orang melayu

61
Oleh: Muhammad Syakirin Bin Ariffin PISMP 5G (2015) IPG KAMPUS BAHASA MELAYU ORANG MELAYU

Upload: hamdan-syakirin-hamdan-sobirin

Post on 06-Feb-2016

285 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Orang Melayu, Kesenian orang Melayu, Siapa orang Melayu

TRANSCRIPT

Orang melayu

Oleh:Muhammad Syakirin Bin AriffinPISMP 5G (2015)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYUOrang melayu

Seni ukirUkiran kayu zaman dahulu dapat bertahan beratus-ratus tahun kerana pengukirnya menggunakan kayu-kayu terbaik untuk menghasilkan ukirannya. Antara kayu-kayu yang tahan lama ialah kayu cengal, kayu merbau, kayu kempas, kayu penak, kayu bacang hutan dan kayu-kayu baik yang lain. Ukiran-ukiran kayu kebiasaannya menghiasi pintu, tingkap, cucuran atap, kisi-kisi tingkap, tiang seri dan beberapa bahagian dalam rumah. Perabot juga diukir untuk memperlihatkan kemewahan.

KesenianSeni binaRumah Limas JohorRumah MelakaRumah MinangkabauRumah Serambi PahangSeni kraf tanganMemerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan oleh pembuatnya.

Ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa.

Dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan yang diusahakan penduduk tempatan secara kecil-kecilan.

1) MakyungMakyung merupakan taridara orang Melayu yang unik, Makyung sangat popular di Negeri Kelantan Pada masa dahulu Makyung dimainkan setelah selesai musim menuai, dalam kalangan masyarakat nelayan Makyung dipersembahkan dalam upacara memuja pantai.Makyung merupakan gabungan jalin antara unsur drama, komedi, tarian dan muzik. Tarian ini di mainkan di tempat yang lapang dan penonton duduk di hadapan atau berkeliling.Makyung dipersembahkan secara teater dan dipersembahkan bermacam-macam cerita yang berbentu pengajaran , nasihat dan komedi.

Makyung

2) Tarian Kuda KepanagTarian ini dipersembahkan dlam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian, tarian ini dikatakan ada hubungan dengan alam ghaib.Dalam pertunjukan tarian ini, ada antara penarinya yang terlalu asyik sehingga tidak sedarkan diri, mereka ini akan dipulihkan oleh bomoh yang sentiasa bersedia dari awal hingga akhir perembahan. Tarian ini masih diamalkan di negeri Selangor dan Johor.Alat muzik yang digunakan dalam persembahan tarian ini adalah jidur, angklung, gendan, gong dan kenong.

tarian kuda kepang

3) Tarian Mak InangTarian ini terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman melaka dan masih diraikan hingga hari ini.Tarian ini sesuai dengan adat resam Melayu ysng menyanjung tinggi kehalusan budi dan tatatertib dalam tingkh laku dan tutur kata.Tarian ini biasanya dipersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan.Dalam tarian ini, para penari akan menggerakkan tangan dan kaki secara lemah lembut, alat muzik yang digunakan untuk persembahan adalah biola, rebana dan gong.

tarian mak inang

4) Tarian ZapinZapin berasal dari Arab-Parsi, pada asalnya tarian ini hanya menggunakan penari lelaki, sebab itulah pergerakan cergas dan pantas, dan penari adakalanya penari melompat mengikut rentak. Terdapat berbagai-bagai susunan, ragam dan langkah dalam tarian ini.Tarian ini ditarikan berbeza mengikut negeri seperti Perak, Johor, dan Selangor.Alat muzik yang digunakan dalam tarian ini adalah gambus, rebana dan marwas. Seruling juga boleh digunakan bagi mengiringi alat muzik yang lain.

tarian zapin

5) Tarian RonggengTarian ini berasal dari Portugis dan diperkenalkan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis. Tarian ini akan ditarikan secara perpasangan antara lelaki dan perempuan.Pada peringkat akhir dalam tarian ini, iramanya semakin rancak dan pada masa ini penari akan menari dengan rancak dan cepat yang menggambarkan suasana yang gembira.Dahulunya lagu tarian ini dimainkan oleh sebuah orkestera kecil yan terdiri daripada biola, rebana dan gong.

6) BoriaMerupkan persembahan pentas yang amat popular, terutama di negeri Pulau Pinang. Dalam satu persembahan boria, terdapat dua bahagian, iaitu lakonan yang berbentuk jenaka dan nyanyian. Kedua-dua bahagian ini saling berkait rapat dan ianya akan digabungkan dalam sesuatu tema yang akan dipersembahkan.Lakonan ini dibuat secara spontan tanpa menggunakan skrip. Dialog yang disampaikan mengandungi unsur kelucuan yang dapat mencuit hati penonton.Peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi. Tukang karng akan memulakan nyanyian dan diikuti oleh kelasi.

boria

1) Dondang SayangBermaksud naynyian kasih yang terbit daripada perkataan dendang yang bermaksud nyanyian dan sayang bermaksud kasihPendapat ada mengatakan dondang sayang berasal dari Tanjung Penyengat,Riau dan kemudian berkembang di MelakaPendapat lain pula menyebut ia memang berasal dari MelakaMula terkenal setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka Penyanyi perempuan memakai baju kebaya panjang dan berkain batik manakala penyanyi lelaki pula memakai baju Melayu serta bersamping dan bersongkok.

Persembahannya diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong, gendang dan akordionSeni kata atau pantun yang dilagukan tidak disediakan terlabih dahulu kerana dihasilkan secara spontanNyanyian dinyanyikan secara berpasanganPantun yang disampaikan oleh penyanyi pertama akan dibalas oleh penyanyi keduaSoalan dan jawapan mestilah berkaitan.Pantun yang digunakan ialah pantun 4 kerat.

dondang sayang

2) Dikir BaratTerkenal di KelantanKombinasi antara dikir dengan pantuan atau dikir dengan karutPerkataan karut itu berasal dari istilah mengarut dalam pantun yang disampaikanJuga disebut dikir pantun, dikir karut atau dikir syairPendapat ada mengatakan dikir barat berasal dari selatan Thailand berdasarkan perkataan barat yang merujuk kepada Thailand.

Persembahannya diiringi alat bunyian seperti rebana ibu, rebana anak dan tetawakDipersembahkan secara berpasukan antara 15-30 orangDalam pasukan terdapat seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awokTukang karut mestilah pandai mendendangkan pantun dan syair secara spontanPeranan juara ialah berdikir dan ketua kepada awokAwok hanya akan mengikut dan mengulangi seni kata yang didendangkan juara dan tukang karut .

dikir barat

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.

Rumah Limas JohorPerkataan limas menjurus kepada atap yang mempunyai lima perabung.Limas atau bumbung lima ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil limas (daripada lima emas kerana suatu masa dulu hanya rumah pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau). Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi.

Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah.Cara untuk mengenal pasti rumah limas ialah melalui bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak langit.Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti.

Rumah MelakaStruktur binaan rumah Melayu Melaka menggunakan material dari kayu untuk bahagian tiang, dinding, pintu, tingkap dan beberapa bahagian lagi.Manakala penggunaan bahan dari konkrit di bahagian tangga, batu alas dan sesetengahnya pula di bahagian lantai.Bahagian bumbungnya pula dari bahan daun rembia yang dikeringkan, zink, adex dan juga gentian genting. Rumah Melaka juga di kenali sebagai Rumah Serambi kerana struktur pada bahagian bumbung/perabungnya yang panjang dan tangganya yang diperbuat daripada bantuan konkrit serta diserikan lagi dengan hiasan jubin (tiles) pada permukaan dan sisi tangga.

Batu alas yang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak.Struktur tangga rumah ini bercirikan senibina dari negara China dengan dihiasi jubin-jubin (tiles) yang berwarna warna yang dimport dari Eropah seperti Holland dan Jepun. Penggunaan jubin-jubin yang berwarna-warni ini menampakkan pertembungan budaya Melayu, China dan Eropah, dan ciri inilah yang menjadi identiti utama senibina rumah Melayu Melaka.Tangga juga melambangkan status penghuninya suatu masa dahulu.

Rumah MinangkabauPerkataanMinangkabaumerupakan gabungan dua perkataan, iaitu,minangyang bermaksud "menang" dankabauuntuk "kerbau.Rumah Minangkabau juga digelar sebagai rumah gadang (Rumah Besar).Sebuahrumah gadangkomunal adalah sebuahrumah panjang, segi empat tepat pada reka bentuk, dengan berbagai tebeng layar dan rabung meluncur ke atas, hujung berbentuk tanduk kerbau. Ia biasanya adalah unjuran tiga tingkat, setiapnya dengan berlainan tingkat.

Rumah gadangdimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di situ iaitu kemilikan adalah dikirimkan dari ibu ke anak perempuan.Rumah-rumah ada struktur lengkung bumbung yang dramatis dengan multi-tired, upswept gables. Tingkap bidai telah dibinakan ke dalam dinding dengan ukiran bunga dan banyak cat. Istilahrumah gadangbiasanya merujukkan pada rumah komunal yang lebih besar, tempat tinggal berpisahan yang kecil mengongsikan banyak elemen-elemen gaya seni binanya.

Rumah SerambiPahangRumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.

Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

1) TembikarIa diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah cawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak.Antara barangan tembikar yang popular di Malaysia ialah labu sayong.Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik.

2) SongketSongket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.Kemahiran dan krativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Tenunan songket mula berkembang di beberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.

Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

3) Anyaman KelaraiAnyaman ialah satu proses menjalin atau menjaring-menjaringkan helaian daun pandan, mengkuang, buluh, rotan, lidi atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik berselang-seli helaian antara satu sama lain.Seni anyaman merupakan satu seni warisan Kraf tangan Melayu tradisional yang bermula dan berkembang di tanah air kita tanpa pengaruh luar.Seni anyaman juga merupakan satu kraf tangan yang rumit dan memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya.

Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang. Hasil kraf tangan ini dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai, tanda kasih atau kenang-kenangan.

4) BatikPerkataan batik sebenarnya adalah gabungan perkataan dari Indonesia dan Malaysia iaitu amba dari Indonesia dan titik dari Malaysia. Perusahaan batik pertama di Malaysia dipercayai berkembang pada tahun 1913 apabila Ali Ismail membuka kilang perusahaan batik tanpa menggunakan lilin. Batik lilin diperkenalkan oleh Che Su Ibrahim pada tahun 1921 apabila beliau membawa seorang tokoh batik dari Jawa ke Kelantan untuk mengajar kaedah membatik melalui terapan lilin.

Proses pembatikan melibatkan teknik melilin, mewarna, mengering, dan merebus bahan kain. Pada asalnya, kain batik diperbuat daripada kapas sepenuhnya. Kini, terdapat pelbagai jenis kain batik seperti kain mori, sutera, cheese, voile, dan sebagainya. Terdapat tiga jenis batik yang sering diusahakan di Malaysia iaitu Batik Blok, Batik Skrin, dan Batik Tulis/Lukis. Pada zaman dahulu, batik hanya digunakan untuk membuat pakaian tradisional, khususnya baju, kain, sarung, dan batik lepas.

batik

1) CanangDigunakan dalam pertunjukan wayang kulit, main puteri dan dikir baratDibuat daripada tembagaSebatang kayu yang dibalut getah digunakan untuk memukul canangDiletakkan dia atas tapak yang diperbuat daripada kayu empat segi dan diikat denagn taliTerdapat 2 jenis canang iaitu canang anak dan canang ibu.

canang

2) GendangDigunakan dalam persembahan tradisional seperti wayang kulit, main puteri, kuda kepang dan juga pencak silatKelawangnya diperbuat daripada kayu kerasMempunyai 2 muka di kiri dan kanan dan tidak sama besarDimainkan dengan memukul kedua-dua permukaan dengan menggunakan tangan

gendang

3) KompangBerasal dari asia baratDiperbuat daripada kayu keras yang telah dipotong berkeping dan dikorek di bahagian tengah menjadi lubangKulit lembu atau kambing digunakan untuk membuat kompangDimainkan secara berkumpulan terutamanya dalam majlis perkahwinan

kompang

4) AngklungAlat ini sangat penting dalam tarian kuda kepangDimainkan sebanyak lima buah di mana 2 berpasangan dan 1 dimainkan tunggal dalam tarian kuda kepangDiperbuat daripada buluhTabung buluh yang berdiri, bergerak ke hadapan dan ke belakang sepanjang ruang yang dilubangkan akan menghasilkan bunyi

angklung

5) RebabMerupakan alat bunyian yang bertaliMempunyai 3 bahagian iaitu muka, batang dan pucuk rebungBatang rebab diperbuat daripada kayu sena atau nangkaBahagian tempurung ditutup dengan kulit lembuTali rebab diperbuat daripada benang kasarPenggesek rebab diperbuat daripada tangsi dan kayu

rebab

6) Geduk/BedukRupanya mirip gendang tetapi lebih besar dan panjangDipukul dengan kayu yang berbalut getahBadannya dibuat daripada kayu keras dan penutupnya daripada kulit binatangIanya digunakan dalam permainan wayang kulitMasih digunakan di surau untuk melaungkan bunyi azan.

geduk/beduk

7) Gong/TawakAda 2 jenis iaitu gong anak dan gong ibuBunyi gong anak lebih kuat berbanding bunyi gong ibuDiperbuat daripada gangsa dan pemukulnya diperbuat daripada kayu dan hujungnya dibalut kain untuk menghasilkan bunyi gemaDigunakan dalam tarian kuda kepang dan seni silatKadangkala diunakan dalam sesuatu majlis bagi menandakan perasmian seuatu majlis.

gong/tawak

8) JidurBentuknya seakan-akan rebana besarKelawangnya diperbuat daripada batang kayu yang ditebuk tengahnya untuk membentuk lubangMulutnya ditutup dengan kulit kambing atau lembuDibunyikan dengan memukul dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada kayuDigunakan dalam tarian kuda kepang.

jidur