bab 10 - mah khas

50
Kumpulan 10 MAHKAMAH KHAS BADAN PERUNDANGAN YANG LAIN ATURCARA PROSIDING MAHKAMAH

Upload: ngege

Post on 05-Jul-2015

774 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 10 - Mah Khas

Kumpulan 10

MAHKAMAH KHAS

BADAN PERUNDANGAN YANG LAIN

ATURCARA PROSIDING MAHKAMAH

Page 2: Bab 10 - Mah Khas

o Mahkamah ini merujuk kepada mahkamah yang membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh pihak2 tertentu sahaja.

o Mahkamah ini biasanya merupakan mahkamah yang tertutup (kecuali Mahkamah Syariah) dan tidak terbuka kepada orang ramai.

o Terdapat beberapa jenis mahkamah:a) mahkamah khas raja-rajab) mahkamah juvenilc) mahkamah syariahd) mahkamah tenterae) mahkamah bumiputeraf) mahkamah Perusahaanh) mahkamah Buruh

Mahkamah-mahkamah Khas

Page 3: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah ini tidak begitu diketahui oleh orang awam.

Ini kerana mahkamah ini ditubuhkan bukanlah untuk orang awam.

Ia adalah dikhususkan utk pembicaraan kes2 kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan2 di atas sifat peribadi baginda jika ada.

Hakim2 yg membicarakan kes di mahkamah khas raja-raja terdiri daripada:- Ketua Hakim Negara- Hakim Besar Mahkamah Tinggi- Dua orang hakim Mahkamah Atasan yg dilantik oleh

Majlis Raja2

Mahkamah Raja-raja

Page 4: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah ini adalah tempat pembicaraan kes2 jenayah orang2 yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.

Ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Juvenil 1947 (Akta 90) ini terdiri drpd:a) seorg Majistret Kelas Ib) 2 org penasihat dipilih Menteri Kebajikan bg

Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Negeri bg negeri masing2.

Dalam pembicaraan majistret menetapkan keputusan dan 2 orang penasihat lagi menasihat majistret tentang hukuman yang patut dikenakan terhadap pesalah.

Seorg yg didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga umur mencapai 21 tahun.

Mahkamah Juvenil

Page 5: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Syariah secara khusus adalah berkepentingan secara langsung dgn penganut Agama Islam di negara ini.

Urusan penubuhan dan perjalanan Mahkamah Syariah terletak pada bidang kuasa masing2 Kerajaan negeri iaitu yang dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

Penubuhan Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Majlis Agama Islam Negeri. Mempunyai kuasa untuk membicarakan @ memutuskan hukuman ke atas sesuatu kes yang diperuntuk oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

Antaranya mengenai urusan keluarga Islam, perkahwinan dan penceraian pasangan Islam, nafkah ,warisan dan masalah harta pusaka.

Dari segi strukturnya, mahkamah ini mengandungi (1) Mahkamah Tinggi syariah, Dan (2) Mahkamah Rendah syariah. Yang ketiga yg menjadi Mahkamah Rayuan Syariah bagi menjalankan pembicaraan semula @ mendengar rayuan , jika ada, terhadap keputusan2 yang dibuat oleh kedua2 mahkamah ini ialah (3) Jawatankuasa Ulang Bicara.

Mahkamah Syariah

Page 6: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah ini adalah sebuah badan yg bertujuan utk menjamin dan mengawal disiplin di kalangan anggota dan pegawai angkatan bersenjata.

Ia ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera (1972) dan mempunyai kuasa utk membicarakan anggota dan pegawai tentera yg melanggar disiplin dan peraturan dlm perkhidmatan angkatan tentera.

Mahkamah ini mengandungi seorng pegawai tinggi tentera bertindak sebagai Yang DiPertuan dan sekurang2 dua org pegawai tentera yg lain ;sementara seorg

Hakim Peguam (Judge Advocate) iaitu seorg pegawai Perkhidmatan kehakiman ditugaskan sbg penasihat bg mahkamah

ini. Prosedur perbicaraan dan penghukuman adalah

tertakluk pd akta yg mendasari perkhidmatan ketenteraan itu.

Mahkamah Tentera

Page 7: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah ini wujud di negeri Sabah dan Sarawak di bawah Ordinan

Mahkamah Bumiputera Sarawak 1955. Mahkamah ini mengendalikan kes2 pelanggaran adat suku2 kaum

di Sabah dan Sarawak yang melibatkan perkara2 seperti:a) amalan adat perkahwinan b) amalan adat2 keagamaanc) tidak mematuhi undang2 adatd) adat pemilikan tanahe) amalan adat2 suku kaum

kaum bumiputera islam yg melanggar undang2 islam tidak dibicara di Mahkamah Bumiputera tetapi dibicara di Mahkamah Syariah.

Mahkamah Bumiputera

Page 8: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Bumiputera Sabah

Mahkamah Rayuan Bumiputera Mahkamah Rayuan Bumiputera Sabah (diketui Hakim Mahkamah Sabah (diketui Hakim Mahkamah Tinggi)Tinggi)

Mahkamah Pegawai Mahkamah Pegawai DaerahDaerah

(diketui Pegawai Daerah)(diketui Pegawai Daerah)

Mahkamah BumiputeraMahkamah Bumiputera(diketui ketua (diketui ketua bumiputera/Penghulu)bumiputera/Penghulu)

Page 9: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Rayuan Bumiputera

Sarawak ( diketuai Hakim Mahkamah Tinggi) Mahkamah Bumiputera Residen

(diketuai oleh Residen bumiputera dan 1 pengapit)

Mahkamah Daerah Bumiputera (diketui Majistret kelas1 ,pegawai

bumiputera ,dan 2 pengapit)

Mahkamah Pegawai Atau Ketua Bumiputera (diketuai Pegawai Bumiputera/Ketua Bumiputera

dan 2 pengapit)

Mahkamah Ketua Kampung(diketuai ketua Kampung dan 2 pengapit

Page 10: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Perusahaan Ditubuhkan pada tahun 1940 di bawah aturan

Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Siasatan. Kini, dikendalikan di bawah Seksyen 21, Akta

Perhubungan Perusahaan 1967. Mahkamah Perusahaan mengendalikan kes

pembuangan kerja sektor swasta oleh pihak majikan.

Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara majikan dan pekerja.

Rayuan keputusan Mahkamah Perusahaan dibuat di Mahkamah Tinggi

Page 11: Bab 10 - Mah Khas

Bidang kuasa Mahkamah Perusahaan ialah:(a) memerintah mana-mana pihak pengusaha untuk digabungkan, diganti atau dibatalkan.(b) merekod kenyataan secara angkat sumpah dan mengarahkan mengemukakan buku, surat dan dokumen sebagai bukti.© mendengar kes dan memberi keputusan.(d) mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan untuk menghadirkan diri ke mahkamah.(e) membuat perbicaraan secara tertutup.(f) memohon untuk mendapatkan bantuan tenaga pakar untuk memberi pendapatnya semasa perbicaraan boleh dijadikan bahan bukti.(g) memberi pengiktirafan dan pendaftaran perjanjian bersama yang diamanahkan oleh majikan tau Kesatuan Pekerja

Page 12: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Perusahaan berkenaan pampasan bagi kes pembuangan pekerja telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Ogos 2008

Mahkamah Perusahaan perlu mengambilkirafaktor berikut:

1. Gaji ke belakang (backwages) tidak boleh melebihi 24 bulan.2. Gaji kebelakangan bagi pekerja dalam tempoh percubaan tidak

boleh melebihi 12 bulan.3. Suatu peratus daripada pendapatan selepas pembuangan

kerja (post sismissal earnings) hendaklah ditolak daripada gaji kebelakangan yang telah diberikan.

4. Pampasan bagi kehilangan pendapatan masa hadapan (loss of future earnings) tidak diambilkira.

5. Salah laku sertaan (contributory misconduct) pekerja itu hendaklah diambilkira.

Page 13: Bab 10 - Mah Khas

Keanggotaan1. Diketuai Presiden (seorang peguam cara

atau peguam bela) yang dilantik oleh YDA.2. 21 orang pengerusi (15 orang di Mahkamah

Kuala Lumpur, 2 orang di Mahkamah Pulau Pinang dan Sarawak, seorang di Mahkamah Ipoh dan Johor Bharu)

3. Tiga orang ahli panel, iaitu wakil majikan, wakil pekerja san seorang berkecuali dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.

4. Seorang Pendaftar (dibantu oleh 10 orang pegawai dan 80 orang kakitangan)

Page 14: Bab 10 - Mah Khas

Pertingkat penyelesaian pertelingkahan antara majikan dengan pekerja ialah:

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Perusahaan

Menteri Sumber Manusia

Jabatan Perhubungan Perusahaan

Pertelingkahan

Page 15: Bab 10 - Mah Khas

Prosiding1. Penyelesaian sesuatu kes akan dibuat oleh Ketua Pengarah

Perusahaan.(KPP)2. Jika KPP tidak dapat menyelesaikan masalah di peringkat

Kementerian sumber manusia, kes tersebut akan dirujuk kepada Menteri Sumber manusia.

3. Kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah Perusahaan dengan persetujuan Menteri Sumber Manusia.

4. Sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Perusahaan, maka kes tersebut boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.

5. Semasa prosiding, pihak berikut akan hadir ke mahkamah.(a) Pekerja yang terlibat(b) Wakil majikan, diringi peguam yang dilantik© Wakil Kesatun Sekerja diiringi peguam yang terlibat.

6. Keputusan dibuat berdasarkan bukti kukuh dan persetujuan suara majoriti anggota Mahkamah Perusahaan.

Page 16: Bab 10 - Mah Khas

7. Presiden akan mengumumkan keputusan dalam tempoh 30 hari jika kata putus dibuat dari tarikh kes tersebut dibicarakan.

8. Majikan perlu membayar pampasan atau mengambil semula pekerja untuk bekerja sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah.

9. Pekerja yang kalah dalam perbicaraan perlu membayar kos perbicaraan.

Page 17: Bab 10 - Mah Khas

Jenis-jenis Kes1. Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat

dengan keputusan untuk interprestasi atau variasi oleh mahkamah tentang syarat atau perjanjian kolektif (bersama)

2. Pertikaian tentang hal perusahaan antara majikan dengan Kesatuan Sekerja yang tidak dapat diselesaikan secara kompromi ke mahkamah oleh Menteri Sumber Manusia.

3. Pembuangan Pekejra di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia.

4. Terdapat penganiayaan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kesatuan Sekerja.

5. Pengaduan atau pelaksanaan syarat keputusan atau perjanjian kolektif.

Page 18: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Buruh Telah ditubuhkan di bawah Akta Pekerja 1955 (Akta

265) Mahkamah Buruh membicarakan kes berkaitan cuti

pekerja dan pembayaran gaji yang tidak melebihi RM1,500 sebulan.

Mahkamah Buruh diadili pegawai daripada Jabatan Buruh (Jabatan Tenaga Kerja)

Bidang kuasa Mahkamah Buruh adalah terhad Mahkamah Buruh boleh mengarahkan majikan

melaksanakan kehendak pekerja yang munasabah. Sebarang keputusan Mahkamah Buruh yang tidak

puas hati boleh dirayu di Mahkamah Majistret.

Page 19: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Sesyen Harta Intelek

Mahkamah Harta Intelek diluluskan oleh kabinet pada 6 Jun 2007.

Terdapat 15 buah Mahkamah Sesyen Harta Intelek, iaitu di setiap ibu negeri dan Putrajaya

Penguatkuasaan undang-undang harta intelek merangkumi hak cipta terpelihara, paten, reka bentuk perindustrian dan cakera optik.

Mahkamah Sesyen Harta Intelek meliputi bidang kuasa;

Page 20: Bab 10 - Mah Khas

Mahkamah Sesyen Harta Intelek meliputi bidang kuasa;

(a) Akta Perihal Dagangan 1972

(b) Akta Cap Dagangan 1976

© Akta Paten 1983

(d) Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

(e) Akta Reka bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000.

(f) Akta Petunjuk Geografi 2000

(g) Akta Cakera Optik 2000

Page 21: Bab 10 - Mah Khas

Tujuan Pelaksanaan1. Mahkamah Sesyen Harta Intelek berfungsi

untuk mendengar dan membicarakan kes jenayah intelek.

2. Pelaksanaan mahkamah ini adalah untuk mempercepatkan proses pengendalian kes pelanggaran intelek.

3. Selain itu, Mahkamah Sesyen Harta Intelek juga bertujuan untuk menyakinkan pelabur dan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia menjamin perlindungan terhadap harta intelek.

Page 22: Bab 10 - Mah Khas

Strategi Perlaksanaan1. Mahkamah ini dilaksanakan di Mahkamah

Sesyen Jenayah 4, Kuala Lumpur.2. Mahkamah ini mula mendengar khusus kes

jenayah harta intelek mulai 1 Januari 2006.3. Mahkamah Sesyen Harta Intelek memberi

kuasa kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menangkap pesalah yang terlibat dalam jenayah harta intelek.

4. Mahkamah ini dapat mengatasi kes pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Page 23: Bab 10 - Mah Khas

Badan Pengadilan Yang Lain

Lembaga Disiplin Perkhidmatan Awam

1. Mengawasi disiplin kakitangan kerajaan

2. Lembaga ini berkuasa untuk memecat, menaikkan pangkat, memotong gaji, atau menangguhkan pertambahan gaji kakitangan kerajaan.

Page 24: Bab 10 - Mah Khas

Tribunal Khas1. Ditubuhkan untuk memecat hakim Mahkamah

Persekutuan, hakim Mahkamah Rayuan, hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, Peguam Negara, dan anggota-anggota suruhanjaya.

2. Tribunal ini bersifat ad hoc, iaitu hanya ditubuhkan jika timbul keperluan berbuat demikian.

3. Perdana Menteri mesti menyampaikan presentasi kepada YDA untuk memulakan proses penubuhan tribunal khas.

4. Selepas menerima presentasi Perdana Menteri, YDA akan melantik sebuah tribunal khas untuk membicarakan kes.

5. Peguam negara akan menjadi pendakwa dalam kes-kes yang dibicarakan di tribunal khas.

Page 25: Bab 10 - Mah Khas

6. Biasanya tribunal khas akan bersidang di Parlimen.

7. Pihak yang hendak dipecat akan digantung jawatannya.

8. YDA mesti iukt syor tribunal.

9. Keputusan tribunal khas adalah muktamad dan tiada rayuan boleh dibuat.

Page 26: Bab 10 - Mah Khas

Tribunal Timbang Tara(Mahkamah Tuntutan Kecil)

1. Tribunal ini ditubuhkan untuk mendengar kes-kes tuntutan sivil nilainya tidak melebihi RM3,000.

2. Hakim tribunal ini terdiri daripada majistret atau pegawai kerajaan yang berpengalaman.

3. Perbicaraan dijalankan tanpa peguam.4. Pihak yang tidak berpuashati boleh

membawa kes berkenaan ke mahkamah awam.

Page 27: Bab 10 - Mah Khas

Persatuan Perubatan Malaysia1 Mendaftar semua doktor Malaysia2. Fungsi:3. Berkuasa untuk melarang doktoe yang melanggar

disiplin daripada mengamalkan profesionnya.a) menjaga disiplin doktor-doktor perubatanb) menggubal kod etika kedoktoran untuk dipatuhi oleh semua doktor© mendengar rayuan orang ramai terhadap doktor-doktor perubatan.

4. Boleh mengenakan denda sehingga RM5,000 terhadap doktor-doktor yang didapati melanggar disiplin profesion kedoktoran.

Page 28: Bab 10 - Mah Khas

Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan

1.Mendengar rayuan daripada pembayar cukai yang tidak berpuas hati degan taksiran yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam negeri.

2.Sebuah panel bebas akan mendengar rayuan berkenaan.

Page 29: Bab 10 - Mah Khas

Majlis Peguam

1. Mendaftar semua peguam Malaysia2. Membuat peraturan disiplin bagi para

peguam Malaysia.3. Mendengar rayuan orang ramai terhadap

peguam-peguam.4. Jawatakuasa disiplin dalam majlis ini, yang

dilantik oleh Mahkamah Tinggi, boleh melarang seseorang peguam yang melanggar disiplin profesion guaman.

Page 30: Bab 10 - Mah Khas

Tribunal Tuntutan Pengguna Sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan

pengguna yang dibuat dibawah akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Menyediakan saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi atau pampasan daripada pembekal atau pengilang dengan cara yang mudah, murah dan cepat.

Dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang Timbalam Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang dan tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bidang kuasa mendengar:a) Apa-apa tentang apa-apa perkara yang pihak tribunal mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti yang diperuntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999;

Page 31: Bab 10 - Mah Khas

b) tuntutan yang jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.c) Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

6. Tribunal Tuntutan Pengguna tidak mempunyai kuasa dalam apa-apa tuntutan tentang;a) kematian / kecederaan dirib) hak milik tanahc) francaisd) pertikaian wasiate) rahsia perdaganganf) nama baik; danh) harta intelek.

7. Bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna hendaklah dilaksanakan oleh pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang bersendirian.

Page 32: Bab 10 - Mah Khas

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah1. Merupakan badan bebas yang ditubuhkan ekoran

pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, (Akta 118) yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2002.

2. Menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut ganti rugi atau pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah, dan cepat.

3. Pada amnya kes-kes tuntutan yang didaftarkan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah terbahagi kepada dua kategori;a) Tuntutan Bukan Teknikal seperti tuntutan bagi mendapatkan ganti rugi jumlah tertentu atas kelewatan penyerahan milikan kosong rumah.b) Tuntutan Teknikal seperti tuntutan ganti rugi atas kecacatan bahan, mutu kerja dan tidak mengikut spesifikasi.

Page 33: Bab 10 - Mah Khas

4. Mempunyai kuasa untuk mendengar tuntutan daripada pembeli yang memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Tuntutan difailkan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah tidak lewat 12 bulan daripada

i) tarikh pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) bagi rumah kediaman pembeli; atau

ii) tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan (Defect liability Period) seperti yang dinyatakan dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P)

Page 34: Bab 10 - Mah Khas

b) Perjanjian jual beli yang melibat rumah tempat tinggal yang dibina di atas tanah untuk kegunaan tempat tinggal sahaja.c) setiap tuntutan hendaklah tidak melebihi RM25,000. bagi setiap kuasa tindakan kecuali;

i) pihak yang menuntut bersetuju untuk tidak meneruskan jumlah baki tuntutannya, atauii) dengan persetujuan pihak pemaju

secara bertulis untuk mendengar ditribunal.5. Perjanjian jual beli (s&p) yang dibuat sebelum 1

Disember 2002 juga layak dipertimbangkan dengan syarat.a) tuntutan tersebut mestilah memenuhi syarat-

syarat seperti di atas.b) rumah yang dibeli itu bukan projek perumahan

yang dijalankan oleh badan koperasi atau agensi kerajaan.

Page 35: Bab 10 - Mah Khas

ATUR CARA (PROSIDING) MAHKAMAH

1. Mahkamah mengendalikan 2 kes yang utama,iaitu :

(a) kes2 sivil

(b) kes2 jenayah

2. Bagi kes2 jenayah yg kecil,pihak kerajaan di wakili oleh pihak

polis sementara bagi kes jenayah yang besar,pendakwa raya @

timbalannya yang akan membuktikan yang didakwa itu bersalah.

3. Tiga cara kes boleh dimulakan di mahkamah iaitu:

(a) pihak polis membuat siasatan & pesalah ditangkap akan didakwa di mahkamah berdasarkan laporan yg dibuat oleh seseorang di balai polis.

(b) seseorg yg ditangkap oleh polis kerana melakukan kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah jika gagal membayar kompaun @ denda.

(c) apabila pihak polis mengesyaki perjalanan kegiatan haram,waran memeriksa rumah diperoleh utk memeriksa sesuatu tempat & orang akan ditangkap selepas memperoleh bukti2 jelas untuk mendakwanya di mahkamah.

Page 36: Bab 10 - Mah Khas

Perbicaraan di Mahkamah Awam

Kes sivil

Maksud : kes tuntutan ganti rugi didakwa utk memperoleh ganti rugi atas sesuatu sebab

Pihak terlibat : Tuntutan antara org awam/syarikat2 swasta/

Pihak kerajaan

Plaintif / Defenden

Kes jenayah

Maksud : Kes yg dimulakan oleh pihak kerajaan atas pesalah/syarikat yg melanggar undang2 jenayah

Pihak terlibat :Badan2 pendakwa :a) Jabatan Polisb) Jabatan Kastamc) Jabatan Pengangkutan Jaland) Jabatan pengangkutan Kementerian Perdagangan & Perindustrian

Pendakwa raya / Peguam bela

Page 37: Bab 10 - Mah Khas

ATURCARA SIVIL

1. Bagi memulakan tindakan mendakwa seseorang (defenden),pihak pendakwa (plaintif) perlu meminta writ (dokumen dikeluarkan oleh mahkamah) untuk meminta defenden hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

2. Writ yang dikeluarkn oleh Hakim Besar mengandungi nama plaintif dan pihak defenden serta mengesahan tuntutan.

3. Writ berkenaan diserahkan kepada defenden @ peguam belanya.

4. Sekiranya plaintif gagal mengesan defenden & peguam belanya, pihak plaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk menampalkan writ di tempat kediaman defenden @ di iklankan di akhbar tempatan.

5. Sekiranya pihak defenden gagal hadir pada masa yg ditetapkan,

keputusan dibuat tanpa kehadirannya.

6. Sekiranya defenden ingin membela diri, dia perlu menyakinkan mahkamah bahawa dia mempunyai alasan konkrit menyangkal dakwaan plaintif.

Page 38: Bab 10 - Mah Khas

7. Namun, jika pihak defenden menuntut perbicaraan, pihak plainitif

boleh menuntut keputusan segera daripada pihak mahkamah.

8. Biasanya, pihak yang didapati bersalah dikehendaki menanggung

kos perbicaraan mahkamah.

9. Seterusnya, mahkamah boleh memberi keputusan berikut :

(a) menghendaki pihak yang menuntut (plaintif) membayar kos

perbicaraan sekiranya gagal dalam perbicaraan.

(b) bagi kes yang menuntut bayaran ganti rugi @ saraan, orang yang

bersalah perlu menanggungnya.

(c) bg kes menuntut harta pusaka,anak @ perceraian,mahkamah

akan membuat pengisytiharan @ perintah tentang

keputusannya.

Page 39: Bab 10 - Mah Khas

ATUR CARA JENAYAH1. Sebelum seseorg dihadapkn ke mahkamah,antara prosedur yang

perlu diikut ialah : (a) Polis menyiasat dakwaan berserta bukti yang diberi oleh pendakwa raya. (b) Polis menangkap orang yang disyaki dalam operasi. (c) Polis memperoleh waran tangkap & orang yang di syaki dijumpai berserta

dengan bukti2 kesalahan akan di bawa ke mahakamah. (d) Polis membuat siasat tentang dakwaan orang yang melaporkan perkara itu

kepada polis.2. Semasa seseorang ditahan ia perlu memberitahu sebab didtahan.3. Orang yang ditahan dibenarkan berunding dengan peguam bela.4. Seseorg tidak boleh ditahan lebih daripada 24 jam. Namun, pihak polis memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tahanan bagi maksud siasatan.5. Bagi kes yang menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (Akta ISA), kerajaan berkuasa

menahan seseorang selama 2 tahun.

Page 40: Bab 10 - Mah Khas

6. Bagi kes jenayah yang tidak berat,seseorang ditahan polis dan menunggu perbicaraan di mahkamah dilepaskan dari tahanan polis melalui ikat jamin dengan penyerahan wang deposit berserta dengan pasport a/bangsanya.

7. Bagi kes jenayah yang berat, seseorg ditahan dengan memperoleh perintah dari mahkamah & tidak dibenarkan ikat jamin.

8. Pihak tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah melalui cara2 berikut :

(a) saman daripada mahkamah

(b) waran penangkapan

(c) penangkapan tanpa waran

Page 41: Bab 10 - Mah Khas

Cara2 seseorang dipanggil untuk hadir ke mahkamah

Cara Kehadiran Ke Mahkamah

Butiran

Saman Dokumen yang mengandungi butir kesalahan & mewajibkan tertuduh hadir ke mahkamah pada masa yg ditetapkan.

Waran Perintah yang diperoleh polis daripada mahkamah untuk memeberkas orang yang disebut dalam waran penangkapan.

Penangkapan tanpa

waran

Merujuk kepada kesalahan2 yang boleh ditangkap sebagaimana dalam Jadual Pertama, Kanun Acara Jenayah kes2 seperti berikut :

(a) Rusuhan

(b) Pemalsuan mata wang

(c) Perhimpunana haram

Page 42: Bab 10 - Mah Khas

ATUR CARA MAHKAMAH1. Semasa di mahkamah, pihak tertuduh akan dibaca & diterangkn

pertuduhan keatas dirinya. Selepas itu, pihak mahkamah akan

menyoalnya sama ada dia mengaku bersalah @ tidak.

2. Sekiranya tertuduh mengaku bersalah, pihak pendakwa raya akan

mengumumkan fakta2 kes hukuman yg dijatuhkan oleh mahkamah.

3. Sekiranya tertuduh tidak mengaku bersalah, maka pihak pendakwa raya &

pihak tertuduh secara sndiri @ melalui peguam berhak memeriksa

balas semua saksi masing2.

4. Pd akhir hujah penutup oleh pendakwa raya & pihak tertuduh,

pihak mahkamah akan membuat keputusan berdasarkn bukti &

keterangan saksi kedua2 pihak.

5. Sekiranya tiada bukti & timbulnya syak wasangka dlm kes berkenaan,

pihak tertuduh akan dibebaskn tetapi jika terdapat bukti kukuh yg

menunjukkan kesalahan tertuduh, maka tertuduh akan dihukum

mengikut undang2.

Page 43: Bab 10 - Mah Khas

6. Hukuman yg dikenakan boleh melibatkan salah satu dibawah @ gabungan 2 @ 3 tindakan yg berikut :

(a) Denda

(b) Penjara

(c) Sebatan

7. Bg hukuman mati yg dikenakan,tertuduh tidak akan menerima sebatan @ dendaan sebelum tiba tarikh hukuman mati.

8. Rayuan atas hukuman boleh dibuat di Mahkamah Tinggi seterusnya di Mahkamah Rayuan & akhirnya di Mahkamah Persekutuan yg merupakan mahkamah terakhir.

Page 44: Bab 10 - Mah Khas

PERKHIDMATAN PERUNDANGAN

Peguam Negara dilantik oleh DYMM atas

nasihat PM.

Tugas utama Peguam Negara

Menasihati DYMMTentang undang2

Menasihati ahli Kabinet tentang

undang2

Menjadi pendakwaraya

Page 45: Bab 10 - Mah Khas

KUASA BUDI BICARA PEGUAM NEGARA

Membawa,menjalan &Memberhentikan

Perbicaraan sesuatuKesalahan di mahkmah

awam

Berhak didengar dalam Mana2 mahkamah

Memula & menjalankanPendakwaan dalam kes2

jenayah

Peguam Negara merupakan seseorang yang berkelayakan seperti Hakim Mahkamah Persekutuan dan menyandang jawatan

selama yang diperkenan oleh DYMM.

Page 46: Bab 10 - Mah Khas

BIDANG KUASA PEGUAM NEGARA

Antara bidang kuasa Peguam Negara

Penasihat utama tentang undang2 kepada kerajaan

Bertanggungjwb bagi penggubalan perundangan bagi

kerajaan persekutuan

Peguam bagi kerajaan di mahkamah & berhak

Didengar di mana2 mahkamah

Pendakwa raya & diberi kuasa untuk

memula,menjalan @ memberhentikan mana2 prosiding jenayah kecuali

syariah,M.bumiptra & Mahkamah tentera

Merangka undang2 parlimen

Page 47: Bab 10 - Mah Khas

LEMBAGA PENGAMPUNAN Lembaga pengampunan ditubuhkn di setiap negeri bagi mendengar dan mempertimbangkan rayuan pengampunan daripada seseorang yang disabitkan dgn

kesalahan oleh mahkamah. Lembaga pengapunan menasihati Yang di-Pertuan Agung,raja,atau Yang di-Pertua Negeri dalam menjalankan kuasa pengampunan. Yang di-pertuan negeri dalam

menjalankan kuasa pengampunan

Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk mengampunkan dan menanguhkan hukuman atau meremit, mengantung, dan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh

a) mahkamah awam di wilayah2 Persekutuan Kuala lumpur, Labuan dan Putrajaya.

b) Mahkamah syariah di Melaka,P.Pinang,Sabah,Sarawak,dan Wilayah2 Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

c) Mahkamah Tentera

Page 48: Bab 10 - Mah Khas

Raja berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan hukuman atau meremit,menggantung dan mengurangkan hukuman yang djatuhkan oleh mahkamah awam dan Mahkamah Syariah di negeri2 baginda.

Yang di-pertua Negeri berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan hukuman atau meremit,mengggantung dan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah awan di negeri beliau.

Page 49: Bab 10 - Mah Khas

Keanggotaan dan Proses Lembaga Pengampunan

Menurut Perkara 42 Fasal (5) Perlembagaan Persekutuan,Lembaga Pengampunan bagi setiap negeri terdiri daripada anggota2 yang berikut;

(a) Peguam Negara Persekutuan(b) Menteri Besar atau Ketua Menteri,(c) Raja atau Yang Dipertaun Negeri sebagai pengerusi (d) Tidak lebih daripada 3orang ahli dilantik oleh raja atau YDN Namun peguam negeri boleh mewakilkan tugasnya kpd seorang

ahli lembaga lain secara bertulis. Ahli2 lembaga pengampunan dilantik bagi tempoh selama 3thn dan

boleh dilantik semula Sekiranya ahli2,Lembaga Pengampunan hendaklah meletak

jawatan,dia boleh berbuat demikian dengan menulis surat kepada raja @ Yang Dipertua Negeri

Page 50: Bab 10 - Mah Khas

Seorang ahli DUN @ Ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai ahli Lembaga Pengampunan

Mesyuarat Lembaga pengampunan yang diketuai oleh raja atau YDN diadakn dari masa ke semasa.

Jemaah pengamounan perlu menimbangkan pendapat bertulis Peguam Negara berhubung sesuatu kes sebelum memberi keputusan

Sekiranya YDN atau isteri2nya serta anak2nya memerlukan pengampunan,kuasa2 pengampunan dijalankan oleh YDA yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan Negeri

YDA/raja/YDN yang memerlukan pengampunan tidak boleh memberi pengampunan kepada diri sendiri

Sekiranya ,YDA atau raja sesuatu negeri yang memerlukan pengampunan ,kuasa pengampunan dijalankan oleh Majlis Raja2 dan prosiding berikut perlu diikuti:

Semasa menghadiri prosiding,YDA tdk blh disekati oleh Pendana Menteri

Semasa menghadiri prosiding atas diri baginda,raja2 tidak boleh disertai