operasi ponteng kelas

9

Click here to load reader

Upload: syaaban

Post on 20-Jun-2015

20.724 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Operasi ponteng kelas

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN

N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

OPERASI PONTENG KELAS

SMKTI

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : [email protected]

BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Page 2: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 1

1.0 PENGENALAN

Sejak akhir-akhir ini kes ponteng kelas sama signifikannya dengan kes ponteng sekolah dan kes salah laku lain dalam kalangan murid. Senario ini jika tidak dibendung pastinya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan menjejaskan pencapaian akademik di sekolah. Di samping itu, kes ponteng kelas juga akan menimbulkan salah laku lain seperti merokok, mencuri dan sebagainya sehingga kadang-kala akan mengakibatkan kecederaan kepada murid-murid. Oleh hal yang demikian pihak sekolah mestilah mempunyai panduan atau tatacara bagi menangani kes ponteng kelas ini. 2.0 MATLAMAT

Operasi ponteng kelas ini diketengahkan untuk memberikan kefahaman kepada warga sekolah tentang kaedah atau tatacara yang berkesan dan sistematik dalam menangani kes ponteng kelas dalam kalangan murid. Justeru, kes ponteng kelas dapat dibendung dan ditangani dengan berkesan 3.0. OBJEKTIF

3.1. Memastikan murid memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2. Mengelakkan murid terlibat dalam kes salah laku yang lain. 3.3. Mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini kepada murid.

4.0. DEFINISI Ponteng kelas boleh ditakrifkan sebagai keluar atau meninggalkan kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran guru. 5.0 IMPLIKASI Kes ponteng kelas jika tidak dibendung akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran , seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik merosot. Selain itu, dikhuatiri murid akan terjebak dalam salah laku yang lebih serius seperti merokok, membuli dan ponteng sekolah. 6.0 JENIS-JENIS PONTENG KELAS

6.1. Ponteng kelas akademik. 6.2. Ponteng kelas makmal. 6.3. Ponteng kelas Pendidikan Jasmani

Page 3: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 2

7.0. ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENYEBABKAN PONTENG KELAS 7.1. Individu

- Bekerja. - Tidak minat belajar. - Ketagihan rokok.

7.2. Persekitaran - Iklim kelas tidak kondusif - Pengaruh rakan sekelas.

7.3. Guru - Tidak prihatin. - Gagal mengawal kelas.

- Teknik/kaedah mengajar “stereotaip”

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Setiap sekolah mesti menyemak buku panduan bagi mengatasi masalah Ponteng kelas yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 1994.

8.2 Maklumat murid ponteng hendaklah direkodkan pada setiap hari dengan menggunakan borang yang disediakan, oleh guru mata pelajaran yang masuk ke kelas (Borang Awas 4.1). 8.3 Borang Ponteng kelas hendaklah diserahkan oleh Ketua Kelas sebelum balik di bilik PKHEM/ Penyelaras Disiplin Sekolah. 8.4 Semua murid yang ponteng kelas mesti disiasat rapi oleh guru penyelaras disiplin bagi setiap kelas pada keesokan harinya. Nama murid yang ponteng kelas diserahkan kepada Guru Penyelaras Disiplin untuk dimasukkan dalam data SSDM. 8.5 Kumpulan murid ponteng mesti menjalani proses tindakan mengikut peraturan dan

pekeliling yang diperuntukkan.

8.5.1 Sekali ponteng - Amaran Lisan 3 kali ponteng - Amaran Pertama ( SSDM kes salah laku) dan maklumkan

kepada Ibu bapa/penjaga. Rujuk murid kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.

8.5.2 Lebih 3 kali - Amaran kedua dan rotan satu kali 8.5.3 Lebih 7 kali - Amaran terakhir 8.5.4 Lebih 10 kali - Gantung sekolah

8.6 Laporan ponteng setiap bulan mesti dimaklumkan kepada ibu bapa /penjaga murid dan mesti dibentangkan dalam mesyuarat PIBG untuk diambil tindakan bersama-sama.

Page 4: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 3

8.7 PIBG dan masyarakat setempat hendaklah menjadikan program membanteras gejala ponteng kelas sebagai agenda utama dalam aktiviti tahunan.

9.0 STRATEGI PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN

9.1 Menghantar SMS kepada ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan bahawa anak mereka telah ponteng kelas ( lebih 3 kali )

9.2 Murid menggunakan Pas Keluar yang diberikan oleh guru jika mereka dibenarkan keluar oleh guru berkenaan. Murid yang tidak mempunyai Pas Keluar akan dikenakan tindakan disiplin.

9.3 Murid tidak dibenarkan keluar pada Waktu 1, sebelum atau selepas rehat dan waktu terakhir kecuali kes-kes kecemasan.

9.4 Program Pemulihan bagi murid yang berisiko tinggi ponteng kelas diadakan. Contoh Program ialah ” Smart Solat”. Murid-murid diwajibkan menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di sekolah.

9.5 Pada setiap hari Jumaat waktu pertama, murid mengikuti dan menghayati Program Kerohanian dan Pembinaan Insan (KPI) , Bacaan Yasin dan Usrah yang dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam dan Moral.

9.6 Murid tegar ponteng kelas diberikan Kad Jom Belajar dan murid dikehendaki

mendapatkan tandatangan setiap guru mata pelajaran dan disemak oleh ibu bapa atau penjaga setiap hari.

Page 5: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 4

PROSES KERJA MENGENDALI KES PONTENG KELAS

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

1 Kenal pasti murid ponteng kelas Guru Penyelaras Disiplin/GPK HEM

2 Rekodkan kes murid ponteng kelas di dalam borang (harian).

Guru Mata Pelajaran

3 Siasatan terperinci mengenai kes murid ponteng kelas Guru Penyelaras Disiplin

4 Rujuk murid ponteng kelas kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling

Guru Penyelaras Disiplin/GPK HEM

5 Tindakan disiplin : Amaran pertama Guru Disiplin/GPK HEM

6 Tindakan disiplin : Amaran kedua dan rotan sekali Guru Disiplin/GPK HEM

7 Tindakan disiplin : Amaran terakhir Guru Disiplin/GPK HEM

8 Makluman kepada ibu bapa/penjaga tentang tindakan disiplin yang telah diambil terhadap murid yang Ponteng

Guru Disiplin/GPK HEM

9 Gantung sekolah Pengetua

10 Menghantar laporan SSDM kepada pihak yang telah ditetapkan (JPNS/PPD/Pengetua/Penolong Kanan HEM)

Guru Disiplin/GPK HEM

9.0 RUMUSAN Kejayaan dan keberkesanan program ponteng kelas ini memerlukan penggemblengan tenaga semua pihak demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar dan berkesan agar menjamin kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

Page 6: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 5

Lampiran AWAS 4.1

CARTA ALIR MENGENDALI KES PONTENG KELAS Wujud kes ponteng Rekodkan kes dalam Borang

Ponteng Kelas Siasatan oleh guru Penyelaras

Kes Selesai Disiplin Tingkatan

Guru disiplin merujuk nama murid ponteng kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan selanjutnya ( Amaran Lisan ) Amaran Pertama. Hubungi ibu bapa/ penjaga.Rujuk Guru BDK Amaran Kedua dan rotan sekali Amaran terakhir Gantung sekolah

Kes Tamat

Page 7: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 6

Lampiran AWAS 4.2

SENARAI SEMAK KES PONTENG KELAS

BIL ITEM TINDAKAN ( / )

CATATAN (TARIKH DLL)

1 Pekeliling Panduan Mengatasi Masalah Ponteng kelas

2 Hubungi Ibu bapa Murid

3 Surat Amaran Ponteng Kelas

4 Rekod Salah laku murid ( SSDM )

5 Borang Ponteng Kelas

6 Serahkan murid Kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling

7 Maklumkan data SSDM kepada PIBG dalam mesyuarat bulanan

Page 8: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 7

Borang AWAS 4.1

BORANG PONTENG KELAS

Tingkatan :_____________________________________ Guru Ting :_____________________________________ Ketua Ting :_____________________________________ Tarikh:______ Pen. Ketua :_____________________________________

Hari:_______

BIL NAMA MURID 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah Murid Hadir Jumlah Murid Tidak Hadir Jumlah Murid Ponteng Tandatangan Guru Mata Pelajaran

Page 9: Operasi ponteng kelas

-SMK TAMAN INDAH- “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 8

Borang AWAS 4.2

CONTOH PAS KELUAR

CONTOH KAD JOM BELAJAR

TARIKH: SIKAP Masa/ Waktu

M/P Nama Guru TT (+) ( - )

Disemak oleh ibu bapa/penjaga:………………………………..

Tandatangan : ………………………………

LOGO SEKOLAH SMK TAMAN INDAH

N.SEMBILAN NAMA GURU

----------------------------------- PAS KELUAR

PROGRAM PENGURUSAN PONTENG KELAS

NAMA MURID:……………………..

TINGKATAN : ………………………

NO : 001/2012