orang gelandangan

5
Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Antara faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan. Gelandangan berbeza dengan "pengemis". Anon (1980) menyatakan "Gelandangan" ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain. Apa penyebab masalah gelandangan? Tidak ada yang tahu dengan pasti. Mungkin ini berpunca dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun 2000an. Harga-harga barangannaik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacat mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun penyebabnya, kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari tempat berteduh dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyebabkan mereka tidur d kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota dengan susunan kotan dan sebagainya. Jelas faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah lemiskinan. Hal ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan Suparlan, 1984 menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan materialnya. Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan. Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah

Upload: dalton-chan

Post on 31-Jul-2015

1.000 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Orang Gelandangan

Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada

lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus

gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Antara faktor mengapa gelandangan ini

semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan.

Gelandangan berbeza dengan "pengemis". Anon (1980) menyatakan "Gelandangan" ialah orang-

orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat

setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup

mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan

dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas

kasihan dari orang lain. 

Apa penyebab masalah gelandangan? Tidak ada yang tahu dengan pasti. Mungkin ini berpunca

dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai

contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun 2000an. Harga-harga

barangannaik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang

produktif dan tidak menderita cacat mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau

apapun penyebabnya, kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari

tempat berteduh dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyebabkan

mereka tidur d kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota

dengan susunan kotan dan sebagainya. 

Jelas faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah lemiskinan. Hal ini kerana, akibat dari

kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu

untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota

besar. Oscar dan Suparlan, 1984 menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang

untuk memuaskan keperluan-keperluan materialnya.  Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang

gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau

keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah

kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan.

Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah

usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan

(homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan

dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang

terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam

Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.  Selain itu, Mesyuarat

Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan

Page 2: Orang Gelandangan

membantu golongan gelandangan.  Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu

serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari.

Page 3: Orang Gelandangan

Sejak beberapa hari ini, beberapa isu mengenai kemerempatan Melayu di Negara ini.  Sekali lihat kita akan

merasa sedih dan sekali bila di lihat geli hati pun ada, kerana perkara ini berlaku di dalam negara yang

penuh makmur dengan sumber kekayaan yang melimpah ruah.

Bermula dengan seorang Ibu Tunggal yang puas naik turun tangga menadah tangan memohon bantuan

daripada orang disekeliling termasuk pemimpin setempat dan keluarga serta jiran untuk membiayai seorang

anak beliau yang dapat memasuki IPTS.  Namun kesudahannya tiada siapa yang ingin membantu sehingga

beliau menangis teresak-esak mengenang nasib di sebuah hentian bas yang kemudiannya dibantu oleh

seseorang dengan membawanya ke gereja.  Di gereja ia dibantu sebanyak RM 2,000 tanpa banyak soal. 

Dan beberapa hari lepas kita dikejutkan lagi mengenai isu orang-orang merempat (gelandangan) di Kuala

Lumpur yang mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 gelandangan tegar.  Yang menyedihkan ialah,

hampir 80 peratus adalah Melayu.

Yusuf Qardhawi (1980:25-34) mempunyai pandangan yang lebih keras. Bagi beliau, kemiskinan adalah satu

hal yang sangat berbahaya terhadap individu, keluarga, bangsa, masyarakat, aqidah, kepercayaan, fikiran

dan kebudayaan keseluruhnya. Kemiskinan baginya adalah merupakan masalah yang perlu diselesaikan,

bahkan merupakan krisis yang merbahaya yang mesti diatasi dengan segera.

Saya tidak mahu berbincang mengenai kemiskinan dalam isu ini, tetapi ingin berkongsi kenapa kemiskinan

ini berlaku kerana pada pandangan saya, kemiskinan tidak seharusnya berlaku jika semua umat Islam

bersatu hati dan mengganggap orang lain adalah saudaranya.

Islam telah diterjemahkan oleh Rasulullah SAW secara praktikal, kerana Rasulullah SAW juga seorang

peniaga yang hebat dan seharusnya ini menjadi contoh dan tauladan kepada orang Islam dan Melayu

khususnya untuk mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam membina ekonomi Islam / Melayu.

Berbalik kepada ekonomi Melayu di Malaysia, sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh

Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970 dengan harapan pada 20 tahun selepas itu (1991) ekuiti

Bumiputera disasarkan mencapai 30 peratus.

Sasaran itu, nampaknya berhasil menggerakkan ekuiti Bumiputera daripada 2.4 peratus ke 19.4 peratus

pada tahun 1990 namun selepas itu (1990 - 2006) selama 16 tahun ekuiti Bumiputera terus tidak bergerak

sehinggalah sekarang ekuiti tersebut tidak lagi mencecah 20 peratus.

Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena, namun kerajaan terus melaksanakannya tanpa melihat kesan dan

pencapaian yang diperolehi daripada pelaburan yang berbilion bagi membangunkan usahawan dan

seterusnya membangunkan ekonomi Bumiputera.

Tanpa pencapaian tersebut, kerajaan harus melihat dan mengkaji semula program-program yang telah

dilaksanakan sebelum ini.  Rangcangan Malaysia Pertama (RMK 1) hingga ke Rancangan Malaysia Ke 10

(RMK 10) kini, sudah hampir 50 tahun kita MASIH GAGAL menjadi pemain ekonomi berkesan,

menyebabkan kekuatan ekonomi dimonopoli oleh kaum tertentu.

Senario ini tidak mencerminkan keadilan sosial menyebabkan Melayu tidak merasa selesa dan berpuas hati

bilamana kerajaan cuba memperkenal gagasan 1 Malaysia kerana mereka berpendapat, hak dan

keistimewaan orang Melayu terhakis.

Page 4: Orang Gelandangan

Ditambah pula dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang cuba diperkenalkan kerajaan, menambah lagi

tekanan kepada orang Melayu dan membuatkan NGO-NGO Melayu terbangun / terkejut dari tidur dengan

membuat beberapa forum dan resolusi untuk mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka dengan

menjadikan Artikel 153 sebagai mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Saya juga turut serta, namun sepanjang mengikuti forum dan dialog yang diadakan saya boleh merumuskan

beberapa perkara seperti berikut:

Pemimpin-pemimpin NGO menyatakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana

membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Memohon kerajaan memberikan satu dana khas dan kuasa penuh terhadap satu agensi baru yang

berperanan seperti MeCD.

Dan beberapa perkara lain.

Saya tidak banyak memberikan pendapat kecuali di saat terakhir, saya cuma menyuarakan rasa tidak

puashati saya terhadap pemimpin-pemimpin NGO, antaranya:

NGO Bumiputera tidak 'road maps' apa yang hendak dicapai, apa yang diperlukan, berapa yang

dimohon.  Cuma yang ada minta, minta dan minta tetapi mereka sendiri gagal menterjemah yang yang

hendak dicapai jika kerajaan memenuhi permintaan mereka. 

Apa NGO Melayu buat sejak daripada RMK 1 hingga RMK 10 ini.  Hampir semua pimpinan NGO

Bumiputera tidur apa kerajaan mengumumkan RMK termasuk Wilayah Pembangunan Iskandar, ECER,

NCER, SCORE dan lain-lain.  Sedangkan pemimpin NGO Non Bumi berduyun-duyun untuk mendapakan

salinan RMK dan lain-lain pembangunan yang diumumkan kerajaan.  Ini NGO Non Bumi mahu melihat

peluang dan peruntukan yang disediakan kerajaan.  Namun NGO Bumiputera hanya tidur diulit mimpi.  Bila

terkejut dari tidur barulah tanya apa yang boleh diperolehi daripada RMK itu dan ini.  Ini telah menjadi tabiat

kepimpinan NGO dan Bumiputera suka menjadi pengikut termasuklah jadi usahawanpun nak ikut-ikut. 

Awak buatlah dulu, nanti kalau awak OK saya ikutlah.. Jadi kita ikutlah bontot Non Bumi.  Non Bumi ambil

semua peluang kemudian Bumiputera ikut belakang, apa yang diperolehi? Ye yang tinggal najis-najis

selepas mereka makan kenyang, jadilah Bumiputera sebagai pencacai. 

NGO Ekonomi Bumiputera yang bergabung mempunyai keahlian hampir 1 juta usahawan dalam

pelbagai bidang serta ditambah kekuatan Bumiputera lebih 62 peratus bUMIPUTERA di Malaysia namun

kita MENJADI PENGGEMIS dan tidak berani MENYATAKAN HAK.  Kita asyik bergaduh soal remeh temeh

dan berpolitik hampir setiap hari, cari salah orang itu cari salah orang ini namun tidak mencari kesalahan

dan kelemahan diri sendiri.  Sebab ini berlaku, bila kita rasa kita lebih baik dari pencipta, kita rasa kitalah

yang bagus kitalah yang cerdik dan pandai, menyebabkan KITA TAK SEDAR DIRI.

Banyak lagi isu jika nak dibangkitkan di sini, saya tidak pandai saya tidak bijak seperti Profesor dengan

memberikan pelbagai fakta, saya tak punyai Phd untuk meyakinkan orang lain di atas pandangan saya,

saya juga punyai title bagi meyakinkan orang apa pendapat saya.  Tetapi saya tidak mahu bercakap perkara

RETORIK untuk menyedapkan cerita dongeng.

Page 5: Orang Gelandangan

Untuk menjadi BIJAK tidak perlu ada Phd, tidak perlu ada title Dr, Dato' atau Tan Sri.  Jika kita kenal siapa

Goh Tong, Lim Bon Siew, Syer Mokhtar dan banyak lagi.  Mereka ini semua tidak perlu itu semua tetapi

mereka berjaya kerana belajar daripada pengalaman serta logik.

Marilah kita bersama-sama untuk melaksanakan JIHAD EKONOMI bagi mengembalikan MARUAH

BANGSA dan AGAMA.  Jangan minta saya buat proposal, jangan minta saya kertas yang berjela-jela saya

tak pandai tetapi jika nak suruh saya buat, Insya-Allah saya akan buat.  Kerana saya diajar TIDAK ADA

YANG TIDAK BOLEH, MELAINKAN BOLEH SAHAJA.

Jika kita semua berusaha ke arah itu, Insya-Allah tidak ada lagi orang-orang yang GELANDANGAN di Kuala

Lumpur, malah mereka yang tinggal di Kampung juga boleh menjadi berjaya tanpa perlu merantau menjadi

GELANDANGAN di Kuala Lumpur.

Belia dan siswazah juga tidak harus menjadi PENGANGGUR kerana tiada kerja untuk mereka.  Kerajaan

juga akan kembali stabil dan rakyat juga akan hidup sejahtera.  Mungkin saya tersilap, tetapi saya

PERCAYA dan YAKIN ia boleh menjadi salah satu PENDEKATAN untuk mengembali KECEMERLANGAN

MELAYU sepertimana sejarah 400 tahun dahulu...

Fikir-fikirkanlah...

Haris Fadzlah Mat Ali

Presiden

The RIGHTS