p rogram pensiswazahan guru (ppg)

124
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH SCE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa Jun 2011 Edisi September 2014 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH

SCE3133

PENYELIDIKAN TINDAKAN I

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa Jun 2011

Edisi September 2014

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Page 2: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

ii

Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

ii

Cetakan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 5: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran agar boleh

belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara

formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa

dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda

untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran dan masa

anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang

pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.

Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras

pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan

mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai

peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk

bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

semula apa yang telah dipelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa

yang telah dibaca. Latihan-latihan ini perlu dibincang dengan orang lain seperti rakan

anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Selain itu, soalan untuk interaksi atas talian juga disediakan untuk pelajar

berinteraksi dengan pensyarah secara tidak bersemuka yang diperlukan oleh pelajar

PPG yang menggunakan mod Jarak Jauh.

Modul ini adalah untuk keseluruhan tiga jam kredit bersamaan dengan 10 jam

interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Walau bagaimanapun, anda boleh

berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat

masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar

pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan

kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan

bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

PANDUAN PELAJAR

Page 6: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

vi

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan

diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke

perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca

modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang

dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami

pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

8. Anda juga boleh berbincang atas talian untuk memantapkan kefahaman

anda.

9. Sekiranya terdapat masalah sehingga interaksi bersemuka dijalankan, anda dikehendaki berbincang semasa interaksi tersebut bersama rakan anda dengan dibantu oleh pensyarah.

Page 7: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

vii

Pengenalan

Kursus Penyelidikan Tindakan 1 - XXX Pendidikan Rendah (Kaedah) (XXX3133) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang

meliputi:-

Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Jenis Penyelidikan dan Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka

Bentuk Penyelidikan

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model

Penyelidikan Tindakan: Proses

Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan cadangan

Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

Penyelidikan Tindakan: Analisis Data

Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan

Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan

Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan

Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan

aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan

melaksanakan latihan dan aktiviti berdasar modul ini sebagai memenuhi

aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.

Page 8: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Nama Kursus : Penyelidikan Tindakan 1 - Pendidikan Rendah (Kaedah) Kod : SCE3133 Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi yang merangkumi 13 tajuk/topik. Jadual di

bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

JUMLAH JAM MENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

1 (2 jam)

1. Pengenalan kepada

Kaedah

Penyelidikan dalam

Pendidikan

Tujuan penyelidikan dalam pendidikan

Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan

Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan - Pendekatan positivist

(kuantitatif)

- Pendekatan interpretatif (kualitatif)

Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan

- Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan

- Kod etika

9

2. Jenis Penyelidikan

dan Pengenalan

kepada Pelbagai

Jenis Reka Bentuk

Penyelidikan

- Penyelidikan asas - Penyelidikan gunaan - Penyelidikan tindakan - Penyelidikan penilaian

Penyelidikan kuantitatif - Kajian eksperimental - Kuasi-eksperimental - Kajian tinjauan - Kajian korelasi

Penyelidikan kualitatif - Kajian etnografi - Kajian kes - Kajian sejarah

AGIHAN TAJUK

Page 9: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

3. Prosedur

Penyelidikan

Pendidikan

Menyatakan masalah kajian

Menetapkan objektif kajian

Membentuk soalan kajian

Membentuk hipotesis kajian

Melakukan tinjauan literatur

Merancang reka bentuk kajian

Menentukan prosedur persampelan

Membina instrumen kajian

Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Menentukan prosedur pengumpulan data

Mengumpul data

Menganalisis dan menghurai data

Membincang dan melapor hasil kajian.

2 (2 jam)

4. Penyelidikan

Tindakan: Konsep

dan Model

Definisi dan konsep

Ciri-ciri penyelidikan tindakan

Kepentingan penyelidikan tindakan

Model Kajian Tindakan - Model Stephen Kemmis - Model John Elliott - Model Dave Ebbutt - Model Jack Whitehead - Model Jean Mcniff - Model Kurt Lewin

9

5. Penyelidikan

Tindakan: Proses

Adaptasi dari model Lewin, 1946 dan Laidlaw,1992:

Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan

Merancang tindakan

Melaksana tindakan

Mengumpul data

Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)

Mengambil tindakan susulan

Merancang kitaran kedua

Page 10: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

6. Penyelidikan

Tindakan:

Rancangan dan

Cadangan

Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Soalan kajian

Sumber literatur

Subjek kajian

Merancang pelan tindakan

Melaksana pelan tindakan

Mengumpul data

Refleksi : analisis dan huraian data

Jadual kerja

Perbelanjaan

Sumber rujukan

3 (2 jam)

7. Penyelidikan

Tindakan: Kaedah

Pengumpulan Data

Pemerhatian: Pemerhati, peserta dan pemerhati, peserta

Data berbentuk dokumen Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur

Senarai semak

Rakaman video dan kaset

Log

Nota lapangan

Foto

Portfolio

Rekod anekdot

Slid

Jurnal

Diari

9

8. Penyelidikan

Tindakan:

Pertimbangan

Semasa

Mengumpul Data

Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias

Pensampelan dan bias

Kesahan: - Kritikan luaran (keaslian data) - Kritikan dalaman (ketepatan data) - Data triangulation

Kebolehpercayaan – generalisasi data

Etika

Page 11: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

4 (2 jam)

9. Penyelidikan

Tindakan: Analisis

Data

Data Kualitatif

Analisis kandungan

Mengkategorikan data

Mengekodkan data

Menyusun data dalam grid analisis

Mengenal pasti tema / corak dan makna

Menentukan aktiviti kajian susulan

Data Kuantitatif Analisis deskriptif: Frekuensi, peratusan, min, mod, median, sisihan piawai, pekali korelasi

9

10. Interpretasi Data

Penyelidikan

Tindakan

Mengintegrasikan pelbagai sumber data

Menghubungkaitkan data dengan literature

Merumus hasil kajian dan membuat kesimpulan

5 (2 jam)

11. Penulisan laporan

penyelidikan

tindakan

• Konteks/ latar belakang kajian

• Tinjauan literatur

• Fokus/ aspek amalan bagi penambahbaikan

• Pelan tindakan

• Pelaksanaan pelan tindakan

• Pengumpulan data

• Analisis dan huraian data

• Refleksi dan implikasi

• Pelan bagi tindakan susulan

• Sumber rujukan: American Psychological Association (APA)

9

12. Penulisan artikel penyelidikan tindakan

• Abstract

• Konteks

• Fokus kajian

• Pelan tindakan

• Pelaksanaan pelan tindakan

• Kaedah pengumpulan data

• Analisis dan huraian data

• Refleksi dan implikasi

• Tindakan susulan

• Sumber rujukan

Page 12: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

13. Cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan

Seminar

Penerbitan

Rangkaian

10 JUMLAH 45

Page 13: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

1

1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam (Bidang

Pengkhususan) Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan terhadap

pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, tujuan penyelidikan, ciri-ciri, pendekatan

kuantitatif dan kualitatif serta etika dalam penyelidikan dalam pendidikan yang menerangkan

tentang aspek penting dalam pendidikan dan kod etika.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan penyelidikan dalam pendidikan

2. Menerangkan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan

3. Membincangkan tentang pendekatan penyelidikan dalam pendidikan

4. Menerangkan aspek etika dalam penyelidikan pendidikan

1.3 Kerangka konsep Tajuk 1

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam pendidikan

Etika dalam Penyelidikan

Tujuan Penyelidikan

Pendekatan Penyelidikan

Ciri-ciri Penyelidikan

Page 14: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

2

1.4 Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Penyelidikan dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi pengetahuan

baru melalui pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan

seterusnya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan amalan pendidikan.

1.4.1 Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan

Penyelidikan tindakan mempunyai tiga tujuan:

a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;

b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

c. untuk mengkaji pola tingkah laku murid, guru, pentadbir, dan pekerja sekolah, atau

Institusi Pendidikan.

1.4.2 Ciri-ciri Penyelidikan Dalam Pendidikan

a. Menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu

kerja/amalan mereka.

b. Memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.

c. Merupakan proses pembelajaran yang teratur.

d. Membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.

e. Menggalakkan fikiran yang terbuka.

f. Membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

g. Mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses

penyelidikan.

h. Berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) – satu lingkaran

yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.

i. Melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)

j. Dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian

melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

Page 15: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

3

1.4.3 Pendekatan Penyelidikan dalam Pendidikan

1.4.3.1 Pendekatan ‘positivist’ (kuantitatif)

Positivism atau dikenali dengan “analitik empirikal” merupakan satu falsafah yang

berpegang kepada ilmu pengetahuan tulen atau autentik yang di dasarkan kepada

pengalaman sebenar sahaja. Spekulasi metafezikal tidak boleh diambil kira. Falsafah ini

menjadi pegangan mazhab behaviorisme yang hanya mengambil kira tentang

tingkahlaku yang boleh dilihat sahaja. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012)

Penyelidikan kuantitatif merupakan satu kajian saintifik yang sistematik berkenaan sifat-

sifat kuantitatif dan fenomena serta hubungan antara keduanya menggunakan hipotesis

atau teori. Tujuan penyelidikan kuantitatif adalah untuk membina dan menggunakan

model Matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian dengan fenomena

semula jadi.

Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan, menjangka dan mengawal

fenomena yang menjadi perhatian. Seterusnya keadaan semasa akan diperjelaskan,

diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif serta dikaji punca dan kesannya

terhadap pendidikan.

Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif

a. Data yang diperolehi akan dinilai menggunakan analisis statistic yang di wakili

menggunakan nombor.

b. Bertujuan menguji hipotesis menggunakan prosedur secara formal

c. Penggunaan kawalan untuk meminimumkan kesan faktor-faktor yang mungkin

mengganggu dapatan kajian.

d. Menggunakan bilangan subjek yang ramai.

e. Kajian yang objektif.

f. Menggunakan ujian pensil dan kertas soal selidik dan lain-lain

g. Menggunakan pendekatan deduktif.

Page 16: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4

1.4.3.2 Pendekatan interpretif (kualitatif)

Penyelidikan kualitatif merupakan suatu kaedah inkuiri dalam pelbagai disiplin

akademik, secara tradisi dalam sains sosial, termasuk kajian pemasaran. Ia bermula

dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku : sosiologi, antropologi dan psikologi. Tujuan

penyelidikan kualitatif adalah untuk mengumpul pemahaman yang mendalam tentang

tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca tingkahlaku tersebut.

Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan dibuat, bukan

sekadar apa, bagaimana dan bila. Penyelidikan kualitatif digunakan untuk mendapatkan

celik akal mengenai sikap manusia, persepsi, tingkahlaku, system nilai, sikap ambil berat,

motivasi, aspirasi, budaya dan gaya hidup. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin.

2012)

Ciri-ciri penyelidikan kualitatif

a. Tujuan: mencari kefahaman tentang interpetasi manusia mengenai fenomena.

b. Dunia sebenar dilihat bersifat dinamik yang berubah mengikut persepsi manusia.

c. Kawalan nilai: nilai dilihat mempunyai kesan dan seharusnya difahami dan diambil

kira semasa mengendalikan dan melaporkan kajian.

d. Fokus secara holistik: gambaran secara keseluruhan dicari.

e. Orentasi penemuan: teori dan hipotesis terbina daripada data yang dikumpul.

f. Data subjektif: data merupakan persepsi manusia dalam persekitaran di mana

mereka berada.

g. Instrumentasi : manusia merupakan alat utama untuk mendapatkan maklumat.

h. Analisis dibuat secara induktif.

1.4.4 Etika dalam Penyelidikan dalam Pendidikan

Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan perlakuan

penyelidik serta bagaimana penyelidik mengaitkan atau melayan sampel semasa penyelidikan

dibuat. Ia adalah berkaitan dengan norma serta standard piawai berperlakuan dan

bertingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh penyelidik.

Page 17: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5

1.4.4.1 Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan

Terdapat tiga aspek penting dalam etika penyelidikan;

a. Menjalankan kerja professional mereka dengan nilai jujur serta ikhlas, dan dengan

cara demikian tidak akan membahayakan penyelidikan akan datang.

b. Menghormati hak-hak dan maruah kesemua mereka yang terlibat atau menerima

kesan dari penyelidikan mereka

c. Memastikan seboleh mungkin menjaga kebajikan secara fizikal, sosial dan

psikologikal yang mengambil bahagian dalam penyelidikan atau mereka yang akan

menerima kesannya

1.3.4.2 Kod etika

Penyelidik perlu menghormati hak peribadi peserta penyelidikan. Penyelidik perlu

membina hubungan dengan seorang atau kumpulan sebelum mereka menyertai

penyelidikan. Antara kod etika adalah :

a. Kejujuran professional penyelidikan.

b. Menghormati hak dan maruah peserta dan dapatkan persetujuan percuma.

c. menghargai masa dan usaha mereka.

d. perundingan bersama komuniti yang terlibat

e. pastikan peserta sentiasa mendapat makluman

f. menamatkan perhubungan dengan cara yang baik setelah kajian selesai.

g. Privasi

Rumusan

Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang umum penyelidikan bermula dengan

sejarah berkaitan yang menunjukkan terdapat peningkatan dan kemerosotan dalam

penyelidikan. Begitu juga terdapat pengertian-pengertian yang hampir sama maknanya yang

diberikan oleh tokoh-tokoh penyelidikan. Pendekatan utama dalam penyelidikan yang telah

dibincangkan adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang setiap daripadanya memerlukan

etika tertentu yang mesti dipatuhi oleh penyelidik.

Page 18: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

6

Latihan

Buat satu rumusan pengertian penyelidikan berdasarkan pandangan-pandangan tokoh-tokoh

penyelidikan.

OLL

Buat satu jadual yang menunjukkan perbezaan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan

kuantitatif. Hantar kepada pensyarah anda melalui OLL atau email.

Page 19: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

7

2.1 Sinopsis

Kursus ini menerangkan jenis-jenis penyelidikan, pengenalan terhadap pelbagai reka bentuk

penyelidikan tindakan, yang terdiri dari penyelidikan kuantitatif iaitu kajian eksperimental, kuasi-

eksperimental, kajian tinjauan, kajian korelasi, sementara penyelidikan kualitatif merupakan

kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah.

2.2 Hasil Pembelajaran

a. Menghuraikan konsep penyelidikan asas, gunaan, tindakan dan penilaian.

b. Mengkaji pelbagai jenis rekabentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

2.3 Kerangka Konsep Tajuk 2

TAJUK 2 JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI

JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Jenis Penyelidikan

Penyelidikan kualitatif

Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan

Penyelidikan asas

Penyelidikan kuantitatif

Penyelidikan gunaan

Penyelidikan tindakan

Penyelidikan penilaian

Page 20: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8

2.4 Jenis Penyelidikan

2.4.1 Penyelidikan asas

Penyelidikan asas juga dikenali sebagai penyelidikan tulen. Penyelidikan ini dapat

meningkatkan kefahaman prinsip–prinsip asas tentang ilmu pengetahuan baru tanpa

mengambil kira faedahnya, untuk jangka masa panjang. Ia dilakukan apabila timbul rasa ingin

tahu tentang sesuatu hal. Dalam penyelidikan asas, teori disediakan dan diaplikasi untuk

menghasilkan konsep yang dapat digunakan sewaktu menyelesaikan masalah pendidikan.

2.4.2 Penyelidikan gunaan

Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang dibuat untuk mengakses atau

menggunakan sebahagian himpunan teori, pengetahuan, kaedah serta teknik komuniti

penyelidik, dengan tujuan untuk meninjau keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah

praktikal. Penyelidikan gunaan menyediakan semula pembentukan sesuatu teori. Contohnya,

kajian penyesuaian pelbagai gaya pembelajaran semasa mengajar pendidikan akhlak.

2.4.3 Penyelidikan tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan suatu proses reflektif yang menggabungkan tindakan dan

penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tentang persoalan tertentu, isu atau fenomena.

Ianya dijalankan secara progresif dan dikendalikan oleh individu atau kumpulan penyelidik

dengan dibantu oleh penyelidik professional.

2.4.4 Penyelidikan penilaian

Penyelidikan penilaian adalah adalah penyelidikan yang dijalankan untuk mengukur

keberkesanan atau pencapaian sesuatu projek, program, konsep atau kempen. Ia dijalankan

untuk menentukan projek atau program berkenaan mengikut langkah-langkah serta mengikut

objektif yang telah ditetapkankan.

Page 21: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

9

Aktiviti 1 – Perbincangan

Nyatakan jenis-jenis penyelidikan dan bincangkan secara ringkas salah satu daripadanya.

2.6 Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan

Bab ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jenis reka bentuk kajian yang boleh

dilakukan untuk membolehkan penyelidik menjawab soalan kajian. Pada hakikatnya terdapat

pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan.

2.5.1 Penyelidikan kuantitatif

Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang objektif dan formal serta

menggunakan kaedah statistik. Penyelidikan kuantitatif dicirikan dengan penggunaan

sampel yang besar, piawai pengukuran, pendekatan deduktif dan alat temubual yang

berstruktur untuk mengumpul data buat menguji hipotesis (Marlow, 1993)

2.5.1.1 Kajian eksperimental

Kajian eksperimental merupakan kajian reka bentuk eksperimen yang menghimpunkan

amalan pengumpulan maklumat, sama ada dengan kawalan sepenuhnya ke atas

pembolehubah atau tidak. Ia dicirikan dengan menipulasi terus atau kawalan ke atas

pembolehubah (penyebab) supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain

(kesan atau akibat) Hubungan sebab akibat ini adalah penting dari perspektif penyelesaian

masalah. Kepentingannya dijelaskan oleh Van Dalen (1973). Sebagai satu kemestian

hubungan sebab dan akibat itu perlu dikemukakan untuk membolehkan sains mencapai

matlamat bagi menjelas, meramal dan mengawal tingkahlaku, kejadian dan peristiwa. atau

tidak.

a. Kaedah Eksperimen

Kaedah eksperimen merupakan penggunaan dan adaptasi kaedah penyelidikan saintifik.

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan. Antara

beberapa ciri kaedah ini termasuklah:

Page 22: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

10

i. Menggunakan tanggapan bahawa jika terdapat dua situasi yang serba sama dengan

satu rawatan diberikan kepada satu daripada situasi itu, maka perbezaan yang

diperoleh (jika ada) disebabkan oleh rawatan itu. Oleh itu, kaedah eksperimen

melibatkan pengawalan terhadap semua faktor kecuali rawatan yang kesannya

hendak dikaji.

ii. Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam bilik darjah yang beberapa keadaan dapat

dikawal.

iii. Oleh sebab subjek dalam eksperimen ialah manusia maka tidak semua ciri boleh

dikawal. Ciri-ciri seperti minat, kebolehan mental dan emosi amat sukar untuk

ditentukan. Oleh itu, hasil eksperimen dalam penyelidikan pendidikan tidaklah setepat

seperti hasil eksperimen sains.

iv. Dalam bilik darjah, penyelidik ingin mengawal faktor-faktor seperti umur, pencapaian,

kecerdasan, kebolehan membaca, status sosia, bangsa dan sebagainya. Faktor-faktor

ini akan mengubah ciri-ciri subjek dalam kumpulan dan dalam kumpulan eksperimen.

b. Langkah-langkah Penyelidikan

i. Merancang Membuat Eksperimen

(a) Mengkaji kenapa perlu dilakukan eksperimen dan menyatakan masalah yang

hendak dikaji.

(b) Membaca penulisan dan hasil kajian yang lalu tentang masalah yang hendak

dikaji.

(c) Menentukan faktor yang terlibat dalam eksperimen.

(d) Menentukan kaedah eksperimen yang hendak digunakan.

(e) Merancangkan tempat, masa, dan alat untuk melakukan eksperimen.

(f) Membuat percubaan awal.

(g) Memilih subjek yang diperlukan.

ii. Melakukan Eksperimen

(a) Mengawal faktor-faktor yang tidak termasuk dalam eksperimen.

(b) Mencatat langkah-langkah yang dijalankan.

(c) Merekod hasil yang diperoleh.

(d) Mengelas, menganalisis dan mentafsir hasil eksperimen.

(e) Membuat keputusan.

Page 23: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

11

iii. Membuat Laporan

Jenis-jenis Eksperimen

Satu cara yang biasa digunakan untuk mengelaskan jenis eksperimen adalah dengan

mengikut jumlah pengumpulan subjek. Terdapat tiga jenis eksperimen yang boleh

dilakukan berdasarkan jumlah pengumpulan subjek tersebut.

Eksperimen Satu Kumpulan

Dalam eksperimen jenis ini, rawatan yang kesannya hendak dikaji diberikan kepada

satu kumpulan subjek. Hasil penggunaan rawatan itu ditentukan. Langkah-langkah

untuk menjalankan eksperimen satu kumpulan ialah:

(a) Memberi ujian pra.

(b) Mengawal semua faktor kecuali rawatan (pembolehubah tak bersandar).

(c) Melaksanakan rawatan pada jangka masa tertentu.

(d) Memberi ujian pasca untuk menentukan kesan rawatan terhadap pembolehubah

bersandar.

(e) Membincangkan kesan faktor-faktor lain terhadap pembolehubah bersandar.

Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen satu kumpulan adalah

seperti yang berikut:

A = Kumpulan subjek

R1 = Keputusan ujian pra

R2 = Keputusan ujian pasca

X = Rawatan

R1 - R2 = Hasil rawatan

Begitu juga halnya jika kita menggunakan faktor-faktor lain (X1, X2, …).

Nilai R2 — R1, (R3 — R2), boleh dihitung.

X

A R

1

R

2

Page 24: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

12

Kebaikan menggunakan kaedah eksperimen satu kumpulan ialah,

(a) Pelaksanaannya mudah.

(b) Putaran kumpulan atau kawalan kumpulan tidak diperlukan.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah

(a) Kesan daripada satu-satu kaedah akan terbawa-bawa dari satu fasa ke fasa lain

dalam eksperimen itu.

(b) Perubahan wujud dalam kebolehan membaca di kalangan subjek dari satu fasa

ke fasa yang lain.

(c) Ralat dihasilkan oleh kedewasaan subjek.

(d) Unit-unit pengukurannya tidak sama.

Eksperimen Kumpulan Selari

Dalam eksperimen jenis ini, dua atau lebih kumpulan subjek yang setara atau selari

digunakan. Satu daripada kumpulan itu digunakan sebagai kumpulan kawalan dan satu

lagi sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang kesannya hendak dikaji dikenakan

kepada kumpulan eksperimen. Perbezaan yang terdapat pada hasil pengukuran bagi

kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas rawatan ditentukan.

Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen kumpulan selari adalah

seperti yang berikut:

A = Kumpulan kawalan

B = Kumpulan eksperimen

X R1 — R = Hasil rawatan X

R = Pascaujian—Praujian (Kumpulan kawalan)

R1= Pascaujian—Praujian (Kumpulan eksperimen)

Jika lebih daripada dua kumpulan selari digunakan dan lebih daripada satu rawatan (X,

X1, X2, ...) digunakan, langkah-langkah menjalankan eksperimen menjadi seperti yang

berikut:

A R

B R

Page 25: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

13

R1 — R = Hasil rawatan X

X

X1 R2 — R = Hasil rawatan X1

R3 — R = Hasil rawatan X2

X2

Langkah pertama dalam kaedah ini adalah dengan memilih kumpulan selari. Langkah ini

agak rumit sedikit sebab wujudnya perbezaan individu dalam kumpulan itu. Walaupun

terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur secara objektif seperti umur, jantina,

bangsa, keadaan fizikal, pencapaian masa lalu, kecerdasan dan sebagainya, terdapat

juga faktor-faktor lain yang agak susah untuk diukur seperti tabiat membaca, ciri-ciri

peribadi (seperti kreatif, naluri ingin tahu, dan sebagainya).

Oleh itu, untuk menyamakan kumpulan-kumpulan beberapa cara digunakan termasuklah:

i. Memilih subjek secara rawak (memilih subjek bagi setiap kumpulan secara rawak

daripada populasi yang besar).

ii. Memilih subjek mengikut skor min dan sisihan piawai (memilih subjek bagi setiap

kumpulan mengikut skor dalam IQ, umur, dan sebagainya).

iii. Menggunakan pasangan sepadan, (memilih dua atau tiga subjek yang agak

serba sama dan memecahkannya kepada dua atau tiga kumpulan).

Eksperimen Kumpulan Putaran

Kaedah ini menggunakan faktor eksperimen dan faktor kawalan serentak dan bergilir-gilir.

Katakan X, faktor eksperimen, dan Y, faktor kawalan. Rajah berikut menunjukkan cara

mengendalikan eksperimen dengan menggunakan kumpulan putaran.

A R

B R1

C R2

D R3

Page 26: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

14

Pusingan I A. X R

B Y R1

Pusingan II A Y R2

B X R3

R + R3 = Hasil rawatan X

R1 + R2 = Hasil rawatan Y

(R + R3) — (RI + R2) = Perbezaan rawatan X dengan Y

Kaedah ini dapat mengawal faktor perbezaan masa seperti yang terdapat dalam

eksperimen satu kumpulan dan faktor menyamakan kumpulan seperti yang diperlukan

dalam eksperimen kumpulan selari.

2.4.1.2 Kuasi ekperimental

Apakah kajian kuasi–eksperimen? Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai

keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak.

Dua kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri

yang sama.

Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen

tulen apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak

dapat dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas

individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina,

umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran

dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen.

Dalam perkataan lain, penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden

kumpulan rawatan pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan

kepadanya atau faktor-faktor luaran yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik

bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan (Neuman, 2000). Contoh, seorang penyelidik

telah menjalankan kajian tentang keberkesanan program kaunseling ke atas pelajar-pelajar

bermasalah disiplin di sebuah sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemilihan

Page 27: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

15

responden untuk pensampelan bertujuan.

Persampelan ini menggunakan ciri-ciri tingkah laku bermasalah disiplin. Kumpulan rawatan

merupakan pelajar yang bermasalah disiplin mana kala kumpulan kawalan ialah kumpulan

pelajar tidak bermasalah disiplin. Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua

kumpulan berkenaan ialah jantina, bangsa, umur, tahap IQ, tahap pendidikan, pandangan

dan sikap mereka. Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen tidak dapat dilakukan tetapi

penyelidik berkenaan boleh menjalankan kajian kuasi-eksperimen.

Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur persampelan secara kebetulan/

persampelan kesediaan (accidental atau convenience sampling) dan persempelan

bertujuan (purposive sampling). Persampelan secara kebetulan, penyelidik memilih mana-

mana responden kajian yang ditemuinya atau yang paling dekat dengannya. Pemilihan

responden kajian ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana prosedur

persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).

Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan

responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak penyelidik. Sebagai

contoh, kajian pelajar bermasalah disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah

disiplin. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak. Terdapat pelbagai reka bentuk

kajian kuasi-eksperimen tetapi penjelasan hanya diberikan kepada tiga reka bentuk yang

biasa digunakan di kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua (2006),

terdapat tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu:

Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (nonequivalent groups pre-

post test design),

Reka bentuk regrasi tidak bersambungan (regression-discontinuity design)

Reka bentuk siri masa (time series design).

Reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang merupakan reka bentuk

yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka

bentuk ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

Page 28: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

16

Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian dan Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan

perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. Reka bentuk regresi tidak bersambung

biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas misalnya menilai

keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program kaunseling ke atas

sikap pelajar bermasalah disiplin.

Analisis menggunakan Ujian regrasi. Reka bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa

panjang yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Reka bentuk ini tidak

mempunyai kumpulan kawalan. Penyelidik tidak dapat membuat perbandingan sama ada

rawatan yang diberikan akan menghasilkan perubahan yang diingini atau pun tidak (Mohd.

Majid, 2000).

Pasca ujian akan dilakukan berulang-ulang sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan

perkembangan pencapaian akademik pelajar yang didedahkan kepada KBSM. Analisis

dilakukan melalui pencapaian ujian yang lebih baik.

2.4.1.3 Kajian tinjauan

Kajian tinjauan merupakan proses memerhatikan tingkahlaku manusia yang melakukan

aktiviti rutin dalam persekitaran mereka secara natural dalam konteks tertentu. Instrument

utama kajian tinjauan adalah rakaman video. Penyelidik boleh mengumpulkan seberapa

banyak maklumat yang dirakamkan bergantung kepada maklumat dan keperluan

penyelidik. Beberapa orang penyelidik akan bekerjasama secara sistematik untuk membuat

analisis dan membuat interpretasi data yang dikumpulkan.

2.4.1.4. Kajian korelasi

Kajian kolerasi melibatkan penjelasan yang menentukan perkaitan antara pembolehubah

Pembolehubah yang telah wujud dalam satu fenomena. Penyelidik akan melihat kepada

perkara yang telah wujud dan menentukan kaitan antara dua pembolehubah kuantitatif dan

bagaimana pembolehubah-pembolehubah tersebut di kaitkan antara satu sama lain.

Terdapat dua jenis kolerasi iaitu kolerasi positif dan kolerasi nagatif. Dalam konteks positif,

sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua juga

Page 29: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

17

meningkat. Dalam kolerasi negatif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka

nilai pembolehubah kedua menurun, sekiranya nilai satu pembolehubah menurun maka

nilai pembolehubah kedua meningkat.

2.5.2 Penyelidikan kualitatif

Kajian kualitatif merupakan kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu. Data dikutip

melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. Kajian kualitatif

adalah kajian yang menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana. Penyelidik akan

terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan. Pendekatan kajian kualitatif

adalah kajian kes, etnografi dan grounded theory. Sampel yang diambil biasanya

menggunakan persampelan bertujuan. Menurut Miles & Huberman (1994), analisis data

melalui data reduction, data display dan conclusion.

2.5.2.1 Kajian etnografi

Pengenalan Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia,

bangsa atau budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan

―graphy‖ bermaksud penjelasan mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian

lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi

dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research).

Pendapat ini dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987)

dalam Sabitha Marican, (2005). Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga

dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala

ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang

adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang

dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, sub-

budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.

Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam penyelidikan etnografi

seperti ―apakah budaya kumpulan itu?‖. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang

dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan

potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi

Page 30: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

18

merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat

dan bukan berunsur perkaitan (Sabitha Marican, 2005).

Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal

untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan

bahasa.

Kajian etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk

menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk ―culture-sharing‖ sesuatu

kumpulan seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi,

kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Untuk memahami ―culture-sharing‖

seseorang pengkaji perlu meluangkan masa di lapangan untuk interview, memantau

dan medokumentasi bagi memahaminya.

Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci.Kajian

etnografi merupakan cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi

gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan

awal abad ke 20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada

1920-an dan 1930-an oleh ―Chicago Scholl of Sociology‖ (Pole & Morrison, 2003).

Sekitar tahun1950-an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998)

sekitar tahun 1960-an kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi

semakin berkurang tetapi kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin

berkembang dan lebih banyak digunakan.Kajian ini masih terbatas tetapi ianya terus

berkembang sekitar tahun 1980-an. Bermula tahun 1980-an ahli etnografi telah

mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan, mengendalikan

pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang dilakukan(Creswell, 2005).

Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau

sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan

menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden. Kajian etnografi juga perlu

mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana mereka berinteraksi

secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada

awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan responden

Page 31: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

19

yang terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan kajian

di kawasan semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul

data.Sanders (2004), menyatakan etnografi melibatkan gambaran dan belajar

tentang budaya manusia.

Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan

hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian etnografi

bukan bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data. Etnografi

pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi iaitu meluangkan masa dengan

penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan

mereka. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil

masa dari beberapa bulan hingga bertahun untuk menyiapkannya. Etnografi aplikasi

menggunakan kaedah kajian dengan membawa pengguna untuk melihat bentuk dan

perkembangan sesuatu produk serta perkhidmatan yang baru bagi

meningkatkan pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang

kecil dan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa hari

hingga beberapa bulan. Sabitha Marican (2005),

2.5.2.2 Kajian kes

Kajian kes merupakan satu kajian yang termasuk kedalam kaedah penyelidikan

deskriptif. Kajian dibuat secara intensif dan terperinci oleh penyelidik ke atas unit kecil

social seperti individu, satu keluarga, sebuah kelas, satu institusi, seperti satu cawangan

Institut Pendidikan Guru atau satu masyarakat. Contohnya kajian terhadap reaksi

pensyarah dan pelajar ke atas kelas pembelajaran elektronik (e-pembelajaran). Kajian

kes juga dibuat secara terperinci ke atas satu program, satu peristiwa, satu aktiviti, dan

satu kumpulan dalam tempoh satu masa.

2.5.2.3 Kajian Sejarah.

Kajian Sejarah pula diperolehi oleh penyelidik melalui maklumat, data, dan ilmu

pengetahuan dengan meneliti perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang telah

berlaku. Melalui analisis data dan maklumat sejarah secara terperinci, penyelidik boleh

menentukan, sedikit sebanyak, tentang hubungan sebab-akibat. Penyelidik juga boleh

Page 32: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

20

membantu guru pengurus dan pengguna penyelidikan daripada melakukan kesilapan

sama.

Aktiviti 2 – Perbincangan

Apakah reka bentuk penyelidikan yang sesuai untuk mengkaji perbandingan dua kaedah

mengajar al-Quran/(mengikut bidang masing-masing) kepada murid tahap 1? (Lebih

daripada satu reka bentuk dibenarkan).

Soalan OLL

Buat satu jadual yang menunjukkan langkah-langkah membuat penyelidikan.

Page 33: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

21

TAJUK 3

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

3.1 Sinopsis

Kursus ini menjelaskan tentang prosedur penyelidikan pendidikan, Menyatakan masalah kajian,

menetapkan objektif kajian, membentuk soalan kajian, membentuk hipotesis kajian, melakukan

tinjauan literatur, merancang reka bentuk kajian, menentukan prosedur persampelan, membina

instrumen kajian, menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, menentukan

prosedur pengumpulan data,mengumpul data, menganalisis dan menghurai data, membincang

dan melapor hasil kajian.

3.2 Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran murid dapat:

1. Mengenal pasti prosedur penyelidikan pendidikan

2. Menerangkan prosedur penyelidikan pendidikan

3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman

dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan

Page 34: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

22

3.3 Kerangka Konsep Tajuk 3

3.4 Prosedur Penyelidikan pendidikan

Penyelidikan pendidikan dijalankan mengikut cara yang hampir sama dengan proses

penyelidikan yang saintifik menggunakan langkah-langkah yang sistematik dari pembentukan

permasalahan kajian kepada pengumpulan data hinggalah menghasilkan satu laporan kajian

yang berdasarkan pada analisis kajian yang bertepatan dengan data yang diperolehi.

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Menentukan prosedur persampelan

Menetapkan objektif kajian

Membina instrumen kajian

Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Menentukan prosedur pengumpulan data

Membentuk soalan kajian

Membentuk hipotesis kajian

Menyatakan masalah kajian

Melakukan tinjauan literatur

Mengumpul data

Merancang reka bentuk kajian

Menganalisis dan menghurai data

Membincang dan melapor hasil kajian

Page 35: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

23

3.4.1 Menyatakan masalah kajian

a) Pengenalan

Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit elaborasi

tentang fokus utamanya, pemboleh ubah yang terlibat dan tujuan kajian. Anda juga harus

mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia

sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan.

b) Latar Belakang Masalah Kajian

Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan

terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat. Anda juga harus melakarkan keadaan semasa

atau isu-isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan

penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini anda juga

boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan

penemuan yang signifikan.

c) Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian.

Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variable kajian. Sekiranya anda

menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda

nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan.

(i) Apakah keperluan profesional sesuatu kumpulan guru Pendidikan Islam tertentu?

(ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Pemantapan Ilmu Wahyu, kandungan

Pendidikan Islam, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain?

(iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar

gaji bulanan?

(iv) Adakah murid-murid yang mengikuti Kelas Fardhu Ain mempunyai keupayaan

kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat lebih baik daripada murid-murid

yang tidak mengikuti Kelas Fardhu Ain?

Page 36: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

24

3.4.2 Menetapkan objektif kajian

Pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum susuatu kajian dijalankan.

Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan

pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item

soal selidik, anda perlu merujuk kepada objektif kajian anda. Dalam konteks yang sama,

semasa menjalankan pemerhatian, temuduga dan analisis dokumen, anda juga dipandu oleh

objektif tersebut.

Berikut adalah contoh objektif kajian tentang seorang guru cemerlang.

Objektif kajian adalah:

1. Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran Pendidikan Islam, termasuk strategi

pengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan

2. Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam bilik j-QAF

3. Memberi penerangan tentang kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat

yang disampaikan dan cara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit.

4. Mendapatkan persepsi murid tentang personaliti guru dan hubungan guru dengan murid.

5. Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru daripada perspektif pemerhati dan murid.

3.4.3 Membentuk soalan kajian

Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan

yang dibina berpandukan kepada objektif kajian. Yang mana jawapan kepada soalan ini

membantu pengkaji untk mencapai objektif dan tujuan kajian.

Di bawah diberikan beberapa contoh soalan kajian.

(a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan guru cemerlang dalam

bilik darjah?

(b) Bagaimana guru mengendalikan pembelajaran Amali Solat dalam bilik j-QAF?

(c) Apakah kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat dikendalikan secara

implisit atau eksplisit?

Page 37: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

25

(d) Adakah persepsi murid terhadap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti,

pemberi informasi atau seorang waris?

(e) Apakah prestasi guru dalam pengajaran yang dinilai oleh pendidik dan murid?

3.4.4 Membentuk hipotesis kajian

Hipotesis ialah satu pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut:

Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian.

Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variable atau kesan antara

satu variable terhadap variabel lain.

Hipotesis boleh diuji secara spesifik.

3.4.4.1 Perbezaan antara Hipotesis Kajian dan Hipotesis Statistik

Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya hipotesis

statistik adalah pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara pemboleh ubah

yang dikaji. Andaian tiada hubungan ini perlu dibuat sebab sesuatu kaedah statistik yang

digunakan untuk menguji hipotesis perlu mengandaikan “tiada hubungan” antara pemboleh

ubah kajian. Contohnya :

Ho : µ1 = µ2 (hipotesis statistic/nol)

Ha : µ1 ≠ µ2 (hipotesis kajian/alternatif)

µ1 = min populasi 1

µ2 = min populasi 2

Bagi mana-mana hipotesis nol /statistic yang dibina, perlu wujud hipotesis alternatif /

kajian, sekiranya hipotesis nol ditolak. Jadi terdapat satu set hipotesis. Hipotesis nol biasanya

ditulis dalam bentuk “tiada perbezaan” .Selain itu, sesuatu hipotesis tidak boleh diuji sekiranya

ukuran pemboleh ubah bersandar tidak bersifat kuantitatif. Data kualitatif yang tidak

menggunakan ukuran dalam bentuk angka tidak dapat di analisis secara statistik. Jadi

Page 38: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

26

hipotesis kajian tidak perlu dibina, tetapi persoalan kajian perlu dijawab secara deskriptif tanpa

bukti berbentuk angka.

3.4.5 Melakukan tinjauan literatur

John Creswell (2008) mendefinisikan tinjauan literatur sebagai ringkasan artikel bertulis yang

diambil daripada jurnal, buku-buku dan dokumen-dokumen lain yang memberi gambaran

tentang maklumat pada masa lalu dan kini. Menyusun literatur sesuai dengan topik kajian.

Tinjauan literatur juga sesuai dengan dokumen yang diperlukan oleh suatu penyelidikan.

Tinjauan literatur perlu dibuat untuk membolehkan penyelidik memperolehi kefahaman

yang mendalam berkaitan masalah kajian. Tinjauan literatur juga boleh memberi maklum

kepada penylidik sama ada kajian sudah dilakukan oleh penyelidik terdahulu atau sebaliknya.

Langkah-langkah membuat tinjauan literatur:

a. Kenalpasti kata kunci

b. Dapatkan sumber literatur yang pelbagai

c. Menilai secara kritikal

d. Susun bahan literatur

e. Tuliskan tinjauan literitur

3.4.6 Merancang reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta

apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Terdapat 8 rekabentuk kajian yang biasa

digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau

kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya.

1. Rekabentuk Kajian Kuantitatif

Eksperimen

Kuasi-Eksperimen

Korelasi

Tinjauan

Page 39: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

27

2. Rekabentuk Kajian Kualitatif

Teori grounded

Etnografi

Naratif

Kajian Kes

3. Rekabentuk Kajian Gabungan Kuantitatif & Kualitatif

Kaedah Bercampur

Kajian Tindakan

3.4.7 Menentukan Prosedur Persampelan

Langkah pertama dalam menulis penyelidikan akademik menyediakan draf cadangan

penyelidikan, yang merupakan ringkasan sistematik atau dokumen yang terdiri daripada lakaran

kasar penyelidikan anda akan menjalankan. Cadangan penyelidikan yang lengkap biasanya

mengandungi maklumat tentang masalah penyelidikan, soalan penyelidikan, kajian literatur,

metodologi penyelidikan dan senarai rujukan.

Mengapa Menulis Cadangan Penyelidikan

Satu cadangan penyelidikan adalah pelan kajian yang terdiri daripada rangka kerja konsep

penyelidikan, tujuan dan objektif penyelidikan, soalan penyelidikan dan hipotesis, kepentingan

penyelidikan dan batasan, kajian literatur dan kajian terdahulu serta alat penyelidikan dan

kaedah analisis data.

Penyelidik akan menjalankan penyelidikan berdasarkan cadangan ini, dengan hasil akhir

menjadi kertas kertas penyelidikan, disertasi, tesis atau projek. Dengan penyediaan cadangan

penyelidikan penyelidik akan dapat mengenalpasti masalah isu dikaji dan menyatakan satu set

soalan yang perlu dijawab dalam penyelidikan.

Kajian literatur yang berkaitan kepada masalah penyelidikan (ini menunjukkan status

pengetahuan akademik dalam bidang), dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang masih

belum diselidiki atau telah tidak ditangani oleh penyelidik. Menghasilkan hipotesis (jawapan

yang diramalkan untuk soalan penyelidikan, jika berkenaan); Membina metodologi penyelidikan

sepadan untuk menguji hipotesis atau menjawab soalan-soalan penyelidikan; Membina reka

Page 40: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

28

bentuk penyelidikan dan wajar teknik pengumpulan data; Mengenalpasti prosedur data yang

sesuai.

3.4.8 Membina Instrumen Kajian

Secara umumnya instrumen kajian ialah apa saja alat, atau cara atau kaedah untuk

memperolehi dan mengumpul data kajian. Membina instrumen kajian adalah dengan cara

mereka / cipta sendiri oleh pengkaji berdasarkan soalan-soalan kajian dan membuat ubahsuai

daripada instrumen kajian pengakaji terdahulu dan menggunakan instrumen standard yang

sedia ada. Instruman Kajian Kuantitatif menggunakan borang soal-selidik (BSS), pelbagai jenis

ujian dan Senarai semak

Tujuan Kajian & Reka Bentuk Kajian Kuantitatif ialah:

1. Mencipta persepsi, pendapat atau trend masyarakat terhadap sesuatu isu.

Contoh: Persepsi murid PISMP terhadap kepentingan kajian…. ( Reka bentuk kajian Jenis

Tinjauan ( Survey )

2. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesenan kaedah pembelajaran koperatif

( Reka bentuk kajian jenis Eksprimen) Nota : Persampelan rawak

3. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif

(Reka bentuk kajian jenis Kuasi- Eksperimen) Nota: Persampelan tidak rawak

4. Mengkaji hubungan antara pembolehubah (Reka bentuk kajian jenis Korelasi ) Contoh:

Hubungan antara Kaedah Amali Solat dengan penguasaan bacaan dalam solat ….

REKA BENTUK EKSPERIMEN

Ciri-ciri utama:

1. Peserta-peserta dipilih dan diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan.

2. Sesuatu intervensi diaplikasikan kepada satu atau lebih kumpulan.

Page 41: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

29

3. Akibat (outcomes ) diukur pada akhir eksperimen - boleh menentukan sebab dan akibat

dalam kajian.

4. Prosedur direkabentuk supaya menangani ancaman terhadap kesahan.

5. Statistik digunakan untuk membuat perbandingan

Contoh 1

Tajuk Kajian: Gaya belajar dalam kalangan murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara.

Latar Belakang Kajian

1. Pencapaian akademik adalah penting untuk hala tuju dan masa depan murid

2. Murid tidak tahu memilih gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka dan suka

mengamalkan gaya pembelajaran pada saat-saat sebelum peperiksaan bermula.

3. Kajian berbentuk tinjauan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara dan hubungannya dengan

pencapaian akademik berdasarkan empat model / gaya pembelajaran yang diasaskan oleh

Dunn dan Dunn (1978) dalam:-

a) Stimulus Persekitaran

b) Stimulus Emosi

c) Stimulus Fisiologi

d) Stimulus Sosiologi

4. Kajian ini menggunakan soal selidik berskala 4 mata sebagai instrumen kajian.

3.4.9 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Kesahan dan kebolehpercayaan instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan

instrumen daripada terdedah dari kecacatan. Semakin tinggi nilai kesahan dan

Page 42: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

30

kebolehpercayaan maka semakin jitu data-data yang diperolehi bagi menghasilkan kajian yang

baik dan berkualiti.

1. Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif).

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness),

bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan

data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk

mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi

instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion – Related

Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui

sekumpulan pakar rujuk (expert judgement). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa

orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian.

Kesahan Instrumen Temu Bual Dan Pemerhatian (Kualitatif)

Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual,

pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin

maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan

kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang

digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent

form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen).

Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui

sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai

sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual

dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual,

pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian

tetapi keseluruhan proses penyelidikan.

Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman

(internal validity) dan kesahan kriteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud

membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek

manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan

cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan

terhadap data, khususnya dalam temu bual. Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan

Page 43: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

31

menggunakan dua orang informan (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi

tujuan temu bual.

Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang

benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya

bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang informan dalam lokasi kajian

yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat

melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan

peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang

dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang.

Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item

(instrumen) agar bersifat ;

i. Defensibiliti (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna)

ii. Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)

iii. Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian)

iv. Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)

v. Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan

apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut

boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan

pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).

3.4.12 Menganalisis dan menghurai data

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai

pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan

kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya.

Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut

adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:

Page 44: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

32

(a) Fasa pra-analisis

(b) Fasa pengurangan saiz data

(c) Fasa paparan data

(d) Fasa pengesahan data

(e) Fasa dapatan

Dalam fasa pra-analisis, segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca

dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah

penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun

tertib mengikut keperluan teori analisis.

Pemprosesan Data

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui

prosidur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah

berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Muridan.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru

kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang

kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik / inventori diedarkan dan meminta

mereka yang berkenaan mengisikannya.

d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu

untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus murid mengikut jantina,

tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-

variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah

atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh

secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.

Page 45: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

33

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel

kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan

dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.

3.4.13 Membincang dan melapor hasil kajian

Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia mempunyai

pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang terpuji,

biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang terpuji. (Johann Wolfgang von Goethe).

Dalam membincangkan hasil kajian, kita wajib menyemak keputusan secara kritikal. Menurut

Akhiar dan Shamsina (2011) kita juga harus menanya beberapa soalan kepada diri kita sendiri

iaitu:

- Adakah kriteria yang telah dipilih menunjukkan kualiti isi kandungan yang sah? Adakah kita

telah meninggalkan mana-mana kriteria penting atau telah memasukkan kriteria yang tidak

berkenaan?

- Sekiranya kita menjalankan rawatan (treatment) dan membuat perbandingan antara kumpulan

atau masa, maka soalan berikut perlu ditanyakan:

berkaitan isi kandungan

sebelum dan selepas rawatan?

(contohnya, arahan,

tahap keupayaan)?

selain rawatan yang dirancang, yang boleh mempengaruhi

dapatan kajian?

semasa kajian

dijalankan?

Di Institut Pendidikan Guru (IPG), penulisan laporan penyelidikan akur dengan format/gaya

mengikut American Psychological Association (APA).

Page 46: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

34

Aktiviti perbincangan

Penyelidikan didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara sistematik melalui

proses pengumpulan, penganalisisan dan pentafsiran sesuatu keputusan ( Khalid,

2003). Terangkan 4 sebab mengapa penyelidikan dijalankan?

Soalan OLL

Bagaimanakah cara untuk menyatakan masalah kajian dalam penyelidikan pendidikan?

Page 47: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

35

4.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan definisi dan konsep, kepentingan penyelidikan tindakan, ciri-ciri penyelidikan

tindakan dan kepelbagaian model-model Penyelidikan Tindakan.

4.2 Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan

2. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan

3. Membanding beza model penyelidikan tindakan

4.3 Kerangka Tajuk 4

DEFINISI DAN

KONSEP

TAJUK 4 PENYELIDIKAN TINDAKAN: DEFINISI DAN KONSEP

MODEL

PENYELIDIKAN

KEPENTINGAN

PENYELIDIKAN

CIRI-CIRI

PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN

TINDAKAN

Page 48: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

36

4.4 Penyelidikan Tindakan

4.4.1 Sejarah Awal

• Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946.

• Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen Corey, Kenneth,

Benne dan Hilda Taba (Teachers College, Columbia) bagi menjalankan penyelidikan

pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme Pensyarah.

• Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950-an.

• Pada tahun 1970-an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa.

• Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975)

yang memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai penyelidik dan melihat penyelidikan

tindakan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan kurikulum.

• Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah dalam proses penyelidikan adalah suatu

faktor penting yang boleh membawa kepada pembaharuan kurikulum.

• Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-1976), menyiasat penggunaan kaedah

pengajaran pembelajaran inkuiri.

• Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network (CARN) untuk menyokong

Pensyarah-Pensyarah yang terlibat dalam Ford Teaching Project.

• Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem pendidikan Malaysia.

• Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme perpensyarahan ialah dengan

menjalankan penyelidikan tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran

• “Research is systematic self-critical inquiry” atau penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri

yang kritis yang sistematik (British Journal of Educational Studies, 29(2) Jun 1981.

• PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial,

bertujuan untuk memperbaiki amalan-amalan dalam konteks sosial dan pendidikan.

4.4.2 Definisi Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif;

dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan

Page 49: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

37

kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping

meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu

dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam

satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan

refleksi.

Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan

melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah,

guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang

diselidik) untuk memperbaiki dari segi amalan sosial dan pendidikan kendiri, kefahaman terhadap

amalan kendiri, situasi di mana amalan tersebut dijalankan.

Definisi yang lain:

Mengikut Kurt Lewin (1947)

Mengikut Stephen Corey (1953)

Mengikut Carl Glickman (1992)

Mengikut Emily Calhoun (1994)

“Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2)

taking actions; and (3) fact-finding about the result of a action”

“Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically

in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions”.

“Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of

their activities to improve instruction”

“Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide

how to make it a better place.”

Page 50: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

38

Mengikut Blum

Mengikut Stenhouse (1975)

Mengikut McNiff (1988)

Mengikut Somekh (1989)

4.4.3 Konsep Penyelidikan Tindakan

Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang

berada dalam sesuatu situasi sosial.

Penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan

dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik yang digunakan untuk menguji hipotesis.

“Penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi

kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.”

“Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti

pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang

amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk

mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan

guru-guru lain secara bersama”.

“Penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam

situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-

masing.”

Page 51: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

39

Tujuan:

i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan

dan pendidikan mereka sendiri

ii. meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi

di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988)

Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu

tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

4.5 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri

Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan

Menyebarkan dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan

mereka yang berminat.

Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment.

Kolaborasi dengan mewujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -

dilakukan oleh guru dalam konteks harian.

Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan

kefahaman praktis untuk memperbaiki amalan pendidikan.

Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran.

4.6 Kepentingan penyelidikan tindakan

• Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan

pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

• Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

• Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian

objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

• Dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan

efektif;

Page 52: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

40

• Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru,

sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan

kokurikulum;

• Dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang

perancangan untuk tindakan ; dan

• Dapat merapatkan tali silaturrahim dalam kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama

secara kolaboratif.

4.7 Model Penyelidikan Tindakan

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik yang boleh

membantu guru untuk menjalankan kajian dalam bilik darjah.

• Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-

satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

• Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya.

• Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya

guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

4.7.1 Model Stephen Kemmis

Peran-

cangan

KITARAN 1

Pemerhatian

Refleksi

Page 53: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

41

4.7.1.1 Fasa Perancangan

Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah

guru memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau

bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru memberi

focus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu merancang

bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk

membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat. Perancangan

ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian. Antara soalan utama yang

boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:

1. Ada atau tidak orang yang boleh membantu memberikan maklumat atau data

yang relevan untuk dibuat inkuiri?

2. Kepada siapakah dan apakah yang perlu dirujuk?

3. Adakah cara untuk mendapatkan maklumat ini boleh dilaksanakan?

4. Berapa banyak waktu yang anda ada?

5. Bagaimanakah masa yang ada akan dibahagi-bahagikan?

Tinda

kan

Tindakan

Semakan

semula

peran-

cangan KITARAN 2

Pemerhatian

Refleksi

Page 54: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

42

4.7.1.2 Fasa Tindakan

Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang

apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak

seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah

dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera, ada

kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang lebih

penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya menyelesaikan

masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan menghasilkan sesuatu

perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang memerlukan kitaran kedua kajian

dibuat.

4.7.1.3 Fasa Pemerhatian

Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-

bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk

tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu

dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu menggunakan lebih daripada satu cara

mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk

memperolehi data dalam sesuatu kajian.

4.7.2 Grundy dan Kemmis (1981)

Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan

strategik yang boleh diperbaiki.

Mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti

merancang, bertindak, memerhati dan merefleks.

Dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti

Page 55: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

43

tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang

kawalan ke atas proses penyelidikan.

4.7.3 Henry dan Henry (1982)

Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu

bapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan merefleks serta menjana

pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan – Elliot (1991) berkata sekurang-

kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian

Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran

4.7.4 Model John Elliott

John Elliott telah mengemukakan satu model seperti berikut:

Mengenal pasti idea umum

Mencari atau mendapatkan persetujuan

Peninjauan (reconnaissance) iaitu meneliti amalan dengan lebih terperin

Kitaran Tindakan 1

Perancangan umum

Memantau pelaksanaan kesan pelaksanaan tersebut

Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

Kitaran Tindakan 2

Menyemak semula perancangan

Memantau pelaksanaan dan kesannya

Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

4.7.4.1 Model John Elliot digambarkan seperti gambar rajah di bawah

Kitaran pertama

Page 56: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

44

Pelan Umum

Langkah Tindakan 1

Langkah Tindakan 2

Langkah Tindakan 3

“Reconnaissance”

Kenalpasti dan analisis data

Kenalpasti idea permulaan

Melaksana Pelan Tindakan 1

Memantau pelaksanaan dan

kesan

“Reconnaissance”

(Menerangkan sebarang

kegagalan untuk Pelaksanaan &

Kesan)

Pengkajian semula

idea umum

Pelan Diubahsuai

Langkah Tindakan 1

Langkah Tindakan 2

Langkah Tindakan 3

Memantau Pelaksanaan &

Kesan

“Reconnaissance” (Menerangkan sebarang

kegagalan untuk

Pelaksanaan & Kesan)

Melaksana Pelan

Tindakan 1

Ke Kitaran ketiga

Model Penyelidikan Tindakan John Elliot (dalam Ebbutt, 1985)

Page 57: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

45

4.7.5 Model Dave Ebutt

Model Ebbutt bermula dengan idea umum sebagai langkah pertama. Idea umum itu dibuat

tinjauan literatur untuk menghasilkan untuk menghasilkan persoalan kajian. Perancangan keseluruhan

dibuat dan diikuti dengan persoalan kajian. Tinjauan dan pemantauan dibuat untuk seterusnya diambil

tindakan kedua atau semakan dibuat semula untuk kembali ke langkah perancangan keseluruhan.

Pilihan ketiga boleh dibuat dengan mengubah perancangan dan kembali kepada idea umum. Proses

akan berulang untuk tindakan selanjutnya.

Idea umum Perancangan umum

yang diubahsuai

Tinjauan

Perancangan

umum yang

diubahsuai

TINDAKAN 2

Dan seterusnya

Perancangan

keseluruhan

TINDAKAN 1

Tinjauan dan

pemantauan

Sama ada

TINDAKAN 2

Dan

seterusnya

Semakan

semula Perancangan

keseluruhan

atau

Tinjauan

Perancangan

Keseluruhan baru

Dan seterusnya

Semakan semula Perancangan

keseluruhan

TINDAKAN 2

atau

Penyelidikan Tindakan menurut Ebbutt (dalam Hopkins, 1985)

Page 58: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

46

4.7.6 Model Jack Whitehead

Whitehead (1989) telah merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan penyataan-

penyataan seperti berikut:

o Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki

o Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?

o Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke

atas keberkesanan amalan?

o Bertindak dan mengumpul data

o Penilaian keberkesanan

o Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan

o Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang “Bagaimana saya perbaiki amalan

saya” yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan mengesahkannya

4.7.7 Model Jean McNiff (1988)

Seperti Whitehead, McNiff mengambil langkah-langkah asas proses penyelidikan tindakan seperti

yang dinyatakan dalam penulisannya bersama Lomax dan Whitehead, 1996 sebagai berikut:

Melihat semula amalan semasa

Mengenalpasti aspek yang ingin dikaji

Membayangkan langkah-langkah maju ke hadapan

Mencuba langkah-langkah tersebut

Ambil perhatian apa yang berlaku

Membuat modifikasi amalan dan terus mencubanya (cuba lagi dengan yang lain sekiranya

cara baru itu tidak memberikan kesan positif)

Memantau apa yang dilakukan

Melihat semula dan membuat penilaian ke atas tindakan atau amalan yang telah dimodifikasi

Dan seterusnya masuk ke lingkaran kedua

Menurut McNiff lagi, terdapat dua proses yang berlaku iaitu tindakan sistematik penyelidik

semasa melalui langkah-langkah di atas dan proses pembelajaran. Tindakan merangkumi proses

pembelajaran yang berlaku dan pembelajaran itu pula diperolehi melalui amalan refleksi ke atas

tindakan tersebut. Oleh itu, semasa membuat laporan, kedua-dua proses itu perlu dilaporkan.

Page 59: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

47

Langkah-langkah di atas, telah dirumuskan oleh McNiff (2001) dalam modelnya seperti berikut:

Mengenalpasti bidang amalan yang ingin dibuat penyelidikan

Membayangkan langkah/jalan penyelesaian (solution)

Melaksanakan langkah-langkah penyelesaian

Menilai penyelesaian yang dibuat

Mengubah amalan berdasarkan maklumat penilaian

Kitaran penyelidikan tindakan ini akan membentuk kitaran kedua dan seterusnya apabila bidang

atau masalah baru mula ditemui pada masa yang sama. Pilin atau kitaran seterusnya terbentuk untuk

membolehkan penyelidik mengambil langkah-langkah penyelesaian yang baru. Proses ini

digambarkan dengan gambar rajah di bawah:

4.7.8 Model Kurt Lewin

Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan

sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi lagkah-

langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan

sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:

Model Jean McNiff

Page 60: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

48

Mengenalpasti idea umum

atau idea awal

Merancang

Menilai

Tinjauan atau pencarian

fakta

Mengambil langkah

tindakan pertama

Pembetulan perancangan

Model Kurt Lewin (1948)

Mengambil langkah

tindakan kedua

Page 61: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

49

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini

diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini

dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai

langkah pertama sesuatu tindakan.

Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan

atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini.

Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan

atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini

dengan jayanya! .

LATIHAN

OLL

Buat banding beza model penyelidikan tindakan Model Stephen

Kemmis dengan Model John Elliot.

1. Huraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan

2. Bagaimana Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan

Page 62: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

50

Page 63: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

51

TAJUK 5

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES

5.1. Sinopsis

Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan

penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat rajah 2) semua peringkat itu

haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. proses yang

diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii

kecil-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. proses ini harus juga dilihat dari segi

keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan tindakan untuk menyelidik dan

mengubahsuai tindakan.

kerjasama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui

pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka

tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur

bermula dengan tinjauan. di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke

peringkat perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

5.2 Hasil Pembelajaran

Menghuraikan proses melaksanakan kajian tindakan serta masalah yang dihadapi.

5.3 Kerangka

Proses kajian tindakan:-

Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan

Merancang tindakan

Membina stratergi

Melaksanakan tindakan

Mengumpul data

Page 64: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

52

Menganalisis data

Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)

Merancang kitaran kedua

Mengambil tindakan susulan

5.3.1 Mengenal Pasti Masalah

Langkah utama yang penting dalam penyelidikan tindakan ialah mengenal pasti amalan yang

bermasalah dalam isu bilik darjah yang menjadi perhatian. Contohnya tahap pencapaian jawi di

kalangan pelajar, kemampuan pelajar dalam membaca Al-Quran, minat pelajar keitka belajar

Al-Quran dan pelnbagai masalah yang dikenal pasti oleh guru pendidikan islam ketika

mengajar. Menurut Kemsis dan Mc Taggart, 1982. Guru perlu memilih masalah topik dan

masalah yang merupakan isu yang penting kepada anda sebagai seorang guru. Masalah yang

hendak dipilih perlu masalah yang boleh diselesaikan atau bersifat penambahbaikan kepada

amalan harian. Diharapkan melalui kajian tindakan yang dilakukan dapat memberi kesan atau

impak ke atas pembelajaran murid dan merubah tabiat guru.

Kaedah mengenal pasti masalah, guru perlu membuat pemerhatian, menyoal dan membuat

refleksi tentang keadaan sebenar (seluruh kelas atau sebahagian daripada murid dalam kelas

untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka). Dengan

membuat perbandingan tahap pencapaian murid dengan standard pencapaian yang sepatutnya

dicapai seperti mana yang digariskan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Untuk itu penyelidik

dicadangkan berkolaborasi dengan rakan guru lain, ketua panatia atau ketua bidang sebelum

melakukan kajian tindakan.

Beberapa soalan terbuka seperti di bawah dapat membantu guru unutk mengenal pasti bidang

serta amalan yang diminati untuk dibuat kajian dalam penyelidikan tindakan.

- Saya ingin memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam …..

- Saya keliru dengan kaedah yang digunakan ….

- Kebanyakan guru atau murid tidak minat dalam ….

- Saya ingin tahu lebih lanjut tentang …

- Buat masa ini bidang yang saya minati ialah …

Page 65: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

53

- Saya ingin mencuba menggunakan idea tentang …

Idea yang diperolehi itu perlu diubah dalam bentuk soalan kajian. Namun sebelum guru perlu

mengambil kira tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan

dilaksanakan supaya penyelidikan yang akan dibuat itu bermakna dan berfaedah.

- Bagaimana untuk saya dapatkan penjelasan …

- Adakah kajian itu boleh diurus dan disiapkan dalam tempoh masa yang ada?

- Adakah melalui kajian ini akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri

anda?

- Adakah anda berpeluang untuk menyebarluaskan hasil kajian tindakan ini?

- Adakah isu tersebut ada kaitan dengan amalan anda sebagai seorang guru dan

sebagainya?

Selepas itu barulah soalan-soalan penyelidikan dibina dan dibentuk. Contoh saoalan adalah

seperti berikut:

- Bagaimana saya membuat murid berasa seronok untuk belajar.

- Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan unruk mengajar matapelajaran sirah

pendidikan islam sebagai contoh?

- Bagaimana pendekatan penjelasan penulisan laporan reflektif memberi kesan ke atas

penulisan dan perasaan murid?

- Bagaimana cara untuk memastikan murid sentiasa istiqamah dalam amalan?

Untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, sebaiknya dijelaskan tujuan penyelidikan

yang dicadangkan, objektif pelajaran, standard kandungan, peralatan, bahan pelajaran,

kekangan, kekuatan dan bantuan, aktiviti dan jangkaan dalam persekitaran bilik darjah.

Penyataan masalah boleh dinyatakan dalam bentuk latar belakang kajian dan persoalan kajian.

Latar belakang kajian akan menjelaskan tentang seting kerja seperti peranan guru, ibu bapa

dan murid, budaya belajar di sekolah atau dalam kelas dan penulis boleh menyatakan masalah

yang ingin dikaji. Tinjauan literasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada penyelidik-

penyeludik sebelum ini terhadap isu yang berkaitan masalah yang ingin anda kaji.

Page 66: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

54

5.3.2 Merancang Tindakan

Setelah penyelidik mengenal pasti masalah dan menetapkan tajuk penyelidikan, penyelidik

perlu melakukan perancangan dengan membina kerangka untuk penyelidikan tindakan. Untuk

Berjaya dalam melakukan sesuatu, perlu ada pada seseorang itu melakukan perancangan yang

rapi sebelum melakukan tindakan. Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang “apa”

“bagaimana” “kenapa” “siapa” dan “bila”. Penyelidik boleh meninjau hasil penyelidikan yang

dilakukan oleh penyelidik lain. Dengan ini penyelidik akan memurnikan lagi tajuk dan persoalan

kajian disamping mengenal pasti stratergi yang baru atau rawatan baru yang sesuai dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerangak kajian ini merupakan tulang belakang dalam

kajian.

5.3.3 Membina Stratergi

Untuk menjawab persoalan yang digariskan, penyelidik perlu membina stratergi yang betul agar

matlamat kajian tercapai. Sebagai contoh, penyelidik ingin mengkaji penglibatan ibu bapa untuk

memastikan murid istiqamah melakukan amalan solat fardhu di rumah. Penyelidik perlu

memikirkan tentang setiap bahagian persoalan.

- Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan ibu bapa?

- Bagaimanakah cara penyelidik mendapatkan respon daripada ibu bapa?

- Apakah cara untuk menghubungi ibu bapa?

- Bagaimanakah cara untuk mengukur dan menilai data?

- Bagaimanakah cara penyelidik mengetahui samaada tindakannya akan memberi kesan

ataupun tidak?

- Sudahkah penyelidik mendapatkan kebenaran daripada guru panitia pelajaran dan guru

besar atau pengetua tentang perancangan yang ingin dilaksanakan?

5.7 Melaksanakan Tindakan

Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan persediaan dalam

pelbagai aspek. Antaranya ialah:

Page 67: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

55

- Anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak berkaitan dengan

penyelidikan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan tersebut.

- Menyediakan instrument alat untuk mengumpul data.

- Cara untuk mengingat semula tindakan yang akan dijalankan.

- Cara untuk memastikan ketekalan tindakan.

- Kaedah menyimpan data bagi memastikan keselamatannya.

Semasa melaksanakan tindakan, penyelidik sebenarnya sedang mengumpul data. Setiap

perancangan dan persoalan kajian perlu disemak semula. Di samping itu, penyelidik perlu

menerusakan pembacaan bidang yang dikaji. Berkemungkinan akan berlaku perubahan dan

penambahbaikan.

5.3.4 Mengumpul Data.

Pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan seperti penulisan diari, soal selidik,

ramakan video dan audio, pemerhatian, temu bual dan bukti dokumentasi. Teknik yang menjadi

pilihan bergantung pada soalan-soalan kajian yang ditanyakan. Triangulasi diperlukan untuk

mengelakan berlakunya bias peribadi. Ianya penting ketika membentuk kaedah dalam

mengumpul data. Data perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan data

merujuk kepada sejauh mana ianya benar-benar mengukur fenomena spesifik yang diselidiki.

Manakala kebolehpercayaan data pula merujuk kepada ketepatan data yang dikutip seperti

yang dikehendaki dalam kajian.

Penyelidik perlu menetep jangka masa untuk melaksanakan pengumpulan data. Penggunakan

buku log dan jurnal pembelajaran akan membantu membekalkan data yang diperlukan.

5.3.5 Menganalisis Data

Kebanyakan data yang diperolehi melalui penyelidikan tindakan lebih bersifat kualitatif. Ini

bermakna penyelidik mesti menggunakan kebijaksanaannya untuk menganalisis dan membuat

interpretasi maklumat dan data yang dikumpulkan. Proses analisi data kualitatif meliputi

kemahiran membaca secara kritikal, kemahiran mencari hubungan atau perkaitan antara data-

data yang diperolehi dan kemahiran menentukan jawapan kepada masalah penyelidikan yang

kompleks.

Page 68: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

56

Analisis data dilakukan semasa dan selepas data dikumpulkan. Analisis semasa data

dikumpulkan bermula pada interaksi yang pertama bersama responden. Ia melibatkan data

yang dikumpulkan secara tidak formal untuk membuat perbandingan di antara data yang sedia

ada dengan data yang baru serta membantu penyelidik menentukan data manakah yang lebih

penting. Menganalis data selepas ia dikumpulkan akan melibatkan jumlah data yang lebih

banyak dan memerlukan data-data tersebut diurus, ditadbir, dikodkan, dikategorikan mengikut

tema dan corak data tersebut.

5.3.6 Membuat Refleksi Terhadap Tindakan

Penyelidikan perlu memikirkan apakah proses pembelajaran yang dipelajari daripada kajian

yang dijalankan. Catatkan proses tersebut agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan

penyelidik, rakan guru, ketua panitia, guru besar dan pihak pentadbir sekolah. Schein (1999)

mengemukakan satu stratergi membuat refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan

dan model intervensi:

a. Pemerhatian: menjelaskan apa yang kita lihat

b. Reaksi: meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.

c. Pertimbangan: menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan

pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenal pasti apakah perkara yang

didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada anaisis

terhadap peristiwa yang terjadi.

d. Intervensi: merancang pendekatan seterusnya.

5.3.7 Merancang Kitaran Kedua.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa kajian tindakan adalah merupakan proses yang

berterusan dan merupakan kitaran berulang. Setelah selesai pusingan pertama penyelidikan,

terdapat kemungkinan untuk menyediakan diri dalam kitaran kedua apabila terdapat isu baru

yang timbul semasa melakukan proses dalam kitaran yang pertama. Cuba penyelidik

menggunakan pendekatan lain hingga penyelidik dapat mencipta inovasi pengajaran yang baru

dan berkesan. Untuk kitaran yang kedua dan seterusnya hendaklah bermula daripada

merancang semula tindaka, melaksanakan tindakan, menganalisis dan membuat refleksi.

Page 69: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

57

5.3.8 Membuat Tindakan Susulan.

Setelah selesai proses penyelidikan, penyelidik perlu melihat semula data secara objektif sama

ada data-data tersebut menyokong persoalan yang dikemukakan. Jika berlaku perubahan,

adakah perubahan itu signifikan? Sekiranya dapatan yang diperolehi meleset dari jangkaan,

maka penyelidik perlu menjalankan tindakan susulan. Tindakan susulan bertujuan untuk

memperbaiki kesilapan yang berlaku.

5.4 Contoh Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Untuk Menjalankan Kajian Tindakan.

Sebelum menjalankan kajian tindakan, penyelidik mesti mendapat kebenaran daripada pihak

pentadbir atau pihak atasan sekolan bagi membolehkan penelidik mendapat sokongan dan

bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, sumbangan teknikal dan kewangan. Berikut

dikemukakan contoh format penyediaan kertas kerja.

I. Fokus kajian/ masalah kajian.

II. Menerangkan isu atau masalah yang berlaku dalam bilik darjah.

III. Maklumat tentang data pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut.

IV. Kemungkinan punca isu dan masalah.

V. Penyelidik mengemukakan cadangan untuk melakukan penambahbaikan

terhadap amalan di bilik darjah yang hendak dilakukan.

VI. Soalan kajian.

VII. Sumber literatur.

VIII. Reka bentuk kajian

IX. Subjek kajian.

X. Pelan tindakan.

XI. Stratergi pengumpulan data.

XII. Analisis data.

XIII. Jadual kerja.

XIV. Perbelanjaan.

XV. Sumber rujukan

Page 70: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

58

SOALAN

Huraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh para guru dalam melaksanakan penyelidikan

tindakan.

OLL

Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan beberapa persediaan.

Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.

Page 71: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

59

6.1 Sinopsis Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan

dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti

akan menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini

akan membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan.

Sekiranya guru akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu

kertas cadangan perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas

cadangan itu perlu mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang

lebih tinggi untuk membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat,

atau menjadi pembantu penyelidik , atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan.

Kertas cadangan perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut

turutan.

6.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan

TAJUK 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Page 72: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

60

6.3 Kerangka konsep Tajuk 6

6.3.1 Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang

telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan

tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah.

Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik

sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh

dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat

keinginan , perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai.

6.3.2 Soalan Kajian

Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan

soalan kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian

mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas.

Penyelidikan Tindakan: Rancangan Dan Cadangan

Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Soalan kajian

Merancang pelan tindakan

Mengumpul data

Sumber literatur

Subjek kajian

Sumber rujukan

Refleksi : analisis dan huraian data

Perbelanjaan

Melaksana pelan tindakan

Jadual kerja

Page 73: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

61

6.3.3 Sumber literatur

Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumber

perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal,

laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat

yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan.

Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan

isu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya

dan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau

MLA

6.3.4 Subjek Kajian

Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia,

peristiwa , konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji.

Sampel merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu

yang terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh

populasi dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan

4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi

pemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan

teknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih

sama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada

populasi. Saiz sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik.

6.3.5 Merancang pelan tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini

merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah

yang ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas

pemikiran atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan.

6.3.6 Melaksana pelan tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara

terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian

Page 74: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

62

terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan

menganalisis data.

6.3.7 Mengumpul data

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan

untuk mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik

atau eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan

kemahiran penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan

triangulasi.

6.3.8 Refleksi : Analisis dan huraian data

Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah

perisian SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya

dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung

kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau

kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu

jelaskan perinciannya.

6.3.9 Jadual Kerja

Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan

mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Feb – Mac

2 Menulis proposal kajian April

3 Merancang tindakan April

4 Melaksanakan tindakan 1 2 – 31 Mei

5 Analisis tindakan 1 4 – 6 Jun

6 Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan

tahun

5 – 8 Julai

7 Melaksanakan tindakan 2 1 – 30 Ogos

Page 75: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

63

8 Analisis tindakan 2

9 Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2 10 – 12 Oktober

10 Refleksi kajian 15 Oktober

11 Menulis laporan kajian

Jadual 1 Contoh jadual kerja

6.3.10 Perbelanjaan

Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan

tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.

BIL BAHAN KOS (RM)

1 Kertas A4 (5 rim) 50.00

2 Bahan cetakan riso 50.00

3 Dakwat setakan komputer 150.00

4 Lain-lain 50.00

JUMLAH RM300.00

Jadual 2 Contoh perbelanjaan

6.3.11 Sumber rujukan

Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber

rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan

pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang

lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa

penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk

mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan

format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA.

6.3.12. Reka bentuk ujian

Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang

digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau

kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi

Page 76: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

64

eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan

eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.

Latihan

Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan

dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan

anda.

Page 77: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

63

TAJUK 7

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

7.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi

mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Ia

digunakan mengikut kesesuaian berdasarkan fokus kajian yang dijalankan.

7.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan kaedah-kaedah kajian tindakan

ii. Mengaplikasi Kajian Tindakan dalam bidang pendidikan.

7.3 Kerangka Konsep Tajuk 7

KAEDAH PENGUMPUL

AN DATA

PEMERHATIAN

DOKUMEN

TEMU BUAL

SENARAI SEMAK

RAKAMAN

LOG

NOTA LAPANGAN FOTO

PORTFOLIO

REKOD ANEKDOT

SLAID

JURNAL

DIARI

Page 78: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

64

7.3.1 Kaedah Pengumpulan Data

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan sperti yang terdapat di

dalam kerangka konsep.

7.3.1.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji

mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat

pemerhatian situasi yang sebenar.

Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga

aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan

mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi

pengkaji sangat diperlukan.

7.3.1.1.1 Kebaikan Menjalankan Pemerhatian

(a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui

pemerhatian. Setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui

soal selidik atau temu bual.

(b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru biasanya

dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu

piawai melalui pemerhatian langsung.

(c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti

permainan, sukan, dan kerja amali.

(d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap

keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya.

7.3.1.1.2 Pemerhatian secara langsung (direct observation)

Pemerhatian boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal seperti mencatatkan nota

tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat

instrumen seperti borang pemerhatian; alatan electronik seperti perakam video, kamera atau pita

rakaman audio. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber

Page 79: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

65

yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. aspek-aspek yang perlu sebelum

melakukan pemerhatian

7.3.1.1.3 Tumpuan pemerhatian

Beberapa persoalan perlu diambil perhatian sebelum melakukan pemerhatian. Antaranya ialah:

Siapakah yang akan membuat pemerhatian?

Siapa atau apa yang akan diperhatikan?

Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di

beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)

Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-masa yang

berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)

Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan?

Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai

(reliable) dan ada keesahan (valid)?

Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji?

(Eloklah data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta

merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota)

7.3.1.1.4 Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas.

Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut:

Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar?

Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar?

Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang

diguna?

Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar, G

untuk guru).

Page 80: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

66

Dalam kaedah ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu. Contohnya

pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya

dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh P & P itu berlangsung.

Selepas pemerhatian, semakan perlu dilakukan untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau

untuk membuat komen. Nota tambahan nota dipelukan bagi menyatakan perasaan akan sesuatu

peristiwa atau sesuatu idea baru. Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya

berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi.

7.3.2 Dokumen

Dokumen adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng,

2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik

mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga

dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan

untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel,

2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada

sumber-sumber lain.

Terdapat tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan:-

a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan

b) Dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain,

jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk

mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan

c) Inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).

7.3.3 Temubual

Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan

mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.

Page 81: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

67

Seringkala dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian,

dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan "face-to-

face"

Dalam Kajian Tindakan, peserta-peserta yang penting ditemubual adalah

1. murid-murid sekolah,

2. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama,

3. rakan sejawat yang sesekolah,

4. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar, penolong kanan) dan

5. pemerhati yang turut serta dalam kajian.

Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian

dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara

mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk

tujuan soal jawab; berbual-bual ataupun berbincang.

7.3.3.1 Kebaikan Menjalankan Temu bual

a. Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai kecerdasan yang

terhad.

b. Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis.

c. Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat jawapan yang

tepat daripada responden.

d. Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan

berdepan.

e. Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika

soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah

diberikan.

7.3.3.2 Perancangan untuk Menemu Bual

a. Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden.

Page 82: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

68

b. Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang responden

mengeluarkan maklumat

c. Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan.

7.3.3.3 Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual

a. Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang ditemubual. Oleh

itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden. Ini memerlukan kemahiran

dan kesenian seseorang.

b. Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang responden member

komen dan penerangan

c. Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian responden.

7.3.3.4 Cara Mencatat Atau Merakam Jawapan Temu bual

a. Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden seperti

memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak.

b. Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan. Kedua-dua

cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. Cara pertama boleh member catatan yang

lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara kedua boleh

memberi kesan sebaliknya. Walau apa cara pun, penyelidik harus membuat berapa latihan.

c. Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-jawapan yang diberikan oleh

responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka. Dalam hal ini, adalah baik

jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seIepas mendengar semula rakaman

yang dibuat.

7.3.3.5 Jenis-jenis Teknik Temubual

Lazimnya, terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

i. Teknik Temubual Berstruktur

Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan

soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu

Page 83: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

69

sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru

membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji dapat

menyoal peserta atau respondan secara sistematik.

Contohnya:

adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar

adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan ?

jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?

siapakah pelajar yang selalu didenda ?

ii. Teknik Temubual Tidak Berstruktur

Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan

penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan

terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta

atau respondan.

Contohnya:

adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami

apakah perasaan anda pada masa itu ?

mengapa anda rasa begitu ?

apakah pandangan atau pendapat anda ?

Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji meneroka

secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-

bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, peserta boleh

meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal pengkaji.

Page 84: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

70

Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. Pada masa

temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan

memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah

disediakan terlebih dahulu.

7.3.3.6 Cara Merekod Temubual

Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau

perbualan melalui cara-cara tertentu.

Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti

atau situasi temubual.

Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan peserta

dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian

temubual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan

jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam diari pengkaji.

Boleh berlaku samada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau pun guru atau secara

berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk memudahkan sesi temubual. Sebaiknya

rakaman perbualan dilakukan atau pun boleh hanya dicatat pada kertas.

7.3.4 Senarai Semak, Soal Selidik Dan Inventori

Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu senarai

butiran untuk diperiksa oleh responden. Responden tidak perlu memberi pertimbangan. Mereka hanya

perlu memberi fakta sebenar. Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak

yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Soal selidik pula adalah satu set

soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut

terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan. Manakala inventori ialah senarai

pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya

ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.

7.3.4.1 Panduan membina senarai semak

Page 85: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

71

a. Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik yang lepas dan tentukan

butiran yang diperlukan dalam kajian.

b. Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau

psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama.

c. Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah:

Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu. Misalnya:

Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.sukan, kebun,

pementasan, muzik, perbahasan dan sebagainya.

Minta responden memberi jawapan ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai

Persatuan Pelajar? Ya! Tidak"

Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif. Misalnya: "Sebahagian pelajar

wanita di sekolah ini beragama Islam .... ( )"

Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan. Misalnya:

"Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu, dua minggu sekali, setiap bulan,

tidak tentu masa".

(c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah anda

mempunyai perpustakaan?"

Diperbaiki menjadi:

"Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah buku

bagi seorang pelajar?"

(d) Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif.

7.3.5 Rakaman Pita Video Dan Transkrip

Rakaman sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-butir

percakapan komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran.

Page 86: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

72

Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner)

untuk melaksanakan sesi penggambaran. Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa

perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.

Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan

dalam sesuatu aktiviti.

Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajar-

pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.

Cadangan Untuk Membuat Transkrip

Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter

tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.

Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat

transkrip yang lengkap.

7.3.6 Log

Log ialah catatan peristiwa atau aktiviti mengikut turutan kronologi yang dicatatkan seara ringkas dan

bersifat fakta.

7.3.7 Nota lapangan

Catatan yang dibuat semasa menjalankan temubual atau pemerhatian.

7.3.8 Foto

Rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti untuk dilihat perbezaannya.

Page 87: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

73

7.3.9 Portfolio

Satu koleksi bahan-bahan termasuk contoh dan sampel kerja merangkumi skop program atau aktiviti.

7..3.10 Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia juga merupakan satu catatan ringkas

tentang suatu kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja . Ia menerangkan secara fakta di mana,

bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejaidian yang berlaku. Antara maklumat

yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku,

ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru.

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menulis:

a) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.

b) Pelajar yang diperhatikan tidak perlu ditentukan.

c) Perkara tersebut penting dan signifikan dalam aspek perkembangan pelajar.

Contoh: perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan

sebagainya.

7.3.11 Slaid

Slaid yang menunjukkan perubahan yang telah berlaku dalam tempoh penyelidikan seperti perkembangan

pembelajaran.

7.3.12 Jurnal

Jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu

tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala

pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen.

Page 88: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

74

7.3.13 Menulis Diari

Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan. Catatan

mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Kita

boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.

Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Berikut adalah panduan untuk menulis diari:

1. Catatan Diari Guru

Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang satu strategi

khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah.

Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala perubahan,

tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari.

Setiap catatan diari mesti ada:Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat.

Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian.

Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk

menyenangkan silang rujukan.

Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat

dalam diari untuk rujukan.

Dari semasa ke semasa analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu

kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip.

Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan

Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami

situasi / isu yang dikaji.

2. Catatan Diari Pelajar

Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat.

Page 89: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

75

Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru mengenai isu

yang sama.

Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui

tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar.

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas sekiranya

mereka percaya pada guru itu.

7.4 KESIMPULAN:

Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan yang telah

difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan pengawasan setiap aktiviti

dengan baik.

LATIHAN

1. Jelaskan bagaimanakah kajian tindakan dilakukan melalui kaedah pemerhatian.

2. Bincangkan apakah kekuatan kaedah pemerhatian

OLL

Hasilkan dalam bentuk grafik kekuatan dan kelemahan menggunakan kaedah mengumpul data melalui

catatan diari.

Page 90: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

76

Page 91: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

77

TAJUK 8

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PERTIMBANGAN SEMASA MENGUMPUL DATA

8.1 Sinopsis

Setelah kita mengenal pasti kaedah yang digunakan dalam mengumpul data, kita perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data tersebut.

8.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data. ii. Menjelaskan tentang pensampelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan. iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data.

8.3 Kerangka Konsep Tajuk 8

Rajah 1 :Lima Kerangka Konsep Tajuk 8.

Pertimbangan

Pengumpulan Data

Kesahan Bias Persampelan Kebolehpercayaan Etika

Page 92: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

78

8.3.1 Populasi dan Persampelan

Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai: "Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan". Manakala sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian.

Contohnya: Kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah sekolah. Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian, iaitu murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya, daripada 200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang murid. Bagi Iangkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang dinyatakan sebelum ini. Kaedah-kaedah tersebut dihuraikan dalam bahagian berikut.

Rajah 2 : Jenis Pemilihan Sampel.

a. Rawak Mudah

Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:

a. Kenalpasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1).

b. Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250 orang).

c. Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000 hingga 249).

d. Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi).

Page 93: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

79

e. Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sampel.

b. Rawak Berstrata

Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid lelaki pandai (MLP), murid lelaki Iemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP), perempuan Iemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM ialah penggunaan PRM Iebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada setiap strata populasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:

(i) & (ii) sama seperti teknik PRM.

(iii) Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL).

(iv) Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang, MLL 70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang).

(v) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).

(vi) Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang MLL, 20 orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).

(vii) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi daripada setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki.

c. Persampelan Sistematik

Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20, sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM dan PRS ialah PS Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:

(i), (ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM.

(v) Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (misalnya, 250/50 = 5).

(vi) Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19, ..., 249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.

Page 94: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

80

d. Persampelan Kelompok

Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat dengan; pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan kedua, mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK berbanding PRM, PRS dan PS ialah ia Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut:

(i) Sama seperti PRM.

(ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi, 50 orang sampel).

(iii) Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap satunya (misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid).

(iv) Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan pilih kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan dua kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel).

(v) Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.

8.3.2 Kebolehpercayaan

Isu-isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:

(1) Alat yang digunakan dalam kajian;

(2) Proses mengutip data; dan

(3) Kaedah analisis data.

Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya berorientasikan proses.

Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan (equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah ini.

Page 95: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

81

Rajah 3 : Jenis Kebolehpercayaan.

a. Kestabilan

Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama. Ini bermakna alat/ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama dari masa ke masa bagi responden yang sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara skor ujian kali pertama dengan skor ujian kali kedua.

Nilai kebolehpercayaan boleh membantu kita menentukan sejauh mana berasa yakin membuat ramalan markah yang akan diperoleh oleh pelajar pada satu masa yang akan datang. Nilai r bergantung juga pada jarak masa ujian itu diberikan

b. Kesetaraan

Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.

Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama sekiranya responden yang sama mengambil dua (2) ujian yang berbeza tetapi setara. Indeks kebolehpercayaan kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian pertama dengan skor ujian kedua.

c. Ketekalan Dalaman

Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama.

Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi responden yang sama, sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian.

Indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah korelasi antara skor ujian bahagian pertama dengan skor ujian bahagian kedua.

Page 96: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

82

8.3.3 Kesahan

Terdapat 4 jenis kesahan iaitu:

Kesahan kandungan (content validity),

Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan bidang.

Kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity),

Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujian-ujian ini. Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred M.

Kesahan konstruk (construct validity)

Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruk "rajin" sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud "rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang "rajin").

Kesahan muka (face validity).

Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu alat/ujian "nampak pada permukaannya" dapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang "rajin". Kesahan muka akan memberi keyakinan kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab, bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka jawapan yang "positif" kepada konstruk yang hendak diukur.

Page 97: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

83

8.3.4 Etika

Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin penyelidik perlu diberi perhatian 3 perkara berkaitan etika penyelidikan :

1) Hubungan antara masyarakat dan sains.

a. Perlukah penyelidik membuat penyelidikan yang dianggap penting untuk masyarakat (sekolah) pada sesuatu masa yang ditetapkan?

b. Perlukah pihak kerajaan atau pentadbir sekolah memberi pembiayaan untuk membolehkan penyelidikan dibuat ?

c. Perlukah penyelidik menafikan perhatian masyarakat?

2) Isu-isu professional

a. Isu etika yang dimaksudkan ialah aktiviti penipuan seperti mengubah hasil dapatan. b. Penerbitan berulang, iaitu menerbitkan data dan dapatan kajian lebih daripada satu

jurnal atau tempat , perlu dihindarkan. c. Penerbitan sebahagian iaitu penerbitan beberapa artikel daripada data yang diperolehi

dalam satu penyelidikan.

3) Layanan kepada peserta penyelidikan.

a. Peserta penyelidikan tidak seharusnya diancam secara fizikal atau psikologi semasa menjalankan kajian.

b. Peserta perlu dilayan dengan baik serta dimaklumkan tentang penyelidikan yang hendak dijalankan.

8.3.5 Bias

Bias berlaku apabila kelalaian individu yang mengendalikan penyelidikan tindakan dengan secara tidak sedar di dalam kumpulan kawalan telah mempengaruhi dapatan kajian. Bias ini boleh diatasi apabila pelaksana penyelidikan tindakan tidak menyedari kumpulan peserta sama ada kawalan atau kajian tindakan.

8.4 Kesimpulan

Kesimpulannya semasa membuat pertimbangan dalam pengumpulan data, lima aspek yang perlu diberi penekanan iaitu ; persampelan, kebolehpercayaan, kesahan, etika dan bias.

Aktiviti 7 – OLL

Berikan contoh bias yang berlaku semasa mengumpul data dalam penyelidikan tindakan.

Page 98: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

84

TAJUK 9

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA

9.1 Sinopsis

Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza . Kajian kualitatif pula memerlukan kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu.

9.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data ii. Menjelaskan tentang pensempelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data.

9.3 Kerangka Konsep Tajuk 9

Analisis Data

Kuantitatif

kualitatif

Kandungan

Kategori

Mengkod

Menyusun

Mengenalpasti

Menentukan kajian

susulan

Deskriptif

Frekuensi

Peratusan

Min

Mod

Median

Sisihan piawai

korelasi

Page 99: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

85

9.3.1 Data Kualitatif

Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan Iangkah-Iangkah berikut:

i. Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis. ii. Menghurai dan membina tema daripada data. iii. Melaporkan dapatan kajian. iv. Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian. v. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula (transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu "membersihkan" nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau menulis taporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagian-bahagian (segments) dalam teks dan memberikan kod tertentu kepadanya.

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data:

(i) Tahap pra-analisis; a. Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. b. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan

tertentu. c. Data direkod seperti yang dikehendaki. d. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. e. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang

didokumenkan. f. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. g. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. h. Pastikan data mudah diakses

(ii) Tahap kemasan data; a. Pada tahap kemasan data (data reduction), b. data ditranskripsikan dalam "word processing“ atau dalam format analisis

tekstual menggunakan komputer. c. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.

Page 100: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

86

(iii) Tahap pamiran data ; a. Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. b. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang

perlu dibuat.

(iv) Tahap verifikasi data; a. Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang

diambil untuk mencapai kesimpulan. b. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan

tepat. c. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). a. Penyemakan dan interpretasi dapatan b. Interpretasi melibatkna memberi makna dan signifikan kepada analisis. c. Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk diskriptif dan penentuan

hubungan sesam bentuk. d. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan

disiminasi

(vi) Interpretasi a. Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda b. Interpretasi berdasarkan teori c. Interpretasi berdasarkan maklumat d. Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

Page 101: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

87

9.3.2 Analisis Data Kuantitatif

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Berikut adalah dua proses dalam menganaliss data: (a) Memproses data dari borang soal selidik (b) Memproses data dari inventori Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:

i. Fasa pra-analisis segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis.

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosidur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya.

(d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik/inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.

Page 102: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

88

ii. Fasa pengurangan saiz data

Selalunya, penyelidik cuba menerangkan sesuatu taburan data dengan hanya menggunakan beberapa sukatan penting seperti berikut:

(i) Sukatan kecenderungan memusat: Min, mod, median, kuartil, desil dan persentil, dan lain-lain.

(ii) Sukatan serakan: Julat, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali variasi, dan lain-lain.

iii. Fasa paparan data iv. Fasa pengesahan data v. Fasa dapatan

Page 103: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

89

Rajah : Analisis Data Kajian Kuantitatif

Rajah : Reka bentuk Kajian Kuantitatif

Page 104: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

90

Aktiviti 7 – OLL

Senaraikan bahan dan sumber rujukan rujukan yang anda gunakan untuk mengkaji

tentang analisis data.

Page 105: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

91

TAJUK 10

INTERPRETASI DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN

10.1 Sinopsis

Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana menghurai semua data yang telah dikumpul

dalam sesuatu kajian.

10.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengintegrasi pelbagai sumber data.

2. Menghubungkaitkan data dengan literatur.

3. Membuat rumusan data.

10.3 Mengintegrasi pelbagai sumber data

Sumber data yang diperoleh daripada pengalaman sebenar semasa pemerhatian, temu bual

dan juga analisis dokumen yang dihasilkan murid perlu diintegrasikan supaya kesemua data

boleh diterjemahkan menjadi dapatan yang bermakna. Perkara yang dititikberatkan melalui

kajian tindakan ialah perkongsian maklumat dan pengalaman penyelidik yang terlibat untuk

menambahbaik serta meningkatkan program. Amalan refleksi menjadi asas kepada dapatan

dan laporan kajian tindakan. Oleh itu, semasa mengintegrasi data melalui pengalaman serta

perasaan penyelidik, penjelasan yang tepat dan terperinci mengikut pandangan personal

penyelidik diperlukan. Di samping itu, penyelidik juga perlu mengemukakan sebab-sebab

penyelidik berpandangan demikian. Seterusnya, penyelidik perlu membuat penambahbaikan

untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau program

yang dijalankan.

Page 106: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

92

10.4 Menghubungkaitkan Data dengan Literatur

Maklumat merupakan hasil daripada pemprosesan data. Ini bermakna, data hanya akan

menjadi maklumat yang boleh digunakan untuk membuat keputusan setelah data-data tersebut

diproses. Data tersebut akan menjadi lebih bermakna sekiranya disokong oleh dapatan kajian

melalui bacaan literatur daripada penyelidik lain. Kadang kala dapatan penyelidik bercanggah

dengan dapatan literatur kajian penyelidik lain. Hal ini menyebabkan dapatan kajian tidak selari

dengan pembacaan kajian lepas. Oleh itu, justifikasi kepada data penyelidikan yang baharu

perlu diperkukuhkan kerana mungkin perkara ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti

setting responden yang berbeza. Sokongan asas teori ke atas dapatan kajian sangat

diperlukan.

10.5 Membuat rumusan data.

10.5.1 Menyusun data.

Sekiranya data diperoleh adalah sedikit, penyusunan data boleh dibuat secara manual tetapi

sekiranya jumlahnya besar maka penggunaan perisian komputer diperlukan untuk menyusun

dan membuat analisis data. Bagi data bukan numerical, pengekodan dan pengkategorian perlu

dibuat untuk memudahkan urusan. Data yang banyak adalah baik tetapi kadangkala boleh

menyukarkan kefahaman sekiranya dibentangkan dalam satu kelompok data yang besar. Oleh

itu, rumusan data perlu dibuat setelah laporan dan pembentangan dilaksanakan bagi

mengelakkan kesukaran untuk memahami data yang dipersembahkan. Kebaikan membuat

rumusan bukan sekadar mengurangkan jumlah data yang perlu difahami tetapi meningkatkan

keupayaan mambuat intepretasi data.

10.5.2 Merumus data.

Sebelum membuat rumusan, data perlu dibersihkan dengan membuat pembetulan bagi data

kualitatif yang tidak jelas atau tidak tepat yang mungkin mengganggu proses membuat

keputusan. Contohnya, terdapat responden lelaki yang menjawab soalan yang hanya ditujukan

kepada responden perempuan sahaja atau terdapat dua jawapan bagi soalan berkategori

Page 107: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

93

jawapan atau jawapan di luar kategori (murid membuat jawapan sendiri kerana tidak suka

kepada pilihan yang disediakan atau jawapan “Lain-lain” sedangkan semasa menyatakannya

didapati jawapan tersebut termasuk ke dalam salah satu kategori yang disediakan.

Seterusnya dibuat senarai yang tepat dan dibuat perbandingan sebelum memasukkan

data ke dalam carta. Penjadualan dan pelbagai bentuk graf persembahan (garis,palang atau

pai) boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dengan lebih jelas. Graf perlu

dilengkapkan dengan data peratusan untuk menjadikannya lebih bermakna.

Data dalam jadual atau dalam bentuk graf adalah mudah difahami tetapi tidak menjelaskan

keseluruhan cerita. Oleh itu, rumusan dara juga melibatkan interpretasi naratif dibuat mengenai

data yang dapat dilihat.

Rumusan

Dalam bab ini kita telah mempelajari bagaimana menghurai semua data yang telah dikumpul

dalam sesuatu kajian. Selain itu, kita juga telah mempelajari tentang bagaimana mengintegrasi

data dengan pengalaman personal, dan menghubungkaitkan data dengan literature, serta

bagaimana membuat rumusan data.

Latihan

Nyatakan kepentingan pengintegrasian data kepada kajian tindakan.

OLL

Buat satu jadual yang menunjukkan hubungan antara dapatan kajian dan literatur. Hantar

kepada pensyarah anda melalui OLL atau email.

Page 108: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

94

TAJUK 11

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

11.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis laporan

penyelidikan tindakan. Pelajar akan dipandu untuk memahami format dan kandungan penulisan

laporan tersebut. Tajuk ini merangkumi konteks kajian, tinjauan literatur, aspek amalan

penambahbaikan, pelan tindakan dan pelaksanaannya, pengumpulan data, analisis dan huraian

data, refleksi dan implikasi, pelan bagi tindakan susulan dan sumber rujukan yang mengikut

format yang ditetapkan.

11.2 Hasil Pembelajaran

i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

Page 109: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

95

Penulisan laporan penyelidikan

tindakan

11.3 Kerangka Konsep Tajuk 11

11.4 Pengenalan Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan

Penulisan laporan penyelidikan tindakan mengambil kira beberapa aspek dan bahagian yang

penting untuk memastikan hasil laporan mengikut standard yang telah diiktiraf oleh semua.

Penulisan tersebut perlu merangkumi perkara-perkara yang dinyatakan dalam kerangka konsep

di atas. Huraian penulisan dijelaskan secara ringkas dibawah ini.

11.4.1 Konteks/Latar Belakang Kajian

Dalam kajian tindakan, penyelidik hendaklah menjelaskan konteks atau latar belakang kajian

sama ada kajian dibuat dalam konteks bilik darjah, sekolah, amalan pedagogi atau dalam

konteks-konteks lain yang lebih luas.

• Tinjauan literatur

• Fokus/ aspek amalan bagi penambahbaikan

• Pelan tindakan

• Pelaksanaan pelan tindakan

• Pengumpulan data

• Analisis dan huraian data

• Refleksi dan implikasi

• Pelan bagi tindakan susulan

• Sumber rujukan: American Psychological Association

(APA)

• Konteks/ latar belakang kajian

Page 110: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

96

11.4.2 Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur menggunakan sumber-sumber yang boleh didapati seperti perpustakaan,

teks, jurnal, laporan tesis dan penyelidikan, akhbar dan lain-lain lagi. Penulisan tinjauan

literature hendaklah mengikut gaya dan format American Psychology Association (APA) atau

format tertentu yang telah ditetapkan.

11.4.3 Fokus/Aspek Amalan bagi Penambahbaikan

Fokus kajian hendaklah ditulis dengan jelas berdasarkan tumpuan masalah. Dalam menulis

focus kajian, sampel dan pemilihan sampel perlu dinyatakan. Contohnya:

Kajian ini berfokus kepada murid yang amat lemah dalam bacaan tulisan jawi walaupun

perkataan suku kata terbuka-terbuka.

11.4.4 Pelan Tindakan

Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan. Proses

ini melibatkan strategi yang dilaksanakan mengikut masalah yang dikaji. Contohnya

menjelaskan cara pelaksanaan kajian terhadap murid yang tidak dapat membezakan alif lam

qamariah dan alif lam syamsiah dalam bacaan al-Quran.

11.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan yang telah diambil berkaitan

persoalan yang dikaji, termasuk langkah-langkah awal seperti refleksi awal dan mendapatkan

tinjauan literatur mengikut tarikh-tarikh pelaksanaannya. Masukkan juga langkah-langkah

pelaksanaan tentang tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan

analisis data, menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan

ke atas sampel untuk melaksanakan tindakan. Jelaskan kaedah dan jenis data yang

dikumpulkan (Akhiar dan Shamsina, 2012).

Page 111: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

97

11.4.6 Pengumpulan Data

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang digunakan untuk

mengumpul data. Contohnya, pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau

eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi dan kemahiran

penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi (Akhiar

dan Shamsina, 2012).

11.4.7 Analisis dan Huraian Data

Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru yang utama dan diikuti dengan

penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan sama ada hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak

menyokong hipotesis. Nyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat

interpretasi. Adakah perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung

kepada penyelidikan sama ada kualitatif atau kuantitatif. Semua perkara yang dinyatakan

tersebut perlu dijelaskan secara terperinci (Akhiar dan Shamsina, 2012).

11.4.8 Refleksi dan Implikasi

Di dalam ruangan ini, nyatakan secara terperinci bagaimana refleksi dibuat untuk memperbaiki

amalan sendiri atau untuk meningkatkan profesionalisme. Nyatakan juga langkah-langkah

seterusnya yang akan diambil sekiranya lanjutan kajian perlu dibuat atau sesuatu perubahan

perlu dilakukan (Akhiar dan Shamsina, 2012).

11.4.9 Pelan bagi Tindakan Susulan

Penyelidik perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan

oleh diri sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan

dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau

yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa.

Page 112: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

98

11.4.10 Sumber Rujukan: American Psychological Association (APA)

Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA. Sesetengah kajian

menggunakan format rujukan tertentu yang telah ditetapkan.

11.4.11 Rumusan

Secara keseluruhannya terdapat 10 bahagian yang perlu diberi perhatian untuk menjamin kualiti

laporan kajian. Para pelajar perlu mendedahkan diri dengan melaksanakan kajian dan membuat

penulisan mengikut standard yang telah ditetapkan.

Aktiviti 11 – Perbincangan

Nyatakan strategi yang boleh digunakan dalam pengumpulan data kajian tindakan.

Dapatkan beberapa naskah buku dan tuliskan kandungan yang dirujuk yang menunjukkan

cara anda mencatat sumber rujukan.

OLL 11- Slaid

Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk slaid kepada pensyarah

anda tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam penulisan kajian tindakan.

Page 113: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

99

TAJUK 12

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

12.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel

penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan dipandu untuk memahami format dan

kandungan penulisan artikel penyelidikan tindakan yang meliputi abstrak, konteks, fokus kajian,

pelan tindakan, pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data, analisis dan huraian

data, refleksi dan implikasi, tindakan susulan dan sumber rujukan. Penulisan artikel

penyelidikan tindakan akan mendedahkan pelajar kepada penulisan hasil penyelidikan

berbentuk artikel yang akan diterbitkan atau dicetak. Ianya merupakan intisari penting daripada

hasil penyelidikan sepenuhnya.

12.2 Hasil Pembelajaran

i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

Page 114: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

100

Penulisan Artikel Penyelidikan

Tindakan

12.2 Kerangka Konsep Jadual Tajuk 12

12.4 Pengenalan Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan

Penulisan artikel penyelidikan tindakan perlulah mengikut format yang telah ditentukan serta

mengikut susunan kandungan yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang perlu diberi

perhatian dalam penulisan tersebut dibincangkan di bawah ini.

12.4.1 Abstrak

Tuliskan secara ringkas rumusan fakta utama penyelidikan yang dibuat. Abstrak perlu

mengandungi topic kajian, persoalan kajian, peserta, kaedah, keputusan, analisis data dan

kesimpulan. Implikasi kajian boleh juga dimasukkan dan kajian masa depan yang boleh

dikaitkan dengan dapatan. Abstrak ditulis dalam satu perenggan dengan jarak dua baris.

Abstrak yang ditulis adalah dalam anggaran antara 150 hingga 250 patah perkataan. Penulis

juga dikehendaki memasukkan kata kunci yang perlu ditaipkan di bahagian ini dengan

• Konteks

• Fokus Kajian

• Pelan tindakan

• Pelaksanaan pelan tindakan

• Kaedah Pengumpulan data

• Analisis dan huraian data

• Refleksi dan implikasi

• Tindakan susulan

• Sumber rujukan • Abstrak

Page 115: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

101

menggunakan huruf italik. Abstrak diletakkan sebelum bab pertama laporan (Akhiar dan

Shamsina, 2012).

12.4.2 Konteks

Dalam penulisan artikel kajian tindakan, penyelidik hendaklah menulis konteks atau latar

belakang kajian yang dibuat sama ada di bilik darjah, sekolah, atau dalam konteks-konteks lain

yang lebih luas. Ianya juga melibatkan amalan pedagogi atau amalan-malan pendidikan yang

lain yang perlu dinyatakan.

12.4.3 Fokus Kajian

Nyatakan fokus kajian berdasarkan tumpuan masalah yang dikaji. Sampel dan cara pemilihan

sampel perlu dinyatakan juga di dalam fokus kajian. Contoh focus kajian adalah seperti berikut:

Kajian ini berfokus kepada murid yang kurang memberi tumpuan semasa aktiviti hafazan

dilaksanakan.

12.4.4 Pelan Tindakan

Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan.

Penjelasan boleh dibuat dalam bentuk jadual yang menunjukkan peringkat pelaksanaan yang

beserta dengan tarikh dan masa yang dipilih.

12.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan berkaitan persoalan yang

dikaji. Langkah-langkah tersebut termasuklah langkah-langkah awal seperti refleksi awal

berdasarkan pengalaman lalu dan tinjauan literatur. Tarikh- tarikh pelaksanaan refleksi dan

mendapatkan literatur perlu dinyatakan. Masukkan juga langkah-langkah pelaksanaan tentang

tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan analisis data,

menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan ke atas

sampel untuk melaksanakan tindakan. Cara kutipan data dan jenis data juga perlu dijelaskan.

Page 116: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

102

12.4.6 Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidik perlu menjelaskan bagaimana data dikumpul dengan menyatakan juga alat ukur

yang digunakan. Alat ukur yang biasa digunakan dalam kajian tindakan adalah ujian, tinjauan

pemerhatian, temu bual, senarai semak atau eksperimen. Strategi dan teknik yang digunakan

mengikut kesesuaian tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik. Untuk mendapatkan kesahan

yang tinggi, triangulasi boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga

teknik pengumpulan data.

12.4.7 Analisis dan Huraian Data

Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru atau keputusan penyelidikan yang

utama yang diperolehi pada lingkaran terakhir. Menurut model kajian tindakan McKernan, setiap

kajian tindakan mesti melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran (Noraini, 2010). Kemudian

diikuti dengan pembentangan penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan juga sama ada

hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak menyokong hipotesis. Sebaiknya penyelidik perlu

berusaha sehingga masalah atau isu dalam fokus kajian dapat diselesaikan. Oleh yang

demikian kajian berkemungkinan mengambil masa yang lama dan melibatkan sehingga

berpuluh-puluh lingkaran. Menurut Akhiar dan Shamsina (2012) penyelidik hendaklah

menyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah

perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung kepada penyelidikan

sama ada kualitatif atau kuantitatif.

12.4.8 Refleksi dan Implikasi

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh ditingkatkan lagi.

Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti

kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam

kalangan pelajar (Noraini, 2010).

Buat refleksi bagi setiap langkah tindakan yang dijalankan. Ada kemungkinan kajian

memerlukan lanjutan kajian sekiranya timbul masalah yang baru atau memerlukan kajian yang

lebih terperinci melibatkan pembolehubah baru dan sebagainya. Nyatakan juga implikasi kajian

Page 117: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

103

ke atas amalan sendiri, institusi serta pendidikan secara keseluruhan (Akhiar dan Shamsina,

2012).

12.4.9 Tindakan Susulan

Berdasarkan refleksi dan implikasi di atas, penyelidik perlu menulis idea untuk mengatasi

masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan

penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya (Noraini, 2010). Penyelidik

perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan oleh diri

sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan

dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau

yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa tersebut.

12.4.10 Sumber Rujukan

Sumber-sumber rujukan adalah sama sebagaimana dalam penyelidikan-penyelidikan lain

seperti jurnal, buku, majalah, internet dan lain-lain lagi. Setiap rujukan yang menggunakan

bahan bercetak sama ada buku atau elektronik hendaklah dimasukkan di dalam senarai

rujukan. Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA.

12.4.11 Rumusan

Untuk menghasilkan artikel yang baik dan menarik dibaca, pelajar bukan sahaja mengikut

format yang telah dinyataka di atas, malah bahasa dan olahan perlu menarik dan tersusun.

Aktiviti 12 – Perbincangan

Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data

kajian yang akan dilaksanakan.

OLL 12 – Words

Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk words kepada

pensyarah anda tentang bagaimana menulis refleksi dan implikasi dalam kajian tindakan.

Page 118: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

104

TAJUK 13

CARA-CARA MENYEBARKAN DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN

13.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara-cara

menyebarkan data penyelidikan tindakan. Pelajar akan dipandu untuk memahami cara-cara

penyebaran melalui seminar, penerbitan dan rangkaian.

13.2 Hasil Pembelajaran

1. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

2. Menerangkan cara-cara menyebarkan data dapatan penyelidikan tindakan.

13.2 Kerangka Konsep Tajuk 13

Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

Seminar Penerbitan Rangkaian

13.4 Pengenalan Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

Cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan boleh dilaksanakan melalui beberapa

kaedah. Kaedah tersebut dinyatakan di bawah ini.

13.4.1 Seminar

Page 119: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

105

Seminar pendidikan merupakan aktiviti pendidikan yang sering diadakan di Malaysia. Melalui

seminar dan perbengkelan, kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibentangkan untuk

dikongsikan kepada peserta. Kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibahaskan dan

seterusnya diedarkan untuk tatapan peserta (Akhiar dan Shamsina, 2012).

.

13.4.2 Penerbitan

Terdapat banyak penerbitan yang memuatkan hasil kajian pendidikan dan kajian tindakan untuk

dikongsikan kepada penyelidik atau guru-guru lain sama ada terbitan dalam atau luar negara.

Penyelidik boleh menerbitkan dapatan penyelidikannya di dalam jurnal-jurnal berkenaan. Antara

institusi yang aktif menerbitkan hasil penyelidikan pendidikan adalah universiti tempatan, Institut

Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan negeri-negeri (Akhiar dan Shamsina, 2012).

13.4.3 Rangkaian

Rangkaian Kajian Tindakan merupakan alat yang telah direka bentuk untuk para guru dalam

lapangan kerjaya mereka dan juga untuk para pelajar agar dapat berkongsi penyelidikan yang

telah dibuat dan memberikan pandangan tentang penemuan-penemuan yang telah diperolehi

oleh para penyelidik lain. Laman ini menyediakan template online yang akan diisi oleh

penyelidik. Maklumat yang telah diberikan akan membolehkan pihak pengendali (web master)

untuk mendokumentasikan pelbagai aspek daripada penyelidikan yang telah dibuat (Akhiar dan

Shamsina, 2012).

13.4.4 Rumusan

Penyebaran data penyelidikan penting bagi menghebahkan dapatan supaya ianya dapat

dikongsi dan dikritik oleh pembaca dan penyelidik lain. Perkongsian sedemikian mampu

menghasilkan satu idea baru yang boleh dijadikan panduan untuk kajian seterusnya selain data

tersebut dapat digunakan untuk panduan operasi atau amalan.

Page 120: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

106

Aktiviti 12 – Perbincangan

Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data

kajian yang akan dilaksanakan.

OLL 12 – Oline

Secara individu, anda dikehendaki menulis secara online kepada pensyarah anda tentang

bagaimana penyebaran data dapat dilaksanakan secara berkesan.

Page 121: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

107

BIBLIOGRAFI Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2012). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan.Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Selangor: Universiti Pendidikan Sultan Idris. ______ . (2007). Publication manual of the American Psychological Association. USA: American Psychological Association. Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Page 122: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

108

PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)

(XXX PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

MOHD RAZIMI BIN HUSIN Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (September 2007 hingga kini) E-mel: [email protected]

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Ijazah Sarjana Muda, Universiti Islam

Antarabangsa.

Dip.Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.

Pengalaman:

Guru Pendidikan Islam (10 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)

PUAN HJH SITI JUARIAH BT. TARMUJI Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (Mei 2006 hingga kini) E-mel: [email protected]

Kelulusan:

Ijazah Sarjana Pendidikan Islam UKM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti al-Azhar Mesir. Kursus Sijil Perguruan Lepas Ijazah (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)

Pengalaman:

Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (SM)

(16+ tahun)

Pensyarah di IPG (7 tahun)

EN. ZAKARIA BIN NASIRUDIN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (Mei 2007 hingga kini)

Kelulusan:

Ijazah Sarjana Pendidikan Islam UKM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UM. Kursus Sijil Perguruan Lepas Ijazah (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab) Pengalaman:

Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (SM)

(16+ tahun)

Pensyarah di IPG (6 tahun)

Page 123: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

109

NAMA KELAYAKAN

EN. MOHAMAD YUSRI BIN BAKIR

Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (Disember 2007 hingga kini)

E-mel: [email protected]

Kelulusan:

M.Ed. (Pend. Sek. Rendah) UPSI

Sarjana Muda Pengajian Islam UKM

Sijil Perguruan ( Pendidikan Islam) MPIP

Pengalaman:

Pensyarah Pendidikan Islam (6 tahun)

Guru Pendidikan Islam (15 tahun)

Page 124: P ROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

LAMPIRAN A

109

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat