jabatan perancangan bandar & desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah...

9
1 Pembangunan Yang Berkesan Oleh : Jabatan Perancangan Bandar & Desa

Upload: lecong

Post on 13-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

1

Pembangunan Yang Berkesan Oleh :

Jabatan Perancangan Bandar & Desa

Page 2: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

2 Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Pembangunan Yang Berkesan

Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, khatib ingin berpesan kepada diri sendiri dan

kepada sidang Jumaat sekalian: marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT. den-

gan sebenar-benar takwa, iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan mening-

galkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keber-

katan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Marilah kita bekerjasama mengajak dan menyebarkan sebanyak-banyaknya kebaikan

serta menghindarkan diri daripada menyumbang kepada sebarang perkara keburukan,

dengan mengambil iktibar daripada hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Page 3: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

3

عليه وسلم قال صل الل ن رسيل اللب وريرة أ

نن دع إل ودى كن ل ننن :عن أ

جيروم شيئا ونن دع إل ضللة كن جير نن تبعه ل ينقص ذلك نن أ

جر نثل أ

ال

ثم نثل آثام نن تبعه ل ينقص ذلك نن آثامىم شيئا .عليه نن ال

Mafhumnya : Daripada Abu Hurairah RA. bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

"Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sebanyak pa-

hala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka

sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka dia akan menda-

pat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi

dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim)

Hadirin sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Tajuk khutbah pada hari yang mulia ini ialah: “PEMBANGUNAN YANG BEREKESAN”. Ini

adalah bersempena tema sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) yang dis-

ambut seluruh dunia pada setiap 8 November 2018. Bersesuaian dengan tema ini, aspi-

rasi pada masa hadapan ialah agar bandaraya dan juga bandar-bandar dapat diban-

gunkan untuk semua lapisan masyarakat dan tanpa meminggirkan sesiapa. Konsep

“Bandar Untuk Semua” ini adalah demi memastikan semua penduduk, sama ada gen-

erasi sekarang ataupun yang akan datang, dapat tinggal dalam bandar-bandar dengan

kawasan penempatan yang selesa, sihat, bersih, mudah bergerak dari satu tempat ke

satu tempat, kos kehidupan yang mampu dan hidup sejahtera. Hasrat ini adalah bagi

memelihara kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan,

Antara isu utama dunia masakini adalah penduduk bandar yang tinggi berbanding kawa-

san luar bandar. Di Malaysia, penduduk bandar dijangka mencecah 77 peratus pada ta-

hun 2020 dan ianya dijangka terus meningkat kepada 85 peratus pada tahun 2040. Ini

menyebabkan kerajaan telah merancang pelbagai usaha untuk membangunkan bandar-

bandar di negara ini dengan tidak mengabaikan pembangunan luar bandar.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Page 4: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

4

Dengan penduduk yang ramai di bandar-bandar di negara ini, pelbagai masalah dan isu

timbul yang perlu diselesaikan secara berkesan. Antaranya adalah kemiskinan bandar di

mana taraf kehidupan penduduk bandar yang tidak mencapai tahap keselesaan yang

baik akibat kos sara hidup yang meningkat, kawasan penempatan yang tidak selesa,

kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan aki-

bat tidak mampu memiliki rumah, kesesakan lalulintas dan lain-lain lagi. Sekiranya ma-

salah-masalah tersebut dapat diatasi ia akan mewujudkan kesejahteraan bukan sahaja di

bandar malahan dimana jua kita berada.

Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita masih

lagi dapat menghirup udara yang nyaman, kesihatan yang baik dan berbagai nikmat yang

tidak terhingga. Syukur juga kita dikurniakan dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat

Islam dan iman. Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kehidupan yang penuh

dengan keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian nikmat

Allah SWT. Allah SWT menjadikan alam ini dengan nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan,

haiwan, bukit, gunung ganang, sungai dan sebagainya untuk kemudahan serta keperluan

bagi kehidupan manusia sebagai hamba-Nya.

Dalam masa yang sama, manusia yang di amanahkan menjadi khalifah Allah SWT untuk

memakmurkan bumi wajib memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini

dengan baik, sentiasa menjaga dan memanfaatkannya tanpa melakukan sebarang kero-

sakan. Pembangunan yang dilaksanakan haruslah seimbang dan saksama, terutamanya

di bandar-bandar yang menjadi tumpuan penduduk dan boleh dianggap sebagai pusat

tamadun di negara ini.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Page 5: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

5

Firman Allah SWT. dalam Surah Hud, ayat 61 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

وئ وئ ائ چ ىئ ۇئ ەئ ەئ ېئ ېئ ۈئ ۈئ ېئ ۆئ ىئ ىئ ۇئ ۆئ

حب خب مب ىب يب جبی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ

Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Sholeh. Dia ber-

kata: Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain dari-

pada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghen-

daki kamu memakmurkannya. Oleh itu, minta ampun kepada Allah, kemudian ber-

taubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat lagi sentiasa memperk-

enankan permohonan hamba-Nya.”

Segala tindakan manusia hendaklah dalam konteks mengabdikan diri kepada Allah SWT

dengan tidak mengakibatkan pencemaran, kemusnahan dan bencana kepada manusia

serta alam sekitar. Sebagai seorang muslim, kita mengharapkan faedah daripada tinda-

kan dan amalan kita, bukan sahaja di dunia tapi yang lebih penting di akhirat.

Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syuuraa , ayat 20 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ں ڻ ڻ ڻ ں گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ چ

چڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Page 6: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

6

Maksudnya : “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di

akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya. Dan se-

siapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami

beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan

beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan,

Mimbar Jumaat hari ini menyeru para jamaah supaya kita meneliti bagaimana sepatut-

nya bumi ini dimakmurkan. Terutamanya keperluan membangunkan bandar dan desa

dengan kemudahan perbandaran yang berkesan dan memberikan keselesaan, kemuda-

han serta kesejahteraan kepada penghuninya.

Ibnu Khaldun di abad ke 14 Masihi telah menggunakan istilah “Umran” yang merang-

kumi organisasi sosial dan budaya serta hubungan antara manusia, alam sekitar dan

Penciptanya. Beliau telah membahagikan umran kepada dua (2), iaitu “Umran Hadhari”

yang merujuk kepada masyarakat yang sudah mencapai tahap kemajuan dan yang

kedua ialah “Umran Badawi”, iaitu masyarakat yang masih belum mencapai tahap ke-

majuan. Dalam membuat pembahagian ini, Ibnu Khaldun telah mengambilkira berbagai

aspek kehidupan termasuk rohani, jasmani, dan fitrah manusia.

Kesimpulannya ialah tamadun manusia menekankan kepada dua perkara penting iaitu

kehalusan budi pekerti dan juga pembangunan fizikal iaitu perbandaran ataupun kawa-

san penempatan manusia. Matlamatnya ialah ke arah membangunkan negara yang

seimbang dari segi mental dan fizikal bagi mencapai kejayaan, kecemerlangan, kea-

manan dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Page 7: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

7

Dalam pembangunan bandar-bandar, matlamat utama yang disasarkan adalah persekita-

ran yang berdaya huni. Ini melibatkan penyediaan kemudahan awam seperti sekolah, ke-

sihatan, kemudahan riadah, kemudahan beribadat dan lain-lain yang lengkap serta mu-

dah dicapai oleh penduduk.

Selain itu, mewujudkan persekitaran yang selamat juga menjadi keutamaan kerajaan su-

paya masyarakat dapat hidup dengan aman dan damai. Selamat ini bukan sahaja dari ke-

selamatan individu tetapi juga risiko-risiko bencana seperti banjir, tanah runtuh, ke-

bakaran dan lain-lainnya.

Di dalam membangunkan penempatan yang sejahtera dan harmoni, pelbagai pihak

seperti Pihak Berkuasa Tempatan, jururancang bandar, arkitek, jurutera, arkitek landskap

dan lain-lain telah merancang bandar-bandar yang sesuai dan sejahtera untuk diduduki

oleh penduduk termasuk generasi yang akan datang.

Sehubungan itu diriwayatkan ada seseorang bertemu sahabat Nabi SAW. yang masyhur

iaitu Abu Darda’ RA yang ketika itu sedang menanam pokok. Kemudian lelaki itu ber-

tanya kepada Abu Darda’yang bermaksud : “Wahai Abu Darda’, mengapa engkau tanam

pokok ini padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini akan mengambil masa

bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil?”

Maka Abu Darda’ menjawab : “Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala

orang lain memakannya?”

Jawapan Abu Darda’ RA ini bertepatan dengan satu lagi sabda Baginda SAW., di mana

Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak ada seorang muslim

yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung atau insan atau binatang

berkaki empat memakannya melainkan untuknya (pahala) sedekah.”

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Page 8: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

8

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanapun jika kita perhatikan pada hari ini, berlaku masalah-masalah alam sekitar

seperti pencemaran dalam pelbagai bentuk, penebangan kawasan hutan, hakisan dan

air kelodak disebabkan runtuhan kawasan bukit dan bercerun. Kesan daripada pem-

bangunan yang tidak terancang juga akan berlakunya jerebu, banjir kilat dan banjir be-

sar serta bencana lain yang telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan

kepada alam sekitar. Keadaan ini telah menggugat keselamatan, kesejahteraan dan ke-

selesaan kehidupan manusia.

Masyarakat dunia kini mulai bimbang dengan perubahan iklim dunia dan isu pemana-

san global. Peningkatan suhu, terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar terjadi

akibat banyak gas-gas beracun seperti gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh

kenderaan dan kilang-kilang perusahaan terperangkap di atmosfera. Pertambahan jum-

lah haba ini menyebabkan suhu panas yang terkumpul pada waktu siang akan menjadi-

kan suhu pada malam hari juga turut meningkat. Keadaan ini kadangkala menyebabkan

cuaca melampau, termasuk suhu kedinginan dan kepanasan yang ekstrem.

Hadirin sidang Jumaat sekalian,

Sehubungan itu, perancangan yang teliti ke arah mewujudkan pembangunan yang

memberi keselesaan untuk semua dilihat sebagai satu langkah berkesan untuk memeli-

hara kestabilan alam dan kesejahteraan serta keselamatan kehidupan. Kita semua

mempunyai peranan dalam memastikan perancangan dan pembangunan dilaksanakan

secara berkesan. Pembangunan yang seimbang haruslah tidak sahaja menumpukan

kepada pembangunan fizikal yang bersifat kebendaan dan luaran sahaja tetapi juga

pembangunan insan yang mempertimbangkan faktor-faktor kerohanian dan pengha-

yatan nilai-nilai murni dalam sebarang bentuk dan tindakan pembangunan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440

Page 9: Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Pembangunan... · kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan

9

Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan,

Mengakhiri khutbah pada hari ini khatib menyeru sidang Jumaat sekelian, marilah kita

bersama mengembeling tenaga dalam memelihara bumi, sama ada kawasan bandar

mahupun desa yang diamanahkan kepada kita supaya kita dapat mewariskannya

kepada anak cucu kita dalam keadaan yang sejahtera, aman dan terpelihara. Bukan

dalam keadaan kucar kacir dan mengalami kemusnahan. Inilah teras perancangan dan

pembangunan yang berkesan.

Akhirnya, yakinilah bahawa Allah SWT akan tetap menilai dan akan membalas segala

amal perbuatan baik atau buruk kita sebagaimana firman Nya dalam Surah Al-

Muzzammil, Ayat : 20 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ھ ڻڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڳچ

Maksudnya ; “…Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan

untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai

balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya..”

وهي إ بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه، ونفعن و ياكه بىا فيههىهيه و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه، وتقبل ون يات واذل

ال

ستغفر اهلل امعظيهه ل ومهكهه ولسها هر . امعنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فهيها فهو الىسنىني والىسنىات والىؤو .الىستغفريي ويا ناة اتلا بني