operasi bahagi

5
1. OPERASI BAHAGI Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri. Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya. Menurut modul Murid Asas 2 (Jilid 1), Program Literasi dan Numerasi Linus, Kementerian Pelajaran Malaysia, latihan operasi bahagi telah disusun dengan sebaiknya mengikut tahap penguasaan murid iaitu dari konkrit kepada abstrak. Latihan dimulakan dengan mengelaskan kepada kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat dengan menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan objek, gambar dan garis nombor. Ia amat sesuai untuk murid-murid pemulihan yang baru diperkenalkan dengan operasi bahagi. Murid-murid diperkenalkan dengan gambar rajah yang diasingkan mengikut kumpulan. Murid-murid hanya perlu menyatakan bilangan kumpulan yang ada. Contoh:- Arahan : Berapakah kumpulan kumbang yang ada? Apabila murid telah faham konsep kumpulan barulah diterangkan simbol bagi operasi bahagi. Simbol bahagi dan sama dengan diperkenalkan menggunakan pelbagai perbendaharaan kata yang releven dengan konteks

Upload: hilmi-azmi

Post on 25-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1. OPERASI BAHAGIMenguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri. Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya. Menurut modul Murid Asas 2 (Jilid 1), Program Literasi dan Numerasi Linus, Kementerian Pelajaran Malaysia, latihan operasi bahagi telah disusun dengan sebaiknya mengikut tahap penguasaan murid iaitu dari konkrit kepada abstrak. Latihan dimulakan dengan mengelaskan kepada kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat dengan menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan objek, gambar dan garis nombor. Ia amat sesuai untuk murid-murid pemulihan yang baru diperkenalkan dengan operasi bahagi. Murid-murid diperkenalkan dengan gambar rajah yang diasingkan mengikut kumpulan. Murid-murid hanya perlu menyatakan bilangan kumpulan yang ada.Contoh:-Arahan : Berapakah kumpulan kumbang yang ada?

Apabila murid telah faham konsep kumpulan barulah diterangkan simbol bagi operasi bahagi. Simbol bahagi dan sama dengan diperkenalkan menggunakan pelbagai perbendaharaan kata yang releven dengan konteks bahagi. Murid-murid dikehendaki menggunakan simbol bahagi dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi. Contoh:-Arahan : Tuliskan simbol ( ) dan ( = ) dengan betul.

428

Langkah seterusnya murid-murid dikehendaki menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti pengumpulan, pengongsian, tolak berturut-turut dan songsangan operasi darab.

i. Contoh aktiviti pengumpulanArahan : Tuliskan ayat matematik.

10 2 = 5

ii. Contoh aktiviti pengongsianArahan : Lengkapkan ayat matematik berikut.

2=510

iii. Contoh aktiviti tolak berturut-turutArahan : Lengkapkan ayat matematik secara tolak berturut- turut.10 2 = 510 0 I 0

I 0

I 0

I 0

I 0

I 0

I 0

I 0

I 0

I 0

iv. Contoh aktiviti songsangan operasi darabBuat kumpulan dua-dua dan lengkapkan ayat matematik berikut.

6

x3=62Jumlah itik

3

2=36ada kumpulan dua-dua.

Setelah murid diperkenalkan dengan kumpulan dan simbol bahagi murid-murid dilatih membentuk ayat matematik yang melibatkan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh dan empat berpandukan objek konkrit, gambar dan garis nombor. Murid-murid yang lemah mungkin belum mampu untuk membentuk ayat dengan sempurna. Tajuk ini sesuai diajar kepada murid-murid sederhana atau yang telah berjaya menguasai asas operasi bahagi. Mula-mula murid diperkenalkan dengan ayat matematik berpandukan gambar kemudiaan diikuti dengan ayat matematik tanpa bantuan gambar.

i. Contoh latihan berpandukan gambarArahan : Lengkapkan ayat matematik berikut.

=36

ii. Contoh latihan tanpa gambarArahan : Warnakan jawapan yang betul.

10 10 =1

3

Seterusnya murid menyatakan secara spontan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut tertib menaik dan rawak.i. Contoh jawapan spontan murid.Arahan : Lengkapkan ayat matematik berikut.

=281=33

3=96=5

5=57=4

Akhir sekali murid didedahkan dengan cara penyelesaian masalah harian yang melibatkan pembahagian dua nombor.

i. Arahan : Isikan tempat kosong.8 biji bola dibahagikan sama rata kepada 2 murid lelaki. Setiap murid lelaki akan mendapat biji bola.