya, menyeksa, membunuh dan sering cuba untuk memusnahkan umat Islam. Namun, Rasulullah menjawab, “Aku diutuskan sebagai rahmat kepada manusia, dan bukan untuk melaknat mereka.”

(iv) Sekumpulan orang datang ke rumah Rasulullah dan menghulurkan kata-kata assa-mu alaykum (kematian dan kemusnahan ke atas kamu) kepadanya, tidak dengan ucapan as-salamu alaykum (selamat dan sejahtera ke atas kamu). Aishah amat tercabar dengan kata-kata mereka itu lalu menjawab, “Semoga Allah melaknat kamu!” Rasulullah menegur tindakan Aishah dengan berkata, “Allah sangat pelembut dan sukakan kelembutan.”

(v) Setelah Rasulullah berhutang sedikit wang dengan seorang Badwi, si pemiutang datang meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan menggunakan kata-kata kesat serta mengasari Rasulullah dengan menarik jubahnya sehingga ternampak kesan lebam pada lehernya. Apabila sahabat-sahabatnya menuntut tindakan balas terhadap perbuatan Badwi itu, Rasulullah membalas, “Biarkanlah, kerana si pemiutang berhak untuk bersuara.”

(vi) Suatu ketika, Rasulullah sedang mengedarkan harta rampasan perang kepada golongan Muslim dan salah seorang daripada mereka menuduh Rasulullah tidak berlaku adil dan bersikap pilih kasih. Rasulullah menegur dan menafikan tuduhan bahawa baginda bersikap pilih kasih tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadapnya walaupun tuduhan Rasulullah tidak berlaku adil adalah sama seperti melakukan kekufuran.

(vii) Rasulullah menerangkan, “Seorang yang kuat bukanlah yang mampu menumpaskan lawannya dalam perlawanan gusti: seorang yang kuat ialah yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

(viii) Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berulang kali menyatakan, “Berikan aku nasihat.” Setiap kali Rasulullah menjawab, “Janganlah kamu jadi seorang yang pemarah.” Para ulama Islam menerangkan nasihat ini termasuk juga mengelak daripada keadaan yang membuatkan seseorang menjadi marah tanpa sebab munasabah. Contohnya mengelak daripada menonton filem-filem, kartun-kartun atau buku-buku tentang Rasulullah serta simbol-simbol agama yang berbentuk provokasi dan penghinaan.

(ix) Abdullah bin Ubayy adalah ketua golongan munafik di Madinah: mereka memeluk Islam kerana kedudukan umat Islam yang amat berpengaruh berbanding komuniti Yahudi, Kristian dan kaum musyrikun. Namun, golongan munafik sentiasa berpaling tadah terhadap golongan Muslim, termasuk menarik diri pada saat-saat akhir daripada menyertai tentera Islam pada malam peperangan Uhud. Namun, apabila golongan munafik berpaling tadah lagi selepas itu, Umar bin al-Khattab dan sahabat lain berkeras bahawa para pengkhianat itu perlu dihukum,

Page 14: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  13    

sepertimana yang termaktub dalam undang-undang peperangan ketika itu. Namun, Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang masyhur, “Biarkanlah mereka (dengan tindakan mereka), aku tidak mahu orang mengatakan ‘Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya.’

Peristiwa ini menunjukkan bahawa Rasulullah amat berhati-hati terhadap reputasi Islam dan umat Islam. Golongan fanatik hari ini yang amat marah terhadap setiap cemuhan yang dilontarkan kepada Islam, sama ada penghinaan itu benar atau hanya sekadar bayangan imaginasi, sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan Rasulullah dalam mengawal diri ketika berhadapan krisis sebegini. Lebih-lebih lagi di mana tindakan membalas dendam terhadap penghinaan-penghinaan itu selalunya disusuli oleh pencabulan undang-undang sesebuah masyarakat.

PenutupSejarah membuktikan bahawa Islam mempunyai tradisi toleransi yang amat utuh terhadap kebebasan fikiran dan perdebatan, walaupun dalam hal yang berkaitan dengan isu-isu agama utama. Sememangnya perbincangan-perbincangan berkaitan keimanan dan kepercayaan agama itu melibatkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh perasaan pihak lain dan ditafsirkan sebagai perbuatan kufur. Namun, Islam bertindak balas terhadap provokasi dengan cara kerohanian, penuh maruah dan kemaafan. Tradisi berfikiran terbuka dan berbaik-baik amatlah diperlukan untuk memulihkan negara dan masyarakat Islam majoriti pada hari ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana jumlah keganasan yang amat mengejutkan akibat daripada sikap tidak bertoleransi terhadap agama dan prasangka.

 

Page 15: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  14    

LampiranSatu:Undang‐undangShari’ahZamanPertengahanTentangHukumanMatiTerhadapOrangMurtadAmat dikesali apabila tafsiran-tafsiran undang-undang Shari’ah pada zaman pertengahan didominasi kuat oleh fahaman bahawa orang murtad, iaitu orang Islam yang meninggalkan agama Islam dan memeluk agama lain mestilah dibunuh. Undang-undang yang boleh didapati dalam kesemua teks-teks penting perundangan zaman pertengahan ini masih lagi diajar di institusi-institusi agama dan universiti di seluruh dunia. Walaupun undang-undang tersebut bertentangan dengan prinsip al-Qur’an “Tiada paksaan dalam agama”, ia diambil daripada beberapa buah hadis Rasulullah dalam jumlah yang kecil (sama ada dikaitkan kepada Rasulullah secara benar atau salah) yang boleh didapati dalam perbendaharan utama hadis.

Analisa hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong hukuman mati terhadap orang murtad

Berikut ialah perbincangan ringkas tentang dua buah hadis yang terkenal mengenai isu ini:

A. Hadis pertama amat dikenali kerana ia terkandung dalam koleksi hadis terkenal Hadis Empat Puluh hasil tulisan Imam al-Nawawi (1234-1278). Matan hadis tersebut ialah seperti yang berikut:

Abdullah bin Mas’ud menceritakan bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Darah seorang Muslim tidak sah ditumpahkan kecuali dalam tiga keadaan: seorang yang berkahwin yang melakukan zina; seorang yang mengambil satu nyawa orang lain; dan seorang yang meninggalkan agama dan komunitinya.”17

Sumber utama hadis ini, iaitu kitab Imam al-Bukhari dan kitab Imam Muslim dianggap sumber tertinggi dalam kitab-kitab hadis, dan banyak komentar telah dibuat terhadap hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi ialah seorang ulama yang berasal dari Syria pada kurun ke-13, dan pandangannya merupakan sandaran kepada pandangan-pandangan ulama terdahulu. Ketika mengulas ke atas bahagian hadis yang berkaitan dengan murtad, beliau berkata: “Hadis ini berkaitan dengan setiap kes murtad, tanpa mengira jenis murtad yang dilakukan, di mana hukuman bunuh akan diwajibkan ke atasnya jika dia tidak kembali semula kepada Islam. Para ilmuan Islam juga berpendapat bahawa hal ini juga termasuk sesiapa sahaja yang meninggalkan masyarakat dan komuniti Islam melalui perbuatan dan percakapan yang menyeleweng (bid’ah), memberontak terhadap pimpinan Islam (baghy) atau seumpamanya. Ia juga termasuk golongan pemberontak yang keluar daripada kelompok Muslim (khawarij).”18

                                                            17 Al-Nawawi, Hadith Empat Puluh, terjemahan D. Johnson-Davies & E. Ibrahim, Islamic Text Society, 1997, Hadis No. 14. 18 Al-Nawawi, Ulasan Sahih Muslim (Sharh Sahih Muslim) (Commentary on Sahih Muslim), Kitab Hukuman Bunuh sebagai pembalasan dan Diyat/Denda Krimina,l Kitab al-Qisas wal-Diyat (Book of Retaliation and Blood Money), no. 1676; juga boleh didapati di laman http;//hadith.al-islam.com/Page.aspx?pageid=192&BookID=34&TOCID=772. Golongan Khawarij yang asal amat taat terhadap

Page 16: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  15    

Begitu juga ulama terkenal Mesir kurun ke-15, iaitu Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di mana beliau bersetuju dengan hukuman tersebut dan memetik pandangan Imam al-Nawawi serta ulama sezamannya iaitu Ibnu Daqiq al-‘Id dan berkata, “Ulama bersepakat bahawa hukuman bagi pesalah murtad ialah pembunuhan; walaupun hukuman ke atas pesalah wanita tidak disepakati.”19

Seperti yang diterangkan sebelum ini, pemikiran Islam semasa telah menolak pendapat ini kerana ia berpendapat maksud “meninggalkan masyarakat/komunitinya” dalam hadis itu berkaitan dengan kes pengkhianatan yang serius, justeru pada zaman dahulu, hukuman berat seperti mati telah dijatuhkan ke atas pesalah murtad. Pada zaman itu, kesetiaan menerusi keimanan/agama sering disamakan dengan kesetiaan politik, maka seseorang yang meninggalkan agamanya adalah serupa dengan pengkhianatan politik, lebih-lebih lagi apabila masyarakat pelbagai agama tinggal dalam keadaan berperang sesama sendiri.

B. Abdullah bin Abbas menceritakan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan agama (Islam), maka bunuhlah dia. (man baddala dinahu faqtuluhu) – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lain.

Konteks hadis ini akan dibincangkan kemudian. Dalam contoh perundangan tradisional, didapati Imam al-Nawawi telah mentafsir hadis A yang disebut di atas dalam karyanya Ulasan Hadis Empat Puluh dan merakamkan Hadis B ini untuk mempertahankan pendapat aliran Imam al-Shafie yang dianggap harfiah dalam memahami sesuatu teks. Hadis ini difahami bahawa sesiapa yang menukar agamanya mestilah dibunuh termasuklah “orang Yahudi yang menukar kepada agama Kristian dan sebaliknya”! Fahaman harfiah ini berpegang bahawa golongan yang menukar agama daripada satu agama lain akan dibunuh kecuali orang yang menukar agamanya untuk memeluk agama Islam. Cendekiawan Islam kurun ke-20, Imam Muhammad Rashid Rida telah mengupas pandangan ini dalam kupasannya terhadap buku Ulasan Hadis Empat Puluh di mana beliau mengkritik Imam al-Nawawi kerana menyokong pendapat itu. Imam Rida berpendapat bahawa hadis B mestilah difahami seiring dengan hadis A di mana hukuman tersebut hanya berkaitan dengan orang Islam yang meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama lain.

                                                                                                                                                                                                ajaran Islam namun golongan pelampau Islam telah mempengaruhi mereka. Mereka mengkafir dan membunuh orang Islam yang lain termasuk Sayyida Ali, khalifah Islam yang ke-4. Istilah khawarij ini sering digunakan untuk menggambarkan golongan pelampau politik dan agama yang memberi penekanan dalam pemberontakan terhadap kuasa yang tidak Islamik dan mengkafirkan golongan Muslim lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Ironinya, Imam al-Nawawi di sini telah membenarkan pembunuhan bagi sesiapa yang dianggap telah meninggalkan agama Islam jika “golongan Islam orthodoks” berpendapat mereka telah melakukan kesalahan. 19 Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Ulasan Sahih Bukhari (Commentary on Sahih Bukhari), hadis yang dibincangkan. Imam al-Bukhari, Kitab Diyat/ Denda Kriminal, Kitab al-Diyat (Book of Blood-Money), no. 6878; juga boleh didapati di laman http;//hadith.al-islam.com/Page.aspx?pageid=192&BookID=33&TOCID=3788

Page 17: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

16

Kedua-duanya iaitu Imam Rida dan Imam al-Nawawi telah mengambil pendekatan harfi, namun pendekatan tersebut menimbulkan masalah kerana ia boleh membawa kepada pendapat yang melampau sepertimana disimpulkan oleh Imam al-Nawawi dan para ulama aliran Imam al-Shafie. Pemikiran umat Islam semasa bersetuju dengan Imam Rida bahawa hadis B mestilah difahami seiring dengan teks yang lain termasuk hadis A. Lebih-lebih lagi dalam konteks zaman moden yang telah berubah dan roh Islam yang asal memerlukan hukuman mati atau hukuman ke atas orang murtad dimansuhkan. Lagipun, pemikiran umat Islam semasa sentiasa berusaha untuk menyelaraskan kedua-dua hadis ini dengan ayat-ayat al-Qur’an yang telah dipetik sebelum ini. Penyelarasan teks-teks merupakan prinsip dalam tradisi perundangan Islam.

Konteks Hadis

Seorang ulama kontemporari iaitu Taha Jabir al-‘Alwani mempertikaikan kesahihan hadis ini dan berpendapat kalaupun hadis ini tiada masalah dari sudut kesahihannya, ia merujuk kepada konspirasi pengkhianatan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang berpura-pura memeluk Islam namun meninggalkan Islam selepas itu dengan meyakinkan golongan Muslim supaya bertindak meninggalkan Islam, sepertimana yang disebut dalam ayat 3:72.20

Pandangan para ulama perundangan tentang hukuman terhadap orang murtad21

1) Mazhab Hanafi berpegang bahawa lelaki dewasa (bukan wanita) yang murtad daripadaIslam mestilah dihukum bunuh berdasarkan hadis yang dibincangkan di atas.

2) Mazhab Maliki bersetuju bahawa semua orang murtad sama ada lelaki atau perempuanmestilah dihukum bunuh disebabkan kemungkinan ancaman mereka memerangimasyarakat/komuniti Islam selepas meninggalkan agama Islam. Sebelum hukuman ini,mereka diberi peluang untuk bertaubat. Contohnya, Ibnu Abdul Barr berkata: “Tiadaperselisihan pendapat tentang hukuman mati bagi orang yang murtad.”22

3) Mazhab Shafie berpendapat golongan murtad mestilah dihukum mati keranamenyekutukan Allah dan tidak mempercayai Tuhan (kufr), oleh itu amat layak diberihukuman tersebut. Namun, pengecualian diberikan kepada ahli dhimmi, iaitu orang bukanIslam yang diberi perlindungan oleh kerajaan Islam sebagai balasan cukai (jizya) yangdibayar kepada kerajaan Islam.23

20 Untuk butiran lanjut, sila rujuk T.J. al-Alwani, Murtad Dalam Islam – Sebuah Analisa Sejarah dan Kitab Agama (Apostasy in Islam – A Historical and Scriptural Analysis), The International Institute of Islamic Thought, London/Washington, 1432/2011, Bab 4. 21 Al-Alwani, Bab 5. 22 Al-Alwani, m.s. 77 & 101-4. 23 Al-Alwani, m.s. 104-9; rujuk juga Recep Senturk, Sosiologi Hak-Hak: Hak-hak Kemanusian dalam Islam Mengikut Perspektif Komunal dan Sejagat, (Sociology of Rights: Human Rights in Islam between Communal and Universal Perspective), Emory University Law School, 2002 untul keterangan lanjut tentang perbezaan utama antara pendekatan komunal (mazhab Shafie) dan sejagat (mazhab Hanafi) dalam isu hak-hak kemanusian dalam Islam. Begitu juga untuk isu hak-hak kemanusian dan demokrasi dalam sejarah kerajaan Uthmaniah yang berdasarkan pendekatan sejagat mazhab Hanafi.

Page 18: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  17    

4) Mazhab Hanbali bersependapat dengan mazhab Maliki dan Shafie di mana lelaki dan perempuan yang murtad dihukum mati selepas diberi peluang untuk bertaubat selama tiga hari.

5) Mazhab Syiah (Aliran Imam Dua Belas) berpendapat seseorang yang dilahirkan sebagai penganut agama Islam dan kemudian murtad mestilah dihukum mati tanpa diberi peluang untuk bertaubat. Orang yang memeluk agama Islam daripada agama lain kemudian keluar daripada agama Islam diberi peluang untuk bertaubat. Perempuan yang murtad namun tidak bertaubat tidak akan dihukum bunuh, sebaliknya dipenjarakan.

6) Mazhab Zahiri (aliran fahaman secara harfi) yang diwakili oleh Ibnu Hazm berpendapat bahawa golongan murtad mestilah dihukum mati. Ibnu Hazm mengatakan bahawa ayat al-Qur’an “Tiada paksaaan dalam agama,” sama ada telah dimansuhkan hukumnya atau ia hanya berkenaan dengan golongan tertentu sahaja. Ulama kontemporari Alwani menyifatkan perbincangan dan pendirian Ibnu Hazm dalam isu ini sebagai enggan kompromi, bercanggah diri sendiri dan terkeliru.

7) Mazhab Zaidi dan Ibadi berpendapat bahawa golongan yang meninggalkan agama sama ada lelaki atau perempuan akan dibunuh memandangkan kemurtadan mereka itu sama seperti mengisytiharkan peperangan terhadap negara-negara Islam.24

Murtad dalam perundangan Islam zaman moden

Perundangan zaman pertengahan terhadap murtad telah dikembangkan dengan ketara dan progresif dalam jangka masa yang terdekat ini walaupun ramai umat Islam masa kini beraliran tradisional kelihatan tidak menyedari tentang perkembangan ini. Antara perkembangan-perkembangan tersebut ialah:

1) Pembaharuan-pembaharuan zaman empayar Islam Uthmaniyyah: Golongan politik Islam moden menganggap kesultanan empayar Uthmaniyyah ialah satu-satunya khalifah yang sah pada masa itu. Usul/Dekri Gulhanee 1839 (The Gulhane Decree) (Hatt-i-Sharif) telah menjanjikan banyak pembaharuan termasuk pemansuhan jizya (cukai ke atas bukan Islam), atau mana-mana cukai ke atas orang bukan Islam dewasa dan pemberian taraf kewarganegaraan sama rata kepada golongan Yahudi, Nasrani dan Islam. Susulan itu, diperkenalkan juga kanun keseksaan (kod undang-undang pengawalan jenayah) pada tahun 1843 sebagai percubaan untuk mencontohi seluruh benua Eropah dalam memodenisasi dan mengemaskini warisan agama yang diwarisi daripada zaman pertengahan. Pada tahun 1844, hukuman mati terhadap orang murtad daripada agama Islam telah dimansuhkan. Kanun Keseksaan Tahun 1858 kerajaan Uthmaniyyah adalah berdasarkan kepada Kod Napoleon, dan berikutan itu hukuman-hukuman tradisional Islam telah diketepikan.25

                                                            24 Untuk ringkasan maklumat tentang kelima-lima aliran tersebut di atas, sila rujuk al-Alwani, hlm. 109-116. 25 Ishtiaq Hussain, Tanzimat (1839-1876): Pembaharuan Sekular di Empayar Uthmaniyyah (The Tanzimat (1839-1876): Secular Reforms in the Ottoman Empire), Faith Matters, 2011, juga terdapat di: http://faith-matters.org/images/stories/fm-publications/the-tanzimat-final-web.pdf

Page 19: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  18    

Sheikh Abdal Hakim Murad (atau Dr. Tim Winter), seorang warga Islam Britain memberi komen tentang pembaharuan kerajaan Uthmaniyyah dan berkata, “Empayar Uthmaniyyah yang merupakan wakil tertinggi aliran Sunni Islam, secara rasmi telah memansuhkan hukuman ini hasil daripada pembaharuan Tanzimat yang telah dilancarkan pada tahun 1839. Sheikhul Islam pada masa itu, iaitu ketua tertinggi mahkamah shari’ah dan pusat-pusat pendidikan Islam, mengesahkan perubahan besar ini melalui doktrin undang-undang tradisional. Dia juga mengatakan tidak ada ayat al-Qur’an yang menggariskan hukuman terhadap orang murtad (ayat 5:54 dan ayat 2:217 membayangkan hukuman berlaku di akhirat nanti.) Begitu juga disebabkan kesamaran maksud hadis Nabi Muhammad (s.a.w), bolehlah difahami bahawa murtad hanya dianggap sebagai satu jenayah apabila dikaitkan dengan jenayah pengkhianatan.26

2) Pada separuh akhir abad ke-20, Universiti al-Azhar di Mesir, iaitu sebuah institusi Islam yang telah wujud sejak lebih seribu tahun lamanya, yang juga merupakan sebuah institusi agama yang berpengaruh di dunia Islam, telah mengikut jejak Empayar Uthmaniyyah dalam isu hukuman mati terhadap orang murtad. “Perbahasan yang dicetuskan oleh pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan Uthmaniyyah telah diteruskan oleh Universiti al-Azhar, sebuah badan berkuasa tertinggi Islam di dunia Arab. Ia telah mengeluarkan fatwa rasmi pada tahun 1958 yang mengesahkan pemansuhan undang-undang klasik berkaitan dengan hukuman mati ke atas orang murtad”.27

3) Begitu juga dengan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, iaitu sebuah badan kontemporari para ulama tradisional termasuk beberapa ulama Islam terkemuka, telah mengesahkan maksud hadis boleh difahami bahawa hukuman dijatuhkan ke atas orang murtad yang dianggap telah melakukan pengkhianatan politik sahaja.28

Antara implikasi perkembangan-perkembangan terbaru ini termasuk:

(i) Dakwaan bahawa tidak ada kata sepakat dalam kalangan ulama mengenai hukuman mati terhadap orang murtad ialah tidak benar.

(ii) Golongan yang mendakwa bahawa mereka menolak hukuman mati terhadap orang murtad sebagai perbuatan “engkar dan kufur” sebenarnya bercanggah dengan diri sendiri sedangkan pada masa yang sama mereka merestui tindakan Empayar Uthmaniyyah dan menganggap tindakan tersebut sebagai “Islamik”.

(iii)Perbahasan isu ini sebenarnya sudah diselesaikan oleh kepimpinan kerajaan Uthmaniyyah dan Universiti al-Azhar, namun ia dimomok semula oleh fundamentalis

                                                                                                                                                                                                 26 Abdal Hakim Murad, Keimanan: Islam Bersuara - Apa Islam Kata Tentang Keganasan, Hak Asasi Manusia dan Agama-agama lain, (On Faith: Muslims Speak Out – What Islam Really Says About Violence, Human Rights and Other Religions,) Washington Post / Newsweek, July 2007, diterbitkan semula di: http://ageofjahilyah.wordpress.com/2007/09/01/abdal-hakim-murad-on-jihad-apostasy-rights-of-muslims-women/ 27 Murad, (2007) 28 Fatwa-fatwa oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (Fatawa al-Majlis al-Urubbi lil-Ifta’ wal Buhuth (Fatwas of the European Council for Fatwa and Research), boleh didapati secara cetak dan atas talian di http://www.e.cfr.org/

Page 20: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  19    

dan golongan politik Islam. Melalui tindakan ini, mereka bukan sahaja tidak menghidupkan semula tradisi Islam malah sebenarnya telah berpaling daripada tradisi Islam. Pada bulan April 2013, Majlis Tertinggi Ulama Islam Morocco dilaporkan telah menuntut supaya hukuman mati terhadap golongan yang meninggalkan agama Islam diperkenalkan semula.29

Perkara-Perkara Penting

1) Hukuman mati terhadap orang murtad seperti yang diamalkan pada zaman pertengahan secara terang bertentangan dengan prinsip al-Qur’an “Tiada paksaan dalam agama.”

2) Prinsip ini telah diterima oleh badan berkuasa Islam terkemuka seperti kesultanan Uthmaniyyah dan Universiti al-Azhar apabila kedua-duanya memansuhkan hukuman mati tersebut pada kurun ke-19 dan ke-20.

3) Karya Imam al-Nawawi yang terkenal Hadis Empat Puluh (Forty Hadith) digunakan sebagai bahan bacaan dalam kalangan pelajar Islam yang baru dan yang telah mahir. Namun ia mengandungi hadis yang selalunya diguna pakai untuk mewajarkan hukuman mati terhadap golongan murtad. Adalah menjadi tanggungjawab guru dan pelatih yang memanfaatkan buku ini untuk menerangkan prinsip al-Qur’an yang asas iaitu kebebasan beragama dan kepercayaan, dengan itu prinsip ini membatalkan semua tafsiran-tafsiran manusia. Mereka juga mesti menerangkan bahawa hukuman mati untuk orang murtad pada zaman pertengahan sebenarnya telah dimansuhkan secara rasmi oleh Sheikhul Islam pada zaman empayar Uthmaniyyah dan Universiti al-Azhar di Mesir.

LampiranDua: Renungan Tentang Islam dan Kebebasan Agama

Berikutan dengan kegemparan yang terjadi pada tahun 2012 ekoran penerbitan sebuah filem yang amat amatur serta berunsur menghasut lagi menghina iaitu Kemurnian Golongan Muslim (Innocence of Muslims), ada kedengaran suara-suara di seluruh dunia menuntut30 supaya diperkenalkan undang-undang yang akan mirip seperti undang-udang murtad global.31 Berpuluh-puluh orang telah terbunuh semasa bantahan-bantahan yang kemudian bertukar menjadi

                                                            29 http://morocconnewstribune.com/moroccos-high-council-of-elumass-death-sentence-fatwa-on-apostates-sparks-controversy/ 30 Contohnya Biskop-biskop Anglikan di Timur Tengah menulis kepada Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu dan meminta pengisytiharan bagi mengharamkan “penghinaan yang diniatkan atau disengajakan terhadap seseorang (seperti nabi-nabi), simbol-simbol agama, kitab-kitab suci dan kepercayaan yang dianggap suci oleh golongan yang percayakan agama.” (Anglican Communion News Service, Pemimpin Anglikan mengutuk filem anti-Islam dan keganasan (Anglican leaders condemn anti-Islam film and violence), 19 September 2012, http://www.anglicancommunion.org/acns/news.cfm/2012/9/19/ACNS5185) 31 Rujuk Kenyataan oleh Wakil Tetap Negara-negara Anggota OIC dalam Bangsa-bangsa Bersatu, Anggota Kumpulan OIC di New York mengutuk Pelepasan Video Anti Islam, dan Tuntutan Tindakan Kolektif Terhadap Provokasi dan Hasutan Sistematik untuk Rasa benci (OIC Group in New York Condemns the Release of the Anti Muslim Video, and Calls for Collective Action Against Provocations and Systematic Incitement to Hatred), 22 September 2012, http://www.oic-oci.org/topic_detail.asp?t_id=7189

Page 21: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

  20    

keganasan di negara-negara majoriti Islam. Duta Besar Amerika Syarikat di Libya pula telah dibunuh oleh serangan pengganas yang berselindung di sebalik bantahan anti-filem. Seorang menteri di Pakistan telah meletakkan ganjaran sebanyak 100,000 dolar untuk sebiji kepala pengarah filem tersebut.

Bagi kebanyakan kita, mungkin perkara ini dirasakan seolah-olah berulang. Isunya sentiasa berkisar sekitar buku-buku, filem-filem dan kartun-kartun, beruang mainan dan nodaan terhadap beberapa naskhah al-Qur’an yang dilakukan oleh segelintir tentera dan puak-puak fundamental rakyat Amerika. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah tidak mengendahkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghina dan menyakitkan hati, malah memaafkan tindakan para penulis bahan-bahan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w). Namun, beberapa orang Islam yang bertindak secara kurang matang dengan mengambil jalan keluar melalui keganasan yang kadang-kadang berakhir dengan pembunuhan mangsa-mangsa yang sebenarnya telah banyak membantu golongan Muslim atau negara-negara Islam. Tambahan lagi, hasil-hasil karya berkualiti rendah itu telah mendapat liputan yang meluas lebih daripada yang sepatutnya. Keadaan ini sudah tentu mencalar imej Islam dan menjengkelkan kebanyakan umat Islam lain yang sukakan keamanan.

Pada sekitar tahun 1980-an, penulis Salman Rushdie dan bukunya Ayat-ayat Syaitan (The Satanic Verses) yang sarat dengan penghinaan, manakala sebahagian besar kandungannya pula tidak jelas maksudnya, telah menjadi terkenal ekoran kempen “meningkatkan kesedaran” yang dipelopori oleh golongan politik Islam. Golongan ini secara tidak sedar telah memberi publisiti terhadap kandungan buku ini yang penuh dengan sindiran dan penghinaan terhadap tokoh-tokoh suci Islam, dan berkesudahan dengan fatwa pembunuhan Salman Rushdie seperti yang dikeluarkan oleh Ayatullah Khomeini. Dua dekad selepas itu, cerita yang sama berlaku lagi, kali ini berkaitan dengan kartun-kartun daripada Denmark yang menyindir Nabi Muhammad (s.a.w). Pada permulaan penerbitannya, kartun-kartun ini tidak diketahui umum, namun ia mula mendapat pendedahan meluas selepas kempen yang dimulakan oleh seorang ulama Mesir yang berpengkalan di Denmark. Sememangnya mencintai Rasulullah dan para sahabatnya bererti tidak memberi liputan meluas terhadap penghinaan-penghinaan yang kasar terhadap mereka. Jika ada orang menghina orang yang kita sayangi seperti ibu bapa, anak-anak atau adik-beradik, adakah kita akan menghebahkan komen-komen dan gambaran-gambaran yang buruk itu ke seluruh dunia?

Dalam kes-kes seperti ini, bepuluh-puluh orang telah terbunuh dalam rusuhan-rusuhan dan bantahan-bantahan yang dilakukan di seluruh dunia. Keadaan ini amat bertentangan dengan apa yang pernah diperkatakan tentang Rasulullah yang pernah menyampaikan pesanan bahawa dosa memusnahkan tapak suci Islam iaitu Ka’abah dianggap lebih kecil di sisi Tuhan berbanding dosa membunuh satu nyawa.

Berikut adalah beberapa kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 2011:

a) Beberapa orang kakitangan Badan Bangsa-bangsa Bersatu yang bersusah payah membantu Afghanistan, sebuah negara majoriti Islam, telah dipenggal kepala dalam rusuhan yang

Page 22: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA: ISLAM DAN KEBEBASAN KEPERCAYAAN

21

bertukar menjadi keganasan ketika membantah tindakan membakar naskhah al-Qur’an oleh segelintir penganut Kristian Evangelis di Amerika Syarikat.32

b) Gabenor negeri Punjab di Pakistan, Salman Taseer telah dibunuh oleh pengawal peribadinyasendiri kerana dia menuduh gabenor itu “menghina Nabi Muhammad (s.a.w)” melaluicampur tangan dalam satu kes mahkamah. Gabenor itu cuba untuk memperolehipengampunan presiden dalam kes Asia Bibi, seorang warga Pakistan beragama Kristian yangtelah dihukum mati berdasarkan undang-undang murtad apabila beliau telah disyaki terbabitdalam persengketaan dengan jiran-jirannya yang beragama Islam.

CopyrightThe copyright of this text belongs to The Zephyr Institute, Palo Alto, California, U.S.A. 

Attribution‐NoDerivs 3.0 Unported (CC BY‐ND 3.0) 

Share  Yes!  You are free to Share — to copy, distribute and transmit this work 

This text originally appeared in English at www.quilliamfoundation.org 

i Nota Penterjemah: Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an yang dirujuk dalam perbahasan ini ialah Terjemahan al-Qur’an Dalam Bahasan Melayu, oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Boleh didapati secara atas talian di: http://www.alquran-melayu.com/ 

32 “Kakitangan Bangsa-bangsa Bersatu diburu dan disembelih di Afghanistan” (“UN staff were hunted down and slaughtered in Afghanistan,” The Daily Telegraph, 3 April 2011, http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/afghanistan/8424805/UN-staff-were-hunted-down-and-slaughtered-in-Afghanistan.html

www.IslamAndReligiousFreedom.org