pibks meningkatkan pembangunan pendidikan di labuan

21
Majlis Pelancaran Program SUMUR Mentor Mentee SMK Taman Perumahan Bedaun 2022 LABUAN, 25 April – SMK Taman Perumahan Bedaun telah menjayakan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dan Mentor Mentee bagi tahun 2022. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK TPB dan Panitia Pendidikan Islam ini dilaksanakan pada perhimpunan rasmi sekolah mengikut norma baharu. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah barisan pentadbir SMK Tmn Perumahan Bedaun. Program SUMUR yang bermula pada tahun 2017 ini merupakan arahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermatlamat melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid lain, memupuk perasaan cintakan ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat, menerapkan nilai jati diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan

Upload: others

Post on 06-May-2022

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Majlis Pelancaran Program SUMUR Mentor Mentee SMK Taman Perumahan Bedaun 2022,7 Guru SMK Labuan Terima Surat Kenaikan Pangkat,SMK Labuan Anjur Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran,Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat JPWPL Tahun 2022,Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan LabuanMajlis Pelancaran Program SUMUR Mentor Mentee SMK Taman Perumahan Bedaun 2022
LABUAN, 25 April – SMK Taman Perumahan Bedaun telah menjayakan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dan Mentor Mentee bagi tahun 2022.
Majlis yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK TPB dan Panitia Pendidikan Islam ini dilaksanakan pada perhimpunan rasmi sekolah mengikut norma baharu. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah barisan pentadbir SMK Tmn Perumahan Bedaun.
Program SUMUR yang bermula pada tahun 2017 ini merupakan arahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermatlamat melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid lain, memupuk perasaan cintakan ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat, menerapkan nilai jati diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan
Terdapat empat Modul utama dalam Program SUMUR iaitu Modul Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri. Kesemua Modul ini merangkumi semua aktiviti yang dijalankan oleh sekolah dan murid-murid akan dinilai permakahan oleh guru-guru sepanjang tahun.
Puan Norazita Md Nor @ Shamsuri, selaku pengetua SMK TPB dalam ucapannya menyatakan pembentukkan sahsiah dan disiplin yang positif adalah penting dalam melahirkan generasi berakhlak terpuji.
Pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan sahsiah dan keterampilan diri yang positif dalam kalangan murid agar dapat mencegah mereka daripada gejala yang tidak sihat yang mungkin akan menjejaskan masa depan mereka.
Beliau juga mengingatkan agar pelaksanaan program SUMUR dan Mentor Mentee sekolah ini dapat dijalankan dengan sebaiknya agar berjaya memperkasakan potensi dan kemenjadian murid sekolah ini.
Majlis Pelancaran Program SUMUR dan Mentor Metee telah disempurnakan oleh pengetua dengan acara memotong reben banting program SUMUR dan penyerahan Modul Mentor Mentee oleh Encik Awang Adi Tuah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kepada Puan Norazita Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun sebagai simbolik perasmian tersebut.
Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun
MERASMIKAN : Puan Norazita Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK TPB menandatangani banting Program SUMUR dan Mentor Mentee
7 Guru SMK Labuan Terima Surat Kenaikan Pangkat
Labuan, 25 April – Seramai 7 guru SMK Labuan diraikan di dalam Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Sabtu lalu. Majlis kelolaan Sektor Sumber Manusia (SSM), Jabatan Pendidikan W.P Labuan ini telah diadakan di salah sebuah pusat rekreasi di Kg. Sungai Miri.
Menurut Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Manusia, Encik Mohd Khairul Hafiz bin Juni, majlis ini diadakan bagi merai dan mengiktiraf kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).
Menurut pengetua SMK Labuan, Encik Mohd Nizam bin Yasim, seramai 1 guru telah menerima kenaikan pangkat dari DG48 ke DG52, 4 orang daripada DG44 ke DG48, 2 orang daripada DG41 ke DG44.
Guru-guru yang terlibat ialah Yusfalizah binti Yusoff (DG48 ke DG52), Chua Chee Kiat, Dayangku Halizah binti Pg. Hassan, Liaw Chia Chiun dan Voon Sem Yee(DG44 ke DG48), Juriati binti Jumat dan Nur Hidayah binti Muhammad (DG41 ke DG44).
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap pengiktirafan kerajaan ini dapat meningkatkan motivasi diri dan kualiti kerja guru-guru ke peringkat yang lebih tinggi” katanya lagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad.
“Ini adalah menifestasi penghargaan kerajaan atas sumbangan dan komitmen guru-guru dan menyeru agar kita semua terus istiqamah dan konsisten dalam meningkatkan budaya kecemerlangan dalam organisasi” Encik Yusup Haji Mohamad.
Berita Oleh : SMK Labuan
Labuan, 21 April – SMK Labuan telah menganjurkan ceramah bertajuk Kemuliaan Al-Quran sempena sambutan Hari Nuzul Al-Quran pada Selasa lalu.
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.
Program yang bermula 8.00 pagi telah dimulai dengan sesi alunan bacaan Al-Quran yang diketuai oleh Adik Mohd Nabil Nuruddin bin Ramli.
Sejurus selepas itu, satu sesi ceramah bertajuk ‘Kemuliaan Al-Quran’ telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat yang juga merupakan pendakwah bebas.
Dalam sesi ceramahnya, beliau menyentuh tentang tanggungjawab seorang muslim terhadap Al-Quran dengan berusaha untuk merapatkan diri dan mesra dengan mukjizat paling agung itu.
“Al-Quran membawa pelbagai kemuliaan dan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak” jelas beliau lagi.
Adik Mohd Nabil Nuruddin
Ustaz Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat
Menurut Penyelaras program, Ustazah Jamaliah binti Mohd Said yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam, program ini telah dihadiri oleh seramai 123 peserta yang terdiri daripada guru, murid dan ibubapa.
“Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir secara dalam talian ke program tersebut dan berharap agar mendapat manfaat daripada sesi ceramah berkenaan” kata beliau lagi.
Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pengetua sekolah, Encik Mohd Nizam bin Yasim.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan berharap program sebegini dapat diteruskan untuk memupuk nilai murni berteraskan Islam dalam kalangan murid-murid SMK Labuan.
Berita Oleh : SMK Labuan
Pelancaran Program Ihya’ Ramadan
Program Ihya’Ramadan yang dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI) diadakan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan program- program yang dapat meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga pendidikan.
Majlis dimulai dengan bacaan surah Al Kahfi, surah Yaasin dan doa selamat. Tazkirah Ambang Ramadan yang disampaikan secara santai oleh Pengurus Kanan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian menyerikan lagi majlis tersebut.
Dalam tazkirahnya Ustaz Ahmad Sharizal berkata cara untuk menzahirkan kegembiraan menunggu ketibaan Ramadan adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan puasa dan ibadat lain yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Katanya, setiap muslim selalu berharap untuk bertemu dengan bulan ramadan, karena bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, anugerah dan pahala yang berlipat ganda.
“Ciri-ciri orang beriman iaitu saat datangnya bulan Ramadan ia senang. Melakukan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan sehingga nanti akan timbul perasaan takut untuk melakukan segala bentuk kemaksiatan” ujarnya lagi.
Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan JPWPL, Encik Yusup Haji Mohamad.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang hadir secara bersemuka dan secara maya dalam Program Tafaqquh Fiddin ini.
“Saya percaya ada beberapa program yang telah disusun oleh Sektor Pendidikan Islam dalam kita menghidupkan lagi ibadah puasa Ramadhan yang akan datang di peringkat jabatan ini dan
begitu juga yang telah dirancang peringkat sekolah.
“Kita perlu muhasabah diri supaya setiap perkara negatif ketika Ramadan pada tahun yang lalu tidak kita ulangi pada tahun ini. Kita perlu menghayati intipati falsafah sebenar ibadat puasa pada Ramadan ini supaya apa yang diamalkan tidak tersasar daripada landasan sebenar”, tegas Yusup lagi.
Dalam ucapannya beliau turut mendoakan agar Ramadan yang disambut kali ini memberikan semangat kepada kita dan umat Islam di Malaysia terutamanya untuk bangkit kembali setelah menghadapi pelbagai kekangan akibat Covid-19.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Puan Maimoon Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Encik Mohd Nizam Yasim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Encik Yahya Ahmad Puteh, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Puan Kamariah Salim, Ketua-ketua sektor, pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai JPWPL.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
LABUAN, 02 April 2022 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Aspirasi Pendidikan 2022.
Kehadiran warga pendidik adalah seramai 285 orang yang terdiri daripada Majlis Pengurusan Tertinggi Jabatan, Focal Person, Pengetua & Guru Besar, YgDipertua PIBG, pegawai-[egawai jabatan dan wakil warga pendidik di setiap sekolah. Turut hadir bersama YBhgia. Datin Sri Dato’ Hjh. Norsiah binti Abdullah, merupakan AJK Focal Person Jabatan Pendidikan WP.Labuan
Dalam majlis ini Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Encik Mohd Nizam bin Yasim telah membentangkan Pelan Strategik jabatan bagi tahun 2022.
Dalam pembentangan tersebut, beliau telah menekankan tentang 9 Strategik jabatan dalam mencapai matlamat berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.
Disamping beliau juga menekankan beberapa isu antaranya, isu beg berat dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
SekolahKu Sejahtera digagaskan bagi memperkenalkan, mempromosi, dan meningkatkan kefahaman terhadap elemen-elemen sejahtera yang perlu diterap, dididik, diamalkan, dan dihayati sehinggan menjadi budaya semua warga sekolah.
Majlis ini juga diselajurkan dengan Pelancaran Saluran Aduan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bertemakan Bersama Meningkatkan Kualiti Penyampaian Sistem Pendidikan. Banting turut diedarkan ke sekolah-sekolah di WP.Labuan.
Dari kiri Encik Nizam, Puan Maimoon, Encik Yusup, Encik Yahya dan
Ustaz Abdul Rahman
Majlis Aspirasi Pendidikan ,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2022 telah dipengerusikan oleh Puan Maimoon binti Hj.Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, merupakan urusetia bagi majlis ini.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Bagunan Utama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
Majlis ini juga bersiaran langsung melalui Facebook Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berita Oleh : Sektor Pengurusan Sekolah
Gimik pelancaran Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022
Pembentangan Pelan Strategik JPWPL 2022 oleh Encik Mohd Nizam
Bersama warga pendidikan dan tetamu yang hadir
Encik Reza menerima hadiah kuiz daripada Encik Yusup