nusyuz dan perkara aib dalam perkahwinan

Upload: mohd-borhan-bin-jamaluddin

Post on 02-Mar-2016

102 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • NUSYUZ

    Nusyuz bermakna derhaka. Isteri yang nusyuz ialah isteri yang menderhakai suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suami yang diwajibkan oleh Allah SWT dengan tanpa alasan yang diharuskan syara seperti tidak mentaati perintah suami atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki rumahnya atau tidak mahu memasuki rumahnya atau tidak mahu memasuki rumah suaminya atau seumpama dengannya.

    Menurut Ibn Faris, perempuan yang nusyuz ialah yang menderhakai suaminya.

    Dari segi istilah, nusyuz ialah seseorang isteri keluar daripada mentaati suaminya. Inilah pendapat Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali.

  • HUKUM NUSYUZ

    Perbuatan nusyuz oleh isteri adalah haram. Ia adalah satu daripada dosa besar. Ibn Hajar al-Haitami mengira nusyuz termasuk dosa besar yang telah diputuskan oleh ramai para ulama. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya, Apabila suami mengajak isteri tidur bersama-sama, isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dengan perasaan marah, malaikat melaknati isteri itu hingga ke pagi (Hadis. al-Bukhari. 4897).

  • SEBAB-SEBAB NUSYUZ

    Nusyuz terjadi apabila isteri tidak lagi mentaati suami, malah menderhakainya. Contohnya:

    Isteri keluar rumah dan bermusafir tanpa sebab dan izin suaminya.

    Bersikap kasar atau bermasam muka terhadap suaminya.

    Isteri tidak membuka pintu untuk suaminya masuk.

    Isteri enggan membenarkan suami menyetubuhinya tanpa sebarang keuzuran, seperti sakit.

    Suami mengajak isterinya bersama, tetapi dia tetap sibuk dengan tugasnya dan seumpamanya.

  • CARA MENGATASI NUSYUZ

    1- Memberi nasihat- suami hendaklah menasihati isteridengan baik dan berhikmah agar boleh menyedarkan isteri dari dari kesalahannya.

    2- Pemulauan di tempat tidur- Ibn al-Arabi- ada 4 pendapat ulama dalam masalah ini:

    a) Ibnu Abbas - membelakangkan isterinya ketika di tempat tidur.

    b) Ikrimah dan Abu Dhuha -tidak bercakap dengannya tapi masih menyetubuhinya.

  • samb...

    c) Ibrahim, al-Syabi, Qatadah, Hasan Basri, Ibn Wahab dan Ibn Qasim meriwayatkan dari Imam Malik dan lain-lain - tidak tidur bersama dan tidak menyetubuhinya sehingga isteri kembali sebagaimana dikehendaki suami.

    d) Sufian bercakap dan menyetubuhinya, tetapi bercakap dengan percakapan yang ada unsur ketegasan dan kekasaran.

  • samb...

    Menurut Imam Nawawi: pemulauan di tempat tidur adadua maksud iaitu-

    Pemulauan dengan perbuatan.

    Pemulauan dengan perkataan.

    Tempoh pemulauan:-Ulama Maliki- sebulan tapi tidak lebih dari 4 bulan.Ulama Syafie- mengikut jenis pemulauan, jika perkataan tidak boleh melebihi 3 hari.Ibn Hajar al-Haitami- tidak ada tempoh tertentu.Ulama Hanbali- mengikut tempoh yang dikehendaki oleh suami.

  • 3- Memukul - dengan pukulan untuk mendidik tanpa mencederakan tubuh badan dan mematahkan tulang, namun bukan di bahagian muka atau tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya.

    Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili- memukul jika isteri masih lagi berdegil dengan menggunakan 4 elemen:

    Sifat pukulan- pukulan yang tidak kuat dan tidak meninggalkan kesan apatah lagi cedera.Kawasan pukulan- tidak di muka, perut, kawasan yang dikhuatiri boleh membawa kematian dan tempat yang cantik supaya tidak menghodohkan.Jumlah pukulan- tidak lebih dari sepuluh sebatan/pukulan.Alat pukulan-tangan dengan memukul tapak tangan, tongkat yang ringan/kecil atau kayu siwak.

  • samb...

    Jika perselisihan antara pasangan suami isteri tidak mampu diselesaikan oleh mereka, ia hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim hendaklah melantik dua orang tengah daripada orang Islam yang adil dan berkebolehan berunding sebagai pendamai kepada suami isteri tersebut. Kedua-dua pendamai itu sunat seorang daripada keluarga suami yang dipersetujui dan seorang daripada keluarga isteri yang dipersetujuinya.

    Allah berfirman yang bermaksud:

    Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan, jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi amat dalam pengetahuan-Nya (Al-Quran. al-Nisa. 34)

  • HUKUM MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI YANG NUSYUZ

    Isteri yang telah disabitkan oleh Mahkamah Qadi/Syariah nusyuznya, maka menurut ijmak Ulamak bahawa nafkah kepadanya gugur kerana nafkah diwajibkan kepada isteri disebabkan ianya terkurung (setia/taat) dalam rumahtangga.

    Isteri yang nusyuz ialah isteri-isteri yang membebaskan dirinya dari kurungan suami dengan tidak mentaatinya tanpa alasan yang diharuskan syarak, maka gugurlah nafkah ke atasnya.

    Ada pun isteri yang belum disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Qadi/Syariah, walaupun ada anggapan nusyuz, maka nafkah ke atasnya masih wajib.

  • SUAMI NUSYUZ

    Suami yang menganiaya isteri dan tidak menyukainya, seperti tidak memberikannya giliran bermalam, Nafkah atau mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah:-

    1) menasihati suami dan mengingatkan tanggungjawab dengan menyebut firman Allah SWT:

    Maksudnya, Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian, bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak (Al-Quran. al-Nisa. 19).

  • samb

    2) memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya.

    3) jika tidak, dia hendaklah mengadu kepada hakim untuk mendapat haknya.

    4) hakim wajib memerintah suami memberikan gilirannya, menunaikan hak-haknya dan tidak menzaliminya.

    5) jika perangai suami semakin buruk, malah terus menyakitinya dengan memukul dan memaki hamun tanpa sebab, hakim hendaklah melarang suami berbuat demikian.

    6) jika suami mengulanginya dan isteri meminta hakim mengenakan hukuman terhadap suami, hakim hendaklah mengambil tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.

  • samb

    7) Jika perbalahan menjadi semakin buruk, dua orang wakil sebagai orang tengah hendaklah dihantar untuk mendamaikan mereka atau memisahkan mereka sekiranya usaha mendamaikan mereka tidak berjaya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

    Maksudnya, Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan (Al-Quran. al-Nisa. 127).

  • PERKARA AIB YANG DIBOLEHKAN FASAKH PERKAHWINAN

    Imam yang empat telah sepakat bahawa harus dipisahkan antara suami dan isteri dengan sebab aib berdasarkan nas seperti yang dinyatakan dalam al-Mausuah al-Fiqhiyyah 3/111.(Kumpulan pembahasan fiqih, diterbitkan oleh Kementerian Waqaf dan Urusan Keislaman Kuwait. Kitab ini terdiri dari 45 Juz.) Namun, di dalam Perundangan Islam, perkara-perkara yang mengharuskan untuk fasakh bagi suami isteri adalah berbeza antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Dalam Mazhab Hanafi, seorang isteri boleh memohon untuk membubarkan perkahwinan melalui cara fasakh hanya apabila suami yang dikahwininya itu mengalami kecacatan dan keaiban.Marghinani dalam al-Hidayah menyatakan bahawa hanya tiga penyakit sahaja iaitu mati pucuk, terpotong zakar dan terputus dua biji pelir, sekalipun suami itu terkena penyakit sopak dan kusta.

  • FASAKH PERKAHWINAN KERANA AIB

    Aib yang dibolehkan fasakh terbahagi kepada dua:

    Aib yang menghalang persetubuhan, seperti zakar terputus (), mati pucuk (), faraj yang tersumbat oleh tulang () atau daging ().

    2. Aib yang tidak menghalang persetubuhan, yang merupakan penyakit menjijikan atau berbahaya, yang tidak mungkin diterima kecuali sanggup menghadapi mudharatnya, seperti kusta, sopak dan gila.

  • JENIS AIB SUAMI DAN ISTERIAib suami isteri terbahagi kepada tiga bahagian:

    1. Aib Yang Dihidapi Oleh Suami Atau Isteri, Seperti Kusta, Sopak Dan GilaSeseorang yang mendapati pasangannya gila, kusta atau sopak, boleh memfasakhkan perkahwinan mereka sama ada dia juga menghadapinya ataupun tidak. Ini kerana seseorang biasanya benci akan penyakit orang lain berbanding dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya, Nabi SAW mengahwini seorang wanita keturunan Ghifar. Apabila dia dibawa masuk menemui Nabi, Baginda terlihat sopak di rusuknya, lalu Baginda bersabda: Pakailah baju dan baliklah kepada keluargamu. Baginda juga bersabda kepada keluarga perempuan itu: Kamu telah menyembunyikan aibnya (Hadis al-Baihaqi. 7/214).

  • samb

    2. Aib Yang Khusus Kepada Isteri, Seperti Faraj Yang Tersumbat Oleh Tulang Atau DagingSuami yang mendapati faraj isterinya yang tertutup oleh tulang atau daging, boleh memfasakhkan perkahwinan. Ini kerana penyakit tersebut menghalang persetubuhan yang merupakan tujuan perkahwinan.

    3. Aib Yang Khusus Kepada Suami, Seperti Zakar Terputus Atau Mati PucukIsteri yang mendapati zakar suaminya telah terputus atau mati pucuk, berhak memfasakhkan perkahwinan. Al-Mawardi menyatakan bahawa perkara tersebut disepakati oleh ulama. Ini kerana aib tersebut menghalang maksud perkahwinan, sebagaimana aib pihak isteri.

  • AIB SELEPAS AQAD NIKAH

    Aib yang dinyatakan sebelum ini jika berlaku selepas aqad nikah kepada suami atau isteri, mereka tetap berhak untuk memfasakhkan perkahwinan, sama seperti aib sebelum perkahwinan sama ada ia berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya, atau sama ada menghalang persetubuhan, seperti mati pucuk atau tidak menghalang persetubuhan seperti gila.

    Walau bagaimanapun, mati pucuk yang berlaku selepas persetubuhan, menggugurkan hak isteri memfasakhkan perkahwinan kerana tujuan perkahwinan ialah mas kahwin dan persetubuhan telah disempurnakan sebelum aib tersebut.

  • AIB YANG BOLEH DIRAWAT

    Faraj tersumbat oleh tulang atau daging yang boleh dirawat melalui pembedahan dengan persetujuan isteri, maka suami tidak lagi berhak memilih untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut.

    Begitu juga penyakit gila, sopak dan kusta, yang boleh dirawat melalui kaedah perubatan. Hal ini adalah kerana sebab yang membolehkan fasakh telah gugur.

  • HAK WALI MEMFASAKHKAN PERKAHWINAN

    Wali bagi perempuan berhak memfasakhkan perkahwinan jika mendapati aib pada suami wujud sebelum aqad nikah sama ada perempuan itu bersetuju ataupun tidak. Hal ini disebabkan wali akan berasa malu dengan aib tersebut.

    Walau bagaimanapun, wali tidak berhak memfasakhkan perkahwinan bagi aib yang berlaku selepas persetubuhan. Hal ini adalah kerana pada kebiasaannya, wali tidak berasa malu berbanding aib yang wujud sebelum perkahwinan.

    Begitu juga, wali tidak boleh memfasakhkan perkahwinan bagi aib mati pucuk atau zakar yang terpotong semasa aqad nikah. Hal ini adalah kerana kemudharatan itu khusus bagi isteri, sedangkan dia meredhainya. Pada kebiasaannya, wali tidak berasa hina dengan keadaan tersebut.

  • FASAKH DILAKUKAN DENGAN SEGERA

    Pilihan memfasakhkan perkahwinan dengan aib tersebut hendaklah dilakukan dengan segera. Hal ini adalah kerana fasakh disebabkan aib, suami isteri hendaklah segera menyatakan ketidakredhaannya dengan membawa perkara itu ke mahkamah dengan menuntut fasakh.

    Jika seorang daripada pasangan itu mengetahui aib pasangannya, tetapi mendiamkannya, maka gugurlah haknya untuk menuntut fasakh. Lainlah jika dia tidak mengetahui haknya itu. Oleh itu, hak menuntut fasakh tersebut tidak gugur.

  • PERMOHONAN FASAKH PERLU DIKEMUKAKAN KEPADA HAKIM

    Suami atau isteri tidak boleh memfasakhkan perkahwinan disebabkan aib tersebut bersendirian. Mereka mestilah membawa perkara itu ke mahkamah untuk menuntut fasakh.

    Jika hakim mendapati aib itu benar-benar wujud, dia hendaklah memfasakhkan perkahwinan tersebut.

  • MEMBERI TEMPOH DALAM MASALAH MATI PUCUK Jika suami terbabit mati pucuk, hakim hendaklah memberi tempoh selama setahun qamariyah. Hal ini adalah kerana kemungkinan mati pucuk boleh sembuh dengan perubahan musim. Jika aib itu hilang dalam tempoh tersebut, maka perkahwinan diteruskan. Sekiranya tidak, perkahwinan itu hendaklah difasakh. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Umar bin al-Khattab RA, katanya: Maksudnya, Dia diberikan tempoh selama setahun kalau dia mampu mengatasinya. Jika tidak, kedua-dua suami isteri itu dipisahkan. Isteri tersebut berhak mendapat mas kahwin dan hendaklah beriddah (Hadis al-Baihaqi 7/226).

  • CARA MEMBUKTIKAN MATI PUCUK

    Semua aib boleh dibuktikan dengan pengakuan dan laporan doktor. Tetapi, mati pucuk perlu dibuktikan dengan pengakuan suami di hadapan hakim atau dengan sumpah isteri apabila suami enggan bersumpah, atau menafikan dirinya mati pucuk ketika diminta oleh hakim berbuat demikian.

  • KESAN DARIPADA PERKAHWINAN YANG DIFASAKH KERANA AIB

    Fasakh yang dituntut oleh suami atau isteri kerana aib tersebut, mungkin berlaku sebelum atau selepas persetubuhan, atau mungkin aib itu wujud sebelum persetubuhan atau selepasnya.

    i) Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, isteri tidak berhak mendapat mas kahwin dan mutah. Dalam hal ini, walaupun aib itu berlaku pada suami, tetapi isteri yang telah memohon fasakh. Oleh itu, suami tidak wajib memberikan apa-apa pun kepadanya.Jika aib itu berlaku pada isteri, dia juga tidak mendapat apa-apa hak kerana fasakh itu berpunca daripadanya. Dalam hal ini, dia seolah-olah orang yang menuntut fasakh.

  • samb

    ii) Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib yang berlaku seiring dengan aqad nikah atau yang berlaku di antara waktu aqad nikah dan persetubuhan, yang tidak diketahui oleh suami, maka isteri berhak mendapat mas kahwin mithil.

    iii) Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib juga berlaku selepasnya, isteri wajib diberi semua mas kahwin yang dinyatakan dalam aqad. Hal ini adalah kerana mas kahwin telah wajib disebabkan persetubuhan sebelum wujudnya sebab untuk memfasakhkan perkahwinan. Oleh itu, fasakh yang berlaku tidak mengubah kewajipan memberi mas kahwin.

  • MAS KAHWIN TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMULA

    Suami tidak boleh mengambil mas kahwin semula daripada wali atau isteri yang menipunya kerana dia telah melakukan persetubuhan yang dinilaikan dengan aqad nikah.

    Contohnya, isteri atau walinya berdiam diri tanpa memberitahu suami tentang aib isteri yang wujud sebelum persetubuhan.

  • PERUNTUKAN FASAKH DI MALAYSIA

    Peruntukan tentang fasakh, bukanlah perkara baru. Ini adalah kerana dalam Fasal 27, Hukum Kanun Melaka alasan untuk membubarkan perkahwinan melaluifasakh telah diperuntukkan iaitu:

    "Fasal yang kedua puluh tujuh pada menyatakan hukum khiyar itu mau pada perempuan, mau pada laki-laki itu atas lima perkara 'aibnya itu, pertama-tama 'aib gila (dan) judham, kedua baras, ya'ni sopak atau kedal, ketiga 'aib ratak, keempat 'aib karan, ya'ni tumbuh tulang pada perjinya, 'aib kebiri (dan) orangyang lemah zakarnya iaitu seperti orang ratak hukumnya, dan judham pun demikian juga, tiada sah nikahnya kahwin dengan orang yang demikian itu.

  • samb

    Adapun jikalau dikahwinkan orang suatu laki-laki maka tiada diberinya akan hal ada perempuan itu berpenyakit yang demikian itu.Telah kemudian, maka baharu diketahuinya, nescaya-terurailah kahwinnya itu yakni fasakh, tiadalah laki-laki itu menanggung isi kahwin perempuan. Dan demikian lagi, jikalau ada 'aib laki-laki yang berpenyakit seperti yang tersebut itu, maka itupun fasakh jua, jikalau tiada kabul perempuan itu, diberitahunya kepada Hakim, niscaya cerai jua.

  • samb

    Jika lemah zakarnya laki-laki itu, maka disuruh oleh Hakim berubat kepada tabib yang tahu, maka dinantikan setahun lamanya. Jikalau tiada sembuh didalam setahun, maka fasakh nikahnya itu.

    Adapun akan orang yang baras dan judham dan gila itu jikalau reda perempuan itu akan laki-laki itu, atau reda laki-laki itu akan perempuan itu, tiadalah ia difasakhkan oleh Hakim akan mereka itu, kerana sama reda keduanya, ya'ni ia suka keduanya, tiada lagi khiyar daripada yang demikian,itu kaul yang sah.

  • samb

    Adapun jikalau diperoleh 'aib tatkala di dalam laki-laki, difasakhkannya dirinya perempuan itu atas isi kahwinnya akan laki-laki itu. Demikian lagi jikalau ada aib laki-laki itu di dalam perempuan itu, itupun difasakhkan dirinya daripada perempuan itu. Demikian lagi atas barang yang diperoleh 'aib di dalam sudah kahwin, itu pun fasakh jua. Itulah hukum khiyar atas tiap-tiap kahwin.Demikianlah hukumnya itu.

  • Semua Undang-undang Keluarga yang digubal sejak tahun 1983 mengiktiraf bahawa seorang isteri dibenarkan memohon fasakh di Mahkamah atas satu atau beberapa alasan yang telah disenaraikan dan diperuntukan dalam Undang-undang Keluarga Islam di tiap-tiap negeri. Di Negeri Perak, alasan yang disenaraikan sebagaimana yang diperuntukkan,dalam Seksyen 49, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak, Bil 13, Tahun 1984,

    Bahawa suami telah mati pucuk dan masih lagi sedemikian keadaannya dalam masa setahun setelah dibuat pengaduan,

    Bahawa suami telah gila atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit selama tidak ada kenyataan yang terang menunjukkan relanya dengan penyakit tersebut.

    Bahawa izin isteri terhadap perkahwinan itu telah diberi secara tidak sah samada oleh sebab paksaan, kesilapan ketidak sempurnaan akal atau pun lain-lain sebab mengikut Hukum Syarak,

  • samb

    Bahawa pada masa perkahwinan itu, suami adalah seorang yang sakit otak (samada berterusan atau berselangan) dalam erti Ordinan sakit 0tak 1952 dari jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

    Atas apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh menurut Hukum Syarak.

  • samb

    Di Malaysia, terdapat kes-kes serius yang telah dilaporkan berlaku seperti ditikam sehingga terkeluar tali perut, ditendang hingga keguguran, ditumbuk, disiram air panas, ditetak dengan senjata tajam dan sebagainya.

    Dalam keadaan sebegini, isteri mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinannya melalui fasakh seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 52, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

    Malah banyak lagi alasan atau perkara aib di dalam perkahwinan yang membolehkan seseorang isteri memohon untuk memfasakhkan perkahwinan pada masa kini termasuklah dari sudut sosial dan ekonomi khususnya suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkahnya selama tempoh tiga tahun.

  • RUMUSAN

    Nusyuz adalah suatu perkara yang mesti dielakkan bagi mengekalkan kerukunan rumahtangga. Namun sering terdengar cerita tentang kekejaman suami terhadap isteri-isteri mereka atau kecurangan isteri di belakang suami mereka.Semua tindakan itu bukanlah tindakan orang yang soleh dan solehah. Islam menyuruh umatnya supaya berlemah lembut terhadap pasangan masing-masing, melayaninya dengan baik, dan menghormati kedudukannya terutama di hadapan anak-anak.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan terlebih lemah lembut terhadap isterinya.

  • samb

    Kata pujangga usahlah anda mencari yang paling sempurna di dunia ini, tetapi carilah yang terbaik yang ada.

    Sebenarnya kita semua mempunyai kelemahan. Justeru itu tidak wajar kita berasa malu untuk mencari kesempurnaan pada orang lain sedang kita sendiri penuh dengan keburukan (aib).

    Janganlah kita mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain, kiranya kita rasa kita berkuasa ke atasnya. Ingatlah Allah lebih berkuasa ke atas kita.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, kalau ia tidak suka suatu perangainya, hargailah yang lain padanya.

  • Sekian, Terima Kasih