p4202 - bab 10 laporan audit

6
BAB 10: LAPORAN AUDIT Pengenalan - Juruaudit perlu menyemak semula dan menilai rumusan-rumusan yang dibuat hasil bukti-bukti yang diperolehi yang akan digunakan sebagai asas untuk melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan - Penyemakkan semula dan penilaian yang dibuat melibatkan pembentukkan rumusan yang menyeluruh samada; i. Penyata kewangan telah disediakan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum dan ianya telah diamalkan secara tekal ii. Penyata kewangan telah memenuhi peraturan-peraturan dan peruntukkan undang-undang iii. Semua perkara yang material telah dibentangkan dengan secukupnya dalam penyata kewangan Definisi - Pendapat juruaudit tentnag persembahan penyata kewangan yang telah disediakan oleh entity yang diaudit - Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai pendapat yang dilahirkan oleh juruaudit Unsur-unsur Asas

Upload: chris

Post on 18-Jun-2015

949 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: P4202 - BAB 10 Laporan Audit

BAB 10: LAPORAN AUDIT

Pengenalan

- Juruaudit perlu menyemak semula dan menilai rumusan-rumusan yang dibuat

hasil bukti-bukti yang diperolehi yang akan digunakan sebagai asas untuk

melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan

- Penyemakkan semula dan penilaian yang dibuat melibatkan pembentukkan

rumusan yang menyeluruh samada;

i. Penyata kewangan telah disediakan mengikut prinsip perakaunan yang

diterima umum dan ianya telah diamalkan secara tekal

ii. Penyata kewangan telah memenuhi peraturan-peraturan dan peruntukkan

undang-undang

iii. Semua perkara yang material telah dibentangkan dengan secukupnya

dalam penyata kewangan

Definisi

- Pendapat juruaudit tentnag persembahan penyata kewangan yang telah

disediakan oleh entity yang diaudit

- Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai pendapat yang dilahirkan oleh

juruaudit

Unsur-unsur Asas

1. Tajuk

- Tajuk “Laporan Audit” adalah biasa digunakan

- Tujuanya adalah untuk membantu pembaca mengenali laporan audit dan dapat

membezakan dengan mudah dari laporan-laporan yang diterbitkan oleh pihak

lain

Page 2: P4202 - BAB 10 Laporan Audit

2. Kepada Pihak yang Ditujukan

- Menstilah ditujukan kepada pihak tertentu seperti pemegang saham atau

lembaga pengarah entity

3. Mengenalpastian penyata kewangan

- Nama entity, tarikh dan jangka masa yang diliputi oleh penyata kewangan

4. Rujukan kepada standard atau amalan perakaunan yang diikuti

- Merujuk kepada panduan pengauditan antarabangsa atau kepada standard atau

amalan yang telah mmenjadi mantapdisesebuah Negara

- Para pembaca memerlukannya sebagai kepastian bahawa suatu pengauditan

telah dijalankan selaras dengan standard dan amalan pengauditan

5. Pendapat keatas penyata kewangan

- Laporan hendaklah menyatakan pendapat juruaudit tentang persembahan

penyata kewangan entity mengenai kedudukan kewangan dan hasil kendalian

operasi entity itu

6. Tandatangan

- Laporan hendaklah ditandatangani oleh firma audit, nama juruaudit atau kedua-

duanya

7. Alamat jururaudit

- Mesti menyatakan lokasi tertentu yang biasanya bandar di mana juruaudit

menempatkan pejabatnya

Page 3: P4202 - BAB 10 Laporan Audit

8. Tarikh laporan

- Tarikh yang digunakan adalah tarikh dimana selesainya kerja-kerja audit

dilaksanakan

- Tujuanya adalah untuk memaklumkan kepada para pembaca bahawa juruaudit

mengambil kira kesan keatas penyata kewangan hasil dari peristiwa-peristiwa

dan urusniaga-urusniaga yang diketahui oleh mereka terjadi sehingga ke tarikh

berkenaan

Jenis-jenis pendapat

1. Pendapat ke atas syarat

- Juruaudit berpuas hati dalam semua aspek material

- Laporan audit mestilah dalam bentuk yang jelas melahirkan kepuasan

2. Pendapat bersyarat

- Juruaudit membuat kesimpulan bahawa ia tidak boleh mengeluarkan pendapat

tanpa syarat

- Walaupun begitu, kesan dari sebarang ketidak setujuan, ketidakpastian, atau

batasan keatas skop kerja adalah tidak begitu penting

- Keadaan yang boleh menyebabkan pendapat bersyarat :

Batasan keatas skop kerja juruaudit

- Timbul batasan keatas skop kerja, contohnya, apabila syarat-syarat ikat

janji menyekat juruaudit dari menjalankan sesuatu tatacara yang pada

pendapat juruaudit adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan untuk

audit tersebut

- Laporan juruaudit harus menerangkan batasan-batasan berkenaan

dengan cara penyusunan kata-kata untuk menyampaikan pendapat

tersebut

Page 4: P4202 - BAB 10 Laporan Audit

Tiada persetujuan diantara juruaudit dengan pihak pengurusan iaitu :

a. Kebolehterima prinsip-prinsip perakaunan yang dipilih oleh

pelanggan

b. Kaedah penggunaan prinsip perakaunan tersebut merangkumi kecukupan

pembentangan maklumat didalam penyata kewangan

c. Pematuhan penyata kewangan kepada peraturan-peraturan dan

kehendak-kehendak undang-undang yang berkaitan

Ketidakpastian

- Ketidak pastian yang wujud yang memberikan kesan material kepada

penyata kewangan

- Laporan perlu menerangkan keadaan ketidakpastian tersebut serta

membuat rujukan di dalam nota kepada penyata kewangan yang akan

membincangkannay dengan lebih lanjut

3. Pendapat bertentangan

- Dikeluarkan apabila kesan dari ketidakpastian adalah terlalu menyerap kepada

penyata kewanagn sehingga juruaudit memutuskan bahawa suatu syarat dalam

laporan audit tidak cukup untuk membentangkan penyata kewangan yang

mengelirukan atau tidak lengkap

4. Pendapat penafian

- Dikeluarkan apabila didapati yang kemungkinan kesan dari batasan skop kerja

atau ketidakpastian secara keseluruhannya adalah sangat material sehingga

menyebabkan juruaudit tidak berupaya untuk member pendapat keatas penyata

kewangan