pengenalan kepada hospital labuan

12
Wawasan Kementerian kesihatan Malaysia Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu,keluarga dan masyarakat yang sihat melalui kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi,berteknologi sesuai, serasi pelenggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Misi Kementerian Kesihatan Malaysia Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk : Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka Menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu. Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia Untuk membantu seseorang individu itu mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dan dengan memberikan tumpuan

Upload: martina-farirah-noi

Post on 08-Aug-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan kepada hospital labuan

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan kepada hospital labuan

Wawasan

Kementerian kesihatan Malaysia

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu,keluarga dan masyarakat yang

sihat melalui kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan

diperolehi,berteknologi sesuai, serasi pelenggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem

ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada individu dan

penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Misi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan

memudahkan rakyat untuk :

Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka

Menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai

Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi

menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Objektif

Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk membantu seseorang individu itu mencapai dan mengekalkan suatu taraf

kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang

produktif dan dengan memberikan tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib

baik. Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi mewujudkan

kehidupan yang sihat dan bersih.

Wawasan

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan

Page 2: pengenalan kepada hospital labuan

Kami akan menjadi pusat penggalakkan kesihatan dan perawatan perubatan yang

utama melalui sistem penjagaan dan pencegahan yang adil dan saksama, cekap dan

tersedia dalam teknologi yang serasi pelanggan mempratikkan sistem yang

mengutamakan kualiti dan hormat kepada kemuliaan insan ke arah peningkatan mutu

kehidupan.

Misi

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan

Merangsang dan memudahakan rakyat mengekalkan status kesihatan mereka untuk

menikmati kehidupan yang lebih bermutu dan produktif dari segi sosio-ekonomi mereka.

Objektif

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan

Menyokong objektif kementerian kesihatan Malaysia dengan menyediakan

perkhidmatan berbentuk penggalakkan, pencegahan, perawatan dan pemulihan yang

cekap, berkesan dan serasi pelanggan.

Wawasan

Hospital Wilayah Persekutuan Labuan

Hospital Labuan akan menjadi perawatan perubatan yang utama melalui sistem

perubatan dan kesihatan yang adil dan saksam, cekap dan tersedia dengan teknologi

yang serasi pelanggan mempraktikkan system yang mengutamakan kualiti dan hormat

kepada kemuliaan insan ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Misi

Hospital Wilayah Persekutuan Labuan

Page 3: pengenalan kepada hospital labuan

Merangsang dan memudahkan rakyat mengekalkan status kesihatan mereka untuk

menikmati kehidupan yang lebih bermutu dan produktif dari segi sosio-ekonomi mereka.

Objektif

Hospital Wilayah Persekutuan Labuan

Menyediakan kemudahan rawatan perubatan yang cekap, cepat dan berkesan serta

berfokuskan pelanggan supaya pelanggan dapat pulih dengan segera dan dapat

menjalankan aktiviti kehidupan seharian dengan sempurna.

Visi

Unit Makmal

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan

system kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

Misi

Unit Makmal

Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan

teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka

terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta

profesionalisme demi kecemerlangan rawatan pesakit.

Page 4: pengenalan kepada hospital labuan

PENGENALAN HOSPITAL

Hospital Labuan mula dibina pada 10 Oktober 1991. Ianya terletak di Pulau Labuan

berhampiran dengan Negeri Sabah dengan keluasan 12.047 hektar persegi dan keluasan tapak

bangunan kira-kira 31,969 meter persegi. Ciri-ciri binaan tidak seperti hospital-hospital lain

kerana bangunannya berkonsep nukleus seperti rajah 1.0. Kedudukannya adalah 6 km dari

pusat bandar Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasinya betul-betul ditengah Pulau Labuan.

Page 5: pengenalan kepada hospital labuan

Mula beroperasi pada 10 Jun 1995 dan telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad pada 29 Ogos 1996 dengan mempunyai kapasiti 109 katil. Hospital

Labuan merupakan hospital dengan pakar iaitu Pakar Perubatan, Pakar Bedah Am dan Pakar

Bius. Pakar-pakar untuk disiplin seperti ENT,Paediatrik, Psikiatrik dan sebagainya adalah dari

Hospital Queen Elizabeth, Hospital Likas atau Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu,

Sabah. Kesemua pakar menjalankan klinik di Klinik Pakar. (Klinik Pakar 1,2,3 dan 4).

Page 6: pengenalan kepada hospital labuan

SEJARAH AWAL PENUBUHAN INDUSTRI

Latarbelakang

Labuan adalah sebuah pulau yang indah terletak di Malaysia Timur dibawah pentadbiran

Wilayah Persekutuan. Kedudukannya berhampiran Negeri Sabah kira-kira 17 kilometer dari

daerah Menumbok, tempat perhubungan yang paling hampir serta berhampiran dengan Negara

Brunei Darussalam di sebelah barat laut Mempunyai keluasan 87.52 km persegi. Keadaan

permukaan buminya adalah rata tetapi sedikit sebanyak berbukit-bukit di sebelah utara dan

barat serta mempunyai pantai yang landai. Jarak bibir pantai Labuan dengan tanah besar

Borneo.

Sejarah Hospital Lama

Dalam tahun 1940-an Labuan masih lagi dibawah pemerintahan "The Straits Settlement".

Purata bilangan penduduknya hanya seramai kira-kira 8,000 orang sahaja. Pada mulanya

perkhidmatan perubatan cuma mempunyai empat buah khemah iaitu Kampung kerupang,

Kampung Layang-layangan, Hospital Lama dan Kampung Lajau yang mana di masa tersebut

kategori rawatannya adalah lebih merupakan bersifat ketenteraan. Perkhidmatan digelar

sebagai" North borneo Nursing Services"(NBNS).

Hospital lama kemudiannya didirikan selepas Perang Dunia Kedua iaitu dalam tahun 1946 oleh

kontraktor yang bernama Chin Kontraktor dengan jumlah katil (9Bed Strength) sebanyak 60

buah sahaja. Jumlah kakitangannya pula di antara 40 hingga 45 orang sahaja.

Rumah Sakit Labuan – 1947

Page 7: pengenalan kepada hospital labuan

Kategori kakitangan pada waktu itu diantaranya adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan,

ketua Jururawat, Ketua Pembantu Hospital, pembantu Hospital Kanan Pembantu Hospital,

Jururawat Perbidanan,Tukang masak, Pemandu dan Atendan.

Mulai dari tarikh tersebut, Pentadbiran Hospital Lama mengalami berbagai-bagai perubahan

pengurusan di antaranya ialah British Borneo Corporation, British Military Administration dan

Colonial North Borneo sehinggalah diserahkan kepada pusat pentadbiran pusat selepas

kemerdekaan.

Sebilangan Kakitangan Hospital Labuan

Pegawai Perubatan "Pre-War" yang berakhir pada masa itu ialah Dr.On Kok Voo, Bahagian

Jururawat pula ialah Ketua Jururawat Yolander Sia, manakala Ketua Pembantu Perubatanialah

Dr.Abu Bakar diikuti oleh Mr.Lim See Loh dan Mr. Tan Kim Lee.

Latar Belakang

Unit Makmal & Tabung Darah

Unit makmal terbahagi kepada enam seksyen utama iaitu :

Patologi Kimia

Page 8: pengenalan kepada hospital labuan

Hematologi

Mikrobiologi Am

Tibi

Parasitologi

Kaunter

Setiap seksyen diselia oleh seorang Pegawai Sains (kecuali seksyen Hematologi dan

Parasitologi).

Seksyen Patologi Kimia Berfungsi menjalankan semua ujian-ujian kimia rutin seperti Liver

Function Test (LFT) dan ujian khas seperti ujian hormone dan tumor marker. Seksyen

Hematologi juga terbahagi kepada dua fungsi utama iaitu ujian rutin seperti Full Blood Count

(FBC) dan ujian tidak rutin seperti Peripheral Blood Film (PBF).

Seksyen Mikrobiologi merupakan seksyen terbesar di Makmal kerana mempunyai pelbagai sub-

pengkhususan yang berbeza. Mikrobiologi Am menjalankan Culture and Sensitivity Test (C&S)

bagi berbagai-bagai jenis smapel klinikal. Seksyen TB dan Parasitologi digabungkan buat masa

ini sebagai Mikroskopi dan mengkhusus kepada ujian-ujian Acid-fast Bacteria (AFB), parasit

darah terutamanya Malaria dan parasit usus. Hasil daripada polisi perkongsian hasil

kerja,Mikrobiologi juga dipertanggungjawabkan untuk menjalankan ujian-ujian klinikal STAT

seperti Urine FEME,Stool OB,Urine Pregnant Test dan sebagainya.

Seksyen kaunter merupakan satu usaha penambahbaikkan kepada perkhidmatan kaunter

Makmal sejak tahun 2009. Sebelum tahun 2009, kaunter Makmal hanya menyediakan

perkhidmatan pengambilan sampel pesakit luar. Dengan adanya kaunter dalaman, proses

penerimaan sampel pesakit dan pengedaran laporan makmal dapat dijalankan dengan lebih

sistemik.

Unit Tabung Darah yang menyediakan Perkhidmatan Transfusi merupakan unit yang baru

ditubuhkan di Hospital Labuan. Sungguhpun begitu,Perkhidmatan Transfusi telah lama wujud di

Hospital Labuan dimana ia ditawarkan melalui Seksyen Tabung Darah dibawah Unit Makmal.

Selaras dengan arahan penstrukutran semula (keputusan Mesyuarat JPPKK Bil 1/1997 dan

Kertas Dasar Mesyuarat Perancangan dan Pembangunan Kementerian kesihatan Bil 6/1997),

Unit Tabung Darah telah ditubuhkan pada tahun 2010. Walaubagaimanapun,Unit Tabung

Darah tidak terpisah sepenuhnya daripada Unit Makmal.

Page 9: pengenalan kepada hospital labuan

Perkhidmatan Transfusi diselaraskan diperingkat Hospital melalui Jawatankuasa Transfusi

darah. Jawatankuasa bertanggungjawab memastikan amalan transfuse yang selamat dan

bersesuaian di Hospital Labuan. Jawatankuasa diberi kuasa menetapkan polisi dan amalan

transfuse di Hospital Labuan.

Pengurusan dan operasi harian Unit Tabung Darah dijalankan oleh anggota Unit dan diketuai

oleh seorang Pegawai Y/M. Unit Tabung Darah terbahagi lagi kepada 3 seksyen utama iaitu

Seksyen Perolehan, Seksyen Saringan Dan Seksyen Bekalan.

Seksyen Perolehan Darah menjalankan 2 fungsi utama iaitu rekrutmen dan pengurusan

penderna. Seksyen ini bertanggungjawab memastikan bekalan darah yang mencukupi untuk

keperluan Hospital disamping menjaga keselamatan dan kebajikan penderma.

Seksyen Saringan turut dikenali sebagai Transfusion Microbiology Laboratory (TML). TML

bertanggungjawab menyaring semua darah penderma untuk memastikan bekalan daah bebas

bebas daripada penyakit berjangkit bawaan darah iaitu HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Sifilis.

TML Hospital Labuan merupakan satu-satunya pusat saringan darah untuk Wilayah Persekutan

Labuan.

Seksyen Bekalan menjalankan operasi utama Perkhidmatan Transfusi iaitu pembekalan darah

dan komponen darah yang telah disaring untuk kegunaan wad pesakit dalam Hospital. Bekalan

darah yang disediakan termasuklah Whole Blood,Packed RBC,Platelet Concentrate (Whole

Blood / Apheresis). Fresh Frozen Plasma dan Cryoprecipitate.