organologam 2

Upload: adhirohadhi

Post on 31-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Organologam 2

    1/4

    UNIVERSITIKEBANGSAANMALAYSIA

    PUSAT PENGAJIAN SAINSKIMIA & TEKNOLOGIMAKANAN

    FAKULTI SAINS DAN

    TEKNOLOGI

    Keutamaan Penyelidikanusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan (PPSKTM),Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menawarkan lima program akademik pada peringkat

    prasiswazah dan siswazah, iaitu Kimia, Teknologi Kimia, Oleokimia, SainsMakanan dan Sains Makanan dengan Pengurusan. Program prasiswazahtelah disusun sedemikian rupa bagi menyediakan pelajar dengan ilmu asasyang diperlukan dalam industri berteraskan kimia, oleokimia dan sainsmakanan disamping mendalami bidang asas sains kimia dan sains makanan.

    Pusat menawarkan program pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.Pada masa ini, Pusat mempunyai 11profesor, 19 profesor madya dan 15 pensyarah yang melibatkan diri secara aktif baik dalam pengajaran,mahupun penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah dikenalpastisebagai sebuah universiti penyelidikan oleh Kerajaan Malaysia. Justeru,PPSKTM komited untuk gigih menjalankan penyelidikan dalam beberapa

    bidang berkaitan dengan kimia dan sains makanan.

    Umumnya penyelidikan di Pusat merangkumi bidang keutamaan berikut:

    Analisis dan Persekitaran Hasilan Semulajadi Ingredien Makanan Mutu dan Keselamatan Makanan Pemangkinan Polimer dan Komposit Sensor Kimia dan Biokimia Sintesis Sebatian Tak Organik dan Organologam

    P

    UKM

    KEUTAMAAN PENYELIDIKAN

  • 8/14/2019 Organologam 2

    2/4

  • 8/14/2019 Organologam 2

    3/4

    Pemangkinan

    Kajian bidang ini difokuskan kepada pembangunan mangkin petrokimiauntuk tindak balas metatesis dan reformasi, sistem mangkin penukar dan

    pemangkinan untuk mempelbagaikan kegunaan minyak sawit dan gas asli.Kumpulan ini telah bekerjasama dengan badan luar seperti PETRONAS danJohnson Matthey, The Fritz Haber Institute of Max Planck Society, Berlin,Jerman; Avantium Technology, Belanda dan Institute Technology Quimica,Valencia, Sepanyol.

    Polimer dan Komposit

    Bidang penyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan dengan polimer sintetik dan semulajadi. Kajian semasa termasuk modifikasi kimia polimer,

    pengadunan polimer sintetik dan getah asli, komposit berasaskan getah aslitermoplastik, getah asli termoplastik selular, pengserasi berasaskan getahasli, pengkitaran semula termoplastik, polimer terbio-urai berasaskan kanji,

    produk berasaskan kitin-kitosan, polimer elektroaktif, pengesan dan penderia berasaskan kompleks tak organik dan polimer.

    Sensor Kimia dan Biokimia

    Penyelidikan sensor kimia/biokimia meneroka kegunaan reagen kimia berwarna dan molekul biologi (enzim, sel organisma, DNA, ionofor)sebagai unsur penderiaan. Penyelidikan sensor ditumpukan kepadarekabentuk sensor untuk penilaian pencemaran/ ketoksikan udara, air dan

    juga analisis kimia makanan. Gandingan antara unsur penderiaan ini dengan

    membran sensor (polimer dan biopolimer) dan juga transduser elektrokimiadan optik/gentian optik, serta integrasi jaringan neural tiruan dalam analisisdata untuk sensor merupakan fokus utama penyelidikan.

    Sintesis Sebatian Tak Organik dan Organologam

    Kajian dalam bidang ini difokuskan kepada sintesis kompleks logam(Kumpulan 14 & 15, logam peralihan) yang baru menggunakan ligan atom

    penderma daripada Kumpulan 16 (ditiokarbamat, karboksilat, fenolat,tiosemikarbazon); sintesis sebatian terbitan ferosena dan organotimah yang

    baru. Pencirian sebatian baharu yang disintesis dijalan menggunakankaedah spektroskopi (FTIR, RMN 1H, 13C & 119 Sn), manakala penentuanstruktur menggunakan kristalografi sinar-X hablur tunggal. Kajian laintermasuklah aktiviti biologi kompleks logam, aktiviti antioksidaan polimer;

    hubung kait struktur-aktiviti.

    Difraktometer Sinar-X Hablur Tunggal

  • 8/14/2019 Organologam 2

    4/4

    Empat jenis program di peringkat siswazah ditawarkan dalam bidang berikut:-

    (a) Sarjana Sains (Kimia)(b) Sarjana Sains (Sains Makanan)(c) Doktor Falsafah (Kimia)(d) Doktor Falsafah (Sains Makanan)

    Pelajar boleh mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.Tempoh pengajian adalah seperti berikut:

    Sarjana (Semester) Doktor Falsafah(Semseter)

    Sepenuh Masa 2 - 6 6 - 12Separuh Masa 4 - 10 8 - 14

    Ijazah yang ditawarkan untuk Doktor Falsafah adalah hanya melalui Tesis.Untuk Program Sarjana dalam Kimia atau Sains Makanan dua pilihanditawarkan, iaitu Tesis atau Secara Kerja Kursus .

    Pelajar dikehendaki membentangkan penemuan penyelidikan mereka dalamkolokium siswazah yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi duakali setahun.

    Pusat mempunyai makmal penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatancanggih seperti Spektrometer FT RMN (Joel - ECP 400), Spektrometer FT-IR (Perkin Elmer - Spectrum GX), Difraktometer Sinar-X Hablur Tunggal(Bruker Smart Apex), Spektrometer Pancaran Plasma Gandingan Aruhan(Perkin Elmer Optima 4300 DV), Kromatografi Gas Spektrometer Jisim(Shimadzu GP-5050A), Penganalisis CHNS-O (Thermofinnigan EA1112), Spektrofotometer Serapan Atom Perkin Elmer Analyst 800),Kalorimeter Pengimbasan Kebezaan (Mettler Toledo DSC 822),Penganalisis RMN Denyutan (Bruker MQ 20), Penganalisis Inframerah

    Dekat Transformasi Fourier (Perkin Elmer Spectrometer One NTS),Sistem Penganalisis Tekstur (Steven QTS 25), Mesen Ujian Universal(Instron 5567, Penganalisis Mekanikal Dinamik (TA Instruments DMA2980, 2010C), Penganalisis Asid Amino (Waters l 1525), dan beberapasistem Kromatografi Gas dan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    PengerusiPusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan

    Fakulti Sains dan TeknologiUniversiti Kebangsaan Malaysia

    43600 UKM-BangiSelangor

    MALAYSIATel: (603)-89215412

    Faks : (603)-89215410Mel-E : [email protected]

    Laman Sesawang : www.ukm.my/kimia

    PROGRAM SISWAZAH KEMUDAHAN PENYELIDIKAN

    PERTANYAAN

    Seminar Siswazah