orang hanyut

74
ORANG HANYUT (PELARIAN VIETNAM)

Upload: sarafilza

Post on 10-Jun-2015

837 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: orang hanyut

ORANG HANYUT (PELARIAN VIETNAM)

Page 2: orang hanyut

‘ORANG HANYUT’ Orang Hanyut merupakan orang yang

menjadi pelarian (orang vietnam) semasa negara mereka mengalami pergolakan dan krisis komunis.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1950-an dan berlarutan selepas beberapa tahun berikutnya.

Page 3: orang hanyut

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa peristiwa hitam ini bermula pada tahun 1975.

Pelarian vietnam mula mendarat di Pulau Perhentian,Terengganu apabila sekumpulan pelarian yang berjaya tiba dari vietnam.

Pulau Bidong juga menjadi sebuah tempat pelarian vietnam pada masa itu.

Page 4: orang hanyut

Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977.

Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan pulai Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam.

Page 5: orang hanyut

Orang Hanyut ini juga dikatakan mula mendarat di Pantai Seri Tujoh,Tumpat pada tahun 1950-an.

Ini diperkuatkan lagi dengan pembinaan tugu peringatan pelarian vietnam yang terdapat di sini.

TUGU PERINGATAN ORANG HANYUT

Page 6: orang hanyut

Pada masa itu,mereka melarikan diri melalui jalan darat dan jalan laut.

Kebanyakannya mereka menaiki tongkang,dan bot nelayan kecil untuk sampai ke negara-nagara lain termasuk Malaysia.

Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.

Page 7: orang hanyut

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEDATANGAN ORANG HANYUT

PERGOLAKAN DI NEGARA SENDIRI

-kejatuhan kerajaan demokratik vietnam yang disokong oleh Amerika ke tangan komunis vietnam utara pada tahun 1975.

-kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir.

Page 8: orang hanyut

MENCARI KEHIDUPAN BARU -disebabkan kehidupan tidak terurus,mereka

sanggup merantau ke negara lain untuk membina hidup baru di sana.

NYAWA MEREKA TERANCAM -pergolakan yang besar berlaku di negara mereka

menyebabkan ratusan nyawa terkorban. -mereka yang terselamat telah meninggalkan

negara sendiri untuk menyelamatkan nyawa.

Page 9: orang hanyut

KESAN KEPADA NEGARA Pulau Bidung telah diisytiharkan sebagai

‘pulau larangan.’ Negara kita menerima lebih banyak

pendatang tanpa izin setiap tahun nelayan tidak dibenarkan menggunakan

perairan Pulau Bidung untuk menjalankan kegiatan mereka.

Page 10: orang hanyut

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya.

Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.

Page 11: orang hanyut

PENDATANG TANPA IZINDEFINISI :

Pendatang tanpa izin atau pendatang haram adalah mereka yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara haram iaitu tidak mengikut undang – undang imigrasi, contohnya memasuki negara tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu masuk utama.

Page 12: orang hanyut

SEJARAH MIGRASI KE MALAYSIA

o FASA PERTAMA (1969 - 1979) Dari Indonesia ke Eropah (Belanda)

o FASA KEDUA (1979 - 1989) ¾ migrasi dari Indonesia ke Timur Tengah (Arab Saudi)

o FASA KETIGA (Akhir tahun 1980 - an) Asia Tenggara (Malaysia dan Singapura) menjadi destinasi utama

Page 13: orang hanyut

CARA MENCEROBOHI :

Melalui sempadan - pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran.

Melalui perairan - PATI memasuki sesebuah negara dengan menaiki kapal yang kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh) dan para penumpangnya (PATI) akan berenang untuk tiba di pantai atau daratan.

Melalui pintu utama - PATI memasuki sesebuah negara sebagai pelancong. Namun mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi tarikh visa yang diberikan.

Melalui perkahwinan- berkahwin dengan orang tempatan atau warganegara sesebuah negara.

Page 14: orang hanyut

SEBAB – SEBAB :

Perang

Penyatuan semula keluarga

Kemiskinan

Perkembangan populasi

Peluang pekerjaan

Sumber pendapatan penting bagi negara – negara miskin

Page 15: orang hanyut

KESAN DARIPADA KEMASUKKAN PATI

KEBURUKKAN

TERHADAP PATI

Pencabulan hak asasi manusia bagi PATI yang belum mahir

Perhambaan / penyeksaan

Pemenjaraan tidak adil

Diskriminasi

Pelacuran/rogol

Kematian

Page 16: orang hanyut

TERHADAP NEGARA

Negara menjadi huru – hara

Kegiatan merompak semakin menjadi – jadi

Jenayah bunuh semakin meningkat

Peluang pekerjaan di sesetengah sektor semakin berkurangan untuk penduduk tempatan

Page 17: orang hanyut

KEBAIKAN KEMASUKKAN PATI

BAGI PENDATANG TANPA IZIN

Ia dapat menawarkan peluang mencari pendapatan yang tidak ditawarkan di negara asal

BAGI NEGARA MEREKA

-Ia menawarkan peluang bagi mereka yang menganggur serta punca pendapatan asing bagi negara penerima pula

-Ia menawarkan aliran tenaga pekerja murah yang mengekalkan gaji pada tahap yang rendah dan kadar pertumbuhan pada tahap yang tinggi

Page 18: orang hanyut

SEKUMPULAN WARGA VIETNAM MENZIARAHI KUBUR RAKANNYA YANG TERKORBAN

Page 19: orang hanyut

KESELAMATAN SELAT MELAKA

Malaysia telah melakukan kerjasama serantau bersama-sama dua negara jiran di pesisir Selat Melaka iaitu Singapura dan Indonesia.

Selat ini bukan sahaja penting kepada ketiga-tiga buah negara ini tetapi juga penting untuk seluruh dunia.

Selat Melaka adalah laluan utama kapal pembekal sumber minyak dari Timur Tengah ke negara seperti China, Jepun, dan Korea Selatan yang mana keruntuhan ekonomi ketiga-tiga negara ini akan menyebabkan keruntuhan ekonomi dunia.

Page 20: orang hanyut

Selat Melaka turut mempunyai masalah ancaman lanun dan juga ancaman bentuk baru

ANCAMAN PERISTIWA DI SELAT MELAKA

1999 - berlakunya insiden perculikan 17 anak kapal Alondro Rainbow milik Jepun.

2000 - Serangan ke atas kapal perang Amerika Syarikat (AS)USS Cole

2002 - kapal minyak Limburg diserang menunjukkan betapa mudahnya untuk memusnahkan aset maritim.

Hal ini telah menarik Tentera laut Amerika untuk menggunakan khidmat askar marin dan khas mereka untuk mengawal Selat Melaka.

Page 21: orang hanyut

Jepun turut menuntut hak sebagai negara pengguna diberi hak serupa seperti negara pesisir dalam mengawal keselamatan laluan tersebut.

Hal ini kerana 20 % kapal yang merentasi selat tersebut adalah kepunyaan syarikat perkapalan Jepun.

80% Keperluan sumber tenaga minyak di Timur Tengah diangkat melalui Selat Melaka.

Page 22: orang hanyut

Namun Singapura kelihatan terdesak bagi membenarkan kuasa asing seperti Amerika Syarikat mengawal Selat melaka

Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu program yang dinamakan Inisiatif Keselamatan Maritim

Serantau (RMSI).

Isu utama program ini ialah memerlukan kehadiran tentera marin AS.

Mendapat tentangan dari pesisir Malaysia & Indonesia,

program RMSI terpaksa diubah berkali-kali supaya perlaksanaannya tidak mencabuli kadaulatan negara

pesisir

Page 23: orang hanyut

satu mesyuarat khas diadakan di Jepun yang turut disertai oleh 15 negara Asia yang diantara lain membincangkan isu mengenai keselamatan navigasi maritim.

KESAN INSIDEN KAPAL MILIK JEPUN

sidang kemuncak ASEAN+Jepun, China & Korea Selatan pada 2001, PM Jepun telah memperkenalkan programyang dipanggil Perjanjian Kerjasama Serantau Khas untuk menangani ancaman lanun.

Jepun dikatakan mempunyai angkatan tentera (SDF) yang pasif iaitu hanya mengutarakan keamanan tidak seperti AS

Page 24: orang hanyut

Pemulihan hubungan antara TNI, Indonesia dan AS bakal memberi kesan yang serupa. Hal ini kerana Amerika

Syarikat telah menarik balik sekatan bantuan ketenteraan di kenakan oleh AS terhadap TNI semenjak 13 tahun

lepas yang hampir melumpuhkan ketiga-tiga cabang TNI.

Page 25: orang hanyut

Pada tahun 2006, Jawatankuasa Penasihat Peperangan (JWC) Lloyd‘s Market Association (LMA) mengumunkan untuk menarik semula status Selat Melaka sebagai kawasan berisiko perang.

Pembatalan penarafan penuh kontroversi untuk kapal-kapal dagang yang belayar melalui selat ini dibuat bersandarkan penilaian JWC terhadap keadaan keselamatan di selat tersebut yang dianggapnya semakin baik.

LMA merupakan sebuah pertubuhan industri insurans yang menjaga kebajikan ahli-ahlinya di dalam pasaran penanggung jamin insurans Lloyd‘s yang sangat berpengaruh dan berpusat di London

Page 26: orang hanyut

bagi meningkatkan keselamatan di selat itu, negara2 pesisir telah membuat rondaan berkoordinasi MALSINDO yang melibatkan tentera laut mereka, inisiatif Eye in the Sky yang melibatkan pengawasan dari udara, dan penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

USAHA-USAHA LAIN

Page 27: orang hanyut

14 Okt. – Angkatan tentera laut Kanada mungkin menimbangkan cadangan untuk membuat rondaan di perairan Selat Melaka, demikian menurut komander tentera laut Kanada, Darren Hawco.

Pembabitan tentera laut Kanada terhadap keselamatan di Selat Melaka selaras dengan dasar keselamatan kebangsaan negara yang menyeru kepada sumbangan Kanada dalam isu-isu keselamatan antarabangsa.

Angkatan-angkatan tentera laut serantau dari Simposium Laut Pasifik Barat pernah membincangkan tanggungjawab angkatan tentera laut antarabangsa lain dalam menyediakan kawalan keselamatan di Selat Melaka

Page 28: orang hanyut

Disember 2004, Malaysia mengalu-alukan bantuan kewangan dan teknikal bagi mengekalkan dan meningkatkan keselamatan navigasi dan persekitaran tetapi menentang keras pembabitan aset asing untuk menjamin keselamatan di Selat Melaka

Pada tahun 2006, RM152 juta digunakan bagi meningkatkan keselamatan Selat

Melaka

Page 29: orang hanyut

Pengawasan keselamatan Selat Melaka dari udara ‘Eyes in the Sky’ (EiS) dilancarkan dengan Malaysia,

Indonesia, Singapura dan Thailand bersetuju menempatkan anggota tentera masing-masing dalam

pesawat yang sama ketika menjalankan rondaan udara itu.

Melalui fasa pertama EiS, pesawat Malaysia, Indonesia dan Singapura akan digunakan secara

bergilir-gilir untuk membuat rondaan dua kali seminggu di laluan yang sudah ditentukan dalam operasi itu termasuk sempadan udara antarabangsa, sambil menghormati kedaulatan negara masing-masing.

Page 30: orang hanyut

EiS akan memperkukuh dan menambahkan kerjasama yang sedia terjalin iaitu Maslindo antara Malaysia, Singapura dan Indonesia, yang turut mempergiat operasi keselamatan di Selat Melaka.

Pengawasan EiS adalah melalui perkongsian sumber yang menunjukkan negara pesisir Selat Melaka bukan saja boleh bekerjasama dalam semangat Asean tetapi juga memberi isyarat jelas kita serius memastikan keselamatan Selat Melaka.

Page 31: orang hanyut

2007 - Mekanisme kerjasama ini dipersetujui pada mesyuarat negara-negara pesisir Selat Melaka anjuran Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang diadakan di Singapura pada September 2007.

Mengandungi tiga komponen iaitu Forum Kerjasama, Jawatankuasa Koordinasi Projek dan Dana Bantuan Pelayaran.

Pembentukan mekanisme ini menjadi bukti kepada kesungguhan negara-negara pesisir selat ini untuk memastikan bahawa laluan penting ini sentiasa dibuka dan selamat untuk dilayari oleh para pengguna.

Page 32: orang hanyut

Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum – ARF) sebagai satu perkembangan penting ke arah

kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau.

Inisiatif ASEAN ini membawa bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan

yang melibatkan kepentingan bersama.

Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan mekanisme dan aktiviti-aktiviti ARF akan dapat

mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik di kalangan peserta ARF.

Page 33: orang hanyut

KRISIS PULAU SIPADAN DAN PULAU LIGITAN

Malaysia menerbitkan peta Malaysia pada 21 Disember 1979

Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan terletak di dalam sempadan negara Malaysia

Bantahan diplomatik Indonesia – 8 Februari 1980 dan 15 April 1992

Gagal – bawa ke Mahkamah Antarabangsa

Page 34: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Persidangan London 1891 – antara

pemerintahan Hindia – Belanda dan Penjajah Inggeris

Fasal I - Kawasan di Kalimantan Timur ditentukan di garis lintang 40 10’ utara Kalimantan

Fasal VI – Kawasan pulau – pulau di Kalimantan timur meliputi Pulau Sebatik berdasarkan garis lintang 40 10’ utara

Page 35: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Fasal V – Garis sempadan yang ditentukan di

dalam Fasal I dan Fasal VI dipersetujui oleh kedua belah pihak

Perjanjian London 26 September 1915 – Kawasan pemerintahan Hindia – Belanda bermula dari garis lintang 40 10’ utara ke timur

Pulau Sipadan dan Ligitan terletak di bahagian selatan garis lintang 40 10’ – dikatakan milik pemerintahan Hindia - Belanda

Page 36: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Hak Malaysia – berdasarkan pemerintahan

Kesultanan Sabah Rundingan menemui jalan buntu –

ditangguhkan Malaysia mengeluarkan peta Malaysia –

Wilayah Kalimantan Timur milik Malaysia

Page 37: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Indonesia tidak puas hati – Kedutaan Besar

Malaysia pada 18 Februari 1980 dan 15 April 1992

Malaysia tidak puas hati – pelabuhan kapal perang Indonesia di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

Indonesia menjawab protes – nota diplomatik 1992

Perebutan menjadi semakin serius

Page 38: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Selesaikan masalah – rundingan baru

bermula dari 7-11 Oktober 1991 Bentuk Join Working Group on Sipadan and

Ligitan Kumpul dokumen dan data untuk rundingan

seterusnya Persidangan keempat, 6-9 Jun 1995 –

rundingan masih menemui jalan buntu Bawa ke Mahkamah antarabangsa

Page 39: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Indonesia – yakin dengan dokumen serta

kredibiliti pemimpin Soeharto sebagai presiden ASEAN

Malaysia – kemukakan bukti melalui pemerintahan Kesultanan Sabah sebelum pemerintahan Inggeris

Inggeris tempatkan renjer keselamatan di Pulau Sipadan

Page 40: orang hanyut

SAMBUNGAN.. Setelah meneliti dokumen kedua – dua

belah pihak, Mahkamah Antarabangsa memutuskan bahawa Pulau Sipadan serta Pulau Ligitan menjadi milik Malaysia

Page 41: orang hanyut

•Pulau Batu Putih atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk “Batu Putih”) merupakan sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.

• Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura. Hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor

Page 42: orang hanyut

• Pulau ini merupakan satu subjek pertikaian di antara Malaysia dan Singapura yang mana ia membawa kepada kes tuntutan Mahkamah Antarabangsa di Belanda.

• Nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulau persinggahan dan menamakannya Pulau Batu Putih kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut.

Page 43: orang hanyut

•Sejak tahun 1583, pelayar Belanda, Johann van Linschoten telah mencatat akan bahayanya pulau ini kepada kapal yang berlayar dari China dan dari selatan Melaka.

•Antara tahun 1824 hingga 1851 berlaku 25 kemalangan kapal berhampiran pulau itu. Antara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 kemalangan kapal

Page 44: orang hanyut

•Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

•Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 February 1980.

Page 45: orang hanyut

•Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British.

•Penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Putih. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit

Page 46: orang hanyut

•Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu.

•Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.

Page 47: orang hanyut

•Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia.

•Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa .

Page 48: orang hanyut

•Akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah(Middle Rocks) milik Malaysia

•Manakala status Tubir Selatan(South Ledge) pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak. Merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.

Page 49: orang hanyut

REFLEKSI

• Menunjukkan kelemahan dan kesilapan Malaysia sejak awal yang tidak menggunakan fakta sejarah sebagai panduan dalam mempertahankan wilayah negara.

•berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berwajib di pulau itu untuk tempoh hampir 100 tahun dan bukannya disebabkan hujah yang lemah di ICJ

Page 50: orang hanyut

•Middle Rocks adalah hakmilik Malaysia yang mesti dilihat memberikan kebebasan kepada nelayan-nelayan di Johor yang sebelum ini dihalang dari mendekatinya.

• Memberi kesan  kepada industri maritim Malaysia termasuk para nelayan Johor Darul Takzim

Page 51: orang hanyut

Keputusan ICJ itu juga memberi impak besar kepada persempadanan antarabangsa Malaysia yang semakin mengecil apabila kedaulatan Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor menjadi milik Singapura.

Page 52: orang hanyut

PULAU SPRATLYPertikaian dan tuntutan bertindih ke atas pulau atau gugusan pulau-pulau merupakan satu fenomena yang berlaku dengan agak berleluasa.

Wujud puluhan pertikaian yang masih berlanjutan dan masih buntu dalam menemui penyelesaian termasuk kepulauan Spratly antara China – Vietnam – Indonesia – Malaysia – Filipina – Brunei.

Page 53: orang hanyut

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN DUNIA

Page 54: orang hanyut

PERTUBUHAN DUNIA Terdapat beberapa pertubuhan dunia yang telah disertai

oleh Malaysia iaitu: a)Pertubuhan Negara Komanvel

b)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

c)Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)

d)Pertubuhan Negara Islam (OIC)

Page 55: orang hanyut

PERTUBUHAN NEGARA KOMANVEL Komanwel ialah sebuah pertubuhan negara-negara bekas

tanah jajahan Britain yang telah mencapai kemerdekaan. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1931 oleh Parlimen

Britain berasaskan idea Lord Rosebury, Menteri Luar Britain. diketuai oleh ratu Englan, Queen Elizabeth II kerana baginda

dianggap sebagai lambang perpaduan. Malaysia menyertai Komanwel pada 1957.

Page 56: orang hanyut

TUJUAN PERTUBUHAN NEGARA KOMANVEL

Mewujudkan persahabaatn

dan perpaduan di antara negara-

negara

Membantu negara-

negara anggota

dalam

pembangunan

ekonomi dan

sosial

Bekerjasama dalam bidang perusahaan, pertanian, pendidikan dan perdagangan

Page 57: orang hanyut

KERJASAMA DALAM KOMANVEL

a) PERTAHANAN Mendapat bantuan pertahanan dari Britain melalui

Perjanjian Pertahanan Britain- Tanah Melayu pada tahun 1957.

Dalam Konfrontasi Indonesia, Malaysia menerima bantuan tentera daripada Australia, New Zealand dan Fiji.

Pada tahun 1971, Perjanjian Pertahanan Britain Tanah Melayu telah di tamatkan.

Page 58: orang hanyut

b) PERDAGANGAN

Sebagai Anggota Komanwel, barangan eksport Tanah melayu ke britain dan negara-negara Komanwel lain dikenakan kadar cukai yang rendah.

Page 59: orang hanyut

c) RANCANGAN COLOMBO

Ditubuhkan pada tahun 1950 selepas mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri LANKA.

Tujuannya ialah untuk memberi bantuan teknikal, kewangan dan pendidikan kepada negara-negara Komanwel yang membangun.

Page 60: orang hanyut

d) DASAR APERTEID merupakan dasar diskriminasi kaum yang membezakan

penduduk berasakan warna kulit. Kerajaan Afrika Selatan yang diperintah oleh orang berkulit

putih enggan memberikan hak-hak politik dan sosial yang

sama rata kepada orang berkulit hitam. Tunku Abdul Rahman telah menentang dasar tersebut. Malaysia telah melancarkan sekatan ekonomi terhadap

kerajaan Afrika Selatan namun tidak berkesan kerana Britain

tidak menyokongnya.

Page 61: orang hanyut

sekatan itu menyebabkan Afrika Selatan telah meninggalkan

Komanwel pada tahun 1961. Malaysia sekali lagi telah mengecam Dasar Apartheid dalam

Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel ( CHOGM) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah mendesak negara-negara Komanwel supaya mengenakan sekatan ekonomi ke atas Afrika Selatan sehingga ianya menamatkan Dasar Apartheid

Page 62: orang hanyut

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Ditubuhkan pada bulan Jun 1945 di San Francisco. Sejak awal lagi Malaysia telah memainkan peranan yang aktif

dalam PBB dengan menyuarakan isu-isu penting di peringkat antarabangsa seperti:

Malaysia dan Ireland menaja satu usul untuk mengutuk tindakan Republik rakyat China menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet pada tahun 1959.

Malaysia mengutuk tindakan mana-mana kuasa besar atau negara lain yang menceroboh negara-negara kecil seperti pencerobohan Rusia di Czechoslovakia

( 1968), Vietnam di Kampuchea(1979), rusia keatas Afghanistan ( 1980)

Page 63: orang hanyut

Menganggotai Jawatankuasa Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyelesaikan masalah Apartheid di

Afrika selatan. Malaysia turut memberi sokongan keatas PBB dalam

penghantaran pasukan keselamatan di wilayah-wilayah bergolak dunia.

Dalam Pasukan pengaman PBB beberapa misi pengaman telah dilaksanakan. Antaranya:

Pasukan Pendamai badan dunia untuk mengawal gencatan senjata antar Iran dan Iraq pada tahun 1988.

Menjaga keamanan di Namibia (dahulunya dikenalai sebgaai wilayah barat daya Afrika) pada tahun 1959

Page 64: orang hanyut

Pasukan pengaman PBB diBosnia-Herzegovina dan Somalia.Mengawasi perjalanan pilihan raya umum di KampucheaMalaysia telah dipilih untuk menjadi Ahli Keselamatan PBB sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1965 dan 1989-1990.

Wakil tetap Malaysia yang mengambil tempat sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan PBB ialah Encik R. Ramani

dan Tan Sri Razali Ismail.

Page 65: orang hanyut

PERGERAKAN NEGARA BERKECUALI (NAM) Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara

yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia, sama ada blok Barat atau blok Timur.

Pembahagian blok dunia ini muncul selepas Perang Dunia Ketiga, akibat permusuhan antara dua buah kuasa besar

dunia, iaitu Amerika Syarikat dan Rusia. Blok Barat diketuai oleh Amerika Syarikat dengan sokongan

dari Britain, Perancis dan negara-negara yang mengamalkan

konsep demokrasi dan sistem ekonomi kapitalsi.

Page 66: orang hanyut

Blok Timur pula dipimpin oleh Rusia dan disokong oleh Negara China, Jerman Timur, Korea Utara dan negara-negara Eropah Timur serta negara-negara lain yang mengamalkan fahaman Komunis.

Kedua-dua blok sering bersaing dan menunjukkan kekuatan masing-masing melalui Perang Dingin.

Pergerakan NAM yang diasakan pada 1955 dalam Persidangan Kemuncak Negara-Negara Berkeculi di Banding, Indonesia yang dihadiri oleh 25 buah negara dari Asia dan

Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali.

Page 67: orang hanyut

FAKTOR-FAKTOR MALAYSIA MENYERTAI PERGERAKAN

(NAM)

Tidak campur tangan dalam rusan negara

lain

Menyelesaikan secara aman

terhadap apa-apa pertikaian

Menghormati keutuhan dan kewilayahan

negara lain

Mengamalkan prinsip hidup

bersama secara aman

Page 68: orang hanyut

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERGERAKAN (NAM) Memain peranan penting dalam mempertingkatkan

kerjasama antara negara sedang membangun dengan negara miskin melalui apa yang dikenali sebagai ’Kerjasama Selatan-selatan’.

Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Memperjuangkan isu Antartika sebagai hak warisan bersama manusia sejagat.

Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan

Mempertahankan pendirian pergerakan itu berhubung dengan isu-isu tertentu

Page 69: orang hanyut

Kejayaan yang paling bermakna yang dilakukan Malaysia adalah cadangan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas selatan-Selatan telah diterima dan dilaksanakan.

Page 70: orang hanyut

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) Malaysia bergiat cergas dalam Pertubuhan Persidangan

Negara-Negara Islam atau Organisation of Islamic Conference (OIC) yang beribu pejabat di jeddah, Arab SAUDI.

Cadangan awal untuk menyatukan semua negara Islam

dunia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. OIC ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan kerjasama

antara negara anggota bagi memupuk perpaduan umat

Islam di seluruh dunia.

Page 71: orang hanyut

Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di kalangan negara anggota, OIC telah menubuhkan sebuah tabung yang dikenali sebagai Tabung Perpaduan Islam pada bulan Februari 1974.

Tabung Perpaduan Islam ini bertujuan untuk membiayai pelbagai kegiatan di negara-negara Islam seperti dakwah Islamiah, menggalakkan penyelidikan saintifik dan membantu rakyat Palestin untuk mendapatkan semula wilayah mereka

yang diduduki oleh Israel.

Page 72: orang hanyut

OIC turut menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) pada bulan Oktober 1975 untuk mengukuhkan pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial di kalangan negara anggota dan masyrakat Islam seluruhnya.

Malaysia telah berjaya memainkan peranan dengan berkesan dalam hubungan antarabangsa.

juga telah diberi pelbagai penghargaan dan pernah dianggap sebagai ’juara dunia ketiga’ kerana menyuarakan dengan

lantang pelbagai masalah yang dihadapi.

Page 73: orang hanyut

PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN (OIC)

Membantu perjuangan rakyat Palestin untuk

mendapatkan semula tanah air yang diduduki oleh Israel

Menyelesaikan Perang Saudara Iran-Iraq

Usaha mencari perdamaian di Timur Tengah

Memulihkan hubungan Mesir

dengan negara-negara Islam lain

Page 74: orang hanyut

SEKIAN…TERIMA KASIH